Photo Talk GB120013

187 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
187
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Photo Talk GB120013

  1. 1. Tugasan Individu : Photo Talk Tajuk : Keindahan Pantai Yang Ternoda Disediakan oleh :Nur Fazreen Binti Sallehuddin (GB120013) Disediakan untuk :En. Ghazally Spahat KEINDAHAN PANTAI MILIK BERSAMA…
  2. 2. KEINDAHAN PANTAI YANG SEMAKIN TERANCAM… Industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara. Sejak tiga dekad yang lalu, industri pelancongan telah berkembang dengan pesatnya. Zon pinggir pantai merupakan destinasi yang menarik dan cantik untuk dikunjungi di samping menjadi daya tarikan utama sebagai tempat rekreasi, peranginan serta dalam industri pelancongan negara. Oleh kerana tarikan yang dimiliki oleh zon pinggir pantai ini, ia menjadi faktor untuk tempat menjana sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, proses pembangunan pelancongan ini samada dirancang ataupun tidak, ia mampu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal di zon pinggir pantai apabila daya tamping sesuatu destinasi itu dilampaui (Md.Jahi, 2009). Secara mudahnya, proses pelancongan ini menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini.
  3. 3. Pembangunan pelancongan adalah berbeza dari segi intensiti dan bilangan orang di sesuatu tempat. Jumlah orang di sesuatu unit kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan kawasan bukan pelancongan yang sama luas dan oleh itu impaknya adalah lebih besar. Menurut Southwick (1996) yang dipetik dari kajian oleh Md.Jahi (2009), impak manusia terhadap alam sekitar fizikal adalah hasil interaksi sekurang-kurangnya tiga faktor asas iaitu jumlah atau bilangan peserta yang terlibat, jumlah aktiviti yang dijalankan di kawasan terlibat dan jangka masa aktiviti yang dijalankan. Dalam apa-apa konteks sekalipun, aktiviti yang dilakukan di sesuatu tapak mempunyai hadnya yang tersendiri dam mampu bertahan untuk sejumlah pengguna untuk suatu jangka masa tertentu sahaja. Keadaan tersebut akan membenarkan penggunaan yang optimum tanpa menyebabkan masalah terhadap tapak di mana aktiviti berkenaan berjalan. Apabila keadaan tersebut dilampaui, maka alam sekitar akan mula mengalami kemerosotan, dan sekiranya tidak terdapat langkah-langkah positif yang diambil untuk menangani keadaan kemungkinan tapak tersebut akan musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Pembangunan aktiviti rekreasi dan peranginan para pelancong khususnya di zon pinggir pantai sebenarnya banyak mendatangkan impak positif dan negatif. Antara impak negatif adalah impak terhadap persekitaran fizikal seperti seperti masalah pencemaran, kehilangan habitat, hakisan dan pemendapan. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan, ia diambil di salah satu pantai peranginan di Melaka iaitu Pantai Pengkalan Balak pada 22 November 2013 dengan menggunakan kamera telefon bimbit 8MP (Megapixel) jenama Ninetology Insight. Aplikasi yang digunakan adalah Camera 360 dan shooting mode yang digunakan ialah Effects HDR dan Enhance . Gambar-gambar ini memaparkan suasana pantai yang indah dan suasana pantai dengan struktur kawalan hakisan atau tembok penahan ombak yang dibina telah rosak akibat faktor alam semulajadi iaitu pukulan ombak yang kuat. Mengikut pemerhatian penulis yang juga berasal dari Pengkalan Balak, struktur kawalan hakisan ini baru sahaja dibina dalam 3 bulan lepas tetapi sudah mengalami kerosakan yang kritikal. Selain faktor alam semulajadi yang menyumbang kepada masalah ini, faktor perancangan, pembangunan dan pengurusan yang berkesan mungkin boleh mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
  4. 4. Kajian oleh Aiyub (1997), yang bertajuk Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan mendapati taburan saiz bahan pantai yang tidak seragam secara semulajadi menunjukkan gangguan dari aktiviti manusia termasuk pembinaan strukturstruktur konkrit di atas permukaan pantai. Pembinaan tembok-tembok penahan ombak di pantai telah menyebabkan ombak pantulan. Ombak yang menghempas tembok batuan ini menghakis bahagian bawah pantai dengan tenaga yang kuat dan menyebabkan hakisan pantai menjadi lebih kritikal. Sehubungan dengan itu, Aiyub (1997), mencadangkan bentuk pengurusan dan perancangan masih boleh dimantapkan dengan pelbagai usaha yang bersepadu dari pihak terutamanya kerajaan pusat, kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai. Di samping itu juga satu garis panduan pengurusan pembangunan pinggir pantai sedang diusahakan di peringkat Persekutuan. Hasil dapatan kajian oleh Seow & Ariffin (2010) pula, antara faktorfaktor yang diambilkira dalam menentukan jenis yang sesuai digunakan untuk membina struktur hakisan ialah kestabilan, ketahanan, fungsi, faktor geoteknik, bahan-bahan binaan, penyelenggaraan keselamatan, kos, nilai estetika, guna tanah dan faktor persekitaran. Jadi pihak yang berkaitan seharusnya merancang dengan teliti sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan di zon pinggir pantai dan seterusnya melaksanakan proses pengurusan yang sistematik supaya pembangunan yang dilaksanakan dapat diselenggara dengan baik dari masa ke semasa. Kesimpulannya, semua pihak berkaitan serta masyarakat harus bekerjasama dan mempunyai kesedaran akan kepentingan mewujudkan sistem pengurusan zon pinggir pantai yang bersepadu untuk mengekalkan keindahan pantai milik bersama serta menjamin pembangunan industri pelancongan yang berterusan.
  5. 5. RUJUKAN Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23 Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 71-88 Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  6. 6. RUJUKAN Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23 Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 71-88 Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

×