(Kgkt)peraturan kelab guru 01

4,046 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,046
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
179
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

(Kgkt)peraturan kelab guru 01

  1. 1. PERATURAN KELAB GURU & KAKITANGAN ( KGKT )SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU II,TAWAU,SABAHPerkara 1 :NAMA 1.1 Kelab ini dinamakan sebagai Kelab Guru dan Kakitangan Bukan Mengajar atau ringkasnya KGKT.Perkara 2 :ALAMAT 2.1 Kelab ini ditubuhkan di dalam Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Peti Surat 61364,91023 Tawau,Sabah.Perkara 3 :RASIONAL 3.1 Guru yang cemerlang adalah guru yang terbaik hasil daripada kebajikan yang terjaga dan terjamin serta permuafakatan yang konsensus.Justeru KGKT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahlinya melalui pelbagai kegiatan dan sumbangan yang bermanafaat untuk ahlinya.Perkara 4 :OBJEKTIF 4.1 Membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli(guru-guru dan kakitangan bukan mengajar). 4.2 Memberi peluang kepada setiap ahli mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti KGKT. 4.3 Memberikan sumbangan kepada ahli,sekolah dan masyarakat. 4.4 Mempereratkan hubungan silaturahim dan kekitaan setiap ahli melalui kegiatan KGKT.Perkara 5 :SASARAN 5.1 Semua guru dan kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua secara automatik menjadi ahli KGKT.Perkara 6 :LOGO Ahli yang bersatu hati di bawah SK. Bandar Tawau II Ringkasan nama kelab Maju dan berkebajikan untuk ahli Nama penuh kelabPerkara 7 :VISI 7.1 Memperkasa KGKT menjelang 2010.Perkara 8 :MISI 8.1 Merealisasikan KGKT yang bersatu dan membantu ahli-ahlinya.
  2. 2. Perkara 9 :KEAHLIAN KGKT (SECARA AUTOMATIK) 9.1 Semua guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau. 9.2 Semua kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua. 9.3 Semua ahli wajib menghadiri mesyuarat agung tahunan,mesyuarat am, mesyuarat tergempar,taklimat dan setiap aktiviti anjuran KGKT. 9.4 Semua ahli berhak bercakap,mengundi dan diundi. 9.5 Semua ahli yang aktif dan mempunyai keistimewaan ialah pembayar yuran yang tetap setiap bulan tanpa tergantung lebih daripada tiga bulan. 9.10 Semua ahli tidak aktif ialah ahli yang tidak menjelaskan yuran lebih daripada tiga bulan tanpa sebarang tunjuk sebab dan segala keistimewaan sebagai ahli ditarik balik sehingga menjelaskan sepenuhnya tunggakan yuran KGKT.Perkara 10:.KEWANGAN / YURAN BULANAN 10.1 Semua ahli diwajibkan membayar yuran RM10.00 sebulan (kecuali disember) iaitu RM110.00 setahun. 10.2 Tahun kewangan kelab ini bermula pada bulan 01 Julai dan berakhir pada 30 Jun tahun berikutnya. 10.3 Kutipan yuran adalah untuk kebajikan dan kegiatan semua ahli dalam aktiviti KGKT. 10.4 Tindakan boleh diambil kepada ahli KGKT yang tidak menjelaskan yuran dengan penyerahan surat peringatan sekiranya selepas tempoh tiga bulan secara berturut-turut masih tidak menjelaskan yuran KGKT tanpasebarang alasan munasabah. Ahli tersebut akan dianggap sebagai ahlitidak aktif dan dikecualikan daripada kegiatan KGKT dan tidak lagimempunyai keistimewaan. 10.5.Pengeluaran wang hanya boleh diluluskan oleh Pengerusi untuk kegunaan dan kepentingan KGKT. 10.6 Naib pengerusi hanya boleh meluluskan pengeluaran wang di atas kebenaran Pengerusi. 10.7 Pengeluaran wang dari bank melalui cek hanya boleh dilakukan dengan tandatangan dua daripada tiga penama iaitu Pengerusi,Setiausaha atau Bendahari. 10.8 Urusan kewangan akan diaudit oleh juruaudit dan diuruskan oleh Bendahari. 10.9 Pembentangan laporan wang masuk,wang keluar,baki dan lain-lain akan dibuat setahun sekali semasa mesyuarat agung atau permintaan oleh 2/3 ahli KGKT.
  3. 3. Perkara 11:.PENGUNDIAN / TEMPOH JAWATAN / PEMBUBARAN 11.1 Semua ahli berhak mengundi dan diundi. 11.2Tempoh 3 tahun adalah diberikan kepada Pengerusi,Naib Pengerusi, Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari,Tugas-tugas khas dan barisan Biro untuk menerajui KGKT sebelum pembubaran dan lantikan baru dibuat melalui proses pengundian. 11.3 Sebelum pembubaran segala hutang piutang hendaklah diselesaikan oleh ahli Semasa.Perkara 12 ; MESYUARAT / TAKLIMAT 12.1 Mesyuarat agung tahunan akan diadakan satu tahun sekali. 12.2 Mesyuarat am boleh diadakan pada bila-bila masa yang perlu mengikut penasihat atau pengerusi. 12.3 Mesyuarat tergempar boleh diadakan sekiranya diminta oleh 2/3 daripada ahli atau AJK Teringgi di atas sebab yang berkepentingan untukKGKT dan perlu diadakan dengan kadar segera. 12.4 Mesyuarat hanya boleh diadakan jika terdapat 2/3 daripada ahli.Kalau tidak mesyuarat akan ditangguh dan mesti diadakan di dalam tempoh 14hari. 12.5 Notis atau surat akan dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat diadakan. 12.6 Taklimat akan diadakan mengikut keperluan dan kepentingan KGKT pada bila-bila masa.Notis adalah semasa atau sebelum hari taklimat. 12.7 Mesyuarat dan taklimat yang diadakan semasa pengajaran dan pemelajaran perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah.Perkara 13: PENAUNG / PENASIHAT 13.1 Penaung yang juga penasihat kelab ini adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau. 13.2 Penasihat lain kelab ini adalah Penolong Kanan Satu,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang.Perkara 14: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 14.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi KGKT terdiri daripada Pengerusi,Naib Pengerusi ,Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari, Tugas-tugas Khas, Biro Kebajikan,Biro Rekreasi dan Sukan,Biro Kerohanian,Biro Jamuan dan Keraian,Biro Keceriaan dan Buletin serta Biro Hadiah dan Cenderahati dan Juruaudit. 14.3 Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi baru akan dipilih dalam mesyuarat agung tidak melebihi tempoh tiga tahun semasa lantikan melalui pencalonan
  4. 4. dan undian. 14.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa sebelum tempoh tiga tahun Pengerusi berhak memilih calon pengganti yang difikirkan sesuai. 14.5 Naib Pengerusi secara automatik akan menggantikan tempat Pengerusi sekiranya berlaku kematian,berpindah ke sekolah lain,melepaskanjawatan atau di atas sebab-sebab lain yang munasabah. 14.6 Pengerusi mesti memaklumkan kepada penaung atau penasihat atau pihak sekolah sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan luar KGKT. 14.7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi berhak membuat segala keputusan demi kepentingan KGKT.Perkara 15 : SENARAI TUGAS PENAUNG/PENASIHAT DAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 15.1 Penaung / Penasihat a.Berhak memberi nasihat,teguran dan pemantauan. b.Berhak memberikan pendapat atau keputusan akhir untuk KGKT. 15.2 Pengerusi a.Berhak memanggil atau mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan,Mesyuarat Am,Mesyuarat Tergempar dan Taklimat. b.Menandatangani minit-minit mesyuarat setelah mendapatinya tepat demi mengesahkannya. c.Dikehendaki mengawasi semua ahli KGKT menunaikan kewajipan dan tugas mereka dengan betul,cekap dan bertanggungjawab. d.Mengawasi pengendalian KGKT ini supaya dijalankan dengan cekap. e.Bertindak sebagai jurucakap KGKT. f.Menjadi penyelaras dan penasihat ke atas semua kegiatan KGKT. g.Memimpin,merancang dan menentukan kegiatan dan aktiviti KGKT. h.Membuat keputusan secara kolektif dan konsensus untuk KGKT setelah dibincangkan bersama. 15.3 Naib Pengerusi a.Membantu semua tugas Pengerusi KGKT. b.Menjalankan dan mewakili Pengerusi KGKT semasa ketiadaannya. 15.4 Setiausaha a.Mencatatkan minit-minit mesyuarat dan aktiviti KGKT b.Menyampaikan minit-mint mesyuarat yang lalu untuk disahkan c.Menyimpan dengan betul dan mengemaskinikan semua dokumen,buku dan daftar KGKT (sistem fail). d.Menyediakan agenda mesyuarat dan laporan tahunan KGKT. e.Menjalankan kerja surat-menyurat. f.Menjadi penasihat ke atas semua kegiatan KGKT.
  5. 5. 15.5 Penolong Setiausaha a.Membantu setiausaha menjalankan tugas. b.Mengganti setiausaha semasa ketiadaannya. 15.6 Bendahari a.Menyediakan dan menyampaikan laporan kewangan sewaktu mesyuarat agung atau mesyuarat lain yang diperlukan. b.Mengutip yuran daripada ahli KGKT dan menyediakan resit yang di cop kepada ahli. c.Menyediakan akaun,membuat simpanan di bank,pengeluaran atau pembayaran mengikut nasihat Pengerusi setelah diaudit. d.Berhak menyimpan wang tunai (cair) kelab tidak melebihi RM 200.00. e.Menyimpan semua kutipan wang ke dalam bank setelah dimaklumkan kepada juruaudit dan laporan kepada Pengerusi tidak lewat daripada tiga hari. 15.7 Tugas-Tugas Khas a.Membantu Pengerusi serta ahli jawatankuasa tertinggi mencari bantuan / penaja untuk kegiatan luar KGKT. b.Membantu merancang pendapatan kewangan KGKT selain yuranKGKT. c.Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan KGKT di atas nasihat Pengerusi demi kepentingan KGKT. 15.8 Biro Kebajikan a.Menyelaras dan memastikan kebajikan ahli dengan memberi sumbangan kewangan atau hadiah atau keraian dan mengadakan lawatan atau ziarah dengan pembahagian bantuan seperti yang berikut:- Jenis Nilai Bantuan Penerima Kuantiti Bil Bantuan (Wang/Hadiah/ Yang Layak Terimaan Cenderahati) 1. Perkahwinan RM100.00 Ahli Satu Kali Perkahwinan 2. Harijadi RM50.00 Ahli Satu Kali Guru setahun 3. Melahirkan RM50.00 Ahli Satu Kali anak kelahiran 4. Sakit yang RM100.00 Ahli & Mengikut serius Suami/Isteri, keadaan Anak,Ibu dan Bapa 5. Kematian RM200.00 Ahli & Mengikut Suami/Isteri, keadaan Anak,Ibu dan Bapa 6. Pelajaran RM50.00 Ahli & Anak Satu Kali Cemerlang cemerlang
  6. 6. 7. Naik haji RM100.00 Ahli Satu Kali naik Haji 7. Bersara RM50.00 Ahli Satu Kali persaraan wajib 8. Berpindah RM50.00 Ahli Satu Kali perpindahan 9. Bantuan Luar Mengikut budi Ahli atau sekolah Mengikut Jangka / bicara atau masyarakat keadaan Derma yang memerlukan /Sumbangan/ Bantuan - SEBARANG PERUBAHAN ADALAH MENGIKUT KEADAAN-15.9 Biro Rekreasi / Sukan a.Menyelaras dan menganjurkan sukan dan permainan,sukaneka,hari keluarga,lawatan rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai kegiatan KGKT berbentuk rekreasi dan sukan.15.10 Biro Kerohanian a.Menyelaras aktiviti ceramah,kursus,seminar,bengkel sambutan perayaan agama islam,motivasi dan pelbagai kegiatan berbentuk kerohanian berkaitan untuk ahli KGKT.15.11 Biro Jamuan / Keraian a.Menyelaras makan dan minum sesuatu jamuan atau majlis,aktiviti atau keraian yang berkaitan kegiatan KGKT.15.12 Biro Keceriaan / Buletin a.Menyelaras bilik guru,papan kenyataan KGKT dan menyediakan buletin aktiviti KGKT atau sesuatu pengumuman apabila diperlukan.15.13 Biro Hadiah Dan Cenderahati a.Menyelaras hadiah,cenderahati atau cendera kenangan untuk sebarang kegiatan KGKT apabila diperlukan.15.14 Juruaudit a.Membuat pemeriksaan dan pengesahan kira-kira semua wang keluar, wang masuk ,wang simpanan serta baki wang KGKT. b.Pengesahan juruaudit adalah diakui oleh ahli KGKT dan muktamad.

×