• Save
Ahadith berkaitan maulidul rasul
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Ahadith berkaitan maulidul rasul

on

  • 497 views

 

Statistics

Views

Total Views
497
Views on SlideShare
497
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Ahadith berkaitan maulidul rasul Document Transcript

  • 1. HADIS-HADIS BERKAITAN SAMBUTAN MAULIDUR RASULPENSYARAH:MUHAMMAD HAMZI BIN JAMALUDINDISEDIAKAN OLEH:NUR SAHILA BINTI SAPI’E 891231-23-5176SHARINA BINTI SAAD 870922355756SHAKIRAH BINTI ABU BAKAR 860430085164
  • 2. 1HADITH-HADITH BERKAITAN SAMBUTAN MAULIDUR RASULRasulullah SAW menzahirkan kesyukuran kepada Allah dan membesarkan hari kelahiranBaginda dengan berpuasa pada setiap hari Isnin. Begitu juga para sahabat berpuasa pada hariIsnin seperti Rasulullah SAW. Sambutan Maulid tidak hanya dikhaskan setahun sekali tetapisetiap Isnin bagi memperingati rahmat besar kelahiran Baginda ke dunia ini.Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menafikan hadith di atas sebagai dalil sambutanMaulidur Rasul digalakkan. Rasulullah SAW berpuasa setiap hari Isnin dan tidak dibezakanminggu atau bulan (kecuali bulan Ramadhan dan kes tertentu seperti eid) dan ini tiada kaitandengan perayaan maulidul rasul yang dikhaskan setahun sekali.Selain hari Isnin, Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari Khamis. Hadis di atas berkaitanperihal sunat berpuasa pada hari Isnin dan bukan berkaitan perayaan/eid. Jika diteliti hadispenuh dalam hadis ke-2603, nyata jawapan-jawapan Rasullullah terhadap semua soalan yangdiajukan sahabat berkisar tentang ibadah puasa.Yang sahih dan pasti ialah hari Rasulullah SAW dilahirkan ialah pada hari Isnin, tetapi berlakukhilaf yang banyak akan tarikh sebenar Rasulullah SAW lahir. Perkara ini tidak diberatkan olehgolongan salafus-soleh kerana perayaan maulid tidak penting dan tidak dilakukan pada zamanRasulullah SAW. Bahkan tiada sebarang bukti muktamad daripada hadis bahawa RasulullahSAW atau golongan salafus-soleh merayakan maulidul rasul kecuali dakwaan yang kami tidakdapat pastikan bahawa Imam al-Auzaie (tabi‟ut tabi‟in) ada menulis tentang maulidul rasul.Malah tiada juga sebarang komentar daripada pengasas mazhab yang empat akan maulidulrasul kerana ianya tidak disambut oleh golongan mutaqaddimin.1. Dari Abu Qatadah al-Ansari bermaksud: SesungguhnyaRasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Bagindamenjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.
  • 3. 2Diriwayatkan dari Imam Bukhari bahawa Abu Lahab setiap hari Isnin diringankan seksanyadengan sebab memerdekakan budak Tsuwaybah sebagai ungkapan kegembiraannya ataskelahiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam.Dalam kitab Fathul Bari, syarah kepada kitab Sahih Bukhari , Imam Ibnu Hajar al-Asqolanimencatitkan: “Imam As- Suhaili menyebut bahawa Al-Abbas telah bermimpi bertemu Abu Lahab, Abu Lahab menceritakan tiada rehat dari seksa melainkan diringankan setiap hari Isnin.Berkata Abbas: “Demikian itu kerana Nabi dilahirkan pada hari Isnin. Thuwaibah telahmemberitakan khabar gembira kelahiran Rasulullah saw, lalu ia dimerdekakan”.Selain riwayat tersebut terdapat lagi riwayat-riwayat dari Ismaili (guru Imam al-Bukhari) danImam Abdul Razzak dari Ma‟mar dari Az- Zuhri dan dari Imam al-Bukhari sendiri yangmengatakan diringankan siksa Abu Lahab sehingga dapat menghisap sedikit air dari anak jariatau dicelah ibu jari.Jika Abu Lahab yang bukan muslim dan al-Quran jelas mencelanya, diringankan seksanyalantaran ungkapan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam, makabagaimana dengan orang yang beragama Islam yang gembira dengan kelahiranRasulullah Shalallahu „alaihi wasalam. Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq dan kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith SyeikhDr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga menyebut tentang perkara di atas.2. Diceritakan oleh Ursa/Urwah:Thuwaibah merupakan hamba abdi perempuan merdeka yangdibebaskan oleh Abu Lahab, dan kemudian dia menyusukanRasulullah. Apabila Abu Lahab meninggal dunia, salahseorang saudaranya bermimpi melihat Abu Lahab dalamkeadaan yang amat teruk dan menanyakannya: “Apa yangtelah engkau tempuhi?”Abu Lahab berkata, “Aku tidak menemui rehat sejak akumeninggalkan engkau, kecuali aku telah diberi minum air ini(ruangan antara ibu jari dan jari lain) dan ini kerana akutelah memerdekakan Thuwaibah.
  • 4. 3Kisah 1 yang terpilih ialah Thuwaibah dimerdekakan pada hari Isnin setelah Abu Lahabmendengar dan gembira dengan berita kelahiran anak saudaranya ialah Rasulullah SAW. Halini disebut oleh penulis biografi iaitu Ibnu Kathir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah dan IbnuQayyim di dalam Tuhfat al-Mawdud bi-Ahkam al-Mawlud.Hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari di atas tidak menyebut adanya kaitan antarakemerdekaan Thuwaibah dengan hari kelahiran baginda pada hari Isnin. Kata-kata Ursa‟/Urwahsendiri juga tidak menyebut apa-apa berkaitan hari Isnin atau kelahiran Baginda.Sungguhpun begitu, riwayat dari Ismaili dan Imam Abdul Razzak juga hanya menyebutkeringanan azab Abu Lahab kerana telah memerdekakan Thuwaibah dan tiada sebarangkomentar berkaitan hari Isnin. Versi Umdatul Qari dan Fathul Bari yang dipegang tiadapenambahan berkaitan hari Isnin seperti versi pro-maulid.Cerita bahawa Thuwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab pada hari kelahiran bagindaialah cerita tanpa sanad dan ditolak. Tiada penafian bahawa azab Abu Lahab diringankankerana memerdekakan Thuwaibah dengan diberi sedikit minuman air. Tetapi tiada sebarangpetunjuk bahawa Abu Lahab diringankan azab pada masa-masa atau hari-hari tertentu keranatiada sebarang nas berkaitan perkara ini.Kisah daripada hadis di atas menunjukkan syafaat dan kelebihan Baginda walaupun terhadaporang kafir. Persoalan ini tiada kaitan dengan perayaan maulidul rasul.
  • 5. 4Hadis riwayat Imam Ahmad (#3418), Imam at-Tabrani (Mu‟jam al-Kabir & al-Awsath), al-Hakim,Imam al-Bazzar (Zawa‟id), Imam al-Bayhaqi (al-I‟tiqad) dan lain-lain.Berdasarkan kepada hadis di atas dan bukti-bukti lain, perayaan Maulidul Rasul ialah bid‟ahhasanah yang selari dengan al-Qur‟an, Sunnah, Ijma‟ dan kata-kata para sahabah.Maulidul rasul menzahirkan rasa cinta dan peringatan kepada nabi Muhammad SAW. Ramaiulama‟ mutaakhirin menyokong perayaan Maulidul Rasul disebabkan faedahnya dan keadaanumat Islam yang jauh daripada nilai Islam. Antara ulama‟ yang menyokong ialah ImamJalaluddin Al-Sayuti, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr Yusufal-Qaradawi, Syeikh Prof. Ali Jum‟ah, Syeikh Dr Al-Sayyid Muhammad al-Maliki, Imam as-Syawkani dan Mullah „Ali Qari.Disebabkan tiada bukti bahawa golongan salafus-soleh menyambut maulidul rasul, makaterjadilah amalan tercari-cari nas sama ada daripada al-Qur‟an atau hadis untuk menyokongamalan baru ini. Nas golongan pro-maulid kesemuanya terlalu umum atau digunakan di luarkonteks dan kesukaran ini terbukti kerana ulama‟ mutaqaddimin tidak merayakan maulidulrasul, maka tiada penulisan kitab berkaitan hal ini.3. Hadis daripada Ibnu Mas’ud:Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisiAllah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia jugaburuk di sisi Allah.
  • 6. 5SEJARAH SAMBUTAN MAULIDURASULPada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran keranamereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambuthari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabilaberasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.Tetapi pada zaman tabi‟in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalamkeadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagianmereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran danperjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbingorang ramai ke jalan benar. Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAWsemasa kelahiran sehingga wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yangdipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepadaRasulullah SAW dan perjuangannya.Di antara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `idKaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (l. 549 H. w.630 H.), penguasa Irbil, Iraq. Danseterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.Menurut Imam Al-Suyuthi tercatat sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiranRasulullah Shalallahu „alaihi wasalam ini dengan perayaan yang meriah luar biasa. Tidakkurang dari 300.000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hariperingatan maulid Nabi atau juga disebut milad Nabi.Berdasarkan kisah dan sejarah berikut, untuk membangkitkan rasa cinta kepada RasulullahSAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bukansahaja pada hari kelahiran Rasulullah SAW malah sesetengah kawasan berlarutan sepanjangbulan Rabiul Awal.
  • 7. 6ISU-ISU BERKAITAN MAULIDUR RASUL DAN SAMBUTAN MAULIDURASUL1- Perbezaan pendapat tentang tarikh lahir sebenar Rasulullah S.A.WAhli sejarah dan para ulama‟ berpendapat bahawa Rasulullah SAW lahir pada hari Isnin ,bulan Rabiul Awal di tahun Gajah. Namun ada perselisihan pendapat tentang hari bulanBaginda dilahirkan. Sesetengah pendapat mengatakan hari lahir Baginda jatuh pada2,8,10,12,17 @ 22. Masyhur masyarakat mengatakan 12 hari bulan Rabiul Awal. Ahli falakmembuat pengiraan bahawa hari Isnin pada bulan Rabiul Awal ketika tahun itu bersamaandengan 2, 9, 16 dan 23 hari bulan, bukannya 12 hari bulan. Walau bagaimanapun,perbezaan tarikh ini bukan satu isu pokok yang menjadi perbalahan malah perbahasan danperdebatan berkenaannya tidaklah membuahkan amal, ditambah pula tiada dalil atau asasyang kukuh bagi setiap pendapat yang dikemukakan. Maka terpulang kepada sesiapasahaja untuk menerima mana-mana tarikh dan menolaknya.2- Sambutan maulidurasul dianggap sebagai bid’ahMelakukan penambahan dalam ibadah yakni yang tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam,Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akanmelihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dansunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannyadan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalamagama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid„ah dan setiap bid„ah adalah sesat.Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.3- Kewajaran sambutan Maulidur Rasul disambut dengan perarakan besar-besaransehingga menelan belanja begitu besarJika ia disambut dengan perarakan dan perhimpunan, maka ia perlu diaudit semula. Tenagadan wang yang digunakan perlu ditimbang prioritinya, adakah layak digunakan untuk majlisseumpama atau sebaliknya, Jika ia disambut dengan tujuan mengingatkan semula umatIslam kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., hendaklah majlis-majlis ilmu yangmengimbas kembali sejarah perjuangan baginda dilakukan dengan lebih kerap dan bukandihadkan kepada sekali setahun, agar umat Islam tidak leka daripada mengambil iktibardaripadanya, menjadikannya sebagai sumber kekuatan untuk memperjuangkan Islam padamasa kini.
  • 8. 7PANDANGAN TENTANG KEHARUSAN MENYAMBUT MAULIDURRASULDi antara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harusdan digalakkan ialah;.1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah‟. Antara lain beliaumenyatakan bahawa; “masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayatkelahiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam. Berdiri tegak menghormati kelahiran bagindaadalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya.”.2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi SyarhisySyamail’, menyatakan; “Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjidatau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacaraselesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”.3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, PakaianAhli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa, “Dapat pahala bagi orang yang berdiri yangadalah niat mereka membesarkan Nabi Shalallahu „alaihi wasalam.”.4. Al-Hafidz al-Iraqi dalam kitab Syarh Mawahib Ladunniyah mengatakan:“Melakukanperayaan, memberi makan orang disunnahkan tiap waktu, apalagi kalau itu disertai denganrasa gembira dan senang dengan kehadiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam pada haridan bulan itu. Tidaklah sesuatu yang bid‟ah selalu makruh dan dilarang, banyak sekali bid‟ahyang disunnahkan dan bahkan diwajibkan.”.5. Ibnu Hajar al-Haithami berpendapat: “Bid‟ah yang baik itu sunnah dilakukan, begitu jugamemperingati hari maulid Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam.”.6. Imam Suyuti berkata: “Menurut saya asal perayaan maulid Nabi Shalallahu „alaihi wasalam,iaitu manusia berkumpul, membaca al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi Shalallahu „alaihiwasalam sejak kelahirannya sampai perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makananyang dinikmati bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih.Semua itu tergolong bid‟ah hasanah. Orang yang melakukannya diberi pahala kerana
  • 9. 8mengagungkan darjat Nabi Shalallahu „alaihi wasalam, menampakkan suka cita dankegembiraan atas kelahiran Nabi Muhamad Shalallahu „alaihi wasalam yang mulia.”.7. Syeh Azhar Husnain Muhammad Makhluf berkata: “Menghidupkan malam maulid nabi danmalam-malam bulan Rabiul Awal ini adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah,memperbanyak syukur dengan nikmat-nikmat yang diturunkan termasuk nikmat dilahirkannyaRasulullah Shalallahu „alaihi wasalam di alam dunia ini. Memperingatinya sebaiknya dengancara yang santun dan khusyuk‟ dan menjauhi hal-hal yang dilarang agama seperti amalan-amalan bid‟ah dan kemungkaran. Dan termasuk cara bersyukur adalah menyantuni orang-orang susah, menjalin silaturrahim. Cara itu walaupun tidak dilakukan pada zamanRasulullah Shalallahu „alaihi wasalam dan tidak juga pada masa salaf terdahulu tetapi baikuntuk dilakukan termasuk sunnah hasanah.”.8. Abu Shamah (guru Imam Nawawi) menyatakan: “Termasuk yang hal baru yang baikdilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada harikelahiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam dengan memberi sedekah dan kebaikan,menunjukkan rasa gembira dan bahagia, sesungguhnya itu semua ini yang membantu fakirmiskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam danpenghormatan kepada beliau, begitu juga merupakan bentuk syukur kepada Allah atasdiutusnya Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam kepada seluruh alam semesta.”9. Ibnu Taymiyah dalam kitab Iqtidla’-us-Syirat al-Mustaqim (2/83-85) mengatakan:“Rasululullah Shalallahu „alaihi wasalam telah melakukan kejadian-kejadian penting dalamsejarah beliau, seperti khutbah dan perjanjian beliau pada hari Badar, Hunain, Khandaq,pembukaan Makkah, Hijrah, Masuk Madinah. Tidak seharusnya hari-hari itu dijadikan hari raya,kerana yang melakukan seperti itu adalah umat Nasrani atau Yahudi yang menjadikan semuakejadian Isa hari raya. Hari raya merupakan sebahagian dari syariat, apa yang disyariatkanitulah yang diikuti, kalau tidak maka telah membuat sesuatu yang baru dalam agama. Maka apayang dilakukan orang memperingati maulid, antara mengikuti tradisi Nasrani yang memperingatikelahiran Isa, atau kerana cinta Rasulullah. Allah mungkin akan memberi pahala atas kecintaandan ijtihad itu, tapi tidak atas bid‟ah dengan menjadikan maulid nabi sebagai hari raya. Orang-orang salaf tidak melakukan itu padahal mereka lebih mencintai rasul.”.
  • 10. 9Namun dalam bahagian lain di kitab tersebut, Ibnu Taymiyah menambah: “Merayakan mauliddan menjadikannya sebagai kegiatan rutin dalam setahun yang telah dilakukan oleh orang-orang, akan mendapatkan pahala yang besar sebab tujuannya baik dan mengagungkanRasulullah Shalallahu „alaihi wasalam. Seperti yang telah saya jelaskan, kadang-kadangsesuatu itu baik bagi satu kalangan orang, padahal itu dianggap kurang baik oleh kalanganmu‟min yang ketat. Suatu hari pernah ditanya kepada Imam Ahmad tentang tindakan salahseorang pegawai yang menyedekahkan wang 100 dinar untuk membuat mushaf Quran, beliaumenjawab: “Biarkan saja, itu cara terbaik bagi dia untuk menyedekahkan emasnya”. Padahalmazhab Imam Ahmad mengatakan bahawa menghiasi Qur‟an hukumnya makruh. Tujuan ImamAhmad adalah bahawa pekerjaan itu ada maslahah dan ada mafsadahnya juga, makadimakruhkan, akan tetapi apabila tidak dibenarkan, mereka itu akan membelanjakan wangnyauntuk kerosakan, seperti membeli buku porno dan sebagainya.”.10. Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitab Fatawa Kubro menjelaskan: “Asal melakukan maulidadalah bid‟ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi didalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Sesiapa melakukankebaikan di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan, maka ia telah melakukan bid‟ahyang baik (bid‟ah hasanah). Saya telah melihat landasan yang kuat dalam hadis sahih Bukharidan Muslim bahawa Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam datang ke Madinah, beliaumendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka beliau bertanya kepada mereka,dan mereka menjawab: “Itu hari di mana Allah menenggelamkan Firaun, menyelamatkan Musa,kami berpuasa untuk mensyukuri itu semua.” Dari situ dapat diambil kesimpulan bahawa bolehmelakukan syukur pada hari tertentu di situ berlaku nikmat yang besar atau terjadipenyelamatan dari mara bahaya dan dilakukan itu tiap bertepatan pada hari itu. Syukur bolehdilakukan dengan pelbagai macam ibadah, seperti sujud, puasa, sedekah, membaca al-Qurandll. Apa nikmat yang paling besar selain kehadiran Rasulullah Shalallahu „alaihi wasalam dimuka bumi ini. Maka sebaiknya merayakan maulid dengan melakukan syukur berupa membacaQur‟an, memberi makan fakir miskin, menceritakan keutamaan dan kebaikan Rauslullah yangboleh menggerakkan hati untuk berbuat baik dan amal soleh. Adapun yang dilakukan denganmendengar muzik dan bermain alat muzik, maka hukumnya dikembalikan kepada hukumpekerjaan itu, kalau itu mubah maka hukumnya mubah, kalau itu haram maka hukumnya haramdan kalau itu kurang baik maka begitu seterusnya.”
  • 11. 10KESIMPULANKesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan berkenaansambutan Maulidur Rasul, Pertama adalah mereka yang membolehkan sambutan MaulidurRasul. Sambutan ini, menurut mereka, tidak lain adalah untuk mengingati Rasulullah. Keduaadalah mereka yang melarangnya dengan alasan Rasulullah tidak pernah menyambutnya.Perselisihan ini berlanjutan sehingga ke tahap saling bermasam muka dan tuduh menuduhantara kedua-dua kumpulan. Bahkan yang lebih menyedihkan, adakalanya yang salingbermasam muka dan tuduh menuduh adalah para agamawan, ustaz dan ustazah! Jikadiperhatikan secara adil, akan didapati bahawa kedua-dua kumpulan mendasari hujah merekakepada Rasulullah s.a.w.. Akan tetapi sayang sekali kedua-dua kumpulan tidak mencontohisikap ceria dan mudah yang ditonjolkan oleh baginda. Tidak ada sikap ingin berbincang danbertukar pandangan dalam suasana keceriaan dan kemaafan.Pendapat boleh atau tidak Maulidur Rasul bergantung kepada tujuan ia disambut. Jika iadisambut berdasarkan keyakinan Rasulullah s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiulawal, makakeyakinan ini perlu dikaji semula. Ini kerana tarikh tersebut, sekali pun masyhur di kalanganpara sejarahwan, hanyalah satu anggaran. Hari kelahiran baginda yang sebenar tidak diketahuikerana bukanlah menjadi kelaziman masyarakat arab jahiliyah untuk mencatit hari kelahiranseseorang bayi di kalendar, atau diari. Tambahan lagi pada saat itu Muhammad s.a.w. hanyaseorang bayi biasa. Tidak siapa yang mengetahui bahawa sekitar 40 tahun kemudian bagindaakan menjadi seorang Rasul.Jika ia disambut dengan ibadah-ibadah tertentu seperti solat sunat, puasa dan zikir, makaamalan-amalan ini perlu disemak semula. Ini kerana asas dalam ibadah adalah ia perluberdasarkan nas, tanpa ditambah, dikurangi atau dibuat sesuatu yang baru. Jika ia disambutdengan selawat, nasyid dan qasidah, maka lirik-liriknya perlu diteliti agar ia tidak mengandungiunsur syirik dan kurafat. Sebaik-baik selawat adalah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dan iaadalah apa yang kita baca setiap hari ketika duduk tasyahud akhir dalam sembahyang.Jika ia disambut dengan perarakan dan perhimpunan, maka ia perlu diaudit semula. Tenagadan wang yang digunakan perlu ditimbang prioritinya, adakah layak digunakan untuk majlisseumpama atau lebih layak digunakan kepada mereka yang memerlukan. Jika ia disambut
  • 12. 11dengan tujuan mengingatkan semula umat Islam kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w.,maka ia dibolehkan. Inilah yang lazim dilakukan dalam pelbagai majlis sempena MaulidurRasul. Hanya sahaja janganlah dibataskan kepada sekali setahun. Hendaklah majlis-majlis ilmuyang mengimbas kembali sejarah perjuangan baginda dilakukan dengan lebih kerap agar umatIslam tidak leka daripada mengambil iktibar daripadanya, menjadikannya sebagai sumberkekuatan untuk memperjuangkan Islam pada masa kini.
  • 13. 12RUJUKAN1. Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juzuk 20, halaman 95. Fathul Bari, karanganImam Ibnu Hajar al-Asqolani juzuk 19, halaman 174 – 175. Raudhul Unuf, juzuk 5,halaman 191. Karangan as-Suhaili.2. Abu Soleh Nasaruddin (1997): Hadis-hadis Hukum Mengenai Bersuci dan Solat ;Perniagaan Jahabersa.3. Zaharuddin Abd Rahman (2010): Untukmu Umat. Karya bestari Sdn Bhd.4. Muhadir Haji Joll (2012): Q & A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad NuruddinMerbu Al-Banjari al-Makki: PSN Publication Sdn Bhd5. Zulkifli Mohd Yusoff, Nur Naemah Bt. Abdul Rahman (2011): Biografi MuhammadBin Abdullah (edisi 2011). PTS Islamika Sdn Bhd.6. Rohidzir Rais (2011): Khutbah Rasullulah Wasiat Agung Buat Umat Tercinta. PTSIslamika Sdn Bhd.7. Dr. Kamariah Kamarudin (2012, Edisi-10). Akhlak Muhammad Dalam Diri danKeluarga. Fardhu Ain. MS 10. Kalimat Cinta Sdn Bhd.8. Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar (2012, Edisi-10). Muhammad ContohTerbaik. FardhuAin. MS 12. Kalimat Cinta Sdn Bhd.9. Zaharuddin Abd Rahman (2010). Sambutan Maulidur Rasul: Wajar Diterus AtauDiubah. 5 Rabiul Awwal 1431 H. www.zaharuddin.net.10. Ibnu Umar (2007). Maulidur Rasul: Sanggahan terhadap Risalah Pelajar Pondok.2007 April 5. http://www.al-ahkam.net11. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin: Bidaah Hasanah: Istilah Yang Disalah fahami.http://www.hafizfirdaus.com/ebook