Bab 4 tamadun india

33,108 views

Published on

nota silibus TITAS. UTP. matapelajaran umum yang perlu diambil oleh pelajar tempatan. sejarah tamadun india dan kelebihannya

Published in: Education
1 Comment
24 Likes
Statistics
Notes
  • sitiabdulmalit@giatmara.edu.my
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
33,108
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
82
Actions
Shares
0
Downloads
765
Comments
1
Likes
24
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 4 tamadun india

  1. 1. 1 TAMADUN INDIA
  2. 2. 2 TAMADUN INDIA • Tamadun India merupakan tamadun yang tua. • Merujuk kpd tamadun yang berpusat di Lembah Sungai Indus di benua India • Tamadun yang telah berumur lebih daripada 5000 tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ; – Zaman Pra Sejarah, – Zaman Veda, – Zaman Dinasti Maurya, – Zaman Emayar Gupta, – Zaman Kerajaan Islam, – Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda , – Zaman Pemerintahan British, – zaman Merdeka. • Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.
  3. 3. 3 • Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata Varsha atau Bharata- Khanda, sempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata. • Nama lain bagi India ialah Jambu Dvipu. • Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka India dikenali sebagai sebuah negara. • Merangkumi dua bahagian utama: 1. Indo-Arya berpusat di utara India 2. Dravida yang berpusat di selatan Asal usul Nama India
  4. 4. 4 Peta India
  5. 5. Wilayah Kedudukan Geografi • Terletak di antara lautan Hindi dgn Pergunungan Himalaya • Tamadun Parsi di sebelah Barat dan Tamadun China di sebelah timur • Terbahagi kpd dua wilayah utama iaitu India Utara dan India Selatan oleh pergunungan Vindhya
  6. 6. Masyarakat Indo-Arya – Bahasa utama ialah Sanskrit – Berpegang kpd 4 Veda: Rig, Yajur, Sama dan Atharva yang mencerminkan pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya Masyarakat Dravida – Berbahasa Tamil – Kepercayaan, pemikiran dan amalan berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisanavisme sebagaimana yg terkandung dalam puisi klasik Sangam
  7. 7. 7
  8. 8. Masyarakat dan Budaya Sistem keluarga  Susun lapis masyarakat India menurut Veda dikenali sebagai Ashrama Dharma  Dlm struktur masyarakat India, wanita mempunyai kebebasan terhad  Masa muda, di bawah jagaan ibu bapa,  Apabila berkahwin, di bawah lingkungan keluarga dan suami  Terdiri drp 4 peringkat kehidupan: 1. Brahmacarya - dr kecil hingga 24 tahun 2. Grahasta - kehidupan berkeluarga 3. Vanaprasta - kerohanian 4. Sannyasa - menolak kehidupan duniawi
  9. 9. Sistem Kasta  Sistem kasta merupakan stratifikasi sosial yang mempunyai peranan masing-masing  4 kasta;  Brahmin (pendidik),  Ksatriya (pemerintah),  Vaisya (peniaga), dan  Sudra (pekerja)
  10. 10. Bahasa dan Kesusasteraan  Bahasa Sanskrit adalah asas kpd bahasa Hindi  Kitab Veda dan tafsiran-tafsiran falsafah ditulis dlm bahasa Sanskrit  Karya epik Mahabharata dan Ramayana adalah kesusasteraan Sanskrit  Bahasa Dravidia merangkumi beberapa bahasa di bahagian Selatan India Bahasa Wilayah Tamil Tamil Nadu Telugu Andhra Pradesh Malayalam Kerala Kannada Karnataka
  11. 11. Kitab-Kitab Veda Kitab Veda Tempoh Kandungan Rig 1500 S.M. Mazmur dan pujian kpd Dewa-Dewi Yajur 1500-1000 S.M Mazmur upacara Sama 1500-1000 S.M Antologi mazmur Rig Veda bersama muzik Atharva 1200 S.M Koleksi mazmur jauhkan diri dr penyakit, kematian, sihir dsb
  12. 12. • Kitab Epik Ramayana karangan Valmiki memiliki unsur- unsur moral yang menekankan kebaikan akan mengatasi kejahatan • Epik Mahabharata karangan pujangga Vyasa adalah karya puisi terpanjang di dunia, mengajar manusia berpegang pd janji dan jauhi perkara negatif  Bhagavadgita adalah sebhgn epik Mahabharata mengandungi ajaran agama dlm bentuk falsafah, menekankan perkara: 1. Laksanakan tanggungjawab tanpa harap balasan 2. Menyerah diri kpd Tuhan 3. Mendisiplinkan rohani dan jasmani 4. Mengawal nafsu, kemarahan, haloba, dengki dsb
  13. 13. Kesusasteraan Sangam mengandungi 2 koleksi: 1. Ettutokai; merujuk kpd antologi 8 buah teks yg temanya terdiri drp akam (dalaman/batin), puram (luaran/zahir). 2. Pattupattu (koleksi nyanyian) Tirukkural karangan pujangga Tiruvalluvar adalah sastera klasik tertua dlm kesusasteraan Tamil, merupakan kitab pegangan hidup masyarakat Tamil, inspirasi dlm pemerintahan agar adil dan bijaksana, bicarakan pelbagai persoalan sikap manusia terhadap diri dan alam
  14. 14. Pandangan Semesta Tamadun India • Bergantung kpd falsafah dan pegangan agama masyarakat India • Hinduisme merangkumi idea-idea agama, falsafah dan budaya, kepercayaan kpd kelahiran semula, Tuhan yg mutlak, peraturan sebab dan akibat, agungkan keadilan
  15. 15. Kepelbagaian Agama Tamadun India • Hindu (terbesar) • Buddha • Islam • Sikh • Jaina • Bahai • Zoroaster
  16. 16. Agama Hindu  Adalah satu cara hidup yg diistilahkan sebagai Sanatana Dharma (agama yg kekal abadi)  Pengasas dan tarikh tidak diketahui  Terdapat 6 mazhab bergantung kpd dewa-dewi yg disembah Dewa-Dewi Mazhab Shiva Saivisme Vishnu Vaisnavisme Sakthi Saktha Muruga Kaumaram Ganesha Ganapatiyam Surya Sauram
  17. 17. Lima prinsip utama dalam agama Hindu 1. Kewujudan Tuhan yg tunggal 2. Manusia itu suci 3. Perpaduan melalui percintaan 4. Harmoni agama 5. Pengetahuan ttg sungai yg suci, kitab yg suci, dan mantera yg suci 10 disiplin sejagat pula ialah;  kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja)
  18. 18. Agama Buddha • Diasaskan oleh Siddharta Gautama (563- 483SM) • Terima kesedaran setelah bertapa di bawah pokok Bodhi • Kemudian dikenali sebagai Buddha (“yang mendapat kesedaran”) • Ajaran Buddha utamakan Dhamma/Dharma yg menerangkan 4 Kebenaran Mulia dan 8 Jalan Mulia
  19. 19. Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia adalah utk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula Perbuatan jahat mesti dijauhi utk menghindari karma Empat Kebenaran Mulia 1. Penderitaan itu universal 2. Ada punca segala penderitaan 3. Penderitaan boleh diatasi 4. Ada cara mengatasi penderitaan
  20. 20. 1. Kecuaian 2. Kecenderungan 3. Kesedaran ttg kuasa karma 4. Nama dan bentuk 5. Lima deria dan minda 6. Hubungan antara deria dgn objek 7. Sensasi 8. Nafsu 9. Bergantung kpd pewujudan 10. Bertekad utk lahir 11. Kelahiran 12. Usia tua dan kematian 12 rangkaian roda penderitaan dan puncanya:
  21. 21.  Lapan Jalan Mulia - Pandangan yg betul (kefahaman) - Aspirasi yg betul (cita-cita) - Pertuturan yg betul (komunikasi) - Kelakuan yg betul (aksi) - Kehidupan yg betul (sara hidup) - Usaha yg betul (daya usaha) - Minda yg betul (minda) - Konsentrasi yg betul (meditasi)  Lapan Jalan Mulia adalah utk mencapai nirvana  Meditasi adalah utk mencegah diri drp perbuatan jahat
  22. 22. Mazhab Hinayana dan Mahayana  Ajaran Buddha berkembang semasa pemerintahan Raja Asoka (1469-1539)  Dua mazhab utama Buddha: 1. Hinayana: - pengikutnya di panggil Theravada - menegaskan kehidupan ascetic (zuhud) - tersebar di kaw selatan; India Selatan, Sri Lanka, Myanmar, Thai dan Asia Tenggara 2. Mahayana; - pendukungnya mengakui pembebasan hanya dpt dicapai melalui Bodhisattva (guru sebagai perantara) - tersebar di Tibet, Mongolia, Korea, China dan Jepun
  23. 23. Agama Sikh  Diasas oleh Guru Nanak (1469-1539)  Diteruskan oleh sembilan orang guru Sikh  Kitab suci ialah Guru Granth Sahib yg menjadi panduan hidup selama2nya  Kod moral, kerohanian dan semangat kemanusiaan tanpa kira agama, bangsa dan gender  Percaya Tuhan yg satu, bersifat nirankar, abadi, amat berkuasa, wujud di mana2, bersifat kesempurnaan dan manusia tidak dpt menghuraikannya  Tuhan dipanggil Waheguru “Tuhan yg menakjubkan”
  24. 24. • Gobind Singh (1675-1708) adalah guru terakhir dlm sejarah Sikh • Memperkasa identiti Sikh dgn memperkenalkan persaudaraan khalsa dgn memakai 5 simbol utama 5K; – kesh (rambut panjang), kangha (sikat), kara (gelang besi), kirpan (pedang kecil) dan kachera (seluar jerut) • Penganut dikehendakki hormati simbol 5K demi kesejahteraan hidup dan penerimaan agama Sikh
  25. 25. Islam dlm Tamadun India  Berperanan besar dlm pembinaan, perkembangan dan semua aspek sejak abad ke-7M  Menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yg berpusat di Delhi (Kesultanan Delhi abad ke 12M), melahirkan bahasa Urdu, Taj Mahal, Kota Agra, Qutb-Minar dan mewujudkan pusat2 pengajian  Perkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta, martabatkan kedudukan wanita, hapuskan dowri dan amalan sati
  26. 26. Interaksi Islam dan Tamadun India Bahasa Pendidikan Penterjemahan Seni lukis Persajakan • Urdu • nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. • Ia ditulis dengan skrip Arab • Pembelajaran bahasa • Penterjemahan • Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata Purana ke dalam bahasa Bengali, • Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir) ke dalam bahasa Parsi Pada zaman Akbar, bilangan pelukis Hindu di istana begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi • Amir Khusraw • Khawaja Najm-ud-din Hasan atau Mir Hassan Dihlvi; Ghazal Persia • Ghalib: Ghazal Seni bina Gabungan ciri-ciri India dan Parsi
  27. 27. 27
  28. 28. 28
  29. 29. SENI BINA The Taj Mahal The Taj Mahal (pronounced /tɑdʒ mə'hɑl/ ---- Hindi: ताज महल; Persian/Urdu: ‫محل‬ ‫)تاج‬ is a mausoleum located in Agra, India, built by Mughal Emperor Shah Jahan in memory of his favorite wife, Mumtaz Mahal.
  30. 30. 30
  31. 31. 31 Seni Bina Islam di India
  32. 32. 32
  33. 33. Pencapaian Tamadun India dalam Pelbagai Bidang PERBANDARAN SENI Seni lukis Seni halus (tarian, muzik & drama) Seni bina Seni ukir SAINS & TEKNOLOGI Perubatan Matematik Astronomi Fizik
  34. 34. Pencapaian Tamadun India dalam Pelbagai Bidang  Seni halus (tarian, muzik & drama)  Natya Sastra karya Bharata mengandungi 3 jenis seni halus  Tarian klasik Bharata Natyam & Kathak dipersembahkan serentak dgn muzik & drama  Seni bina;  pembinaan kuil  Seni ukir;  pembuatan patung, tiang berukir, dan seni pahat  Seni lukis;  candi dan kuil diukir dgn unsur2 keceriaan dan keagamaan  Sains dan teknologi;  matematik, astronomi, fizik, kimia, logam dan perubatan
  35. 35. 35
  36. 36. PERBANDARAN • Sekitar tahun 2600 SM, masyarakat awal Harappa telah bertukar menjadi pusat bandar yang besar. Pusat-pusat bandar seperti Harappa dan Mohenjo Daro di Pakistan dan Lothal di Sungai Indus dan India. • Secara umum 1,052 kota (bandar) dan penempatan ditemui, terutama di kawasan lembah-lembah sungai. • Budaya perbandaran yang berdaya maju serta berteknologi tinggi menjadi bukti ketamadunan Lembah Indus sebagai pusat bandar pertama di kawasan ini. Aspek kualiti pentadbiran dan ilmu perancangan bandar yang berkesan memperlihatkan keunggulan pentadbiran. • Keutamaan diberikan kepada soal-soal kesihatan dan kemudahan ritual keagamaan. Patung yang dipanggil "Priest King" Mohenjo-daro, zaman kemajuan Harappan National Museum, Karachi, Pakistan
  37. 37. • Di sini wujud pembinaan rumah kediaman yang teratur, bandar yang dilengkapi dengan sistem jalanraya yang luas; sistem perparitan tertutup bagi menjamin kebersihan; benteng penghadang banjir. • Di Harappa, Mohenjo-daro dan penggalian yang ditemui di Rakhigarhi menunjukkan antara perancangan pembangunan bandar yang pertama di dunia memiliki sistem pembuangan kotoran. • Rumah-rumah mereka dibekalkan air dari perigi. Ia juga dilengkapi dengan bilik mandi, manakala air buangannya disalurkan ke longkang tertutup yang berhubung dengan parit utama.
  38. 38. SAINS MATEMATIK • Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 3000-2600 SM di Tamadun Lembah Indus (Tamadun Harappan) di India Utara dan Pakistan. • India kuno mengembangkan: – sebuah sistem timbang dan ukur seragam yang mempergunakan sistem perpuluhan – suatu teknologi bata yang maju menggunakan nisbah – jalan-jalan raya yang diletakkan pada sudut tegak yang sempurna; dan – sebilangan bentuk dan reka bentuk geometri, termasuk bentuk-bentuk tempayan, kuboid, kon, silinder, serta lukisan-lukisan bulatan dan segi tiga sepusat dan bersilang.
  39. 39. ASTRONOMI • Astronomi klasik India direkodkan dalam kesusasteraan dari zaman Maurya lagi (5 s.M) hingga Dinasti Mughal (16 M). • Teori-teori seperti Aryabhata, Aryabhatiya, Pancha- Siddhantika adalah antara yang muncul pada ketika itu. • Konsep astronomi dan astrologi India berdasarkan kepada beberapa pengiraan. Celestial Observatory Aryabhata
  40. 40. FIZIK • Teori-teori fizik pada zaman purba biasanya dikemukakan dari segi falsafah, dan jarang ditentusahkan melalui ujian uji kaji yang sistematik. • Orang India telah pun mengemukakan teori berkenaan fizik. • Dalam bidang atom konsepnya bermula daripada dunia jisim yang mengandungi lima elemen: – Bumi (prithvi) – Api (agni) – Udara (vayu) – Air (jal) – Ruang (aksha) • Elemen tersebut dihubungkan dengan persepsi pancaindera manusia: bau, sentuhan, penglihatan, rasa, pendengaran.
  41. 41. 41 PENUTUP • Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. • Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. • Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. • Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

×