Manual pbs syariah p2 2014

1,654 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,654
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Manual pbs syariah p2 2014

  1. 1. 1 TERHAD STPM/S930 930/4 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN SYARIAH (930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2014 Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
  2. 2. 2 KANDUNGAN Halaman 1 PENGENALAN 3 2 OBJEKTIF 3 2.1 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 3 Kemahiran kognitif Kemahiran insaniah (soft skills) PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.6 36 Tanggungjawab Calon 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 78 5 FORMAT PENULISAN 89 6 STRUKTUR PENULISAN 7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH 8 LAMPIRAN 9 9  11 12  15
  3. 3. 3 1 PENGENALAN Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2 OBJEKTIF Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif iaitu: (a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak; (b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit; (c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum; (d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah; (e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh; (f) 2.2 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah. Kemahiran manipulatif iaitu: (a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder; (b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian; (c) memproses dan menganalisis data. 2.3 Kemahiran insaniah iaitu: (a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan; (b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan; (c) berupaya menyelesaikan masalah; (d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif; (e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik; (f) berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel; (g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi. 3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah (a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua. (b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.
  4. 4. 4 (c) Tema tersebut adalah seperti berikut: (i) Jual beli (ii) Khiyar (iii) Riba (iv) Ijarah (v) al-Rahn (vi) Syarikat (vii) Wakalah (viii) Wadi’ah (ix) Hibah (x) Wasiat (xi) Praperkahwinan (xii) Perkahwinan (xiii) Talak (xiv) ’Iddah dan Rujuk (xv) Konsep Mirath (xvi) Liabiliti Harta Pusaka (xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka (xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka (xix) Konsep jenayah (xx) Qisas (xxi) Diyat (xxii) Kaffarah (xxiii) Hudud (xxiv) Ta’zir 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran (b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS (e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission (g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
  5. 5. 5 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran (a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS (b) Memuat turun Manual PBS dan Tema KPS dari portal MPM (c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu (d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan (f) Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS (h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS (i) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS (j) Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan (k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan (l) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC (Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan (n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu (p) Memastikan BMKKC dan BRKKC bagi setiap calon dihantar ke MPM (u.p : Hj. Zulkepli bin Hj. Jusoh, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KPS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon (d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan. (e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
  6. 6. 6 (f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon (e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4) (f) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i) 3.6 Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan Tanggungjawab Calon (a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS (b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu (d) Melaksanakan tugas berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS (f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS (g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (i) Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  7. 7. 7 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Tarikh 16 Dis 2013 6 Jan hingga 11 April 2014 Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Muat turun Manual PBS  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan PBS  Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon  Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KPS mengikut arahan MPM  Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KPS  Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai  Membimbing calon melaksanakan tugasan  Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill)  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KPS  Membimbing calon memproses dan menganalisis data  Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan  Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang BRKKC (Lampiran 3)  Membimbing calon membuat penambahbaikan  Menerima KPS daripada calon  Menilai pembentangan KPS mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM  Menerima tugasan KPS dan pemakluman tarikh akhir penyerahan KPS  Memahami skop KPS  Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KPS yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersamasama dengan guru  Merancang jadual kerja  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber  Menyusun dapatan (data dan maklumat)  Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian  Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KPS  Menyerahkan KPS mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru  Membentang KPS pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  8. 8. 8 Tarikh 14 April hingga 14 Mei 2014 24 April hingga 14 Mei 2014 Perkara Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission Tindakan Guru  Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon  Tindakan Calon  Tidak berkenaan Menghantar markah KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Penyelarasan  PBS oleh KPK serta pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission Mengemukakan sampel KPS untuk penyelarasan markah oleh KPK 15 Okt 2015  Tidak berkenaan Penyimpanan evidens * Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta 5 FORMAT PENULISAN 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan. 5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran. 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan. 5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh. 5.7 Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (e) Kerja Projek Syariah.
  9. 9. 9 5.8 6 KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas. STRUKTUR PENULISAN 6.1 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Syariah 6.8 Rumusan dan cadangan 6.9 7 Kandungan Senarai rujukan GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH 7.1 MPM mengemukakan tiga tema. 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja Contoh: Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah Tema 1: Hibah Tema 2: Praperkahwinan Tema 3: Undang-undang dan Pentadbiran Harta Pusaka Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan Calon pilih tema 1 Hibah A
  10. 10. 10 A Calon mengenal pasti isu (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Contoh:  Sejauh mana pelaksanaan prinsip hibah di wasiyyah shoppe menepati kehendak syarak Calon menentukan tajuk (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh:  Konsep hibah dan pelaksanaannya di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd Calon menentukan skop tugasan (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat kajian) Contoh: 1. Sampel kajian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd 2. Tempoh kajian  Dari Januari 2014 hingga Mac 2014 3. Limitasi tempat kajian  Kuala Lumpur Calon menentukan objektif kajian (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai) Contoh:  Menjelaskan konsep hibah menurut perspektif Islam  Mengenal pasti pelaksanaan hibah di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd B
  11. 11. 11 B Calon menentukan kaedah kajian Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. 3. Temu bual Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual CEO Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual pelanggan Wasiyyah Shoppe, dan orang awam di tempat kajian. 4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya. Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya. Calon menghasilkan rumusan kerja projek Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian yang telah dijalankan.
  12. 12. 12 8 Lampiran Lampiran 1 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH MARKAH TERHAD
  13. 13. 13 Lampiran 2 TERHAD BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh TERHAD
  14. 14. 14 Lampiran 3 TERHAD BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Projek (diisi oleh calon) No. Kad Pengenalan: ............................... Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek. TERHAD
  15. 15. 15 Lampiran 4 TERHAD BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ....................................... No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian A. Penulisan 1. Abstrak 2. Pengenalan 3. Objektif Kajian 4. Kaedah Kajian 5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 6. Rumusan dan Cadangan 7. Senarai Rujukan 8. Kemahiran Manipulatif 9. Kemahiran Insaniah B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Projek 2. Soal Jawab 3. Kreativiti 4. Keterampilan Jumlah Markah Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras 4 4 4 4 20 4 3 2 4 4 3 2 2 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
  16. 16. 16 TERHAD

×