Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1

10,574 views
10,300 views

Published on

CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENGETUA ...GURU BESAR. FAKTOR KEBERKESANAN KEPIMPINAN KE ATAS SEKOLAH.

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
10,574
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
909
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1

  1. 1. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 1
  2. 2. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 1.0 PENDAHULUAN Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat organisasi. Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengan kualiti kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang dapat menigkatkan martabat organisasi. Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah mempunyai perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru-guru dan kakitangan serta pelajar). Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi.Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu kepimpinan. 2
  3. 3. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 1.1 Definisi Tajuk Sebagai mengupas isi tajuk, terlebih dahulu ngin saya mendefinisikan beberapa terma di dalam tajuk dia atas. 1.1.1 Kepimpinan berkesan Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat kepimpinan bermaksud cara seseorang pemimpin itu berfungsi dalam keadaan tertentu. Berkesan pula membawa maksud meninggalkan bekas, meninggalkan hasil atau kesudahan yang diingini. Menurut :Yuki G.A.(1989); Kepimnpinan Berkesan melibatkan pengaruh, kebolehan pemimpin mengubah sikap dan tindakan. Jaafar Mohamad (1992) berkata; kepimpinan berkesan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai usaha kea rah sesuatu objektif. 1.1.2 Pengukur bermaksud alat atau sukatan. 1.1.3 Keupayaan bermaksud kemampuan atau kesanggupan melakukan sesuatu. 1.1.4 Menghasilkan bermaksud mendatangkan atau membuahkan hasil. 1.1.5 Produk bermaksud; sesuatu barang perkhidmatan dan sebagainya yang dikeluarkan oleh kilang, atau yang ditawarkan oleh institusi dan sebagainya. 1.1.6 Berkualiti bermaksud mempunyai kualiti, bermutu. Menepati sesuatu piawaian yang ditetapkan. 1.1.7 Instruksional bermaksud; Mengarahkan: untuk mengajar, mendidik, memberikan pengetahuan atau maklumat. Menurut Grolier International Dictionary 2005), instruction bermaksud arahan: perbuatan mengajar atau mengajar 3
  4. 4. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 2.0 Kepimpinan Instruksional 2.1 Definisi Kepimpinan Instruksional Dibawah adalah pendapat definisi Kepimpinan Instruksional menurut pandangan tokoh-tokoh pendidikan. 2.1.1 Menurut Flath 1989), Tidak terdapat hanya satu definisi tentang kepimpinan instruksional ataupun panduan khusus berkenaan peranan seorang pemimpin instruksional. 2.1.2 Menurut Debevoise (1984). Kepimpinan instruksional adalah; “Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar” Debevoise (1984) 2.13 Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. 2.1.4 Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. 2.1.5 Blasé (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. 4
  5. 5. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 2.2 PENDAPAT MENGENAI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 2.2.1 Menurut Fred Hechinger, President New York Times beliau ada berkata; “Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolahsekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya”. (Davis & Thomas 1989 : 17) 2.2.2 Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah berkesan mempunyai Visi yang jelas, iaitu yang memfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid. Di samping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah yang menyokong Pendeknya pencapaian pengetua-pengetua matlamat ditetapkan. sekolah di yang berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional. 2.2.3 Mortimore (1995) menyatakan bahawa pengetua-pengetua di sekolah berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas, menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, proaktif, bertindak sebagai pemudah cara, sering menghabiskan masa yang lama di sekolah, melibatkan guru dalam membuat keputusan, bertindak secara profesional, iaitu lebih mengutamakan peraturan dan tugas hakiki. 2.2.4 Murphy (1990) menyenaraikan empat amalan yang mencirikan pemimpin pengajaran yang berkesan; membangunkan visi, misi dan matlamat dan menterjemahkan mereka ke dalam amalan professional, menguruskan fungsi pengeluaran, menggalakkan 5
  6. 6. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU iklim pembelajaran akedemik dan membangunkan persekitaran kerja yang menyokong. 2.2.5 (Atan Long 1990) berkata Pengetua yang mencapai kejayaan luar biasa di Malaysia mempamerkan tingkah laku berikut : i. Mempunyai wawasan yang jelas. ii. Bertindak berdasarkan perancangan strategik. iii. Bersikap pragmatic. iv. Mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah. v. Mempunyai semangat dedikasi dan motivasi yang tinggi di kalangan staf. vi. Pemimpin sekolah mempunyai ketrampilan yang tinggi dalam banyak bidang. vii. Menjalankan penyeliaan ke atas pengajian dan pembelajaran. viii. Mengupayakan orang bawahan. ix. Bertindak berasaskan keputusan mesyuarat. x. Kejelekitan yang tinggi di kalangan staf. 2.2.6 Pandangan Islam tentang kepimpinan; 6
  7. 7. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU Maksud Hadis; “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim 3.0 KEPIMPINAN BERKESAN Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Begitu juga peranan pengetua atau guru besar di sekolah yang menjadi tunggak kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu. 3.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan. 7
  8. 8. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 3.2 Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan cirri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan adalah; i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya. ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan. iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin. iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri. v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula. 8
  9. 9. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 4.0 SEKOLAH BERKESAN 4.1 Konsep Sekolah Berkesan Konsep tentang sekolah berkesan di Malaysia mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1995 dalam seminar Sekolah Efektif yang telah dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki. Salah seorang pembentang kertas kerja di seminar tersebut ialah Peter Mortimore (1995) dari Universiti London. Beliau telah membentangkan kertas kerja yang berjudul Key Characteristics of Effective Schools. Dalam kertas kerja beliau, Mortimore menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan seperti berikut: (1) kepimpinan profesional, (2) perkongsian visi dan matlamat, (3) kewujudan budaya pembelajaran, (4) penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, (5) pengajaran bermatlamat, (6) pengharapan yang tinggi, (7) pengukuhan yang positif, (8) pemantauan terhadap perkembangan, (9) hak dan tanggungjawab murid, (10) permuafakatan rumah-sekolah, dan (11) organisasi dinamik. 4.2 Iklim Sekolah Berkesan Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin & Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah telah menyatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkesan. Seterusnya Howard (1974) mendefinisikan iiklim sekolah sebagai keadaan social dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana persekitaran sekolah yang baik di mana 9
  10. 10. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU keadaan persekitarannya di rasakan selesa, tenteram, mesra, riang, dengan pembelajaran yang lancar. 4.3 Pengurusan Sekolah Berkesan 4.3.1 Peranan Guru Besar Guru Besar adalah pengurus utama yang penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Pemimpin utama harus memiliki karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan kobolehan untuk memimpin, membimbing dan membawa semua warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Pemimpin utama seharusnyamempunyai keupayaan untuk mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program yang telah dirancang. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan dari masa ke semasa. Belajar melalui pengalaman dan sentiasa bertukar pendapat dengan pemimpin utama yang lain dengan mewujudkan jaringan yang positif.Pemimpin utama mempunyai dua wajah yang sering dibawa kemana sahja mereka pergi. Wajah pertama ialah wajah wajah yang diberikan dan dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya. Wajah kedua ialah wajah tempat mereka diberikan tugas atau amanah iaitu sekolah yang ditadbirnya.Kedua-dua wajah ini sepatutnya seimbang.Keperibadian yang unggul dan mencontohi Nabi Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang unggul memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang yang dipimpin serta mudah mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada mereka.Bakat adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh melalui 10
  11. 11. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada masa kini. 4.3.2 Peranan Gur-guru Penolong Kanan Guru Penolong kanan adalah pemimpin barisan kedua terpenting dalam pentadbiran sekolah. Mereka adalah guru yang berpengalaman dan telah lama berkhidmat oleh itu memudahkan mereka untuk melaksanakan pengurusan akademik , hal ehwal murid , kokurikulum dan pentadbiran dengan berkesan serta teratur. Mereka harus mempunyai krisma , keperibadian , bakat , kemahiran dan kebolehan untuk memimpin sejajar dengan keperibadian pemimpin barisan utama iaitu Guru Besar atau Pengetua sekolah. Mereka harus tahu dan sedar akan tanggungjawabnya serta memiliki pengalaman serta pengetahuan dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepada mereka. Mereka juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru dan ibubapa pelajar untuk memudahkan mereka mendapat sokongan yang diperlukan. Cara kepimpinan harus telus , amanah dan jujr dalam apa juga tindakan yang dilakukan. Menghormati pemimpin setara dan bertindak secara berektika. Mereka adalah rantai penghubung antara pemimpin barisan pertama dengan guru-guru serta pihak-pihak yang berkepentingan. Mereka harus tahu dan faham tentang jangkauan pengurusan serta autoriti yang mereka miliki. Melangar barisan barisan kepimpinan yang setara akan menjadikan keseluruhan pentabiran menjadi pincang. 11
  12. 12. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 4.3.3 Peranan Aktif Semua Guru Guru-guru di sekolah berkesan terlibat secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Unit Perkembangan Staf harus berfungsi dengan berkesan supaya guru-guru dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan. Program harus dirancang sejajar dengan keperluan guru semasa. Perngurus utama dan kedua harus bertindak bijak menggunakan situasi iaitu tahap kepakaran dan kemahiran guru yang sedia ada. Pengurus utama harus berkeupayaan untuk mengerak dan motivasi guru supaya ke aras berprestasi tinggi. Gunakan pandangan dan idea guru dalam melaksanakan pengurusan sekolah supaya mereka merasi bahawa mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Set guru yang baik, berkemahiran dan berkualiti merupakan aset penting kepada pihak sekolah. Kajian terhadap kekuatan dan kelemahan memudahkan pihak pengurus atasan membuat keputusan. Guru-guru seharusnya ditempatkan ditempat yang sesuai dengan kemahiran, pengalaman dan minat mereka oleh itu pengurus sekolah harus mengenali staf mereka (guru-guru) secara mendalam. 4.3.4 Penyediaan Pembelajaran yang Berstruktur Perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah harus dirangka bersesuaian dengan kemudahan dan persekitaran yang ada. Perancangan akademik harus menyeluruh dan bukan tertumpu terhadap satu atau dua bahagian sahaja oleh itu setiap tahap harus mempunyai program mereka sendiri. Tumpuan yang diberikan harus seimbang dan bukan cara penyisihan atau membiarkan yang mungkin atas sebab kurang penting. Struktur pembelajaran dalam bilik darjah harus 12
  13. 13. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dan menekankan pengajaran berpusatkan murid. Penggunaan alat bantuan pengajaran yang berkesan dapat membantu situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Menggunakan bilik-bilik khas secara maksimum dan teknologi pendidikan yang ada menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok dan mencabar. Kebosanan dan kurang minat dapat diminimakan. Aktiviti yang dijalankan sama ada dalam atau luar bilik darjah harus berkeupayaan untuk menarik minat pelajar. Penggunaan LCD, makmal komputer, makmal sain, bengkel, bilik seni, bilik muzik dan bili-bilik khas yang lain harus diselengara dengan baik. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. 4.3.5 Tahap Keintelektualan Guru Ilmu , kemahiran dan pengalaman guru amat penting dan menjadi asas ukuran keintelektualan guru. Hari ini boleh dikatakan 100% guru berijazah berada di sekolah menengah dan 70% di sekolah rendah oleh itu tahap keintelektualan guru diandaikan tinggi. Mungkin sedikit kekurangan dari aspek pengalaman. Jika keintelektualan guru tinggi maka mereka mudah mendapat pengiktirafan daripada pelajar kerana pelajar hari ini terdedah dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan oleh itu guru-guru harus mempertingkatkan ilmu sepanjang masa. Jika guru berilmu mereka mudah mencabar minda pelajar dan berkeupayaan untuk meningkatkan aras pemikiran ketahap tinggi. Guru yang berilmu dan berpengalaman mudah melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Kata-kata guru menjadi ingatan dan perbuatan guru menjadi ikutan itulah guru yang sejati dan memiliki jiwa guru sebenar. Nasihat guru akan menjadi panduan. 13
  14. 14. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 4.3 6 Penekanan dan Kestabilan Fungsi Guru Tugas utama guru adalah sebagai agen penyampai ilmu pengetahuan oleh itu tugas utama mereka adalah mengajar. Penyampaian ilmu boleh berlaku di dalam dan di luar bilik darjah. Setiap guru harus sedar amanah dan tanggungjawab ini dan melaksanakan dengan berkesan, jujur serta ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Taatilah Allah, taatilah nabi-nabi dan rasul, taatilah ibubapa dan taatilah guru-guru. Guru mendapat pengiktirafan yang tinggi disisi Allah swt dan ganjarannya amat banyak. Ilmu yang bermunafaat itu tetap akan sampai ganjarannya kepada kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini lagi. Sebaliknya jika kita gagal maka jawapannya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Kata-kata bekas Pengarah Pendidikan Negeri Selangor iaitu beliau menekankan konsep ada dan berfungsi. Guru ada tetapi berfungsi dengan baik maka prestasi sekolah akan menurun. Jadilah guru yang berfungsi dengan baik dan melahirkan ilmu yang bermunafaat kesannya modal insan yang berkualiti dapat dihasilkan. Fikirkanlah kenapa Allah swt mengangkat darjat kita menjadi guru? 4.3.7 Persekitaran yang Positif Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang berkualiti. Wajah sekolah harus menarik supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan. Jika keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif. Jika Keadaan sekolah cantik dan menarik 14
  15. 15. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU maka warga sekolah akan merasa seronok. Motivasi untuk bekerja meningkat. Gaya mempengaruhi kepimpinan persekitaran kerja. pengurusan Gaya juga kepimpinan akan yang bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan pelajar akan merasa seronok melaksanakan fungsi mereka. Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirak keadaan yang seronok untuk belajar. Tugas ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 4.3.8 Penglibatan Ibu bapa dan PIBG Ibubapa dan PIBG adalah pelanggan sekolah. Oleh itu hubungan yang baik harus diwujudkan. Jika mereka tidak ada sudah pasti tidak adanya guru dan sekolah kerana merekalah yang melahirkan pelajar. Wujudnya aduan atau komplen ialah kerana perasaan tidak puas hati. Kenapa ia berlaku?. Jawapannya ialah saluran maklumat tidak sampai. Konsep sokong menyokong atau konsep saling bersandaran harus diguna pakai dan memutuskan hubungan. Mereka dengan rela hati akan menyumbangkan apa juga yang diminta oleh pihak sekolah. Syaratnya ialah hubungan yang baik. Pihak pentadbir harus bijak menggunakan peluang dan saluran ini. 15
  16. 16. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 4.3.9 Penglibatan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan Selain daripada Kementerian Pendidikan terdapat badanbadan kerajaan yang lain yang boleh menyumbang untuk meningkatkan dan memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah. Contohnya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Penguasa Tempatan dan lain-lain. Pihak pengurusan sekolah harus bijak menggunakan peluang yang ada jika diberikan kesempatan. Hubungan yang baik adalah syarat utama. Mungkin ada ibubapa pelajar yang bekerja dengan agensi-agensi tersebut oleh itu pihak sekolah harus memahami siapakah keluarga anak didik mereka. 4.3.10 Bilangan Pelajar dan Latar Belakang Pelajar Saiz populasi pelajar yang kecil memudahkan pengurusan dan pentadbiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Populasi sekitar 500 hingga 600 orang adalah sesuai. Saiz kecil tapi latar belakang pelajar kurang baik maka kejayaan sedikit sukar untuk dicapai. Yang terbaik ialah saiz kecil dan latar belakang yang baik iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ini adalah pandangan umum. Pokok yang baik datangnya dari benih yang baik atau baka yang baik dan dijaga dengan baik. Jika prestasi akademik berada pada tahap 90 hingga 95% sudah pasti ia menjadi bukti kepada pentadbiran sekolah berkesan. 16
  17. 17. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 5.0 SEJAUHMANAKAH PENGURUSAN SEKOLAH TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN SEKOLAH BERKESAN DALAM MEREALISASI DASAR TRANSFORMASI NEGARA? Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang memahami konsepnya. Dekad ke 21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti di organisasi di bawahnya. Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. 5.1 Kerja Berpasukan Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu 17
  18. 18. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. 5.2 Aplikasi Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada dasarnya, gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu; 5.2.1 Kepimpinan Autokratik Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. 5.2.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan 18
  19. 19. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU menganjurkan permuafakatan. 5.2.3 Demokratik Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. 5.2.4 Kepimpinan Laisez-Faire / Kebebasan Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. 19
  20. 20. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam. 5.3 PERATURAN 80/20 Menurut peraturan 80/20, Murphy 1990); Pengetua perlu menghabiskan 80% daripada masa mereka menghadiri kepada teknologi persekolahan (iaitu, kurikulum, pengajaran, dan perkara-perkara pembelajaran) dan lain-lain 20% daripada masa mereka menghadiri kepada perkara-perkara yang lebih rutin pengurusan sekolah. (Murphy 1990). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Azlin Norhaini Mansor, UKM (2004), berdasarkan pengalaman selama 351 jam bersama pengetua, 3 lelaki dan 3 perempuan; 3 3(DG54) dan 3(DG48), mendapati; 66.4% masa diperuntukkan untuk pejabat; 7.6% mesyuarat. 9.8% membuat rondaan; 4.3% untuk tugasan untuk menerima panggilan telefon; 1.1% untuk- mengajar dan 0.7% masa mencerap. Di sini jelas menunjukkan bahawa peraturan 80/20 tidak dipatuhi. 20
  21. 21. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 5.4 Situasi Mengenai Pencapaian Sekolah Terdapat beberapa situasi mengenai pencapaian sekolah antaranya adalah; i. Sekolah yang cemerlang. ii. Sekolah yang mengalami kemerosotan. iii. Sekolah yang turun naik. iv. Sekolah yang merosot atau meningkat bergantung kepada perubahan kepimpinan. v. Sekolah yang mempunyai pelajar yang cemerlang tetapi hasilnya tidak cemerlang. Daripada situasi di atas, jelas kepimpinan meminkan peranan yang amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah. Di antara factor-faktor yang memprngaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah adalah; 5.4.1 Menurut Weber (1971) terdapat 4 faktor utama penentu kecermerlangan sekolah, iaitu : i. Kepemimpinan pengetua yang teguh dan mampan. ii. Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar. iii. Iklim sekolah yang kondusif. iv. Penekanan kepada kemahiran asas. 5.4.2 Edmonds (1979) mengatakan terdapat 5 faktor utama penentu sekolah cemerlang : i. Kepemimpinan pengetua yang teguh & mampan. 21
  22. 22. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU ii. Iklim sekolah yang selamat dan kondusif. iii. Penekanan kepada pembelajaran kemahiran asas. iv. Kekerapan penilaian akedemik pelajar. 5.4.3 Mortimore (1988, 1995) mengatakan bahawa Sekolah Cemerlang dipengaruhi oleh 11 faktor: i. Kepemimpinan pengetua yang professional. ii. Perkongsian visi dan matlamat. iii. Kewujudan budaya pembelajaran iv. Penumpuan terhadap Pengajaran dan pembelajaran. v Pengajaran bermatlamat. vi. Pengharapan tinggi. vii Pengukuhan positif. viii. Pemantauan terhadap perkembangan pelajar. x Hak dan tanggungjawab murid. xi. Pemuafakatan rumah sekolah. xii Organisasi pembelajaran. 5.4.4 Shahril Marzuki (1997) mengatakan 5 faktor utama kecemerlangan Sekolah : I. Kepemimpinan pengetua/guru besar yang mampan dan iklim sekolah yang positif ii. Harapan guru yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar. 22
  23. 23. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU iii. Penekanan kepada kemahiran asas. iv. Kekerapan penilaian kemajuan akademik pelajar. v. Keadaan fizikal sekolah yang sempurna. 5.4.5 Gilchrist, Myers & Reed (2004) memberi 7 faktor utama kecemerlangan sekolah ialah : i. ii. Pengajaran dan Pembelajaran yang bermatlamat. iii. Harapan yang tinggi dalam pencapaian. iv. Akademik pelajar v Hubungan yang baik antara sekolah–rumah vi. Program pengukuhan yang positif vii Memantau kemajuan pelajar. vii. 6.0 Mempunyai visi yang dikongsi bersama. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa. RUMUSAN Berdasarkan pembentangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan merupakan tulang belakang dalam mencapai kecemerlangan di sesebuah sekolah. Pada tahun (1992), Slater & Teddlie dan Shahril Marzuki (1997) merumuskan bahawa Sekolah Cemerlang atau berkesan dipengaruhi oleh faktor: 23
  24. 24. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 6.1 Kesesuaian Kepemimpinan Pengetua sesebuah sekolah mestilah pemimpin pengajaran atau Instruksional leader. 6.2 Kesungguhan Guru Guru hendaklah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan proses pengajaran dari segi kualiti pengajara, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa. 6.3 Kesediaan pelajar Pelajar bersedia untuk belajar dan mempunyai kemampuan untuk belajar, kebolehan memahami arahan, kesungguhan dalam mempelajari ilmu, menggunakan peluang belajar dengan sebaik-baiknya dan pembelajaran yang berkualiti. 6.4 Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah Bagi mencapai sekolah berkesan factor keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah tidak dapat diketepikan. Kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik, perhubungan internet dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan berfungsi. Selain dari itu bilik-bilik darjah, bilik pentadbiran, bilik-bilik sumber/khas dan pusat sumber hendaklah digunakan secara optimum dan sentiasa diselenggara dengan baik. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa perbezaan peranan pengurus dan pemimpin adalah sepertimana yang digambarkan di bawah. 24
  25. 25. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU Pengurus Pemimpin Mentadbir Membawa inovasi. Mengekalkan status quo Membawa perubahan. Memberi fokus kepada system dan Memberi fokus kepada individu. struktur. Pandangan jangka pendek. Perspektif jangka panjang. Menyoal apa dan bagaimana. Menyoal apa dan mengapa. Mementingkan apa yang perlu dicapai. Mementingkan apa yang boleh dicapai. Menjadi pengikut. Berpendirian sendiri. Akhir kata dari penulis.. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang mengetuai urusan orangorang Islam dan tidak bersusah payah untuk mengendalikan urusan mereka dan tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama mereka” 25
  26. 26. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU “ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah- amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya.” 26
  27. 27. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU RUJUKAN Edmonds, R. 1979. Effective schools for urban poor. Educational Leadership. 37: 15 24. Howard, E.R. 1974. School climate improvemen. Education Digest 39 (8): 333-336. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan menurut Model Malaysia. Mesyuarat gerakan pengetua berkesan. Institut aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Murphy, J. 1990. Principal instructional leadership: Changing perspective on the school. Advances in Educational Administration Journal. 1: 163-200Nurahiman dan Rafisah (2010) Weber, G. 1971. Inner-city children can be taught to read: For successful schools. Washington, D.C.: Council for Basic Education. Handbook for excellence in student learning. Fourth Edition. Corwin Press. California. http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah_Kepimpinan_Pa hang.pdf http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf 27
  28. 28. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU REFLEKSI Bismillahhirrahmanirrahim….syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin dariNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Asas Kepimpinan Profesional Guru EDU 3108 dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang boleh meruntuhkan semangat saya. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini. Pengalaman dan pengetahuan ini sudah tentu penting bagi saya dalam karier saya sebagai guru penolong. Saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang peranan seorang pemimpin khasnya di sekolah tempat saya berkhdmat sekarang. Melalui kerja kursus ini saya di dedahkan dengan pelbagai pendapat tokoh-tokoh mengenai kepimpinan, gaya-gaya kepimpinan yang ada pada pengetua dan guru besar di sekolah-sekolah, pengaruh kepimpinan terhadap jatuh bangun sesebuah sekolah dan yang paling penting bagi saya adalah kesan kepimpinan terhadap pelajar hasil dari kepimpinan seseorang pemimpin. Pada dasarnya, semua guru adalah pemimpin. Sebagai guru saya sedar bahawa gaya kepimpinan saya memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pengaruh kepimpinan seseorang mampu menggerakkan orang bawahannya untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sasaran tertentu demi untuk kejayaan atau langsung tidak berbuat apa-apa. Saya juga memahami bahawa sikap kepimpinan seseorang 28
  29. 29. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU pengetua atau guru besar boleh membuatkan sesebuah sekolah menjadi sekolah yang berkesan atau cemerlang atau pun sebaliknya. Pemimpin memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk memberi membawa perubahan, mementingkan perspektif jangka panjang, membimbing, memberi galakan, menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi serta mempunyai pendirian sendiri. Melalui kerja kursus ini juga saya mempelajari bahawa seorang guru harus mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang tertentu yang mencerminkan keperibadian yang tinggi, berakauntabiliti terhadap pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan profesion guru, mempunyai intergriti yang tinggi serta bertindak berlandaskan etika seorang guru. Pada pandangan saya seorang guru mestilah menjaga perkara-perkara berkaitan dengan keprofesionalan dan kepimpinan seorang guru kerana setiap guru membawa bersamanya imej profesion semua guru di Malaysia. Guru sendirilah yang bertanggung jawab menjaga imej profesion keguruan agar masyarakat dapat menjadikan mereka sebagai idola, mengangkat darjat guru ke tempat yang sepatutnya serta menjadi model di dalam masyarakat. Sebagai seorang guru saya menyeru kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar dapat menjadi seorang pemimpin dan guru yang berkesan yang dapat melahirkan persekolahan berwatak dan seterusnya dapat merealisasikan dasar transformasi Negara. Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Haji Muhamad Sidek Said kerana panduan, tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan PGSR Prasekolah yang telah sudi untuk memberi pandangan, idea dan menjawab persoalan-soalan setiap kali saya memerlukan kepastian. Sebelum mengakhiri, di sini saya sertakan kata-kata dari sahabat nabi kita, Muhammad S.A.W Yahya bin Muaz; 29
  30. 30. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU "Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat." Sekian sahaja. Apa yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya yang lemah. Wallahu a’lam. RASLAMIAH BINTI OTHMAN 670511-11-5188 30
  31. 31. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU BORANG KOLABORASI PRA 3113 LANGKAH TARIKH 1. Jun 2013 Menerima tugasan. Penerangan dan bimbingan daripada pensyarah pembimbing. 2. 10 September Menyediakan perancangan tugasan. 3. 15 September Perbincangan bersama rakan PGSR. Mencari bahan bacaan. 4. 30 September Membuat penambahbaikan daripada perbincangan. 5. 1 Oktober 6. 5 Oktober 7. November AKTIVITI / TINDAKAN T/ TANGAN Pensyarah pembimbing hasil Memulakan penulisan tugasan. Mengemaskini bahan. Membuat semakan. Menelefon rakan untuk perbincangan. Mengemaskini tugasan. Membuat rujukan. Menulis refleksi. Menghantar tugasan yang lengkap disempurnakan pensyarah pembimbing. telah Pensyarah kepada pembimbing 31
  32. 32. ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN 2013 PROFESIONAL GURU 32

×