Kumpulan

5,447 views
5,278 views

Published on

Published in: Art & Photos
0 Comments
13 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,447
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
1
Comments
0
Likes
13
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kumpulan

  1. 1. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 1 1.0 Pengertian Pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Proses - satu susunan langkah yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki Maklumat - evidens yang menggambarkan prestasi murid Penghakiman - proses pertimbangan tentang pencapaian murid Produk - pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi murid 1.1 Konsep Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentaksiran haruslah dilihat seperti rajah dibawah : Rajah 2 : Konsep Pentaksiran PENTAKSIRAN Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi murid dalam pembelajaran Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Aktiviti yang dijalankan secara berterusan Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang terbaik PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV 3111
  2. 2. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 2 1.2 Jenis-jenis Pentaksiran i. Pentaksiran Autentik ii. Pentaksiran “ Performance Based” iii. Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran iv. Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan v. Pentaksiran dan Motivasi vi. Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah vii. Pentaksiran Pembentukan Watak viii. Pentaksiran Berbantukan Komputer ix. Pentaksiran Kendiri 1.3 Tujuan Pentaksiran didalam Pendidikan Seni Visual adalah proses untuk : i. mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. ii. untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, iii. untuk mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran iv. untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar lebih kemas dan menarik. v. Untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik, bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. vi. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. vii. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susulan yang berkesan 1.4 Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen yang hendak ditaksir, kumpulan sasaran yang hendak ditaksir, respon, kumpulan yang menaksir dan skor yang akan digunakan. 1.5 Ciri-ciri pentaksiran yang baik Ciri-ciri pentaksiran yang baik ialah dimana skor yang mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada calon serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran pendidikan kebangsaan. Skor dilambangkan dalam bentuk nombor, huruf, pernyataan dan simbol. Kesahan Skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupcakupan skor itu untuk menggambarkan prestasi calon dalam perkara
  3. 3. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 3 yang ditaksir. Kebolehpercayaan Skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan skor itu untuk menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang ditaksir. Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon Kebolehtadbiran : Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah Kemudahtafsiran : kemampuan ujian tersebut dalam memberikan maklumat tentang calon berdasarkan skor yang diperolehi, mendiskriminasi calon dan ketepatan tujuan mengadakan ujian. Kekomprehensifan : merujuk kepada kandungan kertas soalan mewakili semua objektif penting dalam sukatan pelajaran. Rajah 1 : Jenis-jenis Pentaksiran JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Pentaksiran Autentik Pentaksiran "Performance Base" Pentaksiran & Hasil Pembelajaran Pentaksiran & Tindakan Penambahanbaikan Pentaksiran & Motivasi Pentaksiran Aspek Nilai & Sahsiah Pentaksiran Pembentukan Watak Pentaksiran Berbantukan Komputer Pentaksiran Kendiri
  4. 4. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 4 2.0 Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. “Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau reality yang bermakna” (Rudner & Boston-1994) “Penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan meeka sendiri” (Grace-1992) 2.1 Ciri- ciri pentaksiran autentik i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. iv. Subjek membina maksud yang tersirat. v. Berpusatkan kanak-kanak. 2.2 Contoh- Contoh Pentaksiran Autentik Contoh-contoh pentaksiran yang dijalankan ialah seperti berikut : i. Persembahan tarian ii. Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya iii. Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) iv. Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio 2.3 Kebaikan Kepada Pelajar Kebaikan-kebaikan kepada pelajar adalah seperti berikut : i. Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. ii. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
  5. 5. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 5 iii. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. iv. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. 2.4 Kebaikan Kepada Guru Pentaksiran Autentik ini dapat menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid. 3.0 Pentaksiran “Performance Based” Pentaksiran ini merupakan proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini memerlukan pelajar menggunakan ppengetahuan dengan bermakna dan mahir menggunakan pelbagai kemahiran. Contoh, penulisan, penyelidikan, pendebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis. Pentaksiran ini juga memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperolehi kejayaan pada masa hadapan. Pentaksiran ini juga merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan dan kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
  6. 6. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 6 Rajah 2 : Kaedah Pengajaran 20 Julai 2013, saya telah mendapat satu Tugasan Projek PSV3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah daripada Encik Hamzah bin Omar. Saya perlu menjelaskan mengenai pendekatan dan kaedah Pendidikan Seni Visual yang digunakan diperingkat sekolah rendah, menyediakan rancangan pelajaran, menyediakan bahan bantu mengajar dan menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. Perkara utama yang perlu saya fokuskan dalam tugasan projek ini adalah terhadap rancangan pengajaran yang memerlukan saya mengaplikasikan rancangan pengajaran ini di dalam kelas. KAEDAH Simulasi Akses Kendiri Kembara Visual Sumbangsaran REFLEKSI
  7. 7. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 7 Maklumat dan nota yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan ini mudah untuk didapati dan dirujuk. Buku-buku rujukan dan sumber internet mudah didapati, namun untuk menjawab tugasan ini saya perlu membaca dan memahami tentang pendekatan dan kaedah untuk pengajaran dalam Pendidikan Seni Visual ini, Masalah yang dihadapi murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah semasa murid membuat lakaran ikan. Walaupun contoh telah ditunjukkan oleh guru, murid masih tidak dapat membuat lakaran dengan baik. Murid perlu diajar teknik membuat lakaran. Penyelesaiannya, murid diberikan lakaran dan menekapnya. Contoh lakaran murid adalah seperti yang dilampirkan. Masalah seterusnya ialah semasa menyusun sisa asah pensel warna. Murid tidak dapat menyusun dengan susunan yang teratur dan kemas. Murid perlukan bimbingan guru untuk melakukan susunan. Akhirnya, siaplah tugasan projek ini dan tugasan ini menjadi mudah dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan juga dengan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar. Terima kasih sekalung budi saya ucapkan. Akhir kata, melalui tugasan ini, saya berasa bertuah kerana dapat belajar satu perkara yang amat penting bagi seorang guru Pendidikan Seni dan insyaAllah akan saya manafaatkan sebaik mungkin buat anak didik saya di sekolah.Terima kasih. Rusnah Md Salleh, 700724-02-5164( G6011/484) PPG/BM2/SEMESTER 5 BUKU Rouslihuddin Ambia et al. 2007. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Modul Pengajaran dan Pembelajaran (Pendidikan Seni Visual .Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Buku Sumber Guru (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. RUJUKAN
  8. 8. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 8 INTERNET http://rujukansiswa.blogspot.com/2011/03/psv3107-pedagogi-pendidikan-seni-visual.html Ierina Noor. 2013. Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR. Alor Setar, Kedah. http://www.slideshare.net/Ierina90/psv-3107 ( 18 Julai 2013) http://www.scribd.com/doc/141912265/Pendekatan-KBSR-PSV http://notapismpks.blogspot.com/2013/01/psv-3107-pendekatan-strategi-kaedah.html http://praskt.wordpress.com/2009/11/12/sisa-asah-pensel-warna-yang-berguna/ • HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual • Teori-teori Pendidikan Seni Visual SSP2233, Md. Nasir bin Hj. Ibrahim • HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak • http://panitiasenivisual.blogspot.com/
  9. 9. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 9 JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
  10. 10. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 10 NAMA : RUSNAH BT MD SALLEH PROGRAM / AMBILAN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/JUN 2011 KUMPULAN : BM 2/ SEMESTER 5 BIL. TARIKH PERKARA 1 20.07.2013 Taklimat berkaitan pelaksanaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu telah disampaikan oleh Encik Hamzah bin Omar. 2 24.07.2013 Mengkaji soalan dan mula mencari bahan. 3 27.07.2013 Mencari bahan bersama kawan sekuliah di Perpustakaan Awam, Alor Setar, Kedah. 4 08.08.2013 Meminjam buku daripada kawan-kawan guru yang belajar di OUM. 5 18.08.2013 Mencari bahan-bahan diinternet. 6 24.08.2013 Interaksi ketiga. Penerangan lanjut daripada pensyarah pembimbing. 7 31.08.2013 Memulakan tugasan. Membaca dan menyemak bahan. 8 12.09.2013 Perbincangan dengan rakan guru. Sambungan menyiapkan tugasan. 9 15.09.2013 Menyediakan bahan bantu mengajar bersama-sama guru PSV disekolah. 10 20.09.2013 Menyiapkan tugasan. 11 21.09.2013 Tugasan diserahkan kepada pensyarah pembimbing Encik Hamzah bin Omar. BORANG KOLABORASI NAMA : RUSNAH BT MD SALLEH PROGRAM / AMBILAN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/JUN 2011 KUMPULAN : BM 2/ SEMESTER 5
  11. 11. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 11 BIL. TARIKH PERKARA TANDATANGA N (Pensyarah/ Guru Sekolah) TANDATANGA N (Rakan Sekuliah) 1 20.07.2013 Taklimat berkaitan pelaksanaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu telah disampaikan oleh Encik Hamzah bin Omar. 2 27.07.2013 Mencari bahan bersama kawan sekuliah di Perpustakaan Awam, Alor Setar, Kedah. 3 08.08.2013 Meminjam buku daripada kawan-kawan guru yang belajar di OUM. 4 24.08.2013 Interaksi ketiga. Penerangan lanjut daripada pensyarah pembimbing. 5 12.09.2013 Perbincangan dengan rakan guru. Sambungan menyiapkan tugasan. 6 15.09.2013 Menyediakan bahan bantu mengajar bersama-sama guru PSV disekolah. 7 21.09.2013 Tugasan diserahkan kepada pensyarah pembimbing Encik Hamzah bin Omar.
  12. 12. PSV 3111: PENTAKSIRAN PSV KUMPULAN 6 ( BM 2/SEM 6 ) 12

×