Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

8,865 views
8,428 views

Published on

Sajak Pahlawan Ialah Dia dan Sajak Seorang Jemaah

Published in: Education, Business, Technology
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,865
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

  1. 1. Pahlawan Ialah Dia Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat demi menyuburkan ladang negara sayang Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah demi menghidupkan simfoni negara berbilang. DIALAH PAHLAWAN YANG MENGUMPULKAN TENAGA SIAP SEDIA ATAS NAMA NEGARA YANG TIDAK DIBIARKAN LEKA Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia Tahan uji Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
  2. 2. Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela Masa depan bangsanya lena Malam-malam waspada kerana tak sanggup Peluang bangsanya tertutup. Khidmat cemerlangnya mengapung Pada permukaan bahang puji dan keji Semangat wajarnya kental membara Di udara kaji dan uji. Mentari waktu menyambar kasih sarangnya Pada keluarga semasa bertugas jauh Bulan masa mrebut tidurnya Dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.
  3. 3. Dialah laskar pelindung kota penyokong desa Warga yang tekadnya disimpulmatikan Oleh jawapan sejahtera aman Dialah nadi ketahanan industri Teknologi kembangan Memikul amanah tak berkesudahan Demi mencari jawapan makmur raya. Tubuhnya perisai tembus peluru. Boom-bom-boom-bamm Dia tak gentar Tum-tam-tum-tammm Dia tunggu Tret-tet-tret-tett
  4. 4. Baktinya bunga warna-warni Dia tak peduli Dia tak terpegun Dia terus tugas tekun. Sebagai warga bangga bermaruah Dia terus gemakan gunung hasrat: Selamatkan negara Besar bangsa Pelihara agama Daulat bahasa Cemerlang budaya Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan Kerana dialah kelompok rakyat Pengunjung amanat Yang bersandar pada sinar takwa Yang pernah mengalami erti sengsara.
  5. 5. Cedera di bukit Tangis di laut Jerit di udara Tempang di sempadan Buta di ladang Emas di sungai Lesu di sawah Parah di lembah Yang menjadikan kematian bukti hidupnya Pahlawan Bukti zaman yang pernah dilindungi Zaman yang menjadi saksi Kepada nilai kemanusiaan yang megah dipertahankan,.
  6. 6. Rangkap 1 Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga negara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara. Rangkap 2 Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara. Rangkap 3 Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya. Rangkap 4 Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.
  7. 7. Rangkap 5 Pahlawan sanggup mengorbankan masa meninggalkan jauh keluarga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya. Rangkap 6 Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara. Rangkap 7 Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan. Rangkap 8 Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat. Rangkap 9 Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.
  8. 8. Rangkap 10 Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (darat, laut dan udara) Rangkap 11 Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya. Rangkap 12 Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.
  9. 9. Tema % Pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara. % Contoh: pahlawan sanggup meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian negara.
  10. 10. % Persoalan tentang kasih sayang terhadap agama dan bangsa. % Persoalan tentang penderitaan dan kesensaraan. % Persoalan tentang ketabahan dan cinta akan tanah air.
  11. 11. Gaya Bahasa L Anafora Perulangan di awal baris  Kesan: menimbulkan kesan penegasan maksud.  Contoh: Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia. Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan uji. 
  12. 12. 2 Sinkope ; ; 2 Bermaksud penyingkatan perkataan. Contoh: dia tak peduli Responsi ; ; Perulangan kata di tengah baris. Contoh: Cedera di bukit Tangis di laut Jerit di udara
  13. 13. 2 Ansonansi    Perulangan bunyi huruf vokal dalam sesuatu baris. Perulangan bunyi huruf vokal ‘a’ sebanyak 8 kali. Contoh:   2 Mentari waktu menyambar kasih sayangnya (Rangkap 5,baris 1) Aliterasi    Perulangan bunyi huruf konsonan dalam sesuatu baris. Perulangan bunyi huruf konsonan ‘n; sebanyak 5 kali. Contoh:  Bukti zaman yang pernah dilindungi  (Rangkap 12,baris 3)
  14. 14.  Semangat perjuangan yang tinggi.  Contoh:rangkap pertama baris tiga  (pahlawan ialah warga yang menitiskan darah)  Sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.  Contoh: rangkap ketiga baris tiga.  (malam-malam waspada kerana tak sanggup peluang bangsanya tertutup)
  15. 15. L mempunyai 12 rangkap. L setiap rangkap mempunyai 3-11 baris. L Setiap baris mempunyai 2-6 patah perkataan. L Setiap baris mempunyai 3-18 suku kata. L Rima akhir bebas.
  16. 16. Pahlawan 8 Seorang yang berani. 8 Seorang yang taat kepada negara. 8 Seorang yang cintakan negara. 8 Seorang yang bersemangat tinggi dan kental.
  17. 17. 8 Masyarakat yg mementingkan keamanan negara. 8 Masyarakat yg sanggup mengorbankan diri demi negara. 8 Masyarakat yg berani meghadapi cabaran & dugaan. 8 Masyarakat yg bertanggungjawab 8 Masyarakat yg amanah dalam menjalankan tugas.
  18. 18. % Penggorbanan pahlawan yg tidak ternilai. % Kerjasama atau kesepakatan semua pihak untuk mempertahankan kesejahteraan negara. % Keberaniaan yg dimiliki oleh pejuangpejuang negara utk mempertahankan negara. % Kesediaan utk menghadapi dugaan dan cabaran.
  19. 19. Sajak Seorang Jemaah 1 Pada setia subuh bening Sedang azan memancar di menara masjid Kutemui dia tenang berjalan Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih. Sesekali aku berhenti Mempelawanya menaiki kereta Dia memberikan salam Bersamanya menerpa wangi haruman. Bila berjemaah Sesekali kami bersebelahan Sebelum takbir Dia sibuk bersugi.
  20. 20. Sebaik selesai imam memberi salam Dia berdoa singkat Kemudian menerjah keluar Melipat jubahnya Dia ligat berjoging di asfalt Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya, putih kasutnya. Setiap derap sepatunya Dia menyebut kebesaran Allah Setiap denyut jantungnya Dia menyambung doanya yang tertinggal Minta umur dipanjangkan Minta selamatkan anak isteri Minta selamtkan saudara seagama Selamat yang hidup Selamat yang telah mati Selamat di dunia Selamat di akhirat Selamat semuanya.
  21. 21. 2 Kini Setiap subuh bening Azan tetap memancar di menara masjid Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya dulu Wangi harumnya masih menerpa Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama. Kini Ketika aku berjemaah Di sisiku tiada dia lagi Tetapi sugi dan usallinya Memanjang di mataku. Kini Bila selesai imam memberi salam Tidak kelihatan dia bergegas ke luar Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya Pejalan kaki pagi Merindukan topi putihnya Doanya masih mengambang Tapi degup jantungnya sudah lama berhenti Dia telah selamat Berbaring bersama deretan pusara Dato’ dan Tan Seri
  22. 22. Bahagian 1 Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup. R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah. R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya. R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut. R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap. R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.
  23. 23. Bahagian 2 Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia. R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid. R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau. R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.
  24. 24. Ciri-Ciri Sajak 8 Sajak ini mempunyai 8 rangkap. 8 Setiap rangkap mempunyai 4-12 baris. 8 Setiap baris mempunyai 1-7 patah perkataan. 8 Setiap baris mempunyai 2-17 suku kata. 8 Rima akhir bebas.
  25. 25. Tema ; Sajak ini bertemakan kemanusiaan. ; Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah. ; Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya. ; Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.
  26. 26. ; Persoalan tentang agama. 2 ; Contoh: sedang azan memancar di menara masjid. Persoalan tentang seseorang yang mementingkan kebersihan. 2 Contoh: dia sibuk bersugi.
  27. 27. Gaya Bahasa L Anafora    Perulangan di awal baris Kesan: menimbulkan kesan penegasan maksud. Contoh: Selamat di dunia Selamat di akhirat Selamat semuanya  Responsi   Perulangan kata di tengah baris. Contoh: Minta selamatkan anak isteri Minta selamatkan saudara seagama
  28. 28. 2 Ansonansi ; ; ; Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris. Perulangan bunyi vokal ‘a’ sebanyak 8 kali. Contoh: Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya 2 Aliterasi ; ; ; Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris Perulangan bunyi vokal ‘p’ sebanyak 3 kali. Contoh: Setiap derap sepatunya
  29. 29. Kepentingan Sajak Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan. Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu. 2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya. 3. Menjaga kesihatan dengan beriadah. Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan. 4. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba. 1.
  30. 30.  Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.

×