Kertas konsep pidato diraja

6,461 views
6,228 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,461
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
182
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas konsep pidato diraja

  1. 1. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1KERTAS KONSEPPIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1.0 PengenalanPidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yangmengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannyasecara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahajadalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindanyang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang jugabergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosiseperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan senipidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan danmematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untukmemastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.1.1 Objektif Pertandingan1.1.1 Membina keyakinan diri.1.1.2 Meluaskan pengetahuan.1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.1.1.5 Menjana daya saing secara positif.2.0 Peserta2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendahbantuan kerajaan.3.0 Peringkat PertandinganPertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-3.1 Peringkat Daerah3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dimintamengendalikan pertandingan di peringkat ini.3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah /bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.
  2. 2. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA23.2 Peringkat Negeri3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh JabatanPendidikan Negeri.3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perludiwujudkan.3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri kepertandingan peringkat kebangsaan.3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklahmenetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnyamemaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.3.3 Peringkat Kebangsaan3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh JawatankuasaPertandingan Peringkat Kebangsaan.3.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolahmenengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakilinegeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbingdan seorang pegawai pengiring.4.0 Format PertandinganPertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajibbertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagianditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh JawatankuasaPertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidatoTIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.4.1 Bahagian PertamaPeserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yangtelah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA(3) minggu sebelum pertandingan.
  3. 3. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA34.2 Bahagian Kedua4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahajaselesai pertandingan pidato bahagian pertama .4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontanatas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakandi meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpamembuka sampul tersebut.4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telahberada di atas pentas.4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acaraselesai membacakan tajuk pidato spontan. Semasa persediaan di pentas,peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alattulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.4.2.6 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masapersedian dan DUA (2) kali menandakan tamatnya masa persediaan danbermulanya masa pidato spontan.4.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelumtamatnya masa persediaan.4.3 Syarat-syarat Pertandingan4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5) minit untuk pidato bahagianpertama, dan TIGA (3) minit untuk pidato bahagian kedua.4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat,dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagianpertandingan.4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagisetiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan denganagama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadianseseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkanmarkah adab dipotong.
  4. 4. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA44.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalahdilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempatmembuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satudaripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang disemua kategori dan peringkat pertandingan.4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragamsekolah / blazer / pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkanidentiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai.4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.4.4 Pemilihan Tajuk4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat NegeriJawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk PidatoBahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yangtersiar dalam media massa negara.4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat inidisediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan PeringkatKebangsaan.4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepadapeserta negeri tiga(3) minggu sebelum PertandinganPeringkat Kebangsaan.4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukansecara undian oleh Jawatankuasa PertandinganPeringkat Kebangsaan.4.4.2.4 Enam belas (16) orang peserta setiap negeri dalampertandingan peringkat saringan. Enam (6) orang pesertaakan dipilih ke peringkat separuh akhir. Tiga (3) orangpeserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhirperingkat kebangsaan.
  5. 5. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA54.5 Peraturan Pemarkahan4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data /bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.Panduan PemarkahanIdea/isi tepat – 2 markahHuraian – 4 markahData / contoh – 3 markahMarkah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 =27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dantepat dengan maksud yang hendak disampaikan.4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahanyang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarikdan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tanganyang keterlaluan tidak digalakkan dan akanmenjejaskan markah persembahan)4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yangtinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskanmarkah persembahan)4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dankata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Limamarkah maksimum akan dipotong jika pesertamenyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/tutur kata yang kurang sopan.
  6. 6. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA64.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)4.5.2.1 Isi ( 40 markah )Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.Panduan PemarkahanIdea / isi – 5 markahHuraian – 10 markahData / contoh – 4 markahMarkah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2= 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas danbaku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesandan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahanyang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarikdan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tanganyang keterlaluan tidak digalakkan dan akanmenjejaskan markah persembahan)4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yangtinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskanmarkah persembahan)4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebihdahulu sebelum memulakan pidato. Peserta jugadigalakkan memberikan kata alu-aluan selepasmemberi salam. Lima markah maksimum akandipotong jika peserta menyentuh isusensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yangkurang sopan.
  7. 7. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAHKERTAS KONSEPKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA74.6 Panduan Kepada Panel Hakim4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruhdengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yangmembaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasayang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan(semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagaipemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEMJURI.4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.5.0. Tarikh Pertandingan5.1 Peringkat Daerah :5.2 Peringkat Negeri :5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :Tempat :5.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :Tempat :6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat KebangsaanJawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan olehPengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian PelajaranMalaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusanyang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidakdiingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satumasa,7.0 AMSebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum danKesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

×