Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)

on

  • 1,067 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,067
Views on SlideShare
1,067
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
20
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik) Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik) Document Transcript

  • PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 6 SESI 2013/2014 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS (BBR 36903) TAJUK ; TUGASAN KERJA INDIVIDU (PENULISAN AKADEMIK / ILMIAH) OLEH : ROSDI BIN RAMLI ( DB 100316 ) KUMPULAN: ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1 UNTUK EN GHAZALLY SPAHAT 1
  • ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. Isi Kandungan 1 2. Penghargaan 2 3. Soalan 3 4. Pendahuluan 4–6 5. Apakah itu Pemikiran Kreatif ? 7–8 6. Apakah itu Kemahiran Berfikir ? 9 – 10 7. Apakah itu Kemahiran Saintifik ? 10 – 13 8. Apakah itu Alat Berfikir ? 13 – 18 9. Apakah Hubung Kait Cabang ilmu Pedagogi 18 – 24 Dalam Kemaslahatan Komuniti 10. Rujukan 25 11. Lampiran 1 26 2
  • Bismillahirrahmanirrahim……. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menghasilkan tugasan untuk matapelajaran KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS ini dengan jayanya bagi Semester 6 2013. Walaupun menghadapi berbagai halangan dan rintangan. Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya dalam menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Sains) KPM-UTHM ini. Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah saya iaitu En Ghazally Spahat kerana telah banyak berusaha memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama dan juga perbincangan didalam LMS dengan sebaiknya. Hanya Tuhan yang akan membalas jasa-jasa kalian. Semoga dengan terhasilnya tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan kepada kita nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program ini dan seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam membentuk modal insan negara yang berkualiti. In Shaa Allah.. Sekian Terima Kasih 3
  • Soalan: Berdasarkan imej yang diambil oleh pelajar pelbagai fenomena dan watak dapat digambarkan. Pelajar kemudiannya menghasilkan penulisan bagi menjelaskan pemikiran dan perasaannya atau mengambarkan fenomena yang bakal berlaku. Penulisan perlu mengambil kira seberapa banyak input yang terkandung dalam kursus BBR 36903. Karya pelajar juga perlulah mematuhi amalan penulisan akademik yang beretika. 4
  • PENDAHULUAN. Bismillahirrahmanirrahim. Berfikir selalu dikaitkan dengan akal dan dalam Al-Quran perkataan yang merujuk kepada ‘aqal’ disebut 40 kali. Allah S.W.T menempelak manusia yang tidak mahu berfikir dan ini terbukti dalam ayat – ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan kuasa Allah. Untuk memahami konsep berfikir dengan jelas lagi, terlebih dahulu kita perlu mengetahui definisi berfikir atau pemikiran yang melibatkan kita berfikir secara kritis dan kreatif. Untuk berfikir kita menggunakan akal dan pemikiran ialah hasil daripada proses berfikir. Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan yang hebat, kerana kebanyakan tokoh pemikir mempunyai pendapat yang berbeza – beza. Umpamanya George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi – operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (1988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero (1984). “Thinking ia any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas sendiri oleh John Barell (1991). “…..I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous geeration of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process.” 5
  • Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza – beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kata kunci yang menjadi pegangan mereka ialah “mencari makna terhadap sesuatu dan menyelesaikan masalah”. Berdasarkan beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa: “Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.” Untuk matapelajaran “Kemahiran Tumpuan Dalam Sains” perkara yang difokuskan ialah mengenai pelbagai cabang ilmu pedagogi yang saling berkaitan diantara satu sama lain dalam membentuk sebuah pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Cabang ilmu pedagogi itu meliputi teori – teori Kemahiran Berfikir (Kreatif dan Kristis) , Kemahiran Saintifik dan Alat Berfikir yang terdiri dari 4MAT dan CoRT1. Kesemua cabang ilmu pedagogi ini jika diperhalusi dan diterapkan dalam perlaksanaan aktiviti P&P ianya akan dapat menghasilkan seni karya P&P yang bermutu tinggi yang seterusnya dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna secara langsung memudahkan penerimaan murid dalam sesi P&P nanti. Menurut penelitian saya yang terhad ini, setiap cabang ilmu Pedagogi ini mempunyai kekuatan tersendiri dimana ianya bergantung kepada situasi konsep isi pelajaran yang hendak diajar mengikut tahap intelekual murid yang disasarkan. Justeru itu, pemilihan jenis ilmu Pedagogi yang paling sesuai dengan diambil kira pelbagai faktor luaran dan dalaman murid adalah paling penting dalam penentu aras keberhasilan P&P yang dijalankan oleh guru didalam P&Pnya. Penerapan dan perlaksanaan ilmu Pedagogi yang terdiri dari “Kemahiran Berfikir, Kemahiran Saintifik dan penggunaan Alat Berfikir 4MAT dan CoRT1 adalah semuanya berkaitan dengan “Kesenian” dan ini yang saya ingin kaitkan secara tersirat dimana kesemua cabang ilmu Pedagogi ini adalah sejenis “Seni”. 6
  • Setiap perkara yang berseni sudah pasti akan menghasilkan produk yang unggul. Justeru itu, guru seharusnya perlu memanfaatkan “Ilmu Kesenian” yang diciptakan ini bagi membantu melahirkan produk – produk yang berkualiti. Pentafsiran “ilmu kesenian” yang wujud dalam kesemua cabang ilmu Pedagogi yang disebutkan tadi amat memerlukan kemahiran melihat atau memahami “isi tersurat dan tersirat”. Sebelum kita dapat melihat sesuatu perkara itu dengan tersurat dan tersirat.Kita perlu mengetahui “Apakah maksud tersurat dan tersirat?” Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, tersurat bermaksud telah ditulis, tertulis atau tercatat dimana tersurat secara umum dapat difahami oleh semua orang secara jelas, berbeza dengan tersirat yang bermaksud terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu) yang membawa makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera, ianya perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera khususnya. Maka amat wajarlah saya menyatakan bahawa ilmu Pedagogi adalah sebuah karya seni yang mempunyai teknik,kaedah, strategi dan pendekatan yang mempunyai nilai dan cara pemahaman tersurat dan tersirat yang unik dan tinggi sekali untuk difahami dan dilaksanakan. Hanya guru yang benar – benar berilmiah sahaja yang menyedarinya dan jika guru itu dapat melihat makna seni ilmu Pedagogi ini disudut tersurat dan tersirat pastinya guru akan mudah dapat menarik minat murid untuk menerokainya bersama – sama murid kerana telah diketahui setiap ilmu Pedagogi itu adalah “seni” yang sudah tentu dapat menyakin dan merapatkan murid dalam menghadapi cabaran kehidupan didunia yang fana ini amat memerlukan keupayaan penyelesaian masalah yang baik. Maka didalam perspektif dunia pendidikan, pastinya jika penguasaan memahami makna tersurat dan tersirat ini dapat digabungjalinkan bersamasama kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam P&P bersama murid pasti akan menghasilkan sebuah P&P yang cemerlang. Sebelum kita pergi lebih jauh dengan melihat contoh faedah dan kebaikan dari hasil penguasaan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan Alat Berfikir didalam kehidupan realiti sebenar masyarakat. Terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui definisi apa itu “Pemikiran Kreatif” kerana Pemikiran Kreatif merupakan perkara asas didalam “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”. 7
  • APA ITU PEMIKIRAN KREATIF? Pemikiran kreatif merupakan satu daripada domain kemahiran berfikir. Pemikiran kreatif menekankan penggunaan hemisfera otak kanan dan pemikiran krits pula menekankan hemisfera otak kiri. Potensi otak kanan dan otak kiri ini perlu digunakan dengan seimbang. Namun demikian otak kanan ini kurang diberikan perhatian dalam P&P di bilik darjah. Manusia dilahirkan kreatif. Cuma kita tidak sedar yang kita kreatif kerana kreativiti yang ada pada kita itu, kita biarkan hilang begitu sahaja dan tidak kita pupuk. Sebenarnya pemikiran kreatif dapat dipupuk dan dilatih serta diajar. Oleh itu, kemahiran – kemahiran yang menuju kearah pemikiran kreatif perlulah diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya potensi murid untuk berkreatif dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin “creare” yang membawa maksud “membuat” dan daripada perkataan Greek yang membawa maksud “memenuhi”. Pelbagai definisi diberikan kepada perkataan kreatif dan kreativiti. Bagi Edward de Bono, kreatif dan kreativiti membawa maksud menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya. “At the simplest level “creative” means bringing into being something that was not there before.” Rolloy May pula menyatakan: “Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world.” Kreativiti ialah pertembungan manusia secara sedar dengan dunianya. Jika kita menyatukan kedua – dua definisi di atas dapatlah kita menyatakan bahawa kreativiti merupakan satu keadaan yang menyebabkan manusia berinteraksi dengan dunia untuk menghasilkan atau mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelumnya. Mari kita melihat pula pendapat seorang pemikir yang terkemuka di Amerika Syarikat iaitu D.N. Perkins: “Creative thinking is thinking patterned in a way that tend to lead to creative results.” Perkins menyatakan bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir dengan cara yang tertentu untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas 8
  • bolehlah kita katakana bahawa pemikiran kreatif membawa maksud “Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.” Idea yang kreatif sebagaimana yang disebutkan di atas mengandungi ciri – ciri baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif. Menurut Harris (1998), kreativiti ialah gabungan daripada tiga domain iaitu keupayaan, sikap dan proses. Keupayaan iaitu keupayaan untuk berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baru. Kreativiti juga ialah keupayaan menjana idea-idea baru dengan menggabung, mengubah atau mengguna semula idea-idea yang sedia ada. Kreativiti juga adalah sikap iaitu keupayaan untuk menerima berubahan dan pembaharuan serta kesanggupan untuk bermain dengan idea-idea dan sebarang kemungkinan dan sanggup mengambil risiko. Kreativiti juga adalah satu proses di mana orang yang kreatif sentiasa bekerja keras dan secara berterusan untuk menambah baik ideaidea dan penyelesaian-penyelesaian yang telah dilakukan. Orang yang kreatif sentiasa yakin bahawa sentiasa ada jalan untuk menambah baik sesuatu perkara. Dengan adanya tiga domain tersebut, maka lahirlah kreativiti dalam manusia. Setelah mengetahui makna “Kreativiti” dan peranannya dalam melahirkan sesuatu perkara atau benda baru yang berfaedah dan juga boleh digunapakai dalam membuat keputusan. Seterusnya barulah boleh kita mendalami makna dan konsep cabang ilmu Pedagogi yang terdiri dari “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir”. Ini adalah kerana, setelah kita memahami maksud sebenar ke semua cabang ilmu Pedagogi tersebut dengan mendalam, maka mudahlah untuk kita memahami makna, tujuan dan sebab situasi atau perkara yang akan saya tunjukkan didalam penulisan ilmiah (akademik) saya ini mengapa ianya berlaku dan apakah manfaatnya. Sudah tentu setiap perkara yang memberi manfaat yang baik memerlukan daya pemikiran yang excellent yang akan saya cuba kait dan jelaskan dengan sebaiknya melalui “Kemahiran berfikir”, “Kemahiran saintifik” dan “Alat Berfikir” dalam penyelesaian masalah didalam kehidupan manusia seharian. 9
  • APAKAH ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ? Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli – ahli pemikir dan penulis – penulis dalam bidang berkenaan. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kritis membawa definisi iaitu kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah. Contoh – contoh Kemahiran Berfikir Secara Kristis adalah seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens. Manakala definisi untuk Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Antara contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif termasuklah menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif, mencabar), mencipta metafora, analogi dan definisi. Selain kemahiran – kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Kedua – dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam keduadua domain kemahiran berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada kemahiran-kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti kemaslahatan komuniti adalah pada akhirnya menuju kearah Membuat Keputusan atau Menyelesaikan Masalah. Walaupun kemahiran – kemahiran tersebut dibahagiakan kepada dua domain iaitu kemahiran berfikir secara kristis dan kreatif tetapi dalam menghadapi cabaran dan penerokaan ilmu untuk kemaslahatan ummah, kemahiran – kemahiran tersebut haruslah dilihat secara keseluruhan, iaitu tanpa dipisah-pisahkan mengikut domain yang telah ditentukan. Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, kesemua kemahiran tersebut perlu melalui sama ada proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu jika kemahiran- 10
  • kemahiran berfikir ini digunakan dan diamalkan, sudah tentulah masyarakat dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu idea, konsep, atau isu yang sedang dipelajari yang secara langsung dapat membantu masyarakat mencapai kehidupan yang lebih baik. APAKAH ITU KEMAHIRAN SAINTIFIK ? Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya. Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Untuk Kemahiran Proses Sains ianya terbahagi kepada beberapa cabang iaitu diantaranya ialah; i. Memerhatikan Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang 11
  • objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda. ii. Mengelaskan Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri. iii. Mengukur menggunakan nombor proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. iv. Membuat inferens Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperoleh.. v. Meramalkan Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan proses yang berterusan dan di lakukan sepanjang masa. 12
  • vi. Berkomunikasi Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa. viii. Mentafsirkan data Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. ix. Mendefinisikan secara operasi Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. x. Mengawal pembolehubah Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. xi. Membuat hipotesis Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. xii. Mengeksperimen Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. 13
  • Setelah dijelaskan tadi dengan mendalam mengenai Kemahiran Proses Sains. Kini dijelaskan pula mengenai Kemahiran Manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan beberapa perkara iaitu menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran ini merupakan perkara asas didalam tatacara kejuruteraan. Setiap prosedur yang tertib dan beretika akan sudah pastinya menjamin penghasilan mutu kerja yang berkualiti tinggi dan setiap kemahiran yang terdapat didalam Kemahiran Saintifik ini adalah penting untuk kemahiran membuat keputusan atau penyelesaian masalah jika kita melihat dari sudut “tersirat”. Oleh itu, disedari kemahiran ini amat penting dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam menghadapi cabaran atau penyelesaian masalah didalam kehidupan seharian manusia. Seiring pentingnya dengan Kemahiran Berfikir yang saya jelaskan sebelum ini. APA ITU ALAT BERFIKIR? Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini. Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik, 4MAT dan CoRT. Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga 14
  • soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Alat berfikir yang diperkenalkan dalam pengkhususan matapelajaran Kemahiran Tumpuan dalam Sains ialah 4MAT dan CoRT. Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatandapatan penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian. Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati (perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita suka mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suka mengamati sesuatu dengan cara abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat penaakulan. Kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu kontinum (continuum) dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit. Mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak. Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama penting dan sama nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran yang berkesan ialah dari konkrit kepada abstrak. Didalam sistem perlaksanaan pendidikan dikebanyakan sekolah tidak menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda dan sekolah-sekolah itu lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka berfikir dan membuat analisis tetapi ia mengecewakan pelajar-pelajar yang suka menggunakan deria mereka untuk belajar. Bagi aspek cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita membuatkan maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang berlainan. Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat/mencuba sesuatu secara aktif. Ada juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula tentangnya (reflektif). Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum dari penglibatan aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat atau mencuba sesuatu lebih 15
  • suka belajar secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih suka belajar secara reflektif. Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai ciri-ciri kebaikan dan keburukan. Ada sekolah-sekolah meminta pelajar-pelajar melihat, mendengar dan memikir sahaja. Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir tetapi ia mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba atau membuat sesuatu dengan diri sendiri. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan masalah dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah sangat baik dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis. Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihatnya secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan suka melibatkan diri dalam segala bentuk gerakan/tarian. Mereka adalah sangat baik dalam melukis, mereka bentuk, membuat kesimpulan, dan didalam hal perhubungan manusia. Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan sekolah dipercayai memberi aktiviti-aktiviti yang hanya diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar mengembangkan otak kiri dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah berfikir secara logik dan secara intuitif, boleh menganalisa dan mensintesis, bersistematik atau berstruktur dan boleh menyesuaikan diri, boleh mengkritik dan mencipta, boleh menulis, mengira dan melukis, berdisiplin dan sukaberinteraksi dan ciri-ciri lain. Pelajar-pelajar yang berlainan mempunyai kecerdasan yang berlainan. Ada pelajar-pelajar yang belajar dengan cepat dan ada yang belajar dengan lambat. Pelajar-pelajar yang berlainan suka belajar dengan gaya pembelajaran yang berlainan. Ada sebilangan pelajar yang suka 16
  • mencari mana sebab-sebab untuk belajar sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan pelajar yang suka menganalisa sesuatu maklumat dan pengalaman. Ada sebilangan pelajar yang lain yang suka membuat latihan ujikaji untuk mendapat bukti yang menyokong maklumat dan pengalaman itu dan ada juga sebilangan pelajar yang suka mencuba dan mereka bentuk pengggunaan sesuatu maklumat dan pengalaman dan suka berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Terdapat juga segolongan pelajar yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan segolongan pelajar lain yang suka belajar dengan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kanan. Seseorang guru perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam kecerdasan. Dia perlu menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran mereka. Dia perlu juga menghormati dan menghargai pelajar-pelajar yang berbeza dalam pengaruh otak kiri atau otak kanan.Oleh itu, maka lahirlah Sistem 4MAT yang merupakan satu model mengajar yang member perhatian kepada pelajar-pelajar yang berbeza. Sistem 4MAT menentukan guru mengajar dengan berdasarkaan keempat-empat gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan otak kiri dan otak kanan seseorang pelajar. Dengan sistem 4MAT Dr. Bernice McCarthy percaya pelajarpelajar yang berbeza itu akan mendapat pendidikan yang sempurna. Selain 4MAT, CoRT juga merupakan Alat Berfikir yang turut mengunakan otak kiri dan kanan dengan seimbang, Alat Berfikir CoRT telah diperkenalkan dalam matapelajaran Kemahiran Tumpuan Dalam Sains dimana ianya penting juga dalam membuat keputusan atau penyelesaian masalah dimana pengaplikasian CoRT boleh diterapkan dalam P&P disekolah. Alat CoRT ialah instrument dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research Trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah – sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru- guru supaya dapat diaplikasikan dalam P&P. Secara tidak langsung dapat membimbing murid dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah seperti kemahiran berfikir dan saintifik yang telah dibincangkan sebelum 17
  • ini. Program Pemikiran CoRT merupakan pendekatan yang paling komprehensif untuk mengajar bagaimana untuk berfikir. Ia merangkumi pemikiran generatif dan kreatif , operasi dan pemikiran yang membina. Ia digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di segenap lapisan umur dan tahap keupayaan. Model ini juga sesuai untuk pelbagai jenis iklim kelas , dimana jika diamalkan dengan kaedah, strategi dan pendekatan yang baik maka ia akan dapat memberi kesan perubahan positif dalam persekitaran pembelajaran. Kemahiran pemikiran ini mendidik dan menyediakan murid yang bukan sahaja melalui alat untuk meningkatkan rekod akademik mereka, tetapi juga memberi mereka kemahiran hidup sebenar. Kejayaan dalam menggunakan alat CoRT tidak bergantung kepada pengetahuan terlebih dahulu , memori yang besar , atau membaca atau menulis. Pelajar yang berbeza-beza kebolehan akan mendapat manfaat daripada CoRT , termasuk pelajar-pelajar pendidikan khas , pelajar berbakat dan berbakat , pelajar ESL, dan belia yang berisiko . Program mengandungi 6 bahagian CoRT iaitu CoRT 1 (keluasan persepsi),CoRT 2 (organisasi proses berfikir), CoRT 3 (interaksi, argumen, pemikiran kritis), CoRT 4 (pemikiran kreatif), CoRT 5 (maklumat dan perasaan) dan CoRT 6 (tindakan). Sebenarnya, CoRT1 menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT1 didalamnya. Antaranya termasuklah PMI (Plus, Minus, Interesting / kebaikan, keburukan dan menarik), CAF (Consider All Factors / Mengambil kira semua faktor), C & S (Consequence Sequal / Kesan mengikut jangka masa), AGO (Aims, Goals & Objectives / Tujuan, matlamat dan objektif), FIP (First Important Priorities / Keutamaan mengikut kepentingan), APC (Alternatives, Possibilities and Choices / Alternatif, kemungkinan dan pilihan) dan OPV (Other People’s Views / Pandangan orang lain). Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT1 dan setiap alat mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya. Akhirnya setelah dikupas dengan mendalam mengenai kesemua cabang ilmu Pedagogi yang dipelajari berdasarkan input BBR36903 Kemahiran Tumpuan Dalam Sains yang merangkumi Kemahiran Saintifik (Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif), Kemahiran Berfikir dan Alat Berfikir.Dengan ini saya akan cuba menghubungkait dan menterjemahkan dalam konteks membuat keputusan atau penyelesaian masalah berdasarkan gambar situasi yang akan saya analisa nanti. Hal itu akan saya hurai dan perjelaskan dengan 18
  • terperinci didalam tajuk “Apakah hubungkait cabang ilmu Pedagogi dalam kemaslahatan komuniti”. APAKAH HUBUNG KAIT CABANG ILMU PEDAGOGI DALAM KEMASLAHATAN KOMUNITI Selepas 4 hari gotong – royong Lokasi : Sungai Bekoh, Kg Bekoh Tangkak, Ledang, Johor Tarikh : 25 Jun 2013 dan29 Jun2013 Masa : 2.30 petang Nama : Olympus Camedia Digital Camera C-180 Speed : 5.1 Megapixel ( 2592×1944 ) Accessory : Tiada Tajuk : “SEPAKAT MEMBAWA BERKAT” Kamera Terlebih dahulu ingin saya memperjelaskan sedikit latar belakang lokasi kajian penulisan ilmiah yang saya pilih ini. Lokasi kajian penulisan ilmiah ini terletak di Kg. Bekoh Tangkak, Johor dan kira – kira 13km dari bandar Tangkak. Kewujudan asal sungai ini adalah berfungsi sebagai sumber pengairan bagi kegiatan pertanian penanaman sawah padi pada awal 60an diKg. Bekoh. Sehinggalah pada akhir 80an kegiatan pertanian penanaman sawah padi mula beransur – ansur tiada. Maka, fungsi sungai hanyalah lebih kepada kemudahan saliran bagi mengelak kejadian banjir khususnya pada musim terkujuh. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan keadaan sungai pada waktu sebelum ini adalah kurang terurus, cetek dan kotor kerana sikap segelintir penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh 19
  • yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai itu sebagai tempat pembuangan sampah dan turut lebih memburukan lagi keadaan dengan ketiadaan insentif pihak bertanggungjawab seperti JKKK Kg. Bekoh yang hanya memadang remeh akan isu pemeliharaan dan pemuliharaan sungai tersebut. Disini kita boleh melihat tahap kemahiran berfikir sangat lemah dari aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif kerana terbukti dengan pengabaian penjagaan kebersihan sungai oleh penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh yang menjadikan sungai ini sebagai tempat pelupusan sampah yang mudah dan murah. Sikap sambil lewa ahli JKKK Kg. Bekoh yang tidak memadang serius dakwaan belia juga telah membuktikan tahap kemahiran berfikir yang sangat lemah. Mungkin antara faktor penyebabnya ialah tahap pendidikan yang agak rendah dikebanyakkan ahli JKKK Kg. Bekoh, menyebabkan mereka membuat persepsi mudah dengan membuat andaian sungai boleh diselenggarakan dengan mudah pada bila – bila di masa hadapan asalkan mendapat peruntukan dari Majlis Daerah Ledang. Andaian buruk ini membuktikan tahap kemahiran berfikir yang cetek dan buruk yang hanya akan memburukkan lagi keadaan ekosistem sungai malahan merugikan wang rakyat. Aspek latar belakang tahap akademik dikalangan penduduk berhampiran Kg. Bekoh yang rendah turut menjadi penyebab kurangnya kesedaran kepentingan memelihara alam semula jadi khususnya di sungai Bekoh. Sifat kejahilan mengatasi akal yang waras berlaku sehingga tergamak membuang sampah pepejal ke dalam sungai. Saya percaya sekiranya pada awalnya pihak penduduk berhampiran Kg. Baru Bekoh dan ahli JKKK Kg. Bekoh mempunyai keupayaan dan kecekapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif sudah pastinya segala isu masalah pencemaran di sungai bekoh ini dapat dielakkan dari awal. Mujur permasalahan ini disedari oleh golongan belia yang sememangnya mempunyai asas Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dibangku persekolahan lalu. Jika diketahui definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu alasan dan bukti yang munasabah adalah berlaku. Dari definisi ini ianya mencetuskan idea untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea yang berfokuskan untuk menangai permasalahan banjir dimusim tengkujuh. Juga ianya meneliti kebernasan untuk memanfaatkan sungai yang merupakan satu – satunya anugerah alam semula jadi yang jika dijaga dan dimanfaatkan akan pasti menghasilkan sesuatu yang indah dan baik kepada komuniti. 20
  • Seperti yang diketahui umum, golongan belia adalah golongan yang mudah menerima maklumat yang baru dipersekitarannya dan mungkin juga melalui pembelajaran dan pengamatan lalu golongan belia telah melihat dan mengetahui kesan dari pengabaian pencemaran yang berlaku diatas alam sekitar. Oleh sedemikian, golongan belia merasakan amat wajar sungai Bekoh dipelihara dan dipulihkan seberapa segera yang mungkin. Hal ini membuktikan golongan belia telah mempunyai keupayaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif yang lebih baik berbanding warga pertengahan usia. Jika kita memperhalusi diperingkat perlaksanaan sebelum, sedang dan selepas program “Karnival Memancing”. Didapati item – item di dalam komponen Kemahiran Berfikir Secara Kristis wujud. Ianya seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian – bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.Kesemua item ini saling berhubung dan berkaitan untuk merancang, mengatur, mengelola dan menilai program yang dilaksanakan nanti. Ini kerana hanya dengan pengaplikasian konsep dan item – item di dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis akan menjamin kejayaan program. Menurut penelitian saya, Kemahiran Berfikir Secara Kritis adalah saling berhubung kait dan simboisis dengan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif membawa definisi iaitu suatu kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ini sangat menepati ciri – ciri pemikiran yang wujud dikalangan belia Kg. Bekoh sehingga melahirkan idea menjadikan sungai itu sebagai kawasan rizab untuk aktiviti rekreasi memancing dimana menjadikan karnival memancing sebagai langkah permulaannya. Apabila kita melihat komponen – komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif seperti menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru,asli,luar biasa, provokatif, mencabar), mencipta metafora, analogi dan definisi ini semuanya menjurus kepada penciptaan idea yang baru khususnya didalam isu yang saya kaitkan ini. Dari pengaplikasian kedua – dua Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ini sudah tentu mencetuskan idea yang baru yang seterusnya dapat merealisasikan hasrat warga belia untuk memanfaatkan keindahan sungai yang merupakan anugerah Allah S.W.T yang harus dipelihara sebaiknya sebelum hilang. Oleh sedemikian, ianya telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung yang prihatin akan 21
  • keindahan alam semula jadi khususnya di sungai Bekoh. Dari semangat kecintaan dan bertanggungjawab itu maka tercetuslah idea dari warga belia yang menyokong usaha sedia bergading bahu untuk memulihkan ekosistem sungai itu agar dapat memanfaatkan kewujudan sungai dengan tindakan mengrizabkan sungai menjadi kawasan taman rekreasi untuk komuniti setempat yang telah diperjelaskan saya sebelum ini. Permuafakat belia ini telah digerakkan dibawah KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) cawangan Kg. Bekoh yang kebanyakkannya juga terdiri golongan belia. Dengan peruntukkan yang diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pihak KRT Kg. Bekoh telah bersepakat membuat keputusan didalam mesyuarat AJK dengan meluluskan usul ahli yang berkehendaki mengadakan karnival memancing di sungai tersebut pada 29 Jun 2013 dengan niat untuk memelihara dan memulihara sungai yang telah tercemar itu. Di sini saya telah mengenalpasti Alat CoRT1 PMI (Plus,Minus,Interesting) wujud yang mana segala aspek – aspek tersebut dikaji maka barulah keputusan dibuat sama ada hendak menerima atau tidak sesuatu idea yang dikemukakan. Selain PMI, Alat CoRT1 OPV (Other People’s View) juga didapati dalam proses perancangan program, dimana alat berfikir ini melatih supaya kita sentiasa mendapatkan pandangan orang lain apabila sesuatu keputusan itu hendak dibuat. Kadang kala apa yang kita fikirkan itu mungkin betul pada pandangan kita, kerana mungkin kita terpengaruh dengan amalan biasa kita. Dengan mengambil pandangan orang lain mungkin sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini dapat kita manfaatkan bagi membuat keputusan yang lebih wajar. Alat CoRT1 C&S (Consequence & Sequel) juga didapati didalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat AJK KRT ini. Belia yang mengusulkan idea telah melihat sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil dari dua aspek.Aspek yang pertama ialah kesan pembuangan sampah disungai Bekoh yang berterusan, jika tidak ditangani dari awal sudah pastinya akan menyebabkan pencemaran dan boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan berhampiran sungai. Aspek yang kedua, belia menyedari sebab dan akibat sesuatu tindakan ialah jika diambil tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas sungai sudah tentu kawasan itu boleh dimajukan sebagai tempat rekreasi untuk orang kampung beriadah yang secara langsung boleh mewujudkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti dan secara tidak langsung dapat mengurangkan stress (tekanan). 22
  • Setiap perlaksanaan program mesti mempunyai Tujuan, Matlamat dan Objektif yang baik. Untuk perlaksanaan program Karnival Memancing ini, saya mengenalpasti ianya mempunyai Alat CoRT1 AGO (Aims,Goals, Objectif). AGO ialah alat berfikir yang menuntut kita melakukan sesuatu tindakan atau usaha itu sama ada berdasarkan tujuan, matlamat atau objektif yang telah kita hasratkan. Tujuan, Matlamat dan Objektif lazimnya dianggap sama sahaja. Walau bagaimanapun untuk pemahaman kita terdapat sedikit perbezaan antara ketiga – tiga istilah tersebut. Tujuan dan matlamat biasanya menggunakan sasaran yang lebih menyeluruh dan luas, dan mengambil masa yang lama untuk mencapainya. Dari pengamatan situasi gambar karnival memancing yang saya analisis ini, dapat dilihat riak wajah riang dan saling berkomunikasi antara peserta Karnival memancing yang mengambarkan perhubungan silaturrahim yang baik yang sekiranya ianya dikekalkan akan menjamin keharmoniaan dalam komuniti Kg. Bekoh dan ini merupakan Tujuan dan Matlamat yang ingin dicapai dalam hidup berkomuniti ini. Bagi aspek objektif keadaan ini berbeza kerana objektif mempunyai sasaran yang lebih kecil dan khusus, menggunakan masa yang agak singkat dan mudah untuk diukur dan dapat dicapai dengan segera.Ianya boleh diperhatikan dari hasil perlaksanaan aktiviti Karnival Memancing dimana dari sebuah sungai yang kotor menjadi sebuah sungai yang indah sesuai untuk aktiviti memancing sambil beriadah. Perancangan yang telah berjaya dirancang akan dilaksana dan dipantau oleh AJK KRT. Langkah pertama yang dirancang ialah dengan bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar sungai dan dasar sungai dan ianya disusuli dengan membuat empangan bagi menahan aliran air sungai agar aras sungai menjadi tinggi sehingga sesuai untuk aktiviti memancing. Tindakan membuat empangan ini juga saya telah mengenalpasti mempunyai pengaplikasian Kemahiran Saintifik didalamnya. Kemahiran Saintifik yang pertama boleh dikenalpasti wujud didalam aktiviti gotong – royong ialah “memerhati” yang bermaksud menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena yang ditemui. Dengan melalui kemahiran memerhati ahli KRT yang melaksanakan tugas akan membuat keputusan atau penyelesaian masalah ketika sedang membersihkan persekitaran sungai dan dasar sungai. Dari kemahiran memerhati ianya bersaling hubung dengan kemahiran “meramal” yang bermaksud membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Dari hasil meramal, ahli KRT dapat menganggarkan ketinggian paras air yang diinginkan dari tindakan mengempang sungai mengunakan kayu. Selain kemahiran Saintifik memerhati dan meramal, kemahiran “mengukur 23
  • dan menggunakan nombor” juga diaplikasikan kedalam aktiviti gotong – royong ini. Kemahiran ini bermaksud iaitu membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.Ianya diaplikasikan semasa penyediaan kayu untuk membuat empangan sungai. Ahli KRT menggunakan kemahiran ini untuk membuat ukuran pada panjang kayu yang diingini mengikut kedalaman dasar sungai yang dikehendaki dan sesuai untuk aktiviti memancing. “Berkomunikasi” juga sudah tentu wujud semasa aktiviti gotong – royong ini kerana tanpa kemahiran komunikasi yang baik sudah tentu sebarang maklumat atau arahan akan gagal untuk disampaikan seperti apa yang dirancang. Kesimpulannya, setiap perkara yang pada mulanya adalah sukar dan mustahil pasti mudah dan boleh direalisasikan jika semua pihak dapat mengamalkan amalan pemikiran berfikir secara Kritis dan Kreatif, berfikiran kemahiran saintifik serta menggunakan Alat Berfikir dengan sepenuhnya dalam membuat sesuatu pertimbangan keputusan atau penyelesaian masalah. Sebagai contoh, sungai Bekoh yang pada suatu masanya dikenali sebagai tempat yang kotor tidak ubah seperti longkang kerana sikap manusia yang tidak berfikiran waras dengan sewenangwenangnya menjadikan sungai Bekoh sebagai tempat pelupusan sampah telah bertukar menjadi taman rekreasi memancing yang indah untuk kemudahan masyarakat kampung setempat beriadah dimana ianya hasil wujudnya golongan manusia yang berfikiran Krtitis, Kreatif dan Saintifik dan bersama – sama juga berjaya mengaplikasikan Alat Berfikir CoRT1 didalam membuat keputusan untuk mencari penyelesaian masalah (banjir) akibat dari pembuangan sampah sarap yang telah mencetekkan sungai. Implikasi positif ke atas komuniti di Kg. Bekoh amat besar juga kerana dengan wujudnya kawasan rizab Taman Rekreasi untuk aktiviti memancing ini telah membantu dalam pengukuhan ikatan ukhuwah dan silaturrahim antara komuniti yang berbilang kaum yang secara tidak langsung dalam jangka masa panjang akan memberi kesan yang baik ke atas semangat kekitaan, toleransi dan perpaduaan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Berfikiran Saintifik dan menggunakan Alat Berfikir CoRT1 ketika membuat pertimbangan yang akhirnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah hendaklah dipupuk di dalam diri masyarakat khususnya diperingkat kanak – kanak di sekolah rendah lagi. Pemupukkan budaya berfikir seperti yang saya jelaskan sebelum ini diperingkat kanak – kanak adalah amat wajar bagi memudahkannya untuk disebatikan didalam jiwa 24
  • seseorang manusia. Seperti terdapat dalam pribahasa melayu berbunyi “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru itu, diharap pelbagai pihak terutamanya ibu, bapa dan guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir kanak – kanak sehingga ke tahap pemikiran yang lebih tinggi khususnya guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan manakala ibu bapa melalui pendidikan bukan formal di rumah. Ini adalah perlu untuk memastikan generasi akan datang yang menjadi pewaris negara ini benar – benar siap sedia untuk menerajui, memimpin dan mentadbir negara berlandaskan kiblat yang suci seiring mencapai wawasan negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. In Shaa Allah…. 25
  • RUJUKAN SOM Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), Dinamika Guru: Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK) : Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press el cacol anuar ( Sunday, April 03, 2011). BevelAndEmboss. Dicapai pada November 06, 2013, dari http://pepohonhijauku.blogspot.com/2011/04/normal-0-false-false-false-en-us-xnone.html Zarina Ahmad ( 2013). WordPress . Dicapai pada November 07, 2013, dari http://zarinaahmad.blogspot.com/p/kemahiran-saintifik.html Ghazally Faridah (Oct 05, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari http://www.scribd.com/doc/173729573/Edward-de-Bono-Menggunakan-PendekatanCORT-Thinking-Program Ghazally Faridah (Oct 06, 2013). scribd . Dicapai pada November 08, 2013, dari http://www.scribd.com/doc/173923266/Panduan-Penggunaan-CoRT1 26
  • Lampiran 1 GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN ALAT BERFIKIR DIAPLIKASIKAN SEBELUM SELEPAS 27