Your SlideShare is downloading. ×
Kanak2 berkeperluan khas
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kanak2 berkeperluan khas

4,021
views

Published on


2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
4,021
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
312
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PendahuluanADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Iamelibatkan 3 jenis kepayahan : Kurang tumpuan Hyperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiadapunca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otakmungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.Tanda & gejalaSeorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.A. Kurang tumpuanKanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian PelupaB. HyperaktifKanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakapC. Menurut kata hati (Impulsiviti)Kanak-kanak akan : Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Tambahan :
  • 2. o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannyaSekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengansegera.Komplikasi ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang. Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan. Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.RawatanUbat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untukbelajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalahdiketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubatyang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlakuialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlumendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.PemulihanIntervensi tingkahlakuAda beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin bolehberbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah : Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • 3. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja. Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.Pendidikan KhasKanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepadamereka.Kumpulan sokonganFAMILY SUPPORT GROUP FOR ADHD/LD AND RELATED DISORDERSWebsite : http://groups.yahoo.com/group/myadhdsupportDicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 21:15 No comments:Pautan pada catatan iniTuesday, 29 March 2011Masalah PembelajaranPembelajaran dan pengajaran adalah amat penting untuk memastikan semua murid yangmenerima ilmu dapat manfaat sepenuhnya. Justeru itu kita sebagai pendidik perlu untukbertanggungjawab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Bagimerealisasikan tujuan yang murni, maka adalah perlu kita sebagai pendidik menghasilkan murid-murid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu kitaharuslah mendidik murid-murid walaupun tidak semua murid itu bijak. Pertama sekali kitaharuslah berusaha untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan murid kita. Kemudian barulahkita berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stail pembelajaran yang sesuai mengikutgaya pembelajaran murid. Jika murid itu lemah, maka kita sebagai pendidik perlu untuk sedayaupaya membantu agar murid kita berjaya bukannya menyalahkan orang lain...ayuh bangkitlahrakan-rakan guru bagi memastikan kerjaya guru terus dihormati.Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakkanyang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lembam atau slowlearner merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi inilambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balasmenggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.kanak-kanak yang lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guruyang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minatterhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.1- Guru perlu gunakan bahasa mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang.
  • 4. Ia boleh digambarkan atau dipaparkan pada papan putih atau papan kenyataan kelas.2-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan didalam langkah-langkah yang pendekdan logik.3- Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberiperasaan kejayaan misalnya meminta seorang kanak-kanak disklesia untuk memberi laporansecara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk & margetts, 2007)4- Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. ia boleh diberi dalambentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu mereka lakukan. Tempoh masa yang lebih bolehdiberikan untuk kanak-kanak ini meyiapkan tugasan mereka.5- Tugasan atau kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notiskelas sebagai peringatan. satu slainan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:49 No comments:Pautan pada catatan iniPelajar "Slow Learner"1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkantahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yangdigunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-muridseperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yangmempunyai gambar-gambar yang menarik.2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembamakan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individubukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yangberbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turutmempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.Pemilihankaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikutipengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalahseperti berikut;a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)Menurut Meese (2001),kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satuperancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangkapendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangankeluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.b)PengajaranSecara IndividuZakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenarantentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza danpembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapaiolehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akanberlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya.Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan danobjektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaranindividu kepada empat, iaitu Munsyi atau ―tutoring‖, kursus melalui pos, Rancangan BerunitMengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer.Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaiandengan tahap murid tersebut.c)Mengubah Yang Abstrak Kepada KonkritSeorang pendidik perlumengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalampembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan
  • 5. didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelasdengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuanfotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihatperkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaanyang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran danpembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akanmempertingkatkan keupayaan mereka.d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‗Power Point‘dalam komputer dan ‗electronic dictionary‘ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yangkompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yangdiajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang‗stereotype‘. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajaristimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secaraelektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkanpenggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yangmenghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen,1986).e)Terapi HidroSelain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapihidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar danhalus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapatilebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apunganair sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenangwalaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalamair. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelumberpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membinakeyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapatmemantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnyamelembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanaktersebut.f)Cara KerjaCara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down,disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah carakerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan denganbetul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapilambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkatkotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harusjemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untukmemahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingankepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.g)PerkhidmatanPemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalamkonsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk OrangKurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasukaktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luarinstitusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahlimasyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segiekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan,rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yangproduktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yangmengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti
  • 6. Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakanuntuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanakberkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhanyang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) diSeksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihanuntuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan diPJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikankanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihanpemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan olehpakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam,serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:48 No comments:Pautan pada catatan iniCara mendidik anak autismeOleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.my AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelasadalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalahautisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalahsebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‗pelik‘, jangan cepatmemberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnyamemberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan sajatidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermainseorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segikelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objekberputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susahbekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasimelalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kataPerunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti.Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru.Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaranyang digunakan guru di rumah.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah: Tidak menghiraukan orang lain Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
  • 7. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran Lebih suka bermain sendiri Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi Lambat bercakap Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang Tidak boleh berkomunikasi dengan baik Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakapseperti orang dewasa Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Merekamudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda keretamainan berpusing dan memutar objek Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkanperlakuan di luar kawalan Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang Tidak boleh duduk diam Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatifseperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuanyang merosakkan seperti mencederakan diri Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baikdan burukMenurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
  • 8. Kurang tumpuan kepada persekitaran Sering ada dalam dunia sendiri Kadangkala pertuturan tidak jelas Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran―Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‗perangai‘, semua yang hendak diajar tidak sampai.Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakankerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cubadisampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.―Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan.Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadimereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,‖ katanyaketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuranFakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif: Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendakmenyatakannya Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‗buat perangai‘) Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akanmenggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian) Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek Cuba ‗mengambil balik‘ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa) ‗Stimming‘ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpatujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luarkonteks, menepuk dan lain-lainApa yang boleh dilakukan guru?Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan,beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu: Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiranmelalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme danmembantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untukmemberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilikdarjah.Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar.Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah iniperlu diteruskan di rumah.
  • 9. Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunanjadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendakijika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali kecara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selamasatu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaranbahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Janganberhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalahkenali konsep masa.Contohnya ‗lagi lima minit kita akan tutup televisyen‘ atau ‗dalam kiraan lima kita akan berhentibermain‘. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autismemendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untukperalihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan,tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah,terutama yang kurang faham bahasa.Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dankanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga keranajika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secarakonsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangangunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‗negatif‘. Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan ataumanfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemasbantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelakmereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Binahubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan matadan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlusayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasukurutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktivitimasa lapang.―Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan disekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan prosespembelajaran anak autisme,‖ katanya.Ciri-ciri autisme> Tidak menghiraukan orang lain> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
  • 10. > Lebih suka bermain sendiri> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi> Lambat bercakap> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakapseperti orang dewasa> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda keretamainan berpusing dan memutar objek> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkanperlakuan di luar kawalan> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang> Tidak boleh duduk diam> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatifseperti mengamuk, marah-marah, agresif> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik danburukSumber : myMetroDicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:40 No comments:Pautan pada catatan iniLembam atau "Slow Learner"DEFINISIKanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa,terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangkapendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.Ciri - ciri:- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.- Sukar menerima arahan.- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
  • 11. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.Punca:- Baka- Tersekat pengalaman- Intelek yang rendah- Masalah emosi- Kekecewaan- Rasa rendah diri- Kemantangan yang lambat- Lemah daya ingatan- Mudah terganggu tumpuan- Kurang rangsangan- Faktor-faktor kesihatan- Persekitaran- Amalan makanan- Kesan semasa mengandung- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.- Ubat semasa mengandung.- Kemalangan.- Sosio - ekonomi.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Temubual- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan- Senang ke susah.- Konkrit ke abstrak.- Melibatkan seberapa banyak pancaindera- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.- Jauhkan dendaan yang negatifDicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:36 No comments:Pautan pada catatan iniMonday, 28 March 2011Kerencatan Akal (Mental Retarded)DEFINISI & FAKTOR PENYEBABKanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai dayapemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akalyang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara
  • 12. hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota,penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatanakal.30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetikseperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis danmasalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebeginimempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada puncayang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum ataumasalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah :-1. Palsi serebrum2. Sindrom DownsSebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satudaripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. SindromDowns mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yangterencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmentalassessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepadapakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka.Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuatuntuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumahkeluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yangdihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalamimasalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapandan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut dibeli.3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untukmembuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak bolehberjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kakipesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan PemulihanCarakerja (Occupational Therapy.
  • 13. 4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakitdiberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati denganubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dansembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan danpendengaran juga mesti dilakukan.5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadikontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar danmenggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnyapesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yangmengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atauWisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepadapihak kebajikan atau badan-badan sukarela.Oleh : Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr ZulkifliDicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 21:20 No comments:Pautan pada catatan iniKategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah PembelajaranKategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah PembelajaranAutisme* Perlakuan yang bongkak* Ketawa dengan tiba-tiba* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.* Tidak mengenali bahaya.* Tidak merasai kesakitan.* Menangis dan marah tanpa sebab.* Permainan yang luar biasa.* Tidak mahu didakap.* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.* Berkelakuan seperti orang pekak.* Tiada perhubungan mata bila bercakap.* Memutar barang.* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.* Tingkahlaku aktif keterlaluan.* Tidak mahu terima pelajaran biasa.* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.* Takut dan cemburu berlebihan.Sindrom Down* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.* Mata sentiasa berair dan merah.
  • 14. * Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan padakedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.* Bentuk muka yang kecil.* Bahagian kepala leper.* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.* Majoriti berambut lurus dan lembut.* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.* Berbadan gembal dan rendak.* Badan yang agak bongkok.* Suka bermanja, bermain dan gembira.* Dapat bergaul dengan baik.* IQ di antara 30 hingga 80.* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.Cacat Akal Ringan1. Adiot# Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.2. Imbersil# Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.3. Moron# Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.# Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.# Lambat berjalan dan lambat bercakap.4. Lembab# Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.Cacat Akal Berat* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.* Sukar bernafas.* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.* Selalu menangis.* Sukar bercakap dan memahami orang lain.* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.* Tidur yang berlebihan.* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.Hyperaktif* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.* Tidur yang tidak tetap.* Terlalu kerap menangis atau ketawa.* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • 15. * Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.Hypoaktif* Murang dan menyendiri.* Aktiviti fizikal yang pasif.* Tiada respond pada persekitaran.* Suka termenung.* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.* Menundukkan muka bila nama dipanggil.* Suka bermain sendirian.* Suka berkhayal.Spastik* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.* Tidak berupaya mengangkut badan.* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.* Tidak berupaya memegang objek.* Tidak berupaya mengurus diri.Pintar Cerdas* Kebolehan yang luar biasa.* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.* pergaulan dengan kanak-kanak lain.* Perkembangan bahasa yang lambat.* Perbendaharaan kata yang kemas.* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.* Suka mencari helah.Dicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:49 No comments:Pautan pada catatan iniMenghadapi Kanak-kanak Bermasalah PembelajaranDate: Thursday, July 15 @ 00:00:00 MYTTopic: FamiliKanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikalhingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca,menulis, mengeja dan bermatematik.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap
  • 16. dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehinggamenghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golonganitu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Siapakah Kanak-Kanak BermasalahPembelajaran? Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalahneurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan,berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehanbagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyaikebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak adakebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuatukerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid laindalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalampelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yangmenggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yangpendek, kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka jugamemerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika belajar. Kebanyakan merekadikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapatdua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun pelajar berupaya belajar, kadarpembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang danmenulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setandingdengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik,kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional. Walaupun kadar pembelajarannyaperlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun,sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaanadalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjayamenyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah pelajar ini sukarmemohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru. Punca Kanak-KanakBermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-kanak yang mengalamimasalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak. Otaksecara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagianbawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifatadalah dinamis dan potensinya dapat dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapatdalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalahbersifat statik. Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsimengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsimengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagaipenyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otakatas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual. Selanjutnya, memori terdiri daripada duajenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat.Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memorisemantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan.Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna.Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan danmenggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks. Sesuaidengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan
  • 17. bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, ―Saya tahu bangau adalah burungdan memiliki sayap‖. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung padaumumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukanoleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinatdan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpandalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adambagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu. Memori episodikadalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialamipelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yangkamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan peristiwa yang kamu alami pada haripertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-contoh maklumat yang tersimpan dalammemori episodik. Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perludiperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktifkerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah sepertiberikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengannombor ‗13 dan 31‘, menulis ‗p sebagai q‘ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupunhuruf. Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan denganrakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjahkecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masayang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak.Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‗hari ini‘disebut sebagai ‗esok‘ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasarataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkankonsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis.Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu.Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksiapabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengankuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyiitu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidakmenunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidakdapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut ―Saya tak peduli‖ ataupun ―Saya takmahu.‖ Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar.Tidak dapat membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latarbelakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan.Sukar mengingati semula apa yang dilihat. Punca Kecacatan Kecacatan pada kanak-kanakdikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Baka Apabila dikaitkan denganbaka, ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkansperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23pasangan kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyaikecacatan dan diwarisi oleh anak. Kedua, ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat. Setiap pasangankromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlakupersenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangankromosom yang pertama iaitu ‗autosomal dominant‘, di mana pewarisan baka ini diwarisi olehanak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat makapeluang mendapat anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada
  • 18. setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‗autosomal excessive‘ iaitu kedua ibu bapa pembawacacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cumamasih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanyaadalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawamanakala 25% lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnyadaripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan bakanormal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat. Pengambilanubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yangdialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibatkehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun,segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalahkurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapatmengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabilaanak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkandaripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiranmelalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyairisiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil jugamemerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaanteliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, Edan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yangdikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpamendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupayamemenuhi ke-perluan vitamin dan zat galian ibu. Penggunaan Aspirin ketika hamil harusdielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkandengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan.Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihansemasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantunganak yang baru lahir. Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein.Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau puntidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janinmanusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepadahanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan.Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yangbekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatanbayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama.Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik padapembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awaldigalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet. Sinar-XSama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari,batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggidan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yangberlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapipendedahannya berlarutan, juga membahayakan. Sinar-X yang dianggap sebagai kaedahterpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu
  • 19. yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesanpenyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincangterlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X. Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepadadoktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu padahari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 danditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan iadapat mencacatkan bayi. Menghalakan Sinar–X jauh daripada bahagian pelvis juga adalahlangkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepadaSinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasahamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia.Jangkitan kuman Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapatmenimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukanjasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu prosespertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalahdisebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagaijenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma inimembiak dan membawa bersama penyakit. Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus danstaphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea danapendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia.Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripadabakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit denganmemasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit yangdikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela. Kuman sifilis amat membahayakan bayi.Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorangwanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin danmerosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahircacat. Pemakanan Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebulurandapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapijika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalamimasalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalamkandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik. Dadah dan arak Walaupun penagihandadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedanghamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, adakemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalahkecacatan janin. Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yangmengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulutdan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakaubertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yangmenunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapatmenyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkankerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi. Cubaan menggugurkan anakAmalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaanmenggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu,ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan
  • 20. daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupunmenggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilanberkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin sertamenyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalahdianggap sebagai penganiayaan pada janin. Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik disisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahumengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksaataupun menganiaya janin. Umur ibu Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinanmempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yangdikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalahyang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat merekaberada di bawah jagaan doktor pakar. Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanyameningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun duadalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi SindromDown adalah satu dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi SindromDown di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walaubagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalaniujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagimengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah padausia 23 hingga 29 tahun. Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dannormal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahirprematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini keranasistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telurmula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrinbekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitarimengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkanhormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistempembiakan sudah matang. Kekurangan oksigen Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigenmelalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawake jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah danterbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalamaliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu. Kesankekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarangkerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otaklebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapattumbuh semula seperti sel kulit apabila luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak.Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak makabahagian yang dikawal turut rosak. Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawalotot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mentaladalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir.Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan.Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi,epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain. Kenan Kecacatan tidakboleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenanatau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh
  • 21. semua perkara di atas terutama baka. Kemalangan Kemalangan melibatkan kepala dapatmenjejaskan fungsi otak seseorang. Penyesuaian Perlu diingat apabila membincangkan mengenaibantuan yang ingin diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, ia merujuk kepada semuaaktiviti yang dilakukan yang memerlukan mereka belajar. Aktiviti tersebut merangkumi perkaraseharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan kemahiran pembacaannya serta kemahiranbermatematik. Ia merujuk juga kepada cara membuat kerja-kerja rumah yamg diberikan olehguru dengan lebih efisien. Ia juga merujuk kepada bagaimana guru-guru meningkatkankebolehannya sebagai guru. Ia juga merujuk kepada ibu bapa yang cuba meningkatkan usahamemberi sokongan, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka.Rancangan sekolah selalu dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan sertakekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran mengembangkan psikoemosi yang emosi.Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya dia diarahsupaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, sebagai gurumereka perlu tahu pelajar itu sendiri, sifat, keperluan serta latar belakangnya. Mereka perlumempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani situasi yang dihadapinya,merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pem-belajarannya danmenyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yangdipelajari. Ada antara kanak-kanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minatmereka dirangsang dan mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasaibanyak perkara abstrak yang mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahanbacaan mesti ditulis berkaitan kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaranmestilah dilambatkan. Dengan itu barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak danmenjadi pelajar yang berjaya. Sebahagian daripada kegagalan mereka yang bermasalahpembelajaran dikaitkan oleh segolongan pendidik tidak berwibawa yang menempatkan kanak-kanak ini ke dalam situasi di mana mereka tidak boleh berjaya dan kemudiannya tidak membuatsesuatu bagi menolong penyesuaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan semua bantuanpsikologi yang boleh diberikan kepada mereka. Penulis pernah melawat sebuah kelas bermasalahpembelajaran yang menggunakan sebuah bilik darjah yang biasanya diberi nama 4B. Walau punperingkat akademik ahli-ahli dalam kumpulan ini bukan seperti kanak-kanak darjah empat, tetapioleh kerana umur mereka dimasukkan ke darjah ini. Pada hari itu, nama darjah mereka diubahkepada 2B. Kanak-kanak ini membantah kerana mereka sangat bangga berada dalam darjah 4B.Mereka berasa marah kerana kehilangan martabat di kalangan rakan-rakan sekolah akibatpertukaran tersebut. Penetapan status darjah berdasarkan pencapaian adalah hak bagi kumpulanini. Mereka patut diberi sesuatu yang positif dan merangsangkan oleh pihak sekolah. Merekaberhak mendapat status yang sepatutnya yang akan mengembangkan sikap ke arah pencapaianyang lebih membanggakan. Meletakkan tanda 4B, mereka seolah-olah sudah mencapai suatucorak hidup pelajar yang memuaskan.Walau pun kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan antara55 hingga 70, namun mereka boleh bergerak balas kepada teknik yang sudah diubah suai dalamlatihan yang baik penyusunannya serta yang mempunyai kakitangan yang bijak. Kumpulan yangrendah hanya boleh bergerak balas kepada rangsangan bagi keperluan asasnya untuk hidup.Kebiasaannya, ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar pada tingkah laku emosi anak-anak.Ada antara ibu bapa sentiasa memaksa anak-anak mereka dari sejak lahir hinggalah seterusnya.Sebenarnya masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam masatahun-tahun awal seorang kanak-kanak, ia mungkin tidak berjaya dalam kerja sekolahnya
  • 22. ataupun menunjukkan kecerdasan otak dalam perhubungan di rumah atau di tempat-tempat lain.Ibu bapa kerap kali percaya kerencatan itu adalah disebabkan oleh perkembangan yang lambatdan akhirnya akan dapat diperbetulkan. Selepas kanak-kanak mencapai umur belasan tahun, ibubapanya tidak lagi boleh menyalahkan proses perkembangan sebagai penyebab kerencatan.Selepas itu, dengan tidak mengira bagaimana hampanya perasaan ibu bapa, kanak-kanak inimenjadi korban sikap ini terhadapnya. Bimbingan Kefahaman mengenai kanak-kanak adalahasas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang mungkin diberikan kepada mereka.Kanak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan yang disediakan untuknya.Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan serta potensinya.Justeru, semua pihak hendaklah bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini menuju kesesuatu matlamat yang ingin dicapai. Bimbingan ialah sebarang bentuk bantuan atau pertolonganyang direka bentuk dengan betul bagi membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri denganpersekitannya. Sudah menjadi tugas ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah pembelajaranmereka ini. Antara keadaan yang merungsingkan kanak-kanak ini adalah kegiatan masa lapang,sikap terhadap orang lain, sikap orang lain kepada mereka, peringkat rasa selamat serta darjahkejayaan di sekolah. Penutup Proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks keranabanyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesipengajaran dan pembelajaran dikendalikan, terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatianoleh kanak-kanak bagi memastikan mereka menguasai apa yang diajar guru. Proses tindan-tindihbegini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sistem neurologi seperti yang diharapkan.Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan wujudnya keadaan sepertiberikut: Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi dicapai. Pelajar mempunyai motivasi untukbelajar. Pelajar disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai yang memberi merekapeluang mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Apabila pembelajaran berlaku, pelajarmendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang mendorongnya supaya belajarlebih lanjut. Pelajar diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektifyang dimahukan. Terdapat peluang belajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempatdi mana dia boleh menggunakannya. Apabila pelajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukandi tempat di mana dia boleh menggunakannya, pelajar diberi maklum balas mengenai kemajuanpembelajarannya.Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, Mohd. Sharani AhmadDicatat oleh Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di 20:44 No comments:Pautan pada catatan iniSunday, 27 March 2011Menangani anak-anak hiperaktifOleh ZUHAYATI YAZID
  • 23. KANAK-KANAK lasak yang sukarduduk diam dan tidak mengikut arahanibu bapa sering dilabelkan sebagainakal. Mungkin ibu bapa akan peningkepala memikir bagaimana caranyamenangani anak-anak yang terlaluaktif ini.Kebanyakan ibu bapa menganggapmasalah ini akan beransur hilangseiring peningkatan usia mereka tanpa kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar mengawal diri.melakukan apa-apa.Di sebalik kenakalan itu, kemungkinanbesar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan.Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguankecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD)Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itubersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukarmengasingkan maklumat.Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjangmengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr.Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiadasimptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanakberkenaan berbeza dengan rakan seusia.Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakarselepas usia enam hingga sembilan tahun."Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar, kanak-kanak ADHD samaseperti rakan-rakan seusia yang lain. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasaingin tahu sesuatu yang baru."Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-kanak nakal akanmendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tidak mahumendengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulangkali."Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, andamasih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih tidak boleh dikawal manakalaADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalahtingkah laku, ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com.Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3peratus mengalami masalah ADHD.Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagaiorang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom inikepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung
  • 24. mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, merekasihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkansebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistemneuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpuncadaripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapiterpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalahanak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan, katanya.Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalahsampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik."Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalamimasalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alamdewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain, katanya.Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan.Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.*Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanakhiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.*Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh keranaakhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan.*Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana,lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.*Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindakdengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangandoktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.*Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yangbagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.*Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkinboleh mencederakan diri atau orang lain.*Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkanhidup dengan baik.

×