SISTEM SOSIALSistem Kepercayaan dan Agama
Agama Buddha Siddhartha Gautama (SG) Buddha ialah  pengasas doktrin ini dan Buddha  merupakan seorang putera raja dari  I...
 Semasa berada dlm istana, beliau melihat satu  kematian dan bertanya kepada dirinya  mengapa manusia sakit dan mati? Pe...
 Setelah kematian SG, pengikut-pengikutnya  berkumpul dan bersetuju menjadikan ajaran  yang ditinggalkan sebagai satu aga...
 Agama Buddha menegaskan apa jua yang  akan dilahirkan semula merupakan hasil  daripada perlakuan yang dilakukan dan  buk...
   Ajaran Buddha terkandung dalam ajarannya    yang mulia, iaitu     Dukka : merupakan kehidupan manusia yang      disel...
Agama Buddha di Myanmar Agama Buddha telah meninggalkan  pengaruhnya yang besar dalam politik dan  institusi sangha di My...
 Institusi sangha juga memainkan peranan  penting dalam menjaga kepentingan, keamanan  dan memberikan pendidikan kepada r...
   Menjelang akhir abad ke-19, agama Buddha    di Myanmar dibahagikan kepada dua aliran,    iaitu     Aliran Sulagan : a...
Agama Buddha di Asia Selatan(India)   Ajaran ini dilihat sebagai satu bentuk penentangan    terhadap agama Hindu terutama...
   Agama Buddha di Asia Selatan dibahagikan    kepada dua Mazhab     Mazhab Mahayan : amalan yang mengutamakan      penc...
Agama Buddha di AsiaTimur Perkembangan agama Buddha di Asia  Timur lebih didominasikan oleh agama  Buddha Mahayana yang m...
 Di negara China, agama Buddha sering  bertentang dan bersaing dengan penganut  Confucius. Golongan pelajar tidak memberi...
   Di negara Jepun, perkembangan agama Buddha    banyak berkait rapat dengan perkembangan yang    berlaku di negara China...
 Hal ini disebabkan ajaran Buddha menekankan  prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada  pemimpin negara. Secara tidak lgsung...
 Kedudukan agama Buddha sebagai satu  agama yang penting dijelaskan melalui dasar  yang dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu...
Sekian. Habis sudah. 
Agama buddha (sejarah 2 ting 6)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

6,696

Published on

1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,696
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
126
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

  1. 1. SISTEM SOSIALSistem Kepercayaan dan Agama
  2. 2. Agama Buddha Siddhartha Gautama (SG) Buddha ialah pengasas doktrin ini dan Buddha merupakan seorang putera raja dari India yang juga dikenali Shakyamuni. Buddha bererti seorang manusia yang telah mencapai satu tahap kesedaran rohani yang sempurna.
  3. 3.  Semasa berada dlm istana, beliau melihat satu kematian dan bertanya kepada dirinya mengapa manusia sakit dan mati? Persoalan ini menyebabkan beliau keluar dari istana pada usia 35 tahun, untuk melihat erti kehidupan dan penderitaan manusia. Beliau memulakan pertapaan dan berpuasa di bawah pohon pipal, dan pada hari ke-49 pertapaannya, beliau telah mencapai tahap Buddha. Pada peringkat awal, ajaran Buddha bukanlah satu agama sebaliknya lebih kepada ajaran- ajaran bersifat psikologi & etika yg berkaitan kehidupan.
  4. 4.  Setelah kematian SG, pengikut-pengikutnya berkumpul dan bersetuju menjadikan ajaran yang ditinggalkan sebagai satu agama yang perlu dianuti dan diamalkan yang kemudiannya dikenali sebagai agama Buddha. Ajaran Buddha berdasarkan kitaran/pusingan kehidupan, iaitu  Sila (moral yang tinggi)  Renungan (samadhi)  Kesedaran (prajna)  Mencapai sambodhi  Terlepas daripada pusingan kelahiran (nirvana)  Hukum karma : setiap perlakuan meninggalkan kesan buruk atau baik dan kesan ini mencorakkan perwatakan makhluk semasa di dunia atau akan datang.
  5. 5.  Agama Buddha menegaskan apa jua yang akan dilahirkan semula merupakan hasil daripada perlakuan yang dilakukan dan bukannya jiwa (atma). Maka, setiap makhluk haruslah menyelesaikan setiap perbuatannya sama ada yang baik atau buruk, kerana selagi tidak diselesaikan maka makhluk tersebut tidak akan bebas daripada pusingan kelahirannya.
  6. 6.  Ajaran Buddha terkandung dalam ajarannya yang mulia, iaitu  Dukka : merupakan kehidupan manusia yang diselubungi kesakitan, penderitaan dan kesedihan.  Samudaya : merupakan punca kesengsaraan, iaitu nafsu yang inginkan kekayaan dan keseronokan.  Nirodha : menghapuskan kesengsaraa, iaitu dengan mengatasi nafsu.  Marga : merupakan jalan atau cara yang boleh mengatasi nafsu, iaitu melalui Jalan Mulia Berlapis Lapan (pemikiran, pengetahuan, keinginan, pertuturan, kelakuan, usaha & pertapaan yg baik)
  7. 7. Agama Buddha di Myanmar Agama Buddha telah meninggalkan pengaruhnya yang besar dalam politik dan institusi sangha di Myanmar dan Thailand. Raja Myanmar memerintah negaranya berdasarkan konsep dharmaraja iaitu memerintah dengan menggunakan jalan yang betul. Sebagai satu sistem sosial pula, undang- undang biara dan undang-undang sangha digunakan untuk mengekalkan ketenteraman bekerja bagi kepentingan masyarakat.
  8. 8.  Institusi sangha juga memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan, keamanan dan memberikan pendidikan kepada rakyat. Hal ini juga dapat dilihat dengan kepentingan biara, iaitu sebagai tempat kanak-kanak mendapat pendidikan agama dan sekular agar mereka menjadi penganut dan pengikut agama Buddha yang cerdik dan bermoral. Institusi sangha merupakan pemegang tradisi masyarakat Myanmar yg penting terutama selepas tahun 1886 apabila Myanmar jatuh ke tangan British kerana sangha bertindak melindungi agama, adat istiadat dan kehidupan masyarakatnya daripada ancaman British.
  9. 9.  Menjelang akhir abad ke-19, agama Buddha di Myanmar dibahagikan kepada dua aliran, iaitu  Aliran Sulagan : aliran yang mementingkan disiplin dan kesucian Buddha  Aliran Mahagandi : lebih fleksibel dan liberal aliran ini memasukkan elemen-elemen luaran dalam ajaran agama Buddha.
  10. 10. Agama Buddha di Asia Selatan(India) Ajaran ini dilihat sebagai satu bentuk penentangan terhadap agama Hindu terutama dominasi kasta Brahmin dan ajarannya melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia. Ajarannya menekankan konsep ahimsa, iaitu menolak penyeksaan dan pembunuhan sama ada terhadap binatang ataupun makhluk bernyawa walaupun sumber makanan. Pengaruh dan pencapaian agama Buddha di Asia Selatan agak terhad kerana kecemerlangannya hanya berlaku pada zaman awal masihi disebabkan sokongan daripada pemerintah seperti Asoka.
  11. 11.  Agama Buddha di Asia Selatan dibahagikan kepada dua Mazhab  Mazhab Mahayan : amalan yang mengutamakan pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupan  Mazhab Hinayana : menekankan kehidupan secara bermasyarakat dan pengikut ajaran ini dikenali sebagai sebagai Buddha Theravada
  12. 12. Agama Buddha di AsiaTimur Perkembangan agama Buddha di Asia Timur lebih didominasikan oleh agama Buddha Mahayana yang memberikan tumpuan kepada pencapaian serta tindakan individu dalam menentukan corak dan gaya hidup seseorang. Mazhab Mahayana boleh didapati di negara-negara China, Jepun, Korea dan Taiwan.
  13. 13.  Di negara China, agama Buddha sering bertentang dan bersaing dengan penganut Confucius. Golongan pelajar tidak memberikan sambutan baik terhadap ajaran Buddha, manakala golongan petani pula menerimanya disebabkan mereka merupakan golongan yang sering ditindas dan ditekan. Menjelang abad ke-19, agama Buddha di China bertambah kukuh dan banyak kuil atau biara dibina. Biara-biara ini berkembang pesat dan menjadi tempat keagamaan dan pusat mempelajari seni pertahanan diri. Wushu sering dijadikan subjek penting di biara.
  14. 14.  Di negara Jepun, perkembangan agama Buddha banyak berkait rapat dengan perkembangan yang berlaku di negara China dan dibawa masuk ke Jepun sekitar abad ke-6. Persaingan agama Buddha di Jepun pula adalah dengan agama Shinto. Namun, masalah diselesaikan dengan membuat satu kelonggaran iaitu membawa masuk patung- patung Shinto, manakala upacara kematian pula dilakukan mengikut ritual agama Buddha. Di jepun, agama Buddha telah membuat pembaharuan, iaitu prinsip persamaan hak dan perpaduan sesama manusia. Agama Buddha di Jepun telah membantu dan memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik Jepun.
  15. 15.  Hal ini disebabkan ajaran Buddha menekankan prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin negara. Secara tidak lgsung, agama ini mengembalikan kuasa sebenar maharaja Jepun melalui doktrin falsafah yg memberi tumpuan kepentingan sistem kerajaan pusat. Dengan memberikan kuasa sepenuhnya kepada maharaja, ini bererti kestabilan negara dapat dibentuk serta segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jaya dan mudah. dengan faktor-faktor ini, agama Buddha telah diberikan status yang tinggi di Jepun.
  16. 16.  Kedudukan agama Buddha sebagai satu agama yang penting dijelaskan melalui dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu mewujudkan sistem yang mewajibkan guru- guru dan sami-sami Buddha diambil menjadi penyelia serta penasihat kepada pegawai- pegawai kerajaan. Sistem ini membantu kerajaan membentuk disiplin dan kelakuan mereka serta pengaruh agama Buddha ini begitu ketara semasa zaman pemerintahan Tokugawa. Agama Buddha dikawal dan dijadikan alat pemerintahan Tokugawa untuk mengawal pegawai-pegawai, pembesar-pembesar dan rakyatnya.
  17. 17. Sekian. Habis sudah. 
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×