PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN


 1.0 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN


Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjel...
4. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang
    yang mengurus suatu kegiatan ...
Keazaman dan kesungguhan         Kemahiran kerja berkumpulan
Ketahanan mental dan fizikal     Kemahiran pengurusan
       ...
S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara-
perkara yang telah dilakukan sehi...
PENIAGA                                  USAHAWAN

Seorang peniaga tidak semestinya seorang Seorang usahawan juga seorang ...
3)   Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit
         daripada pemborong dan melet...
Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang
     •   mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti pel...
untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang
   diterajui.


5. Menitik beratkan mut...
•   sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan
       masa yang lebih singkat darip...
10. Yakin terhadap keupayaan diri


   Individu yang bersikap yakin terhadap diri:
   •   mempunyai kepercayaan terhadap k...
Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan
   berjalan dengan lancar, ia hendaklah d...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pengenalan kepada keusahawanan

62,887

Published on

Published in: Education, Technology, Business
6 Comments
17 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
62,887
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
1,658
Comments
6
Likes
17
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Pengenalan kepada keusahawanan"

  1. 1. PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 1.0 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. 1.1 DEFINISI USAHAWAN. Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:- 1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. 2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. 3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan. 1
  2. 2. 4. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan. 5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. 1.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1). Jadual 1.1 Menunjukkan Bidang Ilmu Keusahawanan Sikap Kemahiran Pengetahuan Motivasi yang tinggi Membuat keputusan Mencari dan menggunakan maklumat Kepercayaan kepada diri Menyelesaikan masalah Mengenalpasti dan sendiri melaksanakan sesuatu projek Inisiatif Berunding Bertanggungjawab Berkomunikasi Kebolehan menangani Minda kreatif keadaan tidak menentu (menghadapai risiko) 2
  3. 3. Keazaman dan kesungguhan Kemahiran kerja berkumpulan Ketahanan mental dan fizikal Kemahiran pengurusan Kemahiran teknikal Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :- • Mengenalpasti peluang perniagaan • Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai. • Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai. • Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat. • Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk) • Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial. • Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa. Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap. S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan? J: Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal. 3
  4. 4. S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan. J: Contoh usahawan yang berjaya: a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft) b) Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce) c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY) PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi. Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat. Ciri-ciri Peniaga. 1. Membeli barang untuk dijual semula. 2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi 3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik. 4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual. Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga 4
  5. 5. PENIAGA USAHAWAN Seorang peniaga tidak semestinya seorang Seorang usahawan juga seorang peniaga usahawan. Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual Melibatkan diri dengan usaha mencipta beli. barangan keluaran sendiri Sentiasa berusaha menambah keuntungan Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata. Tidak tertarik dengan perkembangan Mengikuti segala pembaharuan untuk teknologi dan perubahan-perubahan menambah kreativiti. Menjual barangan yang sedia ada dalam Memperkenalkan barangan baru yang boleh pasaran menembusi pasaran Menghadapi persaingan sebagai cabaran Persaingan adalah satu cabaran yang biasa memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah Merenung jauh kehadapan dan sentiasa harian. berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan. Mementingkan keuntungan jangka masa Mementingkan keuntungan jangkamasa pendek. panjang. Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :- Usahawan 1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru. 3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain. Peniaga 1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. 5
  6. 6. 3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna. KOMPETENSI KEUSAHAWANAN Maksud Kompetensi Keusahawanan Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai- nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama. Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini. Senarai Kompetensi Keusahawanan 1. Inisiatif Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang • membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa. • mempunyai sikap proaktif • giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya. Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi. 2. Melihat dan merebut peluang 6
  7. 7. Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang • mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud • berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain Kompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan. 3. Kecekalan Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut: • tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah. • Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pun pernah mengalami kegagalan. 4. Mencari maklumat Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah: • melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan • mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan • membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan 7
  8. 8. untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. 5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah: • Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi • Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik. • Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu . Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya. 6. Komitmen terhadap perjanjian kerja Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan: • kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja • mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja • kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan • menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan • sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui . Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan. 7. Berorientasi ke arah kecekapan Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah: 8
  9. 9. • sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya • sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan. • Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan. Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan 8. Membuat perancangan yang sistematik Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik: • membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas- tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah • membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan • membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan • mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan. 9. Menyelesaikan masalah secara kreatif Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah: • mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin • mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan. 9
  10. 10. 10. Yakin terhadap keupayaan diri Individu yang bersikap yakin terhadap diri: • mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. • melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran. • boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu. • banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan. • tidak takut mencuba dan tidak takut gagal Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan. 11. Ketegasan Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut: • berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung • berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain. Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya. 12. Meyakinkan orang lain Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah: • mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan. • mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti • bermaklumat dan berpengalaman 10
  11. 11. Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri. 13. Menggunakan strategi pengaruh Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah: • cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan; • Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak • Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum • Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran • Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran • Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber- sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya. 11

×