Internship
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Internship

on

  • 1,278 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,278
Views on SlideShare
1,278
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
103
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Internship Internship Document Transcript

    • NAMA : RASLAMIAH BINTI OTHMAN NO K/P : 670511-11-5188 TARIKH LAHIR : 11 MEI 1967 TEMPAT LAHIR : MARANG, TERENGGANU ALAMAT SEKOLAH : SK. DURIAN MENTANGAU , 23100 PAKA, DUNGUN, TERENGGANU. PENGALAMAN MENGAJAR : 17 TAHUN NO. H/P : 014 5312751 ALAMAT EMAIL : raslamia@yahoo.com
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 25 Ogos 2013 1. ISU/ perkara yang di fokus; Pelaksananaan Insternship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Pada 1 / /2013 saya dan rakan-rakan PGSR Prasekolah Ambilan 20013 telah dipanggil untuk menghadiri taklimat Insternship dimana kami dikehendaki menjalankan satu program di sekolah, dipantau dan dinilai oleh seorang mentor yang dilantik oleh sekolah. Saya telah menghadiri taklimat tersebut bersama- sama Puan Mariam binti Ibrahim sebagai mentor saya yang dilantik oleh Guru Besar. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Kekuatan Walaupun agak terkejut kerana terpaksa melalui program ini, saya cuba untuk berfikiran positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi kewibawaan dan keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal bergelar guru bersiswazah. Pengalaman menjalankan program-program sebelum ini saya jadikan panduan kerana bagi menjayakan sesuatu program amat memerlukan pengalaman mengurus dan memimpin. Kelemahan Kami tidak diberitahu daripada awal kursus bahawa kami akan menjalani latihan praktikum. Saya amat terkejut kerana kami diberitahu agak lewat iaitu semasa saya sedang sibuk untuk persiapan peperiksaan UPSR. Tambahan pula kami telah mempunyai 3 tugasan dan satu tesis untuk disiapkan. Tidak semua guru yang berada di jurusan PGSR Prasekolah mengajar di Prasekolah termasuk saya. Saya sebagai guru yang mengajar di tahun enam, saya berasa amat kalut kerana program ini terpaksa di buat sebelum berakhir Oktober 2013. Perancangan bagi melakukan dan menguruskan sesuatu program agak rumit dan memerlukan penelitian agar dapat berjalan lancar.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 2 Ogos 2013 1. ISU/ perkara yang di fokus; Perjumpaan dengan mentor, Puan Mariam binti Ibrahim berkenaan Pelaksananaan Insternship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Saya amat beruntung kerana Puan Mariam telah sudi untuk bersama-sama saya menghadiri taklimat Program Internship. Jadi saya tidak perlu menerangkan kepadanya perjalanan program ini. Saya telah berbincang tentang jenis program yang sesuai untuk dilaksanakan pada waktu yang terdekat tanpa mengganggu tugas saya sebagai guru yang mengajar di kelas peperiksaan. Beliau menasihati saya agar memikirkan program yang dapat dijalankan sebaik sahaja selepas upsr. Saya bersetuju dengan saranan beliau dan memutuskan untuk membuat program Sukan Tahunan yang diberi nama Sukaneka Jalinan Kasih. Saya memilih nama ini kerana ianya bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga pendidik SK Durian Mentangau dan masyarakat kampong sekaliling. Saya juga telah berjumpa dengan guru besar bagi menerangkan keputusan saya untuk memilih program Sukaneka Tahunan sebagai program dibawah insternship. Beliau bersetuju dan member sokongan penuh. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Kekuatan Jika program yang diputuskan di atas dapat dilaksanakan, sudah pasti ianya memberi impak yang sangat positif kepada warga guru dan kakitangan sekolah secara amnya dan kepada diri saya sendiri pada khususnya. Kelemahan Memandangkan program yang dipilih agak besar kerana melibatkan komuniti kampong, perbelanjaan yang diperlukan juga besar. Setelah perbincangan dengan kerani kewangan sekolah, duit kewangan sukan hanyalah RM700.00 di dalam tabungan. Sedangkan aktiviti perkhemahan juga memerlukan kewangan yang sama. Saya juga telah meneliti perbelanjaan Sukaneka pada tahun
    • sebelumnya yang tidak melibatkan komuniti. Jika dibandingkan, program yang akan saya jalankan nanti adalah lebih besar. Perbelanjaan sukan tahunan 2012 adalah RM1020.00. Ini termasukalah perubatan, t-shirt pegawai, hadiah, makan minum murid dan pegawai sukan, belanja peralatan dan hadiah saguhati kepada perasmi dan pegawai sukan. Hati saya berbelah bagi. Saya berharap untuk membincangkan perkara ini semula dengan mentor saya.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 27 Ogos 2013 1. ISU/ perkara yang di fokus; Perbincangan semula mengenai program yang dipilih; Sukaneka Tahunan. Masalah kewangan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya memberitahu masalah yang bakal saya hadapi kepada mentor sekiranya saya ingin meneruskan dengan program Sukaneka Tahunan. Oleh kerana kewangan yang ada amat terhad, saya memberitahu beliau yang saya tidak mampu menjalankan program ini. Saya boleh menampung kewangan dengan menggunakan wang sendiri bagaimanapun ianya memerlukan jumlah yang agak besar dan saya tidak mempunyai cukup masa untuk memohon sumbangan dari pihak-pihak tertentu bagi menampung kekurangan tersebut. Puan Mariam memahami masalah ini dan menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan. Kekuatan Isu kewangan yang timbul telah membuat saya berfikir bagaimana mahu mengatasi masalah ini dan mencuba mencari peluang-peluang yang ada bagi menjayakan juga program ini. Saya terfikir untuk memohon sumbangan dari pihak swasta iaitu sebuah syarikat di bawah Petronas Malaysia. Tetapi saya telah ada pengalaman pahit dimana permohonan saya bagi menjalankan program sekolah pada tahun lepas telah ditolak. Kelemahan Saya merasa amat tertekan kerana dalam keadaan sibuk dengan murid-murid tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan, saya terpaksa memikirkan program yang sukar dijalankan kerana masalah kewangan.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 2 Ogos 2013; Rabu 1. ISU/ perkara yang di fokus; Program baharu. Kem Sukan Sekolah. . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya mendapat surat yang diminitkan kepada saya atas jawatan penyelaras 1murid 1sukan bahawa ada satu taklimat penting yang perlu saya hadiri pada 2sembilan Ogos2013 iaitu esok, berkaitan Kem Sukan Sekolah. Saya berharap agar mendapat sedikit ilham hasil dari taklimat ini kerana walau pun tidak dapat menjalankan program Sukan Tahunan, hati saya masih tetap mahu menjalankan satu program sukan yang lain kerana sememangnya saya mempunyai pengalaman dalam menguruskan aktiviti sukan. Saya memberitahu Puan Mariam tentang hasrat saya ini. Beliau bersetuju dan meminta saya berbincang semula dengannya setelah menghadiri taklimat tersebut. Kekuatan Kemunculan program ini memberi saya satu harapan baru agar menemui hasil dalam pencarian program yang sesuai dijalankan dalam masa yang terdekat ini. Dalam keadaan yang agak tertekan ini saya tidak dapat berfikir dengan tenang jadi saya amat mengharapkan sesuatu yang datang ini membantu saya mencari penyelesaian. Walau pun dalam keadaan sibuk, pemantauan dari PPD, kelas tambahan dan mesyuarat pencapaian prestasi UPSR, saya memastikan saya dapat hadir ke taklimat ini bagi mencari idea menjalankan program insternship. Kelemahan Bagi saya, kemunculan program ini adalah seperti orang mengantuk, disorongkan bantal. Jadi saya menyedari, segala aktiviti dan pengisian program sudah tentulah bergantung kepada apa yang telah di tetapkan. Bagaimana pun, dalam keadaan saya sekarang, saya redha.
    • . LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 2 Ogos 2013; Khamis 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menghadiri Taklimat Kem Sukan Sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. 1. Analisa Isu / perkara yang difokus. Sepanjang menghadiri taklimat ini saya telah di dedahkan tentang pengisian program, cara pelaksanaan, tempoh yang diberikan untuk melaksanakan program, jumlah penglibatan murid dan sumber kewangan. Saya diberitahu setiap sekolah diberi peruntukan sebanyak RM500 bagi sekolah harian manakala RM200 bagi sekolah SKM iaitu Sekolah Kurang Murid. Oleh kerana sekolah saya adalah sekolah SKM, maka kami hanya mendapat RM200 untuk menjalankan program ini. Saya merasa agak lega kerana tidak semua murid diwajibkan menyertai program ini iaitu hanya 40 orang minima bagi sekolah rendah. Saya kira, masalah kewangan dapat dikurangkan dengan cara ini. Kekuatan Saya didedahkan dengan panduan untuk membuat jadual, tajuk bagi setiap slot dan perlu memilih satu jenis sukan yang ingin difokus. Saya sudah merancang yang saya akan memilih program ini untuk program internship kerana ia sangat sesuai dengan murid-murid sekolah saya serta sukan yang akan saya pilih adalah bola baling kerana ianya sinonim dengan sekolah ini yang telah memenangi pertandingan peringkat daerah Paka pada April lalu. Kelemahan Saya masih kabur lagi mengenai perbelanjaan mengurus program ini kerana wang peruntukan itu hanya RM200 dan pada saya walaupun sekolah ini berada di bawah SKM, bilangan murid tahap 2 iaitu sasaran program ini adalah melebihi 50 orang. Ia memerlukan lebih dari RM200 bagi program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam menurut taklimat yang diberi.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 2 September 2013; Isnin 1. ISU/ perkara yang di fokus; Kem Sukan Sekolah. Cadangan tarikh; 13 September 2013 :Jumaat. Sasaran ; murid-murid tahun 4, 5 dan enam Sukan dipilih; bola baling. Tempat: dewan, makmal ICT dan padang sekolah. . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya, mentor, Puan Mariam binti Ibrahim dan Penolong Kanan 1, Encik Che Wan AbdJamil bin Che Wan Abdullah telah berbincang mengenai perkara di atas. Puan Mariam pada keseluruhannya bersetuju dengan idea saya. Bagaimanapun beliau berharap saya dapat melakukan kerja saya dengan teliti memandangkan banyak perkara yang perlu saya fikirkan sekarang. Encik Che Wan Jamil bersetuju dengan pandangan Puan Mariam. Bagi melaksanakan program ini saya perlu memikirkan satu jawatankuasa bagi memastikan persediaan yang rapi sebelum pertandingan pada akhir kem. Saya juga perlu mencari satu system pertandingan yang sesuai dengan beberapa kumpulan murid yang akan ditetapkan. Beliau menasihati saya agar selalu berbincang kerana ianya memerlukan banyak kerja termasuk persedaian padang, peralatan dan borang-borang serta kepengadilan. Kekuatan Program ini memang memerlukan satu persediaan yang rapi dan memerlukan satu jawatankuasa yang dapat membantu menyelenggara semua kerja. Saya tidak berputus asa. Pengalaman mengendalikan sukan pertandingan bola baling yang lalu telah saya jadikan panduan dalam melaksanakan program ini. Saya telah merangka satu jawatankuasa, mengatur tentative program selama 3 hari 2 malam dan seterusnya memaklumkan kepada pekerja sekolah agar dapat membuat padang bola baling sebanyak 2 gelanggang. Saya cuba bertenagndan tidak terburu-buru agar saya tidak tertinggal apa-apa yang penting semasa melakukan perancangan.
    • Kelemahan Semasa perjumpaan dengan kerani sekolah, saya dapati bahawa kewangan agak tidak menggalakkan. Saya memerlukan lebih dari RM200. Kerani meminta saya membuat cash receipt supaya saya dapat mendahulukan duit saya dan menuntut kemudian. Wang peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia belum dikreditkan ke akaun sekolah. Saya agak kecewa, bagaimana pun saya menganggap ini adalah cabaran yang perlu saya tempuhi jika ingin melaksanakan program ini.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 3 September 2013; Selasa 1. ISU/ perkara yang di fokus; Membentuk Jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat. Menyediakan bahan-bahan nota untuk slot program. Mula membuat padang bola baling. Menyediakan alat tulis dan sijil kehadiran peserta. . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya telah membuat surat panggilan mesyuarat yang akan diadakan pada Rabu 4 September 2013 diatas persetujuan guru besar, Encik Abdul Halim bin Mohamad. Ada beberapa guru yang tidak dapat hadir memandangkan kerana menghadiri taklimat dan kursus. Bagaimana pun, saya berhasrat meneruskan mesyuarat ini kerana kesuntukan masa. Saya juga telah memastikan nota-nota dan bahan rujukan untuk setiap slot disiapkan dan di letakkan ke dalam fail. Saya berasa lega kerana, dua orang guru praktikum yang menjalani latihan di sekolah ini sudi untuk membantu saya. Antara perkara yang saya kurang arif adalah penyediaan borang-borang pertandingan. Mereka membantu saya menyediakan borang dan juga persediaan dalam sistem pertandingan. Saya juga berasa amat lega kerana sanggup menyiapkan sijil-sijil kehadiran peserta. Kekuatan Walaupun sibuk dengan persiapan peperiksaan UPSR, saya berasa amat berterima kasih kepada semua guru terutamanya mentor, guru praktikum dan guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan 1 kerana banyak membantu dan memberi saya ilham bagaimana untuk mengendalikan program ini. Kelemahan Oleh kerana kebanyakan guru sibuk, jadi guru besar mencadangkan agar mesyuarat yang akan di adakan hendaklah lebih berupa taklimat dan soal jawab kerana ingin meringkaskan masa. Saya bersetuju bagaimana pun berharap agar mesyuarat ini dapat menyelesaikan banyak perkara.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 4 September 2013; Rabu 1. ISU/ perkara yang di fokus; Mesyuarat Pelaksanaan Kem Sukan Sekolah 1M 1S. . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Sebelum mesyuarat, saya menyediakan senarai ahli jawatankuasa dan tentative program serta tugas setiap ahli jawatankuasa. Alhamdulillah, Encik Abdul Aziz, selaku Penolong Kanan Kokurikulum, telah bersetuju untuk mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak kisah sekiranya saya terpaksa mempengerusikan mesyuarat tersebut, tetapi saya yakin Encik Abdul Aziz dapat menerangkan dengan lebih tepat tentang kehendak program. Mesyuarat berjalan dengan lancar, setiap tugas guru dapat difahami dengan penerangan dan bersoal jawab. Kekuatan Tentative yang saya sediakan telah membantu guru memahami tugas mereka serta keperluan yang mesti disediakan sebelum perjalanan setiap slot. Melalui perbincangan juga segala kekurangan dan masalah dapat di atasi. Contohnya, saya tidak memasukkan makan minum untuk guru di dalam kertas kerja saya kerana masalah kekurangan bajet. Bagaimanapun, masalah ini dapat di atasi apabila guru besar bersedia untuk memberi sumbangan peribadi beliau untuk perbelanjaan ini. Alhamdulillah.... Kelemahan Saya sepatutnya menyediakan senarai tugas secara hard copy yang di serahkan kepada guru untuk rujukan mereka selain dari tayangan slide. Saya juga menyedari bahawa ada beberapa tugas guru yang tertinggal iaitu saya perlu menyediakan pengurus pasukan bagi setiap pasukan bagi memudahkan perjalanan pertandingan pada hari kemuncak. Saya berjanji pada guru-guru perkara itu akan diselesaikan selewat-lewatnya sehari sebelum kem.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 5 September 2013; Khamis 1. ISU/ perkara yang di fokus; Mengemaskinikan peralatan dan bahan program. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya membuat senarai semak bahan dan peralatan yang akan digunakan semasa program. Saya meyedari video untuk senam robik bagi slot Malaysia Cergas masih belum dapat disiapkan. Ini kerana terdapat masalah semasa saya memuat turun video tersebut dari you tube. Komputer saya bermasalah... Kekuatan Murid-murid perempuan tahun 5 sudi membantu saya menyusun nota dan mengemaskannya kedalam fail untuk setiap murid. Pekerja sekolah, Encik Mohmad Yusoff telah bertungkus lumus menyiapkan padang bola baling dan mencuba mengambil semula kanopi sekolah yang dipinjam oleh komuniti. Saya berasa agak kasihan kepada Encik Mohmad kerana beliau adalah satu- satu pekerja tetap sekolah. Bagaimana pun, saya meminta murid-murid lelaki tahun 5 untuk membantu meringankan kerjanya di padang. Sungguh saya tidak mampu melakukan kerja membuat padang jika tidak dengan bantuan beliau. Guru-guru lelaki pula sibuk dengan perjumpaan pengawas peperiksaan UPSR. Kelemahan Kekurangan kakitangan lelaki telah menyebabkan banyak kerja tertangguh. Kanopi masih belum dapat di pasang.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: September 2013; Ahad 1. ISU/ perkara yang di fokus; Perbincangan mengenai sistem pertandingan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Daripada perbincangan dengan mentor, penolong Kanan 1, Encik Che Wan Abdul Jamil dan guru praktikum, Cik Nur Fatin Fatihah, kemungkinan terdapat 2 sistem pertandingan; iaitu sistem Liga dan Kalah Mati. Daripada senarai sasaran murid pula terdapat enam puluh murid; 31 lelaki dan dua puluh sembilan orang perempuan. Kami sebulat suara membahagikan mereka kepada lapan kumpulan bagi memudahkan pertandingan. Oleh kerana bilangan kumpulan yang kecil dan kami mempunyai 2 padang, jadi saya mencadangkan kami mengadakan pertandingan liga. Ini kerana bagi membolehkan murid-murid mengambil bahagian dengan sepenuh hati. Pelaksanaan system kalah mati akan menyebabkan kumpulan yang kalah patah semangat. Pada dasarnya semua yang ada bersetuju dengan cadangan saya namun terdapat beberapa persediaan seperti borang dan jadual pertandingan yang perlu di siapkan sebelum pertandingan. Cik Fatin Fatihah bersetuju menyediakan borang-borang tersebut. Kekuatan Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru yang lebih berpengalaman seperti Encik Wan Abdul Jamil dapat membuka minda saya tentang bagaimana program ini sepatutnya berjalan. Saya juga beruntung kerana walaupun Cik Fatin Fatihah masih baru dalam bidang pengurusan sukan namun ternyata beliau banyak membantu dengan mencari cara membuat jadual perlawanan dan menyediakan nama pengadil bagi setiap perlawanan. Kelemahan Masih banyak perkara yang tidak dapat saya jangkakan. Saya merasa agak kurang yakin mengetuai program ini. Bagaimanapun, saya berpegang pada prinsip ‘redah ajer’ . saya tidak akan tahu bagaimana mengurus jika saya tidak melakukannya.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: September 2013; Isnin 1. ISU/ perkara yang di fokus; Mesyuarat kali ke dua. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya telah berbincang dengan Puan Mariam dan Encik Abdul Aziz untuk mengadakan mesyuarat kali kedua. Ini penting bagi saya bagi memastikan perjalanan program yang lancar. Guru besar menasihati saya agar melakukan mesyuarat secara ringkas pada waktu rehat tahap 2 kerana bimbang mengganggu persediaan UPSR. Saya akur dan memaklumkan kepada guru-guru dan kakitangan mengenai mesyuarat itu secara mengedarkan surat makluman. Perbincangan ringkas hanya bagi memastikan segala persiapan dan masalah dapat diatasi. Semasa perbincangan, AJK Hadiah, Puan Mahanizam telah mengutarakan soalan berkenaan wang peruntukan untuk membeli hadiah. Beliau memohon penjelasan bagaimana ingin membuat tuntutan belanja hadiah. Encik Abdul Aziz menerangkan perbelanjaan itu boleh di tuntut dari wang BSS atau Bantuan Sukan Sekolah. Beliau meminta Puan Mahanizam berurusan dengan kerani sekolah. Kekuatan Walaupun sekolah ini hanya mempunyai seramai 14 orang guru termasuk guru besar, seorang tukang kebun dan 4 orang pekerja swasta, ternyata hubungan yang rapat dapat memudahkan kerja dan dapat dilakukan secara bermuafakat. Kelemahan Pengurusan kewangan ternyata memberi sedikit sebanyak masalah kepada sekolah yang kecil. Dengan peruntukan sebanyak RM200.00 untuk belanja makan minum murid sendiri tidak mencukupi bagi kem yang akan berlangsung selama 2 hari. Saya mendahulukan duit saya dalam banyak perkara bagi menjayakan juga program ini. Saya tahu jika saya tidak melakukan ini program ini mustahil dapat dijalankan. Ia mengajar saya berkorban bukan saja dari segi tenaga dan buah fikiran, tetapi juga dari segi material dan kewangan.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 10 September 2013; Selasa 1. ISU/ perkara yang di fokus; Mengemas kini persediaan padang dan penyusunan bahan bagi setiap slot. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Hari ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR. Saya mengambil peluang masa yang ada ini untuk mengemaskini padang bersama-sama dengan guru-guru praktikum dan pekerja sekolah. Bahan-bahan juga telah siap di masukkan ke fail murid. Score board dan papan putih besar akan di gunakan untuk rujukan markah. Bagaimana Puan Mariam menasihatkan agar saya mengeluarkan barang-barang tersebut pada hari pertandingan kerana bimbang akan berlaku kerosakan memandangkan hari perlawanan adalah pada hari Sabtu. Kekuatan Hari pertama UPSR memberi saya waktu terluang untuk membuat persiapan akhir. Bagaimana pun esok saya terpaksa meluangkan masa bersama-sama murid UPSR saya yang akan menduduki kertas Bahasa Inggeris pada hari Rabu. Kelemahan Guru-guru lain tidak dapat membantu kerana sibuk dengan pengawasan peperiksaan dan kawalan kelas semasa peperiksaan UPSR berjalan.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 11 September 2013; Rabu 1. ISU/ perkara yang di fokus; Persiapan terakhir UPSR. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya datang berjumpa mentor dan memberitahu bahawa saya sedang membuat persiapan terakhir untuk murid-murid UPSR yang akan menjalani peperiksaan Bahasa Inggeris esoknya. Jadi saya meminta jasa baik beliau agar saya dapat melupakan sekejap persiapan program ini dan member tumpuan kepada murid- murid tahun enam.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 12 September 2013; Khamis 1. ISU/ perkara yang di fokus; Taklimat Kem dan mengedarkan surat kebenaran ibu bapa. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Pada waktu pagi, saya berbincang dengan mentor tentang perkara –perkara yang perlu di sampaikan kepada murid-murid sebelum pelaksanaan Kem Sukan Sekolah pada keesokan hari. Saya telah menyenaraikan perkara-perkara tersebut dan beliau menambah beberapa perkara yang difikirkan perlu. Antaranya adalah peti ubat kecemasan, bahan-bahan mentah untuk makan minum murid, cara berpakaian serta surat kebenaran ibu bapa. Setelah tamat peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris pada pukul 1.35 tengahari, saya dan beberapa orang AJK telah mengumpulkan murid-murid tahap 2 di dewan untuk taklimat tersebut. Rata-rata murid sangat gembira dan teruja untuk menyertai program tersebut. Saya mengedarkan surat kebenaran ibu bapa dan memberitahu murid-murid untuk datang seawal pukul 7.30 pagi pada esoknya. 3. Kekuatan Murid-murid sekolah ini amat berminat dengan sukan bola baling dan amat teruja untuk menyertai sukan tersebut. Mereka sudah ada sedikit sebanyak asas dalam permainan, pernah menonoton perlawanan bola baling serta ada di antara mereka adalah pemain –pemain sekolah dan pemain daerah. 4. Kelemahan Taklimat Kem Sukan Sekolah tidak dapat diadakan lebih awal kerana bimbang murid-murid tahun enam tidak dapat menumpukan kepada peperiksaan.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 13 September 2013; Jumaat 1. ISU/ perkara yang di fokus; Hari pertama Kem Sukan Sekolah. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya sampai di sekolah pada pukul 7.40pagi dan mendapati peserta-peserta sedang menunggu dengan siap berpakaian sukan. Saya dengan dibantu 2 orang guru praktikum mengumpulkan mereka di dewan, dan memulakan perhimpunan dengan doa, lagu Negaraku dan diikuti dengan senaman pagi. Kemudian dengan dibantu oleh muzik senam robik dan beberapa orang murid kami memulakan aktiviti Malaysia Cergas. Seterusnya diikuti oleh aktiviti-aktiviti sebagaimana di dalam jadual. 3. Kekuatan Pengalaman mengendalikan senamrobik sebelum ini memberi saya keyakinan untuk mengetuai aktiviti ini. Aktiviti pertama amat penting untuk menarik minat peserta untuk menghayati aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Semua aktiviti berjalan lancar termasuk waktu makan dan minum murid. 4. Kelemahan PA sistem kurang berkesan dan video senam robik juga tidak dapat di tayangkan kerana tiada skrin. Bagaimanapun kredit harus diberikan kepada guru praktikum Cik Nur Fatin Fatihah yang telah menyelamatkan keadaan dengan memimpin senam robik tersebut sehingga menjadi menarik. Saya juga terpaksa menggantikan Cikgu Wan Abdul Jamil untuk slot Sistem Pertandingan kerana beliau tidak sihat. Tiada masalah bagi saya kerana saya telah mendalami dan merujuk tajuk tersebut dengan beberapa rakan sejawat di sekolah lain.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 14 September 2013; Sabtu 1. ISU/ perkara yang di fokus; Pelaksanaan Kem Sukan Sekolah hari kedua –kemuncak. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Hari ini amat penting bagi saya kerana segala pengetahuan dan kemahiran yang di beri pada hari sebelumnya akan diaplikasikan oleh murid-murid pada hari ini. Pertandingan antara kumpulan juga akan diadakan seawal pagi. Selepas perhimpunan pagi, murid-murid diberi taklimat tentang perlawanan dan diingatkan agar mengamalkan semangat kesukanan serta menghormati rakan dan guru. Peralatan padang seperti heller, wisel, score board dan borang-borang disediakan lebih awal. Semua guru mengambil tempat mereka dan perlawanan bermula sebaik sahaja segalanya telah bersedia. Hadiah dan sijil diberikan kepada setiap peserta pada majlis penutup. Peserta kelihatan gembira dan berpuashati walau pun setelah letih berhempas pulas di dalam perlawanan. 3. Kekuatan Saya merasa sungguh bertuah kerana semua guru datang memberi kerjasama. Guru Besar juga telah menawarkan diri untuk menjadi pengadil perlawanan. Segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Pertandingan di buat mengikut sistem liga. 4. Kelemahan Ada beberapa peralatan yang tidak cukup seperti stop watch. PA system juga tidak dapat dipasang di padang kerana beberapa masalah. Bagaimanapun, ianya dapat diatasi dengan adanya heller dan telefon juga dapat menggantikan stop watch.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 15 September 2013; Ahad 1. ISU/ perkara yang di fokus; Post mortem program Kem Sukan Sekolah. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya datang berjumpa mentor dan meminta pendapatnya berkenaan dengan Kem Sukan sekolah yang telah berlangsung. Menurut beliau pada keseluruhannya beliau berpuashati dengan kem tersebut. Namun ada beberapa perkara yang perlu saya perhatikan sebagai panduan apabila melaksanakan apa-apa program pada masa akan datang. Pertama, adalah dari segi kepengadilan. Didapati ada antara guru-guru yang menjadi pengadil tidak begitu mendalami undang-undang bola baling. Jadi kepengadilan mungkin tidak dapat berlaku dengan adil dan ada murid-murid yang tahu bahawa guru mereka lemah dalam kepengadilan. Kedua adalah mengenai pengurusan peserta. Pengurusan peserta dilihat agak lambat. Pertandingan agak banyak kerana menggunakan system liga manakala pengurusan peserta bergantung semata-mata kepada ketua kumpulan masing- masing. Saya akur dengan masalah ini. Bagaimana pun, saya tiada pilihan memandangkan kekurangan guru di sekolah ini. Dan sememangnya tidak semua guru mempunyai pengetahuan di dalam bidang sukan bola baling. 3. Kekuatan Perbincangan dapat membukakan apa yang tidak kita sedari. Saya dapat melakukan dengan lebih baik jika saya mempunyai banyak masa untuk bersedia dan tidak ada banyak kekangan lain. Saya yakin saya boleh melakukan dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Inshaallah. 4. Kelemahan Kebanyakan dari idea yang dilaksanakan di dalam kem ini saya dapati dari jadual yang dicontohi dari kem sukan di sekolah lain. Mungkin ada di antara aktiviti yang tidak sesuai dengan peserta-peserta dan guru-guru disekolah ini. Bagaimanapun, kita belajar melalui kesilapan dan memperbaikinya sepanjang jalan sehingga kita dapat menjadi yang lebih baik pada hari ini.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 1 September 2013; Isnin 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menyiapkan folio dan laporan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya menunjukkan kepada mentor di antara gambar-gambar dan video yang akan digunakan untuk laporan. Saya juga menyusun semula tulisan-tulisan refleksi mengikut tarikh. Puan Mariam mencadangkan agar saya memberi pandangan dan mengulas setiap satu refleksi dengan baik agar beliau dapat melihat biografi program. 3. Kekuatan Saya berasa agak lega dan sedikit lapang setelah murid-murid tahun enam menduduki peperiksaan. Hati saya tiada lagi bimbang. Dan yang paling penting, program Kem Sukan Sekolah telah dapat dijalankan dengan baik. Saya merasa sungguh bertuah kerana mendapat kerjasama dari semua pihak. 4. Kelemahan Saya bimbang memikirkan bahawa terlalu banyak kerja yang perlu saya laksanakan. Menyediakan folio dan menulis laporan serta mengemaskini refleksi merupakan perkara yang agak banyak untuk disiapkan. Bagaimanapun, saya berjanji pada diri saya bahawa saya perlu menyiapkannya sebelum oktober kerana ada banyak lagi tugasan yang menunggu saya samada sebagai guru, pelajar, ibu serta seorang isteri.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 17 September 2013; Selasa 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menyiapkan laporan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya telah menyiapkan semua gambar dan video untuk di muat turun ke cakera padat. Saya bagaimana pun merasa pening kerana terlalu banyak gambar dan saya perlu melihat satu persatu. Saya perlukan pertolongan seorang pakar IT. 3. Kekuatan Masa yang ada saya gunakan untuk menyemak apa yang patut. Alhamdulillah....saya masih mempunyai sedikit masa untuk menyiapkan laporan ini. Saya tidak dapat duduk senang jika tidak dapat menyiapkannya. 4. Kelemahan. Capaian intenet di sekolah ini agak lemah. Rujukan hanya dibuat berdasarkan manual yang telah saya muat turun dari internet semasa berada di rumah. Apabila di sekolah, capaian tersebut tertutup langsung dan saya tidak mahu mambawa kerja ini ke rumah kerana tidak mahu mengganggu tugas lain.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 1 September 2013; Rabu 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menyiapkan folio dan laporan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya mengemaskini semua penulisan refleksi. Mencari fail yang sesuai untuk memfoliokan semua bahan. Saya juga sentiasa merujuk bahan internship yang dibekalkan oleh maktab. Saya pastikan saya tidak tertinggal apa-apa yang diperlukan. Saya perlu membuat partition agar folio saya nampak kemas. 3. Kekuatan Lapan puluh peratus folio saya hampir siap. Tinggal lagi memuat turun gambar dan video ke cakera padat. 4. Kelemahan Saya kekurangan bahan dan kertas warna untuk membuat partition. Saya boleh dapatkannya di pejabat tetapi saya agak bimbang adakah saya mengamalkan integriti yang baik jika menggunakan bahan-bahan sekolah sedangkan ini adalah tugasan saya. Saya membuat keputusan untuk mencari baha-bahan yang diperlukan di kedai buku pada esoknya.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 1 September 2013; Khamis 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menyiapkan folio dan laporan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya membuat semakan untuk kesekian kalinya. Saya agak keliru dengan surat pengenalan diri. Bagaimana bentuknya? Saya perlu berbincang dengan mentor untuk mendapatkan gambaran surat bagaimana yang dikehendaki. 3. Kekuatan Saya dapat mencari bahan yang dikehendaki semalam. inshaAllah laporan dan folio saya akan dapat dilengkapkan sebelum Ahad ini. 4. Kelemahan Saya perlu menyediakan 2 laporan sebenarnya. Satu untuk program internship dan satu lagi untuk Pejabat Pendidikan Daerah Dungun kerana program ini adalah di bawah Kemeterian Pendidikan Malaysia iaitu program 1Murid 1Sukan. Bagaimana pun laporan untuk PPD hanyalah secara ringkas. Dalam hati saya, saya cuba bersabar dan berkata ....semuanya akan dapat saya lakukan. Sabar.
    • LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 22 September 2013; Ahad 1. ISU/ perkara yang di fokus; Menyiapkan folio dan laporan. 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Saya menggunakan hari cuti peristiwa sekolah saya pada hari ini sepenuhnya untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir saya untuk menyiapkan laporan dan folio. Saya berharap dapat menghantar folio dan laporan saya kepada Puan Mariam esok. 3. Kekuatan Pembantu EIO di sekolah saya sudi membantu saya memuat turun gambar dan video ke cakera padat. Alhamdulillah...tiada masalah. Dia Berjaya melakukannya dan saya merasa sangat bersyukur. 4. Kelemahan Saya menyedari terdapat banyak kelemahan pada laporan dan folio yang telah saya siapkan ini. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk melengkapkan apa yang patut di dalam jangka waktu yang telah diperuntukkan. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya melakukan tugasan ini terdapat kata-kata dan perbutan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya akui sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari kelemahan ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelemahan dari diri saya. Wallahu A’lam.
    • LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : RASLAMIAH BINTI OTHMAN NO. KAD PENGENALAN : 70511-11-51 PROGRAM : INTERNSHIP NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU NAMA PROJEK : KEM SUKAN SEKOLAH 1M 1S TEMPOH PELAKSANAAN : 25 OGOS HINGGA 22 SEPTEMBER 1. OBJEKTIF PROJEK Di antara objektif Kem Sukan Sekolah antaranya adalah; 1.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. 1.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 1.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. . 1.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan. 1.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.
    • 4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Kem Sukan Sekolah diadakan pada julung kalinya di sekolah ini, bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan yang mewajibkan setiap sekolah mengadakan kem sukan secara tahunan. Di antara matlamatnya adalah; i. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. ii. Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: 2.2.1 Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. 2.2.2 Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. 2.2.3 Membantu dalam penganjuran pertandingan. iii. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. iv. Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games). Kumpulan sasaran bagi program ini adalah seramai enam puluh orang murid- murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan enam. BILANGAN MURID / PESERTA MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN JUMLAH L P L P L P L P L P 32 27 - - - - 1 - 33 27
    • NAMA JURU LATIH/GURU BIL NAMA ALAMAT SEKOLAH 01 PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN SK DURIAN MENTANGAU 02 ENCIK ABDUL AZIZ BIN SAAD SK DURIAN MENTANGAU 03 CIK NUR FATIN FATIHAH BINTI ABD ROPAL IPG DATO’ RAZALI ISMAIL 04 CIK SAIDATUL ATIKAH BINTI ZABIDI IPG DATO’ AHMAD RAZALI ISMAIL 05 PUAN ZALINA BINTI ALI SK DURIAN MENTANGAU Kem Sukan Sekolah 1M 1S ini memberi pendedahan kepada murid-murid tentang semangat kesukanan, keperluan bersukan dan memberi pengetahuan tentang salah satu sukan yang dipilih iaitu sukan bola baling. Sukan bola baling dipilih kerana ianya sangat sinonim dengan murid-murid sekolah ini yang pernah memenangi juara peringkat daerah Paka. Di bawah ini disertakan butiran terperinci mengenai Kem Sukan Sekolah.
    • LAMPIRAN A JAWATANKUASA INDUK KEM SUKAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU 23100 PAKA DUNGUN TERENGGANU. PENAUNG ENCIK ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD (GURU BESAR) PENGERUSI 1 ENCIK ABDUL AZIZ BIN SAAD (PENOLONG KANAN KO KURIKULUM) PENGERUSI 2 ENCIK CHE WAN ABD JAMIL BIN CHE WAN ABDULLAH (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) PENGERUSI 3 ENCIK AHMAD ROZALI BIN ABD WAHAB (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) SETIAUSAHA –KEM KOMANDEN PUAN ZALINA BINTI ALI PENYELARAS KEM PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN
    • BENDAHARI CIK NOOR IZZATI BINTI ABD. LATIF AJK PENDAFTARAN CIK NURAFIFAH BINTI ZULKIFLI AJK PERSIAPAN PADANG DAN GELANGGANG ENCIK ABDUL AZIZ BIN SAAD ENCIK MOHMAD YUSOF BIN AWANG NOH ENCIK RAMLI BIN ABU BAKAR EN MOHAMAD SHAARI BIN ABD RAHMAN AJK PERTANDINGAN LATIHAN DAN BENGKEL EN CHE WAN JAMIL BIN CHE WAN ABDULLAH PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN CIK NUR IZZATI BINTI ABDUL LATIFF PUAN MARINA AZMIYAH BINTI AZMI PUAN ZALINA BINTI ALI AJK PERALATAN PUAN NORAZIZAH BINTI JUSOH CIK NUR FATIN FATIHAH BINTI ABDUL ROPAL CIK SAIDATUL ATIKAH BINTI ZABIDI CIK NUR AFIFAH BINTI ZULKIFLI PENGACARA PERTANDINGAN CIK NORAFIFAH BINTI ZULKIFLI
    • URUSETIA PERTANDINGAN PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN PUAN LAILA BINTI MOHAMAD PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA PENGACARA PERASMIAN PENUTUP PUAN ROHAIDA BINTI ABD RAHMAN @MOHAMAD PUAN MARINA AZMIYAH BINTI AZMI AJK MAKANAN DAN MINUMAN SEMASA KEM PUAN MARIAM BINTI IBRAHIM PUAN NORLELA BINTI HAMZAH PUAN MAHANIZAM BINTI MOHD AJK MAKANAN DAN MINUMAN SEMASA PERTANDINGAN PUAN NORAZIMA BINTI IBRAHIM PUAN NORLELA BINTI HAMZAH PUAN MARIAM BINTI NOR AJK HADIAH DAN SIJIL PUAN MAHANIZAM BINTI MOHD PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA AJK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA AJK BAHAGIAN KEPENGADILAN USTAZ AHMAD ROZALI BIN WAHAB ABD AZIZ BIN SAAD
    • LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM Tarikh / Masa Aktiviti Tindakan Keperluan Peralatan dan Padang Jumaat 13 September 7.45 pagi hingga .15 pagi Perhimpunan pagi Doa Lagu Negaraku Pengenalan cara memanaskan badan dengan betul Malaysia cergas 1. Puan Raslamiah 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul 4. Cik Nur Afifah -PA system -Cd player/laptop lagu negaraku -kaedah pemanasan badan yang betul -cd senam robik .15 hingga .30pagi Taklimat oleh Kem Komanden. . Puan Zalina -Jadual keseluruhan kem - peraturan kem .30 hingga 10.00 pagi Pengundian ketua dan kumpulan kecil. 1. Puan Zalina 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul -Kaedah pengundian -kad manila -marker -binding tape -board 10.00 hingga 10.30 pagi REHAT 1. Puan Zalina 2. Cik NurAfifah
    • Minum pagi 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari Pengurusan Sessi Aktiviti Praktikal) Pengenalan permainan bola baling 1. Puan Raslamiah 2. Cik Nur Afifah -nota permainan bola baling -fotostate untuk murid pengenalan permainan -praktikal permainan -padang permainan -board -bola baling 12.30 hingga hingga 2.00petang REHAT Solat Jumaat dan makan tengahari di rumah masing- masing. 2.45 petang hingga 4.30 petang Asas permainan Kategori serangan dan pertahanan 1. En Abd Aziz 2. Ustaz Ahmad Rozali -padang bola baling -bola baling -jaring 4.45 petang hingga 5.15 petang Minum petang Solat asar 1. Puan Mariam 2. Puan Marina 5.15 petang hingga .30 petang Sistem Pertandingan -kalah mati atau liga 1. En Che Wan Abd Jamil 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul 4. Cik Nur Izzati -board -manila kad /mahjung paper -marker
    • .30 petang hingga .00 malam REHAT Solat marghrib dan makan malam di rumah masing –masing .40 malam hingga 10.00 malam Taklimat pertandingan Keselamatan dan kesihatan dalam sukan 1. Puan Raslamiah 2. Cik Nur Izzati -nota peraturan pertandingan -isyarat pengadil -wisel -taklimat keselamatan dan kesihatan semasa perlawanan 10.00 hingga 10.30 malam REHAT Minum malam 10.30 malam hingga 7.30 pagi Pulang ke rumah SABTU 14 September 2013 7.30 pagi Perhimpunan pagi Lagu Negaraku Pengenalan cara memanaskan badan dengan betul 1. Cik Fatin Fatihah 2. Cik Saidatul 3. Cik Nur Afifah -PA system -Cd player/laptop lagu negaraku -kaedah pemanasan
    • hingga .15pagi Malaysia cergas Doa badan yang betul -cd senam robik .00 pagi hingga 12.30tengah ari Pertandingan Persiapan pertandingan permainan kecil antara kumpulan 1. En Abd Aziz 2. En Che Wan Abd Jamil 3. Puan Raslamiah 4. Puan Marina 5. Puan Norazizah Puan Zalina SEMUA GURU RUMAH SUKAN Urusetia -sediakan borang pertandingan -borang skor -makanan dan minuman pemain dan pengadil -jadual perlawanan Padang -bendera bucu padang -padang bola baling – padang A dan padang B -wisel -linesman -jaring -bola baling -4 Pengurus pasukan -guru rumah sukan masing2 -dibantu oleh murid
    • 12.30 hingga 1.30 tengahari Majlis perasmian penutup Ucapan perasmian oleh Guru besar Penyampaian Sijil dan Hadiah Bersurai SEMUA GURU -PA sistem -Pengacara- Puan Rohaida -Sijil - Cik Saidatul -Hadiah- 1.30 tengahari Jamuan
    • LAMPIRAN C JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH -MURID Tarikh / Masa Aktiviti Tindakan 13 September 7.45 pagi hingga .15 pagi Perhimpunan pagi Doa Lagu Negaraku Pengenalan cara memanaskan badan dengan betul Malaysia cergas 1. Puan Raslamiah 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul 4. Cik Nur Afifah .15 hingga .30pagi Taklimat oleh Kem Komanden. . Puan Zalina .30 hingga 10.00 pagi Pengundian ketua dan kumpulan kecil. 1. Puan Zalina 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul 10.00 hingga 10.30 pagi REHAT Minum pagi Puan Mahanizam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari Pengurusan Sessi Aktiviti Praktikal) Pengenalan permainan bola baling 3. Puan Raslamiah 4. Cik Nur Afifah 12.30 hingga hingga 2.00petang REHAT Solat Jumaat dan makan tengahari di rumah masing-masing.
    • 2.45 petang hingga 4.30 petang Asas permainan Kategori serangan dan pertahanan 1. En Abd Aziz 3. Ustaz Ahmad Rozali 4.45 petang hingga 5.15 petang Minum petang Solat asar 5.15 petang hingga .30 petang Sistem Pertandingan -kalah mati atau liga 1. En Che Wan Abd Jamil 2. Cik Fatin Fatihah 3. Cik Saidatul 4. Cik Nur Izzati .30 petang hingga .00 malam REHAT Solat marghrib dan makan malam di rumah masing – masing .40 malam hingga 10.00 malam Taklimat pertandingan Keselamatan dan kesihatan dalam sukan 1. Puan Raslamiah 2. Cik Nur Izzati 10.00 hingga 10.30 malam REHAT Minum malam 10.30 malam hingga 7.30 pagi Pulang ke rumah. SABTU 7.30 pagi hingga .15pagi Perhimpunan pagi Lagu Negaraku Pengenalan cara memanaskan badan dengan betul Malaysia cergas Doa 1. Cik Fatin Fatihah 2. Cik Saidatul 3. Cik Nur Afifah
    • .00 pagi hingga 12.30tengahari Pertandingan Persiapan pertandingan permainan kecil antara kumpulan 1. En Abd Aziz 2. En Che Wan Abd Jamil 3. Puan Raslamiah 4. Puan Marina 5. Puan Norazizah Puan Zalina SEMUA GURU RUMAH SUKAN 12.30 hingga 1.30 tengahari Majlis perasmian penutup Ucapan perasmian oleh Guru besar Penyampaian Sijil dan Hadiah Bersurai SEMUA GURU
    • LAMPIRAN ANGGARAN PERBELANJAAN 1.0 Pendapatan 1.1 Peruntukan dari Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan RM200.00 1.2 peruntukan dari sekolah 2.0 Makan dan minum murid dan guru semasa pertandingan 2.1 Minum pagi 13 September 2013 0 orang murid @ 2 keping roti dan secawan teh ’o’ RM0.70 + RM0.50 = RM1.20 seorang Darab 0 orang murid 0 X RM1.20 = RM72.00 2.2 Minum petang 13 September 2013 0 orang murid @ 2 biji karipap dan secawan teh ’O’ RM0.70 + RM0.50 = RM1.20 seorang Darab 0 orang murid 0 X RM1.20 = RM72.00 2.3 Minum semasa pertandingan 14 September 2013 0 orang @ sebiji roti dan sebotol air mineral RM0.50+RM0.45 = RM0. 5 seorang Darab 0 orang murid 0 X RM0. 5 = RM57.00
    • Jumlah = RM72.00 + RM72.00 + RM57.00 = RM200.00 3.0 Perbelanjaan alatulis dan bahan 3.1 Marker RM10.00 3.2 Kertas majong RM7.00 3.3 wisel RM10.00 3.4 bahan nota/fotostate RM50.00 JUMLAH =RM 77.00 JUMLAH BESAR RM 277.00
    • LAMPIRAN PERATURAN SEMASA KEM SUKAN SEKOLAH 1. Mendengar arahan guru. 2. Sentiasa memberi kerjasama yang penuh. 3. Hadir tepat pada waktu. 4. Tidak melakukan sebarang masalah disiplin. 5. Melakukan tugas dengan penuh semangat kesukanan. 6. Melaporkan masalah jika ada. 7. Menghormati guru dan rakan-rakan lain. 8. Sentiasa beratur mengikut giliran apabila perlu. 9. Membantu guru melancarkan perjalanan kem. 10.Menyedari bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan akan di denda bagi menjamin keselamatan dan keharmonian semasa kem.
    • 3.0 REFLEKSI a) Kekuatan Projek Bagi saya projek ini amat bermanafaat kepada peserta-peserta atau amnya kepada murid-murid tahap 2 sekolah Kebangsaan Durian Mentangau. Banyak pendedahan yang diberikan sepanjang kem ini dijalankan. Diantara kebaikan yang paling ketara sekali adalah murid-murid sedar bahawa dalam sesuatu pertandingan sukan, bukan kemenangan semata-mata yang perlu dikejar. Sebaliknya, semangat kesukanan, semangat berpasukan, kerjasama dan mendengar arahan ketua amat penting. Semua peserta mempunyai peluang untuk mencuba bakat dan mempamerkan kebolehan mereka. Ini kerana murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dimana mereka akan di bombing untuk bekerjasama di dalam kumpulan, membuat latihan dalam kumpulan, bersama-sama memilih nama dan motto kumpulan, memilih ketua dikalangan mereka dan mendengar arahan ketua. Peserta yang lemah berpeluang untuk dibimbing oleh fasilaitator dan peserta yang lebih mahir untuk menguasai sesuatu kemahiran asas di dalam bola- baling. Projek ini memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri yang tinggi kerana peserta sentiasa diingatkan tentang peraturan pada setiap kali perhimpunan. Aktiviti yang disediakan juga tidak memberatkan murid-murid malah memberi keseronokan dan menggalakkan mereka untuk belajar membantu guru dalam mengendalikan sesuatu pertandingan. Malahan, Murid-murid memahami sistem pertandingan yang dijalankan setelah diterangkan tentang jenis-jenis pertandingan dan bagaimana menjalankannya. b) Kelemahan Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang benar-benar berkemahiran di dalam permainan bola baling. Malah terdapat beberapa orang murid yang lebih berpengalaman dalam kepengadilan bola baling berbanding guru. Jadi ini telah menyebabkan kepengadilan semasa pertandingan agak terganggu.
    • Kewangan juga tidak mencukupi. Bagaimanapun, dengan kebijaksanaan AJK berkenaan, masalah tersebut dapat di atasi dan hadiah bagi setiap pememnag malah peserta dapat disediakan. 4.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Saya amat yakin sekiranya projek ini tidak di rancang dalam waktu yang tergesa-gesa ia sudah tentu menjadi projek terbaik saya. Kekangan waktu dan bebanan kerja lain menyebabkan focus saya agak terganggu. Saya boleh meminta bantuan fasilitator dari sekolah-sekolah berdekatan yang lebih berpengalaman dalam bidang bola baling. Tetapi saya bimbang saya perlu menyediakan sagu hati dan sudah tentu ia menambah sakit kepala mencari punca kewangan yang sudah sedia bermasalah. Kem ini sepatutnya dijalankan pada awal Mac sehingga September. Oleh kerana saya baru memegang jawatan ini dan baru diberi taklimat, maka ia diluar pengetahuan saya. Pada masa akan datang saya akan pastikan saya mempunyai cukup masa untuk merancang dan membuat persediaan. Beban kewangan sentiasa menjadi masalah kepada sekolah kecil seperti kami. Peruntukan RM200 untuk sekolah SKM tidak patut di amalkan. Ini kerana perbelanjaan untuk enampuluh orang murid agak besar. Dan agak tidak masuk akal menjalankan program ini hanya kepada sebilangan kecil murid kerana penghujung program adalah pertandingan yang sudah semestinya memerlukan banyak penglibatan dari beberapa pasukan. Dengan ini saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan peruntukan mengikut kuota penglibatan murid bukan di atas kuota status sekolah. Walaupun Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau termasuk di bawah sekolah SKM namun bilangan murid adalah lebih dari seratus orang.
    • 5.0 KESIMPULAN Bukan mudah mengendalikan sesuatu program. Kemahiran berkomunikasi, pengalaman memimpin dan memberi kerjasama amat diperlukan. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Pengalaman mengendalikan program ini sangat bermakna kepada saya. Saya perlu memikirkan banyak perkara dalam suatu peruntukan masa yang terhad. Ini amat menguji kemahiran membahagikan masa dan kemahiran mendahulukan perkara yang lebih penting untuk diutamakan. Kata orang, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Saya amat bersyukur kerana sebelum ini saya pernah di ajar untuk mengendalikan program sukan. Agak kekok pada permulaan tetapi inshaAllah pengalaman mematangkan kita dan member keyakinan untuk melaksanakan program yang seterusnya. Sebagai pendidik, pengalaman memngurus dan memimpin amat perlu kerana bukan sahaja kita perlu memimpin sekumpulan murid atau sekumpulan guru malah kita perlu menunjukkan teladan kepimpinan kepada pelajar-pelajar. Kepimpinan yang baik dapat menanam nilai, etika, integrity, akauntabiliti dan ketelusan kepada para pelajar. Tindakan atau will perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang dapat dicontohi dengan mudah oleh pemimpin-pemimpin masa depan yang merupakan murid-murid kita sekarang. Wallahhua’lam.
    • Sekitar KEM SUKAN SEKOLAH 1M 1S SKDM 2013