Teks syarahan

6,595 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,595
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks syarahan

  1. 1. Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa.Terima kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, kepada barisan panel hakim yang arif lagibijaksana, pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.Selamat petang dan salam sejahtera.Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikan kupasanberpandukan tajuk syarahan saya iaitu BAHASA ITU WAHANA PERPADUAN. Bahasa menurut kamus dewan bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yangdipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Wahana pulabermaksud saluran atau perantaran yang memungkinkan sesuatu dilakukan ataudisampaikan. Manakala, perpaduan adalah keadaan atau hal berpadu iaitu persatuan.Dalam konteks ini, konsep bahasa atau perpaduan merujuk kepada bahasa Malaysia ataubahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapakah bahasa itudikatakan alat atau medium untuk merapatkan perpaduan antara rakyat dalam negara ini?Bagaimanakah cara untuk merealisasikan konsep ini? Marilah bersama-sama saya,merungkai persoalan ini satu per satu dengan lebih teliti dan lagi mendalam.SIDANG HADIRIN SEKALIAN, Indahnya, bahasa melayu begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyakfaktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa,bahasa melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahanaperpaduan masyarakat majmuk di negara gilang-gemilang ini. Sejarah membuktikan bahawa bahasa melayu telah diterima sebagai lingua francaatau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15lagi. Menurut Masariah (2003), bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidangperdagangan dan hubungan diplomatik yang berlaku antara negara-negara pada masa itu.Dalam kitab sejarah melayu, disebutkan bahawa para pedagang bertungkus lumusmempelajari bahasa melayu untuk menguasainya bagi memudahkan mereka berurusandengan pemimpin dan juga masyarakat tempatan yang telah lama menggunakan bahasa ini. Memandangkan bahasa melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi,bahasa komunikasi dan persuratan, maka bahasa melayu telah dipersetujui dan disepakatibersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagipersekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Bahasa melayu telah dinobatkansebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka lagi apabila perkara ini termaktub dalamperkara 152 perlembagaan Malaysia sehingga sekarang menjadi penyatuan masyarakatnegara di bawah bumbung integrasi. Sebagai contohnya, surat-surat rasmi kerajaanataupun swasta dikeluarkan menggunakan bahasa melayu. Malah, borang-borangpendaftaran juga diperbuat sedemikian.Siva Rubini a/p S Sivaguru Teks Syarahan 2012
  2. 2. HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN, Dalam sektor pendidikan pula, bahasa melayu digunakan sebagai bahasapenghantar dalam sistem persekolahan tidak kira sama ada sekolah kebangsaan ataupunsekolah jenis kebangsaan. Perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 1983 berdasarkanLaporan Razak. Tambahan pula, asas-asas pelajaran seperti 3M iaitu membaca, menulisdan mengira dititikberatkkan disamping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diriserta pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskanpelajar – pelajar kearah pemupukan semangat kewarganegaraan. Bahasa melayu telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yangmerdeka. Menurut, Professor Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak padamartabat bahasa melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintahan dan negara. Halini kerana bahasa melayu telah mendukung peranan penting sebagai bahasa peradabandan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan melayu Melaka,bahasa melayu digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti undang-undang.Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Bismarck dan Machiavelli yangmembina negara bangsa mereka dan kuku besi, helah dan darah. Memartabatkan bahasamelayu kebangsaan harus dijadikan sebagai ramuan dalam kehidupan rakyat sejati ini.SIDANG DEWAN SEKALIAN, Disini saya ingin menegaskan bahasa penggunaan bahasa kebangsaan bergantungpada sikap individu terhadap bahasa terbabit. Dari semasa ke semasa, pelbagai kegiatanharus diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat tentang bahasakebangsaan sebagai bahasa perpaduan kita. Penggunaanya akan memperkukuhkanperpaduan kaum, sebaliknya peminggiran bahasa akan menyebabkan kemantapanperpaduan kaum akan berkurang. Akhir kata dari saya, anak jati negeri Pahang untukmenjadi bangsa yang dihormati dan disegani, bahasa perlulah dijulang tinggi.Sekian, terima kasih.Siva Rubini a/p S Sivaguru Teks Syarahan 2012

×