Your SlideShare is downloading. ×
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)

3,894
views

Published on

Membincangkan Tamadun Islam dan Asas pembentukan Tamadun Islam secara lebih terperinci dan lengkap. Sasaran utama adalah pelajar TITAS untuk universiti tempatan.

Membincangkan Tamadun Islam dan Asas pembentukan Tamadun Islam secara lebih terperinci dan lengkap. Sasaran utama adalah pelajar TITAS untuk universiti tempatan.

Published in: Education

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,894
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
171
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA BAB 2: TAMADUN ISLAM REEFEAR EAPEAR ANAK AJANG SHAHRIL REDZWAN BIN SHAMSUDIN MUHAMMAD FAIZAL BIN MAT HANIP
  • 2. OBJEKTIF 1. Melihat potensi yang terdapat dalam Tamadun Islam dan memberi input bagi pembinaan tamadun Malaysia. 2. Mengenal pasti nilai-nilai murni dari tamadun Islam ke arah pembinaan tamadun kontemporari.
  • 3. 2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM  Bahasa  Tamadun bererti kemajuan atau civilization.  Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.  Perkataan lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti „umran, hadharah dan madaniah‟.  Istilah  Dari sudut istilah, Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada Al -Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.  Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam juga lahir daripada agama Islam sendiri.  Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.
  • 4. Asas Tamadun Islam  Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu: 1. Asas keimanan 2. Asas „ubudiyah, 3. Asas syariah 4. Asas akhlak.  Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah diiringi keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t.  Pada masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan Al-Quran.
  • 5. Akidah  Akidah adalah salah satu perkara asas iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian.  Hal ini juga hendaklah berasaskan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.  Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • 6.  Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah diwajibkan beriman kepada rukun-rukun iman iaitu: 1. Beriman kepada Allah SWT 2. Beriman kepada Al-Quran 3. Beriman kepada malaikat-malaikat 4. Beriman kepada nabi dan rasul 5. Beriman kepada hari akhirat 6. Beriman Kepada qada dan qadar.  Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa patuh dan taat perintah Allah s.w.t dan mereka merupakan contoh makhluk yang sentiasa taat perintah Nya.  Oleh itu segala aktiviti hendaklah mengikut perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Malaikat juga diberikan tugas seperti mencatat amalan manusia, memberi rezeki kepada manusia, mencabut nyawa, memikul arasy, menjaga syurga, menjaga neraka dan sebagainya. Mereka sentiasa patuh perintah Allah s.w.t.
  • 7.  Selain itu orang yang beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan manusia dalam memakmurkan muka bumi ini yang merupakan garis panduan perintah suruhan dan larangan.  Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran yang telah dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.  Keimanan kepada rasul-rasul merupakan perkara penting dalam mentamadunkan muka bumi ini. Dengan keimanan, ianya menjadikan rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s.w.t. dalam membangunkan muka bumi.  Manusia yang sesat dari ajaran Allah s.w.t. adalah mereka yang tidak memperdulikan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.  Sebagai contoh walaupun Fir‟aun membangunkan bandar Mesir dengan kemajuan piramid yang kita dapat saksikan hingga hari ini tidak dianggap bertamadun kerana mereka tidak beriman kepada nabi.
  • 8.  Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh kepada manusia seluruhnya.  Kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikirkan tentang hari pembalasan.  Oleh kerana itu, apa aktiviti yang dilakukan hendaklah bermuhasabah atau mengkaji adakah diredhai oleh Allah s.w.t. atau tidak kerana jika mereka tidak mahu memikirkan perkara itu maka manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan kehendak hawa nafsu mereka.  Dengan beriman kepada qada dan qadar,umat Islam tidak akan mudah berputus asa menghadapi kesulitan yang ada. Di samping berusaha dengan gigih umat Islam sentiasa menyerahkan kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui segala-galanya.
  • 9. Ibadah  Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata- mata beribadah kepada Allah s.w.t. dan Itulah tujuan asal kehadiran mereka dibangunkan di muka bumi untuk mengikut perintah Allah s.w.t.  Semua aktiviti manusia sama ada urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah dan juga membangunkan muka bumi dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.  Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang negara.
  • 10. Syariah  Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan kepada syarak. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai rujukan utama dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith.  Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti pembinaan, perkapalan, angkasa lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat.  Maka ini telah memberi peluang kepada umat Islam supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.
  • 11. Akhlak  Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.  Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni.  Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, dan sebagainya dan semua sifat-sifat terpuji ini perlu ada kepada setiap umat Islam. janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.
  • 12. 2.2 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 1. Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna).  Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya.  Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
  • 13. 2. Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum.  Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut.  Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk membina tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal.  Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
  • 14.  Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual).  Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik.  Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.  Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t.
  • 15. Ciri-ciri khusus Tamadun Islam  Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya penempatan, kemunculan kota atau bandar, peningkatan kualiti hidup, wujudnya organisasi, bahasa dan penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta, turut terkandung dalam masyarakat Islam yang menjadi penunjang Tamadun Islam.  Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang dinyatakan. Namun ciri-ciri khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri khusus Tamadun Islam yang akan dipaparkan di bawah menggambarkan keistimewaan dan nilai tersendiri dan nilai sebenar Tamadun Islam.
  • 16.  Ciri-ciri ini menjadi penentu sebab Tamadun Islam diterima oleh semua bangsa yang ada di dunia, walaupun pada asalnya Tamadun Islam bermula pada bangsa Arab.  Tamadun Islam diterima oleh masyarakat India sehingga melahirkan era Kesultanan Delhi di India yang berjaya dimantapkan oleh oleh Dinasti Babur sehingga terbinanya Taj Mahal yang menjadi mercu tanda Islam di India. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Cina pada zaman Dinasti Ming.  Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Melayu di pelbagai pulau dan daratannya. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Eropah seperti di Sepanyol sahingga terbinanya Istana al-Hamra‟ di Granada.  Ringkasnya, kebanyakan bangsa di dunia boleh menerima Tamadun Islam kerana ciri-ciri khusus ini.
  • 17. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: 1. Rabbani  Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur‟an.  Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam.  Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap hubungan dengan Maha Pencipta.
  • 18. 2. Keseimbangan dan kesederhanaan  Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan. Konsep keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material. 3. Universal  Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu, bahkan Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam. Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi.  Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
  • 19. 4. Ideal dan realistik  Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT. 5. Menyeluruh  Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah, syariat (undang-undang) dan akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.  Ia juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam. Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara mahupun antarabangsa.
  • 20. Menurut Ibnu Qaldun, agama merupakan asas penting pembinaan tamadun. Tamadun Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Tamadun Islam bersifat terbuka iaitu boleh menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Islam: a) Berasaskan kepada ajaran al-Quran  Segala bentuk Tamadun samada dari segi kebendaan atau kerohanian tertakluk kepada ajaran al-Quran. Hal ini kerana al-Quran merupakan sumber ajaran Islam yang utama dan perlembagaan hidup yang syumul dalam menjamin kesejahteraan alam sejagat.  Dengan ajaran Al-Quran lah terbinanya kecemerlangan dan kegemilangan Tamadun Islam dalam beberapa abad yang lampau.
  • 21. b) Berteraskan Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan  Islam amat menitik beratkan ilmu. Ilmu merupakan tonggak kesempurnaan iman dan ketaqwaan. Ini jelas diperkatakan oleh al-Quran maksudnya:  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam membina kemajuan agama dan Tamadun sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  “Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu.”  Hasil dari gesaan inilah lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang mahir dalam semua bidang dan sama-sama membangunkan Tamadun yang murni berasaskan ketaqwaan kepada pencipta Alam (Allah).
  • 22. c) Penggunaan Tulisan/Sistem Tulisan  Tulisan merupakan salah satu bukti penting kewujudan sesebuah tamadun yang dapat dipelajari dan disaksikan oleh genarasi kemudian. Sistem tulisan dapat dilihat pada tugu-tugu peringatan, bangunan keagamaan, makam, lembaran kertas, wang syiling dan lain-lain. d) Gabungan antara Aspek rohani dan Jasmani  Keamanan dan kesejahteraan insan itu berkait rapat dengan keperibadian yang tinggi dan pekerti yang mulia. Kemajuan dan pembangunan serta kemewahan adalah bersifat kebendaan semata-mata. Itu semua tidak bermakna sekiranya tidak disepadukan dengan pembangunan rohani insan. e) Masyarakat Majmuk (Multinational)  Dalam Islam, sentimen perkauman dan ras keturunan amatlah ditolak sama sekali. Semua bangsa yang memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat Islam dan mereka berperanan dalam membangunkan Tamadun di wilayah yang mereka diami.
  • 23. 2.3 SUMBER TAMADUN ISLAM Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber wahyu terkandung dalam al-Qur‟an dan al-Sunnah. Al- Quran mengandungi prinsip-prinsip asas kemudian diperjelaskan dan diperincikan oleh As-Sunnah. Kedua-dua ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun Islam. A. Al-Quran  Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat.  Al-Qur‟an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-Qur‟an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan.
  • 24.  Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah. B. As-Sunnah  Selain al-Qur‟an, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.  As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
  • 25. C. Sumber-sumber sekunder  Selain daripada al-Qur‟an dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama‟, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan.  Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Qur‟an dan hadith Nabi SAW.  D. Sumber tambahan i. Akal Pemikiran  Akal adalah khazanah potensi manusia yang cukup besar yang hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Umat Islam dikehendaki menggunakan akal fikiran mereka dengan panduan dan petunjuk daripada Al-Quran dan AS- Sunnah.
  • 26.  Dalam hal ini, pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu yang didasari ketauhidan kepada Allah s.w.t untuk menghindarkan daripada penyalahgunaan hasil ciptaan yang boleh menghancurkan peradaban manusia. ii. Tamadun-tamadun lain  Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang Islam sahaja. Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain untuk membantu mengukuhkan lagi tamadun Islam dengan syarat tidak bercanggah atau bertentangan dari aspek aqidah, akhlak dan syariah Islam.  Kubah masjid dipercayai berasal dari senibina Graeco-Roman dan demikian juga dengan sistem diwan (jabatan) yang telah diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab di dalam pentadbirannya sebenarnya berasal dari sistem pentadbiran Parsi.  Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha menterjemah buku-buku tamadun lain (Iskandariah, Greek, Yunani, Parsi dan India) dalam bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan matematik untuk dikaji dan dimajukan lagi.  Hasil kajian terhadap tamadun itu telah membuka minda mereka mencipta teori-teori, prinsip-prinsip, alat-alat, teknik-teknik dan karya-karya yang tenyata lebih baik daripada tamadun-tamadun lampau tersebut.
  • 27. 2.4 Keunikan Tamadun Islam 1. Agama melahirkan Tamadun  Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul.  Lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada kemunculan sesuatu fahaman atau agama dan tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh Tamadun Islam.  Semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.
  • 28. 2. Peradaban  Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah Berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.  Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t, Islam mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia.  Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna Tamadun Islam berkembang maju dengan asas peradaban yang telah terbentuk.  Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.  Islam bermula di Makkah, kemudian dibangunkan di Madinah dan di sinilah kebanyakan peruubahan dilakukan dalam pelbagai aspek. Pembentukan sebuah Negara Islam pertama berlaku di Madinah. Pembinaan sebuah tamadun bermula di sini dengan asas dan panduan yang digariskan oleh agama.
  • 29.  Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di Damsyik, Kaherah, Baghdad, Cordova dan Delhi. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang mencapai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan.  Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya.  Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.
  • 30. 3. Seimbang antara kerohanian dengan kebendaan  Dalam bidang akhlak,wujud perseimbangan antara mereka yang terlalu ideal mangganggap manusia seperti malaikat dengan mereka yang mengganggap manusia seperti haiwan. Antara dua anggapan tersebut, terdapat fitrah semula jadi manusia yang telah ditentukan.  Dalam melihat hakikat insan, terdapat perbezaan antara agama yang menyatakan bahawa manusia merupakan roh yang dipenjarakan dengan mereka yang beranggapan bahawa manusia berupa jasad semata-mata.  Begitu juga keseimbangan dalam pandangan tentang kehidupan, antara golongan yang mengingkari kehidupan selepas mati dengan golongan yang menolak kehidupan dunia.  Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam meminta penganutnya mengambil keperluan dunia, tetapi melarang melampaui batas dengan tidak membenarkan penganutnya mengharamkan diri dari menikmati kurniaan Allah S.W.T.
  • 31. 4. Seimbang antara individu dengan masyarakat  Dalam hubungan antara individu dengan masyarakat, setiap orang mesti memelihara kehormatan darah manusia dan menghalang membunuh tanpa hak.  Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik orang lain serta tidak boleh menghina dan mencaci. Anggota masyarakat harus memelihara harta sendiri atau harta orang lain.  Kehormatan rumah tangga harus dipelihara. Seseorang individu tidak boleh menjejak keburukan orang lain dan mengintip rahsia rumah tangga.
  • 32. 5. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah  Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota masyarakat dan umat tersebut.  Dalam konteks ini, al-Qur‟an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun.  Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.  Pendek kata al-Qur‟an dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah tamadun manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah rosak dari segi nilai kemanusiaan.  Namun, apabila turun al-Qur‟an, maka tamadun manusia mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur‟an dan as- Sunnah.
  • 33. 6. Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun  Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari tamadun- tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan unsur-unsur Islam.  Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi.  Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman.
  • 34. KESIMPULAN  Dalam menghadapi cabaran alaf baharu, umat Islam haruslah merancangkan agendanya yang lebih bercorak futuristic, iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang bakal berlaku pada alaf baharu itu.  Menjelang akhir abad ini, kita dapat melihat bahawa cabaran baharu yang dihadapi oleh umat Islam adalah dalam bentuk cabaran ilmu pengetahuan, sains dan teknologi serta persaingan ekonomi.  Kita memerlukan ahli teknokrat dan teknologi Islam, ahli professional dan pengamal yang aktif di dalam berbagai- bagai bidang kehidupan moden, bukan hanya untuk memajukan diri dan masyarakat pada era baharu, malahan dapat berkhidmat dan bekerja untuk memberi sunbangan kepada manusia keseluruhannya yang sekalihgus dapat mematabatkan agama dan umat kita.
  • 35.  Masyarakat Islam juga tentunya tidak boleh mengabaikan pendidikan Ilmu ketuhanan dan kerohanian atau bidang yang kini dikenali sebagai bidang pengajian Islam.  Namun, dalam masa yang sama kita juga tidak mahu masyarakat Islam ketinggalan dalam bidang Ilmu keduniaan dan professional yang dapat mengangkat martabat dan kehidupan masyarakat kita di dalam dunia yang penuh persaingan ini.  Akhir sekali, perlulah diingatkan dan dihayati oleh semua umat Islam bahawa perjuangan ke arah meningkatkan martabat dan tamadun Islam perlu diteruskan.