Belajar cara-belajar

1,345 views
1,246 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,345
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
79
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Belajar cara-belajar

  1. 1. BELAJAR CARA BELAJARPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaJulai 2001
  2. 2. KANDUNGAN•Pengenalan•Objektif Modul•Rasional Belajar Cara Belajar•Apakah Belajar Cara Belajar ?•Peranan Guru dan Murid•Kemahiran Belajar Cara Belajar•Kemahiran Maklumat•Strategi Metakognitif•Pengurusan Masa•Persediaan Peperiksaan•Contoh Rancangan Pelajaran
  3. 3. 1. OBJEKTIF MODUL Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p Membantu guru melatih guru lain BCB Menyediakan contoh rancangan p & p
  4. 4. 2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah. Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.
  5. 5. 3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru. Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.
  6. 6. 4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR  Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
  7. 7. Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:
  8. 8. Kemahiran Belajar –Kemahiran Mendengar –Kemahiran Membaca –Kemahiran Menulis –Kemahiran Mengambil Nota –Kemahiran Mengingat
  9. 9. a. Kemahiran MendengarApa yang didengar ..........pelbagai teksseperti:Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan
  10. 10. Mengapa perlu didengar....untuk mendapatkan:  Maklumat  Fakta  Data  Pengetahuan  Penjelasan  Penghayatan – muzik, puisi, bunyi
  11. 11. Siapa yang didengar …. Sesiapa sahaja yang memberi maklumat memberi penjelasan membuat pertanyaan memberi pendapat
  12. 12. b. Kemahiran Membaca Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data
  13. 13. Bacaan Intensif Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question –tajuk jadi soalan – jawab Read – baca perenggan untuk maklumat Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
  14. 14. Baca Laju Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota
  15. 15. Menulis CepatMenulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiranmenulis dengan kepantasan yang tinggi dantulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Olehitu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca
  16. 16. Mencatat Nota Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.
  17. 17. Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.
  18. 18. Bagaimana meningkatkankemahiran mendengar Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis• Memandang ke arah guru.
  19. 19. KEMAHIRAN MAKLUMAT
  20. 20. KEMAHIRAN MAKLUMATKeupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.
  21. 21. Definisi Maklumat Maklumat ialahpengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentangsesuatu perkara atau seseorang
  22. 22. Definisi Kemahiran Maklumat Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolahmaklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.
  23. 23. Kemahiran maklumat terdiri daripada: Kemahiran perpustakaan Kemahiran belajar Kemahiran penyelidikan Kemahiran komunikasi dan penyampaian
  24. 24. SUMBER MAKLUMAT Sumber berasaskan manusia Bahan audiovisual Contohnya filem, video, aset, cakera laser, Contohnya ibu bapa, guru, mirofilem, mikrofis, pita magnetik pakar bidang, tokoh dan sebagainya. SUMBER MAKLUMATSumber berasaskan komputer Bahan bercetak Contohnya dalam talian dan luar Contohnya buku, majalah, monograf,surat talian, cakera padat, dan internet. khabar, jurnal dan laporan.
  25. 25. JENIS SUMBER/BAHAN1. Jurnal 17. Buku Tahunan2. Laporan /Statistik 18. Monograf3. Kertas Kerja 19. Buku log/diari4. Paten 20. Kitab suci/Hadith5. Standard/Piawaian 21. Almanak6. Tesis/Disertasi 22. Indeks7. Katalog Perdagangan 23. Abstrak8. Ensiklopedia 24. Bibliografi9. Kamus 25. Ulasan/Resensi10. Tesaurus 26. Direktori11. Atlas/Peta 27. Biografi12. Gazetiar 28. Buku Panduan /Manual13. Brosur/risalah 29. Pangkalan Data14. Akhbar Dalam Talian15. Majalah/Buletin 30. Internet16. Buku teks/rujukan 31. CD-ROM
  26. 26. MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN• Memahami tugasan• Menggunakan pelbagai sumber rujukan• Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat• Membina soalan asas• Menentukan maklumat yang diperlukan• Mengenal pasti skop sumber• Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah
  27. 27. MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT • Gunakan teknik imbasan dan luncuran • Pilih bahan, baca, dengar dan tonton • Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder • Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. • Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah • Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.
  28. 28. Kemahiran Menemu RamahMaklumat boleh didapati dengan menemu ramahindividu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidangberkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibatsecara langsung dalam sesuatu peristiwa.
  29. 29. PERSEDIAAN MENEMU RAMAH Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.
  30. 30. SEMASA MENEMU RAMAH  Tepati janji temu  Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih).  Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.  Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti.  Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.  Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.  Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).
  31. 31. KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKANDalam era ledakan maklumat, terlalu banyakmaklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlumengetahui cara mengesan maklumat dengancekap tanpa perlu mengingat semuanya.
  32. 32. KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DANMERUJUK KEPADA BAHAN DI PSSmenggunakan dengankad katalog pembaca mikrofis dengan komputer OPAC
  33. 33. MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOGAda tiga jenis laci kad katalog : Laci kad pengarang Laci kad perkara Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.
  34. 34. Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakanSistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini,terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:000-099 Karya Am100-199 Falsafah200-299 Agama300-399 Sains Kemasyarakatan400-499 Bahasa500-599 Sains Tulen600-699 Teknologi700-799 Kesenian dan Hiburan800-899 Kesusasteraan900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi
  35. 35. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam BukuSetiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulitbelakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkanmaklumat yang tertentu .
  36. 36. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIATerdapat dua jilid ensiklopedia:Jilid maklumat umum atau jilid makroJilid maklumat terperinci jilid mikroPilih jilid yang mengandungi perkataanatau huruf yang pertama yang dicapdengan huruf besar yang berkaitandengan maklumat yang hendak dikesanseperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT,dan KEJADIAN.
  37. 37. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUSKamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumattentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satubahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan,sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasayang disusun mengikut urutan abjad.Terdapat dua jenis kamus:• kamus umum• kamus khas atau kamus istilah.
  38. 38. MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS1. Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik)2. Jenis kata3. Maklumat etimologi4. Label penggunaan5. Rujuk silang6. Varian7. Ejaan8. Sebutan9. Istilah10.Peribahasa11.Contoh ayat
  39. 39. MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS 1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad. 2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama. 3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.
  40. 40. 4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya. Fabulous fabulous – wonderful entri a fabulous dayfrasa It was a fabulous week. Everything went well Keterangan ayat makna
  41. 41. Senarai enjin pencarian: Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)
  42. 42. CONTOH ENJIN PENCARIAN
  43. 43. CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari.4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada
  44. 44. pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.Selamat Mencuba!
  45. 45. STRATEGI METAKOGNISIAn intellect is someone whose mind watches itself. - Albert CamusMetakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kitaketahui dan yang tidak kita ketahui. (Costa, A.L.:1981)
  46. 46. Pengertian MetakognisiMetakognisi ialah kesedaran tentang hal yangdiketahui dan apa yang tidak diketahui.Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaranmerupakan perkara penting dalam aspek metakognisi.Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawalfikirannya untuk merancang, memantau dan menilaiapa yang dipelajari .
  47. 47. STRATEGI METAKOGNISI Pelajar mengawal pembelajarannya dengan: I. Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari.
  48. 48. KEMAHIRAN MERANCANG • Meramal • Menyediakan diri • Membuat perancangan
  49. 49. KEMAHIRAN MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti: Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
  50. 50. KEMAHIRAN MENILAIMurid perlu membuat refleksi:Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapatdikuasai ?Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajaridengan strategi yang sesuai.
  51. 51. CARA MENGAJAR METAKOGNISIMetakognisi tidak perlu diajar sebagaisatu mata pelajaran.Metakognisi perlu disisipkan dalamkaedah mengajar, perkembanganstaf dan proses penyeliaan.
  52. 52. STRATEGI UNTUK MENINGKATKANMETAKOGNISIMERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .
  53. 53. KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUAPERINGKAT METAKOGNISIMenyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskanfikiran.Galakkan murid menimbulkan soalan kepada dirimereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca,mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
  54. 54. PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMABincang dengan murid tentang pemilihan mereka darisegi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.Ini akan membantu pelajar mengikuti prosesmetakognisi .
  55. 55. MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIAGuru harus memberikan peluang kepada muriduntuk membuat refleksi dan mengkategorikantindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteriapenilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.
  56. 56. MENGAMBIL KREDITGuru harus meminta pelajarmendapatkan maklum balas daripadarakan dengan mengajukan soalan seperti: Bagaimanakah Apakah tindakan tindakan itu yang harus diberikan membanggakn pengiktirafan? diri anda?
  57. 57. MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJARPelajar harus menanyakan beberapa soalan:“Apakah informasi yang diperlukan?”“Apakah alatan yang diperlukan?”“Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?”Soalan ini akan memberikan kesedaran danpengetahuan kepada pelajar tentang batasan yangdiketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru,keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
  58. 58. MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURIDGuru boleh membantu murid dalam metakognisidengan mengemukakan frasa-frasa tertentu ataumemparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkanmereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah …GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang …
  59. 59. MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATUTINDAKANGuru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah lakukognitif mereka dengan memberikan label bagitindakan itu dengan memuji dan memberi kanpengiktirafan seperti:“Bagus, kamu sedang membuat satu rangkatindakan yang baik bagi …”“ Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik.”“Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuankepada rakan dan itu adalah satu sifat yangbaik.”
  60. 60. MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti“tidak adil‟, „tidak baik‟, “sangat tegas.” Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” kepada murid.
  61. 61. MAIN PERANAN DAN SIMULASIDengan kaedah main peranan murid dapatmembayangkan diri mereka dalam sesuatu watak danmembuat modifikasi secara metakognitif tingkah lakudan sifat peranan tersebut.Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkanbagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasiberlainan.
  62. 62. MENULIS JURNALMurid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatupengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Inimembantu murid:- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan.- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
  63. 63. MEMBERIKAN TELADANContoh teladan oleh guru dan menjadiikutan oleh murid adalah proses sangatberkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklahmenunjukkan dengan jelas bagaimana gurumerancang, mengenal pasti dan menilaisesuatu tingkah lakunya supaya murid dapatmencontohinya.
  64. 64. PENGURUSAN MASAMurid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik.
  65. 65. Apakah jadual waktu danPerancangan ? Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi: 1. Sesi pembelajaran 2. Aktiviti-aktiviti lain. Perancangan Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.
  66. 66. Bagaimana menghasilkan jadualwaktu persendirian? Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktiviti- aktiviti lain.
  67. 67. Selain belajar, masa harusdiperuntukkan untuk :  Berehat.  Membuat kerja rumah.  Bersukan.  Membantu ibu bapa  Aktiviti yang diminati  Kelas tambahan
  68. 68. Apakah kelebihan mempunyaijadual waktu? Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.
  69. 69. GAYA PEMBELAJARANMengapa perlu mengenal pasti gayapembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.
  70. 70. Apakah Gaya Pembelajaran?1. Gaya pembelajaran VAK2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
  71. 71. 1. Gaya pembelaran VAKVISUAL AUDITORIKINESTETIK
  72. 72. 2. Gaya Dunn & DunnBerasaskan beberapa aspek : Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi
  73. 73. Alam Sekitar  Bunyi  Cahaya  Suhu  Pola
  74. 74. Emosi Motivasi Ketabahan Tanggung jawab Struktur
  75. 75. Sosiologi  Sendiri  Pasangan  Rakan Sebaya  Pasukan  Guru  Pelbagai cara
  76. 76. Fizikal  Persepsi  Makan  Waktu  Gerakan
  77. 77. Psikologi Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif
  78. 78. PERSEDIAAN MENGHADAPIPEPERIKSAANPeperiksaanmemberikanpelbagai pengalamanRISAUSUKADUKAKECEWAdan sebagainya….
  79. 79. SEBELUM PEPERIKSAAN Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir
  80. 80. SEMASA PEPERIKSAAN  Baca arahan dengan teliti  Anggarkan masa  Teruskan kepada soalan yang lebih mudah  Jangan panik  releks
  81. 81. GURU PERLU: Bantu murid tekun belajar. Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah. Bantu murid memberi perhatian. Ajar murid teknik belajar yang betul
  82. 82. Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa MelayuTingkatan : EmpatMasa : 80 minitTajuk : Berita / Laporan SukanBidang : Maklumat dan InterpersonalHasil pembelajaran: 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud
  83. 83. Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii) Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan. 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras.Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsiidea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapanyang sesuai dalamperbualan secara bertatasusila.Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kata
  84. 84. Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca danmenulisSistem bahasa: Kosa kataIlmu: SukanPeraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansurdan patriotismeKemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar(merujuk kamus, membuat nota ringkas danmetakognisi) - Kajian Masa Depan
  85. 85. Langkah pengajaran dan pembelajaran:1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)
  86. 86. 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar.4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi)5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)
  87. 87. 7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk.8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan.9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog

×