Latihan1.docx

317
-1

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
317
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Latihan1.docx

  1. 1. INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH NURUL HAFIZAH BT MASNI M20111000332 SBP 6024 (Technology And Innovation In Teaching And Learning Biology) ISI KANDUNGAN PENGENALAN 3 ISI 1. APA INTEGRASI ICT 4 2. MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT 5 3. STRATEGI INTEGRASI ICT 1
  2. 2. ● 6 ● PERANAN GURU 7 ● SOKONGAN DARI PIHAK LUAR 8 ● 4. PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH 9 HALANGAN MENGINTEGRASI ICT ● PENERIMAAN GURU ● KEMUDAHAN (Peralatan teknologi) DI SEKOLAH 11 LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN 12 5. CADANGAN 12 6. RUMUSAN 14 7. RUJUKAN 15 INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH PENGENALAN Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Kemajuan ini telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Untuk mencapai matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif mengintegrasikan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah amat tepat dan penting. Kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan kepada penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengajaran dan 2
  3. 3. pembelajaran. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dari sudut pengajaran pula, ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menawarkan matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) sebagai matapelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun 2000. Usaha ini dapat membantu merperkasakan penggunaan ICT dikalangan pelajar dan guru disamping meningkatkan qualiti pendidikan. Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka. Cara ini akan menjadikan pelajar lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya “Business @ The Speed of Thought” menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan “hands on” dan menggunakan sepenuhnya segala persoalan yang ada dalam diri pelajar. Pengenalan kepada ICT ini telah membawa sikap positif dikalangan pelajar kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta melihat dan memahami contoh-contoh praktikal. Guru memainkan peranan penting dalam setiap proses pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancanagan dengan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran kurang berkesan. APA ITU INTEGRASI ICT Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud pengunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan 3
  4. 4. teknologi mesti berhubungkait dengan kaedah pengajaran. Setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran. Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Melalui penerapan kemahiran ICT itu, pelajar akan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dengan meneroka ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan ICT ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Guru memainkan peranan penting dalam setiap proses pembelajaran bermula dari penyediaan sebelum pengajaran, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru membuat perancangan dengan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Penggunaan ICT juga akan membawa kepada penemuan pelbagai kaedah baru dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru boleh menggunakan video atau animasi untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai sesuatu konsep. MENGAPA PERLU INTEGRASI ICT Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan amat penting kerana mampu meningkatkan mutu dan kepelbagaian dalam penyampaian dan pengajaran. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan pelajar untuk meneroka dan mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada tempatan atau luar negara dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar mengenai sesuatu matapelajaran. Bahan-bahan multimedia interaktif seperti visual grafik, teks muzik, video serta animasi juga dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap seuatu konsep. Multimedia interaktif ini juga berkesan dalam menyimpan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan boleh di capai semula dalam waktu yang singkat. Melalui penggunaan ICT ini, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran 4
  5. 5. seperti kemahiran menganalisis data, mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas dan menjalankan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kandungan dalam pembentangan itu juga boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di komputer seperti video. Selain itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) antara guru dan pelajar sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar idea berkaitan pelajaran. Penggunaan alat teknologi di makmal-makmal sains juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi teori yang dipelajari semasa di dalam kelas. Mereka dapat melihat hasil penyelidikan sendiri dengan jelas dan bukan sekadar melihat gambar-gambar spesimen didalam buku teks. Senario ini dapat memaksimakan penggunaan ICT dan mewujudkan budaya berteknologi di sekolah dan negara. STRATEGI MENGINTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peranan pemimpin sekolah Strategi untuk memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terletak di bahu guru-guru tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Mereka perlu menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan respon kepada perubahan. Pemimpin sekolah perlu menyediakan satu polisi yang dapat membantu menjayakan penguasaan ICT dikalangan guru dan pelajar. Polisi itu harus selari dengan dasar dan matlamat kementerian pendidikan negara dan sekolah. Kandungan polisi perlu dikemaskini dan disemak sentiasa terutama apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar-dasar kementerian pendidikan. Pihak jabatan pendidikan negeri dan daerah juga perlu turun padang untuk melihat dan memastikan polisi itu tepat dan boleh di aplikasikan disekolah. 5
  6. 6. Selain itu, pemimpin sekolah perlu menganjurkan seminar atau pelbagai bentuk program yang dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT dikalangan pelajar, guru dan juga kakitangan pentadbiran sekolah. Antaranya adalah dengan mengadakan bengkel penggunaan ICT, kelas-kelas komputer dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat melaksanakan penggunaan ICT di sekolah dengan berjaya dan menyeluruh. Perkara yang lebih penting dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kemudahan prasarana dan peralatan teknologi yang lengkap seperti makmal komputer, makmal-makmal sains yang mempunyai alat teknologi canggih dan lain-lain. Pemimpin sekolah hendaklah memastikan fasiliti dan segala alat-alat teknologi itu lengkap, berkeadan baik serta boleh digunakan. Pemimpin sekolah juga perlu melantik seorang penyelaras ICT, dimana mereka telah diberi kursus yang menyeluruh mengenai penggunaan alat teknologi di sekolah. Penyelaras ini bertindak membantu pemimpin sekolah dan memastikan semua peralatan teknologi berkeadaan baik selepas digunakan oleh pelajar dan guru. Sekiranya terdapat perubahan pada dasar pembelajaran dan pengajaran, penyelaras ini juga perlu menghadiri kursus sepertimana guru-guru sertai. Ini kerana, penyeleras ICT ini akan membantu pemimpin sekolah dalam melaksanakan perubahan polisi dan kaedah penggunaan ICT yang menepati kehendak kementerian pendidikan serta bersesuaian dengan kemudahan atau peralatan teknologi yang terdapat di sekolah. Peranan guru Teori pembelajaran behaviorisme menyatakan bahawa proses pembelajaran itu berlaku apabila seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Menurut teori kognitivisme pula, pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Guru berperanan menyampai dan memastikan maklumat tersebut diterima oleh pelajar. Justeru itu, aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pengajaran. Aktiviti ini merangkumi demostrasi, melayari laman sesawang yang berkaitan pelajaran, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Kaedah 6
  7. 7. pembelajaran tutorial ini memerlukan guru menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta memastikan peralatan ICT lengkap dan berkeadaan baik. Guru perlu membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar yang cemerlang atau berprestasi baik dan kumpulan pelajar yang lemah. Cara ini bagi memudahkan guru untuk menjalankan penilaian di akhir sesi pembelajaran. Pelajar yang lemah akan diberi latih tubi manakala yang cemerlang akan diberi latihan berbentuk penggayaan. Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran itu berlaku apabila seseorang dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru. Teori ini menekankan kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan ICT sebagai alat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kaedah pembelajaran secara penerokaan membolehkan pelajar mencari maklumat atau bahan-bahan daripada internet yang boleh digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Guru harus memastikan para pelajar memanipulasi (membanding dan menilai) maklumat yang diperoleh terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini bagi mengelakan pelajar keliru dan salah tafsir atau salah guna maklumat yang diperoleh daripada internet kerana adakalanya terdapat perbezaan dengan fakta yang terdapat didalam buku teks sekolah. Kaedah ini, secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar cara memproses maklumat dan menganalisis data yang diperolehi. Penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru menjalankan pembelajaran secara kolaboratif didalam kelas. Guru dan pelajar dari lokasi atau sekolah yang berbeza boleh menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi, video dan sebagainya berkaitan sesuatu matapelajaran. Cara ini dapat menerapkan budaya kerja berpasukan disekolah. Dalam ketaksuban menggunakan ICT disekolah, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas untuk memantau dan memastikan disiplin pelajar baik semasa menggunakan internet, komunikasi elektronik (email) dan sebagainya. Guru harus memastikan para pelajar tidak melayari laman sesawang yang boleh meruntuhkan moral mereka. Disamping itu, guru harus bekerjasama dengan penyelaras ICT 7
  8. 8. untuk menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dengan pembelajaran daripada diakses oleh pelajar. Sokongan daripada pihak luar Bagi memaksimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, sokongan dari pihak luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik serta ibu bapa amat penting. Mereka bukan sahaja boleh memberi sokongan dalam bentuk kewangan malah apa juga bantuan yang disalurkan amat dihargai oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Syarikat Telekom Malaysia dapat menyediakan talian internet tanpa wayar percuma disekolah bagi memudahkan guru dan pelajar mengakses internet untuk mencari sumber rujukan dalam pembelajaran. Syarikat swasta yang ingin menyumbang komputer atau alat-alat teknologi disekolah juga amat digalakan. Mereka juga boleh membantu sekolah dengan melanggan jurnal-jurnal pendidikan sebagai bahan tambahan rujukan dalam pembelajaran. Selain daripada itu, badan-badan akademik dari universiti tempatan boleh menghantar wakilwakil mereka terutama dari fakulti teknologi dan maklumat untuk memberi bengkel dan latihan kepada guru dan pelajar mengenai penggunaan ICT dan aplikasi-aplikasi komputer yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka dari fakulti pendidikan juga digalakan untuk menyumbang idea dan kepakaran bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran disekolah. Seperti sediamaklum, setiap negeri mempunyai pusat sumber tersendiri yang banyak mengandungi bahan rujukan. Pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat mengenai penggunaan ICT dan mewujudkan kolaborasi antara pusat sumber sekolah dan pusat sumber negeri. Sebagai contoh guru-guru boleh mengakses bahan rujukan yang terdapat dipusat sumber negeri dengan percuma dan dapat meminjam buku atau bahan-bahan yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran. Sokongan moral daripada ibu bapa juga amat diperlukan dalam usaha memperluaskan penggunaan ICT. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet dirumah, mereka boleh membantu anak-anak untuk mencari sumber bahan rujukan tambahan 8
  9. 9. untuk setiap matapelajaran. Cara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Kemudahan (peralatan teknologi) di sekolah Kemudahan komputer dan alat teknologi merupakan elemen penting untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer hendaklah mencukupi dalam setiap sesi pembelajaran dimana tiada istilah sebuah komputer untuk kegunaan 2 atau 3 orang pelajar. Selain itu, talian internet amat diperlukan bagi setiap pelajar untuk mencari maklumat tambahan dan bahan rujukan bagi sesuatu matapelajaran. Ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar disamping kemahiran memproses dan menganalis data. Dengan adanya kemudahan internet juga, guru dan pelajar boleh menjalankan sesi pembelajaran secara forum. Pelajar dapat bertanyakan pelbagai soalan mengenai sesuatu topik secara terus seperti sesi pembelajaran di kelas. Guru akan memberi respon kepada pelajar dengan cepat dan pantas. Disamping itu, penggunaan komunikasi elektronik (email) amat di galakkan untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Mereka dapat menerima bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti teks, video, animasi dan sebagainya yang mampu meningkatkan lagi pemahaman tentang sesuatu konsep. Berdasarkan kajian Mayer dan Chandler (2001), animasi yang dibina berlandaskan teori atau prinsip amat berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Semasa pembentangan dijalankan, guru dan para pelajar boleh menggunakan alat pemancar (projector) yang disambung ke komputer dan boleh disaksikan di papan layar putih. Pembentangan itu akan menjadi lebih menarik dan bermanfaat jika disertakan video atau animasi berkaitan topik yang dibentangkan. Di makmal sains pula, terdapat mikroskop elektronik yang boleh digunakan bersama komputer. Setiap spesimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan mesin pencetak (printer). Menurut Lazarowitz dan Tamir (1994), di dalam makmal sains komputer digunakan sebagai alat antara muka (interface) bersama peralatan makmal yang lain bagi mengawal eksperimen, mengumpul dan merekod data eksperimen serta menganalisis data menerusi graf atau secara stastistik. Ciri utama yang membolehkan komputer digunakan 9
  10. 10. dengan meluas dalam makmal sains adalah keupayaan untuk menyimpan data atau maklumat, memproses maklumat dengan pantas mengikut kehendak pengguna, memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk dan mewujudkan suasana interaktif dalam pembelajaran. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan mengaplikasikan teori-teori yang mereka pelajari. Bagi unit pentadbiran, setiap kakitangan harus disediakan sebuah komputer bagi memudahkan urusan mentadbir dan penyediaan dokumen. Setiap komputer itu mesti mempunyai kemudahan mengakses internet. Ini penting kerana kakitangan pentadbiran banyak berhubung dengan pihak luar. Mereka kerap menggunakan komunikasi elektronik (email) dalam setiap urusan rasmi dengan pihak luar seperti pejabat pendidikan daerah, kementerian pendidikan dan sebagainya. Kemudahan dan peralatan teknologi ini harus dipantau penggunaannya oleh penyelaras ICT. Tindakan ini bagi memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan cukup untuk setiap sesi pembelajaran. Peralatan yang rosak mesti dibaiki dengan segera untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap maksimum dan membanggakan disamping meningkat kecemerlangan pelajar dan sekolah. HALANGAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerimaan guru Guru-guru muda dalam lingkungan umur 25-40 disekolah tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan ICT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka cekap dan pantas mengaplikasikan segala program-program yang terdapat di dalam komputer. Kerajaan juga ada mengarahkan agar semua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi dengan jaringan teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berahkirnya Rancangan Malaysia Kelapan pada 2010. Ini bagi memastikan pendedahan dan penguasaan ICT dikalangan bakal guru selari dengan perlaksaan ICT di sekolah. Masalah ini timbul dikalangan guru-guru senior atau yang 10
  11. 11. sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan. Golongan ini sukar menerima perubahan cara pembelajaran dari tradisional ke moden. Mereka mengalami masalah untuk menggunakan program-program yang terdapat didalam komputer semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka, sudah terlambat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran ICT dan penggunaan komputer. Golongan ini hanya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan kerja-kerja berkaitan pentadbiran. Kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam perisian pemprosesan perkataan (Microsoft word) kerana mereka kerap mengaplikasikan perisian itu untuk menyiapkan tugasan. Jabatan pendidikan juga ada menghantar mereka ke bengkel kemahiran pengusaan ICT namun keberkesanannya kurang. Kajian Bakhtiar (1995), menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus-kursus untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT. Kemudahan dan alat tekonologi disekolah luar bandar dan pedalaman Sekolah-sekolah dibandar mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dan dilengkapi dengan peralatan teknologi yang canggih. Para pelajar dan guru tidak berdepan masalah untuk mengaplikasikan ICT semasa sesi pembelajaran. Bagi mereka internet dihunjung jari dan penerokaan ilmu tanpa sempadan. Berlainan senario disekolah luar bandar dan pedalaman, jumlah komputer yang disediakan sedikit dan tidak mencukupi. Pelajar terpaksa berkongsi 2 atau 3 orang untuk menggunakan sesebuah komputer. Talian internet juga masih tiada di sekolah-sekolah kawasan pedalaman. Namun, mereka masih bersyukur kerana dapat mempelajari cara-cara menggunakan komputer. Guru-guru disekolah pedalaman juga masih mengajar menggunakan cara tradisional. Justeru itu, untuk memperkasakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kementerian dan jabatan pendidikan perlu menyediakan dan memastikan jumlah komputer cukup dan kelengkapan alat teknologi sempurna di sekolah. Setiap makmal komputer mesti mempunyai bilangan komputer yang mencukupi dengan jumlah pelajar semasa sesi pembelajaran dijalankan. Talian internet perlu disediakan unutk memberi 11
  12. 12. kemudahan kepada guru dan pelajar mencari sumber rujukan tambahan mengenai sesuatu matapelajaran. Alat pemancar (projector) dan papan layar putih perlu dibekalkan supaya guru dan pelajar dapat menggunakannya semasa sesi pembentangan. CADANGAN Bagi memantapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, beberapa cadangan perlu difikirkan untuk di aplikasi di sekolah-sekolah. Pertama sekali, pemimpin sekolah mesti peka dalam semua aspek penggunaan ICT disekolah termasuklah kemudahan peralatan teknologi, tahap penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru-guru dan kakitangan pentadbiran. Kementerian pendidikan perlu mengadakan seminar atau kursus kepada semua pemimpin sekolah di negara dan bengkel yang lengkap mengenai kemahiran penggunaan ICT di sekolah. Dalam seminar itu, pihak kementerian perlu menjelaskan dengan terperinci bidang tugas mereka bagi mengelakan sebarang masalah berlaku semasa perlaksaan ICT di sekolah. Pemimpin sekolah merupakan nadi kepada kejayaan sesebuah sekolah. Jentera kedua penggerak kejayaan penggunaan ICT di sekolah ialah guru. Sebelum memberi pendidikan kepada pelajar, seseorang guru itu mesti mempunyai kemahiran yang lengkap disamping ilmu pengetahuan yang luas. Salah satu kemahiran yang perlu ada pada masa kini ialah kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mahir mengaplikasikan semua program yang terdapat didalam komputer dan menggunakan alat-alat teknologi yang terdapat disekolah. Oleh itu, sebelum seseorang guru itu dihantar mengajar ke sebuah sekolah, pihak kementerian pendidikan perlu mewajibkan mereka menghadiri bengkel penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di akhir bengkel tersebut, guru itu perlu menyediakan satu pembentangan yang menggunakan segala kemahiran yang di tunjuk ajar. Ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan guru terhadap ICT. Bagi golongan guru senior atau telah lama berkhidmat yang sukar menerima perubahan dalan kaedah pembelajaran dan tidak mahir dalam penggunaan ICT, mereka perlu menghadiri seminar bahawa pentingnya penggunaan ICT di sekolah. Pihak kementerian perlu menyediakan seminar ini untuk membantu mereka menerima perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta 12
  13. 13. menukarkan persepsi kearah lebih positif. Mereka juga akan di bimbing untuk menggunakan ICT semasa sesi pembelajaran. Kemudahan dan peralatan teknologi di semua sekolah sama ada bandar, luar bandar atau pedalaman mesti lengkap dan mencukupi. Bagi sekolah di bandar, guru dan pelajar tidak mempunyai masalah untuk menggunakan ICT semasa sesi pembelajaran tetapi di luar bandar dan pedalaman senarionya berbeza. Berkongsi menggunakan komputer adalah senario biasa bagi pelajar-pelajar. Justeru itu, kementerian dan jabatan pendidikan perlu bekerjasama menyediakan keperluan dan peralatan teknologi yang mencukupi di setiap sekolah. Bilangan komputer didalam makmal komputer sekolah mestilah mencukupi dengan jumlah pelajar semasa sesi pembelajaran. Selain itu, jabatan pendidikan juga perlu menyediakan kemudahan internet untuk membolehkan guru dan para pelajar mencari bahan rujukan tambahan. Mereka juga boleh menggunakan komunikasi elektronik (email) untuk bertukar-tukar idea mengenai pelajaran dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Di makmal sains pula, peralatan teknologi canggih amat diperlukan untuk melancarkan proses pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan mikroskop elektronik bersama komputer. Setiap specimen itu dapat dilihat dengan jelas dan boleh cetak berwarna dengan menggunakan mesin pencetak (printer). Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dan mengaplikasikan teori yang mereka belajar didalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakn kemudahan yang lengkap didalam makmal bagi memudahakan guru dan pelajar menjalankan penyelidikan. RUMUSAN Natijahnya, integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan dan usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak tanpa mengira batasan. Pemimpin sekolah dan guru merupakan nadi kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Mereka adalah tunjang kepada kecemerlangan akademik para pelajar dan juga kejayaan penguasaan kemahiran ICT. Badan akademik dari universiti tempatan telah banyak menyumbang kepakaran untuk membantu guru-guru dan pelajar mendalami kemahiran ICT dan 13
  14. 14. komputer. Sokongan moral daripada ibu bapa dalam menjayakan perlaksanaan ICT ini juga penting untuk membakar semangat para pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu. Di samping itu, kemudahan dan peralatan teknologi yang lengkap merupakan penyumbang utama kepada kejayaan perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian pendidikan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan pada era globalisasi ini tiada lagi pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu. Penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaan ICT ini menunjukkan mereka peka dengan perkembangan pendidikan negara. Bagi mereka, kecemerlangan pelajar adalah tanggungjawab bersama kerana para pelajar inilah yang akan jadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka peneraju generasi akan datang. RUJUKAN Aida Suraya Md. Yunus, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub dan Othman Talib (20008). Amalan dalam Pengajaran & Pembelajaran: Sains, Matematik & Pembelajaran Berasaskan ICT. Universiti Putra Malaysia Azian Abdullah (2006). Deconstructing Secondary Education: The Malaysia Smart School Initiative. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 10th SEAMEO INNOTECTH International Conference. 15-17 November, Singapura. Bakhtiar Mansor (1995). Membina “Empowerment” Pengupayaan Dalam Pengurusan Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Frost & Sullivan (2005). Benchmarking of the Smart School Integrated solution. Kuala Lumpur. Multimedia Development Corporation. Gates, B. (1999). Bussiness @ The Speed Of Thought. New York: Penguin books. Jerry Wellington (2000). Teaching and Learning Secondary Science: Using ICT in Teaching and Learning Science, m.s:195. New York: Madison Avanue Lazarowitz, R & Tamir, P. (1994). Research using laboratory instruction in science. Dalam D.L. 14
  15. 15. Grabel (Ed.), Handbook of Research on Science Teaching And Learning. New York: Macmilan Library Reference Leonard R.Newton & Laurence T.Rogers (2001). Integrating Information and Communications Technology in Education: Teachning Science with ICT. New York: Continuum. Lim Bee Yeok (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Dikalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. MDC Smart School Department (2005) Malaysia Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey – A consultative paper on the expansion of the smart school initiave to all schools in Malaysia. Kuala Lumpur. Multimedia Development Corporation. Smart School Project Team (1997) Smart School Flagship Application: The Malaysia Smart School – A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur. Ministry of Education Malaysia. Smart School Project Team (1997) The Malaysian Smart School Implementation Plan. Kuala Lumpur. Ministry of Education Malaysia. 15

×