50 katalog alamat internet berkaitan bahasa melayu

  • 2,608 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
2,608
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
128
Comments
2
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 50 KATALOG ALAMAT INTERNET BERKAITAN BAHASA MELAYUBIL TAJUK Memperkasa Bahasa Kebangsaan URL http://galusbm.blogspot.com/ SINOPSIS Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia 1 di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam”BIL TAJUK Bahasa Melayu Kuno URL http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html SINOPSIS Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam 2 masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.BIL TAJUK Asal Usul Bahasa Melayu URL http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm SINOPSIS Artikel ini membincangkan mengenai asal usul bangsa Melayu, perkembangan 3 bahasa Melayu, peralihan bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden.BIL TAJUK Kata Homograf URL http://members.tripod.com/~nita_73/Kata_Homograf.html SINOPSIS Artikel ini adalah mengenai definisi, contoh – contoh kata homograf, dan juga 4 cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak, rending, semak, perang, sela, tekad, selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.BIL TAJUK Soalan Karangan Pelbagai Jenis URL http://members.tripod.com/~nita_73/soalan_karangan.html SINOPSIS Artikel ini memberi latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan 5 keperihalan, fakta, cereka, imaginasi, perbincangan, pendapat, ulasan, dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.BIL TAJUK Mari Belajar Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua URL http://tatabahasabm.tripod.com/lamanbm/bingkai.htm SINOPSIS Artikel ini adalah berkaitan tentang golongan kata.katabantu.kata bilangan.kata 6 hubung.kata kerja,kata nafi.kata nama.kata pangkal.kata pemeri.kata penegas.kata penguat.kata perintah.kata seru.kata sifat.kata tanya.kata keterangan.kata ganda
  • 2. BIL TAJUK Laman Web Khusus Untuk Belajar Bahasa Melayu URL http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760694/1/ SINOPSIS Artikel ini adalah berkaitan dengan tatabahasa, karangan, dan sebagainya. Selain itu, ianya juga membincangkan tentang Laman Tatabahasa Melayu (khusus untuk Tatabahasa), Website Laporan Prestasi Pelajar Bagi Subjek Bahasa Melayu, Jurnal Berkaitan Pemarkahan Karangan Umum dan UPSR, Koleksi Cerita Dongeng Kanak- kanak, Laman Web Penulisan dan Karangan UPSR dari SK Darau, Laman Web Mengenai Asal Usul Bahasa Melayu, Fail PDF Kesusasteraan Melayu <-Klik Kanan 7 dan pilih Save Target As untuk muat turun fail, Fail PDF Senarai Ungkapan, Rangkai kata dan Peribahasa, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Sekolah Rendah, Fail PDF, Nota-nota Berkaitan Bahasa Melayu dan Sastera, Laman Web Bahasa Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5, Ulasan Buku - Sari Pustaka (Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun), Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu (Format Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun).BIL TAJUK Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia URL http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php SINOPSIS Rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah (Malaysia, 8 Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBPBIL TAJUK Teknik Membaca SQ3R URL http://www.scribd.com/doc/48230854/TEKNIK-BACAAN-SQ3R SINOPSIS SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). 9 Ia merupakansatu kaedah membaca yang memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang terdapatdalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.BIL TAJUK Pemarkahan Karangan Umum Dan Karangan Upsr URL http://www.sabah.net.my/gordie/mpks/jurnal.htm#esei%20pedagogi%20bahasa SINOPSIS Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah10 diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.BIL TAJUK Kaedah pengajaran pengajaran karanagn di sekolah rendah URL http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2010/02/kaedah- pengajaran-pengajaran-karanagn.html11 SINOPSIS Sekali lagi, karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa
  • 3. perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian dengan murid-murid cikgu.BIL TAJUK Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR URL http://dukeamienerev.blogspot.com/2005/04/petua-penulisan-karangan-bahasa- melayu.html12 SINOPSIS Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.htmlBIL TAJUK Suasana Pengajaran bahasa Melayu yang Menarik dan Betul melalui Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu URL http://klikweb.dbp.my/?p=1404 SINOPSIS Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata13 pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.BIL TAJUK Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu URL http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=10&title=huraian-sukatan- pelajaran-bahasa-melayu&more=1&c=1&tb=1&pb=1 SINOPSIS Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan14 insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.BIL TAJUK Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa? URL http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf SINOPSIS Adalah lumrah apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan15 perkembangan mental mengenai perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar kehidupan, perkembangan mental dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.BIL TAJUK Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu URL http://bm.skseriampang.net/hsp/hsp_bm_sk_y4a.pdf SINOPSIS Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai16 oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap
  • 4. keupayaan murid. Hasil pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).BIL TAJUK Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu URL http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20- %20Kajian_TeknikDrama_OrangAsli.pdf SINOPSIS Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu.17 Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranyaBIL TAJUK Teknik Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu URL http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/1998_5_Asan.pdf SINOPSIS Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah. Banyak teknik boleh18 digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan dalam pengajaran bahasa.BIL TAJUK Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Bilik Darjah URL http://nsrajendran.tripod.com/Papers/dayafikir2001.pdf SINOPSIS Program mengajar kemahiran berfikir secara formal kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai kejayaan yang terhad. Apa19 yang penting ialah kita harus belajar daripada pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama ini dan berusaha memurni dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.BIL TAJUK Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D) URL http://www.maceip.edu.my/maceip/index.php?option=com_content&view=article& id=112:kaedah-pengajaran-membezakan-bentuk-dan-bunyi-huruf-yang-hampir- sama--b-dan-d-&catid=24:modul&Itemid=24 SINOP Modul ini disarankan untuk digunakan oleh guru-guru dalam memperkenalkan huruf- SIS huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dengan d. Langkah –20 langkah yang dijalankan dalam modul ini mampu mempercepatkan proses pengenalan huruf ini dan mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan. Modul ini juga tidak memberatkan tugas guru di mana guru hanya memerlukan bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf seperti kad huruf sahaja. Pengajaran ini dirangka dengan mempelbagaikan penggunaan kad huruf di samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung murid-murid dengan huruf-huruf.
  • 5. BIL TAJUK Memartabatkan Bahasa Melayu URL http://galusbm1.blogspot.com/2010/04/memartabatkan-bahasa-melayu.html SINOPSIS Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan,21 ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.BIL TAJUK Penulisan Bahasa Melayu URL http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab3.html SINOPSIS Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa: (a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong. (b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita22 tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.BIL TAJUK BML 4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa Melayu URL http://sosiolinguistik.blogspot.com/ SINOPSIS Kursus ini khusus mengajarkan tatasosial untuk guru bahasa Melayu supaya mereka arif berbahasa Melayu di samping menguasai tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan23 semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.BIL TAJUK Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah URL http://mohammadfaizalwahab.blogspot.com/ SINOPSIS Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar24 yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.BIL TAJUK Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak URL http://www.ukm.my/jtlhe/pdf/ZAMRI%20MS%201.pdf25 SINOPSIS Kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak merupakan sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit sebanyak
  • 6. membantu pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia khususnya. Hanya melalui ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam kursus-kursus terpilih di IPTS dapat ditingkatkan.BIL TAJUK Bahasa Malaysia Sekolah Rendah URL http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bmsr.php SINOPSIS Artikel ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi26 kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman 2, kata adjektif, kata hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan bahasa 1, simpulan bahasa 2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.BIL TAJUK Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: Satu Tinjauan URL http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20- %20Kajian_Komsas.pdf SINOPSIS Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak27 penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).BIL TAJUK Sintaksis URL http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm SINOPSIS Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau28 konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.BIL TAJUK Susunan Unsur Ayat URL http://www.adap.com.my/info.php?id=413 SINOPSIS AYAT ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa.29 Ayat mengandungi makna yang lengkap. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda baca titik.BIL TAJUK Tatabahasa bahasa Melayu URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu SINOPSIS Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah30 morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
  • 7. atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.BIL TAJUK Ayat: Subjek & Predikat…? URL http://azemi09.wordpress.com/2010/01/04/ayat-subjek-predikat/ SINOPSIS Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.31 Subjek + Predikat = Ayat Subjek + Predikat = Ayat Biasa Predikat + Subjek = Ayat Songsang Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan. Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.BIL TAJUK Susunan Ayat URL http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =1163&Itemid=496 SINOPSIS Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat32 yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.BIL TAJUK Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu URL http://lincahtaiping.wordpress.com/2008/08/29/perkataan-pinjaman-dalam- bahasa-melayu/ SINOPSIS Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat,33 kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.BIL TAJUK Kata Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu: Satu Kajian Makna URL http://www.durusarabiyyah.com/wp-content/uploads/Kajian-Ilmiah-Kata- Pinjaman-Bahasa-Arab.pdf SINOPSIS Semua bahasa meminjam perbendaharaan kata daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan34 kata dan istilah kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat manfaat daripada kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji sudut makna leksikal pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
  • 8. BIL TAJUK Senarai Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_Sanskrit_dala m_bahasa_Melayu35 SINOPSIS Artikel ini berkaitan tentang daftar kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Untuk penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden.BIL TAJUK Senarai Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kaedah_pengejaan_istilah_pinjaman_bahas a_Melayu36 SINOPSIS Artikel ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam dari bahasa asing seperti ae, aer, ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu, oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch, ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak lagi.BIL TAJUK Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu URL http://www.tutor.com.my/stpm/unsur_asing/unsur.htm SINOPSIS Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu. a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)37 b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. c. Kegemaran menggunakan bahasa asing. d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.BIL TAJUK Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu URL http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html SINOPSIS Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat38 harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa- bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.BIL TAJUK Sejarah Bahasa Melayu URL http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/2007/07/31/sejarah-bahasa-melayu/ SINOPSIS Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami39 perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu
  • 9. juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.BIL TAJUK Variasi Bahasa URL http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm SINOPSIS Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra,40 bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.BIL TAJUK Kata Pinjaman DalamBahasa Melayu URL http://www.scribd.com/doc/13626069/Kata-Pinjaman-Dalam-Bahasa-Melayu SINOPSIS Dalam perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahaputama; Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik danBahasa Melayu Moden Bahasa Melayu kuno merupakan keluarga bahasaNusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abadke-13 iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya. Bahasa Melayu klasik41 berkembang pesat bermula dari abadke-13 dan digunakan dalam zaman pemerintahankerajaaan Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitusebelum penjajahan British.Tiga tahap utama perkembangan Bahasa Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasaBIL TAJUK Linguistik Melayu URL http://www.ukm.my/penerbit/f758-7.html SINOPSIS Linguistik Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan42 secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa, linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan sebagainya.BIL TAJUK Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia (Bahagian 1) URL http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/kajian-bahasa-dan-linguistik- melayu-di.html SINOPSIS Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam43 Melayu sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang 17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi,
  • 10. geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, kata umum.BIL TAJUK Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu URL http://www.ukm.my/penerbit/fx950-3.html SINOPSIS Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik.44 Kandungan langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas oleh pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama.BIL TAJUK Pameran Literasi Bahasa Melayu URL http://www.ipgkrajang.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id =149:pameran-literasi-bahasa-melayu&catid=37:pengenalan SINOPSIS Pameran Literasi Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang wajib setelah selesai45 membuat bahan sumber mengajar dengan jayanya. Pameran ini melibatkan semua pelajar PISMP Semester 2/2010 yang merangkumi kumpulan PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pengajian Sosial, PISMP Bahasa Cina dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina IPG Kampus Rajang.BIL TAJUK Teori Pemerolehan Bahasa URL http://aranaz13.blogspot.com/2011/01/teori-pemerolehan-bahasa.html SINOPSIS Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman46 lampau mereka Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa.BIL TAJUK Pandangan-Pandangan Teoritis Kaum Behaviorisme Tentang Pemerolehan Bahasa Pertama URL http://www.bpkpenabur.or.id/files/Hal.28-33%20Teori%20Behaviourisme.pdf47 SINOPSIS Teori Behaviorisme mengatakan bahwa peniruan sangat penting dalam
  • 11. mempelajari bahasa. Teori ini juga mengatakan bahwa mempelajari bahasa berhubungan dengan pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-respon dengan proses penguatannya. Proses penguatan ini diperkuat oleh suatu situasi yang dikondisikan, yang dilakukan secara berulang-ulang. Sementara itu, karena rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses pembelajaran, anak-anak akan merespon dengan mengatakan sesuatu. Ketika responnya benar, maka anak tersebut akan mendapat penguatan dari orang-orang dewasa di sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan anak akan menguasai percakapan.BIL TAJUK Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis URL http://www.scribd.com/doc/46655673/Aktiviti-Pratulisan-Dan-Tulisan-Mekanis SINOPSIS Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkatmekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalahtempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapatmenulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam48 tempoh masa ini latihan otot-otot,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslahsistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.BIL TAJUK Bengkel Aktiviti Pratulisan URL http://www.scribd.com/doc/62384792/Bengkel-Aktiviti-Pratulisan SINOPSIS Bengkel Aktiviti PratulisanMelaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata.Penghasilan ABM bagi tajuk tersebut telah dibuat dalam memuatkan aktiviti yang melibatkanpergerakan jari, tangan dan mata. ABM yang dihasilkan adalah Papan Bentuk. Alat ini digandingkanbersama plastesin. Papan bentuk ni disediakan49 dengan pelbagai bentuk iaitu segi empat sama, segiempat tepat, bulat dan sebagainya. Objek pada Papan Bentuk dibina dalam beberapa tahapkesukaran bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini secara berperingkat dan seniasa majuke hadapan. Selain itu, nama-nama objek turut dipamerkan agar murid-murid dalam melihat,mengeja, dan menyebut. Plastesin digunakan untuk menghasilkan bentuk Papan Bentuk.BIL TAJUK Kemahiran Membaca URL http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm SINOPSIS Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara50 meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.