36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank

20,225 views

Published on

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
20,225
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
59
Actions
Shares
0
Downloads
532
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank

  1. 1. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakTugasan : 1) pembentangan 17 Mac 2010 2) penulisan ilmiahTajuk : Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-KanakNama: Hanisah bt. mohamed Hamidah bt ismail Akmal alifah bt luk Noor hayati bt osman Mohd redzuan bin hussinFakulti : Seni dan MuzikJabatan: Pendidikan Teknikal dan VokasionalTempat: Universiti Pendidikan Sultan IdrisSemakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam 1
  2. 2. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak SHV4193 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK AHLI KUMPULAN : NAMA NO. MATRIKHANISAH BT. MOHAMED D20072031073HAMIDAH BT ISMAIL D20072031075AKMAL ALIFAH BT LUK D20072031077NOOR HAYATI BT OSMAN D20071029802MOHD REDZUAN BIN HUSSIN D20071029849SEMESTER : (SESI 2 09/10)PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAMKUMPULAN KULIAH : ATARIKH SERAHAN : 10 MAC 2010 2
  3. 3. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakISI KANDUNGANBil Perkara M/s Pengenalan 11.0 Definisi Perkembangan Awal Kanak-kanak 22.0 Model & Teori Perkembangan Awal Kanak-kanak 2.1 Model Perkembangan Awal Kanak-Kanak (a) Model Montessori 3 (b) Pendekatan Regio Emilia 9 2.2 Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak (a) Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner 13 (b) Teori Pembelajaran Konstruktivisme20 (c) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 243.0 Pandangan & Pendapat Tokoh Dari Dalam & Luar Negara 34 Mengenai Perkembangan Awal Kanak-kanak4.0 Kajian-kajian Lepas Yang Menyentuh Aspek Model & Teori 39 Perkembangan Awal Kanak-kanak Kesimpulan 45 Bibliografi 47 3
  4. 4. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakPENGENALAN Kanak-kanak ialah manusia yang muda, iaitu seseorang yang masih belummencapai baligh. Kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat umur danmempunyai tahap kemampuan yang berbeza dengan bergantung kepada kanak-kanakitu sendiri. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yangbertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orangdewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan denganpenjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umurantara 0 sehingga 21 tahun). Sebenarnya, model dan teori perkembangan awal kanak-kanak terbahagikepada banyak jenis. Antara model yang terdapat dalam perkembangan awal kanak-kanak ialah Model Projek, Model Pendekatan Reggio Emilia, Model PendekatanEriksonian, Model Montessori dan Model Analisis Tingkah Laku. Selain itu, antara teoriyang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak ialah Teori Kematangan atauKognitif, Teori Intreraksi, Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kecerdasan Emosi danTeori Tingkah Laku. Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah memilih Model Montessoridan Model Reggio Emilia. Kebanyakan model mempunyai perkaitan dengan teoribergantung kepada kandungan yang terdapat pada model tersebut. Model Montessoriialah model yang diasaskan oleh Maria Montessori dan model ini berkaitan denganpenerokaan kepada persekitaran, melalui penggunaan sensori-deria, belajar melaluiaktiviti bermain dan belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpapembelajaran formal). Kaedah Montessori, mula diperkenalkan di Casa dei Bambini,atau “Rumah Kanak-kanak”. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu :a) Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.b) Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri sendiri. Kedua-dua prinsip berikut telah mengilhamkan beliau dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan. 4
  5. 5. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Teori yang berkaitan dengan Model Montessori antaranya ialah berkaitan denganteori pendekatan Froebel, Teori Jean Piaget dan Vygotsky. Manakala Model ReggioEmilia pula berasaskan prinsip sosial konstruktivis seperti Piaget, Dewey, Montessoridan Vygotsky melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak, persekitaran fizikaldan pengurusan ruang amat penting serta mendirikan sekolah berkeperluan khas.Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkanperkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat untukmembolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Setiapmodel dan teori perkembangan awal kanak-kanak adalah kaedah atau cara untukmendidik kanak-kanak supaya lebih berkesan dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. . 1.0 DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan(1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifatkualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapiperubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yangterlebih dahulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al.(2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskankepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang bolehdiukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalahperubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak sepertiperubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untukmenerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan,latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008). 5
  6. 6. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak2.0 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 2.1 MODEL PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK a) Model MontessoriLatar Belakang Model Pendidikan Montessori Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952)yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalamanmengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibatdengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliaumenghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-gurudalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu,beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian danujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semuaidea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanakmenjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliauseorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepadakanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa.Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaianyang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanaknormal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abadke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalamperubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yangdikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard danSequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagikanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajaripentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard danSequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk 6
  7. 7. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakbelajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan olehSequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori jugaadalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atautempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010)menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alampembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepadaperkembangan kanak-kanak.Kaedah Mengajar Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semuakanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalamkehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).Ciri-ciri berikut adalah : Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”. Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif. Semua kanak-kanak ingin belajar. Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan. Semua kanak-kanak ingin berdikari.Montessori menekankan kepada : Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya. 7
  8. 8. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakMatlamat Pendidikan Montessori Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secaramenyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. PersatuanMontessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakanbahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspekberikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) : Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dan segi susunan dan urutan Koordinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semulajadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalahPendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu : Persekitaran Pusat Prasekolah.Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luasuntuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainandan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatanasas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagiharuslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakankemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu 8
  9. 9. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakproses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematikdan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Kanak-kanakBerdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalamaktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-manaprojek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja.Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan menirurakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). GuruKawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh danhanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentangbagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memujikanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasiintristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikutikursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Bahan Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). KurikulumTerdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah : ♣ Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian. ♣ Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria. ♣ Aktiviti yang bercorak akademik. 9
  10. 10. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: ♣ Mengenakan butang baju ♣ Memasang tali kasut ♣ Menggilap kasut ♣ Menyikat rambut ♣ Menyiram pokok ♣ Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja. Bahan Deria (Sensorial Material)Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah menciptaberbagai alat bantuan mengajar seperti : ♣ Pink Tower ♣ Brown Stairs ♣ Red Rods ♣ Cylinder Block ♣ Smelling Jar ♣ Baric Tablets ♣ Latihan Mengecam Warna ♣ Sound Boxes ♣ Temperature Jugs ♣ Pelbagai Jenis KainSUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI 10
  11. 11. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakGambar: Berkerjasama dalam melakukan Gambar: Aktiviti mengilap pasu 11
  12. 12. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakaktiviti menggunakan bahan montessori bunga.ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORIGambar: Pink Interlocking Gambar: Wooden Shapes &Cubes Tower, Nester & More Numbers 12
  13. 13. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakGambar: Butterfly Wave Tray Puzzle Gambar: Fruits 3-D Felt Motif SetALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORIGambar: First Storytime Book and CD Set Gambar: Ten Ring Puzzle StackerGambar: Lobster Spooning & Tonging Kit Gambar: Wood Sequence Patterns & Beadsb) Pendekatan Reggio Emilia Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskanfalsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolahdan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagnaselepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadilebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam LeonieARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyaipendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu 13
  14. 14. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakpendekatannya kepada kurikulum, nota “itu adalah penggodaan kepada sifat romantikReggio”, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak bolehdiambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasardalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza. Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanak-kanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti “kaya, kuat, berkuasa”. Kesemuakanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosialdan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaranmereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea danpersoalan-persoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.(2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanak-kanak, memajukan kanak-kanak dengan mengambil inisiatif dan membimbingpembelajaran mereka Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan (bermaksudmembuat mengikut kemampuan kanak-kanak). Edwards, Gandini & forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlanganintelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang diwakili oleh simbolik.Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui (100bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah bercakap, menulis, melukis,mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti permainan bayang-bayang,menari, kolaj, permainan drama dan muzik. Kekuatan fokus dalam seni visualbermaksud meneroka dunia dan menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolah-sekolah Reggio dan pusat asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yangmembolehkan kanak-kanak menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyakpendekatan tradisional untuk meremehkan kemampuan kanak-kanak. Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratifmemfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik,kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecilberpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan,pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan ”interaksi yang kuat dan komunikasi” 13
  15. 15. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakantara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja pendidik dalampasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan pendidik yang lainseperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan,persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan ”atmosfera kehidupan bersifatkumpulan”. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005)menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran dengan kanak-kanakkumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk dua hingga tigatahun. Pendekatan Reggio Emilia adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah danberfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibubapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. Kehancurandaripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan sesuatu yangbaru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka berasabahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang membentuk siapapenting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan penciptaan programberdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan masyarakat melaluipenerokaan dan penemuan dalam menyokong dan memperkembangkan persekitaranberdasarkan kepentingan anak-anak melalui kurikulum berpandukan diri.Falsafah Pekan Reggio Emilia di Itali terkenal di seluruh dunia bagi pendekatan inovatifpendidikan. Falsafah pendidikan telah dikenali sebagai Pendekatan Reggio Emilia yangbanyak bagi program pra-sekolah di seluruh dunia termasuk yang telah diubahsuai diAmerika Syarikat. Falsafah Reggio Emilia berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut : ¬ Kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi arah belajar mereka. ¬ Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak, mendengar, melihat, dan mendengar. ¬ Kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain dan dengan material di dunia bahawa anak-anak harus dibiarkan untuk meneroka. ¬ Kanak-kanak harus kehabisan cara dan kesempatan untuk mengekspresikan diri. 14
  16. 16. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkanperkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat yangmembolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan.Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafahpendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan danmenghormati kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka keprogram Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip dalam mengasuh anakmereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan antara sekolah dan rumah,kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak-anak Reggio ketikamereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk pendidikan yang bukan di sekolahReggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada beberapa penyesuaian yang harusterjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah, sifat ingin tahu intelektual dihargai,sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari Reggio selepas mereka telahmeninggalkan program. Ibu bapa cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan tingkatkelas’. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentangdasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan dantaksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang bekerjajuga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua yang inginmenyertai boleh melakukannya. Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Gurudigalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan danpelajaran berdasarkan kepentingan kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebihmemahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannyaduduk kembali dan mengamati kanak-kanak belajar. "Sebagai rakan kepada kanak-kanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett, 2001). Ketika bekerja pada projek-projekdengan kanak-kanak, guru juga boleh memperkembangkan kanak-kanak denganbelajar mengumpul data seperti foto, nota, video, dan perbualan yang boleh dirakam. 15
  17. 17. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak2.2 TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAKa) Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner Howard Gardner Dr. Howard Gardner dilahirkan di Scranton, PA pada tahun 1943. Orang tuanyaialah pelarian daripada Nazi Jerman. Seorang anak yang sangat gemar membaca danmencintai muzik, dia kemudian menjadi pemain piano yang berbakat. Sebagai seorangpemuda, dia mendaftarkan diri di Harvard University dan menemui tempat yangmenyenangkan untuk belajar. Ia bermula sebagai sejarah besar tapi akhirnya mengarahpada perkembangan kognitif psikologi. Pada tahun 1983, beliau mengembangkan teorikecerdasan pelbagai yang sangat dikenali ramai. Beliau telah terlibat dalam reformasisekolah sejak 1980-an. Pada tahun 1986, beliau mula mengajar di Harvard GraduateSchool of Education dan memulakan peranannya di Projek Zero, sebuah kumpulanpenyelidikan yang berfokus tentang kognisi manusia dengan fokus khusus tentang seni. 16
  18. 18. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakDr. Howard Gardner berkahwin dengan Ellen Winner, seorang psikologi perkembangan,dan mempunyai empat anak dan satu cucu. Ghairah hidupnya adalah keluarga dankaryanya. Dia sangat menggemari untuk melancong dan seni (DreamDolphin Media,2007). Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner padatahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakattermasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyaikriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorangbukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapadikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannyaadalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah professional (SuppiahNachiappan et al., 2008). Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mempunyaiciri-ciri yang tertentu. Antaranya: 1. Individu mempunyai sembilan kecerdasan 2. Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan. 3. Kecerdasan tidak berkembang seiring. 4. Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. 5. Kecerdasan boleh dirancang. 6. Kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik. Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan pemikiranbahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangatterbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikal-matematikdan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya tersendiri dan unikuntuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi,kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini disebabkankecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki seseorang untuk melihat sesuatumasalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuatsesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai mencakupi sembilan 17
  19. 19. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakkecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ),kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Suppiah Nachiappan et al.,2008).Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagaiMenurut Gardner (1983), terdapat sembilan kecerdasan pada manusia, iaitu verbal-linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intarpersonal,naturalis dan eksistensialisme. Daripada sembilan kecerdasan tersebut, kecerdasannaturalis dan eksistensialisme merupakan dua jenis kecerdasan yang terkemudiandiperkenalkan oleh Gardner (Suppiah Nachiappan et al., 2008).Verbal LinguistikIndividu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik bolehberfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secaraberkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadapmakna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka mampu untukberkomunikasi dengan baik melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca sertamenulis. Mereka peka terhadap berbagai-bagai fungsi bahasa terutamanya dari segikebolehan untuk mencuit perasaan dan emosi. Oleh itu, mereka mudah berbahasa bagimelahirkan perasaan dan pendapat, gemar akan makna yang kompleks, mudahmengingati maklumat dan boleh memberi keyakinan kepada orang lain. Mereka jugapastinya pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.Contoh-contoh aktiviti ialah memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secaraformal, berjenaka dan bercerita. Penyair, penyiar radio, pembaca berita, penceramah,penulis, pensyarah dalam bidang sastera, pengacara, dana ahli politik yang handaladalah pekerjaan yang sepadan untuk mereka yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik ini (Suppiah Nachiappan et al., 2008). .Logikal-MatematikKecerdasan logikal-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul,mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta 18
  20. 20. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakberfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuanmatematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, pelajar cenderung dalamkecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks berkaitanmatematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap(Suppiah Nachiappan et al., 2008). . Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yangberlaku di sekeliling mereka. Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik darisetiap pertanyaan. Selain itu, mereka juga suka mengklafikasikan benda untuk mudahmengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini ialah penggunaan simbol, rumus,urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah,pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanyaberjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan matematik dan sains (SuppiahNachiappan et al., 2008). .Visual-RuangKecerdasan visual-ruang merupakan kebolehan gambaran mental dan berupayamengamati dunia melalui visual. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkanseseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat dan betul. Merekadapat mengenali objek, bentuk, warna, dan corak dalam persekitaran. Seseorang yangmempunyai kecerdasan ini juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayaransecara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalamanyang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.Kecerdasan visual-ruang membolehkan seseorang mempersembahkan idea-idea visualdan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan imageri dalaman (internalimagery) sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif (SuppiahNachiappan et al., 2008). . Kecerdasan ini juga mampu membuat seseorang pelajar selalu sedar akan posisirelatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Sementara mereka yang termasuk dalamgolongan cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca petadengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Contoh-contoh aktiviti yang 19
  21. 21. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakberkaitan kecerdasan visual-ruang ialah melukis, mengecat, mengenali skema warnadan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi secara aktif dan gemar menguruspeta minda. Biasanya, orang yang mempunyai kecerdasan visual-ruang dilatih menjadiseorang pelukis yang terkemuka, arkitek yang popular serta pengukir dan pereka yangdisengani (Suppiah Nachiappan et al., 2008).KinestetikOrang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan menggunakansebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi danmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasipergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukanaktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimramadan lain-lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008).. Di samping itu, individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapatmengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya menggunakankemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah ataumencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan,keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdasdalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktivitiyang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, main peranan, aktiviti jasmani,latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak,peninju, penari, pelakon, tentera,polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yangbiasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi (SuppiahNachiappan et al., 2008).MuzikKecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi danmeluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapatdalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzikserta irama yang terdapat di persekitarannya. Seseorang ini mempunyai kelebihan inisangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini,baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejalaalamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara lainnya.Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat 20
  22. 22. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakbermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, seseorang yangcenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudahmengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik (Suppiah Nachiappan et al.,2008).. Mereka juga dapat menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh menciptaberbagai-bagai alat dan permainan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagudengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka kepada ritma, ketukan,melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyaikecerdasan muzik tetapi dengan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasanmuzik ialah persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan dramalagu. Penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yangsesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini (SuppiahNachiappan et al., 2008). .InterpersonalKecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasiantara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi denganberkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonalmembolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat oranglain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasamadengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.Mereka juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Mereka yang mempunyaikecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik denganorang lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008).. Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan,fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan initermasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orangdewasa di sekitarnya. Contoh aktiviti ialah komunikasi sesama individu, latihankolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sediabekerjasama. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi akan lebihsesuai mempunyai pekerjaan seperti pemimpin agama, guru, jurujual, pengacara,usahawan, jururawat, doktor dan pekerja sosial (Suppiah Nachiappan et al., 2008). . 21
  23. 23. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakIntrapersonalKecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiranmetakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memilikikecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secaramendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehanyang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan halatuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta bolehberdikari (Suppiah Nachiappan et al., 2008).. Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yangtinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang samamereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu.Biasanya individu dengan tahap kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.Contoh aktiviti ialah teknik metakognitif, strategi pemikiran, proses emosi, penaakulantahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Individu yang mempunyai kecerdasanintrapersonal yang tinggi dapat menjadi seorang penulis yang handal, penyajak, ahlimotivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi, guru dan ahli falsafah yang terkemuka(Suppiah Nachiappan et al., 2008)..NaturalistKecerdasan naturalist merujuk kepada kebolehan untuk mengenal pasti danmengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Individu yangmempunyai kecerdasan naturalist yang menonjol biasanya merupakan seseorangpencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galiandengan mudah. Lazimnya, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dangemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka memiliki tarikanyang besar terhadap alam sekitar termasuk pada binatang. Dengan itu, merekamerupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkanantara kehidupan flora dan fauna (Suppiah Nachiappan et al., 2008).. Kecerdasan naturalist juga membolehkan mereka menikmati benda-benda dancerita yang berkaitan dengan fenomena alam, contohnya terjadinya awan dan hujan,asal-usul binatang, pertumbuhan tanaman dan sebagainya. Pelajar yang mempunyaikecerdasan naturalist akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti 22
  24. 24. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakdi luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahligeologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyaikecerdasan naturalist yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008).EksistensialismeOrang yang memiliki kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang tertentu. Mereka cenderungbersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan,mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusiadalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner padatahun 1999.Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang ditengah- tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilaibaru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang bolehmembaca banyak buku fasafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yangmembolehkannya menelaah jawapan secara mendalam seperti ’Adakah makhluk lainselain manusia di alam semester’, ’Berapakah jumlah kenderaan yang ditemuidisepanjang perjalanan ke pejabat? dan sebagainya (Suppiah Nachiappan et al., 2008).. Kesimpulannya dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing, semuatokoh di atas akhirnya menempa nama dalam bidang masing-masing. Dengan kata lain,masa depan yang cerah adalah menjadi penyumbang utama di dalam sejarah manusiaseterusnya dihormati sepanjang zaman. Hal ini kerana, tokoh-tokoh ini dapatmenyumbangkan pandangan, idea-idea dan pelbagai lagi terutamanya berkaitandengan bidang masing-masing untuk masyarakatnya..b) Teori pembelajaran konstruktivisme Menurut Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D. (1998) dalam Noor Azizah Ahmad(2006) menyatakan, pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan barutentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripadagabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagimemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasipembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadaptugasan pembelajaran tersebut. 23
  25. 25. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Menurut Sharifah Maimunah (2001) dalam Noor Azizah Ahmad (2006)menyatakan, pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaranBehaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahantingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapatperubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Halini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkanoleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea danimej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yangakan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia.Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknyadan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandanganterbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuansedia ada mereka. Menurut Arends, R. I. (1997) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan,pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahamanbahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkanpengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusiapercaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan bendabaru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-sungguh untukmenghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut. Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), beliaumenyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepadapelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahandan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut.Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepadamasalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan. Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. AContemporary Approach (ms. 177) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan,pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah “Constructivism is anapproach to learning in which learners are provided the opportunity to construct theirown sense of what is being learned by building internal connections or relationshipsamong the ideas and facts being taught.” Dalam definisi ini, mereka menjelaskan 24
  26. 26. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakbahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluangkepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari denganmewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedangdipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”. Menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology dalam Teoripembelajaran (2009) menyatakan, “Constructivist perspectives – View that emphasizesthe active role of the learner in building understanding and making sense of information.”Dari kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajarankonsruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberimakna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Konstruktivisme bukanlahsatu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalambidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif danpendidikan. Yager (1999) dalam Teori pembelajaran (2009) menjelaskan, pada tahun1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan…“one only knows something if one can explain it”. Immanuel Kant menyokong pendapatini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Cheek(1992) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, misalnya, pelajar menerimamaklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telahdiasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman ataumembuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Seterusnya, perspektif konstruktivismeini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, VonGlaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey (Teori pembelajaran, 2009). Mengikut John Dewey (1966) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan,pembelajaran bermakna (meaningful learning), melibatkan “belajar dengan membuat”(learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentukkefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan“progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan JeanPiaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karyaterjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam“Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalamperkembangan minda kanak-kanak (Teori pembelajaran, 2009). 25
  27. 27. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran danbuku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir,menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakankonstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kirapemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan inisudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkanperspektif konstruktivisme (Teori pembelajaran, 2009). Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme bolehdilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Teoripembelajaran, 2009) : • Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. • Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. • Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. • Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. • Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “minds on”. • Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. • Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. • Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. • Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. • Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. • Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. • Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. • Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telahdikaji oleh ahli-ahli psikologi. Teori-teori ini boleh digunakan dan dimanfaatkan olehguru-guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihberkesan. Namun, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang bolehdigunakan ini berdasarkan kepada teori-teori pengajaran pembelajaran yang ada. 26
  28. 28. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakc) Teori perkembangan kognitif, Jean Piaget Jean Piaget Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanyabernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidangSejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertamayang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnyayang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulispada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jeanmelanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarahmakmal Psikologi di Universiti Jeneva (Ahmad Tramizi Talib, 2009). . Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society forPsychologist". Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amatpenting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangankepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujiankeceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat 27
  29. 29. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakhasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihatpola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikanjawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikanpetunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang dikalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalahmemfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak (Ahmad Tramizi Talib, 2009). Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkatperkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliauberpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilaipersekitaran fizikalnya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologi tetapi hanyalahsatu pandangan epistemology iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperolehi melaluipemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembanganyang berlainan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008 : 85). Di sini, dapatlah kita ketahui teoriperkembangan kognitif Piaget adalah satu dapatan yang diperolehi hasil daripadapemerhatian yang terperinci yang dijalankan oleh Piaget ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak ini terdiri daripada umur yang tahap perkembangan yang berlainan(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4konsep utama: Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individumengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah sepertisebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itumembesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin 28
  30. 30. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakdiperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayiitu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan kemulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masihbelum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya,kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap (Perkembangan fizikal dankognitif kanak-kanak, 2008). Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukanmaklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yangsedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumatdan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakinmembesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlakuadalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif sertaperkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuaimaklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuaiuntuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahappemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu (Perkembanganfizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkanproses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanakmenerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapatdiserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau 29
  31. 31. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakmencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahapkeseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayisehingga dewasa (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangankognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikutperubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkatsensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal (Perkembangan fizikaldan kognitif kanak-kanak, 2008).Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahamidan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorangbayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanakkelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cubabelajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkanperkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatukonsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasihdan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, bolehmengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan danakhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah bolehmempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah bolehmemikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. 30
  32. 32. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakMereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu,mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objekkonkrit dan pengalaman secara langsung (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebihkompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, danmenggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuatrumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga bolehmenggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untukmenyelesaikan masalah matematik (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,2008). Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atauketurunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisanyang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal,warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkanhad keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalamperingkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangansetiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza darisegi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikanbahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkankadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu samalain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). 31
  33. 33. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) danShieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dankebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajianahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasanibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yangjuga cerdas pintar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisidaripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabildan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di sampingfaktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dankepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhiperkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluargamerupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusikeluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan,asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaansuasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaanindividu mengikut perbezaan kadar perkembangannya (Perkembangan fizikal dankognitif kanak-kanak, 2008). Contohnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuhdengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makananberzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninyadengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akanmengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Statussosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelekdan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberimakanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yangsempurna kepada anak-anak mereka (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,2008). Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanakbergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek 32
  34. 34. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakdan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakansebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripadamereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yangmelingkunginya, seperti rumah dan sekolah (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaiturumah dan sekolah masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dankepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanakdalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidupmembentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan danagama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yangsihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat sepertibertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilaikerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akanmempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik,serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yangmenitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman(Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumberteknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepadamaklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawapendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkankadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yangdidedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman,akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini (Perkembanganfizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalamperkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifatpenyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjahakan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, 33
  35. 35. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakbertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yangkondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaranakan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar (Perkembanganfizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugasuntuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demimewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telahdimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun1988 (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaituperkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapaikematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu danbersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kognitifmerupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualanseseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktivitipenyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan sertapemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya (Perkembangan fizikal dankognitif kanak-kanak, 2008). Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yangdilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhikehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif seringdikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkanperubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dancara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti sepertimengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soalmatematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalamperkembangan anak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Jean Piaget berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari danberkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motorkanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran 34
  36. 36. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakmotor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat,melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di sampingbeberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalahseperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur(skating). Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktivitiseperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakanpensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untukberkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun,tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkankemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alatmuzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak denganmemindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajarmereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri (Perkembangan fizikal dan kognitifkanak-kanak, 2008). Pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkritmeliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yangterdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukanpemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segiingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akanmemberikan kesan kepada IJP kanak-kanak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak padaperingkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untukmenunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanakmenunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiransesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akandatang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan padaperkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak padaperingkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuatperbandingan antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak,2008). 35
  37. 37. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain,mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihatbeberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objekagak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud denganmenggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkanperkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaanmenggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembanganmenyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif,kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti danestetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingandan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah,pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor danpengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untukmelakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkanobjek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mulamenggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warnasudah mula difahami (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apayang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikankanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihaksekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidaktersekat atau terganggu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik danmampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Padatahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialahmemikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan jugamereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap inijuga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak danpergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain. 3 Ketua Bidang Dasar, PusatPerkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh((Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). 36
  38. 38. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak3.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH DARI DALAM DAN LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Terdapat banyak pandangan dan pendapat daripada tokoh dalam dan luarnegara mengenai perkembangan awal kanak-kanak. Antaranya pandangan tokoh-tokohpengasas pendidikan awal kanak-kanak dari Timur seperti Ibnu Khaldun, Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan juga Ibnu Hazm. Pandangan mereka adalah seperti berikut:Ibnu Khaldun (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009) :• Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.• Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah: a. Berperingkat-peringkat. b. Mengadakan latih tubi. c. Menggunakan benda-benda maujud. d. Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar.• Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik.• Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak yang belum baligh.• Pembacaan al-Quran diajar dahulu sebelum menghafalnya.• Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan kekasaran. Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka. Ini menyebabkan mereka: 37
  39. 39. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak a. Tidak mahu belajar b. Mencerca pengajaran yang diberi.• Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa.Imam Al- Ghazali :Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang mana Allah memberi kepercayaan kepadaibu bapa untuk corakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yangsangat bernilai dan berharga. Cara mendidik anak-anak ialah pelajaran agama, tingkahlaku yang mulia, bersikap tegas dengan kanak-kanak, tidak keterlaluan dalammendenda anak-anak, memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Olehsebab itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Aktiviti bermain untuk kanak-kanak mengikut pendapat Imam Al-Ghazali ialah membantu perkembangan fizikal sertamenguatkan otot mereka, fitrah semulajadi kanak-kanak memang suka bermain, dandapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar (NadiraAnis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009).Ibnu Sina :Sumbangan karyanya yang terbesar ialah “Qanun fi Tibb” atau dialih bahasakanmenjadi “Precepts of Medicine”. Menurut karyanya, beliau berpendapat ibu bapa danguru tidak perlu terlalu marah,takut dan bekerja berlebih-lebihan. Kesederhanaan adalahbaik dalam membesarkan anak-anak. Aktiviti bermain ,hiburan dan rehat adalah perludiselang-selikan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar. Beliau mencadangkanbelajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukansebaya (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009).Ibnu Hazm :5 tahun adalah sesuai bagi permulaan proses pembelajaran secara sistematik yangbermula dengan mengetahui, meniru, dan menyebut huruf tanpa desakan ataukekerasan bagi mendapatkan kesempurnaan. Kanak-kanak digalakkan berfikir dan cubamenjawab sendiri, manakala guru hanya sebagai pembimbing (Nadira Anis Sharina, NurFatiha, Nur Hazwani. 2009).Selain itu terdapat juga pandangan tokoh-tokoh lain seperti di bawah: 38
  40. 40. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakJohann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) :Idea-idea beliau mengenai pendidikan ialah anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripadapengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalahdiasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanakboleh mencapai potensi mereka yang semulajadi (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagaiumur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untukmengajar anaknya (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).Friedrich Froebel (1782-1852) :Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukangkebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlubelajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”Antara idea-idea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahanuntuk menarik perhatian kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yangsenang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlahsempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.Kelas prasekolah perlu dipenuhi denganpemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyaibentuk yang mudah, saiz dan warna.Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapatmengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat danbahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembanganmental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satupendekatan terhadap latihan kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklahberdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak- 39
  41. 41. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakkanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliaumenekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliaumencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supayamenimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadapkanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaranbukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain (Zulkiplybin Hj Yaakob. 2009).Dr. Mastura Badzis :Segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannyaadalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak diperingkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Baratdan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentukdan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankanpembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapipemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruhdan jiwanya (Zul, 2009).Paul Eggan, Don, Slavin, dan Crow dan Crow :Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Ladyzuely (2010), berpendapat perkembanganadalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripadapembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) dalam Ladyzuely (2010),berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individuberkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubahmelalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangansepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dankognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Ladyzuely (2010)menyatakan, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderungke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.Model Montessori 40
  42. 42. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakCaplan dan Caplan (1976) dalam Saayah Bt Abu (2008) dalam Perlaksanaan AktivitiBelajar Melalui Bermain Di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka menyatakanbermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta,kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek disamping dapatmemperkembangkan kekuatan fizikal ,koordinasi, dan ketangkasan seorang murid.Teori Kognitif PiagetGood dan Brophy (1990) dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1926) dandijelaskan oleh Aminah Ayob dalam Syarahan Umum : Pembelajaran Berasaskan MindaDan Implikasinya Kepada Pendidikan menerangkan bahawa skema (the internalknowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi denganpersekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerapdan menyimpan maklumat baru.Model EriksonMacNaughton (2005) dalam Model Erikson (1975) dan dijelaskan oleh Mariani Md Nordalam Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan,pendidikan prasekolah merupakan peringkat awal dalam proses pembelajaran yangamat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat member persediaan yang bolehmembekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri, dan sentiasa mempunyaisikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatifterhadap yang lain.Model KonstruktivismeRumelhart dan Norman (1978) dalam Subadrah Nair (2005) menjelaskan dalamPenggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarahmenyatakan, seseorang dapat membina kosep dalam kognitifnya denganmenghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya danproses ini dinamakan accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorangboleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang diperolehinya dan ini dinamakanpenyalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam strukturkognitifnya dengan menggunakan analogi iaitu berdasarnya pengetahuan yang adapadanya. 41
  43. 43. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak4.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) menyatakan, telah memeriksa perspektif sekumpulan objek denganmenggunakan tiga buah model gunung yang mempunyai tanda-tanda saran sepertiwarna dan saiz yang berbeza dan kemuncaknya yang tertinggi diselubungi salji.Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) menyatakan, bahawa mereka telah mereka bentuk tiga jenis tugasanberhubung dengan tiga buah gunung tersebut untuk mengkaji masalah penyelarasanperspektif. Pertama, satu boneka yang dianggap sebagai pemerhati diletakkan dibeberapa kedudukan atau orientasi keliling tiga buah gunung itu yang diletakkan dalamsatu susunan yang tetap. Subjek telah memilih satu gambar yang difikirkan mewakiliperspektif boneka. Kedua, subjek ditunjukkan sekeping gambar dan diminta meletakkanboneka pada satu orientasi supaya perspektif di dalam gambar. Ketiga, subjek dimintamenyusun tiga buah gunung itu supaya sama dengan perspektif di dalam gambar. Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) telah menyatakan, dalam kajian tersebut, mereka telah melibatkanseramai 100 kanak-kanak di Geneva yang berusia 4-12 tahun. Mereka telah berjayamengesan tahap-tahap perkembangan yang membawa ke arah penguasaanpenyelarasan perspektif. Ciri-ciri tahap perkembangan tersebut disertakan dalam Jadual2.1. Sebagai kesimpulan, tahap-tahap perkembangan itu merupakan satu perubahanpemikiran dari egosentrisme tulen kepada pemahaman lengkap. Kanak-kanak Tahap I 42
  44. 44. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanaktidak memahami tugasan yang perlu dilakukan. Kanak-kanak Tahap IIA tidak dapatmengenal pasti bahawa seseorang yang berada di tempat lain akan mempunyaiperspektif yang berbeza daripada perspektifnya (egosentrisme tulen). Kanak-kanakTahap 11B mula sedar tentang perbezaan perspektif, tetapi oleh kerana pengaruhEgosentrisme masih kuat, ia tidak boleh menggambarkan dengan tepat perspektif oranglain. Dalam TahapIII, kanak-kanak boleh mengenal pasti perbezaan perspektif.Walaupun demikian, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk sentiasa berjaya dalammenggambarkan dengan tepat perspektif orang lain (IIIB-pemahaman lengkap). MenurutPiaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994)yang telah dinyatakan dalam Jadual 2.1 Ringkasan ciri tahap perkembangan yangdihuraikan oleh Piaget dan Inhelder (1956): 43
  45. 45. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakTahap I Kanak-kanak tidak memahami arahan atau soalan yang dikemukakan.Tahap II Kanak-kanak tidak boleh atau hampir tidak boleh membezakan pemandangannya dengan pemandangan seorang pemerhati.Tahap IIA Egosentrisme: Kanak-kanak memikirkan pemerhati mempunyai pandangan yang sama sepertinya dengan : a) Memilih gambar yang mewakili pemandangan pemerhati. ATAU b) Menganggap sebarang gambar boleh mewakili semua pandangan, asalkan gambar itu menunjukkan ketiga-tiga buah gunung.Tahap IIB Gerak balas peralihan. Kanak-kanak cuba membezakan berbagai-bagai pandangan dan menumpukan perhatian kepada satu ciri yang dominant. Walaupun demikian ciri itu dihuraikan dari segi pandangannya kerana pengaruh egosentrisme masih kuat.Tahap III Kanak-kanak menunjukkan kemajuan dalam usaha membezakan berbagai-bagai pandangan hingga berjaya menyelaraskan berbagai- bagai pemandangan.Tahap IIIA Kanak-kanak menyedari berbagai-bagai pandangan seperti, tetapi menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan hubungan kiri-kanan dan depan-belakang mengenai kedudukan ketiga-tiga gunung. Dengan itu, mereka tidak sentiasa dapat menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul.Tahap IIIB Kanak-kanak menguasai sepenuhnya penyelarasn kedua-dua hubungan kiri-kanan dan depan-belakang. Ini membolehkan mereka menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul Menurut Dodwell (1963), Laurendeau an Pinard (1970), Opper (1977) danRobinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman(1994) menyatakan, telah menjalankan beberapa kajian replikasi mengenai tugasanyang direka bentuk oleh Piaget dan Inhelder (1956). Menurut Piaget dan Inhelder (1956)dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, di antarakajian mereka ialah penyelarasan perspektif. Pada amnya, mereka telah menyokongkewujudan tahap perkembangan yang dikesan oleh Piaget dan Inhelder (1956).Menurut Piaget dan Inhelder .(1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) menyatakan, yang dinyatakan dalam jadual 2.2. Menurut Dodwell 44
  46. 46. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak(1963) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan,beliau tidak menghuraikan dengan terperinci tingkah-tingkah laku yang mencirikantahap-tahap perkembangan yang dilaporkannnya. Dengan itu, kami tidak dapatmenentukan sama ada tahap ’mula sedar perbezaan perspektif’ dapat dikesan atautidak oleh beliau. Menurut Laurendeau an Pinard (1970) dalam Omar Ibrahim dan WanRafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian mereka, subjek di tahap’mula sedar perbezaan perspektif’ masih dipengaruhi oleh egosentrik, tetapi diamembayangkan kesedaran bahawa perspektif orang lain tidak perlu sama denganperspektifnya. Menurut Opper (1977) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian beliau, kemungkinan besar subjek ditahap ini masih dipengaruhi oleh egosentrisme tetapi beliau tidak membuat kenyataanyang jelas. Lazimnya, bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sesuatu bentukpemikiran itu tidak akan timbul atau boleh hilang dengan secara mendadak. 45
  47. 47. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanakJadual 2.2 Bilangan subjek, beza antara umur, dan tahap-tahap perkembangan yang dikesan oleh beberapa orang penyelidik dalamOmar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994). Penyelidikan N Beza Tidak Egosentrisme Mula sedar Pemahaman antara faham (IIA) perbezaan perspektif Separa Lengkap umur tugasan (I) (IIB) (IIIA) (IIIB) Piaget dan Inhelder 100 4-12 / / / / / (1956) Dodwell (1963) 194 5-11 - / - / / Laurendeau dan Pinard 450 4-12 / / / / / (1970) Opper (1977) 494 6-16 - / / / / Robinson dan Robinson 111 5-11 - - / / / (1983) 46
  48. 48. (SHV4193) Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan RafaeiAbdul Rahman (1994) menyatakan, telah menunjukkan ciri-ciri tahap perkembanganyang berbeza sedikit daripada yang dapat dikesan oleh penyelidik-penyelidik lain.Walaupun demikian tiga tahap perkembangan yang telah dikesan itu boleh disusundalam satu urutan berhierarki yang tetap iaitu syarat yang dikatakan oleh Piaget perluditunjukkan di dalam perkembangan sesuatu konsep. Menurut Robinson dan Robinson(1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, didalam kajiannya menyatakan ciri-ciri tahap perkembangan adalah seperti berikut : dalamTahap I, kanak-kanak menetapkan dengan tepat sifat dominan sesuatu objek, manakaladi Tahap II, kanak-kanak mewakili dengan betul hubungan depan–belakang dan diTahap III mereka dapat menguasai hubungan kiri-kanan untuk mencapai pemahamankeseluruhan perspektif. Jika dirujuk dalam Jadual 2.2, menurut Robinson dan Robinson (1983) dalamOmar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tahap pertamaRobinson dan Robinson (1983) boleh dianggap sepadan dengan Tahap IIB Piaget danInhelder (1956) kerana kedua-duanya mempunyai satu ciri yang sama : kanak-kanakmenumpukan perhatian kepada sifat dominan sesuatu objek. Tahap kedua puladiletakkan dengan Tahap IIIA dan Tahap ketiga adalah sama dengan Tahap IIIB.Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei AbdulRahman (1994) menyatakan, egosentrik hampir tidak wujud di kalangan kanak-kanak.Ini merupakan perbezaan yang ketara sekali di antara keputusannya dengan keputusanPiaget dan Inhelder (1956), Dodwell (1963), Laurendeau dan Pinard (1970) dan Opper(1977). Sebaliknya menurut Flavell, Botkin, Fry, Wright dan Jarvis (1968) dalam OmarIbrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tidak menyokongkeputusan Piaget dan Inhelder (1956). Tingkah laku subjek (gred 2-8 dan 11, AmerikaSyarikat) tidak boleh diklafikasikan secara kualitatif kepada tahap-tahap perkembanganitu. Walaupun menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan RafaeiAbdul Rahman (1994), tidak menyatakannya, Salatas dan Flavell (1976) berpendapatbahawa tahap akhir (IIIB) perspektif ruang boleh dibahagikan kepada dua bahagian.Pertama, kanak-kanak boleh menyelaraskan dimensi ruang kiri-kanan dengan depan-belakang dan kedua, kanak-kanak memahami maksud sesuatu pemandangan.Pemahaman pemandangan mempunyai dua komponen: (a) kanak-kanak itu mestimemahami bahawa pemerhati tidak mempunyai lebih daripada satu pemandangan 47

×