Assignment teknologi pendidikan

  • 3,272 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,272
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
189
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF3103 PRINSIP- PRINSIP DALAM TEKNOLOGI PENGAJARAN TAJUK TUGASAN Sediakan dan huraikan rancangan pengajaran berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE Pusat belajar: Pahang Learning Centre JAN 2011
  • 2. Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 Tarikh : 2 April 2011 Masa : 7.40 – 8.40 pagi Kelas : 2 Mahir Bilangan pelajar : 25 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (LITERASI) Tema : Makanan Tajuk : Suku kata tertutup „ng‟ Pengetahuan sedia ada : Semua murid telah biasa melihat jenis-jenis makanan berdasarkan respon yang diberikan semasa benda maujud dan gambar ditunjukkan. Kemahiran : Fokus Utama: 1.13 : Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. 3.5 : Membaca dan memahami frasa yang mengandungi suku kata tertutup”ng”. Fokus Sampingan: 2.13 : Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. 4.5 : Membina dan menulis frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : Kumpulan A dan B 1. Mengeja, membaca dan memahami semua perkataan yang mengandungi suku kata tertutup „ng” dengan betul. 2. Membaca dan memahami frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan betul.
  • 3. Kumpulan A 1. Melengkapkan ayat dengan frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan tepat. Kumpulan B 1. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan betul. Sistem Bahasa : i. Kata nama ii. Sebutan dan intonasi : Ayat penyata iii. Kosa kata : Terung, jagung, kentang, pisang, udang, bawang Pengisian Kurikulum : i. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Menjana idea Bahan bantu Mengajar : i. Gambar ii. Kad perkataan iii. Lembaran kerja Media Pengajaran : i. Visual : Gambar dan kad perkataan ii. Media cetak : Lembaran kerja Nilai Murni : Bekerjasama, rajin
  • 4. Langkah -langkah pengajaran Langkah/ Kemahiran Aktiviti Catatan Set induksi ( 5 minit ) -Guru menunjukkan benda maujud dan murid menyebut makanan yang ditunjukkan. -Guru meminta murid mengambil gambar yang dipamerkan dan meletakkan gambar di sebelah benda maujud yang ditunjukkan. -Benda maujud: -bawang, pisang, udang, kerang, terung, jagung Langkah 1 ( 10 minit ) Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng” Kumpulan Adan B 1.Murid mengeja dan membaca perkataan berdasarkan gambar dan kad perkataan. 2.Guru membimbing murid mencerakinkan per- kataan berdasarkan gambar yang diberi. 3.Murid membaca perkataan yang dicerakinkan secara kelas dan individu dengan berulang- ulang. Kad gambar udang Kad perkataan u Dang Lampiran 1 Langkah 2 ( 10 minit ) Membaca dan memahami frasa yang ada suku kata tertutup “ng” Kumpulan A dan B 1. Murid dibimbing membina frasa dari perka- taan yang dibaca. 2.Murid membaca frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” berdasarkan gambar dan kad perkataan. 3.Murid mengeja dan membaca frasa secara latih tubi. Contoh: bawang Merah Lampiran 2
  • 5. Langkah 3 ( 10 minit ) Membina dan menulis perkata- an yang ada suku kata tertutup “ng‟ Kumpulan B 1. Berpandukan gambar murid diminta memadamkan suku kata tertutup “ng” menjadi perkataan yang betul. 2. Murid menulis perkataan berdasarkan suku kata yang dicantumkan. 3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan yang ditulis. Contoh: Lampiran 3 Langkah 4 ( 15 minit ) Membina dan menulis frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng‟ Kumpulan A 1.Murid diminta membaca frasa dan ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. 2.Murid melengkapkan frasa dalam ayat dengan tepat. 3.Murid dibimbing membaca ayat tunggal yang telah dilengkapkan. Lampiran 4 Penutup ( 5 minit ) 1. Guru bertanya murid mengenai pelajaran yang telah dipelajari hari ini. 2.Murid diminta menyebut dan membaca nama- nama makanan yang mengandungi suku kata tertutup “ng” sekali lagi berdasarkan gambar ditunjukkan.
  • 6. Pengenalan Definisi Teknologi Pengajaran Teknologi Pengajaran ialah bidang yang mengkaji aplikasi pembelajaran manusia, media dan teknologi kepada perkembangan pengajaran. Bidang ini merangkumi segala teknologi tradisional dan terkini dalam mempertingkatkan penyampaian pengajaran. Teknologi pengajaran terbahagi kepada dua komponen utama: - reka bentuk pengajaran & media yang terlibat dengan aplikasi teori dan hasil penyelidikan pembelajaran manusia kepada amalan perancangan pengajaran. Juga ditekankan ialah penggunaan media dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran. - komputer & telekomunikasi yang merupakan peralatan, kemudahan dan perisian yang digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran Definisi Rancangan Pengajaran Rancangan pengajaran ialah satu perancangan untuk memastikan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru serta objektif yang dicapai oleh pelajar. Untuk menyediakan rancangan pengajaran, guru-guru perlu mengambil kira tahap atau aras kebolehan murid. Guru-guru juga perlu menetapkan kemahiran yang sesuai mengikut aras kebolehan murid. Jika rancangan pengajaran disediakan dengan lengkap, penggunaan media yang menarik minat murid serta aktiviti-aktiviti dijalankan dengan tersusun ia membolehkan objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai sepenuhnya. Dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE, guru perlu mengenalpasti kesediaan pelajar, menyatakan objektif dengan tepat, memilih media yang sesuai, merancang bagaimana sesuatu media digunakan, memerhati penglibatan pelajar dan membuat penilaian diakhir pengajaran dijalankan. Rancangan Pengajaran Mengikut Model ASSURE Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1982). Assure bermaksud “memastikan sesuatu berlaku”. Langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE terdiri daripada :
  • 7. A- Analyse Learner ( Analisis pelajar ) a) Ciri-ciri umum pelajar Murid-murid dalam kelas 2 Mahir terdiri daripada pelajar tahap satu yang berumur lapan tahun. Semua pelajar dalam kelas ini adalah pelajar LITERASI iaitu pelajar yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran asas seperti membaca, menulis dan memahami ayat tunggal serta ayat majmuk. Latar belakang kehidupan murid-murid kelas ini adalah daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan ibu mereka tidak bekerja dan bapa mereka bekerja sebagai buruh, nelayan dan bekerja sendiri. Mereka tinggal di penempatan yang tidak tersusun walaupun penempatan mereka tidak jauh dari pusat bandar. Masalah kehadiran menjadi salah satu sebab murid-murid lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Ramai murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan murid banyak ketinggalan dalam kemahiran yang diajar di sekolah. Seterusnya mengakibatkan murid lambat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis. b)Kompetensi khusus peringkat masuk Murid-murid dalam kelas 2 Mahir dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran iaitu kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka mengikuti saringan Literasi untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun. Murid-murid yang masuk ke dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang tidak melepasi konstruk 8. Semua murid dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran asas membaca dan menulis. Murid-murid di ajar mengikut peringkat demi peringkat dengan menggunakan modul yang telah disediakan. Guru akan tukar kepada konstruk seterusnya apabila murid telah menguasai konstruk yang telah diajar. Kebanyakan murid-murid dalam kelas ini boleh memahami pelajaran yang diajar dengan bantuan dan bimbingan guru. Namun begitu, mereka tidak dapat mengingat perkara atau tajuk yang diajar dalam masa yang lama. Segelintir pelajar tidak dapat membaca ayat tunggal dan ayat majmuk tanpa bimbingan guru.
  • 8. c) Stail pembelajaran Gaya pembelajaran murid semasa guru menyampaikan pengajaran adalah aktif. Pada set induksi, murid-murid berebut untuk keluar ke hadapan kelas untuk memegang benda maujud serta gambar makanan. Begitu juga pada langkah yang pertama dan langkah kedua. Murid-murid melibatkan diri secara aktif iaitu ramai murid yang mengangkat tangan untuk mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan pada kad perkataan. Terdapat segelintir daripada murid yang hanya mendiamkan diri. Mereka akan menjawab pertanyaan guru setelah diulang soalan beberapa kali. Namun, tidak kurang juga yang menunjukkan minat yang ketara untuk menjawab apabila diajukan soalan. Walaupun kebanyakan murid tidak dapat membaca perkataan dan ayat dengan lancar tetapi mereka menunjukkan minat yang baik dengan mengikuti apa yang diajar oleh guru dengan perhatian sepenuhnya. S- State Objective ( Nyatakan objektif ) Objektif pengajaran difokuskan kepada pencapaian murid seperti murid dapat mengeja, membaca dan memahami perkataan serta frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” seperti perkataan bawang, jagung, pisang, udang, kerang dan terung. Apabila murid memahami perkataan yang dieja dan dibaca, guru akan membimbing murid membina frasa. Contohnya, dari perkataan bawang dijadikan frasa bawang merah, jagung dijadikan frasa jagung manis serta lain-lain frasa. Pada langkah ketiga objektif yang perlu dicapai adalah murid dapat memadamkan suku kata supaya menjadi perkataan yang betul. Murid dibimbing mencantumkan suku kata. Murid dibimbing menulis suku kata yang dicantum supaya menjadi perkataan yang betul. Seterusnya pada langkah keempat, murid perlu melengkapkan ayat dengan frasa yang mengandungi suku kata tertutup dengan betul. Sekiranya murid memahami perkataan dan frasa yang telah dieja dan dibaca, murid akan dapat melengkapkan ayat dengan frasa yang betul.
  • 9. S- Select method, media and material ( Pilih kaedah, media dan bahan ) Kaedah kelas Kaedah ini telah dijalankan semasa set induksi, langkah satu, langkah dua dan semasa membuat rumusan. Kaedah ini dimulakan dengan cara guru menunjukkan benda maujud. Murid-murid diminta menyebut benda-benda yang ditunjukkan serta menamakan kumpulan benda itu. Selepas itu, beberapa orang murid diminta memegang benda maujud dan memegang gambar. Murid-murid yang memegang gambar mencari pasangan dengan murid yang memegang benda maujud. Seterusnya, guru telah menerangkan tajuk yang akan dipelajari oleh semua murid pada hari itu. Pada langkah satu dan langkah dua, guru telah membimbing murid mengeja dan membaca perkataan dan frasa secara kelas. Murid-murid juga mengeja dan membaca perkataan dan frasa secara kelas. Selain dari itu, murid dipilih secara rawak untuk mengeja dan membaca perkataan serta frasa. Kaedah ini digunakan kerana guru perlu mendapat perhatian daripada semua murid bagi memulakan pengajaran dan menerangkan tajuk pelajaran yang akan diajar. Murid-murid juga perlu mendengar, memerhati dan memahami apa yang sedang diterangkan oleh guru. 1Jika murid memahami peringkat awal pengajaran, murid-murid akan dapat melakukan aktiviti pada langkah pengajaran seterusnya dengan baik. Kaedah ini juga dipilih semasa aktiviti penutup bertujuan untuk memastikan semua murid dapat menguasai pelajaran yang diajar pada hari tersebut. Kaedah modul Kaedah modul dijalankan kerana murid-murid didalam kelas ini mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Kaedah ini dijalankan dengan cara guru telah mengasingkan aktiviti iaitu bagi Kumpulan B murid memadamkan suku kata tertutup “ng” dan menulis suku kata menjadi perkataan yang betul. Bagi Kumpulan A, murid ditugaskan melengkapkan ayat dengan frasa yang mengandungi suku kata tertutup “ng” dengan betul. Murid-murid dari Kumpulan A juga di bimbing untuk membaca ayat yang telah dilengkapkan. Kaedah ini dipilih kerana murid-murid dalam kelas ini adalah murid Literasi iaitu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya asas membaca dan menulis. Guru
  • 10. menjalankan pengajaran mengikut tahap penguasaan murid dalam pelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini, murid-murid diberikan latihan mengikut aras kebolehan mereka. Media dan bahan Media yang dipilih dalam rancangan pengajaran ini terdiri daripada media visual iaitu gambar dan kad perkataan serta media cetak iaitu lembaran kerja. Gambar digunakan bagi menjelaskan lagi pemahaman murid selain ditunjukkan kad perkataan. Semasa murid mengeja dan membaca perkataan dengan bantuan kad perkataan, gambar dapat membantu murid memahami perkataan yang dieja dan dibaca. Manakala lembaran kerja pula dapat mengesan kefahaman murid. Guru dapat melihat samada murid dapat menguasai atau tidak mata pelajaran yang diajar melalui lembaran kerja yang diberikan kepada murid. Menurut Smaldino et.al., (2005) media dianggap sebagai media pengajaran untuk membantu proses komunikasi dan pembelajaran. Pengunaan media bertujuan membantu pemahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Contohnya penggunaan gambar dapat membantu murid lebih mengingati dan memahami perkataan yang dieja berdasarkan kad perkataan. Selain dari itu, media juga dapat mendorong pembelajaran menjadi lebih dekat kerana alat bantu mengajar dapat ditunjukkan kepada pelajar. Contohnya jenis-jenis makanan yang diajar tidak terdapat di dalam kelas. Namun begitu, dengan penggunaan gambar murid-murid mendapat gambaran yang lebih jelas. Dengan penggunaan alat bantu mengajar dan media, objektif pengajaran akan lebih mudah tercapai. U- Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan) Pada permulaan pengajaran iaitu set induksi, benda maujud telah digunakan. Murid- murid menyebut nama makanan berdasarkan benda maujud yang ditunjukkan. Murid-murid begitu tertarik apabila ditunjukkan benda maujud seperti terung, jagung, kentang, pisang, udang dan bawang. Pada langkah pertama, media visual iaitu gambar telah ditunjukkan. Gambar yang ditunjukkan mempunyai warna yang terang. Ini telah menarik minat murid untuk memberi
  • 11. tumpuan semasa guru mengajar. Murid juga menyebut perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Seterusnya, murid ditunjukkan kad perkataan. Murid mengeja, menyebut serta memahami perkataan yang dieja dengan bantuan gambar. Murid juga dibimbing cerakinkan perkataan berpandukan perkataan yang dieja dan di baca. Pada langkah kedua murid-murid dibimbing membina frasa dari perkataan yang tunjukkan dengan menggunakan kad perkataan. Guru menunjukkan contoh frasa yang dibina dengan menggunakan gambar dan kad perkataan. Beberapa orang murid menbina frasa berpandukan contoh yang telah diberikan. Langkah ketiga dan keempat murid-murid diedarkan lembaran kerja. Murid-murid dari kumpulan B perlu memadamkan suku kata tertutup “ng” supaya menjadi perkataan yang betul. Kemudian murid akan menulis semula perkataan daripada suku kata yang dicantumkan. Murid-murid dari kumpulan A melengkapkan ayat dengan frasa yang betul. Berpandukan lembaran kerja, murid dibimbing untuk membaca ayat tunggal secara berulang- ulang. Murid membaca ayat yang telah lengkap secara kelas dan secara individu. R- Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar) Pada permulaan pengajaran atau set induksi, guru telah meminta beberapa murid memegang gambar dan benda maujud. Murid-murid yang memegang benda maujud dan memegang gambar akan mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama. Apabila murid-murid dapat mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama, guru akan memberikan peneguhan dengan memberikan pujian serta meminta semua murid yang ada di dalam kelas memberikan tepukan. Pada langkah yang pertama, guru membimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”. Semua murid mengeja dan menyebut perkataan secara kelas berulang-ulang. Seterusnya, guru memilih beberapa orang murid untuk mengeja dan menyebut perkataan. Apabila murid dapat mengeja dan menyebut perkataan dengan betul, guru akan memberikan sebatang pensel sebagai peneguhan. Seterusnya pada langkah kedua, murid-murid dibimbing membina frasa daripada perkataan yang dieja dan dibaca pada langkah pertama. Ramai murid cuba membina frasa dengan tepat. Murid dipilih secara rawak untuk mengeja dan membaca frasa yang
  • 12. mengandungi suku kata tertutup „ng‟ dengan betul. Beberapa orang murid mengeja dan menyebut frasa dengan berulang-ulang. Guru meminta semua murid di dalam kelas memberikan tepukan kepada pelajar yang mengeja dan membaca frasa dengan betul. Murid-murid dibimbing memadamkan suku kata tertutup “ng” dan menulis semula suku kata supaya menjadi perkataan yang lengkap pada langkah ketiga. Murid-murid juga diminta membaca frasa dan ayat tunggal serta melengkapkan ayat dengan frasa yang betul pada langkah yang keempat. Semua murid terlibat secara aktif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Pujian diberikan kepada murid-murid yang dapat memadamkan suku kata dengan betul dan murid yang dapat melengkapkan ayat dengan tepat. Bagi murid-murid yang dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ada kesalahan akan diberikan sebatang pensel pada keesokan harinya sebagai pengukuhan. E- Evaluate and revise (Nilai dan semak) Langkah akhir dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula pengajaran dari aspek persembahan, kaedah yang digunakan dalam pengajaran, media dan bahan yang digunakan serta tahap penglibatan pelajar. Penilaian dari aspek persembahan pengajaran sesuai dengan kumpulan murid Literasi yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Murid-muri diajar dari peringkat yang senang kemudian kepada peringkat yang lebih susah. Contohnya, guru mengajar murid-murid mengeja dan membaca perkataan kemudian mengeja dan membaca frasa. Begitu juga dengan kaedah yang digunakan dalam penyediaan rancangan pengajaran. Kaedah yang digunakan sesuai dengan kumpulan murid Literasi iaitu kaedah kelas dan kaedah modul. Kaedah kelas melibatkan murid dengan satu aktiviti yang seragam disediakan. Manakala kaedah modul digunakan mengikut tahap kebolehan murid. Media visual seperti gambar dan bahan kaku digunakan dalam pengajaran ini sesuai dengan tahap umur murid. Murid-murid biasa melihat benda maujud dalam kehidupan harian murid. Selain dari itu, murid-murid juga tertarik dengan benda-benda maujud dan gambar berwarna yang ditunjukkan. Murid-murid begitu berminat dan menumpukan perhatian yang penuh semasa pengajaran yang disampaikan. Pada langkah ketiga dan keempat, guru
  • 13. menggunakan lembaran kerja untuk menilai sejauh mana pemahaman murid dengan pengajaran yang telah disampaikan. Murid memadamkan suku kata menjadi perkataan yang betul dan melengkapkan ayat dengan frasa yang betul. Murid telah memahami perkataan dan frasa yang telah dieja dan dibaca. Murid dapat menulis jawapan dengan betul. Tahap penglibatan murid dilihat begitu aktif. Bermula dengan set induksi, langkah satu dan langkah dua, murid-murid dipilih secara rawak untuk memegang gambar, memegang benda maujud dan mencari pasangan berdasarkan jenis makanan yang sama. Pada langkah ketiga dan keempat, semua murid terlibat iaitu murid menyiapkan latihan dengan menggunakan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Refleksi Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan subjek Prinsip Teknologi Pengajaran pada masa yang ditetapkan. Tutor telah banyak memberi panduan yang penting bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang boleh saya gunakan dalam pengajaran harian. Tugasan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh praktikkan semasa mengajar anak murid saya. Berkaitan dengan penyediaan rancangan pengajaran harian berdasarkan model ASSURE yang saya siapkan, saya boleh menggunakan informasi yang berguna seperti cara untuk menggalakkan penglibatan murid supaya lebih berkeinginan untuk belajar. Saya juga telah memahami, untuk mencapai objektif saya perlu mempunyai kemahiran iaitu merancang kaedah yang menarik, penggunaan media atau bahan yang bersesuaian dan galakkan penglibatan murid dalam pengajaran saya. Saya harap dengan pengetahuan yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan ini dapat saya gunakan dalam pengajaran saya di sekolah. 2755 perkataan
  • 14. BIBLIOGRAFI Chin Yoon Poh, 2009, Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya . Choong Lean Keow PhD, 2008, Murid dan Alam Belajar, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya. Ee Ah Meng, 2005, Sekolah dan Bilik Darjah, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Noriyati A. Rashid, 2009, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam. Prof Madya Dr Wan Zah W. Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu, 2011, Prinsip Teknologi Pengajaran, Meteor Doc Sdn Bhd, Serdang . Shahabudin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2005, Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Bentong. Yusup Hashim, 1998, Teknologi Pengajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam.