tasawwur

4,090 views

Published on

istilah tasawwur

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,090
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
83
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

tasawwur

  1. 1. KAMUS ISTILAH MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAM TING 4 & 5Kamus istilah ini disusun untuk kegunaan pelajar yang mengambilmatapelajaran Tasawwur Islam Tingkatan empat dan lima. Ianyadisusun sesuai dengan apa yang diguna pakai dalam buku teksTasawwur Islam tingkatan 4 dan 5 Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannya sekali. Disediakan oleh : Pelanggan dibolehkan Safaee b. Zakaria membayar secara ansuran SMK Jelawat, mengikut tempoh yang telah Bachok, dipersetujui secara bersama. Kelantan 1 Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila
  2. 2. Cetakan 2008 Bil Istilah Maksud 1. Adil Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia 2. Agama Budaya sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu. Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya. Agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui 3. Agama Langit perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian, Yahudi dan Nasrani. Ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan 4. Ajaran Sesat Islam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya yang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin. 5. Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antara Ajnabi keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan ) 6. Akal Keupayaan manusia berfikir. 7. Tingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwa Akhlak seseorang. Keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t yang 8. Akidah maha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran 9. Segala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakan Alam oleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal 10. manusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanan Alam Ghaib dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya seperti alam kubur, padang mashyar dan sebagainya 11. Alam kubur/alam Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat selepas barzakh mereka mati Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan 12. Alam boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal Musyahadah manusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan sebagainya.Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 2
  3. 3. Bil Istilah Maksud 13. Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepada ‘Alamiyyah semua manusia tanpa mengira tempat dan zaman. 14. Amar makruf Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran nahi mungkar 15. Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam Antihadis Islam. 16. Ar-Rahim Sifat Allah s.w.t yang Maha Penyayang 17. Ar-Rahman Sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah Allah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia, 18. iaitu Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan Asma’ wa sifat memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifat mustahil dan satu sifat yang harus baginya. Ilmu falak, iaitu ilmu tentang bintang-bintang yang melibatkan 19. Astronomi kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang menerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang. 20. Perbuatan itu dilakukan oleh pemberi bantuan tersebut dengan Aza mengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya, sehingga menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat pertolongan tersebut. 21. Azali Ilmu Allah s.w.t yang hakiki, qadim ,kekal dan mutlak. 22. Badan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurus Badan Eksekutif dan mentadbir negara 23. Badan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat, Badan Legislatif mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan 24. Bai ‘ bithaman bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannya ajil sekali. Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuran mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama. 25. Baitulmal Perbendaharaan negara Islam 26. Alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu Barzakh dibangkitkan semula pada hari akhirat nanti ( alam kubur) 27. Orang yang tinggal di sesuatu tempat buat sementara waktu Bermukim sahajaKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 3
  4. 4. Bil Istilah Maksud Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak 28. Bidaah pernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat baginda. Membelanjakan harta secara berlebih-lebihan daripada keperluan 29. Boros sebenar atau membelanjakan harta kepada perkara yang tidak perlu atau membelanjakan harta kearah maksiat. Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, 30. Budaya berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau kerohanian masyarakat Budaya yang bertentangan dengan Islam dan adat orang melayu 31. Budaya Bukan yang lemah lembut contohnya budaya bersekedudukan tanpa Islam nikah, budaya lepak, hippies dan sebagainya 32. Cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan ketakwaan kepada Budaya Islam Allah 33. Darurat Keadaan yang memaksa 34. Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang Dhabit didengarinya 35. Sejenis binatang yang hidup di daratan dan menyerupai binatang Dhob biawak pasir. Harta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepada 36. Diat waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan. 37. Din Agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna. 38. Drastik Keterlaluan, terlalu keras (berkenaan sesuatu tindakan) Sistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti 39. Ekosistem (haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa. 40. Nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang Etika atau sesuatu kumpulan semasa menjalankan tugas 41. Orang yang tidak dapat memenuhi walaupun separuh daripada Fakir keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t 42. Falsafah terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadap Jenayah nyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia. Kewajipan/perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang 43. Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksankan akan Fardhu Ain mendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa. Seperti menuntut ilmuKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 4
  5. 5. Bil Istilah Maksud Kewajipan / perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapat sebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telah 44. Fardhu Kifayah melaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepas daripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yang melaksanakannya maka semua orang akan berdosa. Seperti menguruskan jenazah Pembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang berlaku 45. melalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak kadi / mahkamah, Fasakh disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan terbabit. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang 46. telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi Fatwa menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus menderma darah Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islam 47. Fikah (ilmu tentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus, Fiqah) sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahui hukum itu disebut fakih. Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para 48. Fikah mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atau (perundangan) hadis) 49. Berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam samada melalui Fisabilillah harta, pemikiran, tenaga dan sebagainya dijalan Allah 50. Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Fitrah Seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya. 51. Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.t Fitrah beragama sebagai pencipta alam ini. 52. Sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama ada Hadis / sunnah berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda. 53. Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis Hadis Dhaif Hasan. 54. Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terus Hadis Sahih dengan Rasulullah. Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada 55. Hak Milik hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah, wang ringgit dan sebagainya. 56. Larangan Allah s.w.t yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkan Haram mendapat pahala dan jika dilakukan berdosa. 57. Hari kehancuran dan kemusnahan alam ini selepas malaikat Izrail Hari kiamat meniup sangkakala yang pertama.Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 5
  6. 6. Bil Istilah Maksud 58. Anugerah Allah s.w.t kepada manusia, boleh diperolehi dan dimiliki Harta oleh manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri. Perkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk 59. Harus melakukan atau meninggalkannya, tanpa dikenakan sebarang pembalasan. Iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang 60. diperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut Hasad dengki hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara yang salah. Kiraan amalan baik dan buruk manusia ketika mereka berada di 61. Hisab / dunia yang akan berlaku di Padang Masyhar, untuk menentukan timbangan amal ke arah mana mereka akan di tempatkan, sama ada ke syurga atau ke neraka. 62. Orang lelaki yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang Homoseks sejenis dengannya Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib 63. dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Kesalahan Hudud hudud adalah seperti mencuri, merompak, berzina, murtad, qazaf, dan meminum arak 64. Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati manusia mengenai I’tiqad sesuatu perkara. Pengabadian dan kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t melalui 65. Ibadat perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan syariat. Amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sama ada 66. Ibadat khusus fardhu atau sunat seperti solat, zakat dan sebagainya, bagi membuktiksn ketaatan manusia kepada Allah s.w.t Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t bagi 67. Ibadat umum menghubungkan manusia dalam sebuah masyarakat demi kebaikan bersama seperti tolong menolong. 68. Fahaman atau aliran pemikiran manusia seperti komunisme, Ideologi sekularisme dan sebagainya. Satu daripada istilah ilmu fikah, yang bermaksud satu pihak 69. Ijab memberi tawaran kepada pihak lain untuk menerima sesuatu transaksi / urusan. Satu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambil 70. Ijarah faedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan membayar bayaran yang tertentu ( Sewaan ). Persetujuan atau persepakatan antara ulama mujtahidin daripada 71. Ijmak umat Nabi Muhammad mengenai sesuatu hukum syarak pada masa-masa tertentuKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 6
  7. 7. Bil Istilah Maksud Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk 72. Ijtihad menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Suatu ilmu Bahasa Arab yang membicarakan tentang 73. penyusunan kata-kata yang indah dan tepat dan mempunyai Ilmu Balaghah pengertian yang mendalam, mudah difahami, menarik perhatian pendengar atau pembaca Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan 74. Ilmu Fardhu Ain diamalkan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Contohnya ilmu syariah, akidah dan ilmu akhlak. Ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang membawa 75. Ilmu Fardhu faedah kepada manusia dan alam ini seperti ilmu kedoktoran, Kifayah kejuruteraan, pertanian dan sebagainya. 76. Ilmu mantik Ilmu lojik tentang sesuatu benda 77. Imigran Orang asing yang menetap di sesebuah negara. ( pendatang ) 78. Bangsa atau negara yang menjalankan politik untuk menjajah Imperialis negara lain Keadaan harga barangan bertambah tinggi disebabkan 79. Inflasi bertambahnya daya membeli / permintaan terhadap sesuatu barangan yang terhad bilangannya oleh pengguna. Sifat sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, 80. Inovatif adat dan sebagainya yang baru. (Menghasilkan atau membawa pembaharuan ke arah yang lebih baik.) Manusia atau mahkluk Allah s.w.t yang paling istimewa kerana 81. Insan mereka boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima ilmu pengetahuan Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik 82. Irhas oleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayi. 83. Agama Allah yang mengatur cara hidup yang lengkap dan Islam sempurna. 84. Islam (Bahasa) Selamat, Sejahtera, Patuh dan menyerahdiri. Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnya 85. Islam (Istilah kepada Allah s.w.t dengan mengakui kebesaran dan Syarak) keagunganNya. 86. Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau Istidraj derhaka kepada Allah s.w.t untuk menyesatkannya lagi. 87. Jaminan Kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama, nyawa akal, Keselamatan harta, maruah dan negara.Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 7
  8. 8. Bil Istilah Maksud 88. Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan Jati diri pekerjaan Mencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh) 89. Jihad untuk memerangi musuh Allah, musuh negara serta mempertahankan agama dan kebenaran 90. Menerima tawaran atau persetujuan yang diberikan dalam sesuatu Kabul transaksi. 91. Kahwin Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad (Perkahwinan) nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal. 92. Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi Karamah darjatnya disisi Allah s.w.t 93. Sangat berkira untuk membelanjakan wang kepada perkara Kedekut kebaikan. 94. Kemaslahatan Sesuatu yang berguna atau berfaedah kepada manusia. Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara- 95. Kesaksamaan perkara yang menyebabkan perpecahan, perbalahan, kekacauan sosial dan sebagainya. 96. Pengganti. Iaitu pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama Khalifah dan mentadbir urusan dunia. ( pemerintah ) 97. Perceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayar Khulu ganti rugi kepada suami 98. Kepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah dengan Khurafat ajaran Islam Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat..Sebagai 99. Komunisme teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat. 100. Keseluruhan keadaan atau latar belakang sesuatu yang ada Konteks hubungan atau dapat dikaitkan dengan sesuatu. 101. Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan Kreatif mengembangkan sesuatu idea baru dan asli 102. Kufur Ingkar dan tidak percaya kepada tuhan 103. Lapisan ozon Lapisan atmosfera yang tinggi kandungan ozonnya bertindak sebagai perisai terhadap sinar ultra lembayung matahari yangKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 8
  9. 9. Bil Istilah Maksud memudaratkan kehidupan. 104. Perempuan yang mengadakan hubungan seks sesama Lesbian perempuan Liberalisme adalah satu fahaman / falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Secara 105. Liberalisme amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Fahaman ini mahukan kebebasan yang menyeluruh dalam kegiatan ekonomi, politik dan sosial. 106. Liwat Melakukan hubungan seks melalui dubur. 107. Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dan Mahmudah sebagainya. 108. Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika ditinggalkan Makruh mendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa. Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang 109. Maksum dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah 110. Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi Manipulasi keuntungan peribadi dengan cara yang salah. Memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan umum 111. Masalih al- dengan menolak segala yang merosakkan dan memudaratkan Mursalah mahkluk 112. Matan Teks hadis 113. Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang Materialisme menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa 114. Maunah diusahakan untuk dipelajarinya. Contohnya terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat. 115. Sifat-sifat keji yang di benci oleh Allah s.w.t seperti mencuri Mazmumah berbohong dan sebagainya 116. Memelihara Menjaga, melindungi dan membela sesuatu dengan baik. 117. Memelihara Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan alam 118. Memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang Memulihara baikKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 9
  10. 10. Bil Istilah Maksud Mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam 119. Memulihara semula tumbuh-tumbuhan yang telah di tebang atau di musnahkan alam supaya habitat alam akan kekal dan baik. 120. Menceroboh Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi harta syarak seperti mencuri. Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidak 121. Merosakkan memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain seperti harta membazir. 122. Orang yang tidak dapat memenuhi keseluruhan (seratus peratus ) Miskin daripada keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya 123. Mizan Timbangan amalan manusia semasa mereka berada di dunia Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, 124. perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran Monopoli tertentu oleh seseorang, sebuah fitma atau sekumpulan orang atau firma. 125. Mualaf Orang yang baru memeluk agama Islam Satu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacara 126. Muamalah perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan mereka yang berhubung dengan harta. Pelabur memberi modal kepada orang tertentu untuk diperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atau 127. Mudharabah sebahagiannya menurut perjanjian yang telah dipersetujui bersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanya akan ditanggung oleh pihak pelabur sahaja. 128. Muhasabah Perbuatan menilai diri sendiri Ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikah 129. Mujtahid berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut pendapatnya sendiri 130. Orang Islam yang telah akil baligh atau cukup umur dan Mukallaf diwajibkan mematuhi segala hukum Islam. Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada 131. Mukjizat para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka 132. Seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran Munafik Islam sedangkan hatinya tidak tidak mempercayai ajaran Islam.Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 10
  11. 11. Bil Istilah Maksud Akad jual beli bagi barangan tertentu. (Penjual menyatakan kos 133. yang dikeluarkan dan jumlah keuntungan yang dikehendaki. Murabahah Pembayaran dilakukan semasa penyerahan barang atau atau pada masa lain yang dipersetujui bersama). 134. Murtad Keluar daripada agama Islam Luwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah mengikut 135. Murunah kesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap atas prinsip asasnya. 136. Orang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat Musafir yang lain 137. Mushaf Naskah al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal 138. Musyarakah dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam keuntungan. ( Syarikat ) Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh ramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai sekarang. 139. Mutawatir Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan (Hadis) berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka itu berpakat untuk berdusta tentang hadis tersebut. 140. Mutlak Bersifat tetap dan tidak boleh dipertikaikan kebenarannya. 141. Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk Nabi dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain. 142. Nas Dalil daripada al-Quran atau al-Hadis Rasulullah s.a.w 143. Nasab Pertalian keluarga, terutamanya di sebelah bapa Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan 144. Negara Islam pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis serta Ijtihad yang benar 145. Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yang Neraka mengingkari perintah Allah semasa hidup didunia. 146. Perbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yang Pecah amanah telah diberikan Pekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk 147. Pekerjaan mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Pengaruh luar yang bertentangan dengan ajaran Islam yang 148. Pengaruh Asing disebarkan melalui media massa dan penjajahan pemikiran, seperti Rock, Punk, Black Metal dan sebagainyaKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 11
  12. 12. Bil Istilah Maksud Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang 149. Penyelesaian merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, Masalah sosial dan perundangan 150. Perawi Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu hadis 151. Perpaduan Sebuah masyarakat yang hidup sayang menyayangi dan hormat ummah menghormati antara satu sama lain. 152. Perundangan Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang Islam merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya. 153. Piagam Madinah Perlembagaan Madinah / Sahifah Madinah 154. Produktif Mempunyai daya pengeluaran yang aktif. 155. Putik Buah yang baru jadi atau buah yang masih muda dan kecil. Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak 156. Qadha mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata. 157. Menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum Qias yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab) Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak 158. Qisas melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia 159. Kalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabi Quran Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Ketuhanan iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturan 160. Rabbaniyyah yang terkandung dalam Islam ajaran adalah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan hadis. Pajak gadai atau menjadikan sesuatu barang yang berharga 161. sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan barangan tersebut akan Rahn menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutang dalam jangka waktu yang telah ditetapkan Memberi atau menerima sesuatu barangan yang berharga untuk 162. Rasuah mendapatkan sesuatu atau untuk melepaskan sesuatu tindakan dengan cara yang salah Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t dari kalangan para nabi yang 163. Rasul diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain. Para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam 164. Rasul Ulul Azmi menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya.Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 12
  13. 13. Bil Istilah Maksud 165. Relatif Tidak mutlak / bersifat nisbi Menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada 166. Riak orang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang 167. Riba atau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran 168. Riddah Keluar daripada agama Islam ( Murtad ) Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.t 169. yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan Rububiyyah tiada pentadbir lain, melainkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dan Esa. 170. Kelonggaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam Rukhsah untuk melakukan ibadat dalam keadaan-keadaan tertentu 171. Teguh dan tahan uji dalam menghadapi dugaan hidup dengan Sabar reda, ikhlas dan tawakal kepada Alalh s.w.t 172. Sabda Ucapan atau perkataan Rasulullah s.a.w. Perbuatan khianat yang dilakukan oleh sesuatu pihak atau orang 173. Sabotaj perseorangan untuk menggagalkan atau merosakkan kegiatan pihak lain. 174. Sanad Perawi yang menyampaikan hadis Memberi sesuatu yang berharga kepada orang miskin dan yang memerlukan dengan tujuan untuk mendapatkan pahala. Sedekah 175. Sedekah hendaklah diberikan dengan ikhlas, tidak kerana inginkan pujian atau memberi malu kepada orang yang menerimanya. Sekularisme ialah ideologi / fahaman bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan 176. dari urusan agama. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini Sekularisme adalah dipanggil golongan sekular. Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan seharian. 177. Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan Sihir bantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari. 178. Sistem sosial Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani Islam kehidupan masing-masing berlandaskan ajaran IslamKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 13
  14. 14. Bil Istilah Maksud Menghimpunkan dua waktu solat dan didirikan dalam satu waktu. 179. Solat Jamak Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Solat Jamak Takdim dan Solat Jamak Takhir 180. Solat Qasar Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat 181. Sosial Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan 182. ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber Sosialisme kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Catatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepada 183. Suhuf Nabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan Nabi Musa 10 suhuf. Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain 184. Sumah dengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain Perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan 185. Sunat diberikan pahala serta balasan syurga, jika ditinggalkan tidak berdosa. 186. Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada perbuatan, Sunnah / hadis perkataan, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah s.a.w 187. Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Syariat S.W.T kepada manusia 188. Menyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau Syirik perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah 189. Syumul Lengkap dan menyeluruh. Lengkap iaitu agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad 190. Syumulliyyah s.a.w lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Tempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orang 191. Syurga taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka di dunia 192. Tolong menolong dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan Taawun dalam kehidupan seharian Perkara-perkara yang boleh menyesatkan umat Islam daripada 193. Taghut agamanya seperti Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja yang menyesatkan 194. Takaful Gabungan anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin dan tolong-menolong bagi meringankan beban orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan (insuran secaraKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 14
  15. 15. Bil Istilah Maksud Islam) Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan 195. Takbur perkara kebaikan yang telah dilakukan dan segala nikmat kesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya 196. Tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang yang telah Taklif baligh dan berakal Bahasa : mencegah. 197. Istilah syarak : kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan Takzir oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk memutuskannya. 198. Pembubaran ikatan perkahwinan yang sah dengan lafaz talak Talak (cerai) atau yang seumpama dengannya Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan 199. Tamadun pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik) yang tinggi dan maju. 200. Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha Tawakal bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu 201. Thabat Tetap, teguh dan tidak berubah. 202. Thiqah Boleh dipercayai Tolak ansur dan saling memahami serta menghormati pendapat 203. Toleransi dan pandangan orang lain walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri. 204. Transaksi Persetujuan jual beli, urusan jual beli, urusniaga Kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan 205. Ujub sesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain 206. Mengakui hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan Uluhiyyah dipatuhi secara mutlak. Mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yang Ungkit 207. telah diberikan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang (mengungkit- tersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang telah ungkit) diberikannya. 208. Universal Sarwajagat atau meliputu seluruh alam 209. Utopia Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakanKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 15
  16. 16. Bil Istilah Maksud 210. Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada Wadiah orang lain untuk disimpan dan diurus. Bahasa: Nasihat dan bimbingan daripada Allah s.w.t 211. Istilah: Ilham atau perintah daripada Allah s.w.t yang disampaikan Wahyu kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripada Allah s.w.t 212. Perintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan, jika dilaksanakan Wajib mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa 213. Harta yang diserahkan oleh seseorang atau sesuatu pihak untuk Wakaf faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam Dari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan dengan 214. Waqi’yyah Islam bermaksud praktikal, mampu di amalkan oleh semua golongan manusia. 215. Mempunyai keupayaan yang membolehkan seseorang itu Wibawa menguasai orang lain Mengeluarkan sebahagian daripada harta tententu untuk diberikan216. Zakat kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu. FOKUS TASAWWUR ISLAM TING 4 DAN TING 5 TINGKATAN 4 BAB ISU-ISU PENTING 1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM TUHAN 1- Maksud Fitrah 2- Bukti beragama fitrah manusia 3- Jenis-jenis Tauhid 4- Tauhid Rububiyyah – prinsip 5- Tauhid Uluhiyyah – prinsip Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 16
  17. 17. BAB ISU-ISU PENTING 6- Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat 7- Agama budaya dan agama samawi 1- Maksud 2- Proses kejadian manusia INSAN 3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian 4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam 1- Maksud alam 2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan- cara mengetahui 3- Peringkat alam 4- Maksud : memelihara alam – memulihara ALAM alam 5- Sumbangan alam 6- Cara memelihara alam – memulihara alam 7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi 1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan rasul 2- Sifat – wajib – mustahil- harus RASUL 3- Peranan rasul 4- Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –MIN 5- Perkara luar biasa : MMMKIISKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 17
  18. 18. BAB ISU-ISU PENTING 1- Maksud wahyu 2- Ciri-ciri wahyu 3- Peringkat penurunan wahyu 4- Cara penurunan wahyu 5- Peranan wahyu 6- Cara wahyu membimbing akal WAHYU 7- Cara wahyu membina tamadun 8- Isi Kandungan al Quran 9- Keistimewaan al Quran 10- Maksud al Hadis 11- Jenis hadis 12- Peranan hadis 13- Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan 1- Maksud Pengaruh Lar/ Penjajahan pemikiran 2- Bentuk ancaman / pengaruh yang PENGARUH merosakkan LUAR YANG 3- Kesan pengaruh luar MEROSAKKAN 4- Cara mengatasi PEMIKIRAN 5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip- contoh MUSLIM -kesan –cara atasi 6- Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –cara atasi 2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM 1- Maksud Islam ISLAM 2- Ciri keunggulan Islam 1- Maksud 2- Prinsip RABBANIYYAH 3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah SYUMULIYYAH 1- Maksud 2- PrinsipKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 18
  19. 19. BAB ISU-ISU PENTING 3- Bukti dalam Kehidupan a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah b) Sosial c) Perundangan 1- Maksud 2- Prinsip – Hak asasi manusia 3- Bukti dalam Kehidupan ALAMIYYAH a) Perundangan b) Sosial c) Ibadat 1- Maksud WAQI’IYYAH 2- Prinsip – Wasatiyyah 3- Bukti dalam Kehidupan 1- Maksud 2- Prinsip MURUNAH 3- Kelebihan sifat Murunah 1- Maksud THABAT 2- Perkara yang Thabat 3- INSTITUSI NEGARA ISLAM 1- Maksud Negara Islam 2- Prinsip - MMAH 3- Ciri –ciri 4- Elemen Pembentukan Negara Islam 5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh – ahli SISTEM Majlis syura PEMERINTAHAN 6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan – t/jawab – kesan pemngabaian 7- Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesan pengabaian 8- Piagam madinah : Aspek – Kesan P SISTEM 1- MaksudKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 19
  20. 20. BAB ISU-ISU PENTING 2- Dasar/ prinsip 3- Ciri-ciri 4- Kepentingan Institusi Kehakiman 5- Sumber kehakiman : AHIQI KEHAKIMAN 6- Prosedur kehakiman i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika kehakiman – kesan ii) Peraturan keterangan : BSP 1- Maksud 2- Nilai luhur 3- Tawakal – maksud- kepentingan 4- Tanggungjawab – kesan SISTEM Allah SOSIAL Alam ManusiaKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 20
  21. 21. TINGKATAN 5 BAB ISU-ISU PENTING 1-EKONOMI ISLAM 1- Maksud harta 2- Jenis harta 3- Konsep Harta – MUNAH BZ ISLAM DAN 4- Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah HARTA 5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta 6- Syarat harta sebagai ibadat 7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan 8- Cara pengurusan harta 1- Maksud hak milik 2- Perturan pemilikan harta 3- Kepentingan pemilikan harta 4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara ISLAM DAN pengurusan harta HAK MILIK 5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES RR 6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara atasi 1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah 2- Matlamat bekerja 3- Syarat pekerjaan menjadi ibadat ISLAM DAN 4- Jenis pekerjaan : perbezaan PEKERJAAN 5- Etika pekerjaan 6- Budaya kerja 7- Cara meniingkatkan kualiti kerja FALSAFAH 1- Maksud muamalah MUAMALAH 2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT ISLAM 3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan 4- Syarat sah muamalah 5- Muamalah yang tidak sah 6- Perbezaan Muamalah Islam danKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 21
  22. 22. BAB ISU-ISU PENTING konvensional 7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun dalam muamalah 8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B- MR/R-I-T , Hikmah 9- Cara menggalakkan muamalah Islam 2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM 1- Maksud perundangan / syariat 2- Matlamat perundangan Islam : ANKH2 3- Cara mencapai matlamat perundangan Islam PERUNDANGAN 4- Ciri-ciri perundangan Islam ISLAM 5- Sumber perundangan Islam : AHIQI 6- Kepentingan perundangan Islam 7- Cara menghayati perundangan Islam 1- Fikah – maksud-matlamat – kebaikan 2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan – ISTILAH contoh PERUNDANGAN 3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan ISLAM 4- Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan 5- Hukum – WSHMH : Maksud – contoh – hikmah 1- Maksud ibadat 2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan 3- Perkaitan ibadat dengan perundangan 4- Tujuan ibadat 5- Ciri kesempurnaan ibadat FALSAFAH 6- Cara meningkatkan kuliti ibadat IBADAT 7- Perkara yang merosakkan ibadat : SSKRRAHNUT 8- Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan – contoh 9- Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan – contoh FALSAFAH 1- Maksud munakahatKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 22
  23. 23. BAB ISU-ISU PENTING 2- Hikmah perkahwinan 3- Hikmah pemiihan pasangan 4- Tanggungjawab : SIB – kesan pengabaian 5- Cara mencapai keharmonian rumahtangga MUNAKAHAT 6- Penyelesaian masalah perkahwinan : TKF- hikmah 7- Cara mengatasi perceraian 8- Hak penjagaan anak – hikmah 1- Maksud Jenayah – contoh perbuatan jenayah 2- Matlamat 3- Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI FALSAFAH 4- Hukuman Jenayah : HQTD – maksud – jenis JENAYAH kesalahan – bentuk hukuman – hikmah - perbezaan 5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional 3-PENYELESAIAN MASALAH ISLAM 1- Maksud penyelesaian masalah 2- Matlamat ASAS 3- Ciri- ciri PMDI PENYELESAIAN 4- Sumber PMDI : AHIQI MASALAH 5- Kelebihan / kebaikan 6- Sebab penyelesaian masalah secara Islam CARA 1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN 2- Perlakuan penyelesaian masalah : NKTTM 3- Maksud muhasabah 4- Tawakal – Maksud – hikmah 5- Amalah dalam memnyelesaiakan masalah 6- Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah 7- Dakwah : Maksud – ciri pendakwah – cara berdakwah yang berkesan – peranan dakwahKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 23
  24. 24. BAB ISU-ISU PENTING Isu- isu : a) Perpaduan Ummah Cara b) Kecemerlangan pendidikan mengatasi ISU DAN CARA c) Kekuatan Ekonomi Akidah Ibadah PENYELESAIAN d) Keadilan sosial Akhlak e) Jati Diri f) Jaminan Keselamatan Isu semasa 1- Maksud isu 2- Cara mewujudkan / mencapaiKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 24
  25. 25. SMK TAMAN TUANKU JAAFAR SEREMBAN *********************************** KAMUS ISTILAH MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAMKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 25
  26. 26. catatanKamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 26

×