Contoh contoh refleksi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Contoh contoh refleksi

on

  • 8,927 views

 

Statistics

Views

Total Views
8,927
Slideshare-icon Views on SlideShare
8,927
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
111
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Contoh contoh refleksi Contoh contoh refleksi Document Transcript

    • Refleksi 1 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKANPada 17 Julai 2010 kumpulan 1 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajukglobalisasi dan implikasi kepada pendidikan.Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa globalisasi merupakan satu cara hidupyang tidak mempunyai sempadan dan saling berkait antara satu sama lain. Walaupun kesannya lebihkepada ekonomi, tetapi dalam bidang pendidikan, globalisasi banyak juga memberi kesan-kesan yangpositif dan negatif. Gelombang globalisasi ini berkembang dengan pantas akibat daripada perkembanganteknologi seperti internet, multimedia dan elektronik.Apa yang saya lihat dalam perbincangan ini ialah implikasi negatif yang berlaku akibat globalisasi sepertiyang dinyatakan oleh kumpulan ini iaitu peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,pendidikan negara terbuka kepada dunia luar dan penkomersilan pendidikan. Jika kita pandang darisudut yang berlainan, implikasi ini sebenarnya adalah implikasi yang positif. Contohnya, penggunaanBahasa Inggeris yang di jadikan medium pengantar di kebanyakan kolej swasta bukan meminggirkanBahasa Melayu pada pandangan saya. Adalah baik jika kita menggunakan Bahasa Inggeris keranakehendak pasaran di luar memerlukan pelajar-pelajar menguasai bahasa tersebut dengan sempurna jikamereka mahu bersaing dengan rakan-rakan mereka. Dalam proses pembelajaran juga, kebanyakanmaklumat-maklumat terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan lain-lain adalah dalamBahasa Inggeris.Penubuhan banyak cawangan universiti-universiti luar negara di negara kita seperti Monash Universiti,Nottengham Universiti dan lain-lain memberi impak positif dari segi ekonomi negara. Pelajar-pelajar dariserantau boleh datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian mereka di sini. Pelajar-pelajar kita jugayang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti luar negara boleh menyambungnyadi universiti-universiti cawangan yang ada di sini sekaligus ia dapat menjimatkan wang perbelanjaanmereka. Dari segi kurikulum, tidak menjadi masalah kerana kurikulumnya adalah sama dengan kurikulumdi universiti induk tersebut.
    • Tetapi, kita perlu ingat, pengkomersilan pendidikan ini telah menafikan konsep pendemokrasianpendidikan negara. Seperti yang kita tahu, untuk memasuki IPT swasta, mereka memerlukanperbelanjaan yang banyak dan kebanyakan golongan bumiputera tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian mereka di IPT swasta. Dan hanya lebih kurang 20% sahaja bilanganpelajar bumiputera di IPT swasta berbanding ratusan ribu pelajar keseluruhannya. Jika perkara ini tidak dibending, ia akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera dankesannya nanti membawa kepada keadaan di mana hanya orang kaya sahaja yang berpeluang untukmenikmati pendidikan di peringkat tinggi, manakala golongan bumiputera dinafikan haknya. Iabertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa.Secara kesimpulannya, pada pandangan saya, setiap perkara yang berlaku mempunyai pro dan kontranya, baik dan buruknya. Apa yang penting, kita harus sedaya upayanya mempersiapkan diri kita untukmenghadapi cabaran-cabaran yang akan mendatang dan ambil perkara yang baik dan tolak yangburuk.Sekian
    • Refleksi 2 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)Pada 7 Ogos 2010 kumpulan 2 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk PelanInduk Pembangunan Pendidikan.Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa pelan induk pembangunan pendidikan(2006-2010) yang bakal berakhir pada akhir tahun ini menampakkan matlamat untuk memberikanpendidikan yang berkualiti pada semua belum menjadi kenyataan. Berdasarkan 6 teras yang dibentangkan oleh ahli kumpulan ini ; membina negara bangsa, membangunkan modal insan,memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesionkeguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, ternyata begitu banyak cabaran danhalangan-halangan yang kita sendiri masih mencari-cari jalan penyelesaiannya.Apabila perbincangkan tentang kerangka PIPP di jelaskan oleh pembentang pertama, saya dapatibahawa terdapat beberapa elemen penting yang termasuk dalam kerangka ini seperti asaspembangunan, teras asas pembangunan, pendekatan dan faktor kritikal kejayaan. Yang menjadipersoalan di sini ialah, berkaitan dengan faktor kritikal kejayaan PIPP ini. Dalam kerangka PIPP, denganjelas telah dinyatakan terdapat 4 faktor kritikal kejayaan PIPP iaitu kerjasama dan komitmen wargapendidikan, komitmen dan kerjasama dari pihak berkaitan, sistem penyampaian pendidikan dan sistempemantauan dan penilaian. Oleh itu, kejayaan PIPP ini amat bergantung kepada kefahaman dankomitmen daripada semua warga Malaysia khususnya mereka yang terlibat secara langsung denganPIPP sama ada sebagai pengubal mahupun pelaksana dasar tersebut.Teras PIPP telah dihuraikan dengan baik dalam perbincangan ini. Teras pertama hingga teras keenamdihuraikan secara terperinci. Berdasarkan kepada pembacaan saya daripada petikan artikel tentang terasPIPP ini, saya amat bersetuju dengan pandangan bahawa PIPP ini mampu memartabatkan sistempendidikan di Malaysia, tetapi seperti yang diperkatakan saya sebelum ini, adakah ia mampudirealisasikan? Masih menjadi persoalannya.Di sini saya ulas sedikit tentang antara teras PIPP yang telah dibincangkan. Teras pertama merupakankesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 serta satu teras dariRMK9. Pembinaan negara bangsa memberikan penumpuan kepada usaha untuk menyatupadukan kaum
    • serta merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Teras kedua bertujuan untukmelahirkan anak bangsa yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenagadalam pelbagai jenis pekerjaan. Satu perkara yang penting dalam teras ini ialah pada fokusnya untukmemantapkan sistem penaksiran dan penilaian supaya menjadi lebih holistik kerana pada masa ini, kitalebih menjadikan peperiksaan awam sebagai kayu ukur kepada kejayaan pelajar. Sistem penilaian danpentaksiran berasaskan sekolah perlu diperkasakan dan dalam pada masa yang sama, pihak berkenaanharus mencari mekanisme yang betul untuk melaksanakan penilaian dan pentaksiran berasaskansekolah ini dengan lebih telus, adil dan saksama.Satu teras yang menarik dan berkait rapat dengan guru ialah teras kelima yang merupakan penyumbangutama kepada kemajuan sesebuah negara dan guru memainkan peranan penting bagi memastikankejayaan ini. Program-program pemantapan kerjaya guru perlu diberi perhatian serta penambahanjawtaan serta peluang naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian,Jabatan dan Pejabat Daerah perlu diperluaskan serta menambahbaik persekitaran kerja dan prihatinterhadap kebajikan guru-guru melalui penambahbaikan sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru,memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini menuntut perubahanperspektif masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion perguruan tidak boleh dianggap sebagaisatu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Peredaranmasa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk pengubahsuaian fungsidan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukarkepada guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), ejen perubahan dansumber inspirasi kepada pelajar.Pada kesimpulannya, isu dan cabaran utama yang dihadapi dalam merealisasikan pelaksanaan PIPP iniadalah masa terlalu singkat iaitu hanya lima tahun sahaja. Adakah dengan masa yang diberi ini kita bolehmelaksanakan keenam-enam teras PIPP ini? dengan kekangan masa, kewangan dan sumber mungkin iatidak dapat dijayakan. Tetapi saya mencadangkan supaya PIPP ini dimurnikan dan dijadikan satu pelanstrategik jangka masa panjang dan dalam kerangkanya nanti, selitkan juga langkah-langkah untukmengatasi faktor-faktor kritikal kejayaan.