• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 

PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR

on

  • 23,983 views

pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat membimbangkan pelbagai pihak. Ini berlaku kerana kurangnya minat pelajar terbabit dalam pelajaran, justeru itu Kementerian Pelajaran ...

pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat membimbangkan pelbagai pihak. Ini berlaku kerana kurangnya minat pelajar terbabit dalam pelajaran, justeru itu Kementerian Pelajaran diminta untuk menambah dan memperkenalkan pendidikan aliran vokasional lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh Negara dan secara tidak langsung dapat menjamin masa hadapan pelajar tersebut. Hal ini kerana pelajar yang kurang minat dalam bidang akademik boleh meneruskan pelajaran dalam bidang latihan vokasional. Dengan cara ini, kementerian berharap bilangan pelajar yang tercicir dapat dikurangkan. Disini PTV dilihat penting dalam merialisasikan matlamat menjadikan sistem pendidikan yang berdaya saing dengan adanya sistem latihan dan kemahiran yang tidak berfokuskan kepada peperiksaan. PTV menyediakan ruang kepada pelajar yang tercicir untuk cenderung kepada bidang vokasional dan kemahiran bagi menjamin masa hadapan mereka.

Statistics

Views

Total Views
23,983
Views on SlideShare
23,982
Embed Views
1

Actions

Likes
26
Downloads
100
Comments
37

1 Embed 1

http://www.health.medicbd.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

110 of 37 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • assalam , emailkan kepada saya utk dijadikan bahan rujukan
    liznani_73@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • ASALAMUALAIKUM. mohon emailkan bahan ini di alamat emailsaya. ianya sangat berguna sebagai bahan rujukan saya menyiapkan tugasan ... enapucak@gmail.com tqvm hanya Allah sahaja dapat membalasnya.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • assalam..boleh tak emelkan saya bahan ini sebagai rujukan..
    nurulamira.iman@gmail.com
    terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • salam.. boleh tolong email kpd saya untuk rujuan..... tqvm
    rumazahen@gmail.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Tolg emelkn bahan ini, syed2zabih@yahoo.com sangat bermanfaat utk assign sya.TK
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…

110 of 37 previous next

Post Comment
Edit your comment

    PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR Document Transcript

    • PENGHARGAAN
      Alhamdulillah dengan limpah rahmatnya saya dapat menyiapkan tugasan penulisan ilmiah bagi subjek Pengenalan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan jayanya. Saya amat bersyukur kerana diberi keupayaan oleh-Nya untuk menyiapkan tugasan ini.
      Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Suhaimy B. Ahmad yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya selama saya melaksanakan tugasan ini. Tunjuk ajar yang diberikan kepada saya amat saya hargai supaya tidak membuat kesilapan dalam tugasan ini.
      Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang menyumbang dalam melaksanakan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan yang telah membantu saya mencari bahan berkenaan tugasan semasa berada di Perpustakaan Negara dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
      Tidak lupa juga kepada ibubapa tercinta yang sering memberikan sokongan dan dorongan dari segi mental dan fizikal dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka tidak mungkin saya akan berada disini.
      PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
      MOHAMAD RUZAIMIE BIN SOUFI
      ABSTRAK
      Dewasa ini, pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat membimbangkan pelbagai pihak. Ini berlaku kerana kurangnya minat pelajar terbabit dalam pelajaran, justeru itu Kementerian Pelajaran diminta untuk menambah dan memperkenalkan pendidikan aliran vokasional lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh Negara dan secara tidak langsung dapat menjamin masa hadapan pelajar tersebut. Hal ini kerana pelajar yang kurang minat dalam bidang akademik boleh meneruskan pelajaran dalam bidang latihan vokasional. Dengan cara ini, kementerian berharap bilangan pelajar yang tercicir dapat dikurangkan. Disini PTV dilihat penting dalam merialisasikan matlamat menjadikan sistem pendidikan yang berdaya saing dengan adanya sistem latihan dan kemahiran yang tidak berfokuskan kepada peperiksaan. PTV menyediakan ruang kepada pelajar yang tercicir untuk cenderung kepada bidang vokasional dan kemahiran bagi menjamin masa hadapan mereka.
      PENGENALAN
      Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal, Jabatan ini banyak menawarkan program yang membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Pendidikan Teknikal dapat membantu pelajar yang tercicir dalam pelajaran kepada perkembangan insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran serta dapat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan semasa Negara ingin menjadi sebuah Negara perindustrian.
      DASAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)
      Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran. Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan Negara dan diri mereka sendiri.
      Dasar Pendidikan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.
      KADAR KECICIRAN
      Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menunjukkan :
      • Peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya menamatkan pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah meningkat 65.0 peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort 1990-2000.
      • Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4 peratus dan daripada tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7 peratus.
      • Sebanyak 7 peratus pelajar meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setelah mengambil peperiksaan PMR.
      • Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan liam adalah sebanyak 4 peratus.
      SISTEM PENDIDIKAN
      Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian ini masih jauh daripada sasaranya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang pelajar memilih jurusan sains dan teknikal. Dasar pemilihan jurusan oleh pelajar merupakan faktor kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat, iaitu daripada 5.12 peratus pada 1980 kepada 16.0 peratus pada tahun 2000. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan sebanyak 78 466 tempat bagi pendidikan vokasional dan sebanyak 15 525 bagi pendidikan teknikal.
      STRATEGI
      Dalam menjamin masa depan pelajar tercicir dalam pelajaran, dilihat dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanan penting dalam membantu pelajar yang tercicir dalam akademik untuk cenderung dalam bidang kemahiran. Peranan yang perlu dilakukan oleh PTV bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar serta dapat menjamin masa hadapan pelajar yang tercicir :
      • Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali Ismail semasa merasmikan Konvensyen Guru-Guru Vokasional dan Teknik 2008 di Port Dickson, negeri Sembilan mengatakan perlunya memperkukuhkan kurikulum PTV bagi menghasilkan modal insan yang berkemahiran, progresif dan dinamik dimana akan jadi penentu kejayaan bidang teknologi dan industri Negara. Kurikulum PTV haruslah menghubungjalinkan elemen ICT, inovasi dan kreativiti dimana elemen ini dapat memastikan pelajar lepasan PTV berdaya saing dan tidak tercicir apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Secara tidak langsung dapat menaikkan nama bidang kemahiran yang tidak hanya tertumpu kepada kemahiran tetapi juga ICT.
      • Allahyarham Datuk Razali Ismail juga menyarankan untuk mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan swasta dimana dapat menyediakan pelajar dengan pengalaman sebenar di tempat kerja melalui program yang dijalankan bersama dengan pihak industri. Pelajar dihantar ke kilang-kilang untuk mempelajari gaya kerja yang sebenar dan mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di sekolah. Sebagai contoh kerjasama BPTV dengan BIOTRUP-UMS dimana enam sekolah menengah teknik disabah dicadangkan memfokuskan dalam bidang pertanian dengan bantuan BIOTRUP-UMS. Selain itu antara program yang telah dirangka ialah Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan persekitaran kerja kepada guru dalam mendalami teknologi masa kini yang digunakan industri bagi meningkatkan keupayaan guru dalam mendidik pelajar dalam bidang kemahiran. Perkara ini dilihat dapat menghasilkan tenaga mahir yang kompeten dimana pihak swasta akan mendapatkan tenaga kerja pelajar lulusan vokasional dan kemahiran untuk bekerja dalam syarikat mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan Negara yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi.
      • Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem PTV yang dijalankan di Negara lain menjadikan sistem PTV berdaya saing melalui pertukaran input daripada sumber lain. Kerjasama antarabangsa diperluaskan dengan menjalinkan hubungan dengan sekolah cemerlang di luar Negara. Hal ini dapat menghasilkan tenaga mahir yang boleh berkhidmat di syarikat-syarikat luar Negara seperti Sony.
      • Menurut Dato’ Haji Alimudin B. haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga menekankan penglibatan dengan industri dan badan professional, pelajar akan terdedah School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran yang sebenar supaya dapat menghasilkan pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari. Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan latihan kemahiran dapat menyepadukan ilmu yang dapat menjana ekonomi setempat sebagai contoh menceburi bidang perniagaan.
      • Pendidikan di Malaysia menekankan latihan kemahiran dimana bagi memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Antara perkara yang akan di tingkatkan melalui latihan ini ialah meningkatkan nilai keusahawanan. Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama badan profesional perakaunan bagi memperkasa kurikulum keusahawanan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di samping menekankan kepentingan dan pelaksanaan nilai keusahawanan melalui program School Enterprise. Tindakan memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran juga diambil dengan mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagi meningkatkan aspek latihan kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkan keberkesanan latihan kemahiran adalah melalui pelaksanaan pembelajaran berteraskan kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan pelajar dalam latihan industri.
      • Memperkenalkan aliran berasaskan kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini kerana dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar selama tiga tahun persekolahan sebelum memasuki ke tahun empat persekolahan dimana mereka perlu memilih bidang yang diminati mengikut kebolehan mereka. Pendedahan yang awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang sesuai dengan kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang meminati bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat memilih bidang yang mereka kurang minat.
      • Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dimana sekolah vokasional baru dibina di lima koridor ekonomi dan juga dua buah sekolah baru dibawah Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran Teknik dan Vokasional. Disamping itu juga, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dua buah Matrikulasi Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan Institut Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaan supaya Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memenuhi kehendak Negara. Hal ini menunjukkan PTV berperanan dalam memberi ruang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah keciciran pelajar di sekolah serta dapan menjamin kualiti tenaga kerja yang dihasilkan.
      SARANAN
      Dalam menjamin masa depan pelajar yang tercicir pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tidak bergantung kepada Kementerian Pelajaran untuk memastikan masa hadapan pelajar tercicir terjamin. Sebagai contoh, pihak swasta hendaklah mengiktiraf pelajar lulusan Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai tenaga mahir yang terlatih dan memberi peluang untuk bekerja. Selain itu juga, pihak swasta perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak kementerian dengan cara memberikan pengalaman sebenar tempat kerja kepada pelajar. Pihak swasta boleh mendidik kemahiran pelajar mengikut acuan sendiri dan mengambil pelajar tersebut untuk bekerja selepas tamat persekolahan.
      Selain itu juga, ibubapa perlulah menggalakkan anak mereka yang tercicir dalam pelajaran menceburi bidang kamahiran. Ibubapa tidak sepatutnya memaksa pelajar untuk memilih bidang yang tidak diminati pelajar seperti memaksa pelajar untuk memilih aliran sains hayat kerana beranggapan aliran ini dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Menurut Haji Yahya Emat dalam karanganya Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia 2005 mengatakan ramai lulusan sekolah teknik dan vokasional telah dan dihantar terutama Jepun untuk mendalami bidang masing-masing. Sudah terbukti bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam bidang ini sangat luas. Sikap memandang rendah pelajar-pelajar sekolah teknik dan vokasional sebagai golongan yang gagal dalam akademik masih tebal dalam kalangan kita. Ibubapa harus berfikiran terbuka dalam menentukan masa hadapan pelajar.
      Pendidikan Teknik dan Vokasional juga dapat menjamin masa hadapan pelajar jika pelajar tersebut diberi peluang dan ruang untuk mengasah bakat dan kemahiran. Ibubapa perlu sedar akan kesan terhadap keciciran keatas diri pelajar dan juga negara. Menurut Datuk Yusuff harun Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia mengatakan bahawa kejayaan bukan dapat dihasilkan sekelip mata, kerana memerlukan komitmen daripada peringkat pengurusan, guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
      PENUTUP
      Kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan kementerian kerana pelajar yang tercicir ini akan menghadapi masalah dalam bidang pekerjaan. Bidang akademik yang diutamakan di masa kini dalam mencari pekerjaan akan menyukarkan pelajar yang tercicir untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap. Pada kebiasaanya, individu yang tidak mempunyai kelulusan akademik akan diberikan kerja sementara oleh majikan secara kontrak kerana tidak mahu menanggung risiko apabila individu tersebut tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Pekerjaan yang tidak tetap menyebabkan mereka sering bertukar-tukar tempat kerja dan kadangkala menggangur semasa mencari pekerjaan yang baru. Masa terluang inilah pelbagai perkara yang negatif sering dilakukan oleh individu ini. Akibat tekanan daripada perkara ini, pelbagai gejala negatif akan berlaku seperti merompak, menghisap dadah, merogol dan lain-lain lagi. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana berdasarkan pendidikan mereka di tahap rendah tambahan pula umur mereka yang masih mentah. Mereka tidak dapat memikirkan kesan terhadap tindakan mereka, mereka hanya ingin keseronokkan dan ingin mendapatkan wang dengan mudah dengan cara mencuri ataupun mengedar dadah dan menyertai perlumbaan secara haram.
      Menurut Haji Yahya Emat dalam kurikulum baru, telah memperkenalkan satu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Secara tidak langsung telah mendedahkan pelajar kepada pendidikan teknik dan vokasional, di samping itu juga Program Pandang ke Timur yang dilancarkan membolehkan pelajar mencontohi sikap pekerja-pekerja Jepun dan Korea seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang baik, berdisiplin dan bersemangat untuk bersaing.
      Pendidikan Teknik dan Vokasional sangat penting kepada mereka yang tercicir dalam pelajaran. Kerajaan berusaha untuk menarik pelajar yang tercicir mempelajari kemahiran yang dapat digunakan dalam bidang pekerjaan. Sebilangan besar pelajar yang tercicir ini minat terhadap bidang kemahiran berbanding bidang akademik. Malangnya mereka tidak dapat mendalami bidang kemahiran kerana banyak sekolah-sekolah vokasional ditukar menjadi sekolah teknik mengikut perubahan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa memilih bidang akademik walaupun tidak meminatinya. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut jauh tercicir dalam bidang yang tidak diminatinya.
      Pendidikan Teknik dan Vokasional juga akan mengatasi masalah sosial yang kerap dilakukan oleh pelajar yang tercicir sejak dari sekolah lagi. Pelajar akan diberi masa yang panjang untuk mempelajari kemahiran yang diminati bagi menyediakan mereka dalam bidang pekerjaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah pada masa lapang.
      REFLEKSI
      Tugasan Pengenalan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional pada kali ini ialah membuat penulisan ilmiah berdasarkan tajuk yang diberi. Tugasan ini dilakukan secara individu dan tajuk tugasan saya ialah “Peranan dasar PTV dalam RBT bagi menjamin menjamin masa hadapan pelajar tercicir”. Pada mulanya saya merasakan tugasan ini amat sukar kerana tidak memahami cara penulisan ilmiah.
      Dalam tugasan ini saya dapat mengatahu bilangan pelajar yang tercicir di Negara, bagi saya kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan jika tidak dibendung secepatnya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah pelajar yang tercicir supaya dapat menjamin masa hadapan pelajar yang tercicir. Usaha tersebut termasuklah memperkenalkan pendidikan vokasional diperingkat awal persekolahan. Selain itu kemeterian berusaha dalam memperkasakan PTV dengan menggubal kurikulum dan berkerjasama dengan pihak industri supaya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang kemahiran.
      Terdapat masalah yang saya hadapi dalam mencari bahan untuk melaksanakan tugasan. Saya masih gagal mencari penulisan ilmiah Teknokrat seperti yang disaran oleh pensyarah pembimbing kerana perpustakaan institut tidak mempunyai koleksi penulisan teknokrat. Penulisan teknokrat yang masih dalam simpanan institute ialah Teknokrat keluaran 1998. Saya juga mencari bahan di Perpustakaan Negara Kuala Lumpur bersama rakan dan memperoleh matlumat berkenaan pelajar yang tercicir. Dalam tugasan ini saya juga saya banyak memperolehi bahan daripada buku seperti buku pendidik. Saya juga meperoleh bahan daripada akhbar Utusan melalui On-Line.
      Saya berharap, pihak perpustakaan dapat menggumpulkan segala buku atau jurnal keluaran Institut supaya dapat digunakan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan. Saya juga akan berazam untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan tugasan dan tidak menangguhkan tugasan. Saya juga perlu banyak bertanya kepada pensyarah supaya tugasan yang saya lakukan tidak silap.
      Dalam melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari pelbagai perkara berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan kepentinganya dalam memjamin masa hadapan pelajar yang tercicir. Saya akan gunakan segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang menjalankan tugasan ini untuk menjadikan saya seorang yang peka terhadap perubahan zaman dan suasana pendidikan masa kini.
      BIBLOGRAFI
      Haji Yahya B Emat (2005), Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia, IBS Buku Sdn. Bhd. Selangor.
      Kementerian Pendidikan Malaysia, Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM, Kuala Lumpur.
      Srihanasham (2009), Pendidik-Potensi besar PTV jana modal insan mahir, Selangor darul Ehsan.
      Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=utama&unit=utama&bhs=my pada 14 Mac jam 10.05 Malam
      Baharudin Azit, Kepentingan Latihan Sangkutan Industri Terhadap Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Perspektif Pelajar, melayari laman web http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/baharudin%20azit.pdf pada 15 Mac jam 9.33 Malam
      Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom, Memantapkan budaya keusahawanan di kalangan generasi baru melalui system pendidikan nasional dan pengajian agama : gagasan dan cabaran merealisasikanya.