Dasar tabung pup

1,332
-1

Published on

Published in: Business, Technology
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
  • - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
1,332
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dasar tabung pup

  1. 1. DASARPROGRAM TABUNG PEMBANGUNAN USAHANIAGA PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
  2. 2. TUJUANKertas ini disediakan bagi menerangkan Dasar Program Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) yang akan dilaksanakan dalam tahun 2011-2015
  3. 3. MATLAMAT PROGRAM TPUPi. Menyediakan sumber pembiayaan secara pinjaman tanpa faedah kepada usahawan peladang untuk meningkatkan tahap pengeluaran, perkhidmatan dan pemprosesan dalam bidang pertanian.ii. Meningkatkan kapasiti aktiviti pemprosesan (IAT) dikalangan usahawan peladang sediada.iii. Memantap penglibatan usahawan peladang dalam bidang pengeluaran dan perkhidmatan berasaskan pertanian.
  4. 4. OBJEKTIF PROGRAM TPUPi. Meningkat pendapatan bersih 1,000 usahawan peladang melebihi RM4000 sebulan berakhir tahun 2015ii. Memantapkan program mentor-mentee usahawan peladang IAT di peringkat Pertubuhan Peladangiii. Meningkatkan bilangan usahawan peladang yang menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan antarabangsa.iv. Membuka peluang program “franchise” di kalangan usahawan peladangv. Memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan Pertubuhan Peladang
  5. 5. STRATEGI PELAKSANAANi. Mengadakan hebahan melalui facebook LPP, laman sesawang LPP dan pautan, portal e-peladang dan laman sesawang PPii. Mengadakan hebahan secara umum melalui poster, brosur, risalah dan buletin mengenai kemudahan TPUP di tempat awamiii. Mempelawa secara terbuka kepada 6000 usahawan peladang yang berdaftar dengan PPiv. Mengadakan majlis pelancaran dan penyerahan pinjaman TPUP kepada usahawan peladang yang berjaya
  6. 6. SKOP PEMBIAYAAN PROJEKPROJEK EKONOMIi. Industri Asas Tani (IAT) Contoh: Penghasilan produk proses berasaskan makanan dan bukan makanan serta aktiviti sokongan IATii. Pengeluaran Pertanian Contoh: Tanaman, ternakan dan akuakulturiii. Perkhidmatan Contoh : Agropelancongan, kejenteraan ladang dan pengangkutan
  7. 7. HAD PEMBIAYAANi. Industri Asas Tani (makanan dan bukan makanan) - maksimum RM50,000ii. Pengeluaran (tanaman, ternakan dan akuakultur) - maksimum RM50,000iii. Perkhidmatan (agropelancongan - maksimum RM50,000 kejenteraan ladang dan pengangkutan)
  8. 8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN• Ahli PPK• Berumur 18 tahun ke atas• Mengisi borang permohonan TPUP dengan lengkap• Mempunyai saham minima RM200 di PPK• Mampu menyediakan sebahagian daripada modal projek• Sedang mengusahakan projek• Memenuhi skop projek yang disyaratkan• Menghadiri temuduga yang ditetapkan• Membenarkan lawatan ke tapak projek bagi tujuan penilaian
  9. 9. CARA MEMOHONi. Usahawan peladang perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan (Borang LPP 1) yang ditetapkan.ii. Permohonan perlu mendapat ulasan daripada Pengurus Besar PPK serta diperakukan oleh Mesyuarat AJP PPK.iii.Disahkan oleh LPP Negeri selepas temuduga dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang untuk kelulusan
  10. 10. MEMPROSES PERMOHONAN PROJEKi. PPK menerima borang permohonan TPUP daripada usahawan peladangii. Ulasan oleh Pengurus Besar dan perakuan oleh Mesyuarat AJPiii. Dikemukakan ke LPP Negeri untuk proses saringan dan pemilihaniv. Proses temuduga dan lawatan tapakv. Pengesahan oleh Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri
  11. 11. MEMPROSES PERMOHONAN PROJEKvi. Permohonan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang untuk kelulusanvii. Permohonan usahawan peladang dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan TPUP untuk tujuan kelulusanviii. Surat kelulusan tawaran dan perjanjian pinjamanix. Pengeluaran pinjaman melalui PPK kepada usahawan peladang
  12. 12. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKa. Kelulusan Pembiayaan i. Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang meluluskan pinjaman TPUP kepada PPK mengikut jumlah usahawan yang berjaya ii. PPK menawarkan pinjaman TPUP kepada usahawan peladang berkenaan melalui perjanjian pinjaman yang lengkap.
  13. 13. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKiii.Pembiayaan LPP kepada PPK secara geran manakala PPK kepada usahawan peladang adalah pinjaman 100% secara tunai/mata bendaiv.Bayaran perkhidmatan dikenakan ke atas usahawan peladang sebanyak 3% atas jumlah pinjaman dibayar sekaligus sebelum pinjaman dikeluarkan.v. Bayaran balik pinjaman melalui jadual yang ditetapkan secara tunai kepada PPK
  14. 14. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKvi. PPK perlu menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada usahawan ke dalam TPUP yang akan selenggarakan di bawah Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P).vii. Manakala baki 50% daripada bayaran balik pinjaman yang diterima daripada usahawan oleh PPK hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung PUP sediada di PPK.
  15. 15. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKb. Bayaran Memproses Permohonan dan Bayaran Perkhidmatan i. Tiada sebarang bayaran pemprosesan dikenakan ke atas permohonan pinjaman. ii. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan ke atas usahawan peladang sebanyak 3.0% digunakan bagi membiayai kos penyediaan dokumen perjanjian, stamping, pos/penghantaran surat dan lain-lain perkara berkaitan urusan kutipan balik pinjaman.
  16. 16. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKc. Jawatankuasa Meluluskan Pembiayaan Program TPUP dan Keanggotaan Jawatankuasa i. Permohonan pinjaman Program TPUP diluluskan oleh Jawatankuasa Pembiayaan TPUP. ii. Keanggotaan Jawatankuasa Pembiayaan TPUP seperti berikut : Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) - Pengerusi Pengarah Pembangunan Usahawan Peladang - Ahli Pengarah Pengeluaran Ladang - Ahli Pengarah Perniagaantani - Ahli Pengarah Perancangan & Penilaian - Ahli Cawangan Pembangunan Usahawan Peladang - Urusetia iii. Korum mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan TPUP adalah 3/5 daripada ahli mesyuarat
  17. 17. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKd. Jawatankuasa Memperakukan Permohonan Pembiayaan Program TPUP di Peringkat LPP Negeri i. Permohonan pinjaman Program TPUP diperakukan oleh Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri. ii. Keanggotaan Jawatankuasaa adalah seperti berikut : Pengarah/Timbalan Pengarah LPP Negeri - Pengerusi Ketua Cawangan Pentadbiran & Kewangan - Ahli Ketua Cawangan Urusan Pendaftar - Ahli Ketua Unit Yang Berkenaan - Urusetia iii. Korum mesyuarat Jawatankuasa adalah 2/3 ahli mesyuarat
  18. 18. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKe. Panel Temuduga di Peringkat LPP Negeri Pengarah / Timbalan Pengarah - Pengerusi Ketua Cawangan Urusan Pendaftar - Ahli Unit Usahawan/ Pembangunan - Urusetiaf. Panel Lawatan Tapak Projek - Unit Usahawan /Pembangunan - Pengurus Besar PPK / wakil
  19. 19. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKg. Bidang Tugas Jawatankuasa i. Jawatankuasa Pembiayaan TPUP a. Menerima dan mempertimbangkan perakuan daripada Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri berkaitan permohonan pinjaman atau penjadualan semula pinjaman usahawan peladang. b. Mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk melulus, menolak, mengkaji semula dan memperakukan segala permohonan pinjaman dengan kuasa yang diperturunkan kepadanya oleh Lembaga LPP.
  20. 20. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKc. Memantau pelaksanaan dan perbelanjaan yang dibiayai daripada TPUP.d. Memantau pembayaran balik pinjaman TPUP.e. Melaporkan kepada Pengurusan Tertinggi LPP prestasi pelaksanaan tahunan TPUP.
  21. 21. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKii. Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri a. Menganalisa permohonan pinjaman yang lengkap daripada usahawan. b. Memperaku atau menolak permohonan-permohonan pinjaman berasaskan syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan. c. Memperaku penjadualan semula bayaran balik pinjaman usahawan kepada Jawatankuasa Pembiayaan TPUP untuk pertimbangan kelulusan.
  22. 22. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKh. Pengesanan Penggunaan Dan Bayaran Balik Pinjaman i. PPK yang menerima pembiayaan daripada Program TPUP perlu membuat bayaran sumbangan kepada TPUP setiap bulan mengikut jadual bayaran yang akan disediakan bersama surat perjanjian Program TPUP yang telah ditetapkan. PPK perlu membuat bayaran kepada LPP Negeri. ii. LPP Negeri perlu menyediakan Kad Lejer bayaran sumbangan bagi setiap usahawan yang diterima oleh PPK dibawah pengendaliannya ke dalam akaun TPUP (K3P).
  23. 23. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKiii.LPP Negeri perlu mengemukakan laporan bayaran sumbangan kepada Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang pada atau tidak lewat 10 haribulan setiap bulan.iv.Pertimbangan pemberian tempoh bertenang (grace period) bagi membayar balik pinjaman akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pembiayaan TPUP berdasarkan dayamaju dan aliran tunai projek.
  24. 24. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKi. Kaedah Pengeluaran pinjaman i. Pengeluaran pinjaman yang telah diluluskan secara tunai/mata benda boleh dibuat secara sekali gus. ii. Arahan pengeluaran wang hanya akan dikeluarkan setelah PPK melengkapkan semua dokumen berkaitan.
  25. 25. KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEKj. Penjadualan Semula PPK boleh memohon penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan alasan kukuh dan tempoh penjadualan semula bayaran balik pinjaman tidak melebihi dua belas (12) bulan.k. Penamatan/Pelupusan Projek Program TPUP Penamatan/pelupusan projek boleh dibuat dalam keadaan tertentu berasaskan kepada Pekeliling Ketua Pengarah Bil 1 Tahun 2006 dan PPK boleh memohon hapuskira pinjaman daripada LPP.
  26. 26. PELAPORAN PROJEKi. Usahawan peladang perlu mengemukakan laporan kemajuan projek ke PPK setiap bulan seperti format yang ditetapkan.ii. PPK perlu mengemukakan laporan kemajuan projek ke Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang mengikut penggal iaitu penggal 1 (berakhir April), penggal 2 (berakhir Ogos) dan penggal 3 (berakhir Disember)) seperti format yang ditetapkan.
  27. 27. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEKA Peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) : i. Mengenalpasti pemohon (usahawan peladang). ii. Membantu menyediakan dokumen berkaitan. iii. Membuat siasatan dan memberi sokongan. iv.Membuat pemantauan projek. v. Mengeluarkan pinjaman kepada usahawan berjaya. vi.Mengutip bayaran balik pinjaman daripada usahawan dan kemukakan ke LPP Negeri. vii.Menyediakan laporan prestasi projek.
  28. 28. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEKB. Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri : i. Menentukan pemohon, membuat siasatan dan memberi perakuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri ii. Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan projek iii. Menerima bayaran balik pinjaman daripada PPK dan kemukakan ke LPP Ibu pejabat iv. Menyediakan laporan prestasi projek v. Mengeluarkan surat peringatan bayaran balik pinjaman kepada PPK.
  29. 29. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEKc. Peranan Bahagian Pembangunan Usahawan peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang Ibu Pejabat: i. Menyediakan Dasar TPUP. ii. Menyediakan siling peruntukan untuk setiap LPP Negeri. iii.Meluluskan permohonan pinjaman kepada usahawan peladang melalui Jawatankuasa Pembiayaan TPUP yang ada di Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang iv.Memperaku kepada Jawatankuasa Pembiayaan K3P bagi dana di bawah Tabung K3P. v. Menyediakan laporan tahunan prestasi dan outcome/impak projek untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi LPP.
  30. 30. PENYELARASAN TUGAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK D. Peranan Pemohon (Peminjam): i. Mengisi borang dan melengkapkan semua dokumen berkaitan. ii. Melaksanakan projek dengan jayanya. iii. Menyediakan laporan projek setiap bulan iv. Membayar balik pinjaman sebagaimana Jadual Bayaran Balik yang ditetapkan. v. Akujanji bayaran balik pinjaman TPUP
  31. 31. OUTCOME/IMPAK PROJEKi. Bilangan usahawan peladang mendapat pembiayaan modal meningkatii. Peningkatan ekonomi dikalangan usahawan peladang.iii. Bilangan usahawan peladang yang mampu memiliki RM1000 saham di PPK meningkativ. Sekurang-kurangnya 30% usahawan peladang setia, bekerjasama dan berlanggan input pertanian dengan PPK.v. Sumbangan kepada pengeluaran makanan negara meningkat
  32. 32. CARTA ALIR PERMOHONAN PEMBIAYAAN TPUP Rujuk Lampiran
  33. 33. PEROLEHAN TPUPi. Geran kepada PPK dan pinjaman 100% dalam bentuk tunai/mata benda kepada usahawan peladang.ii. Perolehan dibuat oleh LPP Negeri.ii. Usahawan peladang dibenarkan memilih dan mengemukakan kepada PPK spesifikasi beserta sebutharga yang dikehendaki berdasarkan skop projek yang diluluskan.ii. PPK hanya dibenarkan mengenakan bayaran perkhidmatan sebagaimana ditentukan oleh LPP.
  34. 34. PERAKAUNAN TPUPPenjelasan oleh Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan

×