Your SlideShare is downloading. ×

Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)

9,813

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
9,813
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
154
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN Esei Kumpulan Nama Ahli Siti Nur Rabiatul Adawiyah Bt Nazari (A137685) Hada Hayata (A138728) Kan Fook Keong (A138490) Nama Pensyarah : En Mohd Yussof Bin DaudTajuk : Jenis Teknologi Bantuan dan Kepentingannya
  • 2. PENGENALANPeningkatan penggunaan teknologi dalam pengajaran memberi peluang untuk membantupelajar berkeperluan khas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesandapat dilaksanakan dengan penggunaan teknologi bantuan. Esei ini bertujuan untuk memberimaklumat tentang konsep dan bentuk teknologi bantuan yang boleh digunakan di dalam bilikdarjah. Selain itu, esei ini juga membincangkan beberapa kriteria pemilihan bahan teknologibantuan yang boleh dijadikan panduan dalam usaha menyediakan bahan teknologi bantuanyang sesuai dengan keperluan pelajar. Peranan pihak daripada pelbagai perspektif dandisiplin turut dibincangkan. Seterusnya, esei ini menyenaraikan kriteria pemilihan bahanteknologi bantuan yang boleh dijadikan panduan bagi guru-guru yang mengajar pelajarberkeperluan khas. Arah kegunaan teknologi bantuan juga ditekankan.
  • 3. KONSEP ASAS DAN JENIS TEKNOLOGI BANTUANSecara amnya,teknologi bantuan merupakan sebarang bentuk peralatan atau bahan bantuanatau perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membantu individu berkeperluan khasmeningkatkan tahap kefungsiannya. Dalam maksud kata lain, kebolehan seseorang dalamkehidupan hariannya dan keyakinan diri dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologibantuan. Perkara ini penting bagi pelajar berkeperluan khas kerana ia dapat membantumereka menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.Teknologi bantuan adalah kontinum kepada bahan-bahan, strategi dan perkhidmatan yangsesuai dengan keperluan, kebolehan dan tugasan pelajar. Apabila mempertimbangkanpenggunaan teknologi bantuan, adalah penting bagi sesuatu kumpulan, guru atau individumelihat kepada kontinum rancangan teknologi bantuan yang boleh didapati. Ini adalahpenting agar bantuan dan sokongan yang sepatutnya boleh diberikan secara berterusan ataupada satu-satu jangka masa yang ditentukan setelah dirasakan penggunanya tidakmemerlukan teknologi tersebut. Teknologi yang membantu pelajar berkeperluan khas dalamproses pembelajaran tidak semestinya mahal atau sukar untuk memastikan wujudnya kelainandalam pembelajaran. Aplikasi teknologi yang sesuai dengan keperluan pelajar seharusnyamembantu meningkatkan kejayaan pelajar dalam pembelajarannya dengan berkesan.Menurut Bryant (2002) membahagikan teknologi bantuan kepada beberapa kategori yangmeliputi: I. Alat teknologi bantuan yang membantu seseorang mempunyai kedudukan atau posisi yang tertentu untuk melakukan pelbagai aktiviti. II. Alat yang membantu individu bergerak ke tempat atau persekitaran yang pelbagai.III. Alat yang membantu mereka yang mempunyai masalah pertuturan dan bahasa untuk membentuk dan menggunakan kemahiran komunikasi yang dibentuk dengan berkesan.IV. Alat dan program yang membolehkan individu menggunakan komputer tanpa halangan. V. Alat mainan yang digunakan untuk meneroka mengukur, dan membentuk kemahiran sosial dan kognitif.VI. Alat yang membolehkan individu berkeperluan khas mengawal persekitaran mereka ke arah kehidupan berdikari.
  • 4. VII. Bahan, alatan atau program yang membantu pembelajaran pelajar dengan keperluan khas. TEKNOLOGI TAHAP BANTUAN Bahan teknologi bantuan dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tanpa teknologi, bahan kos rendah dan mudah didapati, teknologi sederhana dan alat teknologi tinggi(Blackhurst, 1997). Setiap tahap mempunyai hubungkait diantara jenis alat dan bentuk latihan yang diperlukan untuk penggunaan alat dengan berkesan. Penggunaan tanpa teknologi adalah sebarang bentuk prosedur, khidmat dan keadaan sedia ada dalam persekitaran pelajar serta tidak memerlukan peralatan seperti khidmat bantuan atau sebarang bentuk pengajaran yang sistematik. Contohnya meliputi masa tambahan untuk menduduki peperiksaan, kertas warna dan khidmat pembaca untuk pelajar dengan masalah penglihatan. Sebarang bahan yang murah dan mudah didapati dari kedai ,katalog atau dibuat sendiri. Bahan berteknologi rendah adalah bahan yang berbentuk pasif dan tidak bergerak atau mungkin mempunyai peralatan yang mudah. Contoh bahan ini adalah seperti pengancing Velcro, pemegang pensel, kanta pembesar, bahan pembelajaran dalam kaset, tongkat, dan suis. Bahan sederhana ini merupakan bahan yang menggunakan mekanisme elektronik atau komputer yang mudah seperti perakam kaset, mesin kira elektronik yang mudah. Bahan teknologi tinggi ini merupakan bahan yang menggunakan teknologi tinggi seperti komputer, bahan pengajaran dalam bentuk perisian, papan kekunci alternatif dan perisian komunikasi augmentative. Bahan atau Alat Berteknologi Rendah Bahan atau Alat Berteknologi Tinggi Papan komunikasi Alat komunikasi augmentative Suis mudah Suis elektrik Alat pengimbas Papan kekunci alternatif Mainan menggunakan bateri Perisian komputer Tongkat Peralatan mobility menggunakan tenaga
  • 5. bateri atau elektrikPENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTUANTeknologi yang digunakan di dalam bilik darjah secara umumnya boleh membantumeningkatkan keupayaan semua pelajar sama ada pelajar tipikal (tanpa berkeperluan khas)atau kepada pelajar dengan keperluan khas dan mengalami ketidakupayaan tertentu.Komputer, mesin kira, perakam kaset, bahan perisian, dan lain-lain lagi adalah contoh-contohteknologi umum yang boleh didapati di dalam bilik darjah.Bagi pelajar dengan keperluan khas, kepelbagaian ketidakupayaan yang mereka alamimenunjukkan bahawa mereka memerlukan pengajaran khusus yang mengambil kiraketidakupayaan tersebut. Dalam keadaan ini, pengajaran dengan menggunakan teknologibantuan akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pelajardipertimbangkan apabila mereka dapat melakukan tugasan dengan lebih berkesan danbersendirian tanpa bantuan orang lain(Manisah & Zawawi, 2005).Pada suatu ketika dahulu, penggunaan teknologi bantuan hanya terhad dalam kontekspemulihan dan rehabilitasi bagi individu dengan masalah sensori, iaitu masalah penglibatandan masalah pendengaran. Ofeish et al.(2002) menyatakan penggunaan teknologi bantuandalam konteks pendidikan khas kini menujukkan guru-guru peka akan kegunaan dan manfaatyang boleh didapati oleh para pelajar mereka. Selaras dengan itu, adalah perlu bagi para guruuntuk memahami bagaimana penggunaan teknologi bantuan di dalam bilik darjah pendidikankhas dapat memberi peluang pelajar dengan keperluan khas mengawal dan meningkatkanpembelajaran mereka. Bila ini berlaku, tahap kefungsian pelajar akan meningkat dan seiringdengan itu tahap keyakinan diri mereka juga akan turut meningkat (Manisah,2002). Ini akanmemberi ruang kepada pelajar untuk belajar sendiri dengan berkesan. Disamping itu,pembelajaran koperatif dapat dilaksanakan yang membolehkan pelajar untuk mengambilbahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana dengan lebihbaik.Namun, ini bergantung kepada keperluan individu berkenaan dan sesuatu bahan itu tidakakan dapat memenuhi keperluan individu lain. Hal ini berlaku kerana pelajar berkeperluankhas mempunyai kelemahan, kekurangan, minat dan pengalaman yang berlainan antara satusama lain(Bryant et al. 1998). Kelainan dalam ketidakupayaan memerlukan pendekatan dan
  • 6. teknologi bantuan yang khusus kepada ketidakupayaan tersebut. Pelajar dengan masalahpendengaran atau penglibatan mungkin memerlukan bahan dan pendekatan yang berbeza.Begitu juga bagi pelajar dengan masalah pembelajaran akan dapat berlajar dengan lebih baikjika situasi pembelajaran mereka pengajaran distrukturkan mengikut tahap keupayaanmereka. Dalam kata lain, guru tidak boleh menggunakan teknologi bantuan berasaskan ciri-ciri am satu-satu ketidakupayaan tetapi hendaklah berasaskan tahap kefungsian dan ciri-ciripelajar itu sendiri. (Lueck et al., 2001)Keberkesanan penggunaan dapat dilihat dari segi keupayaannya meningkatkan dayapembelajaran pelajar berkeperluan khas. Duhaney (2000) menegaskan bahawa penggunaanteknologi memberi kesan kepada aspek kognitif dan meningkatkan pembelanjaanDalam konteks bilik darjah,keadaan atau situasi yang mungkin memerlukan teknologibantuan yang meliputi perkara-perkara umum dalam proses pengajaran dan pembelajaranyang meliputi antara berikut : 1) Bacaan 2) Penulisan dan aspek motor berkaitan aktiviti menulis 3) Belajar 4) Komunikasi 5) Kedudukan Posisi 6) Keperluan khas pelajar yang mempunyai ketidakupayaan sensori seperti mengalami masalah penglihatan dan pendengaran 7) Pembelajaran berbentuk computer Ringkasan dalam Jadual 4.2 menunjukkan bagaimana teknologi bantuan dapat membantu peningkatan keupayaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.2 Ringkasan Penggunaan Teknologi Bantuan dalam Proses Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Bantuan Contoh Sokongan PelajarBacaan Buku Elektronik (e-book) Kesukaran memahami teks Pengimbas perkataan Kesukaran memberi tumpuan Perisisan teks bacaanalat Kesukaran mengenal bacaan secara elektronik perkataan
  • 7. Penulisan dan aspek motor Pencengkam pensel/pen Kesukaran menulisberkaitan aktiviti menulis Kertas yang diubahsuai Kesukaran mengeja dan Templat penulisan membuat karangan Mesin pemprosesan perkataan Kad perkataan / buku Penyemak tatabahasa / ejaanBelajar Highilighters Kesukaran melakukan kerja Peralatan merakam dalam satu tempoh masa ; Pengimbas ‘hand-held’ kesukaran memahami Jadual kerja elektronik pembelajaran Jadual bergambar Kesukaran berkomunikasi dan memahami bahasaKomunikasi alternative dan Papan komunikasi Kesukaran untuk mendapataugmentative Kad bergambar kedudukan atau posisi yang Sintesister pertuturan betul disebabkan kecacatan Peralatan bersuara fizikalKedudukan atau posisi Ubah suai system Kesukaran untuk mendapat Pencahayaan kedudukan atau posisi yang Penyokong lengan betul disebabkan kecacatan Bangku alas kaki fizikal Ubah suai meja/kerusi Kerusi rodaPenglihatan Cermin mata Kesukaran untuk melihat / Kanta pembesar masalah penglihatan Buku bercetakan besar CCTV Pembaca skrin Mesin Braille Skrin computer beresolusi
  • 8. rendahPendengaran Pen dan kertas Kesukaran untuk mendengar System amplifier bergerak Alat bantu pendengaranPembelajaran berbantukan Pengesan bunyi huruf Kesukaran pembelajarankomputer Suis Perisian pengawalan suara Papan kekunci alternative Modul pembelajaranMatematik Garis nombor Kesukaran dalam matematik Lembaran kerja bersaiz besar Mesin kiraBagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan teknologi bantuan, contohdalam jadual 4.3 menunjukkan bagaiaman jenis teknologi bantuan yang pelbagai dapatmembantu dan menyokong seorang pelajar dengan keperluan khas dalam satu aktivitipembelajaran yang melibatkan kemahiran menulis.Jadual 4.3 : Penggunaan teknologi Bantuan untuk Membantu Peningkatan KemahiranMenulisTanpa teknologi / Teknologi Rendah Teknologi Sederhana / Teknologi TinggiPapan berklip untuk memegang kertas Mesin taipAlat tulis .contoh marker Computer dengan aplikasi word processorPensil pelbagai warna Penyemak ejaanPemegang pensel Perisian bersuara untuk word processorKertas pelbagai warna Papan kekunci alternativeKertas bergaris Perisian bersuara untuk papan kekunciTemplat penulisanAlat penyokong pergelangan tanganAlat penyokong lenganHelaian plastic mudah cuciEasel untuk menulisPelekat (untuk melekat kertas kepada meja)
  • 9. Ubah kedudukan pelajar semasa menulisMasa tambahan untuk menyiapkan aktiviti Sumber : Gavingan & Kurtts , (2009)PEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUANAdalah penting bagi guru pendidikan khas menentukan apakah bahan yang sesuai digunakanuntuk membantu pelajar berkeperluan khas mengikuti proses pengajaran dan pembelajarandengan berkesan. Secara amnya, pemilihan sesuatu bahan teknologi bantuan itu perluberfokuskan kepada pelajar yang akan menggunakan bahan tersebut. Ini dibuat denganmerujuk kepada kebolehan dan kekurangan pelajar tersebut, konteks penggunaan dan jenistugasan yang akan dilakukan dengan bahan berkenaan (Bryant et al 1998)Bagi menentukan bentuk bahan teknologi bantuan yang boleh dicadangkan untuk digunakanoleh seseorang pelajar, guru perlu mengambil kira kesesuaian bahan berkenaan denganberpandukan kepada beberapa kriteria pemilhan bahan. Kriteria yang disenaraikan dalamjadual 4.4 mengambil kira beberapa ciri penentu ( Edyburn 2000), faktor-faktor lain danpersoalan –persoalan berkaitan.Penentu PersoalanPeningkatan Mutu Hasil Kerja Adakah hasil kerja yang sedia ada bertambah baik jika menggunakan bahan teknolog bantuan?Ketepatan Adakah dengan pengguanaan teknologi bantuan, hasil kerja dapat dilaksanakan mengikut apa yang diperlukan?Kadar Kelajuan Bolekah teknologi bantuan yang digunakan dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan lebih cepat dari ditunjukkan?Kekerapan Adakah dengan penggunaan bahan teknologi bantuan dapat meningkatkan kekerapan pelajar melakukan sesuatu tugasan?
  • 10. Kebeasan Adakah teknologi bantuan dapat mebantu pelajar melakukan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain?Mudah alih dan Mudah guna Adakah bahan berkenaan jenis mudah alih dan mudah digunakan?Kos dan Kegunaan Adakah bahan yang dipilih seimbang dari segi kos penyediaan atau pembelian dengan kegunaannya?Lokasi Kefungsian Bolehkah bahan ini digunakan di tempat lain selain dari bilik darjah?Ketahanan dan Jangka Hayat Adakah bahan berkenaan tahan dipakai dalam keadaan yang pelbagai? Adakah bahan berkenaan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama?Kesesuaian Setakat mana bahan berkenaan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna?Ciri Keselamatan Apakah ciri keselamatan yang perlu diambil kira semasa menggunakan bahan yang dipilih?Disamping penggunaan criteria pemilihan yang diberikan dalam jadual 4.5, pertimbanganlanjut perlu dijalankan sebelum membuat keputusan pemilihan. Zabala (2000) mencadangkanpenggunaan Kerangka SETT (Student Enviroment Task Tools) dalam membuatpertimbangan lanjutan untuk pemilihan bahan teknologi bantuan. Kesesuaian penggunaanKerangka SETT ini adalah kerana ia menumpukan kepada empat aspek utama iaitu pelajar(students), persekitaran (environment), tugasan (Task) dan bahan/alat (Tools). Denganberasaskan kepada persoalan-persoalan berkaitan empat aspek ini, guru akan akan mendapatmaklumat tambahan untuk mengenalpasti atau membuat keputusan tentang pemilihan bahanteknologi bantuan yang sesuai.
  • 11. Jadual 4.5 Kerangka SETTPelajar Apa yang pelajar perlu lakukan? Apakah kekuatan/kebolehan pelajar? Apakah keperluan khas? Apakah umur pelajar?Persekitaran Apakah bahan dan alatan yang sedia ada dalam persekitaran pelajar? Apakah bentuk susunan fizikal (di sekitar pelajar)? Adakah terdapat sebarang persoalan berkaitan susunan tersebut? Apakah bentuk/konteks penyampaian pengajaran? Adakah akan berlaku perubahan dalam bentuk/konteks berkenaan? Apakah sokongan atau bantuan yang ada untuk pelajar? Adakah terdapat resos atau maklumat dan bahan yang ada kepada individu yang menbantu/ menyokong pelajar?Tugasan Apakah bentuk aktiviti yang dilaksanakan dalam persekitara pelajar? Apakah bentuk aktiviti yang menyokong penyampaian kurikulum kepada pelajar? Apakah elemen yang penting dalam aktiviti di atas? Bagaimana aktiviti itu dapat diubahsuai untuk memenuhi keperluan khas pelajar? Bagaimana penggunaan teknologi dapat menyokong penglibatan aktif pelajar
  • 12. berkenaan?Bahan/alat Apakah pilihan tekknologi yang perlu diambil kira semasa membina sistem sokongan dalam persekitaran sedia ada bagi pelajar dengan keperluan khas? Apakah strategi yang boleh digunkan untuk meningkatkan pencapaian pelajar? Bagaiaman alat yang bakal digunakan dicuba dalam persekitaran pelajar?Dengan merujuk kepada kerangka SETT, Iaitu Beberapa elemen wujud untuk memastikanbahawa pemilihilan teknologi yang di lakukan harus sebaik mungkin dan memenuhikeperluan pembelajaran penggunaannya. Elemen tersebut meliputi antara lain: proses,komunikasi perspektif pelbagai pihak, kolaborasi antara pelbagai pihak,fleksibiliti danmaklumat serta sumber dan data yang berkaitan. 1. proses SETT merujuk kepada proses, usaha, aktiviti yang berterusan dalam seluruh proses pembelajaran pelajar. 2. komunikasi perspektif pelbagai pihak merujuk kepada komunikasi antara semua ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan mengemukakan pelbagai pandangan berkaitan pelajar, persekitaran, tugasan dan alatan atau bahan. 3. kolaborasi antara setiap ahli kumpulan pelbagai perspektif dan disiplin adalah penting untuk kejayaan dalam perancangan , pelaksanaan dan penerusan. 4. Untuk setiap ahli kumpulan harus menunjukan keluwesan apabila mempertimbangkan bantuan sebagai teknologi yang sesuai mengikut kegunaandan kesesuaian bagi setiap pelajar. 5. Maklumat dan sumber mengikut kerangka SETT merupakan semua maklumat dan sumber penting yang berkaitan 6. Kumpulan menggunakan data penaksiran formal dan tidak formal bagi membantu dalam proses membuat keputusan
  • 13. PERANAN KUMPULAN PELBAGAI PRESPEKTIF DAN DISIPLIN DALAMPEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUANDisiplin adalah perlu agar dapat menyediakan perkhidmatan teknologi bantuan, maklumatdaripada satu yang berkesan. Mempunyai prespektif yang pelbagai daripada sejumlah disiplinakan memastikan keperluan-keperluan pelajar akan terarah dan perkhidmatan yangdisediakan dapat merentasi semua persekitaran. Ahli -ahli kumpulan pelbagai prespektif dandisiplin ialah pelajar,ibubapa,pakar teknologi bantuan,guru aliran perdana,guru pendidikankhas, terapi cara kerja,terapi pertuturan, pentadbir sekolah, pembantu murid dan pihak lainyang diperlukan terlibat. Berikut ringkasan peranan setiap ahli: 1. Ibu bapa : ibu bapa harus menyediakan prespektif tentang pelajar, keperluannya, tabiat- tabiat, cita rasa dan keupayaan untuk merentasi persekitaran yang berbeza. 2. Pelajar : untuk menentukan jenis dan teknologi bantuan input daripada pelajar adalah penting. 3. Pakar teknologi bantuan : pakar tersebut dapat membantu dalam mengenal pasti bentuk adaptasi, akomodasi atau perkhidmatan yang penting untuk meningkatkan, mengekalkan atau memperbaiki keupayaan fungsioal pelajar. 4. Guru pendidikan khas : guru pendidikan khas dapat mecadangkan pengubahsuaian dan strategi pengangajaran bagi memenuhi keperluan pelajar pelajarnya. 5. Guru aliran perdana : guru boleh mengenal pasti pengubahsuaian matlamat kurikulum bahan bahan serta sokongan tambahan bagi membolehkan pelajarnya dapat Berjaya dan turut serta dalam aktiviti aktiviti yang di sediaka dalam bilik darjah. 6. Terapi cara kerja : membantu pelajar berkaitan dengan motor halus,kedudukan serta mobility dan strategi untuk mengakses teknologi dengan tujuan pembelajaran dan komunikasi. 7. Terapi pertuturan : terapi Pertuturan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti, menilai, membuat diagnosa, dan melakukan rehabilitasi atau intervensi dalam masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi pelajar. 8. Pentadbir sekolah : pentadbir menyelia RPI, memperuntukan masa pekerja, memberi sokongan serta pembiayaan. 9. Pembantu murid : menyediakan isu isu yang berkaitan dengan pelajar semasa pelajar tersebut berada di sekolah.
  • 14. Secara keseluruhan adalah kumpulan pelbagai perspektif dan disiplin mengambilkonsep yang berpusatkan pelajar dan ahli kumpulan yang berada di dalam atau luarpersekitaran pembelajaran murid. Selain itu ahli kumpulan pula menyediakan maklumattentang pelajar merentasi sema persekitaran dan konteks serta kumpulan juga berkuasa untukmembuat keputusan mengenai alat teknologi bantuan dan perkhidmatan. Untuk menyediakanpengajaran dan khidmat yang bermutu tinggi, pihak yang terlibat dalam membuat keputusantentang penggunaan teknologi bantuan yang sesuai perlulah mempunyai pengetahuan dankemahiran dalam pemilihan dan aplikasi penggunaan teknologi bantuan, Abner danLahm(2002).ARAH TUJU KEGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUANUsaha untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin untuk pelajar berkeperluan khasadalah sesuatu yang berkaitan dengan keupayaan pihak yang berkenaan untuk menentukankeberkesanan penggunaan bahan teknologi bantuan.berkaitan dengan arah kegunaan bahanberkenaan ada 4 perkara yang di kemukakan oleh Edyburn(2000) iaitu: 1. Mengenali fungsi dan had atau limitasi bahan dalam meningkatkan pencapaian seseorang, 2. Menentukan kosep bentuk teknologi yang digunakan, 3. Menentukan bentuk perkhidmatan berkaitan bahan teknologi yang disediakan, 4. Mendokumenkan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan. Ada juga factor factor lain yang menghalang dan yang meyokong penggunaanteknologi bantuan. Kemudian pemantauan kemajuan dan penyelarasan penggunaan teknologiharus dilakukan. Penggunaan bahan teknologi dapat dilihat daripada hasil yang di tunjukan dan dalamkonteks pendidikan khas hasil boleh merupakan maklum balas pelajar, guru dan ibu bapaterhadap pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Penggunaan bahan teknologi ini harusdilatih atau bantuan teknikal sebelum pelajar menggunakan bahan tersebut, kumpulan inimeliputi pelajar, guru, ibu bapa atau penjaga. Istilah daripada (universal design for learning) iaitu memberi ruang kea rahpengintegrasian teknologi untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan menyokongkeperluan pendidikan semua pelajar.konsep ini yang memberikan erti bahawa ruang fizikal
  • 15. dan persekitaran yang disediakan untuk individu yang berkeperluan khas dengan yang tidakbekeperluan khas. Menurut Gavigan&Kurtts(2009) yang mengatakan bahawa dalam kontekspengajaran dan pembelajaran, apabila guru merancang pengajaran dengan mengambil kirakonsep-konsep reka bentuk sejagat untuk pembelajaran, ini Rmembawa maksud bahawa guruberkenaan bersedia untuk menerima pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yangberbeza dengan tahap keupayaan yang berbeza.

×