SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Nkra
1.   Semasa pengumuman barisan Kabinet baru oleh YAB
     Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
     pada 9 April 2009, beliau telah menegaskan supaya setiap
     Menteri akan diukur prestasi pencapaian berdasarkan
     kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
     Sehubungan itu, pada        28 April 2009,        beliau telah
     mengumumkan KPI akan dijadikan piawai kepada
     pencapaian Menteri serta anggota pentadbiran dan
     penjawat awam. KPI merupakan amalan penting dalam
     pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran
     yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti Kementerian
     dan agensi-agensi secara objektif. KPI diwujudkan supaya
     membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara
     menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

2.   Pada 11 Julai 2009,   YAB Perdana Menteri telah pun
     mengumumkan enam bidang NKRA iaitu i) Mengurangkan
     Kadar Jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses
     Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan, iv)
     MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah,
     v) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman
     dan vi) Menambah Pengangkutan Awam dalam jangka
     masa sederhana.

3.   Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada
     pendidikan berkualiti dan berkemampuan, empat sub NKRA
     telah dikenalpasti iaitu i) Prasekolah, ii) LINUS, iii) Sekolah
     Berprestasi Tinggi dan iv) Tawaran Baru kepada
     Pengetua/Guru Besar.

4.   NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam
     Program    Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah
     dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28
     Januari 2010 yang lepas. Tujuan mengadakan GTP kepada
     rakyat adalah untuk memperkasakan sistem pencapaian
     kepada rakyat dan melaksanakan keputusan pantas dan
     berimpak bagi mencapai Wawasan 2020.
GTP dilaksanakan kerana didapati bahawa walaupun
Malaysia telah menunjukkan kemajuan bagi mencapai
Wawasan 2020 tetapi kadar pertumbuhan Negara adalah
dalam tahap membimbangkan dan kadar yang lambat
khususnya dalam perkara-perkara berikut :
  a) Ekonomi
  b) Sosial

Dalam bidang Pendidikan,          NKRA Pendidikan     telah
diperkenalkan kerana perkara –perkara berikut :

 ›   Selepas    lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah
     mencapai       banyak kemajuan        dalam bidang
     pendidikan. Kita telah mencapai kadar penyertaan
     pendidikan rendah yang universal dan peningkatan
     penyertaan      pendidikan        menengah        yang
     menggalakkan.
 ›   Pencapaian pendidikan di Malaysia        menunjukkan
     penurunan berbanding Singapura and Hong Kong
     semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
 ›   Perkara   yang     amat    membimbangkan        jurang
     pencapaian pelajar semakin lebar,, Contohnya . ~20%
     pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras
     yang minimum TIMSS untuk Sains dan Matematiks pada
     tahun 2007 berbanding dengan penanda aras minimum
     pada tahun ~5-7% pada tahun ’03.
 ›   Akses kepada pendidikan berkualiti lebih bergantung
     kepada pendapatan keluarga.
 ›   Penurunan dalam kualiti pendidikan secara keseluruhan
     memerlukan perhatian kerana perkara ini akan
     menyumbang kepada pembangunan modal insan
     Negara dan seterusnya pembangunan ekonomi Negara.
   Aspirasi    penddikan di Malaysia      untuk
    meningkatkan      keberhasilan pelajar dan
    menyediakan     akses   kepada   pendidikan
    berkualiti kepada semua pelajar di seluruh
    negara.

   Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial
    bagi membangunkan modal insan bagi
    menghasilkan tenaga kerja bagi Malaysia
    sebagai negara membangun pendapatan tinggi
    menjelang tahun 2020.

   Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi
    oleh   semua   bagi    menambahbaik        taraf
    kehidupan penduduk Malaysia

   Dalam konteks ini, initiatif  yang dirancang
    dalam makmal ini     adalah sebagai langkah
    pertama bagi mencapai aspirasi, negara di
    samping itu langkah-langkah seterusnya akan
    dikenalpasti bagi mencapai hasrat negara.
    Atas aspirasi ini maka, 4 sub NKRA Pendidikan telah
     dipilih kerana perkara-perkara berikut :

a)   Prasekolah
      Memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti
      kepada semua kanak-kanak kerana asas yang kukuh
      kepada pendidikan awal dapat memastikan peningkatan
      minat dan kesinambungan kepada pendidikan di
      peringkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian mendapati
      sekiranya seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran
      yang tinggi daripada peringkat awal pendidikan, maka
      peluang untuk berjaya akan semakin meningkat.

b)   Penguasan 3 M melalui Program Literasi dan Numerasi
      Sub NKRA LINUS yang diperkenalkan kerana didapati
      pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (
      54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu
      Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat serius
      kerana apabila melangkah ke Tahap 11, masih terdapat
      murid –murid yang tidak menguasai 3M – Membaca,
      Menulis dan Mengira. Dapatan menunjukkan murid-murid
      yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada
      peningkatan    kadar keciciran di sekolah, selain
      meningkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid
      yang tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan
      menyebabkan berlakunya kegagalan akademik secara
      kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila
      berada di peringkat lebih tinggi. Menyedari perkara ini,
      maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M
      untuk murid Tahun 1 sehingga Tahun 3. Program LINUS
      diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak
      menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang
      dijalankan   dalam     program     ini  adalah     untuk
      mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh
      seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah
      pembelajaran atau murid keperluan khas.
c)   Sekolah Berprestasi Tinggi
      Sub NKRA ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah-
      sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan
      watak diberikan pengikhtirafan yang sewajarnnya. Selain
      itu pengiktirafan ini yang diberikan kepada sekolah-sekolah
      yang telah sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin
      dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk
      melonjakkan kecemerlangan ke peringkat yang paling
      tinggi di peringkat dalam dan luar Negara.

d)   Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar
      Sub NKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada
      Pengetua     dan    Guru   Besar    untuk    meningkatkan
      kecemerlangan sekolah masing-masing. Dapatan kajian
      yang dijalankan oleh McRel mendapati bahawa pemimpin
      sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas
      pencapaian murid. Pemimpin sekolah yang berkesan
      boleh meningkat pencapaian pelajar sebanyak lebih 0.1%
      sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada pencapaian
      Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru
      Besar menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan
      prestasi murid-murid. Oleh itu, bagi Pengetua dan Guru
      Besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah,
      maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan
      sebagai menghargai usaha yang telah mereka
      laksanakan.
      Bagi sekolah-sekolah yang tidak menunjukkan prestasi
      yang cemerlang, maka Kerajaan akan memperkenalkan
      Program     Pembangunan       Prestasi  Sekolah      (School
      Improvement Program- SIP) sebagai kaedah untuk
      membantu sekolah-sekolah ini meningkatkan prestasi. SIP
      merupakan program pembangunan daripada peringkat
      bawah ke atas ( bottom-up) yang mana pihak KPM
      memberi bantuan mengikut keperluan sekolah dan tidak
      lagi mempratikkan penyelesaian “ one-size fits all”.
    Dalam NKRA Pendidikan, 4 sub NKRA telah dikenalpasti
     serta KPI yang ditetapkan dijelaskan seperti berikut :

     a)   Prasekolah




i.    Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur
      (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta
      meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan
      menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain
      sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
      kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran
      ini, Kerajaan telah menetapkan 7 strategi utama iaitu
ii.   Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah
      Kebangsaan
iii.  Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah
      Kebangsaan
iv. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah
      KPM, KEMAS dan JPNIN.
v.    Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
vi. Menambahkan bilangan prasekolah di kawasan miskin
      bandar, luar bandar dan pedalaman.
vii.   Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan – swasta.
viii. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
b)   Literasi dan Numerasi




     Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas
     literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun
     pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Bagi
     memastikan sasaran ini dicapai, Kementerian
     Pelajaran akan mewujudkan jawatan Fasilitator
     LINUS ( Fasilinus) di semua PPD bagi memantau
     dan menyelaras pelaksanaan LINUS serta
     membantu guru-guru LINUS dalam pengajaran
     dan pembelajaran.
c)   Sekolah Berprestasi Tinggi




     Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang
     mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.
     Sekolah–sekolah     ini   akan     melonjakkan
     kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
     Sasaran yang ditetapkan adalah wujud sebanyak
     100 buah SBT pada tahun 2012.
d)    Tawaran baru kepada Pengetua dan Guru
      Besar




     Memperkenalkan       penilaian      berasaskan
     pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru
     Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang
     menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta
     membantu PGB yang lemah       Sasaran Kerajaan
     adalah untuk memastikan seramai 2 peratus guru
     mendapat ganjaran pada tahun 2010 dan
     seterusnya meningkat kepada 4 peratus pada
     tahun 2012.
Semenjak dilancarkan NKRA Pendidikan, bermula pada
Januari 2010, beberapa kejayaan telah dicapai seperti
berikut :

a)   Prasekolah
     Daripada 1353 yang dirancang untuk beroperasi pada
     tahun 2010, sebanyak 987 buah telah pun beroperasi
     mengikut pecahan berikut :

     Agensi           Rancang          Capai

     KPM              315              315 (100%)

     JPNIN            50               50 (100%)

     KEMAS            500              209 (42% )

     Swasta           488              426 (86%)



     Masalah utama yang dihadapi oleh KEMAS adalah
     kerana pada masa ini, guru-guru untuk kelas prasekolah
     sedang mengikuti latihan.     Walau bagaimanapun,
     pihak KEMAS menjelaskan bahawa masalah tersebut
     akan diselesaikan pada bulan Jun 2010.

     Selain itu, sebanyak 4 kelas prasekolah (tambahan)
     akan dibina di rumah panjang Sarawak dan 4 lagi akan
     dibina di Sabah.
b)   Literasi dan Numerasi (LINUS)
     Saringan awal LINUS telah dijalankan di seluruh Negara
     pada 8 - 15 Mac 2010 yang lepas. Sehingga 9 April
     2010, didapati lebih kurang 89 peratus sekolah rendah
     yang telah mengisi maklumat pencapaian saringan
     awal LINUS. Daripada jumlah ini didapati bahawa 37
     peratus murid Tahun 1 melepasi tahap literasi yang
     ditetapkan dan 46 peratus Tahun 1 melepasi tahap
     numerasi.

c)   Sekolah Berprestasi Tinggi
     Sebanyak 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi telah
     diumumkan pada 29 Januari 2010. Daripada jumlah ini,
     14 buah adalah Sekolah Menengah dan 6 buah adalah
     Sekolah Rendah.

d)   Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar
     Hasil daripada sub NKRA ini, semua sekolah rendah
     dirankingkan kepada 7 band yang mana Band 1 terdiri
     sekolah – sekolah yang cemerlang dan mencapai
     sasaran manakala Band 5 hingga 7 ialah sekolah-
     sekolah yang lemah ataupun sekolah berprestasi
     rendah. Daripada 7616 buah sekolah rendah yang
     dirank didapati terdapat sebanyak 718 buah sekolah
     dalam band 5 hingga 7.

     Ekoran daripada bilangan sekolah yang tinggi dalam
     band 5 hingga 7, maka KPM telah membangunkan
     Program Pembangunan Prestasi Sekolah (Schools
     Improvement Program ) bagi membantu sekolah-
     sekolah meningkatkan prestasi masing-masing.

     Bagi sekolah menengah, ranking sekolah masih dalam
     dalam analisisi dan akan diumumkan pada bulan Jun.


Disediakan oleh:
Dr. Norliza Zakuan
Pegawai KPI Kepada YAB Menteri Pelajaran
dan diterbitkan untuk siaran oleh Unit Komunikasi Korporat, KPM.

More Related Content

What's hot

Laporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralLaporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralPensil Dan Pemadam
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahMohd Abdul Nasir
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUAmeer Chann
 
Ujian diagnostik
Ujian diagnostikUjian diagnostik
Ujian diagnostikNor Ibrahim
 
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Yayasan Negeri
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 

What's hot (20)

heutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogyheutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogy
 
Laporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-muralLaporan pelaksanaan-internship-mural
Laporan pelaksanaan-internship-mural
 
Konsep Program PROTIM
Konsep Program PROTIMKonsep Program PROTIM
Konsep Program PROTIM
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori Gagne
Teori GagneTeori Gagne
Teori Gagne
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Ujian diagnostik
Ujian diagnostikUjian diagnostik
Ujian diagnostik
 
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)Unit 13 (persediaan sebagai guru)
Unit 13 (persediaan sebagai guru)
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Guru mencabul emosi murid
Guru mencabul  emosi muridGuru mencabul  emosi murid
Guru mencabul emosi murid
 

Viewers also liked

Viewers also liked (10)

National Key Results Area
National Key Results AreaNational Key Results Area
National Key Results Area
 
NKRA PENDIDIKAN
NKRA PENDIDIKANNKRA PENDIDIKAN
NKRA PENDIDIKAN
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
Bidang keberhasilan utama negara (Pengajian Am STPM)
 
Anjakan 2 PPIM
Anjakan 2 PPIMAnjakan 2 PPIM
Anjakan 2 PPIM
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Bidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaraBidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negara
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 

Similar to Nkra

Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfFadzilMasri3
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikanmat Kelate
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikanmond niel
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Waris Skss
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Waris Skss
 

Similar to Nkra (20)

Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikan
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Nkra Pendidikan
Nkra PendidikanNkra Pendidikan
Nkra Pendidikan
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)
 

Nkra

  • 2. 1. Semasa pengumuman barisan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 9 April 2009, beliau telah menegaskan supaya setiap Menteri akan diukur prestasi pencapaian berdasarkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, pada 28 April 2009, beliau telah mengumumkan KPI akan dijadikan piawai kepada pencapaian Menteri serta anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti Kementerian dan agensi-agensi secara objektif. KPI diwujudkan supaya membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. 2. Pada 11 Julai 2009, YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan enam bidang NKRA iaitu i) Mengurangkan Kadar Jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan, iv) MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah, v) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman dan vi) Menambah Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana. 3. Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenalpasti iaitu i) Prasekolah, ii) LINUS, iii) Sekolah Berprestasi Tinggi dan iv) Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar. 4. NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Januari 2010 yang lepas. Tujuan mengadakan GTP kepada rakyat adalah untuk memperkasakan sistem pencapaian kepada rakyat dan melaksanakan keputusan pantas dan berimpak bagi mencapai Wawasan 2020.
  • 3. GTP dilaksanakan kerana didapati bahawa walaupun Malaysia telah menunjukkan kemajuan bagi mencapai Wawasan 2020 tetapi kadar pertumbuhan Negara adalah dalam tahap membimbangkan dan kadar yang lambat khususnya dalam perkara-perkara berikut : a) Ekonomi b) Sosial Dalam bidang Pendidikan, NKRA Pendidikan telah diperkenalkan kerana perkara –perkara berikut : › Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan. Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan. › Pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding Singapura and Hong Kong semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. › Perkara yang amat membimbangkan jurang pencapaian pelajar semakin lebar,, Contohnya . ~20% pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras yang minimum TIMSS untuk Sains dan Matematiks pada tahun 2007 berbanding dengan penanda aras minimum pada tahun ~5-7% pada tahun ’03. › Akses kepada pendidikan berkualiti lebih bergantung kepada pendapatan keluarga. › Penurunan dalam kualiti pendidikan secara keseluruhan memerlukan perhatian kerana perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya pembangunan ekonomi Negara.
  • 4. Aspirasi penddikan di Malaysia untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di seluruh negara.  Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja bagi Malaysia sebagai negara membangun pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik taraf kehidupan penduduk Malaysia  Dalam konteks ini, initiatif yang dirancang dalam makmal ini adalah sebagai langkah pertama bagi mencapai aspirasi, negara di samping itu langkah-langkah seterusnya akan dikenalpasti bagi mencapai hasrat negara.
  • 5. Atas aspirasi ini maka, 4 sub NKRA Pendidikan telah dipilih kerana perkara-perkara berikut : a) Prasekolah Memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada semua kanak-kanak kerana asas yang kukuh kepada pendidikan awal dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian mendapati sekiranya seseorang kanak-kanak mempunyai kemahiran yang tinggi daripada peringkat awal pendidikan, maka peluang untuk berjaya akan semakin meningkat. b) Penguasan 3 M melalui Program Literasi dan Numerasi Sub NKRA LINUS yang diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% ( 54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat serius kerana apabila melangkah ke Tahap 11, masih terdapat murid –murid yang tidak menguasai 3M – Membaca, Menulis dan Mengira. Dapatan menunjukkan murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada peningkatan kadar keciciran di sekolah, selain meningkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid yang tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik secara kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila berada di peringkat lebih tinggi. Menyedari perkara ini, maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun 1 sehingga Tahun 3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak sama ada mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.
  • 6. c) Sekolah Berprestasi Tinggi Sub NKRA ini diadakan adalah untuk memastikan sekolah- sekolah yang telah cemerlang serta mempunyai etos dan watak diberikan pengikhtirafan yang sewajarnnya. Selain itu pengiktirafan ini yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah sedia cemerlang dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain untuk melonjakkan kecemerlangan ke peringkat yang paling tinggi di peringkat dalam dan luar Negara. d) Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar Sub NKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing. Dapatan kajian yang dijalankan oleh McRel mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid. Pemimpin sekolah yang berkesan boleh meningkat pencapaian pelajar sebanyak lebih 0.1% sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada pencapaian Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan prestasi murid-murid. Oleh itu, bagi Pengetua dan Guru Besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah, maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan sebagai menghargai usaha yang telah mereka laksanakan. Bagi sekolah-sekolah yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang, maka Kerajaan akan memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (School Improvement Program- SIP) sebagai kaedah untuk membantu sekolah-sekolah ini meningkatkan prestasi. SIP merupakan program pembangunan daripada peringkat bawah ke atas ( bottom-up) yang mana pihak KPM memberi bantuan mengikut keperluan sekolah dan tidak lagi mempratikkan penyelesaian “ one-size fits all”.
  • 7. Dalam NKRA Pendidikan, 4 sub NKRA telah dikenalpasti serta KPI yang ditetapkan dijelaskan seperti berikut : a) Prasekolah i. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, Kerajaan telah menetapkan 7 strategi utama iaitu ii. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan iii. Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iv. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN. v. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru vi. Menambahkan bilangan prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman. vii. Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan – swasta. viii. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  • 8. b) Literasi dan Numerasi Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Bagi memastikan sasaran ini dicapai, Kementerian Pelajaran akan mewujudkan jawatan Fasilitator LINUS ( Fasilinus) di semua PPD bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan LINUS serta membantu guru-guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 9. c) Sekolah Berprestasi Tinggi Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah–sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. Sasaran yang ditetapkan adalah wujud sebanyak 100 buah SBT pada tahun 2012.
  • 10. d) Tawaran baru kepada Pengetua dan Guru Besar Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah Sasaran Kerajaan adalah untuk memastikan seramai 2 peratus guru mendapat ganjaran pada tahun 2010 dan seterusnya meningkat kepada 4 peratus pada tahun 2012.
  • 11. Semenjak dilancarkan NKRA Pendidikan, bermula pada Januari 2010, beberapa kejayaan telah dicapai seperti berikut : a) Prasekolah Daripada 1353 yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telah pun beroperasi mengikut pecahan berikut : Agensi Rancang Capai KPM 315 315 (100%) JPNIN 50 50 (100%) KEMAS 500 209 (42% ) Swasta 488 426 (86%) Masalah utama yang dihadapi oleh KEMAS adalah kerana pada masa ini, guru-guru untuk kelas prasekolah sedang mengikuti latihan. Walau bagaimanapun, pihak KEMAS menjelaskan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan pada bulan Jun 2010. Selain itu, sebanyak 4 kelas prasekolah (tambahan) akan dibina di rumah panjang Sarawak dan 4 lagi akan dibina di Sabah.
  • 12. b) Literasi dan Numerasi (LINUS) Saringan awal LINUS telah dijalankan di seluruh Negara pada 8 - 15 Mac 2010 yang lepas. Sehingga 9 April 2010, didapati lebih kurang 89 peratus sekolah rendah yang telah mengisi maklumat pencapaian saringan awal LINUS. Daripada jumlah ini didapati bahawa 37 peratus murid Tahun 1 melepasi tahap literasi yang ditetapkan dan 46 peratus Tahun 1 melepasi tahap numerasi. c) Sekolah Berprestasi Tinggi Sebanyak 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi telah diumumkan pada 29 Januari 2010. Daripada jumlah ini, 14 buah adalah Sekolah Menengah dan 6 buah adalah Sekolah Rendah. d) Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar Hasil daripada sub NKRA ini, semua sekolah rendah dirankingkan kepada 7 band yang mana Band 1 terdiri sekolah – sekolah yang cemerlang dan mencapai sasaran manakala Band 5 hingga 7 ialah sekolah- sekolah yang lemah ataupun sekolah berprestasi rendah. Daripada 7616 buah sekolah rendah yang dirank didapati terdapat sebanyak 718 buah sekolah dalam band 5 hingga 7. Ekoran daripada bilangan sekolah yang tinggi dalam band 5 hingga 7, maka KPM telah membangunkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (Schools Improvement Program ) bagi membantu sekolah- sekolah meningkatkan prestasi masing-masing. Bagi sekolah menengah, ranking sekolah masih dalam dalam analisisi dan akan diumumkan pada bulan Jun. Disediakan oleh: Dr. Norliza Zakuan Pegawai KPI Kepada YAB Menteri Pelajaran dan diterbitkan untuk siaran oleh Unit Komunikasi Korporat, KPM.