Kertas kerja futsal

  • 5,841 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
5,841
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
10

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KERTAS KERJA PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL PROGRAM LATIHAN PERGURUAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (PLPPIP) 2012 TARIKH 10/10/2012 ANJURAN BERSAMA BAHAGIAN GERKO & HAL EHWAL PELAJAR KICSIVA RUBINIA1 Page 1
  • 2. 1. Pengenalan 1.1 Pertandingan Futsal ini diadakan bagi merealisasikan hasrat dan menyahut Moto GERKO KOLEJ ANTARABANGSA KIRKBY (KIC) iaitu “Kecermelangan Insan Guru Untuk Kesukanan Murid-murid ”. Tuntutan program ini adalah untuk menyediakan insan guru yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial) dan memenuhi kemahiran futsal tanpa mengira jantina guri-guru yang terdapat di KIC ini. 2. Rasional 2.2 Pertandingan Futsal ini diadakan bersempana program tahunan pelajar –pelajar PLPPIP untuk bahagian GERKO kerana melalui aktiviti ko-kurikulum dapat melahirkan insan-insan guru yang cemerlang dalam semua aspek. 2.3 Aktiviti ini juga diadakan untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu satu murid satu sukan dan merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum yang akan dikendalikan oleh bakal guru-guru dari KIC ketika menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. 3. Matlamat 3.1Pertandingan ini dianjurkan sebagai satu usaha dalam mempertingkatkan kecergasan fizikal bakal guru-guru KIC supaya mereka menjadi produk berkualiti KIC selepas mereka menamatkan pengajian mereka di kolej ini. 3.2 Aktiviti ini juga dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesame pelajar KIC 3.3 Aktiviti ini dapat membentuk sahsiah, personaliti dan disiplin seseorang pelajar melalui hubungan komunikasi dan kerjasama antara mereka.SIVA RUBINIA1 Page 2
  • 3. 4. Objektif 4.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk turut serta dalam aktiviti GERKO. 4.2 Memberi kemahiran dan pengalaman dalam permainan futsal kepada pelajar – pelajar KIC 4.3 Membina semangat kesukanan yang positif dalam diri setiap individu. 4.4 Meningkatkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar dan pensyarah- pensyarah KIC. 5. Tarikh / Masa 5.1 10 Oktober 2012 (Rabu) 5.2 4.00 – 6.30 petang 6. Tempat 6.1 Gelanggang Futsal KIC, Selangor 7. Sasaran 7.1 Untuk member pengetahuan yang lebih mendalam akan permainan futsal ini dan juga menanam semangat kesukanan yang tiada batasan. 8. Syarat-syarat Am Pertandingan 9.1 Terbuka kepada pelajar-pelajar PLPPIP 2011 9.2 Kategori 9.2.1 Senior = 18 – 21 tahunSIVA RUBINIA1 Page 3
  • 4. 9. Peraturan Kejohanan 11.1 Undang-undang permainan 11.1.1Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Futsal sepertimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semasa. Segala perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan mengikut Peraturan Am Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. 11.2 Jenis Pertandingan 11.2.1 Pertandingan secara berpasukan ( 7 orang sepasukan) 11.3 Sistem pertandingan 11.3.1 Pertandingan liga 11.3.1 Separuh akhir / akhir pertandingan kalah mati. 11.4 Masa permainan 11.4.1 Masa bermain ialah 14 minit rehat 2 minit. Sukuan 1 Rehat Sukuan 2 7 minit 2 minit 7 minit 11.4.1 Sekiranya terdapat seri pada perlawanan kalah mati tendangan panalti akan dijalankan ( 3 orang pemain). 11.5 Cara menentukan keputusan 11.5.1 Cara memberi mata - Menang - 3 - Seri - 1 - Kalah - 0 11.5.2 Sekiranya menang tanpa bertanding mata 3 dengan jaringan 3-0.SIVA RUBINIA1 Page 4
  • 5. 11.6 Pakaian 11.6.1 Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian serangam (jersi). 11.6.2 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang tercatat dahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya bagi permainan itu. 11.7 Kelewatan 11.7.1 Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemengan percuma dengan 3 mata dengan bilangan gol ialah 2-0 11.8 Bantahan 11.8.1 Sekiranya selepas tamat perlawanan pasukan itu ingin membuat bantahan, sertakan bathan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 10 minit selepas perlawanan dengan bayaran RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja). Wang itu tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya. 10. Undang – Undang Pertandingan  Peraturan 4 saat untuk mula main  5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”  Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.  Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.  Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.SIVA RUBINIA1 Page 5
  • 6. 10.1. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut: a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol) 10.2.Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahanberikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja. 10.3.Peraturan Buang PadangSIVA RUBINIA1 Page 6
  • 7. a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan. b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu. c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan. d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil. 10.3.Tendangan Bebas a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung. b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat. 10.4.Tendangan ke dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam. 10.5.Tendangan PenaltiSIVA RUBINIA1 Page 7
  • 8. a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan mengawasi kawasan ini. 10.6.Kad kuning dan kad merah • Kad kuning akan diberikan jika pemain :  Melakukan tindakan merbahaya  Memegang atau menyentuh bola dengan sengaja kecuali penjaga gol.  Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang sengaja dilakukan. • Kad merah akan diberikan jika pemain :  Mendapat kad kuning kedua.  Melakukan tindakan merbahaya.SIVA RUBINIA1 Page 8
  • 9. 11. Penutup Secara keseluruhannya,diharap pertandingan futsal untuk PLPPIP semester 3 pada tahun 2012 ini akan berlangsung dengan meriah, bersemangat kesukanan dan dengan jayanya. Pertandingan ini juga sekali gus berjaya memilih peserta yang akan mewakili KIC , Selangor untuk menyertai sebagai wakil-wakil dalam pertandingan futsal yang akan dilangusung di IPG-IPG di seluruh Malaysia. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ............................................ .......................................... (SIVA RUBINI A/P SIVAGURU) (AFIQ BIN SALLEHUDIN ) Ketua Unit GERKO Futsal KIC, Cyberjaya Diluluskan oleh, ................................................ ( BISMILLAH BINTI KHATON) Presiden Kolej Antarabangsa Kirkby, CyberjayaSIVA RUBINIA1 Page 9
  • 10. LAMPIRAN AJawatankuasa Pertandingan Futsal Peringkat KIC JAWATANKUASA INDUK Penaung : Pn. Bismillah binti Khaton Presiden KIC Penasihat : En. Afiq bin Sallehuddin Ketua Unit GERKO Futsal Pengerusi : Abu Hassan bin Ali Hassan Timbalan Pengerusi : Siti Shaihimah binti Izul Setiausaha : Siva Rubini a/p S Sivaguru Naib Setiusaha : Rabiatul Adawiyah bin Shahirudin Bendahari : Kanagavali a/p KushenSIVA RUBINIA1 Page 10
  • 11. JAWATANKUASA KERJA Jawatankuasa Pendaftaran/Urusetia : Nur Safiah binti Izul Jawatankuasa Buku Program : So Chai Fern Jawatankuasa Dokumentasi : Rubatarshini a/p Vasu Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan : Gan Siew Huat Jawatankuasa Teknik Alatan dan Pensiapan Tempat.: Mustaqim bin Shamsul Jawatankuasa Makanan/Tempahan Makanan : Nor Afrah binti Alam Jawatankuasa Siaraya : Komathy a/p Lingeya Jawatankuasa Sijil dan Hadiah : Jennifer a/p Alex Jawatankuasa Kecemasan : Persatuan PBSM, KIC Jawatankuasa Alatan AM : Sean Mav a/l Steven Jawatankuasa Kebersihan : Usharani a/p Chandiran Jawatankuasa Pemilihan : Priya a/p Karunakaran Jawatankuasa Penutup : Nurul Fariena binti Hassan Jawatankuasa Pengadil Pertandingan : Aliff Iskandar bin Md AzlanSIVA RUBINIA1 Page 11
  • 12. LAMPIRAN BTentatif Pertandingan MASA ATURCARA 2.30 petang Pendaftaran para peserta 2.50 petang Taklimat Pertandingan pengadil dan peserta 3.00 – 3.15 petang Permainan peringkat Pertama 3.15 – 4.00 petang Keputusan peringkat pertama 4.00 – 4.15 petang Permainan peringkat Kedua 4.15 – 4.30 petang Keputusan Permainan Kedua 4.30 – 4.45 petang Permainan peringkat separuh akhir 4.45 – 5.00 petang Keputusan peringkat separuh akhir 5.00 – 5.15 petang Permainan peringkat akhir 5.15 – 5.30 petang Rehat 5.30 – 6.00 petang Penyampaian hadiah 6.00 petang BersuraiSIVA RUBINIA1 Page 12
  • 13. LAMPIRAN C BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN FUTSAL PROGRAM PLPPIP KOLEJ ANTARABNAGSA KIRKBY SEMESTER 3 2012NAMA KELAS :NAMA PENGURUS PASUKAN : No.Bil Nama Murid No. Matrik No. KP Jersi1. 23. 4 56.7.Saya akui segala maklumat yang diberikan adalah benar dan pihak kami berjanji akanmematuhi segala syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:---------------------------------- -----------------------------------(SIVA RUBINI A/P SIVAGURU) (ABU HASSAN BIN ALI)Tarikh: Tarikh:SIVA RUBINIA1 Page 13
  • 14. LAMPIRAN DAnggaran Perbelanjaan Bil Perkara Jumlah ( RM ) 1. Fotostat RM 30.00 2. Hadiah RM 300.00 3. Air mineral RM 20.00 5. Air 100 plus RM 100.00 7. Sijil RM 100.00 8. Sewa Khemah RM 250.00 JUMLAH RM 800.00Anggaran perbelanjaan ini bergantung kepada mesyuarat dan keperluan semasa.SIVA RUBINIA1 Page 14
  • 15. LAMPIRAN ESistem pertandigan kalah mati dengan ‘bye’A ---------------B ---------------C ---------------D ---------------E ---------------F ---------------Anda perlulah menentukan “bye” dalam pertandingan tersebutSIVA RUBINIA1 Page 15