Penglibatan keluarga

20,524 views
19,974 views

Published on

pra penglibatan keluarga

Published in: Education
2 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
20,524
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
849
Comments
2
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penglibatan keluarga

  1. 1. 1 much PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Encik Ismail bin Mamat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, suami dan anak-anak yang telah memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga, sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang diuterakan kepada mereka. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan tugasan Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3112) ini.
  2. 2. 2 Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba- hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.
  3. 3. 3 1.0 PENGENALAN Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yang unggul dalam semua aspek kehidupan dan mampu bersaing di era informasi ini. Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004), ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan. Untuk menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Berdasar kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi. Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepada kemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap perubahan global. Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otak menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat.
  4. 4. 4 Bloom (1964) menyatakan pada usia 4 tahun, perkembangan intelek seorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa ini ibu bapa mempunyai peluang terbaik untuk membantu anak-anaknya berkembang secara maksima dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Masa ini adalah masa yang paling tepat untuk memulakan pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada pembangunan otak sejak awal, bahkan sejak di dalam rahim ibu. Selain itu kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang diterima dari alam persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi kanak-kanak akan membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat bagi proses pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua. Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini. Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah
  5. 5. 5 bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka. Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan. Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul. Dalam tugasan yang kami laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah. Banyak kajian membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.
  6. 6. 6 Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di beberapa tadika merupakan topik utama daripada tugasan ini. 1.1 KONSEP PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.1.1 Definisi Penglibatan Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama- sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
  7. 7. 7 1.1.2 Definisi Keluarga 1.1.3 Definisi Pendidikan Prasekolah Keluarga merupakan isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat. Ibu bapa sebagai nadi utama dalam menyediakan persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga. Komunikasi dalam kalangan keluarga dan adik-beradik juga didapati memberi kesan kepada penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di rumah. . Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. .
  8. 8. 8 1.2 Konsep Keibubapaan Dari Perspektif Islam Menurut pandangan Islam anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang berbunyi: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak- anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal:28). Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak- anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka. Ibu bapalemegenali aaanak mereka dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif di dalam pengalaman prasekolah anak-anak. Ibu bapa yang terlabat secara langusng dalam arus pembelajaran anak-anak mereka dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi. Anatara faedah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam yang dapat dikenal pasti adalah:
  9. 9. 9 • Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai guru. • Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan. • Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil. KEBAIKAN KEPADA KANAK-KANAK • Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah. • Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. • Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. • Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak. • Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. • Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru. KEBAIKAN KEPADA IBUBAPA/KELUARGA •Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. •Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak. •Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah KEBAIKAN KEPADA GURU KEBAIKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
  10. 10. 10 2.0 CIRI-CIRI DAN AMALAN KEIBUBAPAAN YANG SESUAI UNTUK DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK. Walau sesibuk manapun, berilah sedikit masa untuk anak-anak anda. Pelaburan ini sangat bermakna untuk masa depan mereka. Jadikan mengawasi pelajaran anak-anak sebagai rutin harian. Pembelajaran di rumah dapat mengukuhkan pemahaman anak-anak. 2.1 Jurulatih Menyediakan ruang dan peluang belajar yang seluas-luasnya kepada anak- anak semasa di sekolah dan di rumah. Membaca dan menulis Kemahiran membaca member faedah kepada semua orang. Membaca tidak terhad kepada buku sahaja tetapi juga akhbar, majalah, arahan pada kotak, tanda jalan dan sebagainya. Ketika anak masih kecil, membacalah bersama mereka dan cetuskan imaginasi anak dengan meminta mereka menyambung cerita atau meneka kesudahan sesuatu cerita. Bercerita mengenai keluarga adalah salah satu cara yang mudah untuk mengajar anak-anak bercerita. Menulis untuk keseronokan.. Semakin usia anak-anak bertambah, semakin banyak pengalaman pembelajaran yang dilalui. Galakkan anak-anak untuk merakamkan pengalaman mereka dalam bentuk penulisan walaupun ianya hanya berbentuk perkataan tunggal. Galakkan anak-anak menulis mengenai cerita perjalan atau percutian, menulis emel atau surat kepada rakan-rakan atau keluarga. Guanakan keratin kartun di majalah untuk merangsang idea juga berbincanglah mengenai mesej iklan di televisyen.
  11. 11. 11 Tips  Tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak, berikan pujian dan dorongan.  Lakukannya setiap hari.  Galakkan anak meneroka, menemukan dan memikirkan.  Bekerja dan bermain dengan anak.  Membaca bersama anak.  Bantu anak menemukan Sains dan Matematik dimana-mana. Matematik Di Mana Sahaja Matematik terdapat dalam hidup seharian:  Minta anak kecil membilang cawan dan piring; mencari jumlah gelas dan pinggan mencari beza antara bilangan kerusi dan meja dan sebagainya.  Tunjukkan bagaimana membuat bajet wang saku atau duit raya.  Bincang cara membanding harga dari beberapa kedai.  Ada berapa kalori daripada sekeping roti?  Semasa memasak nasi dagang…berapakah nisbah beras dan pulut?  Menguasai sifir pendaraban dan membantu anak mencongak untuk mendapat jawapan yang cepat. Pembentangan Yang Berkesan Pembelajaran pada masa kini memerlukan kanak-kanak membuat pembentangan did lam kelas. Bimbing anak berlatih membuat pembentangan. Mulakan dengan membaca, kemudian latih anak membuat pembentangan tanpa menggunakan skrip. Puisi, syair, pantun dan bercerita memerlukan latihan dan pengulangan. Bersabar dan berilah perangsang kepada anak-anak. Aksi dan gaya merupakan kemahhiran dalam pembentangan. Cabar anak membuat pembentangan spontan.
  12. 12. 12 Pertumbuhan anak pokok kacang Mengikut ukuran cm berbanding hari. 0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Belajar di rumah memberi peluang kepada anak mengamalkan apa yang dipelajari disekolah. Menganggarkan isipadu cat untuk bilik tidur. Menyemai dan mencatat pertumbuhan benih kacang hijau – membuat graf ketinggian anak benih berbilang hari. Membuat anggaran kos menyediakan nasi goring untuk 6 orang. Membat ukuran dan menjahit baju sendiri. Mengembara Bersama Anak-anak Semasa di dalam perjalanan atau melancung dan mengembara ket tempat- tempat yang diingini, bawalah peta kawasan, negeri, bandar bahkan peta dunia. Bimbing anak-anak melihat menggunkan panduan peta dan berbincang mengenai tempat yang di lalui sepanjang perjalanan. Terdapat beberapa laman web yang memaparkan perjalanan tertentu. http://education.nationalgeographic.com/e ducation/multimedia/interactive/the-
  13. 13. 13 Anda tidak semestinya tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kerjarumah. Bebincanglah dengan guru anak anda. Pencapaian anak- anak akan bertambah baik apabila ibu bapa dan guru saling berhubung. 2.2 Mentor Mensihat, membimbing, menggalakkan, memudah cara, menyokong, menjaga dan lain-lain. Mentor Apa yang dipelajari oleh anda dulu mungkin tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh anak anda sekarang. Bantu anak mengenal pasti siapa yang dapat membantu mereka dalam pelajaran, adik beradik? kawan-kawan atau guru? Berbincang dengan anak dan tentukan bila kebuntuan ini dapat di atasi. Bagaimana ibu bapa/Penjaga boleh membantu anak menjadi pelajar bermotivasi kendiri? Galakkan anak melakukan kaedah penyelesaian masalah untuk menyiapkan kerjarumah iaitu: o Jelaskan apakah tugasan dan apakah hasil yang diharapkan. o Jana idea melalui sumbang saran dan tentukan idea mana yang akan digunakan. o Buat perancangan. o Jalankan perancangan.
  14. 14. 14 SIFAT MENTOR BUKAN SIFAT MENTOR Membimbing anak menjana idea Terus memberikan jawapan. Menggunkan sumbang saran. Tiada percambahan idea. Berbincang dan merangka jalan penyelesaian dengan anak. Memberikn kaedah penyelesaian sendiri. Menggalakkan anak merangka jadual kerja. Membiarkan anak tanpa ketentuan masa. Mencelikkan akal anak kepada cara-cara yang pelbagai dalam penyelesaian masalah. Hanya berpandu kepada cara tertentu sahaja. Menggalakkan anak mencuba penyelesaian tetapi masih boleh mengubah strategi sekiranya gagal. Hanya ada satu penyelesaian. Meninjau kemingkinan lain jika buntu. Berhenti bila gagal. Berbincang tentang peningkatan apabila telah berjaya. Berhenti setelah Berjaya. Beberapa jenis penyelesaian masalah untuk digunakan. Mari bincang kerjarumah adik.. Apa tugas anda sebagai ibu bapa? Macam mana kawan adik buat kerjarumah ini? Jika adik tidak dapat jawapannya, cuba Tanya cikgu…Bila agaknya adik boleh tanya cikgu? Tips Puji dan raikan kejayaan. Jangan perbesarkan kesilapan anak. Beri anak keyakinan untuk mendapatkan bantuan daripada guru. Bantu anak mengesan kejayaan mereka.
  15. 15. 15 Mendengar dan empati dengan masalah anak. Mendengar atau pura-pura mendengar tanpa perasaan. Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang sangat berpengalamam dalam bidang yang sedang diceburinya. Ibubapa sebagai mentor hendaklah: Menerima anak dengan hati terbuka, penuh keikhlasan menerima setiap kelemahan atau kecenderungannya. Berniat untuk menolong dan berusaha sedaya upaya. Hormat menghormati pandangan antara satu sama lain; tidak bererti setiap saranan ibu wajib dipatuhi atau anak tidak boleh melaksanakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh ibubapa. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku terhadap anak. Memberikan pengetahuan secara positif dan memberangsangkan kepada anak. Dengan lain perkataan, ibu bapa perlu member bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada anak.
  16. 16. 16 Kami tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan guru anak kami? •Bimbang jika guru salah anggap terhadap kami dan anak kami. •Apa yang kami ajar di rumah tidak sama dengan yang guru ajar disekolah. Kami tahu anak-anak dan guru-guru bekerja keras untuk mencapai kejayaan. •Kejayaan dalam pelajaran perlu diiikuti dengan kejayaan dalam hidup •Ibu bapa, guru dan komuniti mempunyai peranan masing-masing dalam hal ini. Guru-guru juga ingin tahu yang ibu bapa menyokong mereka. • Dengan sokongan daripada ibu bapa, guru lebih fokus mengajar kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan mendapat penghargaan. • Berbincanglah dengan guru anak-anak anada pada awal tahun persekolahan. 2.3 Penyokong Menyokong, mempertahankan dan meyakinkan anak. Menyokong Kejayaan Anak Kejayaan anak bergantung kepada apa yang ibu bapa, guru dan sekolah buat. Persekitaran dan komuniti menjadi medan kepada anak untuk menguji samada anak anada akan terus berkembang maju atau sebaliknya. Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak : Datanglah bertemu guru anak- anak anda, kehadiran anda akan menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu di antara anda dan gurunya ada satu perkaitan. Jika guru dan ibubapa saling mengenali akan wujud suatu rasa hormat menghormati akan Kepakaran masing-masing. Anak lebih mendengar cakap guru di sekolah dan pada masa yang sekolah dan pada masa yang sama lebih mengasihi kedua ibubapa dan keluarga di rumah. Sekiranya perasaan ini dipupuk dn di perkembangkan anak akan menjadi murid yang cemerlang di sekolah, di rumah dan di dalam komuniti. Dengar dengan teliti apabila anak membuat rungutan terhadap guru tetapi jangan membuat apa-apa kritikan sebaliknya carilah kebenaran tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Guru juga adalah ibu bapa, jadi sekiranya boleh, berbincaglah dengan baik dan sihat. Kesulitan yang dihadapi anak dapat dirungkaikan.
  17. 17. 17 Pandangan Pertama itu Penting… Bgaimana anak anda berinteraksi dengan orang lain mempunyai kesan ke atas diri dan pembelajarannya. Murid yang bertimbang rasa dan menghormati orang lain merupakan ahli pasukan yang digemari. Kerja kumpulan akan menjadii mudah dan meyeronokkan apabila adanya persefahaman. Ajar anak untuk berhubung dengan baik sesame sendiri dan mengucapkan terima kasih dan member pujian apabila kena pada tempatnya. Kelakuan baik dan tertib perlu dilatih. Didik anak member ucapan salam atau selamat dan bersalaman apabila bertemu dengan saudara mara atau rakan. Sikap terbuka dan mesra akan disenangi orang lain. Apabila makan di rumah atau di luar, latih anak sabar menunggu dan mengucapkan terima kasih apabila diberi layanan sebagai satu kemestian. Asuhan Budi.. Ajar anak menghormati ruang dan harta orang lain. Semasa membeli belah, puji mereka yang senyap dan tidal meyentuh atau melanggar barang-barang. Anak-anak remaja perlu dihadapi dengan lebih tenang dan tidak menekan. Terlalu banyak leteran menyebabkan kanak-kanak menutup telinga. Sikap baik ibubapa yang menunjukkan contoh, membimbing dan tidak memnghukum tanpa usul periksa akan lebih mudah diterima. Ibu bapa juga perlu belajar mengakui kesalahan. Puji pekerti baik anak. Pandangan baik dari orang lain akan meyakinkan anak. Anak yang mempunyai rasa hormat kepada diri sendiri dapat belajar dengan lebih baik.
  18. 18. 18 • Luangkan masa untuk mengetahui perkembangan di sekolah anak. • Kerja kursus dan kerja rumah perlu dipantau. Mengetahui apa yang berlaku di sekolah • Bekalkan guru anak anda dengan telefon, nombor faks , emel dan sebagainya. • Layari laman web Sekolah. • Bincang dengan ibu bapa lain. Kekal berhubung 2.4 Sentiasa Bermaklumat Terkini dengan apa yang berlaku di sekolah. Peka terhadap kerja rumah anak adalah satu cara untuk mengesan perkembangan anak. Jangan cepat berpuashati dengan jawapan seperti “ Tak ada apa” atau “Biasa aja”… Beri soalan yang lebih spesifik seperti “Tadi Cikgu bagi berapa soalan Matematik?” Hubungi guru anak anda melalui telefon atau bersemuka. Cari atau semak maklumat dari laman web sekolah. Sediakan bekas atau folio untuk surat-surat dari sekolah. Minta bantuan dari keluarga lain jika perlu.. Gantung calendar peringatan untuk mengingatkan tarikh-tarikh penting di sekolah.
  19. 19. 19 uk Lupaan https://uwaterloo.ca/counselling-services/curve- forgetting Pada hari 1 sebelum kelas, pengetahuan murid adalah 0%. Setelah kelas, dia tahu 100% apa yang telah dikuasai. Otak sentiasa menerima maklumat dan rangsangan baru, jadi otak perlu menapis dan melupuskan maklumat yang tidak berulang atau tidak memberi makna. Maka, jika murid tidak merujuk kepda nota, menelaah, membaca, memikirkan atau berbincang tentang apa yang dipelajari, pada hari 2, 50%-80% pelajaran dari hari 1 akan dilupakan. Menjelang hari 30, peljaran pada hari 1 akan hanya tinggal 2%-3% sahaja. Melalui kaedah mengulangkaji, otak boleh diarahkan untuk menyimpan sesuatu maklumat sebagai ingatan jangka panjang. Semakin banyak mengulangkaji, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk mengingat kembali maklumat yang diperlukan. Keluk Lupaan boleh ditukar menjadi Keluk Ingatan Memperkukuh Pembelajaran di Rumah
  20. 20. 20 Terdapat beberapa matapelajaran yang memerlukan latihan secara berterusan untuk membentuk ketajaman pemahaman. Contohnya Matematik. Ibubapa boleh membimbing anak membina jadual yang seimbang antara pembelajaran kemahiran dan mengingat, di antara kemahiran membuat karangan dan merancang suatu eksperimen atau mengkaji sejarah. Bimbing anak belajar dalam tempoh yang pendek, misalnya setiap 30 minit sebelum rehat. Semasa membaca, anak boleh membuat peta minda, menjawab soalan atau membuat nota. Menjawab soalan boleh menajamkan pemahaman dan memperkukuhkan ingatan. Membina ayat pula dapat meningkatkan keyakinan diri murid. Jumlah pelajaran yang diingati dan difahami lebih penting berbanding masa yang digunakan. Menukarkan Keluk Lupaan Menjadi Keluk Ingatan Keluk Lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangkamasa 24 jam selepas pengajaran. Pada hari 7, masa yang diperlukan untuk menelaah atau megulangkaji supaya dapat mengingat mengingat semula isi pelajaran tersebut akan menjadi semakin singkat, misalnya 5 minit sahaja. Jika murid menelaah dan mengulangkaji setiap minggu, maka pada hari 30, masa yang diperlukan untuk mengingat semula isi pelajaran tersebut adalah hanya 2-3 minit. Secara ringkasnya, murid memerlukan sebanyak 30 minit untuk menelaah satu mata pelajaran setiap hari Tiada hari yang berlalu tanpa belajar sesuatu….
  21. 21. 21 Utamakan pendidikan pada setiap masa Keteraturan hidup membina sahsiah diri Murid yang teratur tiada stress 2.5 Menjadualkan Kehidupan Mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram serta aman dan bahagia.
  22. 22. 22 Rutin Masa tidur dan bangun Masa Kerja rumah Tuisyen dan fardhu ain Makan, rehat dan main Berikan anak masa rehat, masa tidur, masa bermain dan makan yang secukupnya. Kecukupan ini akan mempertingkatkan keupayaan untuk belajar Anak yang cukup dengan latihan dan ulangkaji tidak memerlukan tuisyen. Tidur yang cukup dapat menyediakan tubuh badan anak untuk menghadapi hari yang baru. Kerjarumah tidak boleh ditangguhkan. Ibu bapa boleh membimbing dan member tunjuk ajar semasa anak-anak menyiapkan kerjarumah.
  23. 23. 23 Dunia Remaja Kini: Gajet, Internet, Laman Sosial Tegas • Tidak berubah-ubah • Bertimbang rasa. • Kena pada tempat dan gaya. • Bukan menunjuk kuasa. • Anda juga manusia. Memberi Ruang • Biarkan anak bercakap mengenai sekolah atau apa sahaja. • Beri peluang anak berinteraksi dengan rakan. • Izinkan fesyen yang bersopan. • Biarkan dia mencuba, awasi batasnya. Memberi Peluang • Minta anak mengajarkan sesuatu kepada anda. • Beri anak kesempatan untuk menunjukkan kebolehan. • Jika dia tersilap, izinkan dia mengubah. • Latih anak memikul tanggungjawab. • Nasihat anak supaya tidak terlalu obsesif • Penggunaan patut dihentikan sekiranya mengganggu pembelajaran. Gajet • Awasi penggunaan dan wujudkan peraturan. • Pasang program tapisan. • Didik penggunaan berhemah. • Awasi jerat permainan online. Internet • Selalu beri peringatan tentang penyamaran identiti. • Pantau • Didikan dan pengawasan amat penting. Laman sosial 2.6 Sahabat Kepada Anak Remaja Mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.
  24. 24. 24 2.7 Penyediaan Suasana Pembelajaran Dirumah. 2.7.1 Menyediakan Ruang Belajar Khas. 7.1 Perkara asas yang perlu dilakukan adalah menyediakan satu ruang khas untuk belajar Tempat itu boleh jadi kekal atau bukan kekal. suatu sudut boleh dilapangkan dan dijadikan tempat belajar. Keselesaan seperti suhu, edaran udara dan cahaya perlu diberi perhatian supaya anak dapat belajar dengan selesa. Kemudahan- kemudahan lain untuk ruang belajar ini boleh ditambah mengikut keselesaan
  25. 25. 25 2.7.2 Jadual Waktu Belajar 7.2 Kerjarum ah. ulangkaji dan menelaah menjadikan anak-anak lebih bersedia. Jadual belajar hendaklah memasukkan masa untuk kerjarumah, menela ah dan mengulangkaji pelajaran. Perlu disediakan setiap hari dan minggu. Adalah baik menasihati anak memecahkan masa membaca kepada menjawab soalan yang baerkaitan. Nasihatkan anak membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum menelaah. 2.7.3 Jauhkan sebarang bentuk gangguan yang boleh mengurangkan tumpuan anak. 2.7.4 Pastikan anak mengemas tempat belajarnya. 2.7.5 Apabila berkongsi tempat belajar, pastikan anak-anak tidak menghabiskan masa belajar dengan bermain atau berbual kosong. 2.7.6 Buku rujukan amat membantu anak-anak untuk membuat penyelidikan atau memahami sesuatu. 2.7.7 Alatulis disediakan di tempat belajar. 2.7.8 Temankan anak anda semasa belajar. 2.7.9 Benarkan anak berehat dalam satu selang masa.
  26. 26. 26 Perbualan dengan anak merupakan interaksi yang asas. Galakkan anak bercakap dan beri tumpuan kepada ucapannya. Kekalkan interaksi dengan anak dengan anggukan dan mengiyakan serta beri pujian kepada ayat yang teratur dan sopan. Bagi kanak-kanak, cerita yang datang dari ibubapa lebih bermakna. Cerita tidak terhad kepada cerita dongeng tetapi juga tentang sejarah anda atau keluarga dan sebagainya. Beriadah atau melibatkan anak dalam aktiviti berkebun, menjahit, mengemas rumah atau bersantai dapat mengeratkan tali silaturrahim. Makan bersama menghidupkan kemesraan sesebuah keluarga. Elakkan menimbulkan isu semasa makan. tanamkan sifat kemesraan dan kebahagiaan. Kekalkan interaksi dengan anak sepanjang masa. Ini dapat mengelakkan anak-anak dari gejala jurang umur terutama ketika kanak- kanak meningkat remaja. Melalui interaksi dengan anak, ibubapa dapat menerapkan kefahaman agama, moral, budi bahasa, adat resam serta seni budaya. Ini dapat mengelakkan unsur-unsur ini dari terhakis. 3.0 INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK
  27. 27. 27 Berkomunikasi Dengan Anak Berkomunikasi lebih dari sekadar berbual. Semasa berkomunikasi, isu yang timbul di tangani supaya mencapai kata sepakat. Berbincang mengenai pelajaran dengan tujuan; i. mengetahui pelajarannya hari itu dan apa yang berlaku di sekolah. ii. Mengetahui kerisauan anak supaya dapat diatasi. iii. memberi pengukuhan kepada pencapaian anak. iv. Membimbing anak merangka tindakan. v. menenangkan kerisauan anak. Kunjungi sekolah anak anda dan berbincang dengan guru sekolah bagi mengetahui kemajuan dan permasalahan anak. Kenali setiap rakan anak-anak. 3.1 KOMUNIKASI DENGAN ANAK
  28. 28. 28 4.0 Sokongan Akedemik Penting untuk ibubapa untuk mengetahui kemajuan pelajaran anak. pengetahuan tentang sukatan pelajaran dan matapelajaran yang di ambil serta sasaran anak dalam mencapai kejayaan. Membacakan buku kepada anak kecil dapat membukakan minda dan merangsang minat membaca. Lontaran suara, intonasi, gaya dan aksi memberikan pendidikan tidak formal kepada anak. Sesuai dengan perubahan umur anak, ibubapa boleh membaca bersama anak. aktiviti ini dapat menyemai kecintaan terhadap buku dan ilmiah. Anak-anak mungkin miemerlukan bimbingan dalam menyiapkan kerjarumah. Amat baik jika anda dapat memberi bimbingan secara langsung kepada anak. Apabila perlu, hantar anak untuk belajar secara berkumpulan.
  29. 29. 29 Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak dan tingkah lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan tingkah lakunya. Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan sangkutan, autonomi, inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat kanak- kanak di institusi tadika daripada berberapa sudut untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kefahaman ini akan membantu melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan. Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga SANGKUTAN AUTONOMI INISIATIF KENDIRI 5.0 PENGENALAN TEORITIKAL PERSPEKTIF MENGENAI KELUARGA
  30. 30. 30 5.1 SANGKUTAN 5.1.1 Karenah dan Sangkutan Definisi Sangkutan Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak- kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar. Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain. Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut: (i) Mempunyai harga diri yang tinggi (ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga (iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya (iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.
  31. 31. 31 Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk nenek. Kanak- kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekanan emosi. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak- kanak suka merajuk, memencilka n diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anak- anak di sekolah. Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain. 5.1.2 Antara faktor pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:
  32. 32. 32 5.1.3 Ciri-ciri pembentukan sangkutan Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan. Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran
  33. 33. 33 5.1.4 Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar. Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi. Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi. Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.
  34. 34. 34 i • Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi. ii • Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata- mata. iii • Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap iv • Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan. v • Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh. vi • Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak
  35. 35. 35 vii • Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka. viii • Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka. xi • Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi. DEFINISI AUTONOMI •Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri. 5.2 AUTONOMI
  36. 36. 36 5.2.1 Isu Pengawalan • Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan Âjangan...jangan...Ê Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak. Konsep Isu Pengawalan Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada orang dewasa.
  37. 37. 37 5.2.2 Pengekalan Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka. Memberi hadiah yang setimpal dengan tingkah laku anak dan perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak- kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika sesaorang kanak-kanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya. Kanak-kanak yang mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah. Guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi pengalaman kepada dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kepada kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.
  38. 38. 38 5.3 INISIATIF 5.3.1 Definisi Inisiatif • Perkataan inisiatif bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan orang dewasa. 5.3.2 Perkembangan Konflik Kanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah. Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan menghukum dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan. Mereka yang menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani situasi konflik tersebut Panduan guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut: Mendengar kanak- kanak bercerita Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku Jangan menyalahk an kanak- kanak Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada dirinya sendiri Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya kawannya rasa seronok. Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatka n konflik.
  39. 39. 39 5.3.3 Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina persahabatan: Mengajak kawan-kawan bermain bersama Berkongsi alat permaian dan barang- barang Menawarkan pertolongan Bertukar alat mainan Mendengar kawan membaca buku cerita. Membuat apa yang dibuat oleh kawan
  40. 40. 40 5.3.4 Peranan Persekitaran Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut: Fungsi Keluarga Dalam Masyarakat Kawalan tingkah laku seksual Mensosialisas ikan anak Memberi sokongan emosi Mengenakan kawalan sosial Memberi kerjasama ekonomi Jagaan terhadap anak Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
  41. 41. 41 5.3.5 Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal. 5.4 KENDIRI Definisi Kendiri Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal, „Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini?‰ Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak- kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan „Ini saya punya„. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal. Konsep Kendiri Positif Konsep kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya “saya rajin”, “saya pandai”, “Rambut saya cantik” dan seumpamanya. Konsep kendiri yang negatif Pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sebelum mencuba sesuatu. Sifat gembira kalau orang lain ditimpa bencana dan suka memutuskan silatulrahim adalah konsep kendiri yang akan menyebabkan kanak-kanak itu tersingkir dan dipencilkan oleh rakan rakan sebayanya.
  42. 42. 42 5.4.1 Persekitaran Peningkatan Kendiri Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran. Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya. Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau negatif.
  43. 43. 43 5.4.2 Aplikasi Kendiri Kanak-kanak , Figure 1: Froebel 1782 -1852 Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak- kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.
  44. 44. 44 Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain. 5.4.3 Sikap Kanak-kanak Sikap kanak- kanak Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang dewasa terhadap kanak- kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya. Kanak-kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan runsing ketika mengandung. . Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak. Guru perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan. gan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan.
  45. 45. 45 5.4.4 Senarai Kualiti Konsep Kendiri yang Positif Pada Seorang Guru 5.4.5 Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak. Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak adalah seperti berikut: Kasih sayang untuk kanak-kanak Dedikasi untuk mengajar · Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak- kanak Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.
  46. 46. 46 Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut: Mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak Boleh mengawal perasaan marah Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra Anda hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat. Anda tidak menerima kanak-kanak yang comot, gemuk, dan agresif? Anda perlu buang jauh-jauh perasaan anda itu. Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.
  47. 47. 47 5.4.6 Harapan Guru 5.4.6.1 Ini bermakna guru memainkan peranan penting dalam memupuk kendiri kanak-kanak. Guru berinteraksi dengan kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan kecil dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan ketika bermain guru yang mendemonstrasi adab-adab yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi dan cara��cara bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru memberi ruang untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan mengutamakan pengalaman mereka seharian. 5.4.6.2 Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan. Pendekatan guru kepada pendekatan konstruktif, kontekstual dan projek dari ekposisi. Guru memberi galakan kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan minat dan perkembangan mereka. 5.4.6.3 Guru perlu memberi penghargaan kendiri, meningkatkan penerimaan dan mengurangkan penolakan diri. 5.4.6.4 Guru menyediakan aktiviti seperti berikut:
  48. 48. 48 5.4.7 Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk lebih memahami dunia di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak- kanak belajar daripada orang lain dan bagaimana bertindak mengikut keperluan dan kefahaman secara berterusan. Kanak-kanak selalu bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri, cara adab 5 makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara bermain dan belajar tentang menulis membaca dan mengira. Galakkan kanak-kanak menyesuaikan diri dalam situasi harian seperti main pondok- pondok, jual beli, jamuan majlis hari jadi, hari perayaan dan lain-lain. Alat bermain yang mudah tetapi menarik dan seronok. · Menyediakan alat permainan yang boleh dikongsi dan bermain bersama-sama
  49. 49. 49 6.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Instict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesama manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu bapa lebih-lebih lagi ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai „sangkutan‟. Menyedari hakikat ini, di sini kami merancang untuk menjalankan satu program yang dapat merapatkan lagi hubungan ini serta memberi ibu bapa pendedahan terhadap apa yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah. Menurut Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa, beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak- kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. Oleh itu, kami bercadang untuk menjalankan Program Sukaneka yang melibatkan penyertaan ibu bapa dalam setiap acara yang dijalankan. 6.1 Kertas Kerja- ‘ Sukaneka Jalinan Kasih’
  50. 50. 50 KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH PERMATA HIKMAH SK DURIAN MENTANGAU 2013 Tarikh : 16 Mac 2013 Hari : Sabtu Masa : 7.30 –12.30 tengahari Tempat : Dewan Terbuka dan Padang Sekolah, SK Durian Mentangau 1.0 PENDAHULUAN Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.
  51. 51. 51 2.0 MATLAMAT Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi, perkembangan fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan. 3.2 Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk 3.3 Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang menggembirakan untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran. 3.4 Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah. 4.0 RASIONAL Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep
  52. 52. 52 Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran 5.0 SASARAN Aktiviti ini adalah melibatkan 25 orang murid prasekolah SK Durian Mentangau, ibu bapa, guru-guru serta PPM prasekolah. 6.0 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Encik Abdul halim bin Mohamad (Guru Besar) Encik Che Wan Jamil bin Che Wan Abdullah (GPK Pentadbiran) En. Abdul Aziz bin Saad (GPK Ko-kurikulum) Ustaz Ahmad Rozali bin Wahab(GPK Hal Ehwal Murid) Pengerusi : Puan Mariam binti Ibrahim Naib Pengerusi : Puan Raslamiah binti Othman Setiausaha : Puan Marlina Bt. Mohamed Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin
  53. 53. 53 AJK : En. Syed Hyder B. Syed Faisal : Puan Ruslina Bt. Said : En. Fizal b. Dato‟ Fauzi : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais : Puan Siti Sapurah Bt. Saleh : En. Azani B. Yahaya : En. Mohamad Ghadafi B. Walat : En. Ahmad Qushairi B. Ya 7.0 ACARA MURID BERKUMPULAN 7.1 Acara mengisi air dalam botol menggunakan span 7.2 Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul 7.3 Acara suai padan baju saya 7.4 Acara menghias bakul bunga 7.5 Acara lerek bola pakai gelung 7.6 Acara lompat bola gimnastik 8.0 ACARA TERBUKA KANAK-KANAK 2-4 TAHUN 8.1 Acara kutip gula-gula 9.0 ACARA BERKUMPULAN (BAPA) 9.1 Lari dalam kain batik sambil dukung anak (murid ) (1 pasukan 4 orang) 10.0 ACARA TERBUKA BAPA 10.1 Masuk benang dalam jarum
  54. 54. 54 11.0 ACARA BERKUMPULAN (BERPASANGAN IBU, GURU DAN PPM) 11.1 Baling-baling sayang (1 pasukan 4 orang) 12.0 ACARA TERBUKA IBU 12.1 Tiup dan pecahkan belon bersama anak (murid) **Acara Terbuka : 10 orang peserta setiap acara 13.0 SENARAI ALATAN Alatan Kuantiti Bakul bunga 3 buah Benang putih 1 gulung Bunga plastik 75 tangkai Jarum 2 set Baldi 3 buah Skitel 15 buah Pinggan 4 biji Gula-gula 100 biji Tepung 2 bungkus Kain batik 3 helai Belon 100 biji Span 3 keping Botol mineral 3 botol Pundi kacang 25 beg Bola Gimnastik 3 biji Span bunga 3 buah Gelung rotan 9 gelung songkok 3 pasang
  55. 55. 55 baju melayu 3 pasang stoking 3 pasang Kasut sekolah 3 pasang
  56. 56. 56 14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sumber : Peruntukan Kokurikulum Prasekolah JK Permuafakatan Waris Prasekolah 1. Makanan Murid (Makanan, Minuman) = RM 3.00 X 75 = RM225 2. Hadiah Murid = 6 acara = Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24) = 24 x 6 kumpulan = RM 144 = Tempat ke-2 (RM 3.00 x 8 = RM 24) = 24 x 6 kumpulan = RM 144 = Tempat ke-3 (RM 3.00 x 8 = RM 24) = 24 x 6 kumpulan = RM144
  57. 57. 57 = RM 3.00 x 9 = RM 27 = 27 x 3 kumpulan = RM 81 JUMLAH = RM 513 3. Acara Kutip gula-gula - RM 2.00 x 10 = RM 20 4. Acara Bapa Berkumpulan = Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24) = 24 x 3 kumpulan = RM 72 = Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20) = 20 x 3 kumpulan = RM 60 = Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16) = 16 x 3kumpulan = RM48 JUMLAH = RM 132 5. Acara Terbuka Bapam - RM 10.00 X 6 =RM 60
  58. 58. 58 6. Acara berkumpulan ibu, guru dan ppm = Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24) = 24 x 3 kumpulan = RM 72 = Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20) = 20 x 3 kumpulan = RM 60 = Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16) = 16 x 3 kumpulan = RM48 JUMLAH = RM 132 7. Acara Terbuka Ibu - RM 10 X 6 = RM 60 8. Pekakas dan bahan-bahan aktiviti = RM 150 9. Jamuan - RM 5 x 30 orang = RM 150 Jumlah = RM 1442.00 Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM1442.00 (Ringgit Malaysia seribu empat ratus empat puluh dua sahaja).
  59. 59. 59 15.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SUKANEKA PRASEKOLAH 2012 SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) Penasihat : Puan Norihan Binti Karim (Guru Besar) Puan Rohani Binti Hj. Ahmad (GPK Pentadbiran) En. Mustapha Bin Sulaiman (GPK Ko-kurikulum) Puan Tuan Normah Binti Tuan Sipat (GPK Hal Ehwal Murid) Pengerusi : En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri Naib Pengerusi : En. Rizalman B. Shahbranda
  60. 60. 60 Pengurus Acara : Puan Marlina Bt. Mohamed Dan Peralatan : Puan Azializa Bt. Ahmad : Puan Mazni Bt. Masiran Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin Buku Program : Puan Azializa Bt. Ahmad Pendaftaran : Puan Aminah Bt. Ahmad : Puan Noorhartini Bt. Yusoof Juruacara : Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir Persiapan Tempat : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais : En. Mohamad Ghadafi B. Walat : En. Azani B. Yahaya : Puan Siti Sapurah Bt. Saleh Hadiah : Puan Azializa Bt. Ahmad : Puan Aminah Bt. Muhammad : Puan Mas Ayuzie Bt. Jamaluddin : Puan Ruslina Bt. Said
  61. 61. 61 : Puan Nor Ashikin Bt. Abdul Rahman Cenderahati Perasmi : Puan Azializa Bt. Ahmad Siaraya : En. Mohd Azrul Hafeez B. Azizan Jamuan VIP : Puan Nortifah Bt. Yassin : Puan Surya Sumarni Bt. Hussein : Puan Fauzan Bt. Muhamad : Puan Nor Ashikin Bt. Abdul Rahman Jamuan Makan : Puan Asima Bt. Ahmad : Puan Sha‟areeda Leena Bt. Ahmad Sharafuddin : Puan Fatmawati Bt. Mohd Nurdin : Puan Nur Azian Bt. Azumu Hakim : En. Mohd Rashidi Bt. Hj. Sabri : En. Rizalman B. Shahbranda : En. Ahmad Qushairi B. Ya Pencatat : Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir
  62. 62. 62 Pengurus Peserta : Puan Noorazira Bt. Ab Delani : Puan Mazni Bt Masiran : Puan Fairus Atida Bt. Said Fotografi : En. Fizal B. Dato‟ Fauzi : En. Syed Hyder B. Syed Faisal : En. Rohiman B. Rahia Dokumentasi dan pelaporan : Puan Marlina Bt. Mohamed Keselamatan dan kebersihan : Semua Guru, Ibu bapa dan PPM 16.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh : 7 Mei 2012 Hari : Sabtu Masa : 7:30 Pagi Tempat : Dataran SKPP 11(2)
  63. 63. 63 MASA AKTIVITI 7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran Peserta 8.00– 8.15 pagi Ketibaan Tetamu VIP 8.15– 8.30 pagi Perbarisan Peserta 8.30 – 8.40 pagi Ucapan alu-aluan oleh En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri (Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah) 8.40 – 8.55 pagi Ucapan Perasmi Puan Norihan Bt. Karim (Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2)) 9.00 – 9.35 pagi Acara Murid Berkumpulan 1 9.35 - 9.45 pagi Acara Terbuka Kanak-kanak 4-5 tahun 9.45 – 9.55 pagi REHAT (Persembahan Senamrobik Prasekolah) 9.55 – 10.10 pagi Acara Berkumpulan Bapa 10.10 – 10.40 pagi Acara Murid Berkumpulan 2 10.40 – 10.55 pagi Acara Berkumpulan Ibu, Guru dan PPM 10.55 – 11.10 pagi Acara Terbuka Bapa 11.10 – 11.30 pagi Acara Terbuka Ibu 11.30 – 12.00tghri Penyampaian Hadiah 12.00 tengahari Ucapan Penutup oleh Pengerusi JK Waris Permuafakatan Prasekolah 12.30 tengahari Bersurai
  64. 64. 64 17.0 HARAPAN DAN PENUTUP Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) berharap murid-murid prasekolah akan mendapat faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan masyarakat luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Disediakan oleh, Disahkan Oleh, ……………………………………. ………………………………………. (MARLINA BT. MOHAMED) (MOHD RASHIDI B. HJ. SABRI) Setiausaha Pengerusi Sukaneka Prasekolah 2012 Sukaneka Prasekolah 2012 Disemak oleh,
  65. 65. 65 ……………………………….. (NORIHAN BT. KARIM) Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2) RUJUKAN: Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year- Olds. UK: Paul Chapman Publishing. Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson. BIBLIOGRAFI Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmer
  66. 66. 66 Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd Eugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school and Home Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing Company Henderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is critical to student achievement. Washington, DC: Center for Law and Education Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin Press Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to profesionalisme. Singapore : South Wind Production. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum
  67. 67. 67 Development. Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia Widiasarana. Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd. Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia. Thompson.M (2005, Februari 21). Parent – teacher conference : Eight steps to parental succes Universiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara. Peranan Ibu bapa. myMetro (2009.Ogos 14) Bengkel Urut Kembali Lagi. – diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia, Arkib:2009.Ogos.06http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub= Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html pada 12 Ogos 2009
  68. 68. 68 Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.click-a-child.blogspot.com/ pada 12 Ogos 2009 Penglibatan Ibu Bapa – diperoleh daripada laman web http://www.ehomemakers.net pada 12 Ogos 2009 Tanggjungjawab Kemas - diperoleh daripada laman web http://www.kemas.gov.my/111 pada 18 Ogos 2009

×