SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Wawasan Wawasan 2020 merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad dan
mula-mula diumumkan pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan
Malaysia. Wawasan 2020 merangkumi tempoh masa 30 tahun. Matlamat terakhir Wawasan 2020
ialah untuk menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju dalam tiga dekad. Wawasan 2020
menitikbratkan 'pembangunan menyeluruh' dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia
harus menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari
segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, dari segi ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem pemerintahan mutu kehidupan, nilainilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa
bangga kenyakinan terhadap bangsa sendiri.
Idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mempunyai matlamat
jangka masa panjang iaitu selama 30 tahun. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat
menjadi sebuah negara perindustrian. Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan
diri di kalangan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis.
Sekiranya impian Dr. Mahathir ini menjadi kenyataan, maka Malaysia sudah pasti akan berubah
daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan pertanian kepada sebuah negara industri. Ini
juga bermakna Malaysia akan memasuki era baru dengan kemajuan teknologi yang canggih dan
moden.
Wawasan 2020 sebenarnya bukan suatu visi dan impian seorang pemimpin. Wawasan ini menjadi
harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Wawasan ini bukan
sahaja merangkumi aspek ekonomi, tetapi meliputi keseluruhan bidang kehidupan termasuk aspek
budaya, sosial dan politik. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini sebagai satu kenyataan
bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam
pelaksanaannya. Untuk menjayakan wawasan 2020, tedapat sembilan cbaraan yang perlu dihadapi
sebelum hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh 30 tahun yang akan datang.
Cabaran yang pertama adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat
dikongsi bersama. Bagi mengatasi cabaran ini, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu. Setiap
kaum perlu berganding bahu dengan melupakan persengketaan sesama mereka. Identifikasi kaum
patut dihapuskan supaya seluruh rakyat dapat bersatu sebagai bangsa Malaysia. Unsur-unsur
perkauman, chauvinism dan polarisasi kaum harus dibendung sebelum ia meracuni fikiran rakyat
sekiranya kita hendak melihat penyatuan negara Malaysia berlaku sepenuhnya.
Melahirkan penyatuan di kalangan rakyat belum tentu dapat menjayakan Wawasan 2020. Ini kerana
Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Setiap rakyat perlu ditanamkan dalam jiwa mereka semangat keyakinan untuk
menghadapi setiap cabaran yang bakal mendatang. Rakyat harus berbangga dengan pencapaian
negara dan apa yang jadi milik mereka. Kebebasan amat penting untuk mencapai kemajuan dan sifat
ini harus ada pada setiap rakyat supaya matlamat yang dirancang tercapai tanpa apa-apa halangan
dan kongkongan.
Seterusnya, Malaysia seboleh-bolehnya dapat mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan sebuah
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada semua negara membangun. Ini bermakna
masyarakat Malaysia perlu menjadi contoh dan teladan untuk masyarakat dunia yang lain kerana ia
dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah progresif, dinamik dan demokratik. Sudah
terlalu lama kita menjadikan masyarakat di negara-negara maju sebagai contoh dan panduan dalam
meniti jambatan kejayaan. Kini telah sampai masanya untuk kita menjadi pemimpin bagi penduduk
dunia.
Dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, dua unsur tidak harus diabaikan
iaitu moral dan etika. Penting diwujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Pencapaian
Wawasan 2020 sangat bergantung kepada sebuah masyarakat yang mengamalkan kedua-dua nilai
ini. Keruntuhan nilai ini di negara-negara kesannya telah menyebabkan kehidupan masyarakat di
negara-negara maju semakin tidak bahagia. Oleh itu, kedua-dua nilai tersebut amat diperlukan sekali
dan diberikan perhatian utama sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk menjayakan
Wawasan 2020.
Cabaran yang kelima adalah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama msing-masing, dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Dalam mana-mana negara,
semangat cintakan negara sangat penting dalam proses pembangunan. Begitu juga dengan
semangat bertolak ansur. Tanpa tolak ansur adalah sukar untuk kaum-kaum di Malaysia bersatu dan
bekerjasama. Setiap kaum perlu memahami kebudayaan kaum yang lain. Apabila persefahaman
dapat diwujudkan, maka perasaan bertolak ansur akan lahir dalam perhubungan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama. Tolak ansur tidak membawa apa-apa makna sekiranya setiap
rakyat tidak mempunyai kebebasan beragama. Dari itu, kepercayaan setiap kaum wajar dihormati
dan dilindungi. Dasar yang liberal daripada kerajaan terhadap kebebasan beragama sudah tentu dapt
melahirkan perhubungan yang lebih intim dalam masyarakat Malaysia yang unik dan pelbagai
budaya.
Malaysia juga perlu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Sesuai dengan kepesatan dan
pencapaian sains teknologi, Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited
terhadap kerjayanya. Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang
tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru untuk keperluan industri. Sampai
bila kita perlu bergantung kepada teknologi negara maju? Sudah tiba masanya Malaysia melahirkan
segolongan saintis, jurutera, juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang diberikan kepada
golongan ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka mencipta dan mereka teknologi yang
lebih maju lagi.
Sesuatu yang tidak patut dilupakan adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan yang
tidak hanya berkisar kepada negara atau orang perseorangaan tetapi sekeliling sistem keluarga yang
kukuh. sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan
menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar. Pengalaman di negara maju
memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam sistem kekeluargaan. Untuk mengelakkan
masyarakat Malaysia mengalamai nasib yang sama, cabaran ini perlu diberi perhatian oleh setiap
lapisan anggota masyarakat. Oleh itu, kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan
kalau hendak melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang.
Kemajuan ekonomi yang dicapai sebaik-baiknya dapat memastikan masyarakat mendapat
pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkaan tidak
lagi berlaku demi kestabilan negara, stiap rakyat patut diberi peluang dan hk yang sama rata untuk
menikmati kejayaan negara. Sering kedengaaran kritikan-kritikan dilemparkan kepada kerajaan
terhadap ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan negara. Isu ini dieksploitasi dan digunakan
bagi membangkitkan kemarahan kaum di Malaysia. Oleh itu, aspek ini penting dititikberatkan dalam
Wawasan 2020.
Cabaran terakhir adalah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental. Setiap rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi. Semua masalah harus dihadapi
dengan semangat yang kental dan hati yang tabah. Sikap dinamik dan berani bersaing dengan
bangsa yang lebih maju perlu disemai dalam jiwa setiap rakyat Malysia. Kita tidak mahu rakyat
Malaysia mempunyai jiwa penakut dan lemah kerana matlamat Wawasan 2020 tidak akan tercapai
sekiranya masyarakat masih mewarisi perasaan negatif ini.
Dengan demikian, sembilan cabaran ini wajib di atasi dahulu dan dijadikan sebahagian daripada
kehidupaan sebelum Wawasan 2020 menjadi realiti. Tidak mustahil kita dapat mencapai taraf sebuah
negara maju, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan
suasana yang serba maju pada tahun 2020 nanti. Wawasan 2020 akan tinggal menjadi angan-angan
jikalau rakyat dan kerajaaan tidak berkerjasama. Idea Wawasan 2020 berkemungkinan menjadi 'was-
was 2020' sekiranya masyarakat tidak berganjak daripada keadaan mereka sekarang ini. Rakyat
harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah untuk memasuki abad yang ke-21.

More Related Content

What's hot

Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}Nurul Atikah
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanaliadayana1
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)Izyan Solehah
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Brenda Rachel Marie
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAmohd admee
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiazoljoey
 

What's hot (20)

Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Pentadbiran
PentadbiranPentadbiran
Pentadbiran
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
22 perspektif wawasan_2020
22 perspektif wawasan_202022 perspektif wawasan_2020
22 perspektif wawasan_2020
 
Kertas 3 sabah 2014
Kertas 3   sabah  2014Kertas 3   sabah  2014
Kertas 3 sabah 2014
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 

Viewers also liked

Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasiasam jeruk
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
Proses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiaProses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiamunnianwar
 
Latar belakang wawasan 2020
Latar belakang wawasan 2020Latar belakang wawasan 2020
Latar belakang wawasan 2020Megat Ismail
 
Pertubuhan persidangan islam (oic)
Pertubuhan persidangan islam (oic)Pertubuhan persidangan islam (oic)
Pertubuhan persidangan islam (oic)NURUL NATASHA
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia Tharan Ran
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanZoul Omar
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Pertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara IslamPertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara Islammunnianwar
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
Dasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalDasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalmunnianwar
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Bidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaraBidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaramunnianwar
 
Pelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrianPelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrianmunnianwar
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiamunnianwar
 
Dasar belilah barangan buatan malaysia
Dasar belilah barangan buatan malaysiaDasar belilah barangan buatan malaysia
Dasar belilah barangan buatan malaysiamunnianwar
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 
Dasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanahDasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanahmunnianwar
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)munnianwar
 

Viewers also liked (20)

Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara DemokrasiKerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Kerajaan Demokrasi: Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
Proses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiaProses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysia
 
Latar belakang wawasan 2020
Latar belakang wawasan 2020Latar belakang wawasan 2020
Latar belakang wawasan 2020
 
Pertubuhan persidangan islam (oic)
Pertubuhan persidangan islam (oic)Pertubuhan persidangan islam (oic)
Pertubuhan persidangan islam (oic)
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuan
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Pertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara IslamPertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara Islam
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Dasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalDasar automobil nasional
Dasar automobil nasional
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Bidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaraBidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negara
 
Pelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrianPelan induk perindustrian
Pelan induk perindustrian
 
Gagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysiaGagasan satu malaysia
Gagasan satu malaysia
 
Dasar belilah barangan buatan malaysia
Dasar belilah barangan buatan malaysiaDasar belilah barangan buatan malaysia
Dasar belilah barangan buatan malaysia
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Dasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanahDasar bersih cekap amanah
Dasar bersih cekap amanah
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 

Similar to Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr

Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaAzhzhahir
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398Suhaimi Shoib
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiazoljoey
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasihaneyhazwani
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikErica Leenya
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011043799
 
Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04AnNe DeEn
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 

Similar to Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr (20)

PENGAJIAN AM
PENGAJIAN AM PENGAJIAN AM
PENGAJIAN AM
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Spe Bab10
Spe Bab10Spe Bab10
Spe Bab10
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
 
Halatujunegara
HalatujunegaraHalatujunegara
Halatujunegara
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasi
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
 
Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04Pelan hala tuju gtp bab04
Pelan hala tuju gtp bab04
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 

Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr

  • 1. Wawasan Wawasan 2020 merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad dan mula-mula diumumkan pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia. Wawasan 2020 merangkumi tempoh masa 30 tahun. Matlamat terakhir Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju dalam tiga dekad. Wawasan 2020 menitikbratkan 'pembangunan menyeluruh' dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, dari segi ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan mutu kehidupan, nilainilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga kenyakinan terhadap bangsa sendiri. Idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mempunyai matlamat jangka masa panjang iaitu selama 30 tahun. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara perindustrian. Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan diri di kalangan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis. Sekiranya impian Dr. Mahathir ini menjadi kenyataan, maka Malaysia sudah pasti akan berubah daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan pertanian kepada sebuah negara industri. Ini juga bermakna Malaysia akan memasuki era baru dengan kemajuan teknologi yang canggih dan moden. Wawasan 2020 sebenarnya bukan suatu visi dan impian seorang pemimpin. Wawasan ini menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Wawasan ini bukan sahaja merangkumi aspek ekonomi, tetapi meliputi keseluruhan bidang kehidupan termasuk aspek budaya, sosial dan politik. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini sebagai satu kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam pelaksanaannya. Untuk menjayakan wawasan 2020, tedapat sembilan cbaraan yang perlu dihadapi sebelum hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh 30 tahun yang akan datang. Cabaran yang pertama adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. Bagi mengatasi cabaran ini, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu. Setiap kaum perlu berganding bahu dengan melupakan persengketaan sesama mereka. Identifikasi kaum patut dihapuskan supaya seluruh rakyat dapat bersatu sebagai bangsa Malaysia. Unsur-unsur perkauman, chauvinism dan polarisasi kaum harus dibendung sebelum ia meracuni fikiran rakyat sekiranya kita hendak melihat penyatuan negara Malaysia berlaku sepenuhnya. Melahirkan penyatuan di kalangan rakyat belum tentu dapat menjayakan Wawasan 2020. Ini kerana Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Setiap rakyat perlu ditanamkan dalam jiwa mereka semangat keyakinan untuk menghadapi setiap cabaran yang bakal mendatang. Rakyat harus berbangga dengan pencapaian negara dan apa yang jadi milik mereka. Kebebasan amat penting untuk mencapai kemajuan dan sifat ini harus ada pada setiap rakyat supaya matlamat yang dirancang tercapai tanpa apa-apa halangan dan kongkongan. Seterusnya, Malaysia seboleh-bolehnya dapat mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan sebuah masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada semua negara membangun. Ini bermakna masyarakat Malaysia perlu menjadi contoh dan teladan untuk masyarakat dunia yang lain kerana ia dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah progresif, dinamik dan demokratik. Sudah terlalu lama kita menjadikan masyarakat di negara-negara maju sebagai contoh dan panduan dalam meniti jambatan kejayaan. Kini telah sampai masanya untuk kita menjadi pemimpin bagi penduduk dunia. Dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, dua unsur tidak harus diabaikan iaitu moral dan etika. Penting diwujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Pencapaian Wawasan 2020 sangat bergantung kepada sebuah masyarakat yang mengamalkan kedua-dua nilai ini. Keruntuhan nilai ini di negara-negara kesannya telah menyebabkan kehidupan masyarakat di negara-negara maju semakin tidak bahagia. Oleh itu, kedua-dua nilai tersebut amat diperlukan sekali
  • 2. dan diberikan perhatian utama sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk menjayakan Wawasan 2020. Cabaran yang kelima adalah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama msing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Dalam mana-mana negara, semangat cintakan negara sangat penting dalam proses pembangunan. Begitu juga dengan semangat bertolak ansur. Tanpa tolak ansur adalah sukar untuk kaum-kaum di Malaysia bersatu dan bekerjasama. Setiap kaum perlu memahami kebudayaan kaum yang lain. Apabila persefahaman dapat diwujudkan, maka perasaan bertolak ansur akan lahir dalam perhubungan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tolak ansur tidak membawa apa-apa makna sekiranya setiap rakyat tidak mempunyai kebebasan beragama. Dari itu, kepercayaan setiap kaum wajar dihormati dan dilindungi. Dasar yang liberal daripada kerajaan terhadap kebebasan beragama sudah tentu dapt melahirkan perhubungan yang lebih intim dalam masyarakat Malaysia yang unik dan pelbagai budaya. Malaysia juga perlu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Sesuai dengan kepesatan dan pencapaian sains teknologi, Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited terhadap kerjayanya. Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru untuk keperluan industri. Sampai bila kita perlu bergantung kepada teknologi negara maju? Sudah tiba masanya Malaysia melahirkan segolongan saintis, jurutera, juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang diberikan kepada golongan ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka mencipta dan mereka teknologi yang lebih maju lagi. Sesuatu yang tidak patut dilupakan adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan yang tidak hanya berkisar kepada negara atau orang perseorangaan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar. Pengalaman di negara maju memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam sistem kekeluargaan. Untuk mengelakkan masyarakat Malaysia mengalamai nasib yang sama, cabaran ini perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan anggota masyarakat. Oleh itu, kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan kalau hendak melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang. Kemajuan ekonomi yang dicapai sebaik-baiknya dapat memastikan masyarakat mendapat pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara, stiap rakyat patut diberi peluang dan hk yang sama rata untuk menikmati kejayaan negara. Sering kedengaaran kritikan-kritikan dilemparkan kepada kerajaan terhadap ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan negara. Isu ini dieksploitasi dan digunakan bagi membangkitkan kemarahan kaum di Malaysia. Oleh itu, aspek ini penting dititikberatkan dalam Wawasan 2020. Cabaran terakhir adalah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Setiap rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi. Semua masalah harus dihadapi dengan semangat yang kental dan hati yang tabah. Sikap dinamik dan berani bersaing dengan bangsa yang lebih maju perlu disemai dalam jiwa setiap rakyat Malysia. Kita tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai jiwa penakut dan lemah kerana matlamat Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya masyarakat masih mewarisi perasaan negatif ini. Dengan demikian, sembilan cabaran ini wajib di atasi dahulu dan dijadikan sebahagian daripada kehidupaan sebelum Wawasan 2020 menjadi realiti. Tidak mustahil kita dapat mencapai taraf sebuah negara maju, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan suasana yang serba maju pada tahun 2020 nanti. Wawasan 2020 akan tinggal menjadi angan-angan jikalau rakyat dan kerajaaan tidak berkerjasama. Idea Wawasan 2020 berkemungkinan menjadi 'was-
  • 3. was 2020' sekiranya masyarakat tidak berganjak daripada keadaan mereka sekarang ini. Rakyat harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah untuk memasuki abad yang ke-21.