Your SlideShare is downloading. ×
Olahraga
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Olahraga

17,351
views

Published on

Published in: Education

5 Comments
46 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
17,351
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
5
Likes
46
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Siva RubiniA1 Kokurikulum (PDV1122) Semester 1 Tugasan Individu (FOLIO OLAHRAGA)Nama Pelajar No.Matrik KumpulanSiva Rubini A/P S Sivaguru PLPPIP2011/?/KIC A1Name Pensyarah : Cik Foo Ai PengTarikh hantar : 30hb November 2011 1
  • 2. Siva RubiniA1 Maklumat Diri PelajarNama : SIVA RUBINI A/P S SIVAGURUNo. Kp :?No. Matrik : PLPPIP2011/?/KICProgram : PLPPIPAmbilan : OGOS 2011Jantina : PEREMPUANBangsa : INDIAAgama : HINDUStatus : BUJANGNo.Bilik : CYBERJAYA ?No.Telefon : ? 2
  • 3. Siva Rubini A1 ISI KANDUNGANNo. Nota Muka Surat 1. PENGENALAN KOKURIKULUM 1.1 Definisi, Matlamat dan Objektif 4 1.2 Rasional dan Pembentukkan sahsiah 5 2. SEJARAH OLAHRAGA 2.1 Antarabangsa 6 2.2 Malaysia 7 3. PENGENALAN ACARA OLAHRAGA 3.1 Acara trek, acara padang dan acara 8 lompatan 4. KAEDAH SENAMAN 4.1 Memanaskan badan 9 – 12 4.2 Menyejukkan badan 13 5. LATIHAN KECERGASAN 5.1 Maksud, Komponen dan Jenis 14 6. LATIHAN KARDIOVASKULAR 6.1 Maksud dan Contoh 15 6.2 Objektif dan Contoh ujian 16 6.3 Prinsip latihan 17 7. PENGELOLAAN SUKAN TARA 7.1 Matlamat, Objektif, Kepentingan dan Proses 18 Pelaksanaan 7.2 Jawatankuasa dan Bidang tugasnya 19 8. KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA 8.1 Lari Pecut 20 – 26 8.2 Lari Jarak Sederhana 27 – 28 8.3 Lari Berganti – ganti 29 – 32 8.4 Lompat Jauh 33 – 36 8.5 Lontar Peluru 37 – 40 9. UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN 41 – 44 OLAHRAGA 10. REFLEKSI DIRI 45 11. RUJUKAN 46 3
  • 4. Siva RubiniA1 PENGENALAN KOKURIKULUM A) DEFINISI KOKURIKULUM : Satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian berdasarkan dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti pengkayaan berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum yang dilaksankan di luar waktu belajar. Ianya merupakan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan sama ada di luar dan didalam bilik darjah. B) MATLAMAT KOKURIKULUM : Menyemai perasaan nasionalisme,perpaduan, muhibah dan integrasi nasional dalam kalangan generasi murid Pembentukan dan penigkatan disiplin pelajar Pengalaman yang menyeluruh dengan pendidikan formal Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalagan pelajar Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.keseimbangan Keseimbangan antara perkembangan dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi Pengisian masa lapang dengan berfaedah Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum C) OBJEKTIF KOKURIKULUM : Membentuk pelajar yang mempunyai sifat-sifat berikut : percaya kepada Tuhan beradab dan bersusila taat dan jujur bertanggungjawab mengawal diri tolong-menolong menjaga kebersihan kasih sayang bertimbang rasa dan bertolak ansur 4
  • 5. Siva RubiniA1 bercita-cita gembira berani (mempunyai keyakinan diri dan cekal hati) D) RASIONAL PELAKSANAAN KOKIRIKULUM Para pelajar diberi peluang dan ruang untuk menunjukkan bakat kebolehan potensi Perkara-perkara ini boleh dilaksanakan melalui sukan, kelab, persatuan dan pasukan seragam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. E) PEMBENTUKAN SAHSIAH MELALUI KOKURIKULUM Sahsiah para pelajar dapat dibentuk seperti: Kerjasama antara kumpulan mereka sendiri dan juga dengan rakan-rakan yang lain. Mereka dapat menanam sifat berjuang sampai ke akhir melalui program-program yang dijalankan di bawah GERKO. Disiplin akan menjadi sifat yang diutamakan dalam aspek GERKO ini. 5
  • 6. Siva Rubini A1 SEJARAH OLAHRAGA DI ANTARABANGSA Olahraga bermula pada 3000 tahun di Greece. Acara cukan ini adalah tertua di dunia. Tahun Catatan 776 S.M ≥ Bermula di Greece iaitu di Sukan Olimpik Kuno 1812 ≥ Royal Military College menghidupkan Sukan Olahraga di England ≥ Kelab Olahraga Pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild 1850 ≥ Kelab Olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan iaitu di Universiti Oxford ≥ Dikenali sebagai Exceter College Athletic Club 1866 ≥ Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang Pertama telah dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England 1876 ≥ Kejohanan Olahraga Antarabangsa pertama antara England and IrelandAbad ke-20 ≥ Ramai atlet darai Amerika Syarikat menyertai Kejohanan Sukan Olimpik 6
  • 7. Siva RubiniA1 SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Tahun Catatan 1906 Organisasi olaraga di bawah Persatuan Olahraga Ipoh Dianggap sebagai Johan Malaya1914 – 1919 Dihentikan kerana Perang Dunia Pertama 1920 Mesyuarat diadakan di Kuala Lumpur bagi mengadakan pertandigan olahraga diantara negeri buat kali pertama Dikelolakan oleh Amateur Atheletics of British Malaya 1931 Keanggotaan Persatuan Olahraga Amatur British dibuka kepada semua negeri di Tanah Melayu1940 -1948 Dihentikan kerana Perang Dunia Kedua 1952 Nama persatuan ditukarkan kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) dengan Majlis Olimpik Malaysia 1954 FMAAU sertai Sukan Olimpik Asia yang ke-2 1956 Menyertai Sukan Olimpik pada kali pertama di Melbourne 1960 Mengadakan dan menyertai Kejohanan Sukan Kebangsaan dan Kejohanan Sukan Terbuka 1960 = Pulau Pinang 1961 = Melaka 1962 = Perak 1963 Persatuan telah dibubarkan – Kesatuan Olahraga Amatur Malaya (MAAU) Presiden pertama adalah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafiee 1964 MAAU menganjurkan Sukan Kejohanan Semua negeri telah terlibat dan mengambil bahagian dalam acara ini 7
  • 8. Siva RubiniA1 PENGENALAN ACARA OLAHRAGA olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingandan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Terdapat 2 bahagian acara olahraga iaitu : a. Acara trek/balapan Larian Pecut = 100 meter, 200 meter dan 400 meter Lari Jarak Sederhana = 800 meter dan 1500 meter Lari Jarak Jauh = 3000 meter, 5000 meter dan 10000 meter Lari Berhalangan = 3000 meter Lari Berpagar = 100 meter(perempuan), 110 meter(lelaki), 400 meter (perempuan dan lelaki) Lari Berganti-ganti = 4×100 meter, 4×200 meter dan 4×400 meter b. Acara padang I. Acara balingan Merejam lembing Lempar cakera Lontar peluru Baling tukul besi II. Acara lompatan Lompat tinggi Lonpat jauh Lompat kijang Lompat galah 8
  • 9. Siva RubiniA1 A) Kaedah memanaskan badan : Terdapat 2 jenis senaman dalam bahagaian stretching iaitu senaman statik dan senaman dinamik. Senaman statik adalah senaman yang dilakukan di satu tempat tanpa melibatkan apa-apa pergerakkan. Contoh aktivitinya adalah lari setempat dan lompat bintang. Manakala, senaman dinamik adalah senaman yang memerlukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya, lari naik dan turun tangga. Senaman-senaman ini membantu untuk membebaskan „joints, tenders dan legaments‟. Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas. Kalestenik Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot. Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi. Bahagian Kepala Pergerakan hyperextension Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible. Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz. Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar ). Tulang yang terlibat ialah skull/cranium Pergerakan flexsion Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz. Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar). Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium Pergerakan rotation Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla. Otot yang terlibat dalam 9
  • 10. Siva RubiniA1 pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar ) Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible Pergerakan circumduction Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid Bahagian Tangan Dan Bahu Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion. Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid. Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus Pergerakan lengan ke arah dada Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada - Sendi yang terlibat ialah sendi lesung - Pergerakan ini melibatkan otot deltoid Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung Dua tangan diregangkan ke atas Pergerakan ini dilakukan dengan meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki melakukan aktiviti seperti palantar fleksi. Sendi yang terlibat adlah sendi di bahagian bahu dan ankle iaitu sendi synovial. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang humerus, radius, ulna, rib, scapula dan tulang di bahagian tarsus. Pergerakan ini melibatkan otot trapiziuz, latisimus dorsi, dan serratus enterior bahagian pinggang Pergerakan flexion - Membengkokkan pinggang ke hadapan ( pergerakan flexsion ) - Melibatkan otot rektus ebdominis - Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra Pergerakan hyperextension Pergerakan ini melibatkan otot rektus abdominis manakala tulang yang terlibat ialah tulang vertebra dan riba Pergerakan ke kiri dan ke kanan Melibatkan otot latisimus dorsi dan serratus enterior Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang rib,scapula 10
  • 11. Siva RubiniA1 Bahagian Kaki Otot kuadrisep (bahagian depan paha) Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi. Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut) Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya. Otot betis Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus dan kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang. Pergerakan plantar fleksi Pergerakan ini melibatkan tulang di bahagian kaki dan menggunakan sendi melunsur iaitu di bahagian tarsus Pergerakan dorsi fleksi pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan plantarfleksi bahagian tulang dan sendi yang terlibat adalah sama dengan pergerakan plantar fleksi Pergerakan Inversi Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang pada bahagian kaki termasuk tarsus, metatarsus dan phalanges. Pergerakan ini melibatkan sendi di bahagian ankle. Pergerakan eversi Pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan inverse Tulang dan sendi yang terlibat adalah sama denga pergerakan inverse. Contoh gambar memanaskan badan dan menyejukkan badan : 11
  • 12. Siva RubiniA1 12
  • 13. Siva RubiniA1 B) Kaedah menyejukkan badan : o Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal o Mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot o Mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memulihkan semula otot-otot selepas melakukan aktiviti senamann ataupun selepas bersukan. o Bertujuan untuk memberikan keselesaan semula kepada otot-otot selepas bersukan. o Otot cepat jadi lesu kerana adanya pengumpulan asid laktik pada otot. o Fisiologi menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi kepada keadaan rehat secara progresif. o Fungsi fisiologi yang dimaksudkan ialah: Fungsi denyutan jantung. Fungsi pernafasan. Fungsi peredaran darah. Fungsi otot-otot rangka. o Salah satu faktor fisiologi dalam melakukan aktiviti secara progresif penyejukan badan ialah asid laktik yang terkumpul semasa aktiviti fizikal akan dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain. o Dua aktiviti utama iaitu regangan dan aktiviti berintensiti yang rendah yang mengurangkan kelesuan otot serta meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen. Aktiviti gerakan badan dapat mempercepatkan kembalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa aktiviti sukan utama. Lakukan cooling down dalam masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.Ia di lakukan dalam masa ini bagi memastikan hasil senaman menyejukkan badan berhasil. Pastikan semua anggota badan terlibat semasa cooling down.Hal ini kerana sekiranya terdapat anggota badan yang tidak terlibat maka berkemungkinan besar atot yang tidak terlibat akan mengalami kelesuan ataupun cedera. Seterusnya ulang semula aktiviti semasa sesi memanaskan badan.Dalam prosedur ini pula.Setiap mana-mana sesi pemanasan yang telah di jalankan semula. Pastikan setiap regangan cooling down dilakukan selama 10-15 saat. 13
  • 14. Siva RubiniA1 C) LATIHAN KECERGASAN 1. Maksud :  Kemampuan dan kelebihan individu dalam melakukan aktiviti tanpa rasa letih dan mempunya tenaga yang mencukupi.  Keadaan bagi melakukan aktivit-aktiviti harian dengan efektif dalam sukan olahraga serta tingkatkan senaman yang sesuai. 2. Komponen Kecergasan:  Ketahanan sistem jantung  Komposisi badan  Kekuatan otot  Ketahanan otot  Kepantasan dan kecekapan  Fleksibiliti  Ketangkasan  Keseimbangan  Kelajuan  Koordinasi 3. Jenis Senaman :  Senamrobik – bagi membentuk sistem jantung dengan lancer untuk seseorang  Senaman rengangan – meningkatkan fleksibilit dan boleh dilakukan dengan melakukan yoga 14
  • 15. Siva RubiniA1D) Latihan kardiovaskular:1. Maksud : Kecekapan jantung, salur darah dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot dalam badan seseorang secara berterusan untuk jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti serta meningkatkan stamina ketika menyalurkan darah.2. Contoh Aktiviti : Merentas desa Senamrobik Lari 2.4 km Latihan litar Guna tenaga aerobic bagi membekalkan oksigen dalam proses pengoksidanan phosphate melalui darah Boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu iaitu untuk 30 minit Jantung 60%-70%Kiraan :Lelaki = (220 – umur –kadar nadi rehat) × (60% + kadar nadi rehat)Perempuan = (226-umur-kadar nadi rehat) × (60% + kadar nadi rehat)Kiraan Kadar Nadi :KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR]KNL (kadar nadi latihan)KNR (kadar nadi rehat)% intensiti latihan (60% hingga 75%)KNM (kadar nadi maksimim)(KNM= 220-umur) 15
  • 16. Siva RubiniA13. Objecktif :  Meningkatkan kesihatan jantung = otot ini boleh untuk mengepamkan darah ke otot- otot lain.  Meningkatkan metabolism = meningkatkan kecepatan metabolism tubuh dengan menjaga atau menurunkan berat badan seseorang.  Mengekalkan kesihatan = mengurangkan tekanan darah terutamanya latihan aerobic dan membantu untuk mengendalikan kolestrol dalam darah.4. Contoh Ujian Kecergasan :  Run for life 2.4 km  Sit up  Shuttle run  Standing broad jam  Sit and reachUjian latihan ini terutamnya diadakan untuk memastikan seseorang individu itu mempunyaikecergasaan di tahap yang baik. Malah, dari sini juga kita dapat melihat kelembutan danketangkasan inidivud tersebut ketika melakukan ujian. Ujian ini dilakukan diatas kriteria yangtelah ditetapkan seperti :  Catatan masa  Cara melakukan  Posisi badan yang betul 16
  • 17. Siva RubiniA1E) PRINSIP-PRINSIP LATIHAN1. Intensiti Latihan Kecergasan berdasarkan lebihan bebanan  Meningkatkan daya tahan kardiovaskular serta otot-otot dalam badan  Darah dipamkan ke jantung dengan lancar dengan penambahan oksigen  Kadar nadi latihan digunakan sebagai satau pengukuran bagi menilai tekanan fisiologi badan  Perancangan latihan diambil kira bagi setiap individu2. Kekerapan latihan  Meningkatkan tahap kecergasan yang memuaskan  Menjamin peningkatan kecergasan fizikal  Latihan dimulakan secara sederhana dan menambahkan bebanan secara beransur- ansur  Intensity rendah dalam latihan menghasilkan tanhap kecergasan yang rendah  Bebanan dan tekanan lebih besar diperlukan untuk menunjukkan hasil dalam latihan3. Prinsip Spesifikasi  Menjalankan latihan bagi membentuk dan meningkatkan bahagian yang tertentu4. Prinsip Adaptasi  Menyesuaikan diri dengan tuntutan penambahan fizikan badan  Berulang-kali menjalankan aktiviti fizikal dapat memudahkan badan untuk menjalankan aktiviti untuk jangka masa yang panjang 17
  • 18. Siva RubiniA1F) PENGELOLAAN SUKAN TARA1. Matlamat: ≥ Memberi pengetahuan tentang dasar 1 murid 1 sukan kepada para pelajar. ≥ Mewujudkan insane ynag seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. ≥ Melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan diri masing-masing. ≥ Memberi sumbangan keharmonian dan kemarmuran masyarakat dan negara melalui sukan. ≥ Membangunkan modal insane melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan pelajar dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. ≥ Memupuk budaya bersukan yang dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.2. Objektif: ≥ Meningkatkan kecergsan jasmani para pelajar. ≥ Membentuk shasiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. ≥ Memupuk perpaduan di antara kaum. ≥ Membentuk budaya sukan. ≥ Member keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal ≥ Mewujudkan landasan kea rah kecermerlangan sukan.3. Kepentingan: ≥ Memenuhi panduan falsafah pendidikan negara iaitu sukan sebagai asas penting dalam pendidikan. ≥ Mewujudkan semangat cinta akan negara ≥ Mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang bedaya saing tinggi.4. Proses Pelaksanaan: ≥ Semua pelajar Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya diwajibkan menyertai sukan tara ini sebagai latihan semasa mereka berada dalam sarjana muda pendidikan. ≥ Menyertai semua stesen olahraga dan dipertandingkan antara semua kelas. ≥ Memenuhi sebagai pelaksanaan kerja khusus untuk mata pelajaran olahraga semester 2. ≥ Penyertaan aktif sebagai aspek utama dalam kalangan pelajar. 18
  • 19. Siva RubiniA1 5. Jawatan Kuasa Pengelolaan dan Kepegawaian:  Ketua Penasihat : Cik Foo Ai Peng  Pen. Ketua Penasihat : Puan Madznah Binti Hassan Encik Tahir Bin Kamaruzaman  Pengerusi : Shahirul Hafizi  Naib Pengerusi : Muhamad ZulFahmi Fitri  Setiausaha : FatinNurFaziera Binti Jaamin  Bendahari : Azmida Binti Mohd Nor  AJK : 1. Nur Hazirah Binti Omar 2. Aliff Izdiher 3. Amirul Asyaraf 4. Arif Izzudin Bin Othman 5. Muhammad Mustaqim6. Bidang Tugas:≥ Pengerusi: merupakan penasihat kepada ahli-ahli yang lain untuk sesuatu majlis supaya majlis dapat dijalankan dengan lancar.≥ Naib pengerusi: mempengerusikan sesuatu mesyuarat ketika pengerusi tiada dalamm mesyuarat tersebut.≥ Setiausaha: akan menyediakan kertas kerja untuk serta mesyuarat yang diadakan dan juga untuk program atau majlis yang akan diadakan, akan membentuk jawatan kuasa, menyediakan surat-menyurat berkaitan program dan membuat laporan program.≥ Bendahari: akan membuat anggaran perbelanjaan untuk program dan membuat laporan kewangan.≥ AJK: akan menguruskan persediaan bahan dan peralatan, memastikan semua benda mencukupi sepanjang program dan membuat persediaan tempat serta hiasan sesuatu tempat tersebut. 19
  • 20. Siva RubiniA1KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA (Acara Trek)Lari pecut- memerlukan seseorang individu untuk membuat larian untuk satu jaraj dengan sepantas boleh.a) Kronologi Sejarah Masa Catatan Abad ke-19 Satu acara yang terawal dalam pertandigan olahraga Acara lari pecut popular dalam kalangan pekerja and suruhan bangsawan dengan larian jarak 192 meter Dinamakan sebagai „dialos‟untuk jarak 384 (192 meter × 2) Zaman Olimpik Kuno, satu blok permulaan untuk acara pertandigan larian telah dibina daripada ketulan batu marmar 1880 Ramai jurulatih membuka percubaan dalam acara untuk memulakan sesuatu larian „Pencil start‟ dinamakan sebagai permulaan dimana para atlet akan memegang sebatang pensil dan berlari untuk 20 meter pertama Acara ini dimulakan dengan tembakan 1884 Gaya dekam telah diwujudkan Di Australia, gaya ini dinamakan sebagai gaya „Kangaroo start‟ Sebelum 1921 Pertandigan larian hanya diadakan untuk kaum lelaki Selepas 1921 Pertandigan larian untuk kaum perempuan diadakan di Monte Club buat kali pertama 20
  • 21. Siva RubiniA1b) Definisi: - acara olahraga untuk jarak dekat yang memerlukan tenaga yang tinggi seperti tenaga anaerobic untuk buat larian sepantas bolehc) Contoh larian pecut: - 100 meter - 200 meter - 300 meter d) Dua faktor yang menyumbang larian pecut: - langkah yang panjang - kekerapan langkah e) latihan untuk menigkatkan kepecutan: 1. Larian mendorong: - lari dalam kawasan terhad - lari berganti-ganti secara ulang-alik = 100 meter berkumpulan 2. Hatikan teknik pecut: - langkah yang panjang - lutut tinggi sehingga 90 darjah - berlari lutut tinggu dan pecut3. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecut: - melonjak untuk jarak jauh- bounding dikenali sebagai langkah panjang- berlari dengan bebanan di belakang 21
  • 22. Siva Rubini A1 f) Prinsip – prinsip mekanik: Tangan Kaki Hendaklah menghayun tangan untuk Berlari diatas hujung kaki bukan diatas meningkatkan pecutan tapak Tangan digerakkan dengan pantas Kaki belakang diuruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut Pastikan leher dan bahu dalam keadaan Berlari dengan mengangkat pingganya selesa bagi membantu untuk melengkapkan driveg) 3 fasa dalam larian pecutan:1. Fasa Permulaan = Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. Bengkokkan lutut kaki hadapan. Kaki belakang tolak ke tanah. Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun tiupan wisel.2. Fasa Pecutan Larian Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan Larian di selekoh 1. Fasa Penamat 22
  • 23. Siva Rubini A1 1. FASA PERMULAAN Jenis Gaya Tanpa blok Dengan blok Berdiri dengan garisan kira-kira 2.75 cm Gaya peluru Blok permulaan adalah rapat Hujung tapak kaki selari dengan tumit dengan garisan permulaan tapak kaki Bolk hadapan diletakkan dua Ruang diantara dua tapak kaki seluas tapak dari garis permulaan dan buku penumbuk blok belakang setapak dengan blok hadapanGaya sederhana Berdiri rapat dengan garisan kira-kira 40 Meletakkan blok pertama dua cm tapak dari garis permulaan dan Lutut kaki belakang selari dengan hujung blok belakang dua tapak dari tapak kaki hadapan bahagian hadapan blok Ruang antara dua itu seluas buku belakang penumbuk Gaya panjang Berdiri rapat dengan garisan kira-kira 52 – Blok hadapan diletakkan dua 65 cm tapak dati garis permulaan dan Lutut kaki belakang selari dengan hujung blok belakang tiga tapak dari tumit kaki hadapan bahagian hadapan blok Ruang diantara dua itu seluas buku hadapan penumbuk 2. Fasa Pecutan i. Kedudukan tangan - Kedudukan tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari dalah rapat antara satu sama lain. ii. Kedudukan kepala dan leher - Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari torso - Mata member tumpuan di hadapan - Selepas arahan sedia, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan 23
  • 24. Siva RubiniA1 III. Pergerakan tangan dan kaki - Selepas tembakan pistol, pegerakan ke hadapan dimulakan - Tangan bertentangan dengan kaki iaitu tangan dibengkokkan untuk 90 darjah - Kedudukan badan berubah dari rendah ke conding bagi meningkatkan kepecutan dan kelajuan IV. Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan - Fasa pecutan pada jarak 30 meter hingga 60 meter dan pada awal larian - 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada 18 meter - Kadar pecutan ditentukan oleh tahap daya tahan otot seseorang individu tersebut V. Larian di Selekoh - Semakin laju seseorang atlit berlari, semakin kuat kuasa “centrifugal” pada bahagian selekoh - Pelari harus merendahkan badan kea rah dalam untukmemastikan larian selekohnya berkesan dan mengimbangkan - Tangan kiri atlet tersebut harus dihayun lurus manakal tangan kanannya menyilang badan mengharahkan ke dalam 3. Fasa Pecutan - Berlari 10 meter dari jarak lariannya untuk menghabiskan lariannya - Terus pecut sehingga melewati garis penamat - Menonjolkan bahagian torso ke hadapan merupakan cara yang paling baik utnuk menamatkan sesuatu larian. 24
  • 25. Siva RubiniA1Teknik yang digunakan pada fasa permulaanContoh permulaan ketika di blok permulaanDi garisan penamatCara untuk meningkatkan kepecutanLari dengan langkah panjang lari dengan lutut tinggi 25
  • 26. Siva RubiniA1Berlari sambil menyepak ke belakang latihanpergerakkan tangan, siku untuk 90 darjahMelonjak untuk jarakPeralatan larianBlok permulaan Trek larian Kasur perpaku ataupun Spike 26
  • 27. Siva RubiniA1Lari Jarak Sederhana- Sejenis acara yang dipertandingkan untuk jarak larian yang sederhanaa. Contonhnya:800 meter dan 1500 meterb. Ciri – ciri pelari jarak sederhana: Mempunyai keupayaan fisiologi dan psikologi untuk mengurangkan keletihan dan ketengangan semasa berlari. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kepantasan asli dengan ketahanan dan kualiti yang dibentuk dari semasa ke semasa. Mempunyai kebolehan semula jadi. Mempunyai kebijakkan bagi mewujudkan pendekatan terbaik dan bijak semasa berlaru tanpa banyak mempengaruhi peserta larian yang lain.c. 3 fasa dalam larian jarak sederhana:I. Fasa Permulaan: - Peserta diundi untuk menentukan lorong yang digunakan pada pusingan pertama. - Larian mengikut lorong ini hanya untuk keseluruhan pusingan pertama dan pusingan kedua. - Mereka boleh memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian. - Permulaan akan bermula apabila pegawai member arahan „KE GARISAN dan SEDIA‟mengikuti tembakan pistol. - Pelari boleh memilih sama ada ingin menggunakan gaya berdiri ataupun gaya dekam. II. Fasa semasa larian: - Hayunan tangan dan pergerakan kaki adalah aspek utama dalam usaha meningkatkan kepantasan sesuatu pergerakan atau larian. - Bahu pelari mestilah dalam keadaan lurus serta pusingan lengan hendaklah berlaku di sini dan bahu digerakkan ke hadapan sedikit. - Pelari harus berlari dalam keadaan tenang dan menggunakan tenaga sepenuhnya. 27
  • 28. Siva RubiniA1III. Fasa Penamatan: - Untuk tiba ke garisan penamat, pelari haruslah meningkatkan kepantasan dan pecutnya. - Pelari haruslah menolah ke hadapan bahagian torso untuk mencecah pita atau tali penamat terlebih dahulu daripa pelumba lain. d. Jenis Latihan: - Latihan berlari dengan meningkatkan jarak. - Latihan berlari pecut untuk jarak yang dekat. - Latihan larian pecut dengan kelajuan dan kepantasan yang berbeza-beza. - Latihan berlari mengikut arah yang berlarian. - Latihan berlari mengikut rentak larian yang sama untuk jarak yang agak jauh. 28
  • 29. Siva RubiniA1Lari Berganti-ganti 4×100 meter.- Acara yang melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot serta kardiovaskular.a) Kronologi: Acara ini tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. Acara stade adalah anatara acara yanag mula-mula dipertandingkan dan melibvatkan jarak 192 meter. Jarak ini merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan adalah acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter × 2) telah diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Acara dibahagikan kepada dua jenis acara iaitu 4 × 100 (baton dihantar oleh dua orang pelari yang berlatri pada tahap kelajuan maksimum) meter (pelajar) dan acara khas 4 × 1600 meter. Pertukaran baton diadakan pada zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.b) 3 fasa utama: I. Fasa Persediaan Umum Fasa persediaan umum Fasa persediaan khusus II. Fasa Pertandigan Pra-pertandigan III. Fasa Transisic) Alatan : I. Blok permulaan: - digunakan oleh pelari pertama II. Baton: - alat penting yang digunakan dalam acara ini. - berbentuk tiub bulat bergeronggang dan permukaan licin. - diperbuat daripada kayu, logam dan bahan keras sebatang penuh. - berukuran antara 28cm hingga 30 cm. - ukuran lilitnya antara 12sm dan 13sm. 29
  • 30. Siva RubiniA1 - beratnya 50gm. - penukaran baton kepada pelari yang lain dilakukan dalam zon pertukaran baton di 20 meter. Pemilihan pelari pertama memulakan larian dengan baik tetapi seorang yang kurang cekap ketika menerima baton. Pemilihan pelari kedua merupakan pelari yang terpantas dan cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kiri. Pemilihan pelari ketiga adalah individu yang berlari di bahagian selekoh dan cekap meneriman dan member baton dengan tangan kanan. Pemilihan pelari keempat adalah pelari yang berlari di bahagian lurus. Baton diserahlan dalam zon sambut . Pelari kedua, ketiga dan keempat mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum zon pertukaran baton. Jika baton jatuh, dikutip oleh pelari yang jatuhkannya dan boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak menggangu pelari pihak lawan. 30
  • 31. Siva RubiniA1d)Jenis latihan: 31
  • 32. Siva RubiniA1- lari secara melompat (bounding)- lari ketingting- mendukung rakan dibelakang dan lari- lawan tolak-menolak- naik turun bangku- berdiri di atas bata atau tanggan dengan bebola kaki 32
  • 33. Siva RubiniA1ACARA PADANGLompat Jauh- suata acara olahraga yang atletnya cuba untuk mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.a) Kronologi: Masa Catatan 776 SM Merupakan atletik bagi cabang ynag diperlombakan bagi olimpiade pertama. 1869 Acara lompat jauh dipertandingkan pada tahun ini. 1896 Atletik termasuk didalam Olimpiade modern pada tahun itu. 1912 Sebuah badan pengelola internasional dibentuk iaitu IAAF. 1928 Membentuk dasar-dasarnya kemudian wanita pertama kali dibolehkan berpartisipasi di trek dan lapangan dalam majlis Olimpiade. 1983 IAAF menyelenggarakan beberapa kejuaraan dunia outdoor. Terdapat pertandigan regional sepert:  Kejuaraan Eropa  Pan-American games  Commonewealth games  Liga emas professional  IAAF athletics final  World indoor championship 1970 AAU (Amateur Athletic Union) badan pengelola dio Amerika Syarikat sampai runtuh dibawah tekanan porofesionalisme. The Athletics Congress (TAC) telah dibentuk dan akhirnya dinamai USA Track dan Field (USATF auat USA T&F) 33
  • 34. Siva RubiniA1b) Fasa-fasa dalam acara lompat jauh: I. Fasa larian @ penujuan: lari menuju ke papan - Fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. - Seorang atlet akan berdiri di kaki segari atau kaki depan belakang. - Langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. II. Fasa lonjakan: melompat dari papan - Bila kaki memijak papan lonjak, badan akan direndahkan sedikit untuk memberikan keanjalan dari papan lonjakan itu. - Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.III. Fasa layangan: badan berada di udara - Pelompat mengerakkan kaki dan tangan ke belakang. - Untuk gaya tending kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.IV. Fasa pendaratan: sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat. - Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan. - Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. - Bila tumit mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.c) Teknik lompatan:1. Kelajuan larian = kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan di lakukan.2. Pelepasan lompatan = kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan.3. Lompatan di udara: daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat sudut hentian yang berlaku diawal pelepasan. Tiga jenis pergerakkan iaitu; pergerakan berlayar, pergerakan mengayuh dan pergerakan ayunan punggung.4. Pendaratan: jack-knifing adalah teknik yang digunakan untuk pendaratan kerana teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. 34
  • 35. Siva RubiniA1 35
  • 36. Siva RubiniA1d) Peralatan dan kelengkapan: Pita pengukut – mengukur jarak lompatan. Kasut berpaku (spike) – sebagai perlindungan. Bendara isyarat – putih : lompatan sah dan merah: lompatan batal. Lorong larian: melakukan pecutan, larian dan lompatan. Papan pelepas: sebagai petanda dan permulaan lompatan. Kawasan pendaratan: untuk medarat dalam satu-satu lompatanm. 36
  • 37. Siva RubiniA1Lontar Peluru- acara padang dalam dalam kejohanan olahragaa) Kronologi: Masa Catatan Abad ke-19  Bermulanya aktivit lontar batu yang telah dijadikan satu pertandigan.  Orang Scotland dan Ireland adalah golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru melalui pertandingan lontar batu. 1896  Acara ini telah dipertandingkan di Sukan Olimpik moden. 1900 - 1904  Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun ini. 1909  Terbentuknya bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan adalah tempat melakukan lontaran yang diletakkan papan sebagai penanda dan digunakan sampai sekarang. 1905  Sesorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acra ini dengan teknik melontarnya yang telah diterima dan diguna pakai sampai sekarang. Beliau adalah O‟ Brien dari Amerika Syarikat. 37
  • 38. Siva RubiniA1b) Fasa – fasa dalam lontar peluru: I. Fasa Persediaan = pegangan peluru  teknik memegang peluru dengan ketiga-tiga tengah dan ibu jari, jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru  teknik memegang peluru dengan lima jari II. Fasa Gelungsuran = lungsuran  Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa diatas kaki kanan, pergerakkan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagianhadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih dalam keadaan condong.III. Fasa Lontaran = lontaran Teknik Lontaran Sisi – peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri dengan berdiri secara mengereng. Bahagian hadapan peserta mengarah sudut 90 darjah bulatan lontaran. Peserta memegang peluru dalam bulatan lontaran yang telah disediakan. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran dan peserta dikehendaki kedudukan peluru selesa pada tanganya. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda sambil memerhatikan pendaratan peluru. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui belakangnya.IV. Fasa Pemulihan = memngimbangi semula  Kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri di ayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. 38
  • 39. Siva RubiniA1c) Latihan ansur maju:- Cara memegang peluru.- Latihan lontaran bersama rakan dengan bola- Latihan Imbangan bersama rakan.- Pendaratan peluru.- Latihan lontaran pusingan bada- Latihan angkat berat. 39
  • 40. Siva RubiniA1 40
  • 41. Siva RubiniA1UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN OLAHRAGA MENGIKUT KATEGORINYAAcara TrekA) LARI PECUT:1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memansaan badan terlebih dahulu.3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyetuh garisan permulaan atau kawasan di depab garisan ini dengan tangan atau kaki.4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tangan hendaklah menyentuh tanah.5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakanpistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.6. Pelari hanya dibenarkan melalukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua akan dibatalkan terus.7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal sehingga akhir.8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.B) ACARA LARI JARAK SEDERHANA:1. Pelari haruslah berlari dalam lorongnya selepas pistol dibunyikan oleh pegawai pelepas.2. Pelari haruslah memakai kasut spike untuk mendapat cengkaman yang kuat pada trek.3. Pelari dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika keadaan ini berlaku, penyertaan mereka akan dibatalkan.4. Pelari juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain.5. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar maka dengan segeranya larian mereka akan dibatalkan walaupun mereka didapti mendapat tempat pertama. 41
  • 42. Siva RubiniA16. Pelari dinasihatkan untuk menggunakan cara berdiri semasa permulaan supaya kaki diletak paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki.7. Jika pelari tidak berlari atas trek maka keputusan mereka akan dibatalkan.8. Bahagian dada pelari diambil kira untuk menyentuh benang sebagai garisan penamat.C) ACARA LARI BERGANTI – GANTI.1. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian.2. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlit yang menjatuhkannya.3. Beliau juga meninggalkan lorong lariannya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskan dan tidak menggangu atlit yang lain.4. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon pertukaran baton. Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh.5. Pertukaran baton diluar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.6. Peserta yang secara sengaja menggangu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakitbatkan pasukannya dibatalkan.7. bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan. 42
  • 43. Siva RubiniA1Acara PadangA) LOMPAT JAUH:1. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Jika bilangan peserta ramai, hanya tiga kali lompatan perlu dibuat.2. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan akan menang pertandingan tersebut.3. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.4. lompatan dikira jika peserta melakukan perkara – perkara seperti beriku: - memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda dibenarkan. - semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.5. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaanya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.6. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hamper yand disentuh oleh peserta.7. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang.8. Sekurang – kurangya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat. 43
  • 44. Siva RubiniA1B) LONTAR PELURU:1. Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.2. Peluru hendaklah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.3. Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakan dengan meletakkan peluru di dalm bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.4. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sector.5. Selepas peluru mendarat, peserta dikhendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.6. Lakuan – lakuan yang akan membatalkan lontaran para pesertanya: - Melontar di luar bulatan. - Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya. - Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan. - Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan mana- mana bahagian badan. 44
  • 45. Siva RubiniA1REFLEKSI DIRI Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat menghabiskan folio individu ini denganbantuan daripada pelbagai pihak iaitu pensyarah saya, kawan-kawan sekelas dan teknologi yangberkembang pada zaman ledakkan teknologi ini. Saya berasa cukup bermakna ketika membuat tugasanindividu kerana baru semester ini saya berasa begitu semangat dalam acara trek dan padan. Sebelum ini,saya kurang meminati acara olahraga tetapi folio oni telah mengubag perspeksi saya terhadapa acara ini.Selain itu, banyak aktiviti telah dijalankan oleh pensyarah untuk meningkatkan stamina kami untukmenyediakan kami bagi menghadapi pertandingan sukan tara yang baru habis. Saya mempelajaribanyak aspek dalam kokurikulum yang diadakan setipa hari Rabu di kolej saya. Saya juga mempelajaricara memanaskan dan menyejukkan badan yang betul dan bersistematik. Terima kasih saya ucapkankepada semua yang sanggup menolong saya untuk menghabiskan kerja khusus ini. 45
  • 46. Siva RubiniA1 RUJUKAN  http://www.scribd.com/doc/26800261/PENDIDIKAN-JASMANI-OLAHRAGA-LARI-PECUT  http://www.scribd.com/doc/46532734/SEJARAH-LARI-PECUT  http://www.scribd.com/doc/56911714/lari-berganti-ganti  http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=171  http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lompat-jauh/  http://www.scribd.com/doc/37002111/Sejarah-Dan-Asal-Usul-Acara-Lontar-Peluru  http://www.scribd.com/collections/2771502/Sejarah-Olahraga-Antarabangsa  http://pjk.ipgkti.edu.my/pj2051kplimajorpj/04_KPO@Sejarah%20Olahraga.pdf 46