Bab 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bab 2

on

  • 206 views

 

Statistics

Views

Total Views
206
Views on SlideShare
206
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab 2 Bab 2 Document Transcript

  • BAB 2 TINJAUAN PUSTAKA2.1 PengenalanDalam sistem persekolahan, disiplin merupakan antara komponen yang penting.Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah benar-benarmerungsingkan ramai pihak.. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan rakansebaya, keluarga, suasana sekolah, guru dan kumpulan masyarakat amatmempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan mereka. Dalam bab ini akandibentangkan beberapa kajian yang menunjukkan faktor-faktor kemerosotan disiplindi kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.2.1.1 Definisi istilahBagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca, definisiistilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan diterangkan dalambahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti di bawah :i. DisiplinMengikut Kamus Dewan, disiplin membawa erti “latihan pemikiran dan kelakuansupaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib”. Mok Soon Sang(1995) berpendapat; dalam konteks masyarakat, disiplin bermaksud peraturan yangdipersetujui oleh ahli-ahli bagi mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjaminkesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu. Manakala pada peringkatsekolah pula, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengantujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran. Foucault(1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakanamalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagi sebuah ‘mesinpedagogi’ dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan.Berbagai-bagai cara disiplin dijalankan seperti dengan mengadakan jadual waktu,sistem pastoral, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, peperiksaan,pengredan dan sebagainya.
  • ii. KemerosotanMerujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), kemerosotan ditakrifkan sebagai perihalmerosot mutu; kemajuan; kemunduran; kejatuhan. Kemerosotan disiplin pelajarberkait rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibubapa berupapenekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiahdan aspirasinya (Stodgil, 1970: 27). Sikap individu, rakan sebaya, dan persekitaranadalah beberapa faktor yang mendorong ke arah kemerosotan disiplin pelajar.iii. PelajarMenurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut.Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atauuniversiti. Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolahdan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolahmenengah ataupun sekolah rendah”v. GuruMenurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik,pengajar, dan pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,pengadil, polis,hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial danlain-lain. Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalammenggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehanberkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan,sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yangkondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Gurubertanggujawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang merekasebagai individu yang unik.vi. Guru DisiplinGuru disiplin memainkan peranan yang penting dalam membentuk disiplin di sekolah.Guru disiplin mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang masahari persekolahan. Beliau juga merekodkan segala kesalahan, hukuman dan dendayang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. Disiplin yang berkesan perludilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan (Gootman M.E., 2001).
  • Guru perlu kerap menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya anak-anakremaja dapat dididik dan dibimbing menjadi orang yang mempunyai keperibadiantinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu mendampingi pelajar dan menghormatipendapat serta kemahuan mereka. Guru tidak sewajarnya menggunakan sindiran padaremaja dan memberikan hukuman yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosiremaja. Guru disiplin perlu proaktif turun padang mengesan pelajar yang bermasalahuntuk diberi nasihat dan kaunseling dan bukannya sekadar menunggu di bilikkaunseling dan menanti kes yang dirujuk kepada mereka semata-mata.2.2 Masalah disiplinPermasalahan disiplin di kalangan pelajar adalah suatu perkara yang sudah lamawujud. Ia memerlukan tindakan bersungguh dan berterusan oleh semua pihak yangterlibat dalam mengatasi masalah ini. Alam remaja dikatakan saat yang rapuh bagigolongan pelajar sekolah menengah. Mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh sertatekanan luar yang kebanyakkannya menjerumuskan kepada perkara negatif. Puncakeruntuhan akhlak remaja pada peringkat ini mudah terikut-ikut dengan rakan mereka(Gottfredson & McNeil, 1991). Permaslahan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utamaiaitu, salah laku jenayah dan salah laku yang ringan. Salah laku jenayah adalah sepertimembunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lainlagi. Manakala yang ringan pula adalah seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, kerapkeluar kelas, tidak patuh arahan, tidak sopan, tidak membuat kerja rumah, tidakmembawa buku, mengganggu pengajaran guru dan sebagainya. Pelbagai gejala sosialdi kalangan remaja sekolah ini adalah menifestasi krisis dan keruntuhan moral yangtinggi dalam masyarakat. Sering juga dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakatyang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan.Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan pentingdalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Perangkaan yang dikeluarkanoleh Kementerian Pendidikan melaporkan pada tahun 1993 seramai 172,615 pelajaratau hamper 4.1 peratus daripada 4,207,351 pelajar terlibat dengan pelbagai kes salahlaku di luar dan dalam kawasan sekolah.
  • Selain itu, statistik menunjukkan dari tahun 1992-1996 seramai 3,922 pelajardibuang sekolah akibat pelanggaran disiplin. Daripada jumlah ini seramai 3,673adalah pelajar sekolah menengah. Pelajar yang digantung sekolah pula berjumlah19,550 orang. Namun demikian, masalah kemerosotan disiplin adalah ancamankepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang.Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung danmengatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin PelajarMengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan tingkah laku yang baik demikesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yangtersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diriseseorang itu. Kini terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar.Antaranya adalah seperti berikut:-2.4 Faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dan luaran yangmempengaruhi kemerosotan disiplin pelajari. Faktor Sikap Pelajar Masalah kemorosatan disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itusendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajarmenpercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajarseperti itu bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Sikap individu itusebagai seorang pelajar mestilah mempunyai prinsip dan pendirian. Seseorang pelajaritu menjadi baik dan bertanggungjawab sekiranya hidup pelajar itu berprinsip danmempunyai keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Mereka tidak mudah terjebakdengan gejala yang tidak baik ini. Hurlock (1973), kaum remaja akan mengalami gangguan emosi sepertikebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuatpenyesuian semasa bertembung dengan situasi-situasi baru. Apabila tidak ada
  • penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka merekaakan menghasilkan tingkah laku berbentuk menyimpang sehingga bolehmenimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara.ii. Faktor Rakan SebayaRakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yangmemberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej(Pomberi,1990; Mahmood,1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada merekauntuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian,pertuturan,oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbulapabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawakepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Rakan sebaya merujuk pada remajayang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakansebaya memainkan peranan pentingdalam kehidupan mereka. Perhubungan baru seperti hubungan antara jantina berlainan wujud dan rakansebaya menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah. Remaja mempunyaipelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi budaya yangmempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat berkenaandi luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakansebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantuperkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadiremaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya,rakan sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlakrakannya ke arah yang tidak baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumberpaling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluargaberkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remajadaripada rakannya (Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagimendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakanpeluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkankemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebayamungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun
  • negatif seperti penagihan dadah dan alkohol. Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest,1936), peringkat latensi merupakan peringkat ‘senyap’ dalam kehidupan seksualremaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahamandan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini tidak akanmerungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit.Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggupmelakukan apa shaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasaldaripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yangmungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudahterpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsepdiri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargaiataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.Contohnya, caraberpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dansebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, makapelajar ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkarapositif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar sepertiberbincang berkaitan pelajaran sekolah, pelajar berkenaan turut rajin belajar bagimeningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya inicenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalampeperiksaan dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran mereka.iii. Faktor Keluarga Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak.Keluarga yang lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untukmembentuk minda yang sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur pentingmembantu pembentukan minda kanak-kanak. Remaja yang berada dalam lingkungankeluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisimereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa kini merupakanhasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidakterkawal dengan baik (Kartini 1986). Situasi ini menurut Kartini lagi mempengaruhimental dan kehidupan remaja yang belum matang.
  • Satu kajian delikuensi didapati bahawa bahawa remaja yang terlibat denganperlakuan delinkuen ada hubungan dengan jenis keluarga yang bercerai atau berpisah.Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sheldon, Glueck dan Goode (1985),kenakalan dengan beberapa jenis rumah tangga atau keluarga yang berpisah. Remajayang nakal relatifnya bermungkinan berasal berkemungkinan berasal dari keluargayang bercerai. Ini kerana kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental yangtidak sihat dan sukar membuat keputusan yang rasional. Remaja mula mencarikebebasan daripada ibu bapa dan mencari identiti kedewasaan. Remaja masihmembentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa tanpa bergantungkepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu ingin bergantung darisudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin bebas daripada ibubapa. Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa ataukedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasihsayang serta, tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dandinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajarterutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Inibersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang(Maslow,1954) Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yangnegatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugasperkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yangtidak diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapayang tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yangtidak harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumahuntuk berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugasperkembangan remaja. Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-maramempunyai peranan terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Disamping itu, gaya pengasuhan dan pengalaman positif yang diperlukan serta n ilai-nilai murni yang diterapkan akan membina personaliti individu. Nilai-nilai murniyang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang positif sehingga mewarnakanhidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes penyelewengan sepertiponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar umbinya sedikit
  • sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu,tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untukmembentuk tingkah laku yang positif.iv. Faktor Suasana SekolahFaktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidaklangsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok danbunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain danperpustakaan (Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yangmenyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapattingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan.Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secarasedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplinpelajar. Sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dankekurangannya sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan, menjadikannya tidakberupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan segenap lapisan. Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatanyang bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakansebaya. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi didalam bilik darjah akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembiradan tekun belajar serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalugagal, maka pengalaman pahit itu akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asadan takut menghadapi peperiksaan. Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagipelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu memberikan tumpuan terhadap tingkahlaku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan positif.v. Faktor Guru
  • Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepadakelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruansebagaipilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama adaberkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat jugabeberapa guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbanganmereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap‘tidak ambil tahu’. Ada pula guru-guru dikatakan tidak mahu berbuat apa-apa bagimencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci oleh murid kerana inginmenjadi popular di kalangan murid-murid. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad danIbrahim Saad, 1982:263).Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luasberbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim,pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guruperlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dankecekapan guru. Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembanganpelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segikebolehan dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannyadalam prosespengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyakpengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaanpelajaranyang akan diajar (Logan & Logan, 1974). Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalamkehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diridaripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guruperlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasamengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar.
  • Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajaryang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifatsabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat,menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripadamengenakan hukuman.2.5 Faktor Persekitaran yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajarWong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik sepertikompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkankejadian melepak berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besarkemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalambidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L.Munn (1969), berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat disekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhipersonaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selaindaripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibubapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi danperanan multimedia. Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individumemerlukan ruang untuk menjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah (1993), ciri-ciribangunan tinggi seperti rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktivitirekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar darirumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luarrumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luarrumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebihkerap berjumpa kawan-kawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedahkepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilihkawan. Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pulamenghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan,faktor tingkah laku adalah ‘pelengkap’. Tidak semua organisma,
  • tidakkira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang samasekali keranabergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaranyang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainanvideo, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah,penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks sepertipertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.