Corak dan rekaan assigment
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Corak dan rekaan assigment

on

  • 870 views

assigment for oum

assigment for oum

Statistics

Views

Total Views
870
Views on SlideShare
870
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
32
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Corak dan rekaan assigment Corak dan rekaan assigment Document Transcript

  • PENGENALAN June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Daripada takrifan ini dapatlah kita gariskan bahawa kemampuan kanak-kanak mengolah idea akan memperkembangkan tahap kreativitinya. Carl Rogers percaya bahawa percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains. Kreativiti seorang murid dapat diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancarannya bergerakbalas, fleksibel dimana dia mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi, keaslian atau penciptaan idea baru dan kepekaan. Kreativiti dapat menjadikan kanak-kanak berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Kanak-kanak yang mempunyai kreativiti juga sensitif dan peka yakni mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Di samping itu, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada manamana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Kanak-kanak ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada kanak-kanak lain. Selain itu, kanak-kanak yang berfikiran kreatif mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. kanakkanak ini juga peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. Kanakkanak kreatif juga mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yangdirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. 1
  • Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid dalam mengembangkan kreativiti mereka.Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran dapat dicapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran supaya guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala murid pula merasa seronok belajar pendidikan seni. Selain daripada itu, guru-guru pendidikan seni visual juga perlu berkemahiran tinggi kerana kemahiran inilah yang akan menjadi asas pengetahuan kepada kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan dalam bilik darjah ialah pembelajaran masteri, kajian masa depan, konstruktivisme, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagai, pembelaran akses kendiri, kemahiran berfikir, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pembelajaran konseptual dan pembelajaran Kontekstual. Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sediaada murid-murid dalam kelas mereka kerana dengan pemilihan strategi yang sesuai,pengajarandan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Dengan strategi yang sesuai, murid-murid juga dapat memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi kebaikan kepada guru dan murid terutamanya dalam aspek kreativiti. Keperluan kanak-kanak dari segi psikologi perlu dipenuhi dan ini hanya dapat dilakukan jika guru memahami kehendak tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak yang kreatif memerlukan banyak pendedahan, eksperimentasi dan penerokaan. Dengan memberikan mereka peluang untuk meneroka dan membuat eksperimentasi, psikologi kanak-kanak dapat tingkatkan dan berkembang. Keberkesanan pengajaran guru dapat dilihat melalui hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak. 2
  • Hasil karya kanak-kanak yang berkembang akan menunjukkan ciri-ciri seni yang lebih baik. Hasil karya kanak-kanak ini sudah tentunya diperngaruhi oleh pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru. Oleh itu, kejayaan kanak-kanak menghasilkan sebuah karya yang memuaskan menjadi pengukur kepada keberkesanan guru mengajar pendidikan seni visual. CORAK DAN REKAAN Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Corak boleh dibahagi kepada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang menampakkan motif tersusun dan teratur dalam susunan tertentu. Teknik catan, capan, lukisan, resis, kolaj, kaligrafi, lipatan dan guntingan, dan cetakan adalah teknik yang digunakan dalam membentuk corak terancang. Manakala corak tidak terancang dihasilkan menggunakan teknik pualaman, ikatan dan celupan, tiupan, percikan dan titisan. Susunan motif pulak terdiri daripada pelbagai jenis iaitu susunan penuh, turun separa, berulang, orgee, batu-bata, berpusat, sendeng, berombak, bertindih, jidar, bertimbul, berjalur dan cerminan. Sullivan(2005) membahaskan bahawa kerja imaginatif dan intelektual yang dilakukan dalam aktiviti adalah satu bentuk penyelidikan. Ciri penghasilan seni sebagai satu aktiviti mereka (designing) melibatkan inkuiri, pencarian, penerokaan, penggubalan, pembuatan dan penemuan. Oleh itu, tujuan mempelajari bidang corak dan rekaan ini mengandung tiga domain iaitu perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya. Dari sudut perlakuan seni, bidang corak dan rekaan membolehkan murid meneroka pelbagai aspek yang dapat dilihat, dengar, sentuh, gerak dan fikir. Ini termasuklah mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Murid akan belajar untuk memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk dijadikaan rekaan seni. Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai akan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan. Oleh itu, semua proses yang dialami oleh murid membolehkan murid mempelajari tingkah laku baru dan melatih tingkah laku 3
  • ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan. Paras yang dimaksudkan adalah murid mampu mengendalikan corak-orak secara teratur dan bermakna dan menghasilkan rekaan yang baik. Persepsi seni yang ingin dibentuk dalam diri murid-murid adalah bagaimana untuk menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan pemikiran serta emosi dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka lihat. Ini juga termasuk kemampuan murid untuk memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni. Contohnya, memahami konsep penyusunan motif dan kewujudan jalinan dalam mencorak. Selain itu, murid juga harus memahami unsur penting dalam prinsip rekaan iaitu imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontras dalam penghasilan corak. Secara tidak langsung, daya kreativiti dan semangat inkuiri seseorang murid akan meningkat dan mampu membuat penyelesaian masalah yang dihadapi dalam bidang ini. Pendidikan seni adalah saluran yang penting dalam memberi pengetahuan budaya kepada murid-murid. Tema-tema dalam pengajaran corak dan rekaan merangkumi corak-corak tradisional untuk budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Contoh aktiviti corak dan rekaan yang bertemakan budaya adalah mengolah rekaan seni daripada corak-corak kraf tradisional seperti wau, tanglung, gasing dan sebagainya. Dalam aktiviti mencorak kanak-kanak berpeluang mempelajari tentang perbezaan budaya di Malaysia. Oleh itu, bukan sahaja sesuatu warisan budaya dapat dikekalkan dan dikembangkan tetapi dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. GURU DAN KANAK-KANAK KREATIF 4
  • Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru perlu mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu. Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan (Rickards dan deCock, 2003). Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru. Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik. Guru juga harus menggalakkan murid melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadap aktiviti-aktiviti berisiko yang dilakukannya. Murid akan melibatkan diri dalam aktiviti yang digemari oleh mereka. Jika guru tidak memberi galakan terhadap kreativiti murid, minat mereka untuk melakukannya secara terus-menerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada murid meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal murid. Guru hendaklah memberi insentif kepada murid yang sentiasa bereksperimen terhadap aktiviti-aktiviti yang baru supaya daya kreativiti murid dapat dipelihara dan dikekalkan. Pihak guru tidak boleh mengkritik terhadap aktiviti-aktiviti yang menemui kegagalan. Dalam kes seperti ini, guru hendaklah membina keyakinan murid dengan berbincang dan memperbetulkan aktiviti atau sebahagian aktiviti yang telah menemui jalan kebuntuan. Dengan cara ini, daya kreativiti murid akan dipupuk dan prestasi aktiviti tersebut akan mancapai kejayaan yang 5
  • diharapkan. Pengamatan kanak-kanak akan menjadi lebih baik dan teliti, pandangan-pandangan membina akan memberikan persepsi baru kepada kanak-kanak. Sejajar dengan daya dan tahap kreativiti, guru hendaklah menggalakkan daya motivasi dalaman murid dengan memberi hadiah atau sijil-sijil terhadap usaha-usaha dan kreativiti yang dtunjukkan oleh murid. Dengan pemberian ganjaran seperti ini, murid akan berasa keseronokan secara intrinsik hasil kreativiti yang ditunjukkan melalui aktiviti yang dilakukan. Motivasi yang tinggi sangat berkaitan dengan kreativiti terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh murid. Jika murid dipupuk minat terhadap aktiviti, maka kreativiti juga akan terserlah. Ini kerana murid sedar bahawa guru sentiasa memberi motivasi ekstrinsik untuk murid membina motivasi intrinsik untuk menghasilkan kerja penuh kreativiti. Kreativiti adalah aktiviti mental yang kompleks, tetapi sangat penting kepada kehidupan manusia. Bagi memiliki kemahiran berfikir secara kreatif, seseorang itu perlu mengetahui asas kaedah berfikir secara kreatif supaya ia benar-benar difahami dan sekali gus seseorang itu dapat memperoleh hasil yang menarik. Kreativiti merupakan disiplin yang perlu dikuasai menerusi pembelajaran dan pengalaman hidup. Seseorang itu dapat mengukuhkan lagi peribadi dan personaliti kreatif yang sedia dimiliki. Strategi pengajaran secara kreatif dapat membantu para pelajar menjana idea baru dan meneroka sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan adanya teknik yang bersesuaian dalam memupuk idea kreatif, para pelajar dapat mengembangkan bakat yang sedia ada dan sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan bakat dan kebolehan tersebut. Pemikiran kreatif merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru dan bersifat holistik yang merangkumi semua aspek perkembangan. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif kearah menganalisis, mengsintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kreatif. Melalui seni visual juga kanak-kanak belajar menghayati budaya mereka. Malah mereka dapat berinteraksi dan bersosial dengan rakan-rakan lain. Melalui interaksi ini maka pengetahuan budaya dapat diserapkan ke dalam diri kanak-kanak. Mereka juga belajar untuk menerima dan menghargai budaya ada. 6
  • SOROTAN KAJIAN ;) KESIMPULAN Corak merupakan salah satu cabang seni visual yang dapat membantu kanak-kanak membentuk psikologi diri mereka. Melalui pendedahan-pendedahan yang diberikan, kanakkanak berpeluang untuk meneroka sendiri corak yang ada di persekitaran mereka. Pengamatan kanak-kanak akan menjadi lebih teliti dari hasil pemahaman mereka. Ini mempengaruhi perlakuan dan persepsi kanak-kanak bukan sahaja melalui hasil penerokaan mereka tetapi juga melalui eksperimentasi mereka terhadap pelbagai kaedah dan teknik dalam menghasilkan corak. Melalui corak dan rekaan juga, kanak-kanak dapat diterapkan kepada budaya bangsa. Kesimpulannya dapatlah kita katakana kreativiti dalam pendidikan seni mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan idea, perasaan, pemikiran , pengalaman dan keinginan seseorang dalam penerokaannya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melalui penerokaan dan memanipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu karya. Namu begitu, tidak semua orang memperkembangkan kreativiti dalam diri mereka. Berdasarkan teori-teori yang dikemukakan di atas, jelaslah sekali seseorang guru perlulah memainkan peranan mereka dengan cara yang berkesan pembelajaran secara kreatif berlaku dalam pendidikan seni. Sebagai kesimpulannya dapatlaj dirumuskan kreativiti dapat dipupuk malah amat perlu dipupuk. Guru sebagai pembimbing dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian mampu memupuk kreativiti di kalangan murid-murid melalui pendidikan seni visual. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar, guru membantu memperkembangkan daya kreatif murid-murid yang adalah langkah utama kea rah pencapaian matlamat pembangunan Negara. RUJUKAN 7
  • 1. Abdullah Hassan, Ainon Ahmad (2000). Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Selangor: PTS Publication and Distributors. 2. Abu Talin Putih (2000). Seni dalam pendidikan: Soal relevens dan konteks semsa dalam prosiding konvesyen kebangsaan pendidikan seni visual, SI/PPK/BSLN 3. Cropley. J. A. (2001). Creativity in Education & Learning. London: Kogan Page. 4. De Bono, Edward. (1996). Serious Creativity. London: Harper Collins Business. 5. Ee Ah Meng (1999) Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan, Shah Alam. Fajar Bakti. 6. Leonard MS Yong. (1994). Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. 7. Leonard MS Yong & Karen L. Biraimah. (1996). Guru Kreatif: Isu-isu Teoritikal & Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. 8. Omardin Asahari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 9. Wan Abdul Kadir, Yap Beng Lian (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani. KL: Universiti Malaya. 10. Sila tambah buku sendiri 8