• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Matematik kspk full
 

Matematik kspk full

on

  • 3,084 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,084
Views on SlideShare
3,084
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
145
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Matematik kspk full Matematik kspk full Document Transcript

    • Jan 2007 Jilid 14 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna Modul Matematik Awal Siri Panduan Guru Prasekolah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2009
    • i KANDUNGAN Bil Perkara Muka surat 1 Prakata Iv 2 Pendahuluan V 3 Memadankan Objek 1 4 Membanding Kuantiti Objek 3 5 Membuat seriasi mengikut satu ciri 5 6 Mengecam corak berulang dan membina pola 7 7 Mengecam corak berulang dan membina pola 9 8 Memahami nombor 1 hingga 10 11 9 Memahami nombor 1 hingga 10 13 10 Memahami nombor 1 hingga 10 15 11 Mengetahui sifar 18 12 Mengetahui sifar 20 13 Memahami nombor 10 hingga 20 23 14 Memahami nombor 10 hingga 20 25 15 Memahami nombor 10 hingga 20 29 16 Memahami siri 20,30,40, dan 50 31
    • ii 17 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 32 18 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 35 19 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 37 20 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 39 21 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 41 22 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 42 23 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10 44 24 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10 46 25 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10 48 26 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10 50 27 Mengecam duit berlainan nilai 52 28 Mengecam duit berlainan nilai 54 29 Mengecam duit berlainan nilai 56 30 Memahami waktu dalam konteks seharian 59 31 Memahami waktu dalam konteks seharian 60 32 Memahami waktu dalam konteks seharian 61 33 Bentuk dan ruang 62 34 Bentuk dan ruang 64 35 Bentuk dan ruang 65
    • iii 36 Bentuk dan ruang 66 37 Pembinaan 68 37 Pembinaan 69 38 Pembinaan 71
    • iv Prakata Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan. Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak. Bertitik tolak atas rasional ini, modul pengajaran dan pembelajaran ini dibina dengan mengambil kira keperluan sebenar para guru serta menyediakan panduan yang signifikan khususnya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif kepada kanak-kanak. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat dipengaruhi oleh sejauh mana tahap pemahaman dan penghayatan guru dalam merealisasikan hasrat dan matlamat yang terkandung dalam KSPK. Dalam masa yang sama, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan komitmen guru untuk merencanakan pendidikan di peringkat prasekolah yang berkualiti menjadi sebahagian daripada elemen yang perlu diberi perhatian yang serius. Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak, khususnya guru-guru prasekolah, para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan universiti, pegawai-pegawai di Bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri. Kepada semua pihak yang terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. (HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
    • v PENDAHULUAN Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak- kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Modul Matematik awal ini disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Modul ini juga membantu dalam memberi idea kepada guru mengikut keperluan kurikulum dan keperluan kanak- kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun. Modul pengajaran ini diorganisasikan berdasarkan standard yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul matematik ini juga menyentuh setiap standard Matematik Awal dan kesepaduan antara standard, kemahiran, aktiviti serta kaedah yang terdapat dalam KSPK untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan. Modul matematik ini bersifat fleksibel di mana guru boleh menggunakan ia sepenuhnya tanpa sebarang ubahsuai dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah ataupun modul ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi setempat, kemampuan dan kebolehan murid, kreativiti guru, peruntukan waktu, perbezaan keperluan murid dan kemudahan alatan aktiviti. Diharap modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan ia akan membantu guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 1 Aktiviti 1 : MEMADANKAN OBJEK Cadangan Masa : 60 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 6.1.3 Memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan sama Standard Pembelajaran lain yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan yang mudah Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan sama Konsep Utama : Memadankan objek Kosa kata : Bunga , daun, bilangan sama, tidak sama. Alatan dan Bahan : Kertas A4, gam, bunga dan daun tiruan. Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di ruang perbualan pagi. 2. Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan. 3. Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut. 4. Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek yang lain. (Contoh : 4 biji cawan dengan 4 biji piring atau 5 batang sudu dengan 5 batang garfu) 5. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 2 6. Setiap kumpulan perlu mengambil 5 kuntum bunga dan 10 helai daun tiruan yang telah disediakan oleh guru . 7. Murid kembali semula ke kelas. Bunga dan daun dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing. 8. Setiap kumpulkan diberi sekeping kertas lukisan dan gam. 9. Murid diminta menampal bunga dan daun tersebut mengikut bilangan yang sama. Penilaian Guru bersoal jawab dengan murid mengenai hasil kerja mereka.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 3 Aktiviti 2 : MEMBANDING OBJEK Cadangan masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 6.2.1 Membandingkan dua kumpulan objek untuk menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- Membuat perbandingan dua kumpulan objek dengan menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. Konsep utama : Membuat perbandingan objek Kosa kata : Lebih banyak, sama banyak atau kurang Alatan dan Bahan : Gula-gula, buah-buahan, atau pensel Langkah Pengajaran 1 Guru serakkan gula-gula di atas meja dan meminta murid-murid untuk mengambilnya. (pastikan semua murid dapat gula-gula) 2. Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing yang telah dikumpul. 3. Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula yang dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang) 4. Guru bertanya: Gula-gula siapa lebih banyak? Gula-gula siapa kurang? 5. Guru membimbing murid-murid menyebut contoh:- Gula-gula Ali lebih banyak daripada gula-gula Amin Gula-gula Ahmad kurang daripada gula-gula Aminah.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 4 6. Guru memanggil 2 orang murid yang lain ( gula-gula yang diperolehi sama banyak) ke depan untuk membanding gula-gula yang mereka dapat. ” Gula-gula mereka sama banyak” 7. Aktiviti 1 – 5 boleh diulang dengan dengan menggunakan objek yang berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan. 8. Cadangan lembaran kerja : a. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang lebih banyak. b. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang kurang. C. Lukiskan bilangan yang sama banyak Penilaian Membanding dua kumpulan objek dan menyatakan lebih banyak, sama banyak dan kurang. =
    • MODUL MATEMATIK AWAL 5 Aktiviti 3 : MARI MENYUSUN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : .ST Standard Pembelajaran utama : ST 6.3.1 Menyusun objek mengikut kriteria berikut:- a) kecil ke besar b) pendek ke panjang c) rendah ke tinggi d) nipis ke tebal dan sebaliknya Standard pembelajaran yang disepadukan : B.M 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat PSE 2.2.2 Menunjukkkan semangat positif seperti berkeyakinan Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyusun objek secara:- a) kecil ke besar b) pendek ke panjang c) rendah ke tinggi d) nipis ke tebal Konsep Utama : Seriasi ( menyusun ) Kosa kata : kecil, sederhana, besar, pendek, panjang, rendah, tinggi, nipis, tebal, susun, urutan Alatan dan Bahan : Duit syiling (50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen), 5 batang penyedut minuman yang sama saiz tapi panjang berbeza, 4 bongkah kayu dengan ketinggian yang berbeza, 5 buah buku berlainan ketebalan, 3 buah kotak bersaiz kecil, sederhana dan besar.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 6 Langkah Pengajaran 1. Guru dan murid bersoaljawab mengenai saiz kotak yang diletakkan di atas meja. a. Guru meminta murid membuat perbandingan saiz antara 3 buah kotak. b. Guru minta murid tunjukkan kotak yang kecil, sederhana dan besar. c. Guru meminta murid menyusun kotak mengikut urutan dari kecil ke besar. 2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan . 3. Setiap kumpulan diminta menyusun dan melekatkan bahan-bahan yang disediakan di atas kad manila: a. duit syling – dari kecil ke besar b. penyedut minuman- dari pendek ke panjang c. menyusun ketinggian gambar pokok dari rendah ke tinggi. d. span dari nipis ke tebal. 4. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan. Guru bersoaljawab dengan murid:- Duit syiling mana yang paling besar? Tunjukkan penyedut minuman mana yang paling pendek.? Mengapakah span ini diletak di hujung sekali?
    • MODUL MATEMATIK AWAL 7 Aktiviti 4 : MARI MELENGKAP POLA Cadangan Masa : 40 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.5 Mengecam corak berulang di persekitaran. ST 6.4.6 Melengkapkan corak berulang yang diberi. Standard pelajaran yang disepadukan : KTI 1.2.10 Mereka corak bebas dengan menggabung jalinkan pelbagai aktiviti membuat corak dan rekaan. Konsep Utama : Mengecam corak Susunan corak. Bahan Bantu Belajar : Langsir, jubin, kertas pembalut hadiah. (Objek yang mempunyai corak berulang) Sistem bahasa : Warna, merah, biru,kuning, hijau, bentuk,segi tiga,segi empat sama,segi empat tepat, bulat. Langkah Pengajaran 1. Guru membawa murid melawat persekitaran luar prasekolah sambil membuat pemerhatian terhadap objek yang mempunyai corak yang berulang. Murid bersoaljawab berkenaan objek yang mempunyai corak berulang tersebut. 2. Guru meminta murid menunjukkan objek yang mempunyai corak berulang di dalam kelas. 3. Guru memperkenalkan corak berdasar warna.Contohnya: 4. Murid diminta melengkapkan corak yang diberikan bersama guru.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 8 5. Guru menunjukkan corak yang sama dengan mengeluarkan beberapa bentuk 6. Guru bersoal jawab tentang perbezaan yang dilihat. 7. Minta murid lengkapkan secara bergilir-gilir. 8. Ulangi aktiviti ini dengan corak yang berbeza. 9. Guru mengedarkan untaian manik dan meminta murid melengkapkan untaian manik tersebut mengikut corak yang disediakan. Penilaian : i. Murid dapat menamakan objek yang bercorak di dalam kelas. ii.Murid dapat melengkapkan pola-pola yang beri dalam lembaran kerja.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 9 Aktiviti 5 : BOLEHKAH ADIK LAKUKAN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.7 Membina corak berulang mengikut kreativiti sendiri menggunakan bahan yang disediakan dan menyatakan coraknya. Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Membina corak berulang mengikut kreativiti sendiri dengan bentuk yang disediakan. 2. Dapat menyatakan corak yang dibina. Konsep Utama : Membina corak dan membina pola Kosa kata : segi tiga, silinder, bulat, segi empat tepat, segi empat sama, bina,corak. Alatan dan Bahan : Bongkah, kad bentuk: segi tiga , segi empat, silinder, bulat, segi empat tepat, segi empat sama, bintang. Langkah Pengajaran 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan disediakan 5 kotak yang mempunyai bongkah kecil pelbagai bentuk di dalamnya. 3. Murid diminta membina corak menggunakan bongkah pelbagai bentuk tadi bagi menghasilkan corak. 4. Murid diminta bercerita tentang corak yang dibina.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 10 5. Murid memindahkan corak yang dibina tadi dengan cara melukis semula. 6. Ulang aktiviti tersebut, murid bebas memilih bentuk-bentuk yang disukai untuk membina corak. 7. Setiap kumpulan diedarkan kertas sebak berserta kad pelbagai bentuk . 8. Murid dikehendaki menampal kad-kad tersebut bagi menghasilkan satu corak. Penilaian : Guru bersoal jawab dengan murid mengenai corak yang dibina.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 11 Aktiviti 6 : MARI MEMBILANG Cadangan masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.3 Membilang objek 1-10. ST 7.1.5 Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul. Standard Pembelajaran yang disepadukan : P.M 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti. Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: a) Membilang objek 1-10 b) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul. Konsep utama : Membilang dan memadankan nombor Kosa kata : Bilang, susun, kira, padankan, jumlah, Bahan bantu belajar : Pensel, kad nombor, kad gambar, lembaran kerja. Langkah pengajaran 1. Murid membilang 1-10 dengan menggunakan jari bersama-sama dengan guru 2. Murid diberi bongkah dan menyusun bongkah sambil membilang 1-10. 3. Guru menunjukkan nombor 1-10 dan murid menyebut nama nombor tersebut. 4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan 1 akan memegang pensel berlainan bilangan ( 1-10 ) dan setiap ahli kumpulan 2 akan memegang satu kad nombor ( 1-10). 5. Murid akan mencari pasangan masing-masing. ( padanan bilangan pensel dengan kad nombor ).Pensel perlu ditukar dengan objek lain.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 12 6. Aktiviti seterusnya, murid akan bertukar kad nombor dan bilangan Pensel. 7. Murid diminta mengulangi permainan memadan ini sehingga murid-murid dapat memadankan objek dan nombor dengan betul. Penilaian Murid memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul. 2 4 6 8
    • MODUL MATEMATIK AWAL 13 Aktiviti 7 : NAIK DAN TURUN Cadangan masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.7 Membilang secara menaik 1 - 10 dan menurun 10 - 1. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membilang secara menaik dan menurun. Konsep utama : Membilang Kosa kata : simbol, menurun,menaik, membilang. Alatan dan Bahan : Kad nombor, kad gambar, kad manila, lembaran kerja, stiker. Langkah pengajaran Guru menerangkan aktiviti; 1. Guru membawa murid ke tangga. 2. Murid diminta naik dan turun tangga beberapa kali. 3. Murid diminta naik tangga satu demi satu sambil mengira 1 hingga 10 secara menaik. 4. Kemudian guru meminta murid beratur dalam satu barisan ( 10 orang ahli). 5. Murid lain akan membilang murid tersebut dari 1 – 10 secara menaik. 6. Ulang aktiviti tersebut dengan murid lain. 7. Murid diminta menuruni anak tangga sambil mengira dari 10 – 1 secara menurun.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 14 8. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi lembaran kerja yang mempunyai aktiviti menaik dan menurun, (lampiran 1) serta stiker. 9. Murid diminta menampal stiker mengikut bilangan nombor yang diberi secara menaik dan menurun. Lampiran1 gg Penilaian- Guru membuat penilaian berdasarkan jawapan dari hasil kerja murid. Nama Kumpulan:………………. Tarikh:……….. Lengkapkan secara menaik. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Lengkapkan secara menurun. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
    • MODUL MATEMATIK AWAL 15 Aktiviti 8 : MARI MENULIS NOMBOR Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.8 Menulis nombor 1-10 mengikut cara yang betul. Standar Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas menikut arahan mudah PFK 1.2.14 Menyurih menggunakan templet/ objek. Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: a) Menulis nombor 1 dan 2 dengan cara yang betul. Konsep utama : Menulis nombor Kosa kata : Nombor,1, 2 Alatan dan Bahan : Pensel, kertas, Langkah Pengajaran 1. Murid melakukan lakaran asas membentuk nombor di belakang kawan dan kawan meneka nombor tersebut. 2. Murid menjalani latihan membentuk nombor 1 dan 2 menggunakan jari di udara / atas meja / atas lantai. 3. Murid membentuk nombor 1 dan 2 dengan menggunakan doh. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja, murid dikehendaki menyambung garis titik dan menulis nombor 1 dan 2 mengikut arahan dengan cara yang betul.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 16 Lampiran Tulis nombor 2 2 Nama:……………….. Tarikh:………….. Warnakan. Sambungkan titik-titik di bawah . Tulis nombor 1 1 Nama:……………….. Tarikh:………….. Warnakan. Sambungkan titik-titik di bawah `
    • MODUL MATEMATIK AWAL 17 * Latihan ini boleh diulang untuk pembelajaran menulis nombor-nombor yang lain. (3,4.,5,6,7,8,9) Penilaian Murid dapat menulis angka 1 dan 2 dengan cara betul.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 18 Aktiviti 9 : TIADA NILAI Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard pembelajaran utama : ST 7.2.2 Menyebut sifar ST 7.2.3 Mengetahui maksud sifar. (sifar adalah kosong / tiada nilai) Standard pembelajaran yang disepadukan : B.M 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- a. menyebut sifar dengan betul. b. mengetahui maksud dan nilai sifar. Konsep utama : Nilai sifar Kosa kata : Sifar ,tiada nilai, kosong Alatan dan bahan : Gula-gula dan bakul Langkah Pengajaran 1. Guru menyediakan sebuah bakul berisi gula-gula. 2. Setiap murid diminta mengambil gula-gula di dalam bakul sehingga habis. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang baki gula-gula di dalam bakul. 4. Guru menerangkan baki di dalam bakul tersebut „kosong‟ dan nilai nya adalah sifar. 5. Murid menyebut perkataan sifar. 6. Guru boleh menjalankan aktiviti 1-5 menggunakan objek maujud yang lain. Penilaian : Guru menyoal maksud sifar dan meminta murid ulang menyebut perkataan sifar. Contoh soalan: Apa maksud sifar? Nilainya kosong.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 19 Aktiviti 10 : TIADA APA Cadangan Masa 30 minit Tunjang Utama : ST Standard pembelajaran utama : ST 7.2.2 Menyebut sifar ST 7.2.1 Menulis angka sifar Standard pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.2.6 Melukis rupa Geometrik iaitu segitiga, bulat, segiempat dan bujur Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: a) Menyebut dan menulis angka sifar. Konsep utama : Menyebut dan menulis angka sifar Kosa kata : Sifar, kosong, tiada nilai Alatan dan Bahan : Pensel, kertas, lembaran kerja. Langkah pengajaran 1. Murid dibawa ke tempat bermain pasir. 2. Guru menyoal murid apa maksud sifar. 3. Guru bertanya “Bagaimana bentuk angka sifar?” 4. Guru menunjukkan kad angka sifar dan murid menyebut angka tersebut. 5. Guru menunjukkan cara menulis angka sifar di atas pasir dengan menggunakan jari. Dimulai dari satu titik dan menggerakkan jari ke kiri iaitu arah berlawanan putaran jam bagi menghasilkan bulatan. 6. Murid diminta menulis angka sifar sambil menyebut berulang kali . 7. Seterusnya murid diberi latihan menulis angka sifar dalam lembaran kerja dan menyebutnya. (Rujuk lampiran 1) Penilaian : Guru meminta murid menyebut angka sifar dan menuliskannya di atas belakang kawan dan di udara.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 20 Aktiviti 11 : MEMAHAMI NOMBOR 10- 20 Cadangan masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 7.3.1 Membilang terus dari 10 hingga 20 (counting on) Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.13 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap perbualan, permintaan, cerita dan lagu Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membilang terus nombor 10-20 mengikut turutan. Konsep Utama : Memahami konsep nombor 10-20 dan gabungan 10 dan 1, 10 dan 2 dan seterusnya hingga 10 dan 10. Kosa kata : Bilang terus, kira, berapa, Alatan dan Bahan : Kad nombor 11-12 (1 set) 10 biji epal merah 10 biji epal hijau gula-gula Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi 2. Murid membilang jari 1-10 3. Guru meminta murid membilang 10 biji epal merah yang ditunjukkan dan jadikan 1 kumpulan.  Murid menambah 1 biji epal hijau dan menyebut ”sebelas”. Guru menunjukkan simbol nombor 11.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 21  Murid menambah 2 biji epal hijau dan menyebut ”dua belas”. Guru menunjukkan simbol nombor 12  Ulangi langkah dan membilang sehingga 20 4. Permainan : Rebut Gula-Gula  Murid dibahagi kepada 5 kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai 5 orang .  Satu baris 10 biji gula-gula merah diletakkan di hadapan setiap kumpulan manakala 10 gula-gula biru diletakkan di dalam bekas untuk setiap kumpulan.  Apabila guru menyebut satu nombor, murid yang pertama akan mengambil bilangan gula-gula biru yang betul untuk digabungkan dengan gula-gula merah Contohnya: Guru menyebut 13 . Murid pertama akan mengambil 3 gula-gula biru dalam bekas dan disusun di sebelah baris 10 gula-gula tadi  Murid yang cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang.  Permainan diulang pada peserta kedua, ketiga, keempat dan kelima dengan nombor yang berlainan dalam lingkungan 10 – 20.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 22 Lampiran 1 MEMAHAMI NOMBOR 10-20: Penilaian: Memahami dan mengetahui konsep nombor 10-20 Nama:………………………. Tarikh:…………… Sambungkan titik-titik di bawah dan sebutkan angka yang tersebut. Tulis angka sifar dalam petak yang disediakan. O
    • MODUL MATEMATIK AWAL 23 Langkah Pengajaran : 1. Guru memberi bongkah kecil / lego kepada seorang murid dan meminta murid itu membina 2 jalur bongkah – satu tinggi, satu rendah. 2. Guru tunjukkan 2 jalur bongkah tadi kepada kelas. 3. Guru menyoal murid ” Bongkah mana lebih tinggi?” 4. Guru minta murid buat perbandingan antara jalur bongkah yang tinggi dengan yang rendah. ” Berapa banyak bongkah pada jalur yang tinggi lebih daripada jalur yang rendah?” Aktiviti 12 : MEMBANDING BILANGAN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 7.3.2 Membandingkan 10 dengan 11 ( 11 adalah 1 lebih daripada 10) 12 dengan 13 ( 13 adalah 1 lebih daripada 12 ) dan seterusnya. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membandingkan: - 10 dengan 11 ( 11 adalah 1 lebih daripada 10) - 12 dengan 13 ( 13 adalah 1 lebih daripada 12) dan seterusnya. Konsep Utama : Memahami 11 adalah 1 lebih daripada 10, 13 adalah 1 lebih daripada 12 dan seterusnya sehingga 20. Kosa bahasa : Lebih daripada, banding Alatan dan Bahan : Bongkah kecil / lego
    • MODUL MATEMATIK AWAL 24 5. Guru meminta murid membina 2 jalur bongkah.( 1 jalur mempunyai 10 bongkah kecil dan 1 jalur lagi mempunyai 11 ) 7. Guru meminta murid membuat perbandingan antara kedua-dua jalur yang dibina tadi. 8. Guru menyoal ” Jalur mana mempunyai lebih banyak bongkah kecil? Berapa lebihnya?” 9. Aktiviti 7 diulang dengan bilangan bongkah yang berlainan. a. 12 dengan 11 b. 13 dengan 12 c. 14 dengan 13 d. 15 dengan 14 e. 16 dengan 15 dan seterusnya hingga 20. Penilaian : Warnakan bilangan bongkah yang lebih pada setiap pasangan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 25 Aktiviti 13 : TULIS DENGAN BETUL Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 7.3.3 Menulis 10 - 20 Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 4.1.1 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membilang 10 – 20 2. Menulis nombor 10 – 20 dengan betul. Konsep Utama : Menulis nombor dengan cara yang betul. Kosa Kata : dari atas, ke bawah, ikut arah. Alatan dan Bahan : Kad Nombor, tali, doh , kad tebuk, krayon, batang aiskrim, guli. Langkah Pengajaran 1. Murid diminta membilang 1hingga 10 dan 10 hingga 20 dengan menggunakan bahan konkrit. Contoh: batang ais krim, guli . 2. Guru menunjukkan cara menulis nombor 10 ( gabungan angka 1 dan sifar ) I 0nombor 11 ( gabungkan angka 1 dengan angka 1) I I3. Seterusnya murid menulis nombor 11dengan menggunakan kad tebuk dan krayon. 4. Aktiviti seterusnya murid dikehendaki membentuk nombor 10 dan 11 dengan tali/doh dan kad nombor berdasarkan arah anak panah.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 26 I0 5. Murid menulis nombor 10 dan 11 dalam lembaran kerja yang disediakan. (lampiran 2) Penilaian Menulis nombor 10 dan 11 dengan cara yang betul. Catatan: Aktiviti ini diulang dengan nombor 12 dan 13, 14 dan 15 hingga seterusnya 19 dan 20.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 27 Lampiran 2 MEMAHAMI NOMBOR 10-20: Nama:………………………. Tarikh:…………… Tulis nombor 10 - 11 dalam petak yang disediakan. 1 0 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
    • MODUL MATEMATIK AWAL 28 Memahami dan mengetahui konsep nombor 10-20 Nama : ............................................................................... Tarikh : ...................................... Tulis nombor yang betul berdasarkan bilangan objek dalam gambar. 10 Catatan: Aktiviti latihan ini diberi setelah guru habis menjalankan aktiviti P&P 10 hingga 20.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 29 Aktiviti 14 : MEMBILANG SEPULUH-SEPULUH Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 7.4.1 Membilang sepuluh-sepuluh ( in tens) Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membilang sepuluh-sepuluh Konsep Utama : Konsep sepuluh-sepuluh . Kosa Kata : Sepuluh-sepuluh, dua puluh, tiga puluh, empat puluh, lima puluh Alatan dan Bahan : 50 unit bongkah Langkah Pengajaran 1. Murid dibahagi kepada 5 kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan membilang 1 hingga 10 secara menyusun bongkah. 3. Setiap kumpulan membawa himpunan 10 bongkah dan menyusun dihadapan kelas (tempat telah disediakan oleh guru)
    • MODUL MATEMATIK AWAL 30 4. Murid dibimbing membilang sepuluh-sepuluh hingga 50. - Tunjukkan himpunan bongkah 10 - Tunjukkan 2 himpunan 10 untuk jadikan 20 - - Teruskan sebagaimana langkah di atas untuk menunjukkan himpunan sehingga 50 Catatan : Aktiviti ini boleh diulang dengan menggunakan pelbagai bahan lain. ( straw, lidi dan batang aiskrim) Penilaian : Guru menilai berdasarkan kebolehan murid membuat himpunan dan membilang sepuluh sepuluh
    • MODUL MATEMATIK AWAL 31 Aktiviti 15 : BERAPA JUMLAHNYA Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.1 Menyatakan hasil tambah dua himpunan objek. Standard Pembelajaran yang disepadukan : PSE 3.2.1 Berkomunikasi secara sopan dan berhemah Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hasil tambah 2 kumpulan objek. Konsep Utama : Memahami operasi tambah Bahan Bantu Belajar : Beg, pensil, Sistem bahasa : Tambah, bilang, angka, jumlah, kumpulan. Langkah Pengajaran 1. Guru mengeluarkan 2 buah beg yang mengandungi objek. 2. Murid diminta meneka objek dalam beg tersebut. 3. Guru mengeluarkan pensel yang terdapat dalam beg yang pertama. 4. Murid membilang pensel tersebut bersama-sama. 5. Guru mengeluarkan pula pensil dari beg yang kedua. 6. Murid membilang bilangan pensel dalam beg ke dua . Guru mengumpul kedua-dua himpunan pensel tadi. 7. Guru minta murid membilang himpunan dua kumpulan pensel tadi. 8. Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan objek sama/lain yang mempunyai bilangan yang berbeza untuk memahirkan murid-murid.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 32 Aktiviti 16 : Memahami Operasi tambah dalam LINGKUNGAN 10 Cadangan Masa : 60 minit Tunjang Utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.2 Menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor sehingga nilai 10. ( counting all and counting on) Standard Pembelajaran yang disepadukan : PSE 3.2.1 Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor sehingga nilai 10. Konsep Utama : Memahami operasi tambah Kosa Kata : Tambah, angka, bilang terus, jumlah, kumpulan Alatan dan Bahan : Buah dadu (buatan sendiri – mempunyai 0 hingga 5 sahaja) Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan cara menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor. a. Guru menerangkan bilangan titik yang terdapat pada buah dadu. b. Murid melambung 2 buah dadu. c. Minta murid mengira bilangan titik yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah dadu.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 33 c. Buat operasi tambah dengan membilang terus dari salah satu bilangan titik yang terdapat di permukaan buah dadu. Contoh: 4 3 Mulakan mengira dengan nombor 4 diikuti oleh 3 nombor berikutnya iaitu 5, 6 dan 7. (Bermaksud 4 + 3 = 7) Ulangi aktiviti di atas sehingga murid dapat membilang terus. 2. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi 2 biji dadu dan sekeping kad merekod. 3. Murid melambung kedua dua dadu dan dapatkan bilangan yang diperolehi. 4. Guru merekod dalam kad rekod dan jumlahkan. 5. Murid diminta teruskan aktiviti ini sehingga selesai. Penilaian Guru menilai berdasarkan kebolehan murid membuat operasi tambah dalam permainan lambung dadu.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 34 Contoh Kad Merekod Nama : ……………………………. Lambungan Dadu 1 Dadu 2 Jumlah 1 4 7 2 3 4 5 6 7 8 9 10
    • MODUL MATEMATIK AWAL 35 Langkah Pengajaran 1. Guru bercerita menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah. a. Guru menggunakan bahan maujud untuk memberi penerangan : i. Dalam peti sejuk ada 5 ekor ikan.Emak beli tiga ekor ikan dan menyimpannya dalam peti sejuk. Berapakah jumlah ikan yang ada dalam peti sejuk emak sekarang Aktiviti 17 : Apa Hasilnya Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : LST Standard Pembelajaran Utama : LST 8.1.3 Menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah. Contoh : Dua ekor ikan ditambah dengan dua ekor lagi menjadi empat) Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat mudah dengan sebutan yang betul Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah. Konsep Utama : Menggunakan ayat matematik operasi tambah. Bahan Bantu Belajar : Bahan maujud, kad gambar, Kosa kata : sama dengan, ayat matematik, tambah.berapa, jumlah. Lagi, sekarang. Alatan dan Bahan : Bahan maujud, kad gambar,
    • MODUL MATEMATIK AWAL 36 ii. Ali ada tiga batang aiskrim, kemudian Nora beri empat batang aiskrim lagi. Berapakah jumlah aiskrim Ali sekarang? 2. Bersoal jawab mengenai operasi tambah yang melibatkan 1-10
    • MODUL MATEMATIK AWAL 37 Aktiviti 18 : APA HASILNYA Cadangan Masa : 60 minit Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.5 Menyatakan ayat matematik operasi tambah secara lisan. Contoh: Ayat matematik: (2+2 = 4) dibaca sebagai dua tambah dua sama dengan empat. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.1.4 Menyatakan peermintaan dengan sopan dan bertatasusila Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan ayat matematik operasi tambah secara lisan. Konsep Utama : Menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=) Kosa Kata : Nombor, simbol tambah (+), sama dengan (=) Alatan dan Bahan : Buah Dadu ( 0 – 5 ) dan lembaran kerja Langkah Pengajaran 1. Guru menerangkan cara melaksanakan aktiviti: a. Guru meminta murid mengambil dadu dan lambung. b. Lihat dan kira bilangan yang dipamerkan pada permukaan atas kedua-dua dadu tersebut. c. Murid diminta menyatakan ayat matematik operasi tambah secara lisan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 38 Contoh : 1 + 2 = 3 d. Murid diminta mengulangi langkah a hingga c sehingga murid dapat menyatakan ayat operasi tambah dengan betul. 2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil ( 4 orang ). 3. Murid bermain ”permainan lambung dan sebut” Murid diminta menyatakan ayat matematik dan merekodkannya dalam lembaran kerja. Contoh : Kumpulan:.................... Tarikh:................ Nama Pusingan Ali Lee Samy Erni 1 1+4=5 2 3 4 5
    • MODUL MATEMATIK AWAL 39 Aktiviti 19 : MEMAHAMI OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 Cadangan Masa : 40 minit Tunjang Utama : ST Standard pembelajaran utama : ST 8.1.6 Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit.(Solve number stories) Standard pembelajaran yang disepadukan : BM2.2.7 Bersoal jawab secara sopan Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dengan menggunakan objek konkrit. Konsep utama : Operasi tambah Kosa kata : Tambah , bilang, bilang terus, jumlah semua, kumpulan, sama dengan Alatan dan Bahan : Pensel, pemadam, butang, buah Langkah Pengajaran 1. Guru mengemukakan satu situasi yang melibatkan operasi tambah : ” Nor ada lima biji durian. Siti memberinya dua biji durian lagi.Berapakah jumlah durian yang Nor ada?” Murid menyelesaikan masalah operasi tambah di atas dengan bahan konkrit. 2. Guru mengulangi langkah 3 dengan situasi yang berlainan. 3. Guru memberikan gambar yang menunjukkan situasi operasi tambah kepada seorang murid yang telah menguasai kemahiran di atas. Murid tersebut menceritakan situasi gambar tersebut dengan menggunakan bahasa yang mudah kepada rakan sekelas. Contoh : Ada 3 ekor ikan di dalam balang. Ibu masukkan dua ekor lagi.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 40 Berapakah yang ada kesemuanya. Murid yang lain menyelesaikan masalah operasi tambah tersebut. 4. Ulang aktiviti 3 dengan murid yang lain. 5. Guru memberi bimbingan kepada murid yang kurang mahir. Penilaian : Menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan objek konkrit.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 41 Aktiviti 20 : MEMAHAMI OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 Cadangan Masa : 40 minit Tunjang Utama : ST Standard pembelajaran utama : ST 8.1.7 Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dalam bahasa harian dengan bimbingan guru. Standard pembelajaran yang disepadukan : BM 2.4.1 Menceritakan apa yang didengar semula menggunakan ayat yang mudah dan betul. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dengan menggunakan bahasa harian. Konsep utama : Operasi tambah Kosa Kata : Tambah , bilang, bilang terus, jumlah semua, kumpulan, sama dengan, jadi Alatan dan Bahan : Objek konkrit Langkah Pengajaran 1. Guru becerita dan melakonkan bersama murid mengikut situasi. Contoh : ”Semasa datang ke sekolah, ibu membekalkan Ali dengan dua biji gula-gula. Apabila sampai ke sekolah, Ramu beri Ali dua biji gula-gula. Berapa biji gula-gula yang Ali ada? 2. Guru mewujudkan beberapa situasi yang melibatkan operasi tambah dengan menggunakan objek konkrit. 3. Murid diminta menceritakan situasi operasi tambah dengan menggunakan bahasa harian. ( berdasarkan situasi sebenar dengan bimbingan guru) Penilaian Menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan bahasa harian.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 42 Aktiviti 21 : BERAPA SEMUANYA Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran utama : ST 8.2.1 Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.7 Bersoaljawab secara sopan Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membilang dan menyatakan baki dengan betul. Konsep Utama : Operasi tolak Kosa kata : Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal, sama dengan, kurang, keluarkan Alatan dan Bahan : Biji getah, pensel warna, batang aiskrim, bola kecil Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan satu bakul bola kecil. 2. Murid diminta membilang dan menyatakan jumlahnya. 3. Seorang murid dipanggil ke hadapan dan diminta mengeluarkan 1 biji bola. 4. Murid diminta membilang baki bola yang tinggal. 5. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan disediakan dengan objek konkrit . Ulang langkah 4 berdasarkan arahan guru. Contoh: Buang 3 jadi berapa? Buang 5 sama dengan ......... Ambil 4 berapa bakinya? Keluarkan 9 bakinya............ 6. Setiap kumpulan diberikan bahan konkrit ( bilangan 10 ) kad tugasan dan kad jawapan untuk diselesaikan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 43 Contohnya: Rujuk kad tugasan 7. Bersoal jawab tentang hasil yang diperolehi Penilaian Menyatakan baki yang tinggal. Contoh Kad Tugasan buang baki
    • MODUL MATEMATIK AWAL 44 Aktiviti 22 : MEMAHAMI OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 Cadangan Masa : 40 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.2 Menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak. Konsep Utama : Operasi tolak Kosa kata : Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal, sama dengan Alatan dan Bahan : Bahan konkrit . Contoh : manik, batu, bongkah, pundi kacang Langkah Pengajaran 1. Guru memberi lima pundi kacang kepada seorang murid(A) dan minta murid itu memberikan satu pundi kacang kepada murid lain(B). Guru bertanya ” Berapa baki pundi kacang A. - Murid A diminta membilang dan menyatakan baki pundi kacang yang ada, 2. Guru membimbing murid menyebut operasi tolak yang berlaku tadi dalam bahasa harian. Menyatakan operasi tolak dalam bahasa harian. Contoh : Siti ada 5 pundi kacang. Siti bagi Suzy 1 pundi kacang. Baki pundi kacang Siti ialah 4 3. Murid menjalankan aktiviti secara berpasangan dengan arahan guru. Setiap pasangan diberi objek konkrit yang berbeza bilangan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 45 4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan arahan guru. Contoh: - Bagi kawan kamu tiga. - Minta kawan kamu ambil tiga. 5. Guru meminta murid menyatakan operasi tolak yang dijalankan di atas dalam bahasa harian.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 46 Aktiviti 23 : CUBA CERITAKAN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.3 Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tolak ( - )dan sama dengan (= ) ST 8.2.4 Menyatakan ayat matematik operasi tolak secara lisan. Standard pembelajaran yang disepadukan : BM 4.2.5 Menyalin perkataan Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tolak dan sama dengan. Konsep Utama : Operasi tolak Kosa kata : Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal, sama dengan Alatan dan Bahan : Buah, botol plastik, bola getah, kad nombor, kad simbol ( – ) dan ( = ) Langkah Pengajaran 1. Guru memberi 3 keping kad berbentuk ikan ke dalam bakul. Seorang murid diminta untuk memancing seekor ikan tersebut. 2. Minta murid menyatakan baki ikan yang tinggal. 3. Guru menunjukkan operasi tolak yang berlaku dalam bentuk kad gambar. 4. Guru memperkenalkan simbol tolak (-) dan sama dengan ( = ). 5. Guru memperkenalkan ayat matematik yang melibatkan operasi tolak tersebut.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 47 Contoh : 3 – 1 = 2 6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan situasi yang lain. 7. Murid melengkapkan ayat matematik operasi tolak dalam permainan bowling. - Setiap kumpulan dibekalkan dengan set bowling, beberapa kad nombor dan kad simbol ( - dan = ). - Murid menjalankan aktiviti permainan bowling melibatkan operasi tolak. - Murid diminta menulis ayat matematik melibatkan operasi tolak yang di hasilkan. Contoh : 3 – 2 = 1 Penilaian : Menulis ayat matematik operasi tolak.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 48 Aktiviti 24 : MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.5 Menyelesaikan masalah operasi tolak menggunakan objek konkrit. Standard pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.3 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap perbualan, permintaan, cerita dan lagu. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyelesaikan masalah operasi tolak dengan menggunakan objek konkrit dalam lingkungan 1 – 10 Konsep Utama : Pengurangan Kosa kata : Kurang, tolak, ayat matematik, tinggal berapa, sama dengan, membilang Alatan dan Bahan : Pembilang, kismis, kad nombor dan kad perkataan Langkah Pengajaran 1. Guru minta murid menyebut nombor secara menurun ( 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 ) 2. Guru menggunakan bahan konkrit untuk menyelesaikan operasi tolak: a. guru memberi setiap murid 5 biji kismis. b. guru meminta murid makan 2 biji kismis dan minta mereka mengira kismis yang tinggal. 3. Guru menukarkan langkah ke 2 kepada bentuk cerita. Contohnya: Ali ada 5 biji kismis. Dia telah makan 2 biji. Berapa biji kismis yang tinggal? 4. Guru ulang aktiviti ini dengan cerita dan bahan yang berlainan. Murid menyelesaikan masalah berdasarkan cerita tersebut. 5. Murid menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lembaran kerja yang diedarkan dengan bantuan pembilang.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 49 Contoh : Ali ada 5 biji guli. Ali beri 3 biji pada Atan. Berapa biji guli Ali? - = Atas pokok ada 3 ekor burung. Terbang 1 ekor, tinggal berapa ekor? Penilaian : Menyelesaikan masalah operasi tolak dengan bantuan pembilang.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 50 Aktiviti 25 : MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.5 Menyelesaikan masalah operasi tolak dengan menggunakan objek konkrit. ST 8.2.6 Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tolak dalam bahasa harian. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 1 – 10 dalam bahasa harian. 2. Menyelesaikan operasi tolak menggunakan objek konkrit dalam lingkungan 1 – 10 Konsep Utama : Pengurangan Kosa kata : Kurang, tolak, ayat matematik, tinggal berapa, sama dengan, membilang Alatan dan Bahan : Pembilang, bola kecil, bakul Langkah Pengajaran 1. Guru memperdengarkan lagu Anak Ayam. 2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan lagu yang diperdengarkan tadi dan mengaitkan dengan operasi tolak. 3. Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan.Murid A diberi sebuah bakul yang mempunyai 5 biji bola kecil. Dia diminta memberi 2 biji bola kepada murid B. 4. Murid lain diminta menceritakan situasi operasi tolak tersebut dalam bahasa harian dengan bimbingan guru.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 51 Contoh: Aki ada 5 biji bola. Aki beri 2 biji bola kepada Bala. Sekarang Aki ada 3 biji bola. - = 5. Aktiviti ini diulang dengan situasi lain yang melibatkan operasi tolak. Penilaian : Menyelesaikan masalah dan bercerita situasi operasi tolak dalam bahasa harian.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 52 Aktiviti 26 : MENGECAM DUIT Cadangan Masa : 30 minit Tunjang Utama Standard Pembelajaran Utama : : ST ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan nilai Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 2.4.6 Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik untuk meneroka ruang. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengecam duit syiling yang berlainan nilai dengan betul. Konsep Utama : Nilai wang syiling Kosa kata : Lima puluh sen, dua puluh sen, sepuluh sen dan lima sen Alatan dan Bahan : Wang syiling sebenar 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan tabung duit kepada murid-murid. 2. Guru menggoncang tabung duit dan meminta murid meneka isi di dalam tabung tersebut ( duit syiling ). 3. Guru memperkenalkan wang syiling satu demi satu kepada murid-murid. 4. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi 20 keping duit syiling pelbagai nilai. 5. Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan wang syiling tersebut mengikut nilai yang sama.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 53 Pelbagai duit syiling 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen 5. Murid bermain permainan „musical chair‟. - Sebelum permainan „musical chair‟ dimulakan, guru perlu menampal beberapa keeping duit syiling mainan di bawah kerusi. - Semasa muzik diberhentikan, setiapmurid dikehendaki mengambil sekeping duit syiling mainan di bawah kerusi dan menamakannya. - Murid yang dapat menyebut nilai wang yang diambilnya dengan betul perlu menampal duit syiling mainan di atas lembaran kerja. - Murid yang dapat mengumpul wang syiling mainan paling banyak dikira sebagai pemenang. 6. Murid mewarna duit syiling yang mempunyai nilai yang paling besar 20 5 50 Sen sen sen 20 10 5 Sen sen sen
    • MODUL MATEMATIK AWAL 54 Aktiviti 27 : WANG Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 9.1.2 Menyusun nilai wang mengikut tertib/urutan ST 9.1.3 Mengguna jumlah wang (duit syiling) yang tepat dalam simulasi jual beli Standard pembelajaran yang disepadukan : BM 2.5.1 Main peranan mengikut situasi menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Menyusun nilai wang mengikut urutan dengan betul. 2. Menjalankan aktiviti jual beli dengan menggunakan jumlah wang yang tepat. Konsep Utama : Nilai wang Kosa Kata : lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen dan lima puluh sen. Alatan dan Bahan : Wang syiling sebenar (5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen) dan bahan jualan Langkah Pengajaran 1. Beberapa orang murid diminta mengambil sekeping wang syiling yang berlainan nilai dalam kotak yang disediakan dan menyusun wang syiling tersebut mengikut saiz kecil ke besar. 2. Guru dan murid membuat perbandingan nilai wang. Cth :- 5 sen dengan 10 sen, 10 sen dengan 20 sen, dan 20 sen dengan 50 sen. 3. Murid menyusun nilai wang mengikut urutan dari : a. kecil ke besar 4. Murid melaksanakan simulasi jual beli menggunakan wang syiling mainan. Contoh :- a. pensil = 10 sen sebatang b. pemadam = 20 sen
    • MODUL MATEMATIK AWAL 55 c. gula-gula = 5 sen sebiji d. buah epal = 50 sen sebiji Penilaian Menyusun duit syiling yang diberi mengikut urutan iaitu dari nilai yang kecil ke nilai yang besar.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 56 Aktiviti 28 : MENYATAKAN WAKTU Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 10.1.3 Menyatakan waktu untuk menjalankan sesuatu aktiviti ( contoh: pukul 7 pagi, pukul 12 tengah hari) Standard pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.7 Bersoal jawab secara sopan Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan waktu untuk menjalankan sesuatu aktiviti. 2. Memadankan gambar mengikut waktu aktiviti itu berlaku. Konsep Utama : Waktu Kosa kata : Pukul 7, pukul 12, pukul 4, pukul 9 Alatan dan Bahan : Gambar, jam, kad imbas Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan beberapa jenis jam. Contoh : Jam dinding, jam tangan dan jam meja. 2. Guru bersoaljawab tentang kegunaan jam. 3. Guru menunjukkan beberapa kad gambar pelbagai situasi. Contoh: Gosok gigi, tidur, makan tengahari,main di padang. 4. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kad gambar tersebut dan kaitkan dengan waktu situasi tersebut berlaku. 5. Guru menunjukkan kad imbasan bergambar.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 57 Contoh: 7.00 pagi 12.00 tengahari 4.00 petang 9.00 malam 6. Guru membimbing murid menyebut waktu mengikut kad imbasan bergambar yang disediakan dan memadankan dengan situasi tersebut. 7. Guru membuat peneguhan dengan menyuruh murid menyebut semula situasi dan waktu sesuatu aktiviti berlaku. Contoh: Gosok gigi pada pukul 7 pagi.Makan tengahari pada pukul 12.00 tengah hari. Penilaian : Memadankan gambar aktiviti dengan waktu berlaku. ( rujuk lampiran )
    • MODUL MATEMATIK AWAL 58 Padankan gambar dengan waktu yang sesuai. Makan tengahari 7.00 pagi Tidur 12.00 tengahari Gosok gigi 5.00 petang Main di padang 9.00 malam
    • MODUL MATEMATIK AWAL 59 Aktiviti 29 : MENYATAKAN HARI DALAM SEMINGGU Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : Standard Pembelajaran Utama : LST 10.1.4 Menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad) Standard pembelajaran yang disepadukan : BM2.2.7 Bersoal jawab dengan bersopan KTI 2.1.9 Menyanyi mengikut tempo Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat 1. Menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan. Konsep Utama : Urutan hari Kosa kata : Nama-nama hari,semalam, hari ini, esok, susun, urutan Alatan dan : Kalendar Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan kalendar dan bersoal jawab tentang kalendar tersebut. Contoh: Nama-nama hari. 2. Murid menyebut nama hari dan mengira jumlah hari dalam seminggu. 3. Murid menyusun dan menyebut nama-nama hari dalam seminggu mengikut urutan ( dengan bimbingan ). 4. Murid menyanyi lagu ”Hari Dalam Seminggu” Dalam 1 minggu ada 7 hari 5 hari sekolah 2 hari cuti. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat, Sabtu kita cuti ( untuk Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) (Irama lagu : Air Pasang Malam) Penilaian : Murid-murid menyanyikan lagu ”Hari dalam seminggu”.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 60 Aktiviti 30 : APA YANG BERLAKU Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 10.1.5 Bercerita tentang peristiwa yang telah berlaku semalam, sedang berlaku hari ini dan akan berlaku esok hari. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat 1. Bercerita tentang perkara yang berlaku semalam, sedang berlaku hari ini dan akan berlaku hari esok. Konsep Utama : Urutan waktu Kosa kata : Semalam, hari ini, esok Alatan dan Bahan : Kad gambar makanan Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan menu seminggu prasekolah dan bersoal jawab dengan murid mengenai menu tersebut. Guru bercerita tentang menu yang ada di kelas prasekolah. Contoh menu: Hari-Menu Isnin-Sandwich Selasa-Roti Canai Rabu-Nasi Ayam Khamis-Mee Goreng Jumaat-Nasi Goreng 2. Guru mengaitkan menu dan perkataan semalam, hari ini dan hari esok. 3. Murid dipanggil ke hadapan dan diminta menyusun kad gambar makanan mengikut menu prasekolah tersebut. 4. Murid bercerita mengenai menu makanan semalam, hari ini dan esok. Penilaian : Bercerita mengenai peristiwa semalam, hari ini dan esok.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 61 Aktiviti 31 : MENGENAL NAMA BULAN Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 10.1.6 Menyatakan nama bulan dalam setahun Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 2.4.5 Membuat pergerakan bebas mengikut muzik Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat 1. menyebut nama bulan dalam setahun dengan betul. 2. memadankan nama bulan dan simbol nombor dengan betul. Konsep Utama : Nama bulan dalam setahun Kosa kata : Nama bulan (Januari-Jun), selepas, sebelum Alatan dan Bahan : Radio, kalender, kotak, pancing, kad nombor, kad nama bulan. Langkah Pengajaran 1. Guru menunjukkan kalender yang mempunyai nama bulan dalam setahun ( Januari hingga Disember ).Guru dan murid bersoal jawab tentang kalender tersebut. Contoh : nama bulan 2. Murid menyebut nama bulan (Januari-Jun) satu persatu dengan bimbingan guru. Murid bermain permainan memancing nombor untuk dipadankan dengan nama-nama bulan. 3. Permainan ‟Passing Parcel‟.Muzik dimainkan murid bergerak mengikut bulatan. Muzik diberhentikan murid yang memegang ”parcel” menyatakan salah satu nama bulan. Murid lain menyebut nama bulan tersebut secara kelas. Aktiviti diulang sehingga kesemua nama bulan disebut oleh pelajar. Penilaian : Murid menyesuaikan simbol nombor dengan bulan yang betul
    • MODUL MATEMATIK AWAL 62 Aktiviti 32 : BENTUK DAN RUANG Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 11.1.2 Mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan Standard Pembelajaran yang disepadukan KTI 2.1.8 Menyanyi dengan iringan muzik Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Mengenalpasti anggota badan yang berada disebelah kiri dan kanan Konsep Utama : Anggota badan Kosa kata : Kiri, kanan, mata, tangan , telinga, kaki, bahu Alatan dan Bahan Bantu : Carta, model patung Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi. 2. Guru mengeluarkan carta anggota badan/ anak patung. 3. Guru memperkenalkan ‟ kiri ‟ dan ‟ kanan ‟ dengan mengaitkan tangan/ kaki/ mata/ telinga/ bahu kiri dan kanan. 4. Bermain ‟ siapa cepat ‟ - ”Angkat tangan kanan/kiri”, pegang telinga kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri. 5. Guru dan murid menyanyi lagu:- Angkat tangan kanan goyang-goyang Turun tangan kanan duduk diam-diam. Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang Turun tangan kiri duduk diam-diam (Melodi lagu ‟Air Pasang Pagi‟)
    • MODUL MATEMATIK AWAL 63 6. Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan, mewarnakan gambar. Penilaian Warnakan bahagian anggota badan Kiri –warna merah dan kanan –warna biru Arahan: Warnakan saya
    • MODUL MATEMATIK AWAL 64 Aktiviti 33 : BENTUK DAN RUANG Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard pembelajaran Utama : ST 11.1.3 Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.16 Memberikan arahan kepada rakan-secara bertatasusila Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan oleh guru. 2. Menyatakan kedudukan objek. (depan, belakang, tepi tengah, kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar dsb) Konsep Utama : Mengetahui kedudukan objek dalam sesuatu ruang. Kosa kata : Kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi, tengah Alatan dan bahan : Bola, kotak, bakul Langkah Pengajaran 1. Guru mengambil satu objek dan meletakkannya dipalbagai kedudukan (atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi tengah) 2. Murid menyatakan kedudukan objek berkenaan dengan bimbingan guru. 3. Guru memberi guru objek kepada setiap murid. 4. Guru memberi arahan kepada murid untuk meletakkan objek tersebut mengikut arahan guru. Contoh :  Sila letakkan bola di dalam bakul.  Letakkan bola itu di tepi kotak.  Letakkan bola itu di atas meja. 5. Aktiviti di atas diulang dengan murid memberi arahan kepada kawan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 65 Aktiviti 34 : BENTUK DAN RUANG Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama. Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.26 Melukis rupa geometrik iaitu segitiga, bulat, segiempat dan, bujur. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Mengenalpasti dan menamakan bentuk yang telah ditunjukkan dengan sebutan yang betul. 2. Membuat lakaran bentuk yang dinyatakan oleh guru Konsep Utama : Mengetahui rupa dan bentuk sesuatu objek. Kosa kata : segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama Alatan dan Bahan : Bongkah bentuk, kad imbas dan kad perkataan. Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi. 2. Guru menunjukkan kad / kepingan bentuk dan menamakannya. 3. Murid menyebut nama-nama bentuk bersama guru. 4. Guru mengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk. 5. Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama guru. 6. Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul. 7. Guru memberikan lembaran kerja memadan gambar dan menulis nama bentuk. Penilaian : Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul
    • MODUL MATEMATIK AWAL 66 Aktiviti 35 : PEMBINAAN Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 12.1.1 Membina penghubung antara dua objek/binaan dan memberi alasan mengapa penghubung itu dipilih. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif KTI 1.2.11 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:- 1. Membina penghubung dengan menggunakan pelbagai objek secara bekerjasama untuk membuat binaan. 2. Menyatakan alasan yang logik diatas aktiviti yang telah dijalankan. Konsep Utama : Membina penghubung dan menyatakan alasan Bahan Bantu Belajar : Lego, bongkah kayu, kotak terpakai, straw, gelang getah, kayu, tin susu, botol plastic, pia pelekat dan tali Sistem bahasa : Cangkuk, sambung, ikat, cantum, tumbang, teguh, stabil Langkah Pengajaran 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan 2. Guru meletakkan semua bahan di satu tempat dan setiap kumpulan bebas memilih bahan yang diperlukan untuk membuat binaan: Contoh : - Rumah - Kenderaan - Menara - Jambatan
    • MODUL MATEMATIK AWAL 67 3. Murid menggunakan daya kreativiti mereka untuk membuat binaan dalam kumpulan. 4. Guru membuat pemerhatian dan meminta murid memberi alasan sebab penghubung itu dipilih Contoh : - Mengapa pilih kayu panjang ini? - Kenapa kamu ikat dengan tali? 5. Hasil kerja yang telah siap dipamerkan Penilaian : Guru meminta setiap kumpulan memberi penilaian dan ulasan tentang hasil kerja kumpulan mereka.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 68 Aktiviti 36 : MEMBINA SEMPADAN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 12.2.1 Membina satu lingkungan yang lengkap Standard pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.3.6 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:: Membina satu lingkungan yang lengkap bagi mengelompokkan taburan batang mancis Konsep Utama : Menggunakan objek bagi membina lingkungan yang lengkap. Kosa kata : Lingkungan, cantum Alatan dan Bahan : Kertas lukisan, tali, pelbagai jenis biji benih Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi. 2. Guru menunjukkan bahan yang akan digunakan dalam aktiviti. 3. Guru meminta beberapa orang murid membuat bulatan di papan tulis. 4. Guru meminta murid memilih bulatan yang paling lengkap dan menerangkan mengapa lingkungan itu dikatakan lengkap. (mula dan berakhir pada titik yang sama). 5. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. a. Ambil sekeping kertas lukisan. b. Sapukan kanji dipermukaan tengah kertas lukisan sehingga rata. c. Ambil biji benih taburkan di atas kertas lukisan tersebut. d. Ambil tali dan buat lingkungan untuk mengelilingi semua biji benih. ( tali tidak boleh menyentuh bijih benih dan mesti bertemu semula di titik permulaan) e. Murid mempamerkan hasil kerja mereka. f. Murid diminta memilih lingkungan yang lengkap. Guru dan murid bersoaljawab mengenai hasil kerja.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 69 Aktiviti 37 : PEMBINAAN Cadangan Masa : 60 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 12.3.2 Membuat pelbagai binaan (menggunakan bahan seperti blok, pasir) mengikut kreativiti sendiri dan menceritakan pembinaannya Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif KTI 1.2.10 Mereka corak bebas dengan menggabungkan pelbagai aktiviti membuat corak dan rekaan. Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menggunakan pelbagai bahan untuk membuat binaan dan menyatakan alasan mengapa binaan itu dibuat. Konsep Utama : Membina pelbagai bentuk binaan mengikut kreativiti Kosa kata : Mereka bentuk, pelbagai binaan, keativiti dan alasan pembinaan Alatan dan Bahan : Lego, bongkah pelbagai bentuk, bahan terbuang. Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di pusat perbualan pagi. 2. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. 3. Guru menerangkan aktiviti membuat pelbagai jenis binaan menggunakan pelbagai bahan seperti cantuman lego untuk membuat kapal terbang, bangunan, kereta, lori dan lain-lain. 4. Setiap kumpulan diberikan dengan bahan-bahan tertentu:- a. Kumpulan 1 – Lego b. Kumpulan 2 – Bongkah pelbagai bentuk c. Kumpulan 3 – Bahan terbuang seperti kotak 5. Murid diberikan kebebasan untuk membuat apa-apa binaan daripada bahan tersebut. 6. Guru bersoal jawab dan memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 70 Contoh soalan: i. Mengapa kamu memilik bentuk bulat? ii. Mengapa kamu pilih blok yang lebih besar? 7. Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap dan menerangkan mengenai pembinaan yang dihasilkan. 8. Guru memberikan peneguhan kepada setiap hasil kerja.
    • MODUL MATEMATIK AWAL 71 Aktiviti 38 : PEMBINAAN Cadangan Masa : 30 minit Tunjang utama : ST Standard Pembelajaran Utama : ST 12.3.3. Meneroka cara untuk membina struktur yang kuat dan kukuh. Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif KTI 1.2.11 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat mencari dan memilih bahan yang sesuai serta dapat membina struktur yang kuat dan kukuh. Konsep Utama : Membina struktur yang kuat dan kukuh. Kosa kata : Kukuh, kuat, roboh, runtuh, bina Alatan dan Bahan : Pelbagai jenis bongkah, kotak, botol, tali, surat khabar dan lain-lain Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di pusat perbualan pagi. 2. Guru menunjukkan contoh dua binaan yang telah siap. 3. Guru bersoaljawab denganmurid tentang bahan-bahan yang digunakan untuk membuat binaan tersebut. a. “Apakah objek yang digunakan untuk membina bangunan ini?” b. “Mengapa bangunan ini tidak roboh?” c. “Apa bahan yang digunakan?” 4. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 5. Guru meminta setiap kumpulan membuat binaan menggunakan bahan buangan yang diberi. 6. Guru bersoaljawab tentang bahan yang digunakan untuk membuat binaan tersebut. a. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat binaan tersebut? b. Apakah yang akan kamu lakukan bagi mengelakkan binaan ini tumbang atau runtuh?
    • MODUL MATEMATIK AWAL 72 Penilaian : Murid diminta menceritakan proses pembinaan masing-masing.
    • 73 PANEL PENULIS Penasihat Pengarah Haji Ali bin Ab. Ghani AMN Penasihat Editorial Ketua Bidang Perancangan dasar dan Penilaian Kurikulum Cik Hjh. Mokolus Kattubawa Rowther Ketua Editor Ketua Unit Prasekolah Dr. Ng Soo Boon Editor En. Tajul Effandy Bin Hj. Hassan Penulis Dr. Ng Soo Boon Bahagian Pembangunan Kurikulum En. Tajul Effandy bin Hj. Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum En. Shamsudin bin Hj. Jamil Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Zaitoon bte Zakaria Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Rohani bte Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Hjh Norbe Bt. Md. Nor Institut Perguruan Guru Malaysia Islam Pn. Hjh Nik Asiah Bt Salleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Pn. Hjh. Ruhana Bt. Musa Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu En. Shaari Bin Hassan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah En. Abu Bakar Bin Saad Pejabat Pelajaran Daerah Seberang. Perai En. Abdullah Bin Kadir Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
    • 74 Cik Saharawati Binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Pn. Roziah Binti Mat SK Air Putih, Pendang, Kedah Pn. Azlin Bin Azhari SK Brickfields 1, Kuala Lumpur Pn. Soh Lih Ru SK Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur Pn. Nor Atiqah Binti Abdullah SK Serayan Keranji, Lundu, Sarawak Pn. Rogayah Binti Mat Arif SK Seri Perlis, Perlis Pn. Rosni Bt. Che Adnan SK Kg, Baru Lanjut, Sepang, Selangor