Your SlideShare is downloading. ×
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

keselamatan bengkel

2,656

Published on

Keselamatan dan organisasi bengkel dalam konteks pendidikan di Malaysia.

Keselamatan dan organisasi bengkel dalam konteks pendidikan di Malaysia.

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,656
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
137
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR NAMA KURSUS : KEMAHIRAN HIDUP - ELEKTIF TAJUK: KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL/TEMPAT KERJA Disediakan oleh; Baharudin Saleh Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO, Batu Pahat, Johor. Email: baharudin@iptho.edu.my / blog: www.rekateknologi.blogspot.com
  • 2. ISI KANDUNGAN A. 3 Peraturan keselamatan bengkel Peraturan keselamatan alatan B. PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL 6 7 PENGURUSAN KESELAMATAN Keselamatan Peraturan Keselamatan Peralatan Keselamatan Tatacara Pakaian Keselamatan Alat Pemadam Api Jenis Pemadam Api, Kegunaan Dan Cara Penggunaannya Pertolongan Cemas Jenis-Jenis Luka Cara menahan darah Pembebatan & pembalutan Jenis-jenis patah Tanda-tanda kecederaan tulang Prinsip rawatan secara am Peti pertolongan cemas C. 8 8 9 10 11 11 12 12 13 14 15 15 16 16 PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN 17 Rujukan 18 2
  • 3. A. PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL Untuk mempunyai pengurusan bengkel mekanikal yang baik, mestilah mempunyai struktur organisasi bengkel yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada murid. Struktur organisasi bengkel yang baik mesti lah mempunyai seorang ketua dan penolong ketua yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemilihan ketua dan penolong ketua didalam sesebuah bengkel boleh dilakukan oleh murid sendiri bagi mendapat kerjasama rakan sekelas. Contoh carta organisasi bengkel mekanikal adalah seperti berikut: GURU KETUA KELAS PENOLONG KETUA KETUA KUMP A KETUA KUMP B KETUA KUMP C KETUA KUMP D Jika satu unit mempunyai lebih dari seorang murid, maka salah seorang murid akan dilantik sebagai ketua bagi kumpulan tersebut. Ketua kumpulan adalah bertanggungjawab bagi memastikan ahli-ahli yang lain melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab. Pembahagian tugas hendaklah dibahagikan dengan adil kepada setiap kumpulan. Jadual tugasan dapat memastikan giliran tugasan yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan adil, contoh jadual tugasan adalah seperti berikut: 3
  • 4. Minggu Tugas 1 2 3 4 Menyusun dan memeriksa alatan A B C D Menyapu lantai dan membuang sampah B C D A Menutup tingkap, suis lampu, kipas, dan memadam papan hitam C D A B Mengumpul dan menyimpan baki bahan kerja dan projek D A B C Gambar foto: Susunan bengkel yang kemas 4
  • 5. Pentujuk : laluan kecemasan 5
  • 6. Gambar foto : Susunan bahan Gambar foto : Susunan alatan Peraturan keselamatan bengkel 1. Bengkel mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur 2. Murid mestilah mengenal pasti tempat khas yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan. 3. Pastikan semua alat kawalan dan suis elektrik dibengkel berfungsi dan baik 4. Bengkel mestilah mempunyai kotak pertolongan cemas 5. Pastikan semua suis dipadamkan sebelum meninggalkan bengkel 6
  • 7. Gambar foto : Susunan peralatan Gambar foto : peti pertolongan cemas Rajah : soket alir keluar yang bahaya untuk digunakan Rajah : sambungan elektrik yang tidak patut dilakukan Pahat kepala cendawan, tidak sesuai digunakan Pahat yang sesuai untuk digunakan Rajah : alatan yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan Peraturan keselamatan alatan 1. Sebelum menggunakan alatan, pastikan alatan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. 2. Gunakan alatan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat 3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan simpan semula di tempat yang telah dikhaskan 7
  • 8. B. PENGURUSAN KESELAMATAN Sesuatu kemalangan boleh berpunca dari keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah penting untuk mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan. Keselamatan a. Peraturan keselamatan • Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti - Mengelakkan kemalangan dan menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid. - Membantu guru dalam memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa menjalankan kerja praktis. - Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i. peraturan keselamatan am ii. peraturan keselamatan diri iii. peraturan keselamatan alatan dan bahan Peraturan keselamatan i. Peraturan keselamatan am - Mendapatkan kebenaran guru : keluar & masuk bengkel - Buka semua tingkap dan pintu semasa P&P KH berjalan - Melabelkan semua alatan dan bahan - Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan - Membersihkan meja dan bengkel setelah selesai aktiviti - Memastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik ii. Peraturan keselamatan diri - Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa - Memakai apron, kasut, baju berlengan pendek dan mengikat rambut - Menggunakan alat perlindungan diri seperti gogal, sarung tangan, mask dan penutup telinga jika perlu - Jangan bermain atau bergurau senda semasa berada di bengkel - Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan - Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas aktiviti di bengkel - Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera 8
  • 9. Peralatan Keselamatan Nama Alatan Gambar Foto Kegunaan Gogal Digunakan semasa melakukan kerja berikut:  Menggerudi  Mencanai  Memahat Pelindung telinga Digunakan semasa melakukan kerja berikut:  Mencanai  Memotong besi Sarung tangan kulit Digunakan semasa melakukan kerja mengimpal Kasut keselamatan Murid haruslah menggunakan kasut keselamatan atau kasut yang sesuai sepanjang berada didalam bengkel 9
  • 10. Tatacara Pakaian Keselamatan Gambar foto : contoh pakaian yang sesuai Gambar foto : contoh pakaian yang sesuai 10
  • 11. ALAT PEMADAM API 1. Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai jenis dan bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran. 2. Anda perlu mengetahui cara menggunakan setiap jenis alat pemadam api jika berlaku kebakaran. Jenis Pemadam Api, Kegunaan Dan Cara Penggunaannya. Jenis Pemadam Api Kelas A : Jenis Air Kegunaan Memadam kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kayu, kain dan kertas. Cara Penggunaan 1. Cabut pin keselamatan pada tuas. 2. Halakan muncung ke arah api. 3. Tekan tuil. Kelas B : Jenis Buih Memadam kebakaran yang melibatkan bahan cecair dan gas mudah terbakar seperti minyak, cat, varnish, gas asli dan gas asetilena. 1. Cabut pin keselamatan pada tuas. 2. Halakan muncung ke arah api. 3. Tekan tuil. Kelas C : Jenis Karbon Dioksida Memadam kebakaran yang berpunca dari arus elektrik seperti papan transformer, peralatan kuasa elktrik, gas dan wap. 1. Cabut pin keselamatan pada tuas. 2. Halakan muncung ke arah api. 3. Tekan tuil. Kelas D : Jenis Serbuk Kering Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan pada tuas. yang melibatakan 2. Halakan muncung ke arah api. bahan logam dan 3. Tekan tuil. bukan logam seperti kalium, magnesium, natrium, titanium dan kebakaran yang boleh dipadamkan oleh pemadam api kelas A, B dan C. 11
  • 12. Pertolongan Cemas Definisi Pertolongan Cemas Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor. Matlamat utama: >untuk menyelamat nyawa >mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk >mengurangkan kesakitan. >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor JENIS-JENIS LUKA RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM A) Luka-luka kecil . Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: # bersihkan tangan dengan sabun.Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. # keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster. B) luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: ~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. ~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. ~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. ~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. ~ Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek. ~ bawa mangsa ke hospital. 12
  • 13. CARA MENAHAN DARAH a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertakan dengan patah. 1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan. 2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah. 3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. 4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit. b) Tekanan tidak tepat – tekan pada urat nadi. ~Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). ~Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. ~Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. ~Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. ~Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong . ~Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut. c) Anggota terputus – kawal darah dari berterusan keluar. ~Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. ~Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. ~Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. ~Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. ~Hantar mangsa ke hospital. Jenis-jenis luka 13
  • 14. PEMBEBATAN & PEMBALUTAN Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka. Fungsi pembebat dan balutan adalah: ~Mencegah jangkitan kuman ~Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah, ~Mengawal pendarahan dan melindungi luka Jenis-jenis pembebatan ialah: Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman Pembebat pembebat biasa – gauze Peraturan membalut; ~Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ~Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. ~Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. ~Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka. ~Gunakan pembalut untuk memegang pembebat. ~Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh Cara dan kaedah Pembebatan (dressing) & Pembalutan Sumber: http://www.ensiklopediapramuka.com/ 14
  • 15. JENIS-JENIS PATAH Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori; 1. Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka. 2. Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang. 3. Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain. 4. Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak. 5. Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. 6. Patah simple. Tulang patah dua sahaja. TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG ~Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. ~Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah. ~Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. ~Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal. ~Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot. ~Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal. 15
  • 16. PRINSIP RAWATAN SECARA AM Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut : ~Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. ~Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. ~Lakukan rawatan ditempat kejadian. ~Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. ~Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. ~Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. ~Tutup dengan kain yang bersih. ~Halang / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. ~Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat. Peti Pertolongan Cemas  Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa. Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubatan yang terdapat dalam perti pertolongan cemas. Ubatan yang disimpan di dalam peti ini hendaklah dilebelkan nama, jenis serta kegunaannya.  Peti tersebut tidak harus dikunci dan hendaklah diperiksa dari masa ke semasa. Bagi memastikan kandungannya cukup serta dalam keadaan yang sempurna. Gambar foto : peti pertolongan cemas 16
  • 17. C. PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Rekod kemalangan dapat membantu guru : i. Mempertingkatkan pengurusan bengkel ii. Memastikan kemalangan yang sama tidak berulang iii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan siasatan lanjut sebagai bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencengahan kemalangan yang diamalkan berkesan mahupun tidak Bil Tarikh Masa 1 18.4.2013 10.00pg Nama yang terlibat Abd Yusuf bin Ahmad Kelas Jenis Kemalangan Guru Bertanggungjawab 5A Luka terkena gergaji E. Abu bin Ali Rawatan T.Tangan Diberi rawatan dalaman Saksi Kamal bin Karim (5A) Yahya bin Yan (5A) Contoh Rekod kecemasan dan kemalangan makmal/bengkel kemahiran hidup 17
  • 18. RUJUKAN; Black, Bruce J.(2010). Workshop Processes, Practices, and Materials 4th Edition. Burlington, MA: Newnes Garg, S.K. (2009).Comprehensive Workshop Technology (Manufacturing Process) 3th Edition. Laxmi Publications. Wagner, Willis H. , Kicklighter, Clois E. (2006). Modern Woodworking: Tools, Materials, and Procedures. Goodheart-Willcox Publisher ____________. (1997). Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah; disusun oleh Jawatankuasa Keselamatan Bengkel Sekolah Kementerian Pelajaran, Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18

×