Cabaran ict tugasan 1 ssi3013

1,604 views

Published on

1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
1,604
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
80
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Cabaran ict tugasan 1 ssi3013

  1. 1. PERMARKAHAN PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 SSI 3013 INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN SCIENCE NAMA NO. MATRIK RAHMAH BT SOID D20112052298 DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN : UPSI01 ( A131PJJ ) PENSYARAH E-LEARNING : DR. AZMI BIN IBRAHIM TARIKH SERAH : 19 HB. OKTOBER 2013 1
  2. 2. TUGASAN 1 – SSI 3013 Cabaran Penggunaan ICT Dalam Pendidikan Sekarang Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Pengaplikasian teknologi ini telah memberi satu anjakan baru dalam teknik pengajaran guru. Masanya telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ). Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai Sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi di Malaysia adalah menjadi negara membangun pada tahun 2020.Cabaran keenam daripada Sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan …… masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan …… (Mahathir Mohamad , 1998 ) Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat, pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya Multimedia dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan 2020. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia. 2
  3. 3. Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan murid kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran di sekolah bestari Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharapkan dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Sekolah bestari menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri,terarah kendiri dan guru sebagai fasilitator. Sekolah bestari juga menggalakkan murid menggunakan teknologi sebagai pengupaya. ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung sekolah bestari. Pelaksanaan pembestarian ini mengambilkira semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara iaitu hardware,software dan wetware. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Multimedia Development Corporation membekalkan kepakaran dan nasihat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 3
  4. 4. Kemudahan ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju. Agenda kerajaan untuk membangunkan modal insan pada masa depan amat bergantung pada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006 – 2010 telah dirancang dan dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan holistik,progresif,bermoral dan bertaraf dunia. PPIP ini telah dilancarkan oleh mantan Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 .PPIP menyatakan bahawa pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pebelajaran. Mengikut statistik, terdapat 900,000 pengguna Internet di Malaysia,namun jumlahnya hanya kira-kira 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini ( Daily Express,2007 ). Ini disokong oleh fakta daripada Sutuhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan bahawa pada suku pertama tahun 2007 hanya 689800 bilangan isi rumah yang melanggan perkhidmatan jalur lebar. Kira-kira 300 000 guru di negara ini memiliki komputer peribadi dan 20% sahaja yang mempunyai akses Internet ( The Star,2007 ).Dalam beberapa tahun ke belakangan ini, beberapa perubahan penting telah berlaku dalam sistem pendidikan di rantau Asia yang guru-guru khususnya dikehendaki mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka ( Tan et al. 1999 dan 1999 dalam William, 2000) Pendidikan sekarang telah mengalami perubahan pesat terutamanya dari segi kaedah pengajaran guru di dalam proses pembelajaran berkesan. Pengajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi sebaliknya berpusat kepada murid. Transformasi ini selari dengan hasrat kerajaan supaya murid -murid yang dapat dilahirkan mempunyai daya saing ,kreatif dan inovatif .Pendidikan sekarang adalah menuju kepada pendidikan bertaraf dunia . Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dilaksanakan di sekolah -sekolah melatih murid -murid supaya berfikiran kreatif dan inovatif .Di dalam progam ini ,murid -murid perlu menggunakan maklumat daripada internet ,proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan dengan kemudahan yang terdapat di bilik ICT sekolah ataupun di rumah. . Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sekarang sangat memerlukan kemudahan komputer dan wifi yang sesuai supaya pelaksanaannya dapat memenuhi tujuan pendidikan masa kini . Namun begitu semua pihak juga perlu akur kepada cabaran -cabaran yang dihadapi dan diatasi untuk memastikan ianya dapat mencapai target semua pihak.Oleh itu semua pihak yang terlibat perlu mengkaji kekuatan tanpa melupakan kelemahan dari segala aspek . Di dalam suasana pembelajaran tradisional ,guru memberi ilmu kepada murid -murid melalui penggunaan bahan bercetak dengan buku teks .Proses ini tidak menggunakan teknologi dan penglibatan murid -murid secara kolaborasi .Sebaliknya ,pembelajaran atas 4
  5. 5. talian berlaku melalui web dan tidak melibatkan bahan pembelajaran fizikal .ICT mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan pada awal 1990an. Sebelum itu ,pendidikan berasaskan teknologi hanya menggunakan radio ,televisyen dan overhead projektor dalam proses membantu sesi pengajaran dan perbelajaran guru.Rancangan radio dan tv pendidikan juga telah diperkenalkan pada tahun 2000. Bagi meningkatkan penggunaan ICT ,pada tahun 1992 , KPM telah membekalkan 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer bagi setiap guru .Pada tahun 1994 , KPM telah melaksanakan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran BI, Maths di 15 buah sekolah rendah di luar bandar dan setiap sekolah dibekalkan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996 pula penyediaan infrastruktur diperluaskan kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Pembelajaran atas talian membolehkan murid-murid memperolehi maklumat dari seluruh dunia atau maklumat tanpa sempadan. Mereka juga boleh berkomunikasi atau berkolaborasi dengan murid, guru atau interaksi yang berkenaan dari seluruh dunia. Dunia interaksi murid menjadi lebih luas melalui penggunaan teknologi (ICT ). Pembelajaran atas talian akan mempertingkatkan kecenderungan ke arah pembelajaran kolaborasi di antara murid-murid dan guru, tidak hanya terhad di dalam kelas tetapi juga di luar kelas atau secara jarak jauh. Jenis interaksi ini bertentangan dengan suasana pembelajaran tradisional. Sekarang interaksi berlaku dengan lebih mudah dengan menggunakan email,persidangan dan talian. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pengapllikasian ICT dalam sistem pendidikan membawa satu transfomasi baru di dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun terdapat beberapa cabaran yang perlu di atasi dengan cara yang penuh berhemah. Kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih berlaku di sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Kekurangan Kemahiran Teknologi Maklumat Guru Golongan pendidik bukanlah satu generasi sahaja tetapi ia terdiri daripada generasi terdahulu dan sekarang. Generasi guru yang terdahulu kurang pendedahan terhadap teknologi maklumat berbanding dengan generasi sekarang yang merupakan generasi yang celik IT. 5
  6. 6. Sistem pendidikan tradisional mempunyai gaya pembelajaran bahan cetak bukannya perkakasan ataupun perisian komputer.Oleh yang demikian guru-guru ini haruslah diberi suntikan semangat atau motivasi terlebih dahulu supaya mereka berminat dan mampu untuk melakukan transformasi ke arah pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun guru bertindak sebagai fasilitator tetapi guru perlulah mempunyai maklumat teknologi yang lebih ke hadapan berbanding dengan murid-murid. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.Guru-guru diberi pendedahan tentang pengunaan komputer, pengurusan email dan blog.Secara keseluruhannya guru-guru seharus kompeten dengan aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, garfik, melayarai multimedia dan internet serta berkomunikasi dengan menggunakan e-mel. Kursus komputer adalah dianjurkan oleh banyak pihak yang berkaitan seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ataupun Pejabat Pendidikan Daerah. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga mengadakan kursus jangka pendek iaitu 14 minggu untuk memahirkan guru-guru dalam bidang yang berkaitan.Mengikut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke lapan seramai 247804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran ICT. Namun begitu masih ramai guru yang perlu diberi kursus tersebut terutamanya guru-guru yang berkhidmat diluar bandar ataupun yang masih belum mahir dalam bidang tersebut. Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran ICT pada Rancangan Malaysia ke Sembilan. Langkah ini selaras dengan input yang diperolehi daripada Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu ( Anderson, 1983). Oleh itu, ia adalah berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang dimilikinya. Merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat, terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar, 1997). Menurut Levine dan Donitsa-Schimdit (1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipergaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap sesorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.Guru-guru haruslah mencari ruang dan peluang supaya pengetahuan dan kemahiran mereka dapat dipertingkatkan. 6
  7. 7. Berdasarkan kajian oleh Sunal (1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh pelajar. Namun demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan yang dapat membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. Mengikut Charp (2003) guru memerlukan tiga tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sekiranya dilatih dalam jangka masa singkat ataupun pendek ianya kurang memberi kesan untuk meningkatkan pengetahuan atau kemahiran teknologi maklumat tersebut. Berdasarkan kepada beberapa kajian oleh pihak-pihak tertentu seperti Jeannette (2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi berasaskan computer daripada kawan dan 14% belajar daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi tertentu. Manakala dapatan kajian yang dijalankan oleh Inman- Anderson dan Ditson (1999) mendapati 60% belajar sendiri dan 40% belajar melalui kawan.Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa majority guru memperolehi pengetahuan tentang internet melalui pembelajaran sendiri. Kajian juga mendapati bahawa guru-guru mendapat pengetahuan yang kemahiran teknologi maklumat semasa mereka menjalani latihan di institusi penrguruan ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Perkara ini merujuk kepada guru-guru generasi muda atau baru. Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang telah diperolehi juga tidak memberi apa-apa makna sekiranya guru-guru tidak mempunyai sikap yang positif untuk mengubah gaya pembelajaran yang terkini. Jika guru masih tidak mahu mengimpelntasikannya kepada murid-murid. Mereka lebih selesa dan mudah untuk mengajar cara lama dengan berbagai-bagai alasan yang diberi. Antaranya, pengaplikasian komputer akan melambatkan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran, kekurangan komputer di sekolah atau server yang terhad atau ketiadaan masa yang mencukupi untuk mengendalikan kelas tersebut dan berbagai-bagai lagi masalah yang perlu diselesaikan. Jika dianalisis dari aspek demografi, dapatan Azhar Haji Ahmad (1998) dalam kajiannya mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden lelaki dan perempuan pada enam sub skala sikap terhadap komputer iaitu keyakinan, tingkah laku, kesukaan,penggunaan,kecekapan dan sikap kognitif. Walau bagaimanapun, dapatan Ong dan Lai ( 2003) menyatakan persepsi yang lebih baik diterima daripada responden lelaki berbanding dengan responden perempuan. Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur mendapati guru yang muda berlebih positif berbanding dengan guru-guru yang lebih berusia.Oleh itu, guru yang muda lebih bersedia untuk pengintegrasian komputer berbanding dengan guru-guru yang telah berusia. Guru-guru berusia tidak begitu memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas Namun demikian, dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir.Keengganan guru untuk berubah juga 7
  8. 8. faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ia didorong dengan sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap releven dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperolehi pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Seharusnya, sikap guru perlu positif untuk menerima satu anjakan baru ke arah pengajaran dan pembelajaran yang bukan lagi menilai kognitif pelajar tetapi menilai pelajar secara holistik lebih sesuai untuk pelajar ini mampu menghadapi cabaran dunia yang lebih mencabar dan berusaha untuk berkembang maju selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang telah diterima di seluruh dunia. Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan.Guru perlulah bersedia meninggalkan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang dapat menjayakan pendidikan masa depan. Kekurangan Prasarana dan Bahan sokongan Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT Negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal maklumat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran yang perlu ditangani adalah kemampuan menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran secara on-line. Bukan setakat penyediaan kemudahan prasarana seperti komputer, makmal komputer, talian internet mahupun servernya tetapi juga perkhidmatan untuk baikpulih juga perlu dititikberatkan. Jika diberi tanggungjawab kepada guru ICT, sememangnya tiada kesudahannya kerana penggantian perkakasannya adalah sukar untuk disediakan oleh guru tersebut. Sekolah juga tidak mampu berbuat demikian. Jangka hayat sesebuah komputer bukanlah sampai bila-bila tetapi akan ada had masa yang tertentu sahaja. Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer dipergiatkan dan diperluaskan, terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiatkan untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu 8
  9. 9. komputer terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan. Peranan ini sangat penting untuk menjadikan teknik pengajaran guru dapat dipelbagaikan dengan sumber-sumber yang berbeza. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama supaya guru tidak merasa terbeban dengan tugas-tugas sampingan yang lain. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah juga perlu menangai masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT.Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan ysng melibatkan penggunaan kemudahan ,peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Kurang Penyelenggaraan dan Keselamatan Peralatan dan perkakasan ICT adalah mempunyai jangka hayat tertentu dan perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Contohnya, laptop bukanlah peralatan yang tahan lama dan bergantung kepada penggunaannya. Jika ia digunakan semaksimunnya, maka ianya akan cepat rosak, bateri juga tidaklah boleh digunakan sampai bila-bila dan mudah rosak. Walau bagaimanapun, peralatan ini adalah sensitif dan perlukan penjagaan yang sangat rapi. Bukan itu sahaja, malah komputer di sekolah juga adalah sasaran penceroboh kerana ia adalah peralatan yang mahal. Oleh itu, sekolah memerlukan pengawasan yang sangat baik untuk memastikan komputer tersebut tidak hilang. Pihak sekolah juga tidak membenarkan mana-mana pihak membawa peralatan tersebut keluar tanpa kebenaran untuk memastikan komputer itu selamat dan tidak dapat dikesan pergerakannya. Ini bermakna sekolah mempunyai rekod tentang peminjaman peralatan dan perkakasan tersebut. Kekangan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Guru-guru perlu menghabiskan sukatan mengikut Rancangan Penggalan Tahunan. Pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang sangat baik untuk melatih pelajar mengakses maklumat dari internet. Tujuan murni ini, bukanlah tidak disokong oleh pihak guru tetapi masa tidak membenarkan. Contohnya, jika subjek tersebut hanyalah satu masa atau 35 minit sahaja, mana mungkin pelajar dapat mengakses maklumat melalui internet. Perbincangan kumpulan dan pembentangan tajukpun tidak sempat, walaupun pelajar telah diberi dua masa pengajaran.Seolah-olah perbincangan tersebut perlu dibuat di luar masa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru ketiadaan masa untuk membimbing pelajar. Proses ini boleh dilakukan jika, guru dan pelajar banyak masa ataupun mungkin sesuai untuk pelajar-pelajar yang pandai dan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah.Mereka memerlukan tunjuk ajar daripada guru sebelum dapat mengakses maklumat-maklumat 9
  10. 10. tersebut. Malahan bagi pelajar berasrama penuh atau pelajar pintar seperti pelajar di sekolah bestari, mereka mahir menggunakan ICT dan kreatif untuk mencapai sesuatu yang sangat inovatif. Pelajar-pelajar di sekolah harian adalah kurang cekap dan mahir untuk mencari ataupun mengakses sesuatu daripada internet dan perlu dibimbing oleh guru-guru. Pengaplikasian ICT ini memerlukan masa untuk pengendaliannya kerana ia perlu dipasang terlebih dahulu dan perlu juga masa yang lama untuk muat turun ataupun muatnaik maklumat daripada internet. Perkara ini menyebabkan guru kurang berminat untuk menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak-pihak yang berkaitan perlu menangani cabaran yang dihadapi oleh semua pihak untuk memastikan pengintegrasian ICT dapat dilaksanakan dengan cara yang baik dan efisien. Kelemahan Capaian Internet . Pihak sekolah sememangnya telah dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar tetapi masih tidak dapat menampung keperluan di sekolah-sekolah. Jika penggunaannya serentak, maka menimbulkan masalah untuk mengakses maklumat daripada internet. Penggunaan yang terhad ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak dapat dinafikan juga proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik jika guru-guru menggunakan ICT dan pelajar-pelajar sangat teruja hendak mengakses maklumat daripada internet tetapi masalah kekurangan masa dan peralatan membatasi kehendak mereka. Terdapat pelajar yang begitu mampu dan berminat meminta kebenaran untuk membawa laptop dan broadband ke sekolah tetapi ianya tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan dan lain-lain yang dibimbangi berlaku dikalangan pelajar-pelajar tersebut. Jika ianya difikirkan sesuai dengan kerjasama ibubapa yang tidak akan mendakwa mana-mana pihak. Perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Cabaran tersebut harus dibebani pada semua pihak, bukan kepada guru dan sekolah sahaja. Jika difikirkan bersama, impaknya lebih baik dan dapat melaksanakannya dengan berkesan. Cadangan Penambahbaikan Cabaran ICT Dalam Dunia Pendidikan Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di Negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik computer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran computer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada semua pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan system pendidikan di Malaysia.Bermula daripada pihak kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah dan guru-guru serta sokongan pada daripada PIBG dan ibubapa. 10
  11. 11. Kajian Tindakan Terhadap Sekolah Rintis . Pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap sekolah rintis atau sekolah bestari.Sekiranya, ia sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, maka ia merupakan usaha yang perlu disokong oleh semua pihak. Transformasi ke arah sesuatu usaha yang baik demi mendokong hasrat negara hendaklah diteruskan sehingga berjaya. Sekiranya, kajian mendapati kurang sesuai kerana kemahiran teknologi maklumat guru dan pelajar tidak mampu untuk meneruskan usaha murni tersebut,maka perlulah dicari usaha alternatif ke arah penguasaan teknologi maklumat terlebih dahulu. Prasarana yang lengkap, jika tidak dimanafaatkan akan menjadi satu pembaziran kos yang perlu ditangani dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh kerajaan perlu menyediakan makmal komputer, guru-guru ICT dan menempatkannya ke sekolah-sekolah yang didapati kurang mahir tentang teknologi maklumat. Langkah tersebut lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos kerana guru-guru diberi latihan di sekolah sendiri tanpa perlu meninggalkan kelas dan latihan itu diberi secara berterusan dengan dipantau oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung pelajar-pelajar juga turut dilatih oleh guru-guru tersebut. Jika didapati sekolah tersebut telah bersedia untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka keperluan dari segi prasarana dan bahan sokongan perlu dihantar ke sekolah untuk memastikan keberkesanannya. Sikap Positif Guru-guru Sikap negatif guru-guru perlulah dihapuskan terlebih dahulu supaya mereka dapat menerima perubahan ke arah dunia siber bukan sahaja mementingkan pencapaian terbaik di dalam peperiksaan semata-mata dengan menafikan potensi pelajar dari aspek yang lain. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan setiap sekolah mempunyai pakar motivasi yang terlatih untuk memberi kesedaran kepada semua pihak di sekolah supaya berubah ke arah yang lebih baik daripada yang telah sedia baik. Selain daripada itu, pihak kaunselor atau motivator tersebut mampu menangani masalah stress di kalangan guru-guru. Mereka boleh membantu meringankan kekalutan dari segi pengurusan masa yang teratur supaya dapat mengurangkan bebanan mahupun penderitaan guru-guru. Terdapat guru-guru yang mengalami masalah kesihatan yang serius, sekiranya mereka berdepan masalah disiplin pelajar dan ditambah pula dengan berbagaibagai kerencaman kerja yang tiada pihak bersedia untuk mendengar masalah guru-guru. Jika Kesatuan Guru-guru ditubuhkan sekalipun, pihak tersebut hanya memperjuangkan hak guru-guru dari segi kenaikan gaji, pangkat dan menyediakan kemudahan insuran ataupun pinjaman. Semua ini, memang sangat membantu tetapi pihak tersebut tidak dapat menangani isu-isu bebanan kerja ataupun kekalutan masa yang dihadapi oleh guru-guru.Dalam ertikata mudah, perkara yang besar dapat diatasi tetapi perkara kecil sukar untuk ditangani. 11
  12. 12. Sikap negatif tersebut akan berkurangan sekiranya terdapat pihak yang dapat menyelami tentang bebanan guru-guru.Contohnya, guru diminta menjadi guru penyayang tetapi guru sendiri tidak disayangi. Begitu sukar hendak menyelesaikan masalah tersebut kerana ia melibatkan soal yang remeh tetapi mengganggu pelaksanaan usaha tersebut.Begitu jugalah halnya dengan penggunaan ICT, jika guru tidak mahu menggunakannya bagaimana pelajar boleh mendapat manafaat tersebut. Masa Yang Mencukupi Untuk Menghabiskan Sukatan Pelajaran Dariapada sukatan pelajaran telah dibentuk menjadi Rancangan Penggalan Tahunan dengan bilangan minggu belajar yang telah ditetapkan. Perancangan tersebut telah dibuat daripada mula awal tahun sehinggalah akhir tahun. Malah perancangan tersebut sering terganggu kerana program-program sekolah yang banyak dan ianya merupakan arahan yang perlu dilaksanakan juga .Jika ditambahtolak, waktu pengajaran dan pembelajaran begitu terhad untuk guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran.Jangka masa yang singkat inilah yang menyebabkan guru-guru mengambil pendekatan chalk dan talk sahaja supaya sukatan dapat dihabiskan dengan segera. Pihak guru bukanlah tidak bersetuju atau menyokong hasrat kerajaan tetapi telah dibebani dengan sukatan yang banyak. Oleh itu dicadangkan supaya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) menyemak semula sukatan pelajaran tersebut supaya releven dengan pengaplikasian ICT dengan masa pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh setahun. Kaji selidik perlu dilaksanakan dengan begitu teliti terutamanya untuk subjek sains dan matematik. Kedua-dua subjek ini adalah subjek yang sangat menarik jika diimplentasikan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, pelaksanaan program TIMSS dan PISA untuk Matematik dan Sains sangat baik untuk diikuti tetapi guru-guru dan pelajar-pelajar tidak ada masa untuk melaksanakan program tersebut dengan jayanya.Keduadua program tersebut memerlukan pelajar mengakses maklumat daripada internet untuk membolehkan mereka mempelajari ilmu atau tajuk yang tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Sekiranya, sukatan dikurangkan maka ianya mempunyai ruang dan peluang untuk menjelajahi dunia pendidikan tanpa sempadan. Sebaliknya, jika ianya telah disempadani maka ilmu tersebut hanyalah dapat mencapai mengikut apa yang telah ditetapkan sahaja.Oleh itu, kemampuan untuk belajar sendiri dengan bimbingan guru adalah terbatas kerana guru perlu untuk menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Jurang Perbezaan Bandar dan Luar Bandar Jika dikaji sudah tentukan kemampuan pelajar di bandar jauh berbeza dengan pelajar di luar bandar. Pelajar-pelajar di bandar lebih mahir mengunakan komputer atau perisiannya tetapi pelajar di luar bandar sebaliknya.Perkara ini berlaku bukan kerana pelajar-pelajar luar bandar tidak pandai tetapi mereka tiada kemudahan. Komputer begitu asing bagi mereka, ditambah pula tiada rangkaian internet di kawasan-kawasan luar bandar. 12
  13. 13. Oleh itu kerana komputer perlu disediakan untuk sekolah-sekolah luar bandar kerana mereka tidak mampu untuk memilikinya sendiri. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa satu rumah, satu computer dapat dipenuhi. Begitu juga rangkaian internet perlu sampai ke kawasan-kawasan pendalaman untuk memastikan mereka dapat mengaplikasikan di rumah dan juga di sekolah. Penyelenggaraan dan Pengawasan Segala peralatan dan perkakasan komputer perlu diselenggara dengan baik oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Jika berlaku kerosakan atau hendak mengaktifkan anti-virus, sudah tentu ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah atau guru-guru yang mengalami masalah untuk memperbaiki atau apa-apa sahaja masalah dengan komputer. Pusat Kegiatan Guru ( PKG) perlu ada pakar terlatih yang dipertanggungjawabkan untuk memantau atau membuat penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Jika pihak kementerian melantik kontraktor atau syarikat tertentu, ianya sudah tentu meningkatkan kos berbanding dengan kerajaan melatih dan melantik sendiri kakitangan PKG untuk tujuan tersebut dan peruntukan baikpulih atau pembelian alat gantian. Rangkaian atau Capaian internet Tanpa Had Penggunaan ICT terbatas sekiranya rangkaian atau capaiannya kurang laju ataupun boleh digunakan untuk jumlah yang terhad. Perlu membelanjakan kos yang agak besar untuk memastikan rangkaian jalur lebar atau SchoolNet yang disediakan di sekolah-sekolah tersebut bukan boleh digunakan di bilik atau makmal ICT sahaja,malah di mana-mana kawasan sekolah ianya dapat diakses dengan mudah dan cepat. Melalui sarana ibubapa juga, pihak kementerian perlu memastikan pihak ibubapa mendapat kemudahan pinjaman untuk pembelian komputer dan broadband bagi setiap anak dan membenarkan mereka membawa ke sekolah tanpa perlu lagi membawa buku teks kerana boleh diakses melalui internet. Secara tidak langsung membawa kebaikan untuk menghapuskan buku teks dan meringankan bebanan pelajar untuk membawa buku yang berat ke sekolah. Di pihak ibubapa pula, perlulah bekerjasama untuk memantau anak-anak di rumah supaya ia tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain. Sekolah juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer. Semua pihak perlu akur kepada tujuan komputer tersebut diguna di sekolah-sekolah. Manakala pihak ibubapa pula, tidak mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku kehilangan komputer. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan tetapi akan berusaha untuk menangani masalah tersebut. 13
  14. 14. Meminimumkan Kos Pelaksanaan ICT Di Sekolah-sekolah Secara tidak langsung di dalam setiap langkah-langkah penambahbaikan yang dibincangkan di atas telah mengambilkira pengurangan kos pengaplikasian ICT di sekolahsekolah. Terpulanglah kepada semua pihak yang berkaitan untuk membincangkan ke tahap yang lebih serius supaya keseluruhan kos dapat dikurangkan seminimum yang boleh kecuali dua perkara besar yang tidak boleh dikurangkan iaitu penyediaan prasarana dari segi makmal komputer dan rangkaian internet di sekolah-sekolah. KESIMPULAN Secara positifnya, semua cabaran perlu ditangani oleh semua pihak tanpa membeban satu pihak sahaja supaya hasrat kerajaan Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Namun harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. Kecemerlangan yang dicapai akan memberi impak yang besar kepada negara, bangsa dan agama. RUJUKAN Gan S L (2000) IT and Education in Malaysia: Kuala Lumpur Mahathir Mohamad.(1998) Multimedia Super Koridor.Subang Jaya : Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. Azhar, H. A. Attitudes,Personality and Behaviour. Illinois : Dorsey Press Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan 2006- 2010. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Robiah dan Juhana . ( 2002). Keyakinan Guru-guru untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36 William, M.D. (2000). Integrating Technology into Teaching and Learning: Concepts and Application ( An Asia-Pasific Perpective). London : Prentice Hall. Esah Sulaiman (2003). “Amalan Profesionalisme Perguruan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 14

×