Psv3105

7,210 views

Published on

3 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
7,210
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
16
Actions
Shares
0
Downloads
539
Comments
3
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Psv3105

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTIIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM SEMESTER 4 MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010
  2. 2. Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan September 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  3. 3. KANDUNGAN MUKA SURATFalsafah Pendidikan Kebangsaan iiiFalsafal Pendidikan Guru iiiKata-Alu-aluan ivPanduan Pembelajaran v-viiPengenalan viiiAgihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) ixTajuk PembelajaranTajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan 1 pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis 1 1.2 Hasil Pembelajaran 1 1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 1 1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual 2 Sekolah Rendah 1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman 14 langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik 23 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan JERISE 1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 32 - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2 - untuk 5P KBSR i
  4. 4. 1.5 Latihan A 37Tajuk 2 Meneroka Alat dan Bahan 39 2.1 Sinopsis 40 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 41 2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi Pelbagai jenis alat dan bahan 42 2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian- perisian 56 2.5 Latihan B Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul ii
  5. 5. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jun 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
  6. 6. PANDUAN PELAJARModul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jaminteraksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) danPeperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah ataututorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincangdengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalahberhubung dengan modul ini.Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajarananda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembalisemula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaranarah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskancorak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajarananda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajarankendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapatmelalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukanhendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan iabukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangkamasa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dansasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiaptajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajariatau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dualatihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahamandan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini. vi
  7. 7. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian andaagar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran Amenerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhirkursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaandan Penilaian.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus. ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal. iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat. iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan juga sumber internet. v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu tahun pengajian. vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT dan Online Learning(OLL).vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah.Selamat maju jaya. vi
  8. 8. PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualPENGENALANKursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amalidalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul inimengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran danpembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teoridalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1amali dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhanpembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagisetiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan,pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap,minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiapbidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak .Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2.Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid.Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid.Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio-budaya .Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topikyang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasilkerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarahsecara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahamansetiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukandan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untukmendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yangdipelajari. v
  9. 9. AGIHAN TAJUK Panduan kepada penggunaKandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan limabelas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajukuntuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus) Interaksi Bil. Tajuk/Topik Bersemuka Modul Jum. (jam) (jam) Jam Teori 1 12 0 12 Pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Teori 2 0 9 9 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 Teori 3 9 0 9 Persediaan Mengajar Amali 4 0 6 6 Meneroka Alat dan Bahan Amali 5 6 0 6 Meneroka Tajuk dan Isi kandungan mengikut tema Amali 6 9 0 9 Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan Amali 7 9 0 9 Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat binaan serta Kraf traditonal Jumlah keseluruhan 30 15 45 vi
  10. 10. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Perancangan aktiviti pengajaran dan TAJUK 1 pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 21.1 SinopsisKursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran PendidikanSeni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran danpembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaanmengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandunganmengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut.1.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaranMenggambar Membuat Corak Membentuk dan Mengenal Kraf dan Rekaan Membuat Binaan Tradisional 1
  11. 11. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4 Kandungan1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SRTumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empatbidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR P e n g e n a la n S e n i V i s u a l Me nggam bar M e m b e n tu k d a n M e m b u a t B in a a n K u ri k u lu m PS V SR Me m bua t C orak K r a f T r d is io n a l d a n R e ka a n Rajah 2. Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 2
  12. 12. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.1.1 MenggambarMenggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapatdalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakanuntuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaanpelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asasmenggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktivitimenggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuandan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna diatas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuanimej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebihjelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satukecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek 3
  13. 13. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualb) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3. Menggambar Lukisan Catan Mozek Kolaj Capan Montaj Teknik Menggambar Gurisan Cetakan Percikan Resis Stensilan Gosokan Rajah 3Teknik CatanApabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialahcaramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alatimprovisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatupermukaan.Teknik KolajTeknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan darigubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia danbahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik ataupapan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat ataujalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaiangambar. 4
  14. 14. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTeknik CetakanTeknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnyacetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakanboleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan danwarna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahancetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoamadalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukiritu akan memberi kesan yang berlainan.Teknik ResisTeknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Denganteknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakanuntuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis sepertikertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan diperingkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.Teknik GosokanAnda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak diatas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yangberlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Andaboleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapatgambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupabentuk yang dihasilkan.Teknik StensilanUntuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengansesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warnaakan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap olehkertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupabentuk yang dihasilkan. 5
  15. 15. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTeknik PercikanBahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercikdari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yangberubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaankertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supayakesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.Teknik GurisanUntuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakansesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut darisesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secaraberlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yangkeras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk mengurispada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang kerasdan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yangdihasilkan.Teknik MozekTeknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambahbahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atassesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun,bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidakbertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepinganbahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yangdihasilkan. Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah. Jenis Aktiviti Kenyataan sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’ atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. 6
  16. 16. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi warna air boleh dipercik dari berus anda menggunakan warna air bersama warna lilin Kepingan gambar-gambar disusun dan digam1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpgSalah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalahkeranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhatidengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunanulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkancorak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara sepertiyang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentuyang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini bolehdiperhatikan di alam sekeliling kita seperti:  alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;  bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting  geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;  abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan  rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. 7
  17. 17. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTerdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah: Membuat Rekaan Dan Corak Jenis susunan corak Rajah 4 Membuat Rekaan Dan Corak Teknik Corak Titisan Tarikan Renjisan Corak Tidak Terancang Lipatan Ikatan dan Celup Tiupan Pualaman Rajah 5 Teknik menghasilkan corak tidak terancang 8
  18. 18. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpgPada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermaindengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas.Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajarisebelum masuk ke alam persekolahan. Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik iniakan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepadapelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihatbagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentangpersembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelasbila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar denganpenggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberipeluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat danbahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. 9
  19. 19. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualBidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (f) Model (b) Arca asemblaj (g) Diorama (c) Arca mobail (h) Boneka (d) Arca stabail (i) Topeng (e) Origami1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional www.bestbatik.com/batik/imagesKraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerjaberunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan sertamemerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurunmengikut kaum masing-masing.Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat(b) Alat Permainan (f) Tembikar(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu 10
  20. 20. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualAlat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untukmemberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepadamasyarakat tradisional pada ketika itu.Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yangdimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuaipadi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah,Perlis, Pahang, Selangor dan Johor.Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan WauBayan Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan melayari internet.KerisPerubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melakahingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak,Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, JembiahLading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakatdan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti KerisJawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali,Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris padamasa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlispersandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.BatikBatik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidangkraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyaicorak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik 11
  21. 21. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualyang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untukmenghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telahditerapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batiksemakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankanmengikut peredaran zaman.Seni TekatIa juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji,tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat,disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbuldari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaanpakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekatdiperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Merekabanyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak,Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeriyang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.TembikarSeni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkanpenemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di SungaiPerak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikaryang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatankerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuktembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif,ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaanberwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadilambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. 12
  22. 22. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualAnyamanAnyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan,mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu ataubahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melaluiteknik selang-seli helaian antara satu sama lain.Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yangmelalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yangtidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkapharus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagimenunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang denganmenggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.Kelarai ini diantaranya ialah: (a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan (b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat (c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai (d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah (e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimauUkiran KayuSeni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakanuntuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat padazaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orangMelayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa dikalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik inidiperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepalasampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hariini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini. 13
  23. 23. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan 1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  pengetahuan sedia ada murid;  benda yang konkrit;  minat, kecenderongan dan latar belakang murid;  bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan  mencetus idea dan imaginasi. Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni 14
  24. 24. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualvisual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi danmenyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas.1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahanAspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktivitipenerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakanaktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:(i) penerokaan  aktiviti kecil mudah ringkas;  cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;  penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;  mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba  aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan  menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.ii) penghasilan / membuat / pengalaman  penggunaan alat bahan dan teknik;  tatacara, langkah dan proses membuat;  amalan tertib kerja 15
  25. 25. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual  keselamatan semasa bekerja; dan  penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil “Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.” Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda?1.4.2.3 Pengalaman Langsung Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih. Bekerjasamalah dengan rakan anda.Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidangtersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk danmembuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untukmemperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagaiasas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selarasdengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segisosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual disekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dankemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akanmendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf 16
  26. 26. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualtradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, prosespembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikanmaklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiranyang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat danteknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatiankeseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secaratidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selainmemperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melaluikajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi danimaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkanmelalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujuddalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara danmemulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Denganini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepandengan semua keadaan. Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalamipengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yangdigambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea danmenghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau denganpengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina ideabaru dari benda konkrit. 17
  27. 27. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.2.4 Apresiasi Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deriapandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementaraarca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkanpenggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yangdifikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni sertaperbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utamaaktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktivitimudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktivitimudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;  aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;  aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;  penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;  perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan  penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. 18
  28. 28. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualApresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspekpengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan darisegi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan danmenyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.Mengikut John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescense ada duapendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:(a) Pendekatan secara logik(b) Pendekatan secara psikologiPendekatan Secara LogikPendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukanpemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. . Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, Secara Penerangan media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. . Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Secara Pemerhatian Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang Secara Perbandingan lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai Secara Penghasilan tukang, gaya konsep dan zaman. Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda. 19
  29. 29. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualPendekatan Secara PsikologiPendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepadaperasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepadapenghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapatmeninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secaraini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapatorang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alatyang digunakan.Kaedah Apresiasi SeniKaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah:(a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik(b) Kontekstualistik (d) NormistikKaedah HedonistikKaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan,pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara sertamerta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologimenyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cumaberdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar danterdapat pelbagai citarasa.Kaedah KonstekstualistikKaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuansejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya,kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu 20
  30. 30. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualpendekatan yang menarik oleh pemerhati.Kaedah OrganistikKaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yangteratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secaraharmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepadaaspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapatmembentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.Kaedah NormistikKaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dariaspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan denganpendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnyalukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilaiakhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telahmelampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.Kaedah ElektikKaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalahgabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat danbahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjuruskepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurangbaik. 21
  31. 31. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualProses Apresiasi SeniTerdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenaiproses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktivitiaprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empattahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation ) (d) Penilaian ( evaluation )MenggambarkanMengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifattampak/objek pada karya.Sebagai contoh : Karya Latif MaulanKarya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.Menganalisa(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,prinsip rekaan dan struktur.(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan. 22
  32. 32. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTafsiran(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitujuga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)untuk menjelaskan makna tersebut.(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup danbudaya masyarakat setempat.PenilaianMenilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segiindividu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranyapelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yangtajam.Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.(c) Sejarah seni.(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. 23
  33. 33. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan1.4.3.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk (form), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentu 24
  34. 34. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualb. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpgPengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap mindayang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri,sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupayamencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arahyang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasiatau penggerak minda dalam berkarya.c. Aliran dan tema sejagat http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg 25
  35. 35. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkankekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dariidea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnyamewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yanglebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitarmenjadi suatu keunikan ciptaan danmengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective Art, Minimal Artmisalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dansanggup menerima rintangan.d. Keperluan dan pengalaman hidup harian http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japaneseCiptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lainmerupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yangmewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datangdari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitanmengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapatmemanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktifseseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaandan lebih tinggi nilai estetikanya. 26
  36. 36. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualDi sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan denganpengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalampengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkanpembelajaran.e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpgRakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan duniadan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yangberlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya. Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah. 27
  37. 37. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.3.2 Isi kandunganSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empatbidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3.Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang inimenekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yangkritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargainilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsidan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatanmembuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspekruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan,Gurisan, Capan, Mozek dan Poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresidiri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenalipelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akanmemperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual muriddan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dankesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialamidengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakansebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagaicara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai denganperkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaiankandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan carapengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yangbermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. 28
  38. 38. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada muridmemahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannyamenjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankankepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dansebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melaluikegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatandan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atauCatan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskanperkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapatmemahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatumodel. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkanmurid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Inimemberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk danmembuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberikesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan iniboleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyiandan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkandengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri,Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar. 29
  39. 39. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraftradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkanfungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumipengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidangkraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepertipernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.1.4.3.2 Alat dan BahanPengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran PendidikanSeni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui danmengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap muridmempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yangakan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran senimenggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik danbermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyakjika hendak disenaraikan. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja senimenggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warnadan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalahseperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertaspembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alattulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basahsemuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dariitu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalamaktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yangdigunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasilkerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton. 30
  40. 40. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualDalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakandan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan danmedia yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:  Berbagai jenis pensil  Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil  Kapur berwarna  Oil pastel  Artline atau marker  Berbagai jenis pen  Gouche, akrilik, cat minyak  Stensil  Kolaj  Capan, cetakan  Lilin  Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah  Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,  sayur-sayuran, dan buah-buahan  Penyedut minuman  Gunting, pisau lipat, gam  Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan mediabasah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon,arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyakdan cat akrilik. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alatdan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. 31
  41. 41. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualIni membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi danpenting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk danmembuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalammenjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tigadimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentukdisamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbanganpermukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garisluar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskanberdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objekrealiti.Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktivitikepada bidang-bidang di bawah: Bidang Aktiviti Alat dan bahan 1. Menggambar Catan Minyak 2. Membuat corak Capan dan rekaan 3. Membentuk Patung Puppert dan membuat binaan 4. Kraf Tradisional Anyaman 32
  42. 42. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanakPenghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yangberbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa senivisual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satukaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihatdan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanakadalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik sertaberkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerjaseni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakanrefleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terusberkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikanrangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahapimaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivitikanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaranmata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melaluiaspek berikut: a. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. 33
  43. 43. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual c. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenaliobjek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekelilingmereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objekmelatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan dayapersepsi mereka. Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanakselain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu prosespembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling laludipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianyasatu bentuk hasil karya yang unik. a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. 34
  44. 44. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesanpenghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsepkendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbangmemikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis jugamenggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenaikarya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untukbertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitarandan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkanperanan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitifkanak-kanak dengan cara yang positif.Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanakSoalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkanperasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contohsoalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut:1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya? Bagaimana jika buaya boleh terbang?2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu. Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung, Bagaimanakah keadaannya? 35
  45. 45. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasiyang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuhperasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpicontohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan ataukegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasidiantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imejunsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat bergunadalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam dirimereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisanyang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visualsebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuanyang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perludifahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktivitiyang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.Contoh soalan. 1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau muda? 2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut? Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang:1. Apa yang kita suruh murid buat2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan6. kadar banding, saiz, susunan corak7. penggunaan alat dan bahan8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan 36
  46. 46. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualWalaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasiyang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativitiserta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikanseni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan dayaimaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktivitikreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yangbaru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkanimaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarnamendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana sertamempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapatmembantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja bolehdiwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak danbersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkandaya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimanaobjek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasilseni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asasseperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagaiguru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuandan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telahdikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan. Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya olehmurid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan darikebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalampembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dankerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaranBelajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. 37
  47. 47. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidakdapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.Pemulihan amat perlu untuk murid- murid yang menghadapi masalah ataukesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam PendidikanSeni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yangakan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.1.5 RumusanPendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam prosespenghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melaluipenajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, muriddiharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagikepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupandengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dancorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untukmelihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspekestetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapatditerapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalamkehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkandengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkanbudaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 38
  48. 48. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualAktiviti 1.1 Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri. Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian pengajaran dan pembelajaran anda. Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain.Aktiviti 1.2 http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967) Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4. 39
  49. 49. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualTAJUK 2 Amali Meneroka Alat dan Bahan2.1 SinopsisTajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran,prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untukmembantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahanpengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan jugadiberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidangkegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untukmeneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkankarya bagi kesemua empat bidang tersebut. Anda hendaklah membuatpertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat danbahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaranPendidikan Seni Visual.2.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan 40
  50. 50. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Meneroka Alat dan Bahan Meneroka / Membuat Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis eksperimentasi alat dan bahan perisian-perisian2.4 KANDUNGANMeneroka Alat dan Bahan Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini. http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi 41
  51. 51. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Alat : Bahan:Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cubaanda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut. http://images.ask.com/pictures Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan Menggambar seperti di atas? 42
  52. 52. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahanPelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan SeniVisual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran danpembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif danbersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yangoptima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yangberkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaiandengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuantentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran danpembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendakdisasarkan. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yangterdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk inidisediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melaluipenggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melaluiasas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenisaktiviti menggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untukmenggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah.Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilindan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan catakrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Permukaan untuk catan adalah sepertikertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lainadalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat‘masking’. 43
  53. 53. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialahcaramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alatimprovisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatupermukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagaikesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan. (b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan. c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. 44
  54. 54. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah. (b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai. (c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput. Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imejpada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke ataspermukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino,‘strawboard’ , papan lapis dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan lino,papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di ataspermukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukiritu akan memberi kesan yang berlainan. Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategoricetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakanbahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatupermukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakanberbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan 45
  55. 55. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualbahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akanmemberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna airbersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal.Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasanpermukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Dikawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu.Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warnaair sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan.Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut ataukasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulangkepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satucontoh teknik resis. Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan anda samada di internet, video, buku atau sebagainya. Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman dengan cara berikut: (a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulitkatak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiranberfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza. 46
  56. 56. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda bolehmenggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yanglembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warnakrayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di ataskertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakanuntuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenisalat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan padagarisan yang dihasilkan.Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertaswarna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan sepertikertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas padamozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberijalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. http://www.flickr.com/photos/ongkywPerhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalanyang berikut: 47
  57. 57. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual (a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi. (b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung wayang kulit itu? (c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang menarik?Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amatdominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berusdan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiranmengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. 3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang andaakan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusunberulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alamsekeliling kita seperti: 1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; 2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; 3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; 4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan 5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu: 48
  58. 58. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Corak tidak terancang Corak terancang Pualaman Lukisan Renjisan Catan Lipatan warna dengan Cetakan kertas Tiupan Capan Titisan Lipatan dan guntingan Ikatan dan celupan Resis Renjisan dan percikan KolajCuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai didalam rajah di bawah: Corak tidak terancang Alat dan Bahan Pualaman Tiupan Ikatandan celupan Renjisan dan percikanCara membentuk dan membuat binaan 49
  59. 59. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploadsMengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk danmembuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalammenjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tigadimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentukdisamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbanganpermukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garisluar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan 50
  60. 60. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visualberdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objekrealiti.Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?Anda boleh:1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek;3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan;6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya;11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan;Penentuan Alat dan BahanSelain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapapertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuatbinaan, antaranya:1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya;3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus 51

×