Tugasan 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tugasan 3

on

  • 3,073 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,073
Views on SlideShare
3,073
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
92
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan 3 Tugasan 3 Document Transcript

  • FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMIPEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN Aplikasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid-murid Prasekolah DISEDIAKAN OLEH: Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun M20111000215 DISEDIAKAN KEPADA: Prof. Madya Dr. Abd. Latif Bin Haji Gapor
  • AbstrakPada zaman yang serba moden dan canggih ini, kemudahan ‘Information and CommunicationTechnology’ (ICT )telah mencetus kaedah atau sistem yang baru dalam bidang pendidikan.Negara kita juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkan sumber ini. Kemudahan ICT adalahsuatu bahan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lebih efisyendan memberansangkan. Pengaplikasian ICT dalam pendidikan di beberapa negara telahterbukti berjaya mempengaruhi para pelajar untuk terlibat secara aktif dalam prosespengajaran dan pembelajar. Kajian ini cuba menghuraikan pengaruh ICT terhadap murid-murid prasekolah disamping kecekapan guru-guru mengendalikan kelas merekamenggunakan bahan ICT.1.0 Pengenalan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untukmerevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi,menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebihkuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama iaituICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang bolehmengurangkan jurang digital antara sekolah, fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikanadalah sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjektersendiri danmenggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatusistem pengurusan. Biarpun penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lamadiperkenalkan, masih ramai guru yang mengelak daripadanya. Guru lebih selesa dengankaedah tradisional dan tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi dalam pengajaran mereka. Jika dilihat matlamat utama pengintegrasian ICT adalah untuk melibatkan pelajardalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata. Pembelajaran berkomputer lazimnya dikaitkan dengan beberapa istilah dalam bahasaInggeris iaitu Computer Assisted Learning (CAL) iaitu pembelajaran berbantukan komputer,Computer Assisted Instruction (CAI) iaitu pengajaran berbantukan komputer dan ComputerBased Learning (CBL) iaitu pembelajaran berasaskan komputer. Pendekatan yang terbaikdalam penggunaan ICT ialah penggunaan yang sesuai dengan keperluan murid, serta dapatmembuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICTdalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran dimana guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran iaitu pelajar menggunakan ICT.Dalam konteks pengajaran, ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat
  • demonstrasi. Manakala,dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikansebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.1.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangandan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dansistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segiJERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi prosespembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untukmendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidakketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amatpenting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet,mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untukmemperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi denganpelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Mereka juga dapatmembuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negarabarat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka danmemasukkan gambar mereka. Di samping itu, mereka juga boleh memasukkan suara merekasekali. Seterusnya, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperticontoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar denganaktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyakpilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdikberbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas denganmemberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Malah, ICT juga sesuai digunakanuntuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktivitiyang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dankemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktifdalam pembelajaran. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkankefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga bolehbelajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasimereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu.Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses
  • maklumat yang sukar dicari sertamahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT jugamembolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan dayakreativiti dan imaginasi pelajar.1.2 Definisi Konsep i. PrasekolahMenurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolahdidefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yangberkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengankemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagaipersediaan untuk memasukialam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Menurut Rohaty MohdMajzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis danasas kepadaperingkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorangindividu ii. PengajaranPengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untukmembawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran. Ianyamelibatkan kegiatan Merancang dan Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,Memilih strategi pengajaran, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Menilai dalam satu-satupengajaraniii. PembelajaranPembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibatpengalaman atau latihan iv. ICTICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan ‘Information and CommunicationTechnology yang bermaksud Teknologi KomunikasiMaklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakanuntuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.ICT merupakan teknologi yang diperlukan untukpemprosesan data. Ruang lingkup tajuknyasangat luas berkenaan segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secaratepat danmudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpamengira tempat dan waktu.
  • 1.3 Pernyataan masalahKajian ini dijalankan untuk melihat pengaplikasian kemudahan ICT di prasekolah.Pengalikasian ICT menjadi semakin penting hari ini sebagai alat bantu mengajar dan iadikatakan amat berkesan dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajarn. Jadikejian ini akan memberi gambaran bagaimana guru-guru prasekolah memainkan perananmemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta melihat keberkesanannya dalammenarik minat pelajar.1.4 Objektif kajian 1. Mengenal pasti keupayaan guru-guru prasekolah menggunakan aplikasi ICT 2. Mengkaji bagaimana ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengkaji prestasi pelajar apabila kemudahan ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.1.5 Persoalan kajian 1. Adakah guru-guru prasekolah memanfaatkan kemudahan ICT dengan sebaik mengkin? 2. Apakah ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Adakah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menarik minat pelajar?2.0 Sorotan Literatur Burnett (2010) mengatakan bahawa, kanak-kanak pada masa kini membesar dalamtextual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermaindengan aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainankomputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkatawal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia bolehmemberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat danberkesan.Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membinapemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasipengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian.Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui
  • program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia (Maier & Warren2002; Parker 2008). Menurut Alessi dan Trollip (2001) pula, pembelajaran menerusi ICT mempunyaibanyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaranpada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikandaripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kinibahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi bolehdisediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahanhiperteks dan hipermedia dalam ICTdapat menyediakan suasana pembelajaran yangbercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronokdan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankanmengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Pada asasnya, kanak-kanak mendapat pengalaman melalui manipulasi bendabendamaujud atau konkrit serta penerokaan persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar daripadapersekitaran mereka melalui lima deria semula jadi yang dianugerahkan sejak mereka lahir.Daripada pengalaman ini kanakkanak akan menganalisis pengetahuan dan mengukuhkankonsep pembelajaran mereka. Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseaudan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankanbahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila didedahkan pada persekitaranyang optimum. Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yangboleh diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahanpembelajaran yang berbentuk akademik mahu pun permainan. Semua ini alat rangsanganyang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia denganbaik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008). Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (PPK 2003b), guru disaran menggunakanpelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanaksecara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.Pendekatan aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk membantu proses pengajaran danpembelajaran; memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri danbersama rakan sebaya; dan memperkayakan pengalaman pembelajaran (PPK 2003a). Bagi memenuhi keperluan ini setiap kelas prasekolah di bawah kelolaanKPMdibekalkan dua buah komputer multimedia bagi 25 orang kanak-kanak. Pelbagaiperisian yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak juga dibekalkan kepada kelas-kelas prasekolah. Bagi murid prasekolah, mereka diberi kebebasan memilih perisian sendirimengikut kebolehan, umur dan minat mereka. Murid yang aktif akan memilih perisianberbentuk permainan bergerak atau arcade. Justeru, bahan perisian ini dijangka dapatmemenuhi kehendak pendidikan seperti mempunyai unsur pengetahuan dan berciri tutorial(Rohani, Nani & Mohd Sharani 2003). Kajian ini akan melihat kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru prasekolah bagimangadaptasikan kemudahan ICT dalam pengajaran mereka dan keberkesanannya kepada
  • murid-murid. Dapatan kajian merupakan maklumat yang diperoleh persoalan-persoalanberikut:1. Adakah anda menggunakan sepenuhnya kemudahan ict dalam pengajaran danpembelajaran?2. Adakah anda mahir mengaplikasikan kemudahan ICT dalam pengajaran danpembelajaran?3. Adakah penggunaan ICT banyak membantu dalam Pengajaran dan pembelajaran?4. Apakah respon para pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakanict?5. Bagaimanakah pencapaian pelajar apabila penggunaan ict diaplikasikan?3.0 Metodologi3.1Reka Bentuk kajianKajian yang telah dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif. Kaedah temubual danpemerhatian ikut serta telah digunakan.3.2 Populasi dan SampelPopulasi kajian ini adalah guru-guru prasekolah di kemaman. Seramai 14 orang guru yangmengajar di prasekolah telah dijadikan sampel dalam kajian ini.3.3 Instrumen kajianDaripada 5 soalan yang telah digubal dan ditemubual kepada responden, maklumat yangdiperoleh akan dijadikan dapatan kajian dalam kajian ini.4.0 Dapatan Kajian Dapatan daripada kajian ini menunjukkan kebanyakan guru tidak mengaplikasikankemudahan ICT dengan alasan mereka tidak mahir menggunakannya. Ini kerana kerumitandalam memasang perkakasan umpanya komputer dan alatan yang lain serta perisiannya yangterlalu canggih. Guru-guru yang mengajar prasekolah ini pula majoriti berusia 30 tahun keatas. Jadi, disebabkan mereka kurang pendedahan terhadap pengaplikasian kemudahan,mereka membuat keputusan untuk tidak menggunakannya dalam proses pengajaran danpembelajaran. Mereka juga merasakan walaupun mereka mengamalkan kaedah pengajarandan pembelajaran yang bersifat tradisional, murid-murid tetap dapat mengikutinya. Merekamenjadi kurang bermotivasi untuk menggunakan kemudahan ICT ini juga disebabkan pihaksekolah hanya memandang sambil lewa terhadap pengaplikasian ICT dalam pengajaran danpembelajaran.
  • Namun, terdapat juga guru-guru yang yang menggunakan kemudahan ini ketikamengajar. Mereka mengakui pengaplikasian ICT dan pengajaran dan pembelajaran berkesanmenarik minat murid-murid. Mereka beranggapan kanak-kanak zaman sekarang sudah selaluterdedah dengan kemudahan ICT sama ada di rumah ataupun di mana-mana sahaja. Merekasukakan sesuatu yang baru dan interaktif iaitu ada kesan audio dan video. Namun, para guruini hanya menggunakan kemudahan ICT ini pada masa-masa tertentu sahaja berikutankerumitan untuk memasang dan menggunakannya. Ini akan menyusahkan mereka kerana iamengambil banyak masa mengajar mereka hanya kerana untuk menggunakan kemudahan ini.5.0 Rumusan dan Cadangan Sebagai rumusannya,walaupun kesedaran terhadap kelebihan pengguanaan ICT dalampengajaran dan pembelajaran telah meningkat namun tidak ramai guru mengaplikasikannya.Oleh itu, penggunaan kemudaan ICT perlu diteliti semula di mana dalam bidang pendidikan,peralatan ICT ini harus tersedia dalam keadaan mudah untuk digunakan. Selain itu, sebelumseseorang itu menjadi guru prasekolah, mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmupenggunaan dan pengaplikasian kemudahan ICT. Kegagalan pengaplikasian sumber-sumberatau alat bantu pengajaran ini perlu diberi perhatian agartidak berlaku pembaziran sumber.Jadi, isu ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar generasi anak Malaysia celik IT(information technology) sejak dari awal lagi supaya mereka lebih berdaya saing sekaligusmelahirkan modal insan yang serba boleh.Bibliografi
  • Hazrad Khan Rahmatullah Khan (2010). Konsep Tadika Atau Prasekolah Dan KurikulumStandardprasekolah Kebangsaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/pen_pem.htmhttp://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKANhttp://www.slideshare.net/ISMAILMAMAT/ict-dan-multimedia-kanak-kanak-prasekolahhttp://sweetkidskindergarten.blogspot.com/2012/02/kepentingan-ict-dalam-pendidikan-awal.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat