Proceedings2

24,877 views
24,743 views

Published on

Published in: Travel, Education
8 Comments
14 Likes
Statistics
Notes
  • URUS APIP/APIU PMA - BKPM (ANGKA PENGENAL IMPORTIR PRODUSEN/UMUM)
    PERMENDAG 27/M-DAG/PER/5/2012.
    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081385042000
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • URUS APIP/APIU PMA - BKPM (ANGKA PENGENAL IMPORTIR PRODUSEN/UMUM)
    PERMENDAG 27/M-DAG/PER/5/2012.
    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081385042000
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • URUS APIP/APIU PMA - BKPM (ANGKA PENGENAL IMPORTIR PRODUSEN/UMUM)
    PERMENDAG 27/M-DAG/PER/5/2012.
    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081385042000
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • URUS APIP/APIU PMA - BKPM
    PERMENDAG 27/M-DAG/PER/5/2012.
    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081385042000
    Pin BB 285200BC
    Up: M. Samosir, SH
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • URUS NIK EKSPORT IMPORT.
    URUS NIK PPJK/SRP BEACUKAI.
    URUS NIK PENGANGKUT/SRP BEACUKAI.
    (Issuing of SRP (Custom's Letter of Registration).

    URUS SRP BEACUKAI / NIK BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011.

    Persyaratan NIK BEACUKAI / Registrasi Kepabeanan:
    1. Akte Pendirian Perusahaan dan SK Kehakiman
    2. Akte Perubahan Perusahaan yg Terakhir + SK Kehakiman
    3. Domisili Perusahaan yg masih berlaku.
    4. Kartu NPWP Perusahaan.
    5. SKT (Surat Keterangan Terdaftar) NPWP.
    6. SPPKP (Surat Pengukuhan Pengusaha Kena Pajak)
    7. SIUP PT Lokal atau Pendaftaran BKPM/Izin Prinsip/IUT Perusahaan PMA.
    8. TDP Perusahaan.
    9. API (Angka Pengenal Importir). atau PEB untuk Export atau salah satu nama barang export.
    10. SRP Lama (Apabila Perubahan).
    11. KTP dan NPWP Direksi (Pengurus Perusahaan yg ada di Akte Terakhir).
    12. KTP dan NPWP Kuasa Direksi (Penanda Tangan API).
    13. Rekening Koran.
    14. Nama Barang yg akan di Import dan HS Barang.
    15. Laporan Keuangan (Neraca - Rugi/Laba) Perusahaan yg terakhir.
    16. Komponen Pembukuan Perusahaan:
    - General Jurnal, General Ledger dan Subsidiary Legder ( sesuai kondisi pembukuan perusahaan)
    - Jurnal Pembelian, Jurnal Pengengeluaran kas dan buku besarnya'
    - Jurnal Pembelian,

    NB, 15 s/ 16 bisa dibantu

    - Lama Proses Perubahaan SRP 5-10 hari kerja, Penerbitan Baru 20-25 hari kerja
    - Payment setelah NIK/SRP Beacukai setelah terbit
    - Dokumen pick up and delivery system (sistem antar jemput) khusus Jabodetabek, untuk luar kota kirim via TIKI.

    Jakarta
    Maya Indah Building Lt 2 Jl. Kramat Raya No. 5 A Jakarta Pusat 10450
    Tep: +(62) 21- 3142566
    Fax : +(62) 21- 3928113
    Mobile: 081385042000
    Pin BB 2262D175
    Flexi 021-70940216

    Bekasi
    Harapan Indah 2 Ifolia HY 22/ 25 Bekasi Utara
    Telp: + ( 62) 21-88991328
    Fax : + ( 62) 21-88990026

    Medan
    Gedung Johar Jl. Tani Bersaudara no. 9 Medan.
    Telp: +(62) 61-77554440
    Fax : +(62) 61-77554440
    Mobile: 085270139105

    Email:
    legal@saranaizin.com
    admin.legal@saranaizin.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
24,877
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
8
Likes
14
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proceedings2

  1. 1. Penyusun Prof. Madya. Dr. Mohd Najib B. Abd Ghafar En. Zainuddin B. Hassan En. Muhaimin B. Mohamad Makluman PenggunaanIsi kandungan prosiding adalah mengikut muka surat seperti mana yang dinyatakandalam senarai kandungan. Segala masalah teknikal telah cuba di atasi sebaik mungkin.© Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Terbitan Pertama 2003.All Right reserved. No Part of This Publication may be reproduced, stored in a retrievalsystem or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical,photocopying, recording or otherwise, without prior permission of the Publisher.Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.81310 SkudaiJohor Malaysiahttp://www.fp.utm.myhttp://www.utm.my
  2. 2. KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KAITANNYA DENGAN KERJAYAGURU: SATU TINJAUAN AWAL…………………………………………..……………1KEBERKESANAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI KALANGAN PELAJAR –PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH, BANDARDARULAMAN, JITRA, KEDAH DARULAMAN………………………………………..9MENTAL TOUGHNESS PROFILE AS ONE OF PSYCHOLOGICAL PREDICTORS OFINJURIES AMONG MALAYSIAN PROFESSIONAL FOOTBALL PLAYERS.............18GAYA PEMUDAH CARA DI SEKOLAH : SEJAUHMANAKAH PENGETUA-PENGETUA MENGAMALKANNYA……………………………………………………29MEMBINA PATRIOTISME PELAJAR MELALUI PENDIDIKAN ISLAM-SATU KAJIAN EMPERIKAL TERHADAP PELAJAR IPTA…………………………..38MEMPERKASA KAEDAH PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN PELAJARDALAM MENGHADAPI CABARAN ERA GLOBALISASI…………………………...51PARENTS’ ROLE IN THE CHILDREN’S DEVELOPMENT OF SELF-ESTEEM…….60UPGRADING CRITICAL THINKING SKILLS VIA AN INTERACTIVE, INQUIRY-BASED LEARNING MULTIMEDIA COURSEWARE : A CONCEPTUALBACKGROUND………………………………………………………………………….72CABARAN DAN KEPERLUAN LATIHAN PENGETUA KANAN DALAM ALAFBARU……………………………………………………………………………………..81PENDIDIK KREATIF SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI LITERASI KREATIFDI MALAYSIA…………………………………………………………………………...95AUTONOMOUS LEARNING: A COMPARISON OF THE WEB-BASED ANDPAPER-BASED LEARNING MODES…………………………………………………..112PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI PELAJAR DI FAKULTI PENGURUSANDAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (FPPSM)………………………………121PENDIDIKAN ISLAM DAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA:PERANAN SURAU SEKOLAH DALAM PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR……….129MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MURID-MURIDBERPERLUAN KHAS……………………………………………………………………142TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN HUBUNGANNYADENGAN PENCAPAIAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPATDAERAH JOHOR BAHRU …………………………………………………………..….149
  3. 3. MEMAHAMI STRES DI KALANGAN REMAJA DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI...162METODOLOGI PENDIDIKAN FIQH AL-SHAUKANIYY : KE ARAHMELAHIRKAN MASYARAKAT BERSATU…………………………………………..172KEBERKESANAN PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN KOMPENANKEMAHIRAN HIDUP (SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH DAERAH PONTIAN BERDASARKAN MODEL KIPP………………..181PENDIDIKAN KETAMADUNAN DAN CABARAN PEMBINAAN BANGSAMALAYSIA : SEJAUHMANAKAH IA MAMPU MEMUPUK NILAI-NILAIJATI DIRI, PERSAMAAN, TOLERANSI, PERSEFAHAMAN DAN KEJAYAANDI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI . SATU PERBINCANGAN…………….….198APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH ………………………...212DASAR BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTADI MALAYSIA: SATU PENILAIAN ………………………………………….…….….218PENGAJIAN USUL FIQH BERDASARKAN KAJIAN KES………….………….…….225INNOVATION IN THE TEACHING AND LEARNING OF ENGLISH INSELECTED SECONDARY SCHOOLS IN ……………………………………………...237PENGARUH BEBAN TUGAS GURU TERHADAP KEGIATAN KOKURIKULUMDI SEKOLAH –SATU KAJIAN DESKRIPTIF DI SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH NEGERI JOHOR …………………………………………………………248A WEB-BASED LEARNING SYSTEM FOR RE-CONCEPTUALIZATION:BASIC ELECTRIC CIRCUITS …………………………………………………………..262KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU DI IPT ;SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF PERKEMBANGAN KURIKULUM ………….279ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAMMEMPERKASAKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA ……………………………..292PENGAJARAN KOSA KATA BERBANTUKAN DATA KORPUS BERKOMPUTER.299MATA PELAJARAN UMUM SEBAGAI MEKANISME MEMPERKASA JATIDIRI DAN PENINGKATAN PENGETAHUAN GLOBAL: PERSEPSI PELAJARPELBAGAI KAUM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR..234PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DALAM MATAPELAJARANSAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU ……………………………………..246TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN DANPENTADBIRAN SEKOLAH .............................................................................................259
  4. 4. MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAHHARIAN : PENYEDIAAN GURU MPV, ISU DAN CABARAN …………………….271HUBUNGAN ANTARA LOKUS KAWALAN DENGAN PENCAPAIANAKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAHTEKNIK …………………………………………………………………………………278REKA BENTUK DAN KEBERKESANAN PERISIAN MULTIMEDIAMEMBACA-FAHAM BERASASKAN GAMBARAN VISUAL BAGIKANAK-KANAK PRASEKOLAH …………………………………………………….288KOMPLEKSITI SOALAN DALAM MEDIA PENGAJARAN:IMPLIKASI KEPADA PEMBENTUKAN KEUPAYAAN BERFIKIRPELAJAR DAN KEMANTAPAN INPUT BAHAN KURIKULUM …………………..295KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASIKERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN ……….309SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: PERINGKAT PENDIDIKAN MANAKAH YANGHARUS DIPERKASAKAN? …………………………………………………………….318TAHAP KEPAKARAN GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)DALAM MEMPERKEMBANGKAN PROFESIONALISME GURU ………………….329KREATIVITI, INVENSYEN DAN INOVASI: SUATU CADANGANMATAPELAJARAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ………………..348TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUKUR DAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI PEMBOLEH UBAH DI KALANGAN PELAJARTINGKATAN EMPAT MERENTAS ALIRAN …………………………………………361MIGRASI : HASRAT DAN PENCAPAIAN DALAM PENDIDIKAN ...........................371PENERAPAN KECERDASAN EMOSI (EQ) DI DALAM KURIKULUMPENDIDIKAN KEJURUTERAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI :SATU TINJAUAN AWAL………………………………………………………………..379GLOBALISASI PENDIDIKAN : REALITI DAN CABARAN SATU TINJAUAN AWAL……………………………………………………………………………………………..389DEVELOPING STUDENT’S SCIENTIFIC LITERACY THROUGHTECHNOLOGICAL SKILL IMPROVEMENT IN THE GLOBAL EDUCATIONCONTEXT ……………………………………………………………………………….396KESAN PERKEMBANGAN /REVOLUSI KOMPUTER DAN IMPAKNYA TERHADAPANALISIS MULTIVARIT………………………………………………………………403
  5. 5. COMMON ERRORS PRODUCED BY UTM STUDENTS IN REPORT WRITING.409POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTAPENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) YANG MENGIKUTI PROGRAMPENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) DI PUSAT PEMBELAJARAN SPACE DIUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA……………………………………………….421THE STRUCTURE OF KNOWLEDGE IN SCHOOL SUBJECTSAND ITS IMPLICATIONS FOR TEACHERS ………………………………………….432GLOBALISASI: CABARAN DAN REALITI PEMBANGUNAN PELAJAR DIINSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM ……………………………………………441READING STRATEGIES OF HIGH AND INTERMEDIATE LEVEL STUDENTS: ACASE STUDY APPROACH …………………………………………………………….450PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALATUJU WAWASAN 2020 ………………………………………………………………...465PERMASALAHAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARANTEKNOLOGI KEJURUTERAAN: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH DALAM DAERAH BATANG PADANG, PERAK TENGAHDAN HILIR PERAK ……………………………………………………………………492CABARAN DAN KEPERLUAN GURU DALAM MENINGKATKANKEMAHIRAN DAN KEPROFESIONALAN DIRI. KAJIAN : DUA BUAHSEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU .…………………………...502MEMPERKASAKAN PEMBELAJARAN PELAJAR MELALUIKEPELBAGAIAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA …… ………..……..511
  6. 6. KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KAITANNYA DENGAN KERJAYA GURU: SATU TINJAUAN AWAL1 MD ALI HASAN2 Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) AbstrakPendekatan kemahiran pengurusan sangat penting dalam kerjaya perguruan. Kertas-kerja inicuba menganalisa pendekatan kemahiran pengurusan dengan mengambil responden seramai100 orang guru wanita Melayu dibeberapa buah sekolah menengah di Lembah Klang. Analisakajian berdasarkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Cameron dan Tschirhart (1988).Hasil penemuan kajian mendapati beberapa isu dan ciri kemahiran pengurusan amat pentingkerana ianya menyumbang kepada aspek atau ciri seperti personaliti, etika kerja danselanjutnya. Disamping itu kesan atau implikasi pendekatan kemahiran pengurusan itu,umpamanya aspek tanggung-jawab dalam melaksanakan tugas atau komitmen sekolah,penyertaan dalam aktiviti sekolah, kehadiran dalam kerja-kerja sukarela, perhubungan denganrakan sejawat, kerja berpasukan dan seterusnya itu adalah saling kait mengait antara satudengan lain dan kadang-kala ianya bertindih (overlapping). Sebagai rumusan mungkinpendekatan kemahiran pengurusan dapat dijadikan satu aspek penyelesaian berhubungpermasalahan sistem pendidikan negara hari ini.I: PENGENALANKemahiran pengurusan (management skills) amat penting bagi setiap individu dan organisasi.Dalam hubungan ini mereka yang memilih guru sebagai kerjayanya mestilah dapat membuatpenyesuaian diri terutama berdepan dengan situasi dan cabaran semasa. Seiringan dengan itusekolah yang merupakan organisasi yang berkait rapat dengan kerjaya perguruan itu patutlahmemperlihatkan sesuatu yang boleh memberi dan menerima serta boleh bertindakbalas. Denganlain perkataan kedua-dua elemen ini memerlukan kemahiran pengurusan yang berterusan demimencapai matlamat masing-masing. Justru itu kertas kerja ini cuba membincangkan pendekatan kemahiran pengurusan dankaitannya dengan kerjaya perguruan. Aspek organisasi iaitu sekolah akan difokuskan sebagaiagen dalam menyediakan arahtuju kerjaya (career path) dan pembangunan kerjaya (careerdevelopment) individu yang dikatakan guru itu. Kertas kerja ini dibahagikan kepada tigabahagian utama iaitu dalam Bahagian I: Sorotan literatur kemahiran pengurusan, Bahagian II: (i)1 Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, anjuran FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 19 – 21 Oktober 2003.2 Penulis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua responden kajiselidik. Kerja lapangankajiselidik dilakukan pada Mar – April 2003 dibeberapa buah sekolah menengah di Lembah Klang. Penulis bolehdihubungi melalui email: alihs8512@hotmail.com 1
  7. 7. Latar belakang, objektif dan kaedah kajian, (ii) Analisa dan penemuan kajian; Dan, Bahagian III:kesimpulan. Sumber rujukan dikemukakan bahagian akhir kertas kerja ini.II: SOROTAN LITERATURBeberapa kajian telah dilakukan bagi melihat kecekapan atau keberkesanan pengurusan sesebuahorganisasi maupun individu atau apa yang dikatakan pengurus itu. Misalnya Rigby (1998)memfokuskan kajiannya berhubung teknik dan tools pengurusan dan kaitannya denganperformance sesebuah organisasi itu. Brodbeck et. al. (2000) pula cuba mengenalpasti beberapaaspek atau ciri individu yang yang menjadi isu utama penyumbang pada kecekapan pengurusanorganisasi iaitu integriti, keyakinan, inspirasi, kuasa, wawasan, pentadbiran, status conscious,self-centered dan seterusnya. Manakala Quinn (2000) menggabungkan aspek individu danorganisasi itu sebagai ciri penyumbang kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuahorganisasi tersebut. Beliau memfokuskan bahawa ciri kepimpinan individu itu (seperti moral danpersonaliti) sebagai seorang pengurus amat penting disamping wujudnya faktor penyokong iaituterdiri dari ciri-ciri organisasi berkaitan (seperti persekitaran, sistem pelaksanaan dan prosespengurusan yang dilakukan). Justru itu timbul beberapa persoalan bahawa pendekatan kemahiran pengurusan itu sendirijuga tidak kurang pentingnya didalam menyumbangkan kecekapan dan keberkesanan elemenpengurusan itu. Malah seandainya ia dikaitkan dengan aspek individu pula akan menjadi faktorpendorong atau sebaliknya yang mana akhirnya akan memberi kesan atau impak yang amat jelas.Dengan lain perkataan pengurus yang cekap itu memerlukan pengurusan kemahiran tertentu dantidak kiralah apa jua bidang yang mereka ceburi samada dalam bidang perniagaan, pendidikan,kesihatan dan sebagainya. Whetten D.A & Cameron K.S. (2002) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 10 cirikemahiran pengurusan yang kesemuanya merupakan pola tingkahlaku peribadi (behavioral)seseorang individu itu bagi mencapai keberkesanan pengurusan. Ciri-ciri kemahiran komunikasiverbal (termasuk mendengar), kebolehan menguruskan masa dan mengatasi tekanan (stress),keupayaan membuat keputusan secara individu, kebolehan dalam mengenalpasti danmenyelesaikan masalah, memilikki semangat motivasi yang tinggi, berupaya memberi danmenerima tanggung-jawab, mempunyai dan berusaha mencapai matlamat serta wawasan,memilikki kesedaran diri, mempunyai semangat kerja berpasukan, dan berupaya menguruskansebarang konflik termasuk konflik diri. Kesepuluh ciri-ciri kemahiran pengurusan ini saling kaitmengait dan kadang kala sukar untuk dibezakan antara satu dengan lain. Oleh yang demikian ternyata bahawa kemahiran pengurusan itu sangat kompleks sifatnya.Namun demikian didalam mengenalpasti kemahiran pengurusan ini melalui beberapa pendekatanterutama dari segi kepentingan dan peranannya terhadap organisasi dan individu yang terlibatdapat dilihat dan dijadikan kreteria penganalisaan. Cameron dan Tschirhart (1988) melakukanpenilaian kemahiran pengurusan itu dengan pendekatan mengelompokkan (clusters) elemen-elemen kemahiran itu kepada empat kelompok dengan tujahan atau fokus iaitu (1) kemahiranpenglibatan dan hubungan manusia (misalnya elemen kemahiran yang menyokongberkomunikasi dan kerja berpasukan); (2) tujahan kemahiran persaingan dan kawalan (misalnyasifat desakan, kuasa atau mempengaruh); (3) tujahan kemahiran berkait elemen innovatif danentrepreneur individu (misalnya sifat kretif dalam menyelesaikan masalah); dan (4) tujahankemahiran yang bersifat kesederhanaan, rasionaliti dan penyesuaian (misalnya ketika membuatkeputusan, menguruskan masa dan lain-lain). Namun demikian pendekatan ini mungkin terdapatpertindihan (overlapping) antara satu dengan lain tetapi kajian menunjukkan bahawa pengurus 2
  8. 8. atau individu yang cekap dalam melaksanakan atau menjalankan tugasnya sebagai seorangpengurus itu mesti memilikki sifat-sifat yang jelas sepertimana diatas. Quinn (1988) menambahsesaorang pengurus yang cekap dan berkesan itu mesti juga ada sifat kemahiran yang kreatifterutama dalam melakukan penyesuaian dan sentiasa fleksible. Sehubungan itu dengan kajian dan penganalisaan di atas maka dapatlah diperhatikankaitannya dengan kemahiran pengurusan itu dengan kerjaya perguruan. Dengan mengambilanalisa kajian tersebut jelaslah bahawa kerjaya guru itu suatu yang memerlukan kemahiranpengurusan yang amat penting dan individu yang terlibat hendaklah memilikki sifat atau ciriyang tertentu.III: LATAR-BELAKANG, OBJEKTIF DAN KAEDAH KAJIANKajian ini bertemakan kemahiran pengurusan dan dilakukan kepada 100 orang guru wanitaMelayu di beberapa buah sekolah menengah di Lembah Klang. Kesemua guru-guru ini berumurdibawah 30 tahun dan mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun. Berkelulusandengan ijazah pertama dari disiplin yang berbagai-bagai serta lepasan universiti tempatan. Objektif kajian adalah cuba melihat pendekatan kemahiran pengurusan itu dan kaitannyadengan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dalam kerjaya perguruan. Dalam hubungan iniciri-ciri kemahiran pengurusan akan menjadi landasan atau latarbelakang kerjaya guru itu bagipenjelasan terutama berkait konsep pemilihan kerjaya tersebut dan selanjutnya melibatkanpersonaliti, tanggungjawab, amalan pengurusan dan seterusnya. Objektif kedua mengkaji kesan dan implikasi kemahiran pengurusan itu berhubung kerjayaperguruan. Kajian dilakukan secara rambang dengan dua puluh soalan yang bertemakan kemahiranpengurusan telah dikemukakan. Setiap soalan dianalisa menggunakan kaedah peratusan danperbandingan. Pendekatan analisa kajian berdasarkan sebagaimana yang pernah dilakukan olehCameron dan Tschirhart (1988). Ini bertujuan supaya setiap data yang didapati itu benar-benarmenggambarkan elemen kemahiran pengurusan sepertimana yang telah dibincangkan di atastadi.IV. ANALISA DAN PENEMUAN KAJIANSesungguhnya sesaorang individu itu apabila memilih sesuatu kerjayanya akan melihat kepadabeberapa elemen tertentu. Justru itu pemilihan kerjaya ini dikatakan suatu proses yangmempunyai berbagai-bagai implikasi baik kepada individu itu sendiri maupun kepada organisasiyang menjadi pilihan individu tersebut. Tambahan pula kerjaya hari ini lebih banyak dipengaruhioleh faktor-faktor persekitaran dan sentiasa menghadapi perubahan ( Sherry D., at al (1998);Hall, D. (1996). Sehubungan itu perancangan kerjaya bagi sesaorang individu itu akanmengenalpasti arahtuju (paths) dan aktiviti masa depannya. Walaupun pendekatan ini berkait-rapat dengan jaminan kerja (job security) dan jaminankerjaya (career security) tetapi menurut kajian mendapati perancangan kerjaya itu telahmembuktikan jaminan kerjaya seseorang individu berkenaan. Dengan lain perkataan seorangindividu itu apabila melakukan pemilihan berhubung kerjayanya akan secara tidak langsungtelah mengambil kira bahawa ia akan berkerja sepanjang hayatnya (Mondy, R.W. at el.:2002:251;). Malah menurut Bohlander at.el. pula bahawa kerja itu adalah faktor utamamenggambarkan keseluruhan kualiti hidup seseorang itu maka kerana itulah ianya berkait rapat 3
  9. 9. dengan aspek kepuasan dan nilai hidup sesaorang individu tersebut (Bohlander, G. at. el.: 2001:306) Kenyataan ini amat jelas kerana mengikut data kajiselidik didapati 61 peratus respondenmenyatakan bahawa matlamat mereka menjadi guru adalah kerana cita-cita dan minat. Hanya 28peratus sahaja responden memilih kerjaya guru itu sebagai pilihan kedua kerjaya mereka dan 9peratus disebabkan oleh pengaruh kawan atau keluarga dan 2 peratus sebab–sebab lain sepertikeadaan fizikal, tempat kerja, pekerjaan suami dan sebagainya. Oleh yang demikian jikadianalisa secara purata jelas menunjukkan terdapat dua isu utama yang menyebabkan kerjayaguru menjadi pilihan iaitu memang kerana cita-cita dan minat serta pilihan kerjaya ke dua. Jadidalam aspek ini jika dikaitkan dengan pendekatan kemahiran pengurusan terutamanyamenyentuh kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti-aktiviti kerjaserta seterusnya menampakkan implikasi atau impak yang ketara sekali. Berkaitan dengan isu ini juga timbul persoalan iaitu bukti menunjukkan pemilihan kerjayasebagai guru tersebut. Empat jawapan pilihan diminta supaya memberi jawapan dari soalkajiselidik itu dan didapati 47 peratus responden memberi jawapan menyatakan sebagai buktimemilih kerjaya sebagai guru ialah tidak mementingkan diri, masa dan wang; 12 peratus berkerjatanpa sebarang arahan dan perintah, 24 peratus bekerja tanpa mengharapkan balasan dan 17peratus bekerja sebagai guru dengan kesanggupan menerima sebarang kritikan. Dengan lainperkataan guru-guru yang memilih kerjaya perguruan ini yang tergolong dari merekamenyatakan bahawa memang menjadi cita-cita dan minatnya untuk menjadi guru sanggupberkorban segala-galanya dan tidak mementingkan diri sendiri. Sebaliknya yang selalu menjadiisu adalah mereka yang memilih kerjaya perguruan ini sebagai pilihan kerjaya mereka yangkedua dimana mereka sentiasa memikirkan soal balasan dan ganjaran atau kepentingan dirisendiri lebih diutamakan ketika melakukan sesuatu aktiviti pekerjaan itu. Justru itu kembali semula kepada pendekatan kemahiran pengurusan sepertimanadibincangkan di atas tadi. Isu ini jelas menunjukkan bahawa sesaorang individu itu dalamkerjayanya seandainya melakukan sesuatu aktiviti kerja itu kerana bukan faktor tanggung-jawab,kerelaan, minat dan amanah iaitu sebaliknya disebabkan faktor ganjaran atau balasan makasebarang tugas atau pekerjaan itu tidak akan mencapai matlamat atau objektifnya yang sempurna(Bohlander, G. at. el.: 2001: 306). Dalam hubungan ini data kajiselidik jelas menunjukkan secaraperbandingan apabila soalan peratus kekerapan menghadiri aktiviti tidak wajib sekolah danperatus kekerapan menghadiri aktiviti wajib sekolah. Seramai 37 peratus responden memberi jawapan antara 31 – 60 peratus kekerapan merekamenghadiri aktiviti tidak wajib sekolah berbanding 47 peratus kekerapannya menghadiri aktivitiwajib sekolah. Jika secara terperinci data kaji selidik mendapati kekerapan menghadiri aktivititidak wajib sekolah itu ialah 24 peratus responden menjawap 10 –30 peratus; 32 peratusresponden menjawap 61 – 90 peratus dan 7 peratus responden menyatakan atas 91 peratus.Manakala peratus kekerapan menghadiri aktiviti wajib sekolah pula 6 peratus respondenmenyatakan 10-30 peratus, 10 peratus responden menjawap 31-60 peratus, dan 37 peratusmenjawap 61-90 peratus. Sekali lagi dalam hubungan ini ternyata bahawa faktor balasan atauganjaran serta tanggung-jawab dan amanah dalam melakukan aktiviti kerja itu sangat pentingdan disinilah wujudnya implikasi kepentingan pendekatan kemahiran pengurusan itu. Dalam hubungan ini konsep kesedaran diri (self-awareness) merupakan elemen utama atauteras dalam menuju kearah pencapaian pendekatan kemahiran pengurusan itu. Umpamanya jikatidak wujud perasaan atau sikap tanggung-jawab terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan itumaka ini akan memberi kesan kepada perkembangan kemahiran pengurusan itu pada masa akan 4
  10. 10. datang. Sesungguhnya walaupun konsep kesedaran diri ini sangat kait mengait dengan beberapafaktor atau elemen lain misalnya psaikologi, tingkahlaku, persekitaran dan sebagainya tetapidalam mencapai kemahiran pengurusan yang berkesan merupakan dimensi utama (Whetten andCameron: 2002; Spencer & Spencer, 1993). Jelas sesaorang individu itu mempunyai sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri (Maslow:1962)Setiap individu itu menghendakki penghargaan diri terutama mereka yang mempunyai sifatkeegoan yang tinggi. Sehubungan itu data kajiselidik mendapati 38 peratus dari respondenmenyatakan bahawa mereka inginkan penghargaan daripada pihak-pihak tertentu dalammelakukan sebarang aktiviti-aktiviti kerja mereka. Cuma 58 peratus dari responden itumenyatakan sekiranya ada isu penghargaan terhadap sesuatu perkara itu biarlah atas namasekolah dan bukannya individu. Justru itu jika dianalisa hasil penemuan data ini walaupunterdapat kesan positif pada elemen kemahiran pengurusan misalnya aspek motivasi tetapi kesannegatif lebih ketara terutama terhadap organisasi atau sekolah sepertimana dalam kes kajian ini. Selanjutnya data kajiselidik mendapati 40 peratus responden memberi jawapan mengikutkeadaan kepada soalan berhubung perhubungan mereka antara rakan-rakan sejawatan. Seramai 9peratus memberi jawapan tidak ada komen dan 51 peratus menyatakan amat menyenangkan.Dengan yang demikian sekiranya diteliti hasil penemuan ini dan dikaitkan dengan pendekatankemahiran pengurusan jelas sekali lagi menggambarkan terdapat dua kolompok polaperhubungan (komunikasi). Dengan lain perkataan aspek atau ciri kerja berpasukan (teambuilding) yang mana merupakan ciri penting dalam pendekatan kemahiran pengurusan begitulonggar atau kurang wujud. Sekali lagi walaupun ciri kerja berpasukan ini berkait rapat denganaspek-aspek lain tetapi persoalan utamanya ialah pembangunan kemahiran pengurusan itu baiksecara individu maupun organisasi yang terlibat terutama pada jangka panjang akan memberikesan atau implikasi tertentu. Sesungguhnya melihat kepada definisi kerja berpasukan itu sahaja telah dapatmenggambarkan kepentingan dan kesan yang akan timbul baik pada individu maupun organisasiberkaitan (Katzenback & Smith, D.K.: 1993; Hawkins, B: 1999; Kao, J. J: 1992) Sebagai contohdari data kajiselidik itu apabila soalan berhubung penglibatan dalam tugas-tugas sukareladisekolah misalnya dalam majlis-majlis keagamaan, gotong royong membersihkan sekolah, dansebagainya 49 peratus dari respondon memberi riaksi yang menggembirakan, 15 peratusdisambut dengan riaksi keluhan, 15 peratus dengan riaksi yang seribu persoalan dan 34 peratustidak ada sebarang komen. Sekali lagi dilihat dalam konteks pencapaian pendekatan kemahiranpengurusan akan memberi kesan atau impak yang negatif dan kurang memberangsangkan. Sehubungan itu data kajiselidik mendapati konsep kerja berpasukan disekolah sukardilakukan kerana sebab-sebab tertentu. 62 peratus responden menyatakan kerana persekitaranyang tidak mengizinkan, 17 peratus responden memberi jawapan tidak ada galakan dari pihaksekolah, 11 peratus responden menjawap tidak sesuai dengan sifat peribadi individu yangmemilih kerjaya sebagai seorang guru, dan 10 peratus responden menyatakan tugas-tugassekolah memberi tekanan peribadi. Sekali lagi sekiranya dianalisa data ini akan memberiimplikasi bahawa pendekatan kemahiran pengurusan itu dalam mencapai matlamat pengurusanyang cekap dan berkesan melibatkan banyak pihak dan cabaran tertentu. Data kajiselidik juga mendapati soalan berhubung etika kerja sebagai seorang guru itumisalnya dari segi berpakaian, tingkahlaku terutama diluar waktu pejabat (sekolah), masa danseterusnya seramai 89 peratus responden memberi jawapan mereka faham dan cubamengikutinya, 8 peratus responden menyatakan ianya diikuti hanya dalam tempoh tertentu, dan 3peratus responden memberi jawapan dengan menyatakan majority rakan sejawatan mereka tidak 5
  11. 11. mengikuti etika kerja sebagai seorang guru itu sepenuhnya. Implikasi dari jawapan responden-responden ini jelas menunjukkan etika kerja guru itu masih ada dikalangan mereka yang memilihkerjaya sebagai guru mempersoalkannya dan apabila dihubung kaitkan dengan pendekatankemahiran pengurusan memberi kesan atau impak yang jelas.V: KESIMPULANSesungguhnya kemahiran pengurusan itu mempunyai ciri atau sifat yang tertentu dan ianyasaling kait mengait antara satu dengan lain. Mengikut Whetten dan Cameron (2002) terdapatempat ciri utama kemahiran pengurusan itu iaitu bersifat tingkah-laku (behavioral), dapatdikawal (controllable), dapat diperkembangkan (developable), dan ianya saling kait-mengaitserta bertindih (overlapping) diantara satu ciri dengan satu ciri yang lain. Sehubungan itupendekatan kemahiran pengurusan ini jika dilihat dalam konteks kerjaya seorang guru itumemperlihatkan ianya mempunyai suatu kepentingan atau signifikan yang perlu sekali.Sebagaimana yang dijelas diawal kertas kerja ini 10 ciri utama kemahiran pengurusan itu patutada bagi seorang guru yang cemerlang dan berjaya itu. Hasil penemuan dari kajiselidik telah jelas menyatakan bahawa kerjaya sebagai guru itusentiasa dalam cabaran. Dalam hubungan ini peranan personaliti dan kaitannya dengantingkahlaku organisasi sangat berkait rapat. Sifat-sifat individu itu seperti cara berfikir, beraksi,beremosi, dan seterusnya merupakan adunan ciri-ciri lain misalnya ciri kepimpinan, sikap, ataumotivasi. Disinilah wujudnya elemen penyesuaian individu dan organisasi tersebut yangmembolehkan kedua-dua pihak dapat melaksanakan peranan masing-masing (Andrian, F:1992;Mishel, W. & Shoda, Y: 1995). Sesungguhnya setiap organisasi itu mempunyai kelompok-kelompok pekerja tertentu.Kelompok ‘pekerja bermasalah’ merupakan suatu tekanan negatif kepada organisasi (Dwight H.:1992, Beyer, J.M. & Trice, H.M.: 1981). Justru itu hasil kajiselidik di atas yang jelas kewujudankelompok guru yang kurang memberi kerjasama dalam aktiviti tidak wajib sekolah, tidakberminat melibatkan diri dalam tugas-tugas sukarela disekolah, menyambut dengan suarakeluhan apabila menerima sesuatu arahan dari pihak sekolah dan seterusnya itu menjadi pihakpentadbiran sekolah terpaksa mengatasinya terutama seandainya inginkan mendapatperkhidmatan mereka. Dalam hubungan ini walaupun ia boleh dikatakan suatu cabaran utamakepada pihak pentadbiran sekolah tetapi kesan atau implikasi kepada pendekatan kemahiranpengurusan pada jangka panjang akan ketara sekali. Sebagai contoh dalam aspek kerjaberpasukan seandainya pihak sekolah gagal mengkoordinasikan guru-guru yang terlibat itu makamemberi impak atau kesan kepada kepentingan kemahiran pengurusan itu sendiri dan seterusnyamungkin melibatkan pencapaian matlamat yang ditentukan. Oleh yang demikian amat jelaskepentingan pendekatan kemahiran pengurusan itu dapat dilihat dan dinilai dari beberapa segiatau aspek yang saling kait mengait antara satu dengan lain. Sehubungan itu jika dianalisa dengan terperinci pendekatan kemahiran pengurusan ini jugadapat dihubung kaitkan dengan elemen budaya kerja organisasi atau korporat. Kecemerlangansesebuah organisasi itu mempunyai nila-nilai positif yang bersifat sejagat seperti kerjasama,kerja berpasukan, komunikasi, hubungan kemanusian dan sebagainya (Mondy, R.W. at el.: 2002;Kotter, J.P. & Heskett, J.L.: 1992)). Justru itu sekolah sebagai sebuah organisasi haruslahmenuju kearah pembentukan pola-pola pengurusan yang bercirikan budaya korporatberlandaskan pendekatan kemahiran pengurusan sebagaimana dibincangkan diatas. Muhammad 6
  12. 12. Husin dan Nor Aishah Buang (1996) menyatakan sekolah perlu menerapkan budaya kerjakorporat. Sebagai rumusan secara keseluruhannya pendekatan kemahiran pengurusan ini suatu yangpenting dan pertimbangan yang sewajarnya hendaklah dilakukan terutama didalam pemilihankerjaya dan organisasi. Pembangunan kerjaya seseorang individu itu banyak dipengaruhi olehfaktor-faktor atau elemen-elemen yang saling bekaitan antara satu dengan lain. Walau pun kajianini merupakan suatu tinjauan awal namun demikian jelas ianya dapat dijadikan suatu titik-tolakkajian-kajian selanjutnya. Kerjaya perguruan merupakan suatu yang unik sifatnya danmemerlukan suatu kajian yang lebih mendalam.RUJUKANAdrian, F. (1992) Personality at Work: The Role of Individual Differences in the Workplace, London: New Fetter Lane.Beyer, J.M., & Trice, H.M. (1981) Managerial Ideologies and the use of Discipline, Academy of Management Proceeding, 259-63Bohlander, G., at.el. (2001) Managing Human Resources, Thomson Learning.Cameron, K. & Tschirhart, M. (1988) Managerial Competencies and Organizational Effectiveness, Working paper, School of Business Administration, University of Michigan.Dwight, H. (1992) Supervising the Marginal Employee: Dilemma and Opportunity, Management Quarterly, 32(4),23-30Hall, Douglas (1996) Protean Careers of the 21st Century, Academy of Management Executive, 10(4):8Hawkins, B. (1999) How to Generate Great Ideas, London; Kogan PageKao, J. J. (1992) Managing Creativity, NJ: Prentice HallKatzenbach, J.R. & Smith, D.K. (1993) The Wisdom of Teams, Boston: Harvard Business School press.Kotter, J.P. and Heskett, J.L. (1992) Corporate Culture and Performance, New York: Free PressMaslow, A.H. (1962) Toward a Psychology of Being, New Jersey: Princeton, Von Nostoord Company.Mishel, W. & Shoda, Y. (1995) A Cognitive-Affective System Theory of Personality: Reconceptualizing situation, disposition, dynamics, and invariance in personality structure, Psychological Review, 102:246Mondy R.W. at al. (2002) Human Resourse Management, 8th Edition, Pearson Education International. 7
  13. 13. Muhammad Hussain & Nor Aisyah Buang (1996), Budaya Korporat dalam Pengurusan Sekolah, Prosiding Pendidikan Negara Abd ke-21, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Quinn, R.E. (2000) Change the World, San Francisco: Jossey Bass.Rigby, D. (1998) Management Tools and Techniques, Boston: Bain and Company.Sherry, S., Carden, W., & Martin D. (1998) Careers in the Next Milleninium: Directions Future Research, Human Resource Management Review, 8, (2): 165Spencer, L.M. & Spencer, S.M. (1993) Competence at Work: Models for Superior Performance, New York; Wiley.Welbourn, Michael (2001) Understanding Teams, Peason Education AustraliaWhetten, D.A. & Cameron, K.S. (2002) Developing Management Skills, NJ: Prentice Hall. 8
  14. 14. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH Rahmad Sukor Abdul Samad Mohd Subhi Marsan Universiti Malaya AbstrakTeknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan elemen utama dalam bidang pendidikanera abad ke 21. Dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah, aplikasi ICT secarasistematik akan membantu memberi sokongan dalam usaha pencapaian matlamat sekolah secaraefektif. Kertaskerja ini akan menfokus pada penerapan ICT dalam pengurusan dan pentadbiransekolah yang akan menganjakkan paradigm sekolah ke arah kemajuan. ICT akan ditonjolkansebagai alat-alat atau ‘tools’ yang menjadi daya penggerak dalam proses perubahan sekolah,pembuatan keputusan, memudahkan pengurusan maklumat dan komunikasi sekolah denganmasyarakat, penyepaduan visi sekolah dengan Kementerian Pendidikan,menggalakkan inovasi,dan menyediakan maklumat yang tepat dan relevan pada setiap masa. Peranan ICT sangatpenting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan globalini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telahmemberikan inspirasi supaya setiap sekolah mengaplikasi ICT tanpa soal jawab. Dalam jangkamasa yang lama, ICT akan menjadi alat berkerja terpenting dan lebih berkesan daripadaperalatan fizikal lain. Aplikasi ICT dalam pengurusan dan pentadbiran akan menjadipemangkin pencapaian visi sekolah bestari menjelang 2010 dan negara maju 2020.PENGENALAN: ICT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAPerkembangan IT dalam pendidikan di Malaysia bermula apabila Kementerian Pendidikan telahmelakukan pelbagai usaha lebih awal antaranya pada awal-awal tahun 80an, sekolah-sekolahtelah digalakkan untuk menubuhkan Kelab Komputer Sekolah. Panduan penubuhannya telahdikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu)pada tahun 1984. Program Pengenalan Kepada Komputer telah dilaksanakan pada tahun 1986dan program Sistem Kebangsaan Pendidikan Database pada tahun 1989. (Rujuk KertaskerjaIbrahim Ahmad Bajunid; The Transformation of Malaysian Society Through TechnologicalAdvantage: ICT and Education in Malaysia; Journal Of Southeast Asian Education, Vol.2(2001). Beberapa program IT diteruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ProjekLiterasi Komputer (1992), Pusat Sumber Pendidikan (1993), Projek Rangkaian Pendidikan(1994), Arahan Sokongan Komputer (1994), Projek komputer Dalam Pendidikan (1994), ProjekRangkaian Munsyi (1995) dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (1995).KEBERSANAN APLIKASI ICT DI SEKOLAHPerubahan Organisasi Sekolah:ICT berperanan penting dalam merubah suasana sekolah secara menyeluruh. Terdapat 6 gayaperubahan yang akan dihadapi oleh Pengetua-pengetua atau Guru Besar.
  15. 15. Perubahan pertama ialah dalam sekolah itu sendiri yang melibatkan kerja-kerja membinaprosedur-prosedur baru, aliran kerja, kumpulan kerja, asas pengetahuan, perkhidmatan dankomunikasi. Perubahan kedua berkaitan dengan struktur organisasi sekolah antaranya kewujudan unitIT yang akan memudahkan perhubungan maklumat kepada pengguna dan memberikan laporan-laporan mengenai sekolah dengan tepat, cepat dan lengkap. Ketiganya ialah hubungan antara sekolah dengan pihak luar seperti pelanggan-pelangganbaru, hubungan dengan pembekal-pembekal, rakan kongsi dan persatuan/persekutuan. Perubahan keempat pula penting dalam bidang ekonomi yang melibatkan penggunaanalatan elektronik, bentuk baru pasaran promosi sekolah dan pengiklanan, kos urusniaga ataubelanjawan sekolah dan gaya pentadbiran dalam hubungannya dengan pelanggan dan pembekal. Seterusnya ialah perubahan penting dalam pentadbiran sekolah yang melibatkan unsur-unsur elektronik iaitu menggunakan persidangan video, mail elektronik, mesyuarat secaraelektronik, alat kumpulan (groupware) dan syarahan tamu elektronik. Keadaan ini memudahkanpengararan dan pembelajaran jarak jauh serta keupayaan untuk memudahkan membuat projeksekolahyang selalunya menghadapi kekangan masa, kawasan dan jarak. Perubahan keenam ialah dalam pembangunan nasional. Institusi sekolah akan berhadapandengan saingan nasional dan antarabangsa termasuk aspek kemudahan awam. Sekolah-sekolahakan menggunakan jumlah perbelanjaan yang besar dalam membangunkan teknologi maklumatdan mendedahkan peluang untuk memperbaiki perkhidmatan sekolah kepada orang awam. Perubahan pengurusan sekolah yang menggunakan ICT akan kelihatan bukan sahajadaripada aspek fizikal (alatan teknologi maklumat dan komunikasi), tetapi juga daripada aspekkeadaan sekeliling termasuk motivasi dan kepentingannya kepada pelajar. Dalam hal ini,pengurusan mudah untuk ditentukan, matlamatnya jelas yang memfokus kepada cita-citamemperolehi pencapaian persekolahan yang tinggi di samping menyediakan arahan danperaturan yang komprehensif dalam usaha mendisiplinkan pelajar serta membantu megurangikesilapan pada tahap paling minima. Guru-guru juga mampu membina perubahan dengan caramenyediakan metodologi pengajaran dan sistem pengajaran yang berkesan dalam membantu danmenyokong pencapaian serta matlamat sekolah.Membuat Keputusan:Membuat keputusan adalah antara tugas penting para pengurus pendidikan yang terdiri daripadaPengetua, Guru Besar atau guru-guru kanan sekolah. Dalam sistem pendidikan moden hari ini,mereka akan terdedah dengan pelbagai situasi atau keadaan yang memerlukan mereka membuatkeputusan di peringkat sekolah. Keadaan ini tidak bergantung kepada semata-mata keputusandaripada pengurus-pengurus atasan seperti pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeriatau kementerian. Dengan maklumat yang ada, daripada data yang telah diproses dan dianalisisdi peringkat sekolah, membolehkan Pengetua-pengetua, Guru Besar atau guru-guru kananmembuat keputusan seperti menetapkan tugasan kakitangan, kenaikan pangkat, pemilihan untukberkursus dan sebagainya. Dalam hal ini, pengetahuan dalam bidang ICT sangat berfaedah dalam mencaripenyelesaian membuat keputusan yang terbaik, tepat dan lengkap. Jadi, pengetahuan ICT sangatpenting dalam proses membuat keputusan di pelbagai peringkat pengurusan sekolah samaadakakitangan, guru-guru, guru kanan, pengetua atau guru besar. Komputer merupakan salah satu alatan teknologi maklumat yang paling berkesan sebagaialat asas untuk membuatan keputusan yang membantu sekolah, guru dan pelajar. ICT juga -2-
  16. 16. memberi peluang kepada individu-individu di peringkat rendah seperti di peringkat guru biasadan guru-guru yang memegang unit-unit tertentu di sekolah untuk membuat keputusan dan tidakbergantung kepada keputusan-keputusan pengetua, guru besar atau guru kanan. Ini bermakna,guru-guru dan kakitangan berpeluang untuk terus membuat keputusan dan bukannya bergantungkepada keputusan pengetua atau yang lebih tinggi daripadanya. Sebagai contoh untuk membeliperalatan eksperimen makmal sains. Guru sains boleh membuat pembelian tanpa merujuk kepadapengetua. Begitu juga dalam membuat keputusan memilih pelajar-pelajar yang layak untukmenerima bantuan biasiswa. Guru biasiswa berkuasa untuk memilih pelajar-pelajar penerimabiasiswa itu berdasarkan maklumat, prosedur dan peraturan yang telah ditentukan tanpa merujukkepada pengetua atau pengurus-pengurus. Sesetengah masalah penggunaan ICT dalam membuat keputusan dihalang oleh kesukaranuntuk memperolehi maklumat yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Memperolehimaklumat yang lengkap dan tepat juga menjadi masalah kepada pengurusan dan pentadbiranberciri manual. Dengan adanya ICT, proses membuat keputusan menjadi lebih mudah. Yangpentingnya ialah keputusan yang dilakukan itu berkesan, tepat dan lengkap.Menyediakan Maklumat Tepat, Mudah Dan Relevan:Penggunaan IT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin keadaan di manamaklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan. Era masa kini digelarera maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen adalah menjadi keutamaan bagisesebuah sekolah. Kemampuan ini akan memberikan imej masa depan dan gambaran yang baikmengenai sekolah. Kekesanan dan keefisyenan kaedah mengurus itu sangat bergantung kepadabagaimana sekolah itu memanipulasikan ICT untuk kepentingan organisasinya. Maklumatmengenai organisasi mestilah tepat dan ketepatan itu hanya dapat dicapai melalui penggunaanICT atau komputer sebagai alat memproses. Penggunaan manual mungkin akan menyebabkankesilapan pengiraan dan akan terus menjejaskan keputusan. Maklumat tepat adalah bebasdaripada kesalahan atau kesilapan atau bias. Maklumat melalui ICT mencerminkan maksudsebenar data. Melalui kemudahan ICT yang disediakan juga memberi peluang kepada pengguna untukmemperolehi maklumat dengan cepat atau memperolehi maklumat dalam masa yang ditetapkan.Keadaan ini mengelakkan pembaziran masa dan juga tumpuan kerja manual yang sukar. Selainitu persoalan-persoalan mengenai permasalahan, kes atau isu dapat dijawab dengan jawapanyang relevan melalui kemudahan ICT yang ada. Kemudahan ICT dapat mengelakkan jawapanyang menyeleweng atau tersasar. Dalam dunia serba canggih hari ini, kepantasan memperolehi maklumat akanmenentukan kedudukan sekolah-sekolah di hadapan daripada barisan pesaing-pesaingnya.Perhubungan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakkanmaklumat samada pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada pelajar danseterusnya. Begitu juga peredaran maklumat daripada pelajar, guru dan sekolah kepada ibu bapa,masyarakat dan umum. Kesukaran memperolehi maklumat seperti ketiadaan perkakasan untukaplikasi ICT mungkin menyebabkan sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidakdapat bersaing atau gagal untuk meningkatkan produktiviti.Memudahkan Pengurusan Dan Pentadbiran:Dalam beberapa kajian di bidang industri di Amerika Syarikat di dapati bahawa penggunaan ITdapat meningkatkan kadar produktiviti pekerja antara 20 hingga 40 peratus. Peningkatan inimenyebabkan syarikat-syarikat di sana membuat pelaburan yang besar untuk membangunkanICT. Implimentasi ICT membantu mencapai kejayaan syarikat pada kadar 20 peratus dan -3-
  17. 17. kemungkinan mencapai sehingga 40 peratus. Tidak dapat dinafikan peningkatan produktiviti danpencapaian disebabkan faktor ICT. Kemudahan ICT dan penerapannnya dalam pentadbiran danpengurusan sekolah juga tidak mustahil memperolehi peningkatan produktiviti yang sama keranaICT sangat membantu mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Di sini, digariskan 15 aspek tugas penting dalam bidang pendidikan sekolah dalammemperlihatkan betapa pentingnya sekolah-sekolah mengaplikasikan ICT sebagaimanadiutarakan oleh Crawford R. (1995).a. Maklumat Murid: Pengurusan maklumat peribadi pelajar dapat disimpan, di proses atau dikeluarkan pada bila-bila masa oleh sesiapa juga sama ada pelajar sendiri, guru, pengetua atau pegawai-pegawai pendidikan yang lain (SMP). Kedudukan kelas, jumlah pelajar, senarai makanan, perkhidmatan perubatan dan lokasi tempat tinggal juga boleh dikenalpasti tanpa memanggil pelajar, ibu bapa, doktor dan sebagainya.b. Perancangan, Pentadbiran dan Penyimpanan Rekod Sekolah: Penggunaan ICT juga boleh memasukkan input yang banyak tanpa sekatan samada maklumat pelajar, guru, keluarga dan maklumat-maklumat lain dan ia boleh dicetak keluar tanpa menaip semula. Dalam beberapa minit saja laporan atau maklumat ini boleh diperolehi. Perancangan sekolah juga boleh diketahui sama ada sebagai rujukan atau semakan.c. Rekod Peribadi Kakitangan: Maklumat berkaitan dengan peribadi kakitangan dapat direkod menggunakan kemudahan ICT. Maklumat ini boleh diakses atau di keluarkan, di cetak, disimpan atau di e-melkan. Contohnya Sistem Maklumat Sekolah.d. Perancangan Hadapan Sekolah: Pihak sekolah boleh merangka rancangan hadapan (blue-print) contohnya untuk lima tahun akan datang. Apakah sasaran pencapaian sekolah, guru, murid, kelas dan sebagainya. Sistem pengkalan data sekolah juga membantu untuk pengurusan kurikulum. Guru-guru boleh menyelaraskan aktiviti sekolah termasuk subjek, kelas tambahan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya dengan hanya klik dipanel komputere. Penilaian dan Pembangunan Kakitangan: Tugas membuat penilaian kakitangan sangat kompleks dan ada kalanya pengurus atau pentadbir sukar membuat keputusan. Menggunakan statistik pencapaian, kursus, kebolehan akademik, kecemerlangan peribadi dan sebagainya dapat membantu keputusan yang tepat. Begitu juga dalam memilih kakitangan untuk berkursus, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.f. Jadual Waktu Sekolah: juga dapat diseragamkan dengan menggunakan sistem yang sesuai. Ia dapat juga menyelaraskan penggantian guru dan memastikan tiada kelas yang tanpa guru dalam waktu belajar. Maklumat Murid Rekod Pencapaian Murid Rekod Kehadiran Murid Perancangan, Pentadbiran dan Tugas Penyimpanan Rekod Rekod Peribadi Kakitangan -4-
  18. 18. Penilaian & Pembangunan Kakitangan Perancangan Hadapan Sekolah Jadual Waktu Sekolah TUGAS Sumber Maklumat Kakitangan PENTADBIRAN Kewangan dan belanjawan DAN PENGURUSAN Inventori semua sumber SEKOLAH Pemeriksaan & Penyelenggaraan Automasi Perpustakaan Hari Sukan Sekolah Sistem Mesej Sekolah Rajah 3: Model Roger Crawford. (1997): IT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolahg. Sumber Maklumat Ketidakhadiran Kakitangan: Maklumat ini dapat membantu mengesan pergerakan kakitangan yang tidak hadir sama ada berkursus, menjalankan aktiviti luar sekolah, menjalankan tugas di daerah, negeri atau nasional.h. Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan: Dalam urusan pentadbiran kewangan, ia juga boleh dikawal seperti urusan pombelian dan penerimaan. Kawalan kos atau untuk memilih pembelian berdasarkan beberapa alternatif juga boleh membantu memudahkan tugas pemilihan.i. Pemeriksaan Dan Penyelenggaraan Premis: Di sekolah terdapat banyak barangan atau alat-alat yang memerlukan penyelenggaraan. Oleh itu setiap urusniaga masuk atau keluar barangan dan penyelenggaraan boleh direkod untuk tujuan pemantauan pada masa hadapan.j. Inventori Sumber: Inventori sekolah boleh dikemaskini dengan menggunakan porogram tertentu. Cara ini memudahkan penyelenggaraan tersebut seperti pembaikan, pertukaran dan pelupusan.k. Automasi Perpustakan: Sistem ini jika digunakan sangat meringankan kerja pinjaman, pengekodan, perlabelan dan mengesan kehilangan buku-buku. Automasi ini juga menyediakan kemudahan maklumat bukan buku yang boleh diperolehi daripada terminal komputer.l. Pengurusan Sukan: Aktiviti besar yang diadakan di sekolah seperti hari sukan memerlukan pelarasan kerana banyak kerja-kerja rutin yang perlu dilakukan terutamanya dalam mengumpulkan data-data keputusan. Dengan menggunakan kemudahan ICT, proses tersebut menjadi mudah. Bukan sahaja data semasa tetapi data-data sebelumnya juga boleh diakses. -5-
  19. 19. m. Sistem Mesej Sekolah: Penggunaan ICT juga memudahkan proses surat menyurat. Sama ada ia dicetak keluar melalui komputer atau boleh terus dihantar menggunakan mail elektronik. Laman web juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Penerangan- penerangan mengenai hal-hal sekolah termasuk prospektus, visi, objektif, piagam sekolah dan sebagainya juga boleh diuruskanmenggunakan kemudahan ICT sama ada terus melalui terminal atau dicetak keluar.Menyepadukan Visi ICT Dan Pendidikan:Pelbagai masalah baru kerap timbul dalam sesebuah organisasi seperti institusi sekolah. Cabaran-cabaran baru bidang pendidikan terutamanya yang berada di persekitaran sekolah sepertipenambahan saiz sekolah, pembangunan, konsep pendidikan sejagat, konsep pendidikan bertarafdunia, perkongsian maklumat dan komunikasi sering diperdebatkan. Dalam keadaan ini, sekolah-sekolah yang masih mengamalkan pentadbiran dan pengurusan secara manual tentu sekali tidakmampu menangani situasi berkenaan. Sebagai contohnya, dapatkah pihak sekolah memberikanmaklumat segera mengenai butir-butir pelajar yang ditahan oleh pihak polis dalam waktusekolah kerana melakukan perbuatan pecah rumah? Dalam situasi di atas, teknologi maklumat berupaya untuk mengesan atau memperolehimaklumat dengan kadar yang cepat dan lengkap. Maklumat yang diperolehi itu juga adalahmaklumat terikini dan bukannya maklumat asas sahaja. Di senaraikan di sini beberapa perkaralagi dalam mengulas kepentingan ICT dalam pendidikan.a. Mengatasi Kekurangan dan Penyebaran Maklumat: Kesukaran mendapatkan maklumat yang begitu banyak dalam konteks pendidikan hariini selalu dihadapi oleh sekolah. Kadangkala data-data yang disimpan dalam bentuk fail terbiardi atas meja, tidak kemas kini atau tidak lengkap dan tidak boleh diproses menjadi maklumat.Justeru, penerapan sistem maklumat yang bersepadu seperti penggunaan Sistem MaklumatSekolah Berasaskan Komputer dapat membantu masalah menganalisis, melihat secaramenyeluruh masalah-masalah kompleks, mencari kaedah penyelesaian, mengeluarkan prosedur-prosedur baru yang berkesan dan maklumat tersebut boleh dicetak keluar, dihantar melaui e-mailatau faksimili dengan cepat dan lengkap. Sekolah tidak dapat terlepas daripada berinteraksi dengan keadaan sekeliling khususnyamasyarakat dan terutamanya daripada ibu bapa. Sekolah juga perlu sentiasa peka dengankehendak pelajar, kehendak ibu bapa dan masyarakat tersebut. Sekolah yang dilengkapi dengankemudahan teknologi sudah pasti tidak menghadapi kesulitan menjawab panggilan telefon atauselalu menerima kehadiran ibu bapa dan masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat. Merekaboleh memperolehi maklumat tersebut terus melalui laman web sekolah atau melalui talianelektronik. Mereka tidak perlu datang ke sekolah, menunggu dan membuang waktu berbualuntuk memperolehi maklumat yang sedikit.b. Kemampuan Analitikal dalam Sistem Maklumat Sepadu: Kemampuan analitikal sistem maklumat sepadu ialah hubungan antara proses outomasidan proses pemaklumatan. Pengaplikasian komputer di sekolah pada masa depan bolehmenyokong pembuatan keputusan dalam bentuk baru. Contohnya, sistem boleh digunakan untukmengenalpasti hubungan antara data kehadiran pelajar dengan data ponteng, data skedul latihandan data pencapaian pelajar. Dalam mencapai visi tersebut beberapa langkah boleh dilakukaniaitu bermula dengan mereka bentuk sistem untuk kemasukan pelbagai input, seterusnyamengelaskan data kepada unit-unit altenatif data dan akhirnya melengkapi sistem maklumatdengan pelbagai ciri dan bentuk data seperti tahuran norminal, ordinal, nisbah interval, kualitatif, -6-
  20. 20. biogafik, sampel penulisan, jernal pelajar, maklumbalas keluarga dan sebagainya. Dalam perkaraini, ICT memberikan kelebihan kepada sekolah untuk menganalisa data yang hampir menyamaisebuah kajian atau penyelidikan. Maklumat yang berupa hasil kajian itu sangat berguna kepada semua pihak sama adapelajar, guru-guru, kalitangan, pengetua, ibu bapa dan masyarakat. Penggunaan ICT juga akanmemberi peluang memilih proses-proses analitik tersebut sebagai kaedah membuat keputusan,menyelesaikan persoalan-persoalan atau permasalahan di sekolah. Akhirnya, sistem yang bolehdisepadukan itu akan menyediakan pengguna kepada tahap-tahap untuk memperolehi semuladata atau meganalisa data.c. Pembentukan Serentak Dalam Tahap Organisasi Berbeza; Dalam konteks pendidikan khususnya yang berkaitan dengan pembelajaran,pembentukan serentak dalam tahap organisasi atau hubungan sekolah yang banyak tidak dapatdilakukan kerana kekangan masa dan jarak distinasi . Melalui penggunaan ICT dalampendidikan, cara baru dapat dilakukan di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukanoleh pusat dan semua sekolah boleh belajar secara serentak menggunakan kecanggihan ICT itu.Pelajar akan menjadi lebih aktif dengan kegiatan memberi input, memproses dan mengeluarkandata atau maklumat daripada pembelajaran secara terus (on-line) atau serentak itu.Menghubungkait Pendidikan Berasaskan Teknikal:Kesan penggunaan ICT dalam pendidikan mungkin menyebabkan kesukaran seperti memantauguru-guru yang banyak melakukan tugas yang tidak dapat dilihat secara nyata atau terlalubanyak keputusan yang hendak dilakukan. Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh menciptaatau membangun sistemnya sendiri. Pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru danpelajar mengakses maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka.Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minitpengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sistem maklumatdapat menyokong tugas-tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti.Justeru, asas teknikal dalam ICT mampu untuk menangani proses pendidikan. Sistem maklumatboleh menyelamatkan data pelajar yang begitu kompleks sebelum mengurangi bebananpentadbiran.a. Asas teknikal pendidikan: Data-data dan maklumat yang diproses kadangkala merupakan data dan maklumat yangberterusan atau berangkai contohnya ialah kad laporan presatasi pelajar, gred, data ujian tahunan,laporan perubatan dan sebagainya. Maklumat ini memerlukan laporan atau maklumat berterusan.Dengan menggunkan asas teknikal ICT, membolehkan beberapa tugas seperti pengelasan, kadarperimbangan, nisbah pengeluaran, pengulangan atau kebergantungan yang menggunakan long-linked proses dapat diuruskan.b. Memperluaskan Rangkaian Maklumat: Pihak pentadbiran dan pengurusan pendidikan juga sering menghadapi masalahkehilangan data-data penting terutamanya data berterusan. Asas teknikal dalam organisasipendidikan sebenarnya berfungsi menstrukturkan data-data dan proses pengantara untukmenjadikan sistem maklumat berhubungan antara satu dengan yang lain seterusnyamemaksimakan potensi organisasi. Rakan sekolah dapat mengumpul data, mengautomatikkanproses dan memaklumatkannya untuk tugas dipelbagai tahap pembuat keputusan dan di pelbagaiperingkat pengurusan sekolah. Dengan maksud yang lain, semua pihak dalam organisasi bolehberkongsi maklumat dan data tetapi mereka memprosesnya untuk memperolehi keputusan yang -7-
  21. 21. berbeza di tempat yang berbeza. Dengan itu juga, persoalan untuk kehilangan maklumat tidakterjadi kerana perkongsian maklumat membolehkan kawalan untuk mengesan semula danmemperolehi semula maklumat-maklumat tersebut. Maklumat yang kita simpan mungkin tidakkita gunakan tetapi boleh digunakan oleh orang lain untuk tujuan tertentu.c. Membina Sistem: Perkara penting apabila ICT dapat digunakan dalam pengurusan pendidikan ialahkebolehan untuk membangun atau mencipta sisitem berdasarkan asas teknikal. Maksudnya,organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya sendiri. Pembangunan sistemdi sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses maklumat dalam mempertingkatkanproduktiviti atau pencapaian mereka. Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesanproses pembelajaran pada setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun.Dari sudut yang lain, sistem maklumat dapat menyokong tugas-tugas asas teknikal dan memberikesan kepada tahap produktiviti.Inovasi Pendidikan:Inovasi merupakan salah satu perspektif penting dalam pendidikan dan pembangunan sekolah.Kepentingannya lebih nyata dari segi pembaharuan dan peningkatan kualiti pengajaran,pembelajaran, kurikulum, pengurusan sekolah, budaya dan sistem penilaian sekolah. Dari aspekpengurusan sekolah inovasi akan lebih terserlah jika seiring dengan pembangunan ICT. Inovasikhususnya inovasi dalam teknologi memberikan kesan dan perubahan dalam pelaksanaanpentadbiran sekolah, serta mutu pengajaran. Inoivasi dalam pendidikan adalah untuk menjadikanpengajaran dan pembelajaran lebih inovatif, kreatif, menarik dan bermakna. Dalam banyaknegara membangun, inovasi merupakan satu agenda untuk memperbaiki produktiviti dan kualitiperkhidmatan terutamanya dalam merubah pencapaian individu dan syarikat dan berjaya dalampersaingan dunia. Dalam bidang pendidikan, pengurusan yang inovatif menjadi penting dalam menyokongperubahan organisasi pendidikan dan pembangunan. Inovasi juga satu strategi menjadikansekolah satu tempat belajar paling baik untuk pelajar. Selain itu ia juga mempengaruhi strategisekolah, struktur, budaya, kepimpinan, pengurusan personnel dan operasi. Bidang ICT memberi sokongan kepada inovasi melalui penyediaan perkakasan danperisian untuk membina modul, rancangan mengajar, kaedah mengajar, sumber pelajaran danmenyediakan bahan-bahan mengajar. Penggunaan komputer dengan perisian power point dandisambungkan kepada LCD kemudian dipamerkan diskrin besar adalah sangat lebih baik,menarik dan merangsang motivasi pelajar berbanding menghadap buku teks, melihat papan putihdan menyalin perkataan. Pelajar boleh meminta guru mencetak keluar bahan tersebut ataumenyimpannya di dalam disket dan boleh dilihat semula di rumah. Implimentasi ICT dalam pengurusan pendidikan juga dapat memperkayakan pengajarandan pembelajaran melalui inovasi berasaskan pengetahuan, inovasi teknologi membentukkurikulum, pembelajaran menggunakan komputer dan sebagainya. Pelajar-pelajar dan guru bolehmendapatkan maklumat lebih daripada yang terdapat dalam buku teks, atau sumber-sumbersekolah yang terhad melalui penggunaan ICT. Melayari internet untuk mendapatkan artikel,jernal, kajian, soalan peperiksaan, nota rujukan dan sebagainya merupakan satu pembaharuandalam budaya pembelajaran. Dalam keadaan ini, inovasi bidang ICT tidak terbatas oleh keadaankawasan atau geografi. Inovasi pendidikan mampu menghadapi pembangunan dan perubahandalam arus teknologi maklumat. Konsep ‘pendidikan sejagat’ memberikan pendedahanpendidikan dengan dunia luar yang mendominankan perkongsian maklumat. -8-
  22. 22. Kepentingan dalam tindakbalas yang lebih berkesan terhadap perubahan kehendakmasyarakat:Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang telah menerima kamajuan tamadun sebagai saturealiti dalam kehidupannya. Pembudayaan ICT dalam kehidupan juga telah semakin menular danberleluasa sehinggakan peredaran maklumat tidak dapat dibendung. Keadaan ini sebenarnyaadalah positif. Aplikasi dan implimentasi ICT di sekolah juga merangsang kepada tindakbalasatau perubahan kepada masyarakat. Jika pihak keluarga pelajar atau masyarakat umum inginmendapat tahu mengenai pencapaian sekolah, aktiviti sekolah, laporan-laporan, laporan majalahsekolah dan sebagainya, pihak pengurusan atau pentadbir boleh menyarankan merekamendapatkannya melalui internet. Berikan sahaja kepada mereka alamat web, contohnyahttp:///www.smktar.com.my. Masyarakat akan terangsang untuk mendapatkan kemudahan IT.Pelajar juga tidak perlu untuk menandatangani laporan kad kemajuan, sebaliknya boleh responkepada laman web untuk mendapatkan maklumbalas.. Dalam keadaan tertentu, perubahan pembangunan dalam masyarakat pula yangmenyebabkan institusi pendidikan dan sekolah terpaksa merubah budaya tradisi dan manualkepada teknologi dan digital. Sekolah berhadapan dengan masyarakat berilmu pengetahuan.Sebagai asas pembentukan masyarakat berilmu sepatutnya sekolah mendahului bidang-bidanglain dalam teknologi maklumat ini. Justeru, sekolah-sekolah yang masih ketinggalan sepatutnyamerubah budaya sekolah mereka dan menjadikan ICT sebagai keperluan wajib untuk menanganiperubahan masyarakat. Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari adalah contoh inisiatif untukmerubah budaya dan iklim sekolah corak tradisi kepada corak berteknologi maklumat. Sekolah-sekolah yang tidak berpeluang ditaja oleh kementerian menjadi sekolah perintis bestari turut jugadigalakkan dengan inisiatif sendiri dan sokongan sektor awam atau korporat membangunkan ICTdi sekolah sesuai dengan cita-cita negara menjadikan pendidikan yang bertaraf dunia.PENUTUP: Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakinmencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadandaripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolahmenerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan.Walaupun mungkin terdapat halangan-halangan seperti kekurangan kepakaran dan pengetahun,namun apabila ICT sudah menjadi darah daging, ia akan lebih memudahkan tugas dan kerjapengurusan dan pentadbiran. Dalam jangka masa yang lama, ICT akan menjadi tools dan lebihberkesan daripada peralatan fizikal lain seperti mesin taip, fail, rak fail atau almari fail. BIBLIOGRAFI:Buku-buku:Alvin Tofler (1980), The third wave, Bantam Books, New York.Ben-Zion Ben-Zion, Moshe Telem & Yaffa Gev.(1995). Information technology in educational management, Chapman & Hall, London: TJ Press Ltd. -9-
  23. 23. Cats-Baril, W. & Thomson R. (1997), Information technology and management, Chicago: Times Mirror Books.Crawford, R. (1997) Managing information technology in secondary schools. Routledge, London.Dennis Longley & Micheal Shain (1985), Mc Milan Dictionary of information technology, Mc Millan Press, London.G.S.Rao, A.K.Rao, Zuraini & Wan Fauzi (1991). Pembelajaran Berbantukan Komputer, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.Loudon, K.C. & Loudon, J.P. (2002). Management Information System (Ainin, Shamshul & Siti Rohani, terjemahan),. Petaling Jaya. (Buku Asal diterbitkan pada tahun 2000 oleh Prentice Hall, Inc. 6th ed.) Terbitan Pearson Malaysia Sdn.Bhd.Loudon K.C. & Loudon J.P. (1998) Management information systems: New approaches to organization and technology, New York: Printice Hall International, Inc.Lucas, H.C. (2000). Information technology for management .(7th ed.). McGraw-Hill Inc. New York.Lynn Myring & Ian Graham (1998), The new technology, Usborn, EDC Publishing, Oklahoma, USA.Mokhtar Ahmad (1999) Pengenalan Teknologi Maklumat. Thinkers Library Sdn.Bhd. K.Lumpur.Newmen, W.H. (1963) Administrative Action . Prentice Hall Inc. Englewood Clifts, New Jersey.Roger Carter, (1989), Student guide to information technology, Heinemann Newnes, Oxford, Great Britain.Sumazly S. & Noraida A. (2002), Sistem kompuetr dan aplikasi, Mc Graw Hill, K.Lumpur.Walker D.W. (1988), Computer based information system – An introduction, Pergamon Press Pty. Ltd. Australia.Artikel dan Jernal:Abdullah Md Yatim, (1999), Perkembangan internet dan implikasiterhadap suasana pengajaran sekolah, Jernal Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.A.R. A.Rashid, (1999) “Innovation in education and school development”, Issues in Education Journal, 1999, Jld.22: 95-110. - 10 -
  24. 24. C.J Patrik Nolan (1995), The development of computer assisted school administration in New Zealang: A case study, Information technology in education Ben-Zion Barta, Moshe Telem & Yaffa Gef, Chapman & Hall, London. Ms 235-237.Fulmer C.L. (1995),”Maximizing the potential of information technology for management: Strategies for interfacing the technical core of education” Information Technology in education management, Edit by Ben-Zion Bartha, Moshe Telem & Yaffa Gev, Chapman & Hall. Great Britain.p3-8.I.D. Selwood, (1995), The development of ITEM in England and Wales, Information technology in education Ben-Zion Barta, Moshe Telem & Yaffa Gef, Chapman & Hall, London. Ms. 85-92.Ian Selwod, Phil Wild & Daniel Millin (1995), Introduction of information technology in school management: Approaches, Preparation, Human & Political Aspects; Information technology in education Ben-Zion Barta, Moshe Telem & Yaffa Gef, Chapman & Hall, London. Ms 235-237.J.A. Phillips, (2002) “Peningkatan kualiti pengurusan dan pentadbiran pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)”, Dasar Pendidikan Progresif, Editor: Sufean Hussin, Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd, K.Lumpur. ms. 171- 182.N.Sternheim (1995), The computer as a decision making tool in the junior high school, Information technology in education Ben-Zion Barta, Moshe Telem & Yaffa Gef, Chapman & Hall, London. Ms 235-237.Visscher, A. “Information technology in educational management as an emerging discipline,” International Journal Of Educational Research, 1996, 25 (4): 291-306.Media Elektronik:Dane K. Peterson, Computer; Ethics, Rules, Information Technology & People Journal, (2003, Januari 30) 15 para, pp346-361, http://dandini.emerald-library.comJudith Y Weisinger, Ieen M Trawth,, Information Technology & People Journal, (2003, Januari 30) 10 para, pp306-320, http://dandini.emerald-library.com - 11 -
  25. 25. Jabatan Perdana Menteri, Perspektif Wawasan 2020, Latar belakang: 24/12/2002, 4 para. http://www.smpke.jpm.my/Rancangan Web/Rancanganm. nsf.Jabatan Perdana Menteri, Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000) Bab 14: Teknologi Maklumat, 24/12/2002, 6 para. http://www.smpke.jpm.my/Rancangan Web/Rancanganm. nsf.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , The Malaysian Smart School Blueprint: The Conceptual Model (2003, January 9), [3 paragraphs], http://www.geocities.com/Athens/Olympus/1512/blueprint/bpcm.htmlKemeterian Pendidikan Malaysia, Sekolah Bestari: Objektif Sekolah Bestari (2003, Januari 13) [1 paragrapfs] http://www.moe.edu.my/smartschool/neweb/objektif.htmMary Beth Watson, Manheim, Katherine M Chudoba & Kavin Crawson, Information Technology & People, Jp-191-209, (2003, Januari 30), http://dandini.emerald-library.comWilliam V Rapp, Information technology Strategies: How leading firms use IT to gain andadvantage, Journal of information, law & technology, (jilt) 2002(3) Dis 6, 2002,http://elj.warwick.ac.uk/jilt/02-3/anderson.html. - 12 -
  26. 26. KEBERKESANAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI KALANGAN PELAJAR – PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH, BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARULAMAN Saari Yazit Azizi Hj. Yahaya UTM Johor Amr Hamzah Bin Abdul Abd Razak Abd Manaf Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah No Fak049285779 amir1353@e-web.uum.edu.my AbstrakLatihan industri merupakan satu daripada program kurikulum pendidikan politeknik diMalaysia. Pelajar di politeknik akan diwajibkan untuk menjalani latihan industri di sektorswasta ataupun kerajaan. Namun begitu, adakah objektif latihan industri ini tercapai danberkesan kepada pelajar. Kajian projek ini tertumpu kepada mengkaji keberkesanan latihanindustri di kalangan pelajar- pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, BandarDarulaman, Jitra, Kedah Darulaman. Aspek yang dikaji ialah Kesesuaian kurikulum,kerjasama pihak industri, kesesuaian tempat latihan dan penyeliaan oleh Unit Latihan danPerhubungan Industri . Satu set borang soal selidik diberikan kepada 146 orang pelajar disemester 4. Satu kajian rintis telah diadakan oleh 10 orang pelajar bagi mengesahkankebolehpercayaan soalan. Alat kajian yang digunakan ialah satu set borang soal selidik yangdiberikan terus kepada sample kajian. Data yang di perolehi di analisis dengan komputerprogram SPSS 7.5. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa latihan industri ini berkesankepada pelajar - pelajar yang menjalani latihan. Walaupun begitu keberkesanan latihanmasih kurang kerana faktor pensyarah masih kurang membuat lawatan industri.Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, pihak Unit Latihan dan Perhubungan Industrimembuat lawatan sekurang – kurangnya sekali dalam masa 6 bulan dibuat kepada tempat-tempat latihan industri untuk menjadikan latihan industri lebih berkesan.Pengenalan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan antara negara membangun yangsedang bergerak kearah kemajuan. Pencapaiannya telah diiktirafkan oleh seluruh duniadalam perbagai bidang. Dr. Mahathir dalam kertas kerja Perdana Menteri, ( Malaysia : TheWay Forward) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 – 2000 dapatdianalisiskan tentang apa yang akan berlaku kepada kemajuan, aspek-aspak masyarakatMalaysia terutamanya terhadap aspek pekerjaan, teknologi, pendidikan dan perkembangandan penyebaran maklumat. Oleh kerana hendak menyahut seruan kerajaan maka Kementerian Pendidikan telahmendirikan beberapa buah Politeknik. Politeknik Ungku Omar adalah politeknik yangpertama dibina iaitu pada tahun 1969. Seterusnya dalam Rancangan Malaysia yang ke Enam,Lima buah politeknik lagi telah dibina. Kesemua politeknik ini adalah di bawah kelolaan 9
  27. 27. Jabatan Pendidikan Teknikal, Pada masa ini terdapat sepuluh buah politeknik yang sedangberoperasi iaitu :- i) Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. ii) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. iii) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuatan, Pahang. iv) Politeknik Kuching, Sarawak. v) Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan. vi) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. vii) Politeknik Shah Alam, Selangor. viii) Politeknik Pasir Gudang, Johor. ix) Politeknik Permatang Pauh, Pulau Pinang. x) Politeknik Kota kinabalu , Sabah Tujuan kerajaan mendirikan politeknik ini adalah untuk menampung lepasan SPMdan SPMV. Mereka ini akan dilatih bagi melahirkan sumber tenaga kerja separuh mahirdalam bidang perakuanan, kejuruteraan dan pengurusan. Tenaga kerja dalam tiga bidang iniamat diperlukan oleh pihak kerajaan dan juga swasta.( Berita Politeknik 1990 ). Di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (POLIMAS) beberapa kursusperingkat sijil dan diploma telah di tawarkan. Antara kursus-kursus yangditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal danjuga Perdagangan. Di sini responden akan disediakan dengan matapelajaran teori,matapelajaran amali dan juga latihan industri selama 6 bulan di firma kerajaan dan swasta.Selama menjalani latihan industri responden akan didedahkan dengan suasana kerja yangsebenar.Latarbelakang Masalah Pendidikan di politeknik adalah selepas responden tamat tingkatan lima dengankeputusan peperiksaan yang baik. Di POLIMAS responden akan memilih bidang kursusyang mereka minati. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mempunyai empatjabatan utama iaitu :- i. Jabatan Perdagangan, ii. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,iii. Jabatan Kejuruteraan Elektrik iv. Jabatan Kejuruteraan Awam. Dalam tiap-tiap jabatan ini terdapat Unit-Unit kecil yang mengendalikan kursusmasing-masing. Responden yang mengambil kursus seperti yang dinyatakan di atas akanberada di POLIMAS selama dua semester untuk menghadiri kuliah – kuliah pengajaranseterusnya apabila pelajar ini berada di semester tiga mereka akan diwajibkan menjalanilatihan industri. Pihak politeknik perlu memastikan yang objektif latihan industri akan tercapai. Diantara objektif latihan industri ialah:- i. Mendedahkan pelajar kepada jenis pekerjaan, suasana persekitaran dan suasana kerja yang terdapat di industri dan organisasi. ii. Memberi peluang kepada para pelajar memperolehi kemahiran pada kesempatan yang seawal mungkin.iii. Memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajardan menggalakkan mereka berinteraksi dengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat. iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kelas dengan praktikal diindustri. 10
  28. 28. Penyataan Masalah.Kurikulum pendidikan merupakan pembelajaran secara teori dan amali yang diperolehi diPoliteknik dan ianya perlu disesuaikan dengan kehendak dan keperluan firma. Ini akan dapatmembantu serta memudahkan pelajar melakukan kerja-kerja praktikal semasa latihanindustri. Pihak POLIMAS pula perlu memastikan boohoo kurikulum yang dijalankan selarasdengan kehendak sesebuah firma. Kerjasama dan peranan pihak industri merupakan salah satu faktor penentukeberkesanan latihan industri pelajar. Urusan penempatan para pelajar ke industri dengankerjasama pihak industri akan dapat memudahkan segala perancangan aktiviti latihan,kemudahan latihan, pengawasan serta penyeliaan ke atas pelajar. Kenyataan ini adalah selaras dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik DanVokasional, Kementerian Pendidikan, Ahmad Salleh ( 1989 ) iaitu beliau menyarankantatacara bekerjasama di antara pihak swasta dan pihak Politeknik mestilah dapatmenguntungkan kedua-dua belah pihak. Pemilihan tempat latihan atau firma bagi menempatkan para pelajar sebaiknyamengikut bidang pengkhususan mereka semasa di Politeknik. Keselarasan tempat denganbidang kursus akan membantu pelajar dapat melaksanakan latihan industri dengan berkesan.Aspek kemudahan penggunaan peralatan moden dan terkini seharusnya disediakan oleh pihakfirma. Bagi membantu pelajar menjalani latihan industri dengan berkesan penyeliaan UnitLatihan dan Perhubungan industri adalah perlu. Unit yang berkenaan hendaklah memberipenerangan awal kepada pelajar tentang objektif latihan industri. Penerangan yang jelas akanmengelakkan pelajar dari mengalami kejutan budaya daripada seorang pelajar kepada seorangpekerja. Jelasnya di sini penyeliaan dari unit amat perlu bagi menjayakan kursus ini.Objektif Kajian. Tinjauan yang akan dijalankan ini akan dapat memberi jawapan tentang keberkesananamalan latihan industri Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah dari aspek-aspekberikut:- i. Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang diajar di kuliah sesuai dengan apa yang dipraktikan di industri. ii. Mengenalpasti tahap kerjasama antara pihak industri dengan pihak politeknik bagi menjayakan program latihan.iii. Mengenalpasti penempatan pelajar di industri adalah sesuai dengan bidang kursus yang diikuti di Politeknik.iv. Mengenalpasti efektif atau tidak seliaan serta bimbingan oleh Unit Latihan dan Perhubungan Industri. Kepentingan Kajian.Dapatan daripada kajian ini adalah penting dan diharap boleh membantu pihak unitperhubungan dan latihan industri bagi mempertingkatkan keberkesaan latihan industri itusendiri. Dapatan dari kajian ini juga mungkin akan dapat memberi maklumat kepada pihakKementerian Pendidikan Malaysia terutama Jabatan Pendidikan Teknikal. Pensyarah-pensyarah politeknik serta pelajar- pelajar yang akan menjalani latihan industri.Batasan Kajian. 11
  29. 29. Kajian ini hanya melibatkan kepada pelajar semester 4 yang tamat menjalani latihanindustri. Kajian terbatas kepada 160 orang pelajar sahaja. 40 orang responden mewakili satubidang kursus yang ada di Politeknik. Penyelidik hanya mengambil responden daripada keempat- empat jabatan yang ada di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, BandarDarulaman,06000 Jitra, Kedah Darulaman.Rekabentuk kajian.Kajian yang telah dijalankan dalam penyelidikan ini melibatkan kaedah tinjauan yangberbentuk perihalan atau deskriptif. Kajian tinjauan adalah bertujuan untuk mengumpulmaklumat mengenai pemboleh ubah yang sedang dan telah berlaku. Dalam kajian inimaklumat mengenai keberkesan pelajar POLIMAS menjalani latihan industri dikaji mengikutempat persoalan daripada empat kursus yang ada.Sampel kajian.Disebabkan kekangan masa dan kos yang tinggi, maka kajian ini akan mengambil hanya 160sampel sahaja iaitu 40 orang mewakili setiap bahagian.Sampel dipilih secara sampelan tidak rawak bertujuan. Pemilihan sampel secara tidak rawakbertujuan akan membolehkan penyelidik mendapatkan satu sampel yang amat mirip kepadapopulasi (Mohamed Najib ,1997). Oleh kerana kajian ini adalah tinjaun awal, penglibatansampel yang sedikit adalah mencukupi. Penyelidik menyedari untuk mendapatkan hasil yanglebih menyeluruh, lebih banyak sampel perlu dilibatkan.Intrumen Kajian.Dalam kajian ini instrumen yang akan digunakan ialah soal selidik. Soal selidik digunakanuntuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang, Kesesuaian kurikulum teori danamali, kerjasama pihak firma, kesesuaian tempat latihan dan penglibatan Unit latihan danperhubungan industri kepada pelajar mengikut kursus masing-masing.Kajian Rintis.Dalam soal selidik yang telah dibuat penyelidik telah mencari nilai koefisen untuk 4persoalan kajian dan nilai koefisien keseluruhan item soalan. Sebanyak 10 sample telahdigunakan untuk membuat kajian rintis ini. Penyelidik menggunakan SPSS 7.5, Scale(ALPHA) untuk mendapat nilai koefisien. Untuk persoalan kesesuaian kurikulum yangmengandungi 6 item soalan nilai koefisien ialah 0.6267, persoalan bagi kerjasama pihakindustri dengan 6 item soalan nilai koefisiennya ialah 0.7663, persoalan bagi kesesuaiantempat latihan dengan 5 item soalan nilai koefisien ialah 0.7058 dan nilai koefisien bagipenyeliaan pensyarah ialah ialah 0.7575 mengandungi 5 item soalan. Untuk nilai koefisienbagi keseluruhan 22 soalan kaji selidik yang dibuat pula nilainya ialah 0.8890.RUMUSAN DAPATAN v. Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang diajar di kuliah sesuai dengan apa yang dipraktikan di industri. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar semester 4 di POLIMAS yang mengikutilatihan industri di semester 3 bersetuju secara keseluruhannya bahawa kurikulum POLIMASsesuai dan mengikut kehendak industri. Hasilnya menunjukkan 68.0% responden bersetuju 12
  30. 30. bahawa kurikulum tersebut sesuai dengan kehendak industri. Matlamat atau tujuan objektiflatihan industri ialah memberi pendedahan kepada pelajar untuk suasana kerja yang sebenar Walau bagaimanapun untuk enam item yang dianalisis keputusan bersetuju yangdidapati pada setiap item adalah seperti berikut seramai 78.0% bersetuju yang kuliah dankerja amali membantu mereka menjalani latihan, 75.0% bersetuju yang latihan berkaitandengan bidang kursus, 80.0% bersetuju yang latihan berkaitan dengan bidang kursus, 72.0%bersetuju yang bidang latihan sesuai dengan bidang kursus, tetapi hanya 21.0% bersetujumenyatakan pengetahuan teori yang diperolehi sebelum menjalani latihan mencukupi danseterusnya 72.0% responden yang bersetuju menyatakan latihan industri membantu dalamkuliah dan amali di semester sekarang. Apabila dikaji untuk kesesuaian tempat latihan industri di sektor kewangan,kejuruteraan, pembinaan, pengeluaran dan perundingan didapati sektor kejuruteraan dansektor pengeluaran mempunyai jumlah responden yang paling ramai bersetuju iaitu 89.0%dan 79.0%. Keadaan ini dapat dilihat kerana untuk kedua-dua sektor ini paling ramaimenerima jumlah pelajar untuk dilatih, iaitu 72.0 % dari jumlah keseluruhan 146responden. Analisis data menunjukan hanya 21.0% responden yang bersetuju bahawapengetahuan dan teori mencukupi sebelum mereka menjalani latihan industri. Peratusan yangrendah ini ada hubungkait dengan sektor kewangan 64.0% responden tidak setuju dan jugasektor kejuruteraan 90.0% responden tidak bersetuju.Mengenalpasti tahap kerjasama antara pihak industri dengan pihak politeknik bagimenjayakan program latihan Dari keseluruhan enam item yang dikaji dalam persoalan mengenai kerjasama antara pihakindustri, tugas yang diberikan berkaitan dengan kursus menunjukkan 72.0% respondenbersetuju, kakitangan lain sentiasa membantu menunjukkan seramai 92.0% bersetuju,seterusnya seramai 82.0% bersetuju tentang hubungan baik antara penyelia denganresponden, manakala seramai 41.0% bersetuju bahawa pihak industri menyediakanperancangan kerja kepada mereka, seramai 85.0% pula bersetuju yang pihak industrimemberi peluang kepada mereka menggunakan segala peralatan dan keperbagaian aktivitilatihan seramai 60.0% responden yang bersetuju. Manakala purata keseluruhan respondenyang bersetuju ialah seramai keseluruhannya berjumlah 71.0%. Analisis untuk item 3 mendapati hubungan antara penyelia pelajar adalah amatbaik iaitu 82.0% responden yang bersetuju. Namun begitu bagi item mengenai persediaan dan perancangan pihak industrikepada pelajar dan item mengenai pihak industri memperbagaikan jenis kerja kepada pelajar,data menunjukkan peratus yang bersetuju hanya mencapai 41.0% dan 60.0%. Data ini dapatdilihat kerana bagi pelajar yang berlatih di sektor pengeluaran iaitu sebanyak 39.0% dansektor kejuruteraan sebanyak 33.6% mereka hanya berlatih bekerja sebagai juruteknik dibahagian penyengaraan. Oleh kerana itu pengkaji berpendapat responden hanya bertugasapabila ada kerosakan sahaja.Mengenalpasti penempatan pelajar di industri adalah sesuai dengan bidang kursusyang diikuti di Politeknik.Dalam persoalan ini mengandungi 5 item soalan bagi menjawab persoalan mengenaikesesuaian tempat kepada pelajar. Peratus keseluruhan yang bersetuju bagi persoalan ini 13
  31. 31. adalah 65.0%. Keseluruhan responden bersetuju menyatakan tempat latihan adalah sesuaidengan bidang kursus mereka di POLIMAS. Item yang paling ramai menyatakan respondenbersetuju iaitu mengenai penyesuaian diri responden dengan tempat latihan. Antara Faktoryang membuatkan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan tempat latihan ialah kerjasamayang diberikan oleh tempat latihan dan juga kurikulum pendidikan itu sendiri yang mengikutkehendak industri. Persekitaran tempat latihan dan kerja adalah baik menunjukkan Seramai 83.0%responden bersetuju dengan kenyataan ini. Keadaan tempat latihan ini juga merupakan salahsatu sebab kerja yang dilakukan oleh pelajar berkualiti dan ianyamenjadikan latihan industri pelajar berkesan. Tempat latihan yang faktor-faktorpersekitarannya dalam keadaan yang baik akan membuatkan pekerja atau pelajar yangmengikuti latihan industri berada dalam keadaan kerja yang selesa. Dari kajian yang dibuatsepanjang latihan industri yang dibuat oleh pelajar POLIMAS tidak terdapat kemalanganyang berat berlaku. Ini menunjukkan tempat latihan industri pelajar berada dalam keadaanbaik dan firma-firma tersebut mementingkan keselamatan kerana dapatan dari respondenmenyatakan 83.0% bersetuju. Analisis untuk item berkenaan dengan minat untuk responden untuk bekerjasemula di firma yang sama dengan tempat latihan industri menunjukkan jawapan yangnegatif kerana hanya 15.7% bersetuju. Daripada itu jumlah responden yang tidak pasti ialahseramai 52.0% dan jumlah responden yang tidak bersetuju ialah seramai 33.0%. Olehkerana peratus tidak pasti melebihi peratus responden yang bersetuju penyelidik merasakanantara sebab responden memberikan jawapan yang demikian ialah kerana analisis umurresponden menunjukkan mereka masih berada dalam lingkungan umur antara 20 tahun.Mengenalpasti efektif atau tidak seliaan serta bimbingan oleh Unit Latihan danPerhubungan Industri Persoalan terakhir yang akan dibincangkan ialah mengenai tahap penyeliaanpensyarah dari Unit Latihan dan Perhubungan Industri (ULPI) kepada pelajar. Bimbingan danpenerangan yang jelas sebelum dan semasa pelajar menjalani latihan industri memainkanperanan yang penting kerana pelajar-pelajar ini masih muda dan ada yang belum pernahmemasuki alam pekerjaan. Analisis data untuk item ini hanya menunjukkan 50.8% yang bersetujumenyatakan penyeliaan dari pensyarah Unit Latihan dan Perhubungan Industri adalahmencukupi. Dapatan kajian menunjukkan seramai 79.0% responden mengatakan pensyarahmemberikan penerangan yang jelas kepada mereka. Berbanding 58.9% yang mengatakanpensyarah susah ditemui. Berdasarkan kajian daripada jadual waktu pensyarah ULPImenunjukkan selain mengendalikan dan menyelia latihan industri mereka juga dikehendakimengajar antara 13 hingga 15 waktu seminggu dan juga tugas-tugas sampingan lain. Faktor kekurangan guru jugalah yang mengakibatkan lawatan pensyarah ke tempatlatihan menunjukkan hanya 19.1 % responden yang mengatakan mereka bersetuju. Ramaipelajar hanya mengharap penerangan oleh pensyarah sebelum menjalani latihan dan semasamenjalani latihan kerana mereka hanya dibiarkan seratus peratus kepada penyelia mereka ditempat latihan industriRumusan Kajian. 14
  32. 32. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat keberkesanan latihanindustri yang dijalankan di kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,Jitra, Kedah Darulaman. Berdasarkan empat persoalan yang dikaji iaitu mengenai kesesuaian kurikulumdengan kehendak industri, kerjasama pihak industri, kesesuaian tempat latihan industri danpenyeliaan dari pensyarah Unit Latihan dan Perhubungan Industri pengkaji mendapati hanyapersoalan ke empat iaitu mengenai penyeliaan pensyarah sahaja yang mendapat peratusansetuju yang sedikit iaitu sebanyak 50.8%. Dapatan kajian mendapati pelajar yang menjalani tempat latihan di sektorpengeluaran dan kejuruteraan paling kurang diselia oleh pensyarah iaitu sebanyak 65.0% dan57.1%. Kajian untuk tiga persoalan yang lain menunjukkan kesemuanya bersetuju bahawalatihan industri yang diikuti oleh mereka amatlah berkesan kerana peratusan dapatanbersetuju melebihi 60.0 %.5.3 Cadangan dan Tindakan Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan bagi kajian ini didapati peratusankeberkesanan masih kurang. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan bagi membaikikeberkesanan latihan industri antaranya ialah: i. Pengetahuan dan teori yang diberikan kepada pelajar semester 1 dan 2 hendaklah mencukupi sebelum mereka menjalani latihan industri pada semester 3. Kurikulum Politeknik hendaklah diubah mengikut kesesuaian kursus dan kehendak industri. Pensyarah-pensyarah berpengalaman dan pegawai-pegawai dari industri bolehlah dilantik menjadi jawatankuasa pembina kurikulum. ii. Pihak Unit latihan dan Perhubungan Industri hendaklah menyenaraikan objektif dan matlamat latihan industri kepada firma-firma yang berkenaan. Ini untuk memudahkan mereka merancang jadual kerja kepada pelajar sebelum latihan dibuat. iii. Pihak industri pula hendaklah memperbagaikan jenis kerja kepada pelajar supaya mereka tidak mudah jemu. Keperbagaian kerja akan membantu pelajar menambahkan pengetahuan dalam perbagai hal. iv. Tempat latihan industri hendaklah diletakkan sedekat yang boleh dengan kediaman pelajar. Ini akan membantu mereka kerana kos hidup yang tinggi dan ada pelajar yang menerima elaun latihan dari RM0.00 hingga RM 100.00 sahaja sebulan. v. Pihak industri eloklah secara tak langsung menyenarai pendek nama –nama pelajar yang menjalani latihan industri dan mempunyai potensi yang baik ditawarkan bekerja semula selepas tamat pengajian. vi. Lawatan industri hendaklah dibuat kepada pelajar sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan semasa pelajar menjalani latihan. Bimbingan dan penyelian perlu diberikan kepada pelajar semasa latihan supaya masalah mereka dapat diatasi segera sebelum latihan mereka tamat.5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan Memandangkan hasil dari kajian ini mendapati responden bersetuju bahawa latihanindustri telah meninggalkan kesan yang baik kepada pelajar maka perlulah kajian-kajian lainjuga dibuat untuk meningkatkan lagi keberkesanan latihan industri. Antara kajian yangpengkaji rasa perlu dijalankan ialah : i. Tinjauan terhadap pandangan firma latihan industri kepada pelajar POLIMAS yang menjalani latihan industri. 15
  33. 33. Pengkaji merasakan kajian mengenai pandangan pihak firma kepada pelajar yangmenjalani latihan industri adalah perlu kerana rasionalnya ialah dengan mendapatmaklumbalas dari pihak industri pihak POLIMAS dengan bantuan Unit Latihan danPerhubungan Industri akan dapat mengatasi masalah yang timbul. Masalah – masalah iniakan dapat diatasi sebelum pelajar menjalani latihan industri lagi. Apa yang dimahukan olehfirma kepada pelajar akan dapat dikenalpasti dan dipenuhi oleh pihak POLIMAS denganmemberi bimbingan kepada pelajar.5.5 Penutup. Latihan industri adalah satu program dalam kurikulum politeknik bagi menambahkanilmu dan mengalami sendiri keadaan kerja sebenar. Oleh yang demikian gabungankurikulum, kerjasama, tempat dan juga pensyarah adalah amat penting bagi membantupelajar. Oleh kerana tujuan politeknik adalah untuk melahirkan juruteknik-juruteknik yangcekap maka objektif ini boleh dicapai dengan usaha bersama politeknik dan firma berkenaan.Semoga latihan industri pelajar sentiasa menambahkan ilmu dan ada keberkesanannya.RujukanAbd Aziz Alang Sari (1996). Kesesuaian tempat latihan industri bagi pelajar kejuruteraan jentera di PUO, Ipoh. Tesis Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.Abd Rani Abd Manan ( 1992). Sejauh mana program latihan industri yang diikuti oleh pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan awam di PUO, Ipoh,bersesuaian dengan pengkhususan berkenaan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan. Falkulti Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.Azizi Yahaya, (1997). Keberkesanan perlaksanaan program kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia berdasarkan model KIPP . Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Falkuti Pendidikan. Universisti Putra Malaysia. Tidak Diterbitkan.Mohd Asri Ngosman (1995). “ Perlindungan Perkeso”, Bacaria. 16 OgosMohd Salleh Lebar ( 1996). Perkembangan dan haluan Kurikulum Pendidikan diMalaysia. Edisi Pertama. Kuala Lumpur : Berita Publishing sdn BhdMoritani Masanori (1981) Teknologi jepun . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka,Saravanam a/l Rama Krisnan (1997) Keyakinan guru-guru yang telah mengikutikursus dalam pengajaran matapelajaran di sekolah-sekolah akademik di Negeri Sembilan dan Melaka. Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Falkulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkanSiti Salbiah Ahmad Shaari (1995) , Satu Kajian kes, Politeknik Sultan Abdul HalimMu’adzam Shah. Tidak diterbitkan. 16
  34. 34. Tyler R. W (1949). Prinsip Asas; Kurikulum dan Pengajaran. Diterjemahkan olehKamaruddin dan Hazil (1991). Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. ( teks asal dalam bahasa Inggeris)Wan Azmi Ramli ( 1984). Latihan satu hala cara profesional.Pulau Pinang : FajarBaktiZainal Abidin Ahmad ( 1985). Matlamat dan peranan kurikulumdalam pembentukan individu dan pembangunan negara. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia.18 (1-3); 78 – 80. 17
  35. 35. MENTAL TOUGHNESS PROFILE AS ONE OF PSYCHOLOGICAL PREDICTORS OF INJURIES AMONG MALAYSIAN PROFESSIONAL FOOTBALL PLAYERS Anizu, M.,1 Kumaraswamy, N.,2 Singh, R.3 & Rusli, M.4 AbstracInjury is one of the common occurrence one can observe in most of the sports and games, whichcan occur either by accident or intentionally. There are many reasons for the factors occurrenceof injuries and that psychological aspect can be considered as one of the factors. Therefore, theobjective of the study is to determine whether mental toughness can be used as psychologicalpredictors of athletic injuries in Malaysian football players involved in the 2001 MalaysianProfessional Football League. A descriptive method of research was used to determine thepsychological predictors of injury among the selected state team players. A pilot study wascarried out to test the validity and reliability of the questionnaire. Cluster sampling was used toget the actual number of subjects. Based on this sampling method, all teams were clustered intofive groups (North, South, East, West and East Malaysia). From these five groups, two teamsfrom each cluster were randomly picked. All players in each team were recruited (25 playerseach team x 10 teams = 250 players). Questionnaires, observation, and interview were theinstruments used in determining psychological predictors of injuries. Chi-square test was usedto know the association between injured and non-injured players and injuries. Then, univariateand Multivariate Logistic Regression was also used to identify the psychological predictors ofinjuries by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0 for windows.This study indicated that majority of the Malaysian professional football players involved inMalaysia Football League have problems with mental toughness. Most of them have pooremotional stability with poor impulse control. Analysis also showed that these players had thehighest incidence of injuries. In conclusion, the results indicated that mental toughness can beused as one of the psychological predictor of injuries in Malaysian Professional FootballPlayers. It is recommended that these players attend awareness programme and also educatethem with stress and mental toughness. Keywords: mental toughness, psychological predictor, athletic injury, professional football.1 Department of Social Education, Faculty of Education, UTM Skudai.2 Department of Psychiatry, USM Kubang Kerian.3 Sport Science Unit, USM Kubang Kerian.4 Department of Community Medicine, USM Kubang Kerian. 18

×