• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)
 

Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013)

on

  • 4,521 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,521
Views on SlideShare
4,520
Embed Views
1

Actions

Likes
6
Downloads
224
Comments
2

1 Embed 1

http://translate.googleusercontent.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013) Cerita kebijaksanaan hud hud(mtq 2013) Document Transcript

    • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhTerima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana danseterusnya hadirin hadirat yang saya hormati. (pantun) Sinar mentari menyilau mata, Terlalu terik berusaha menahan; Kebijaksanaan Hud-Hud tajuk cerita, Buat pedoman hadirin sekalian.Tahukah hadirin sekalian burung hud-hud merupakan sejenis burung belatuk?Walaupun saiznya kecil, kebijaksanaannya amat mengagumkan. Sikapnya yang taatkepada pemimpin telah mengangkat burung Hud-hud menjadi kepercayaan nabiSulaiman. Oleh sebab itu, burung hud-hud dilantik sebagai perisik bagi kerajaanNabi Sulaiman.Hadirin hadirat sekelian,Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita hendaklah memupuk perasaan kasih sayangantara sesama makhluk. Kita digalakkan memupuk kasih sayang bukan sahaja sesamamanusia bahkan terhadap haiwan dan juga alam sekitar. Kita dilarang menganiayaihaiwan dan alam sekitar kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Hal ini sejajardengan usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Dato’ Seri Noh Omar yangberusaha untuk menubuhkan Majlis Kebajikan Binatang Malaysia yang turutmelibatkan beberapa NGO untuk melindungi kepentingan haiwan di negara ini. (syair) Nabi Sulaiman sudah murka, Kerana Hud-hud langsung tiada; Tanpa alasan kukuh hukuman tersedia, Akhirnya datang membawa berita.Kawan-kawan,Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa burungHud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda akan menjatuhkan hukuman sekiranya ketidakhadiranhud-hud tanpa alasan yang jelas. Walaupun Nabi Sulaiman berasa marah, namun bagindabersikap rasional dalam membuat keputusan. Baginda tetap akan memaafkan Hud-hud sekiranya burung kecil itu menjelaskan alasan yang munasabah.
    • Janganlah gopoh membuat keputusan, Supaya tidak timbul penyesalan, Itulah akhlak orang beriman, Mari bersama kita amalkan.Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara.Tindakan yang diambil secara emosional boleh memudaratkan kita. Sebagaimanayang dipaparkan di dalam harian metro baru-baru ini kes seorang isteri menikambelakang suaminya sendiri kerana menegur perbuatannya yang kerap keluar rumahtanpa izin. Oleh itu, jangan sesekali bersikap emosional atau terlalu mengikutperasaan. Kita hendaklah mencontohi sikap Nabi Sulaiman yang tidak membuatkeputusan secara terburu-buru dan memberi peluang kepada Hud-hud untukmengemukakan alasannya.Kawan-kawan,Tidak lama kemudian, Hud-hud pun datang. Dia sedar akan kelewatannya itu. Namun, diatidak takut kerana dia perlu menyampaikan amanah untuk dihadapkan kepada NabiSulaiman. Tanpa membuang masa, Hud-hud mengkhabarkan berita yang menjadipunca keterlewatannya.“Aku datang dari Negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya,”kata Hud-Hud (nasyid) Negeri itu bernama Saba Rajanya pula seorang perempuan Sangat berkuasa atas rakyatnya Sayang sekali dipengaruhi syaitan.Mendengar akan perkhabaran itu, seluruh perhimpunan merasa terkejut dan kagumdengan kebijaksanaan Hud-Hud yang mendapatkan maklumat tentang keadaanpolitik di Negeri Saba yang diperintah oleh Ratu Balqis. Sementara itu, NabiSulaiman pula bertindak untuk menyiasat dahulu kebenaran apa yang telahdikhabarkan oleh hud-hud tersebut.Kawan-kawan,Nabi Sulaiman pun memanggil Hud-Hud menghadapnya. Bagi mengesahkan laporantentang Negeri Saba, Nabi Sulaiman mengarahkan Hud-Hud mengutuskan surat
    • kepada Ratu Balqis. Lalu Nabi Sulaiman bertitah,“Jatuhkanlah surat ini kepada Ratu Balqis. Setelah itu, sembunyikan diri kamu danperhatikan reaksi mereka,”Tanpa berlengah lagi, Hud-hud terbang melewati mahligai Ratu Balqis dan melaluijendela istana, lalu menjatuhkan surat tersebut betul-betul dihadapan Ratu Balqis.Setelah itu, Hud-hud segera menyembunyikan diri sambil memerhatikan reaksi RatuBalqis. Hud-hud pun pulang untuk melaporkan kepada nabi Sulaiman tentang apa yangdidengarinyaKawan-kawan,Seterusnya, Ratu Balqis membuka dan membacanya surat tersebut. Menteri pembesar dan cerdik pandai, Hadir berkumpul untuk berdiskusi; Memilih perang ataupun damai, Semua angkara surat misteri.Kawan-kawan,Ratu Balqis memilih untuk menghantar delegasi yang terdiri daripada orang-orangkenamaan dari Negeri Saba’ beserta hadiah-hadiah istimewa untuk diberikankepada Nabi Sulaiman.Segera Hud-hud melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang tindakan yang bakaldiambil oleh Ratu Balqis. Mendengar perkhabaran itu, Nabi Sulaiman pun membuatsegala persiapan dan memanggil pengikut-pengikutnya untuk menyiapkan sebuahistana yang indah dan luar biasa. Dindingnya diperbuat dari kaca, lantainya terdiridari emas dan perak, pasirnya juga dari intan dan berlian.Akhirnya, delegasi yang ditunggu-tunggu tiba dan Nabi Sulaiman menyambutkedatangan mereka dengan meriah. Delegasi tersebut merasa terkejut dengankemewahan dan keindahan istana Nabi Sulaiman. Dengan perasaan malu, merekamenyampaikan utusan dan hadiah dari Ratu Balqis.Namun, Nabi Sulaiman hanya meminta maaf dan bertitah,“Kamu tidak perlu memberikanku hadiah ini kerana apa yang Allah kurniakan
    • kepadaku adalah lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu. Bukanaku memandang rendah kepada pemberian kamu tetapi kamu lah yang bermegahdengan kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu. Pulanglah ke negerimu, jika merekasemua tidak mahu beriman, maka kami akan membawa angkatan tentera yang besarjumlahnya dan mengeluarkan kalian semua dari negeri Saba’ dalam keadaan hina danmenjadi orang-orang tawanan.”Ya kawan-kawan,Kita patut meneladani sifat Ratu Balqis yang mengadakan perbincangan sesamamenteri dan ahli cerdik pandai sebelum membuat keputusan. Mencapai kata sepakatsangat penting sebelum bertindak. Hal ini sejajar dengan Perhimpunan UlamaSedunia bertujuan untuk menegaskan tentang kepentingan perpaduan dankesepakatan umat Islam. Selain itu, perhimpunan ini turut mengharamkanpertumpahan darah antara orang Islam yang berbeza mazhab dan aliran. Secaraumumnya, perhimpunan ini membuktikan betapa pentingnya sepakatan untukmencapai sesuatu keputusan yang bernas dan memuaskan hati semua pihak.Kawan-kawan,Delegasi tersebut pun pulang ke Negeri Saba, dan mengkhabarkan berita itu kepadaRatu Balqis. Ratu Balqis yang lebih pentingkan kedamaian memilih untuk mengikutajaran Nabi Sulaiman dan menghadap baginda di istananya.Bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan kepadapengikutnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari Negeri Saba’ ke istananya."Wahai pengikut-pengikutku, siapakah antara kamu yang dapat membawa istananyadi negeri Saba’ kepadaku sebelum mereka mengadapku?Lantas jin Ifrit menyahut: "Aku boleh membawakan istana Ratu Balqis sebelum engkau bangun dari tempatdudukmu,”Kemudian seorang hamba Allah yang beriman menjawab:“Aku boleh membawakan istana itu dengan sekelip mata,”Belum sempat Nabi Sulaiman mengerdipkan matanya, baginda terlihat singgahsanaitu terletak di sisinya, maka Nabi Sulaiman bertitah:“Sesungguhnya, hal ini merupakan sebahagian kurniaan Allah untuk menguji sama adaaku bersyukur atau tidak atas segala nikmat yang dianugerahkannya. Dansebenarnya, sesiapa yang bersyukur, Allah gandakan lagi nikmatnya keranasesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha pemurah,”Sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi:
    • Kawan-kawan, Setibanya Balqis di istana itu, Sungguh terkejut dan terkedu, Berasa bingung dan ragu-ragu, Istanamu sama seperti istanaku. Istana ini dibawa dari Saba, Nabi Sulaiman membuat pengakuan, Bukan air yang dipijak tetapi kaca, Akhirnya Balqis sujud beriman.Nabi Sulaiman bertanya kepada Balqis akan istananya itu. Lalu, Ratu Balqis punmengakui bahawa bentuk istana Nabi Sulaiman menyerupai istananya. Nabi Sulaimanmengakui bahawa baginda telah membawa istana Ratu Balqis kepadanya dengan izinAllah dan mempersilakan Ratu Balqis masuk ke dalam istana. Lantai istana tersebutdiperbuat dari kaca yang nipis, jernih, rata dan licin. Di bawah lantai tersebutdialirkan air sehingga lantai istana berkenaan kelihatan dilimpahi air. Maka, RatuBalqis segera berjalan masuk ke dalam istana yang indah tersebut. Melihat lantainyayang dipenuhi dengan air, dia lantas menyingkap kainnya agar tidak basah terkenaair sehingga memperlihatkan kedua-dua belah betisnya.“Janganlah kamu menyingkap kainmu itu. Lantai itu diperbuat dari kaca yang sangatnipis dan licin dan bukan dilimpahi air. Oleh sebab di bawah lantai tersebut dialirkanair, maka lantai itu tampak berkilau-kilau seolah-olah adanya air,” Nabi Sulaimanmenjelaskan perkara berkenaan. Takperlu kau singkapi labuhan kainmu Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman Bukannya air yang kau pijak tapi kaca Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya (nasyid UNIC)Mendengar kata-kata Nabi Sulaiman, Puteri Balqis merasa amat kerdil sekali daninsaf dengan kekhilafan dirinya. Selama ini dia memikirkan kekayaan yang dimilikinyamerupakan kebahagiaan dan kekuasaan yang paling besar di dunia. Dia tidak sedar
    • akan keagungan dan kebesaran kuasa Allah."Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri dengan menyembahmatahari. Aku telah tersesat dan melalaikan nikmat yang diberikan oleh-Mu.Ampunilah diriku ini. Kini aku tunduk kepada-Mu dan berserah diri kepada Sulaiman,nabi-Mu dengan penuh keyakinan.Ya kawan-kawan,Seharusnya kita mencontohi sifat Ratu Balqis yang merendah diri dan sanggupmengadap Nabi Sulaiman di istananya. Selain itu, sifat Nabi Sulaiman juga turutditeladani kerana sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kerajaan yang luas.Seharusnya, seorang pemimpin hendaklah mengamalkan sifat merendah diri danberjiwa rakyat. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Muhammad IVyang merupakan sultan berjiwa rakyat. Baginda telah mengimamkan solat hajat yangdisertai ribuan rakyat Kelantan. Baginda juga turut membuka Istana Air Mata, KotaBharu bagi menjalankan solat terawikh bersama rakyat jelata. Berfikir sebelum membuat tindakan, Amalkan diskusi dan perbincangan; Tabah dan sabar dalam kehidupan, Demikianlah kisah ambil pengajaran. Saya memohon mengundur diri, Salah dan silap harap dimaafi, Berakhir sudah sebuah cerita, Moga menjadi pedoman berharga.Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.