Your SlideShare is downloading. ×
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)

477
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
477
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
15
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 1 TOPIK 1 Isu-isu dalam Pendidikan Sains Sinopsis Topik ini membincangkan beberapa isu dalam pendidikan sains. Isu-isu ini berkaitan dengan matlamat pendidikan sains, kandungan pendidikan sains, pengajaran sains dan literasi saintifik. Hasil Pembelajaran 1. Membincangkan isu-isu dalam pendidikan sains dalam konteks pengajaran sains pendidikan rendah . 2. Menulis laporan tentang isu-isu dalam pendidikan sains (matlamat, kandungan, pengajaran dan literasi sains). Kerangka Tajuk Rajah 1.1 Kerangka Tajuk Isu-isu Dalam Pendidikan Sains Matlamat Pendidikan Sains Kandungan Pendidikan Sains Pengajaran Sains Literasi Sains
  • 2. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 2 1.0 Matlamat Pendidikan Sains Matlamat pendidikan sains adalah berasaskan pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains. Falsafah Pendidikan Kebangsaan “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan Sains “Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi” Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di
  • 3. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 3 peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam. Objektif Pendidikan Sains 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. 6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10.Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11.Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.
  • 4. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 4 2.0 Kandungan Pendidikan Sains Kandungan pendidikan sains merujuk pada apa yang perlu diajar dan disediakan dalam sukatan pelajaran dan huraian spesifikasi kurikulum sains. Matapelajaran Sains adalah disusun mengikut pendekatan bertema dan berasaskan pada keperluan pelajar, masyarakat dan sejagat. Setiap tema terdiri daripada beberapa bidang pembelajaran yang terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Setiap objektif pembelajaran mengandungi satu atau lebih hasil pembelajaran. (Rujuk Huraian Spesifikasi Kurikulum) 3.0 Pengajaran Sains Sains ialah mata pelajaran yang membantu murid memahami diri sendiri dan alam persekitaran dengan lebih baik. Sains juga membantu memperkembangkan kemahiran sains, kemahiran berfikir serta sikap dan nilai murni murid. Dengan itu pengajaran sains hendaklah berfokuskan pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran bermakna ialah proses yang membantu murid memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang dapat memperkembangkan pemikiran mereka ke peringkat yang optimum. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Penggunaan pelbagai strategi pengajaran pembelajaran digalakkan untuk mempertingkatkan minat murid dalam sains. Pemilihan strategi pengajaran hendaklah berasaskan pada kandungan kurikulum, kebolehan murid serta resos dan infrastruktur yang ada. Aktiviti pengajaran pembelajaran yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berlainan. Strategi pengajaran pembelajaran yang boleh digunakan ialah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan penggunaan teknologi.
  • 5. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 5 4.0 Literasi sains Literasi sains (scientific literacy) ditakrifkan oleh PISA seperti berikut: “Scientific literacy is the capacity to use scientific knowledge to identify questions, and to draw evidence-based conclusions in order to understand and help make decisions about the natural world and the changes made to it through human activity.” Literasi sains ialah kapasiti untuk menggunakan pengetahuan saintifik, mengenalpasti soalan-soalan dan untuk membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti agar dapat memahami dan membantu membuat keputusan tentang dunia semulajadi dan kesan manusia ke atas dunia tersebut. Ciri-ciri seorang yang mempunyai literasi sains adalah seperti berikut: Kebolehan menanya, dan menjawab soalan berkaitan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Kebolehan menghurai, menerang dan meramal fenomena semulajadi. Kebolehan membaca serta memahami artikel tentang sains dalam siaran terkini dan menghujah secara lisan kesahan kesimpulan yang dibuat. Kebolehan mengenalpasti isu-isu saintifik di belakang keputusan yang dibuat di peringkat lokal serta kebangsaan dan membuat pendirian yang berasaskan pengetahuan sains dan teknologi. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep dan proses sains yang membolehkannya membuat keputusan serta melibatkan diri dalam perkara sivik, kebudayaan dan produktiviti ekonomi. Kepentingan literasi saintifik. Literasi saintifik adalah penting kerana membantu seseorang 1. memahami isu dan debat yang berlaku di dunia 2. menghargai bagaimana sains mempengaruhi kehidupan 3. memahami suasana intelektual kini 4. menghargai dunia 5. membuat pilihan yang berasaskan pengetahuan.
  • 6. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 6 Rujukan Esler W.K and Esler M.K (2001), Teaching Elementary Science, 8th Ed., Fleer. M and Hardy. T (1996) Science for Children, Prentice Hall, Australia Harcourt Brace. Martin, D.J. (2006). Elementary science methods: A constructivist approach. Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon Hazen, R.M. (2002). What is scientific literacy? Retrieved on 10 Sept. 2009 from : http://www.gmu.edu/robinson/hazen.htm Scientific Literacy. http://www.oecd.org/dataoecd/38/29/33707226.pdf. Retrieved 21 Mei 2012. Adakah yang setuju dengan kenyataan di atas? Beri sebab-sebab anda. Apakah implikasi ini kepada anda sebagai guru sains? “ We live in a society that is so dependent on science and technology, but hardly anyone knows anything about science and technology” Sagan (1989)
  • 7. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 7 TOPIK 2 Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia SINOPSIS Topik ini menggariskan sejarah perkembangan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. Kurikulum di Malaysia telah melalui beberapa perubahan dari Kajian Alam Semulajadi, Projek Khas, Alam dan Manusia, Sains KBSR dan sekarang Dunia Sains dan Teknologi KSSR. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan perubahan dalam kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. 2. Menyatakan rasional untuk perubahan dalam kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. 3. Membandingbezakan kekuatan dan kelemahan setiap kurikulum sains sekolah rendah yang telah diperkenalkan di Malaysia. KERANGKA TAJUK Rajah 2.1 : Kerangka Tajuk-Tajuk Pembangunan Sejarah Kurikulum Sains Sekolah Rendah Kajian Alam Semulajadi Projek Khas Alam dan Manusia Sains KBSR Dunia Sains dan Teknologi KSSR
  • 8. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 8 2.0 Sains Sekolah Rendah: Mengimbas kembali Dalam sejarah perkembangan pendidikan sains sekolah rendah di Malaysia, ia boleh disimpulkan bahawa perubahan kurikulum adalah satu inovasi (Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO- RECSAM, 1983; SEAMEO-RECSAM, 1973). Perubahan ini juga merupakan multidimensi dalam erti kata lain ia melibatkan sekurang- kurangnya tiga dimensi dalam pelaksanaannya (Fullan, 1991). Komponen-komponennya adalah seperti berikut: (i) penggunaan bahan-bahan kurikulum yang disemak semula atau baharu atau berteknologi; (ii) penggunaan pendekatan baharu; (iii) pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan teori berkenaan polisi baharu atau inovasi. Di Malaysia, semua perubahan kurikulum yang berlaku akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah di negara ini. 2.1 Kajian Alam Semulajadi Pada akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh, sains diajar di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan pengetahuan tentang fakta-fakta dan hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik. This approach had the advantage that students were encouraged to learn through careful observation and classification, but it ignored much of the natural environment that had an impact on students‟ lives (Keeves and Aikenhead, 1995).
  • 9. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 9 Pengajaran sains di peringkat sekolah rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang (botani, biologi, sains bumi, kimia dan fizik) secara beransur-ansur dan dihubungkaitkan dengan persekitaran dan pengalaman seharian murid. 2.2 Projek Khas Kajian Alam Semulajadi telah digantikan dengan sukatan pelajaran Sains Rendah pada tahun 1965. Inovasi ini telah diadaptasikan dari Nuffield Junior Science Project, UK (1964), tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan. Kurikulum berasaskan subjek, di mana tumpuan adalah pada penguasaan pengetahuan saintifik dan bukannya ciri-ciri murid. Kebanyakan guru-guru sains di sekolah rendah, terutamanya di kawasan luar bandar mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah (terdiri dari gred enam hingga sembilan iaitu hanya enam hingga sembilan tahun persekolahan asas) tetapi juga telah menerima latihan profesional yang tidak mencukupi dalam metodologi sains dan kandungan dalam mata pelajaran itu sendiri. Mereka juga dilatih sebagai guru untuk mengajar semua mata pelajaran sekolah rendah. Banyak amalan dalam bilik darjah berpusatkan buku teks dan penghafalan nota. Pencapaian prestasi murid-murid didapati lemah di sekolah-sekolah rendah luar bandar, terutamanya dalam bidang sains, maka Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas (Projek Khas) pada tahun 1968. Projek ini menggunakan pendekatan baharu untuk pengajaran sains bagi sukatan pelajaran yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu dan bukannya perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran mendapati bahawa guru-guru sudah biasa dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Langkah ini telah mengurangkan trauma guru-guru terhadap perubahan kurikulum. Kurikulum telah diambil daripada Council Science 5 - 13
  • 10. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 10 Project, UK (1967) dan projek-projek sains yang lain di Amerika Syarikat, seperti Science- A Process Approach (1967), yang telah dilaksanakan pada masa itu, tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan. Ia menekankan pengajaran berpusatkan murid, berorientasikan aktiviti, dan pembelajaran penemuan melalui penggunaan buku kerja. Ia juga menyediakan perkhidmatan sokongan guru yang berterusan dalam melaksanakan sukatan pelajaran yang sedia ada, terutamanya di kawasan luar bandar. Buku Panduan guru, buku kerja dan bahan-bahan yang digunakan adalah berorientasikan penyiasatan telah dihasilkan untuk Darjah Satu ke Darjah Enam. Ketua Pengarah Pelajaran pada masa itu, Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, menulis dalam halaman pengenalan semua buku panduan, “Objective of this Special Project is to equip teachers with new teaching methodology in the hope of generating pupils who will be able to experiment and think and really know all the concepts that will be taught by the teacher. All the activities suggested in the guide-book will reduce the pupils‟ reliance on rote learning and encourage them to gain experiences in a concept that is taught. It is hoped that pupils will be attracted to science not only in the primary schools but also in the secondary schools.” (Standard One Science Guide-book, 1971) Pada tahun 1970, satu pelan tindakan telah disediakan bertujuan untuk menentukan tarikh bagi melengkapkan setiap fasa dalam projek khas ini. Pensyarah-pensyarah maktab latihan guru dan guru-guru sekolah sains rendah telah dihantar berkursus di luar negara untuk mendapatkan pengalaman terus berkenaan model kurikulum dan bahan-bahan yang digunakan di sana dan membuat penyesuaian untuk keperluan tempatan. Apabila kembali ke tanahair, mereka dipinjamkan ke Pusat Sains, kini
  • 11. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 11 Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) untuk menulis dan menyediakan buku panduan guru. Penulisan buku panduan mengikuti pola umum. Pertama, sukatan pelajaran standard yang diberikan telah dikaji semula dan dibincang bersama semua kakitangan yang terlibat dalam pendidikan sains seperti pensyarah universiti, pelatih guru, pemeriksa sekolah, pembangun kurikulum dan guru-guru. Topik-topik yang disusun semula (jika perlu), dan jenis pengalaman yang boleh disediakan bagi murid-murid telah dikenal pasti. Seterusnya, pelbagai sumber telah diteliti untuk idea-idea yang relevan dan berguna. Kemudian, pendekatan umum yang digariskan telah dilaksanakan kajian rintis dan draf telah dikaji semula. Akhir sekali, buku panduan ini telah siap ditulis, hasil dari bengkel-bengkel penulisan, pengumpulan bahan-bahan kurikulum dari seluruh dunia, terutamanya bahan-bahan dari projek-projek yang telah disokong oleh penyelidikan dan kajian rintis yang dikendalikan dalam situasi bilik darjah sebenar. Malangnya, bahan-bahan yang disimpan telah musnah dalam kebakaran di Pusat Perkembangan Kurikulum sekitar bulan April, 1997. Beberapa sekolah-sekolah khas yang dikenali sebagai 'pusat-pusat aktiviti' telah ditubuhkan untuk menampung penyebaran pengetahuan dan sumber untuk guru sekolah rendah di semua negeri. Guru-guru juga dilatih untuk menjadi juru latih utama bagi projek khas ini. Pada tahun 1970, empat puluh guru dari tiga puluh pusat-pusat ini telah dilatih khas di Kuala Lumpur. Guru-guru yang dilantik sebagai jurulatih, kemudian kembali ke sekolah-sekolah mereka masing-masing untuk melatih guru- guru yang mengajar Darjah Satu pada tahun 1971 untuk menggunakan panduan-buku dan lembaran kerja. Latihan ini diteruskan sehingga Darjah Enam. Oleh itu, jurulatih utama dan guru-guru yang dilatih oleh mereka dalam kursus-kursus dalam perkhidmatan bukan sahaja dilatih, tetapi juga
  • 12. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 12 bertindak sebagai agen perubahan di sekolah-sekolah mereka dengan menyebarkan teknik-teknik yang diperoleh kepada guru-guru lain. Guru juga dimaklumkan tentang bahan-bahan pengajaran yang terkini dan maklum balas melalui edaran buletin yang dihasilkan oleh 'pusat-pusat aktiviti'. Soal selidik penilaian juga telah diberikan kepada guru-guru untuk memantau proses pelaksanaan dan membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas dan cadangan. Sepanjang projek ini, pensyarah maktab latihan guru juga terlibat dalam menyumbangkan kepakaran dan memberi latihan. Walau bagaimanapun, kekurangan tenaga pengajar terlatih menghalang aliran latihan dan pelaksanaan inovasi. Jadual perancanganyang tidak realistik gagal mengambil kira masalah yang wujud semasa pelaksanaan. Laporan yang dibuat oleh perwakilan Malaysia di seminar SEAMEO- RECSAM pada tahun 1973 bertajuk Inovasi Dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Dan Matematik Dan Masalah Pelaksanaan Di Malaysia. “The cost of curriculum development and implementation has got to be paid in time, not merely in cash and personnel. The ultimate price of having to untangle knots of mis-implementation as a result of hurried efforts will be more than whatever time is saved in pushing through an ill-planned „crash programme.” (Ali Razak, 1973; p. 218) Tiada jalan pintas untuk pembangunan kurikulum. Walaupun pada mulanya dirancang untuk melengkapkan penulisan buku panduan dalam tempoh dua tahun, tetapi akhirnya ia mengambil masa empat tahun. Proses pelaksanaan mengambil masa selama tujuh tahun.
  • 13. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 13 2.3 Alam dan Manusia Pandangan lain mengenai pembangunan dan pelaksanaan 'Projek Khas' telah diminta. Seorang yang bukan ahli sains, Tan Sri Profesor Awang Had Salleh (1983), yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada masa itu, telah diminta memberi komen dan mengulas mengenai kurikulum sains sekolah rendah. It does provide for what might be called science literacy, but the orientation of the syllabus is towards mastery of scientific facts with little emphasis on social and religious meaning and significance of scientific discoveries. In other words, the syllabus is cognitively orientated with little attention given to the affective domain of educational objectives... The orientation of the textbooks reinforces memory work and encourages very little, if at all, enquiry skills. .. The teaching of science subjects seems to be guided almost entirely by two powerful variables, namely, examination and textbooks.” (Awang Had Salleh, 1983; p. 63 - 64) Pandangan-pandangan ini mewujudkan beberapan persoalan : “What is science education for? What kind of pupils and society do we want to produce?” Pandangan-pandangan ini menyebabkan perubahan radikal dalam pendidikan sains. Ia termasuk pendekatan pelbagai disiplin kepada pendidikan sains di mana motivasi untuk belajar dipermudahkan melalui kandungan sains kepada masalah sebenar alam sekitar. Penekanan diberi kepada kemahiran asas dalam pendidikan dan sains yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan dalam mata pelajaran. Alam dan Manusia dalam KBSR. Kurikulum itu diperkenalkan pada tahun 1982 sebagai kajian rintis dan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah pada tahun 1983.
  • 14. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 14 Terdapat tiga komponen utama dalam mata pelajaran Alam dan Manusia iaitu: manusia, alam sekitar, dan interaksi manusia dan alam sekitar. Hubungan antara ketiga-tiga komponen itu ditunjukkan dalam Rajah 1. Bersepadu adalah perkataan yang utama dalam kurikulum sebagai kaedah untuk mengurangkan beban kandungan dan komponen-komponen disiplin dalam kurikulum yang terdahulu. Bersepadu dalam merentas kurikulum merangkumi sains, sejarah, geografi, sains kesihatan dan sivik. Terdapat juga kajian persekitaran untuk mewujudkan perkaitan sains sosial kepada dunia di luar bilik darjah. Kesepaduan hubungan antara manusia dan alam sekitar wujud melalui pendekatan siasatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, terdapat kesepaduan antara bidang, di mana kandungan kurikulum dimasukkan ke dalam struktur konsep dimana terdapat tema konsep tertentu melalui proses inkuiri. Komunikasi Nilai murni (Sivik) Sains Sosial (Geografi & Sejarah) Sains Kesihatan Manusia Kemahiran Hidup Interaksi Kreativiti Alam Sekitar Alam Fizikal Sains Persekitaran Sains dan Teknologi Rajah 2.2 : Kerangka Alam dan Manusia (Sumber: Sufean Hussain et.al., 1988). Mata pelajaran Alam dan Manusia menekankan tiga aspek yang luas. Pertama, untuk membangunkan pengetahuan murid mengenai manusia, alam sekitar dan interaksi antara mereka. Kedua, untuk meningkatkan kemahiran siasatan dan
  • 15. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 15 pemikiran dan penggunaan kemahiran ini dalam menyelesaikan masalah. Ketiga, untuk menerapkan nilai-nilai moral dan sikap murid-murid ke arah hidup yang harmoni dalam masyarakat majmuk ('Alam dan Manusia' sukatan pelajaran, 1984). Terdapat lima tema utama dalam sukatan Alam dan Manusia. Ianya bertujuan supaya murid-murid dapat memahami, menghargai dan menyemai kasih sayang terhadap alam sekitar dan dengan itu, membangunkan sikap cintakan negara. Tidak seperti Projek Khas yang diperkenalkan mulai Tahun Satu hingga Tahun Enam , Alam dan Manusia mula diperkenalkan di peringkat tahap dua iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam . Bagi melaksanakan kurikulum baru ini, diadakan kursus orientasi selama satu minggu kepada guru-guru sains. Selepas kursus itu, pihak Kementerian Pendidikan menganggap bahawa tugas mereka telah di pertanggungjawabkan kepada guru-guru dan tiada sebab untuk mereka mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan cara untuk mengajar subjek sains (Syed Zin, 1990). Batasan inovasi ini digambarkan oleh Syed Zin (1990) di mana kajian ke atas pelaksanaannya di empat buah sekolah rendah di Negeri Sembilan, Malaysia. Antara batasan utama ialah kekurangan kompetensi guru-guru dalam mengintegrasikan kandungan subjek dan menggunakan pendekatan siasatan dalam pengajaran, kurangnya latihan dalam perkhidmatan dan sokongan profesional dari segi kakitangan dan kepakaran; kekangan fizikal seperti saiz kelas yang besar dan kemudahan yang tidak mencukupi; kurang jelas dalam reka bentuk inovasi; kekaburan dalam spesifikasi kurikulum dan skop dan jarak masa yang tidak mencukupi antara percubaan dan pelaksanaan inovasi bagi penambahbaikan yang dibuat. Akibat daripada inovasi, guru-guru telah dibebani dengan beban kerja tambahan, mengakibatkan guru menjadi cemas, hilang keyakinan dalam pengajaran, bergantung kepada buku teks dan tidak memaksimumkan penggunaan bahan-bahan kurikulum. Pelaksanaan kurikulum ini hanya berlaku sebahagian sahaja kerana guru-guru tidak menggunakan
  • 16. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 16 strategi pedagogi dan bahan-bahan yang dicadangkan. Guru-guru masih menekankan pemerolehan pengetahuan melalui fakta, melalui kaedah deduktif berbanding dengan pendekatan siasatan. Tiada bukti bahawa ada perubahan dalam kepercayaan dan nilai guru ke arah inovasi. Alam dan Manusia, menekankan kurikulum humanistik iaitu kesepaduan disiplin, pendekatan siasatan dalam pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir dan penerapan nilai-nilai moral. Kajian Alam Semulajadi dan Sains Rendah adalah relevan dalam pendekatan pengajaran sains. Ia dapat menarik minat kanak- kanak dan memberi makna kepada kanak-kanak kerana berkaitan dengan pengalaman harian mereka. Ia disesuaikan dengan perkembangan kognitif mereka. Dalam Projek Khas, pendekatan baru dalam pengajaran melalui penggunaan buku panduan dan bahan-bahan yang sesuai untuk membangunkan kognitif kanak-kanak diberi tumpuan. 2.4 Sains KBSR. Sukatan pelajaran sains sekolah rendah dalam KBSR telah digubal berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. KBSR adalah pendekatan bersepadu kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai, pembangunan keseluruhan individu, peluang sama rata untuk pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat. Tujuan utama KBSR adalah untuk menyediakan pendidikan asas untuk semua murid-murid dan memastikan perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh. Perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh termasuk pembangunan intelek, rohani, fizikal dan emosi serta pembangunan diri dan memupuk nilai-nilai moral serta sikap. Sukatan pelajaran sains sekolah rendah direka untuk menampung prinsip-prinsip dan matlamat KBSR.
  • 17. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 17 (a) Matlamat dan Objektif KBSR Matlamat sukatan pelajaran sains sekolah rendah adalah untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada pembangunan individu yang dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran saintifik, memiliki nilai-nilai moral, dinamik dan progresif supaya ada tanggungjawab terhadap alam sekitar dan menghargai alam semula jadi. (Buku Panduan KBSR , Kementerian Pelajaran, 1993). Ini dapat dicapai dengan menyediakan peluang pembelajaran untuk murid- murid untuk belajar melalui pengalaman supaya mereka akan dapat; • membangunkan kemahiran berfikir • membangunkan kemahiran saintifik siasatan • meningkatkan minat terhadap alam sekitar • memahami diri dan persekitaran mereka melalui pemerolehan pengetahuan, pemahaman, fakta dan konsep • menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bertanggungjawab • menangani sumbangan dan inovasi terkini dalam bidang sains dan teknologi • mengamalkan nilai-nilai moral dan sikap saintifik dalam kehidupan seharian • menghargai sumbangan sains dan teknologi kepada kehidupan yang lebih baik • menghargai perintah dan penciptaan alam (Buku Panduan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, 1993, ms. 2) Menurut Lewis dan Potter (1970) objektif di atas boleh diklasifikasikan kepada tiga tujuan utama pendidikan sains. Mereka mempercayai melalui (1) latihan
  • 18. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 18 kemahiran proses inkuiri (2) pemerolehan fakta dan kefahaman konsep (3) sikap yang sesuai dan dihajati dapat dikembangkan. Ketiga-tiga tujuan ini dinyatakan dalam silabus PSS sebagai objektif pencapaian yang kemudian dibahagi kepada objektif umum dan khusus bergantung kepada perkembangan kognitif murid- murid. Objektif umum adalah kenyataan untuk menerangkan pencapaian objektif yang ingin dicapai dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Objektif khusus adalah huraian kepada objektif umum dan dinyatakan dalam bentuk tingkahlaku yang boleh diukur. Objektif pencapaian diiringi dengan cadangan-cadangan untuk pengalaman belajar yang membolehkan guru merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi mencapai objektif. (b) Kemahiran proses dan kemahiran berfikir Penguasaan kemahiran proses, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir adalah ditekankan dalam sukatan PSS (Primary School Science/ Sains Sekolah Rendah). Ketiga-tiga kemahiran tersebut adalah saling berkaitan dengan pemikiran secara kritikal, kreatif dan analitik . Kemahiran proses yang dikenalpasti adalah kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mengenalpasti hubungan ruang dan masa, mengintepretasi data, mendefinisi secara operasi, mengawal dan memanipulasi pembolehubah, membina hipotesis dan mengeksperimen. Kemahiran manipulatif adalah kemahiran psikomotor seperti mengendali, membersih dan menyimpan alat radas sains, mengendali secara selamat spesimen hidup, dan melukis secara betul spesimen dan alat radas (PSS Syllabus Handbook, 1993 m.s. 3 - 5). (c) Sikap dan nilai Sukatan PSS juga untuk menyemai sikap saintifik dan nilai yang positif ke dalam diri murid seperti minat , sifat ingin tahu kepada dunia disekeliling, kejujuran, ketepatan dalam mereko, mengesahkan data, keluwesan dan keterbukaan
  • 19. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 19 minda, kesabaran, kerjasama, bertanggungjawab terhadap diri sendiri,orang lain dan alam sekitar, bersyukur kepada tuhan dan menghargai sumbangan sains dan teknologi perkembangan positif sikap dan nilai perlu menjadi matlamat akhir pendidikan. (PSS Syllabus Handbook, 1993, m.s. 3 - 6). Menurut Lewis dan Potter (1970), (d) Isi kandungan PSS dilihat sebagai suatu bidang ilmu dan juga sebagai pendekatan inkuiri. Sebagai suatu bidang ilmu, sains menyediakan suatu kerangka untuk murid-murid memahami persekitaran mereka melalui aplikasi prinsip sains dalam kehidupan harian. Pendekatan inkuiri membolehkan murid melakukan penyiasatan pada dunia di sekeliling mereka. Ini akan menggalakkan murid menjadi kreatif, berfikiran terbuka, toleransi, mencintai dan menghargai alam sekitar. Prinsip kesepaduan dikekalkan dalam sukatan PSS sejajar dengan KBSR. Wujud kesepaduan yang merentasi matapelajaran lain seperti biologi, fizik dan kimia melalui penggunaan konsep dan proses sains. Pendekatan secara tema digunakan dalam mengolah isi kandungan. Pada tahap I sekolah rendah dalam Tahun 1, isi kandungan dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian A dan B . Pada Tahap II sekolah rendah, tema dibina mengenai manusia dan penerokaan persekitaran. Lima bidang penyiasatan adalah: Alam Hidupan Alam Fizikal Alam Bahan Bumi Dan Alam Semesta Dunia Teknologi
  • 20. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 20 Persekitaran hidup menyiasat keperluan asas dan proses kehidupan manusia,binatang dan tumbuhan. Alam fizikal menyentuh konsep ruang dan masa dan fenomena tenaga. Alam bahan membuat perbandingan antara bahan semulajadi dan bahan buatan manusia . Dunia dan alam semesta meneliti bumi dan hubungannya dengan matahari, bulan dan planet-planet lain dalam sistem solar. Akhirnya dunia teknologi, menyiasat perkembangan teknologi dalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan pembinaan dan sumbangannya dalam kesejahteraan kehidupan manusia. Setiap bidang penerokaan adalah untuk mencapai kesepaduan dalaman secara melintang supaya apa yang dipelajari hari ini mampu dihubungkaitkan dengan apa yang dipelajari kelmarin dan apa yang akan dipelajari esok dan kesepaduan menegak supaya apa yang dipelajari dalam sesuatu bidang seharusnya berkait dengan bidang penerokaan yang lain. Satu ciri yang penting tentang sains adalah setiap murid seharusnya mencapai tahap minimum kefahaman dan pengalaman dalam setiap disiplin sains. (e) Strategi pengajaran Sukatan PSS merujuk kepada dua pandangan tentang pembelajaran sains; pandangan proses dan pandangan konstruktivis. Pandangan proses menyokong pendekatan inkuiri (Livermore, 1964). Pandangan konstruktivis menyokong kenyataan bahawa murid mengambil bahagian secara aktif dan kreatif dalam membina ilmu kendiri berasaskan pengetahuan sedia ada mereka dari pengalaman yang lalu. (Duit dan Treagust, 1995; Harlen, 1992). Oleh yang demikian strategi pengajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran sains adalah pembelajaran secara penemuan di mana hasil pembelajaran adalah akiviti-aktiviti murid-murid dan bukan berpusatkan guru. Peranan guru hanya sebagai fasilitator, menyediakan pengalaman „hands-on‟ menggalakkan murid bertanyakan soalan di mana jawapan akan di cari secara inkuiri tidak hanya menyampaikan ilmu. Guru membimbing murid untuk meneroka sendiri
  • 21. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 21 prinsip-prinsip dan konsep sains dengan mengguna idea sendiri untuk melakukan eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. (PSS Syllabus Handbook, 1993, m.s. 9). (f) Bahan-Bahan Kurikulum „Curriculum materials are basic essentials of scientific activity in the primary school‟ (The International Encyclopaedia of Education, Vol.9). (i) Tahap I sekolah rendah (Tahun 1,2 dan 3) Dalam PSS (Primary School Science) Tahap 1 (diimplementasi pada Januari 2003 dalam Bahasa Inggeris), bahan-bahan kurikulum adalah dalam bentuk pakej yang mengandungi buku panduan guru, buku aktiviti untuk murid, huraian sukatan untuk guru dan CD-ROMs sebagai sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mengajar sains juga dibekalkan dengan komputer riba dan LCD untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran sains. (ii) Tahap II sekolah rendah ( Tahun 4, 5 dan 6) Dalam tahun 4, 5 dan 6 (diimplementasi pada Disember 1994 dalam Bahasa Inggeris), bahan-bahan kurikulum adalah dalam bentuk pakej yang mengandungi buku teks guru, buku teks murid, buku pukal bimbingan dan latihan (PULSAR) untuk guru yang mengandungi 12 modul. Guru juga menggunakan pelbagai buku teks komersial, buku kerja, carta dan bahan lut sinar.
  • 22. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 22 (g) Kumpulan sasaran PSS adalah wajib bagi semua murid-murid di sekolah rendah (h) Peruntukan masa Di sekolah rendah, matapelajaran sains diperuntukan 3 waktu seminggu selama 30 minit setiap waktu manakala di sekolah menengah diperuntukkan 5 waktu seminggu selama 30 minit setiap waktu. (i) Pentaksiran Prosedur Pentaksiran dalam KBSR terdiri dari dua bahagian: pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Murid-murid ditaksir pada tiga aspek sukatan pelajaran; pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai (KBSR Syllabus Handbook, 1993, m.s. 11- 12). Pentaksiran formatif adalah pentaksiran berasaskan sekolah dalam bentuk ujian bertulis, ujian amali, projek, portfolio, kerja lisan dan kerja kumpulan. Tujuan utama adalah untuk mengesan kelemahan murid dan memperkasakan pembelajaran. Pentaksiran sumatif biasanya terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran kerja amali (PEKA) dan UPSR. PEKA adalah penilaian yang berterusan untuk mengukur sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains (Guide to PEKA, 1997). Ianya telah di implementasi dalam tahun enam untuk tempoh enam bulan. Berdasarkan kepada penialaian berasaskan kriteria yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM, guru-guru merancang beberapa siri eksperimen untuk menilai murid di dalam bilik darjah. Instrumen penilaian adalah skala berkadar dan portfolio. Murid-murid dinilai pada lapan kemahiran proses; memerhati, membuat pengkelasan, mengukur dan
  • 23. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 23 menggunakan nombor, berkomunikasi, menggunakkan hubungan ruang- masa, mendefinisikan secara operasi, mengawal pembolehubah- pembolehubah dan menjalankan eksperimen. Mereka juga akan dinilai pada lima kemahiran manipulatif; mengguna dan mengendalikan bahan- bahan dan alat radas sains dengan betul, mengendalikan spesimen yang mati dan hidup dengan selamat, melukis spesimen, bahan dan alat radas dengan tepat, membersihkan alat radas sains dengan betul, dan menyimpan bahan dan alatan sains denan baik dan selamat. Pentaksiran kepada aptitud, sikap dan nilai juga dibina dalam item ujian PEKA. Pentaksiran lain adalah UPSR, di mana ianya merupakan suatu bentuk penilaian bertujuan untuk melihat sejauh mana sistem pendidikan menyediakan murid-murid untuk kurikulum sekolah menengah. Ianya adalah ujian bertulis yang mengandungi dua bahagian; bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi tiga puluh soalan aneka pilihan dan bahagian B mengandungi lima soalan berstruktur. Peruntukan markah untuk bahagian A adalah 30 markah dan bahagian B adalah 20 markah. Penekanan diberikan kepada soalan-soalan dalam bahagian B yang menguji kebolehan murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif. Untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sains, murid harus lulus pada Bahagian B. Yang menariknya markah yang dicapai dalam PEKA, tidak menyumbang terus kepada pencapaian keseluruhan markah dalam UPSR. Ini mungkin akan menjejaskan penyalahgunaan sistem dimana penilaian dalam PEKA tidak dijalankan secara serius oleh guru-guru kerana ianya bersifat terlalu subjektif. (Rujukan: Tan, J. N. (1999). The Development and Implementation of The Primary School Science Curriculum in Malaysia. Unpublished PhD thesis of the University of East Anglia, Norwich, United Kingdom.)
  • 24. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 24 2.5 Dunia Sains Dan Teknologi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 2.3) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri
  • 25. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 25 Rajah 2.3 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti
  • 26. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 26 perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. MODUL TERAS TEMA: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di Tahap I. MATLAMAT Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor dan kemahiran TMK. FOKUS Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I adalah: Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian.
  • 27. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 27 Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II. Sains Standard Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian. Reka Bentuk dan Teknologi Standard Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bertujuan supaya murid memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.
  • 28. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 28 DOKUMEN STANDARD Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi, terdapat 2 Dokumen Standard Kurikulum (DSK) berasingan iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains yang mengandungi RBT dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Kedua-dua Dokumen Standard Kurikulum ini digabungkan dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi. Tujuan DSK disediakan adalah sebagai garis panduan untuk guru di dalam p&p bagi mencapai matlamat DST. Dokumen SK Sains mengandungi tema berikut: Pengenalan kepada Sains Sains Hayat Sains Fizikal Sains Bahan Bumi dan Sains Angkasa Teknologi dan Kehidupan Lestari - Standard Kurikulum RBT berada di dalam tema ini. DSK TMK disediakan bagi mencapai standard berikut: menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif
  • 29. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 29 PELAKSANAAN Waktu pengajaran dan pembelajaran DST diperuntukkan sebanyak 60 minit seminggu. Dalam p&p DST diperuntukkan nisbah 4:1 iaitu 4 waktu untuk Sains dan RBT dan 1 waktu untuk TMK. Sebagai contoh jika mengambil kira 60 waktu p&p DST setahun, agihan masa untuk Sains ialah 48 waktu dan TMK ialah 12 waktu. TMK juga digunakan dalam p&p Sains dan RBT. Guru opsyen Sains paling sesuai mengajar DST. Pelaksanaan TMK dalam DST hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan dalam prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Dicadangkan, guru boleh menggunakan komputer riba yang ada untuk mengajar TMK dalam DST dan memastikan murid belajar menggunakan komputer secara bergilir-gilir. Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun. Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Sekiranya kemahiran ini masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan TMK dalam elemen Sains. Guru perlu mengolah P&P supaya TMK dapat digunakan. Sebagai contoh guru boleh membawa komputer riba dan LCD projektor ke bilik Sains untuk tayangan atau tunjuk cara dengan menggunakan perisian kursus atau bahan-bahan digital. Guru juga boleh meminjam beberapa komputer riba ke bilik Sains untuk pembelajaran secara berkumpulan. Sebagai contoh yang lain, murid membuat uji kaji di bilik Sains, kemudian mereka pergi ke tempat-tempat yang mempunyai kemudahan komputer di kawasan sekolah untuk memasukkan data atau melengkapkan tugasan. (Rujukan: Kurikulum Standard Sekolah Rendah, DST Tahun 3, 2012)
  • 30. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 30 Rujukan (1) Tan, J. N. (1999). The Development and Implementation of The Primary School Science Curriculum in Malaysia. Unpublished PhD thesis of the University of East Anglia, Norwich, United Kingdom. (2) Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia. (3) Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga. Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 31. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 31 TAJUK 3 Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia I SINOPSIS Topik ini mengkaji objektif, hasil pembelajaran, penekanan, organisasi kandungan dan skop Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia . HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan penekanan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan. 2. Menyatakan matlamat dan objektif kurikulum sains sekolah rendah KBSR 3. Membincangkan cabaran-cabaran yang terlibat dalam menggabungkan kurikulum sains sekolah rendah KBSR dalam pengajaran sains. 4. Menjelaskan organisasi isi kandungan dalam kurikulum sains sekolah rendah KBSR KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 3.0 Kerangka Tajuk Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia I Objektif Hasil Pembelajaran Penekanan Organisasi Kandungan
  • 32. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 32 Kandungan 3.1 Objektif Matlamat kurikulum sains sekolah rendah adalah untuk memupuk minat dan kreativiti murid melalui pengalaman dan siasatan setiap hari yang menggalakkan pemerolehan pengetahuan sains dan kemahiran berfikir disamping menerapkan sikap saintifik dan nilai-nilai murni. 3.2 Hasil Pembelajaran Peringkat satu Kurikulum Sains bertujuan : 1. Memupuk minat dan merangsang perasaan ingin tahu murid tentang dunia di sekeliling mereka. 2. Menyediakan murid dengan peluang-peluang untuk mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. 3. Membangunkan kreativiti murid. 4. Menyediakan murid dengan pengetahuan asas dan konsep sains 5. Menyemai sikap saintifik dan nilai-nilai positif. 6. Menyedari kepentingan memelihara dan menyayangi alam sekitar Peringkat dua Kurikulum Sains bertujuan : 1.Memupuk minat dan merangsang perasaan ingin tahu murid tentang dunia di sekeliling mereka. 2. Menyediakan murid dengan peluang-peluang untuk mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. 3. Membangunkan kreativiti murid. 4. Menyediakan murid dengan pengetahuan asas dan konsep sains 5.Menyediakan peluang pembelajaran untuk murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kreatif, kritikal dan analitikal bagi
  • 33. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 33 menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 6. Menyemai sikap saintifik dan nilai-nilai positif. 7. Menghargai sumbangan sains dan teknologi ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan manusia. 8. Menyedari kepentingan memelihara dan menyayangi alam sekitar 3.3 Penekanan Sains menekankan penyiasatan dan penyelesaikan masalah. Dalam penyiasatan dan proses penyelesaian masalah, kemahiran dan pemikiran saintifik digunakan. Kemahiran saintifik penting dalam mana-mana penyiasatan saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang individu mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam usaha memahami alam sekitar. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk meningkatkan keupayaan berfikir murid-murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir adalah asas untuk pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah dapat dicapai sekiranya murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti perlu dirancang untuk memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran berfikir dalam pengkonseptualan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh dikategorikan kepada kemahiran pemikiran kritis dan kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea secara sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai tahap imaginasi yang tinggi, mampu untuk menjana idea-idea asal dan inovatif, dan mengubah suai idea dan produk.
  • 34. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 34 Strategi pemikiran adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan pelbagai langkah. Setiap langkah melibatkan pelbagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Keupayaan untuk merangka strategi pemikiran adalah bermatlamat untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman pembelajaran sains boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyemai sikap saintifik dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Penerapan sikap saintifik dan nilai-nilai murni secara amnya berlaku melalui perkara berikut: Menyedari kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai-nilai murni. Memberi penekanan kepada sikap dan nilai-nilai ini. Mengamal dan menghayati sikap saintifik dan nilai-nilai murni Apabila merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada perkara di atas bagi memastikan penerapan sikap dan nilai saintifik yang berterusan . 3.4 Organisasi Kandungan Kurikulum sains dianjurkan secara bertema. Setiap tema terdiri daripada pelbagai bidang pembelajaran, setiap satunya terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ditulis dengan menyatakan hasil tingkah laku yang boleh diukur, kriteria dan situasi. Secara umum, hasil pembelajaran bagi setiap objektif pembelajaran dinyatakan tahap kesukarannya. Walau bagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti pembelajaran harus dirancang dengan cara yang holistik dan bersepadu yang membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang pelbagai mengikut keperluan dan konteks tertentu. Guru seharusnya mengelak daripada menggunakan strategi pengajaran
  • 35. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 35 yang mengasingkan setiap hasil pembelajaran yang dinyatakan di dalam Spesifikasi Kurikulum. Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi maklumat tentang skop dan dimensi hasil pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dinyatakan di bawah lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran diberi dengan tujuan untuk menyediakan beberapa panduan tentang bagaimana hasil pembelajaran boleh dicapai. Aktiviti yang dicadangkan boleh meliputi satu atau lebih hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan gaya pembelajaran murid-murid mereka. Guru juga digalakkan mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan pembelajaran sains . Rujukan Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia Ministry of Education, Wellington, New Zealand (2002). Science in the New Zealand Curriculum. Retrieved on 10 Sept. 2009 from: http://www.tki.org.nz/r/science/curriculum/toc_e.php
  • 36. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 36 TOPIK 4 Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia II Sinopsis Topik ini membincangkan amalan-amalan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Ia merangkumi pelbagai strategi, aktiviti-aktiviti pembelajaran dan prosedur pentaksiran. Hasil pembelajaran 1. Mengenalpasti masalah-masalah dalam pembelajaran sains. 2. Menghuraikan pelbagai strategi, aktiviti dan pentaksiran yang boleh di implementasi dalam pembelajaran sains. Kerangka Tajuk Rajah 4.0 Kerangka Tajuk Kurikulum sains pendidkan rendah Malaysia II Strategi pengajaran dan pembelajaran Aktiviti pembelajaran Prosedur pentaksiran
  • 37. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 37 Isi kandungan 4.1 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains menekankan kepada pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses yang boleh membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk membangun pemikiran ketahap optimum. Pembelajaran sains berfikrah boleh dicapai melalui pendekatan yang pelbagai seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Oleh yang demikian aktiviti pembelajaran perlu dirancangkan kepada merangsang pemikiran kreaatif dan kritis murid-murid dan tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran secara rutin atau kebiasaan. Murid-murid harus menyedari tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang mereka gunakan dalam pembelajaran. Mereka harus dicabar dengan masalah dan soalan-soalan aras tinggi untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan kepada penyelesaian masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dapat membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni secara bersepadu. 4.2 Aktiviti Pembelajaran Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran sains. Kelas sains yang tidak menarik akan menjejaskan motivasi murid untuk belajar sains dan ini akan mempengaruhi pencapaian mereka. Pemilihan kaedah pengajaran perlu memenuhi kehendak kurikulum, kebolehan murid, kecerdasan pelbagai murid, dan kemudahan sumber pengajaran dan pembelajaran dan infrastruktur. Aktiviti-aktiviti yang pelbagai harus
  • 38. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 38 dirancang untuk murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berbeza-beza. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran. 4.2.1 Eksperimen Eksperimen adalah kaedah yang biasa digunakan dalam kelas sains. Semasa melaksanakan eksperimen murid-murid menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemukan konsep dan prinsip sains. Semasa menjalankan eksperimen, murid-murid menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. Aktiviti eksperimen boleh dilaksanakan secara bimbingan guru atau guru memberi peluang jika bersesuaian kepada murid-murid untuk merekabentuk eksperimen mereka sendiri. Ini melibatkan murid-murid merancang eksperimen, bagaimana membuat pengukuran dan menganalisis data dan pembentangan hasil eksperimen mereka. 4.2.2 Perbincangan Perbincangan adalah suatu aktiviti di mana murid-murid bertukar- tukar soalan dan pandangan berdasarkan alasan yang jelas. Perbincangan boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesuatu aktiviti. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan memimpin perbincangan untuk merangsang pemikiran dan menggalakkan murid-murid supaya menyatakan pendapat atau pandangan mereka.
  • 39. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 39 4.2.3 Simulasi Dalam simulasi, aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi atau keadaan sebenar. Contoh aktiviti-aktiviti simulasi adalah main peranan, permainan dan penggunaan model. Di dalam aktiviti main peranan murid-murid memainkan peranan yang tertentu berdasarkan syarat-syarat yang diberikan. Permainan memerlukan prosedur yang harus diikuti. Semasa aktiviti permainan murid-murid belajar prinsip-prinsip yang spesifik atau memahami proses untuk membuat sesuatu keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek-objek atau situasi sebenar supaya murid-murid dapat membuat gambaran mental dan memahami konsep dan prinsip sains yang hendak dipelajari. 4.2.4 Projek Projek adalah suatu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang khusus. Projek memerlukan beberapa sesi pengajaran untuk diselesaikan . Hasil projek boleh berbentuk laporan, artifak atau dalam bentuk persembahan yang akan dibentangkan oleh murid- murid atau guru. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan masa dan pembelajaran individu secara bebas . 4.2.5 Lawatan dan penggunaan sumber luaran Pembelajaran sains tidak hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kawasan sekolah sahaja. Pembelajaran sains boleh dikembangkan lagi melalui penggunaan sumber luaran seperti zoo, muzium, pusat-pusat sains, institusi-institusi penyelidikan, kawasan paya bakau dan kilang-kilang. Lawatan ke tempat-tempat berikut akan menjadikan pembelajaran sains itu
  • 40. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 40 lebih menarik, bermakna dan berkesan. Untuk mengoptimumkan pembelajaran lawatan perlu dirancang dengan teliti. Murid-murid perlu dilibatkan dalam membuat perancangan dan tugasan yang spesifik perlu ditetapkan sebelum lawatan. Lawatan pembelajaran ini tidak akan lengkap tanpa pos-perbincangan selepas lawatan. 4.2.6 Penggunaan Teknologi Teknologi adalah alat yang penting kerana ia mempunyai potensi yang besar untuk membantu pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video, komputer, dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains dapat dijalankan dengan lebih menarik dan berkesan. Simulasi komputer dan animasi adalah alat-alat yang berkesan untuk mempelajari konsep sains yang sukar dan abstrak. Simulasi komputer dan animasi boleh diwakili melalui penggunaan perkakasan atau halaman sesawang. Alat-alat aplikasi seperti pemprosesan word, perwakilan grafik, cakera lembut dan lembaran elektronik adalah alat-alat yang penting untuk menganalisa dan membuat persembahan data. 4.3 Prosedur Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu kompenen dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti seperti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan membuat interpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan. 4.3.1 Definisi pentaksiran Suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan.
  • 41. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 41 4.3.2 Tujuan pentaksiran Mendapat gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan mengenai pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Rujukan Sharifah Maimunah Syed Zin (1999). Current trends and main concerns as regards science curriculum development and implementation in selected States in Asia: Malaysia. Diperolehi pada 10 Sept. 2009 dari: http://www.ibe.unesco.org/curriculum/China/Pdf/IImalaysia.pdf Ministry of Education, Wellington, New Zealand (2002). Science in the New Zealand Curriculum. Diperolehi pada 10 Sept. 2009 dari: http://www.tki.org.nz/r/science/curriculum/toc_e.php
  • 42. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 42 TOPIK 5 Strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah – Pendekatan inkuiri dan pendekatan penemuan Sinopsis Tajuk ini membincangkan pendekatan inkuiri dan pendekatan penemuan dalam pengajaran sains rendah. Hasil Pembelajaran 1. Mendefinisikan pendekatan inkuiri dan pendekatan penemuan. 2. Menyatakan kepentingan inkuiri dalam pendidikan sains. 3. Menyatakan ciri-ciri guru inkuiri bilik darjah. 4. Menyatakan ciri-ciri pelajar inkuiri bilik darjah. Kerangka Tajuk Rajah 5.0 Kerangka Tajuk Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah Pendekatan Inkuiri Pendekatan Penemuan
  • 43. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 43 5.1 Pendekatan inkuiri Pendekatan inkuiri adalah bertujuan mengajar murid-murid untuk menangani situasi yang mereka hadapi apabila berurusan dengan dunia fizikal dengan menggunakan teknik-teknik yang digunakan oleh ahli penyelidikan sains. Inkuiri bermakna bahawa guru mencipta situasi supaya murid-murid dapat membuat prosedur yang digunakan oleh penyelidik sains untuk mengenal pasti masalah, bertanya soalan, mengaplikasi prosedur penyiasatan, memberi penerangan yang konsisten, ramalan dan keterangan-keterangan yang bersesuaian dengan pengalaman yang dikongsi dengan dunia fizikal. "Inkuiri" sengaja digunakan dalam konteks penyiasatan dalam sains dan pendekatan untuk pengajaran sains yang diterangkan di sini. "Inkuiri" akan digunakan untuk merujuk kepada semua soalan lain, kaji selidik, atau peperiksaan yang bersifat umum supaya istilah-istilah tidak akan dikelirukan. "Inkuiri" tidak patut dikelirukan dengan "penemuan". Penemuan mengandaikan seorang realis atau pendekatan positivis logik untuk dunia yang tidak semestinya hadir dalam "inkuiri". Inkuiri cenderung untuk membayangkan pendekatan kontruktivis dalam pengajaran sains. Inkuiri bersifat terbuka dan berterusan. Penemuan tertumpu kepada rumusan terhadap beberapa proses penting, fakta, prinsip atau undang-undang yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran sains. 5.1.1 Inkuiri untuk Menyiasat Masalah Langkah pertama dalam pendekatan ini adalah untuk mengenali masalah. Kemudian mereka bentuk penyelesaian masalah tersebut dan cuba untuk menyelesaikannya.
  • 44. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 44 Kita tidak boleh menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang diberi dan apa yang kita lakukan mungkin menimbulkan masalah yang berkaitan perkara lain. Penyelidikan yang baik perlu dilakukan perkara yang sama. Struktur asas APA YANG KITA TAHU? APA YANG KITA PERLU TAHU? BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MENCARI MAKLUMAT? Langkah-langkah untuk diikuti: 1. Mengenal pasti / Mewujudkan MASALAH untuk diselesaikan. 2. Membentuk HIPOTESIS:Penyelesaian tentatif kepada masalah yang boleh disahkan dengan data. 3. Pengumpulan DATA. Ini mungkin termasuk: a. Pemerhatian nota b. Gambar c. Lukisan-lukisan dan gambar rajah d. Rakaman (audio atau video) 4. Analisis data 5. Generalisasi + Penutupan 5.1.2 Kaedah Inkuiri Suchman Dalam bilik darjah, pelajar yang sering menghadapi fenomena yang luar biasa. Dalam setiap peristiwa begini akan memberi peluang kepada guru untuk menggalakkkan pelajar untuk berhati-hati menganalisis sesuatu situasi berkenaan, membuat hipotesis dan menguji penjelasan. Situasi ini menjadikan pelajar memerlukan penjelasan dan perasaan ingin tahu. Robert Suchman membina strategi, seperti permainan "dua puluh
  • 45. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 45 soalan", untuk mengajar pelajar satu proses untuk menyiasat dan menerangkan kejadian yang tidak diduga dan mengejutkan. Keseluruhan strategi: A. Pelajar berhadapan dengan situasi yang membingungkan. Ia adalah penting bahawa penjelasan situasi itu harus berdasarkan idea-idea pelajar yang mempunyai beberapa kebiasaan dan penjelasan situasi perlu diketahui. B. Pelajar membentuk hipotesis (penyelesaian yang mungkin) Bilangan hipotesis perlu kecil supaya pelajar boleh melihat hipotesis yang berkaitan dengan data pelajar. C. Pelajar bertanya soalan kepada guru: Pengumpulan Data Jawapan mesti dalam "ya" atau "tidak". Sebagai contoh, seseorang pelajar tidak boleh bertanya, "Apa yang ada di dalam radiometer?" tetapi boleh bertanya, "Adakah terdapat udara di dalam radiometer?" Jika soalan yang tidak dijawab oleh "ya" atau "tidak", pelajar diminta menyusun semula. Selain itu, soalan-soalan perlu dibina dengan menggunakan perkataan yang sesuai supaya jawapan boleh diperolehi hanya melalui pemerhatian sahaja. Strategi menyingkirkan semua soalan-soalan terbuka dan memerlukan pelajar memberi fokus kepada idea-idea mereka dan membina soalan-soalan yang membentuk hipotesis. Dalam amalan, pelajar perlu digalakkan untuk menstruktur inkuiri
  • 46. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 46 mereka bertanya soalan-soalan setelah menganalisis keadaan berdasarkan pemerhatian mereka - cuba untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang dibuat tentang apa yang sebenarnya berlaku, sebelum mereka menentukan hubungan antara pembolehubah- pembolehubah yang terlibat. Ia penting bagi pelajar untuk belajar membezakan antara: Soalan-soalan berasaskan pengumpulan fakta, dan Soalan-soalan berdasarkan eksperimen dengan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam situasi. Soalan-soalan seperti: Adakah jalur diperbuat daripada logam?" Adakah terdapat vakum di dalam radiometer?" Membantu untuk menjelaskan keadaan yang telah dipatuhi atau diperihalkan. Manakala soalan seperti: Jika askar berlari dan bukannya berkawad menyebabkan jambatan itu masih runtuh?" Bertujuan untuk meneroka hubungan antara beberapa pembolehubah yang terlibat dalam situasi mereka. D. Menilai hipotesis Ia adalah penting bahawa di peringkat ini, guru dan pelajar ingat bahawa walaupun selepas soal siasat yang panjang, beberapa penjelasan yang memuaskan boleh dibuat dan pelajar perlu digalakkan untuk meneroka pelbagai hipotesis alternatif. E. Generalisasi + Refleksi dan proses analisis
  • 47. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 47 Peringkat akhir daripada strategi yang melibatkan pelajar-pelajar menilai proses yang mereka telah laksanakan menentukan peringkat-peringkat proses dan keberkesanan soalan-soalan yang berbeza yang disoal. Akhir sekali, tidak perlu terlalu banyak penekanan "mendapat jawapan yang betul" - sebaliknya pelajar perlu digalakkan untuk melihat bahawa terdapat beberapa penjelasan yang memuaskan dalam pelbagai situasi. 5.1.3 Pendekatan berasaskan inkuiri dan Pendekatan Tradisional Jadual di bawah menunjukkan perbandingan ciri-ciri pendekatan inkuiri berasaskan kepada pendekatan tradisional. BERASASKAN INKUIRI TRADISIONAL Prinsip Teori Pembelajaran Konstruktivisme Behaviorisme Penyertaan pelajar Aktif Pasif Penglibatan Pelajar Hasil Pembelajaran Meningkatkan tanggungjawab Mengurangkan tanggungjawab Peranan Pelajar Penyelesai masalah Pengikut Matlamat Kurikulum Berorientasikan proses Berorientasikan hasil Peranan guru Pembimbing/fasilitator Pengarah/ penyampai 5.2 Pendekatan penemuan
  • 48. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 48 Pendekatan penemuan pertama kali dipopularkan oleh Jerome Bruner dalam buku Proses Pendidikan. Konsep di sebalik pendekatan penemuan bahawa motivasi murid-murid untuk belajar sains akan meningkat jika mereka "menemui" pengetahuan saintifik tersebut. Di samping itu, idea ini telah disokong oleh tanggapan bahawa murid-murid akan belajar tentang sifat sains, dan pembentukan pengetahuan saintifik melalui proses "penemuan". Ia boleh dikatakan bahawa prinsip Bruner berada di tempat yang betul, tetapi rasional beliau adalah salah. Malah kajian yang terhad dalam sejarah dan falsafah sains ke tahap ini menunjukkan bahawa idea Bruner menimbulkan beberapa masalah falsafah tentang ciri-ciri sains dan pembentukan pengetahuan saintifik. Pendekatan penemuan ini diperkenalkan oleh Suchman (Baik, 1972) dan diperkukuhkan oleh Strike (1975) dan Feifer (1971). Pembacaan ini melibatkan prosedur pembelajaran penemuan, isu-isu yang relevan dan percanggahan pendapat. Dalam pelajaran penemuan, guru terlebih dahulu menentukan konsep, proses, hukum atau pengetahuan saintifik yang "ditemui" atau tidak ditemui oleh murid-murid. Pelajaran diteruskan melalui peringkat hierarki yang mungkin boleh dikaitkan dengan tahap pemikiran Bruner. 5.2.1 Kaedah penemuan Mayer menyatakan kaedah ini sebagai penemuan , penemuan terbimbing, dan pengajaran pendedahan. Kaedah penemuan merujuk kepada kekerapan bimbingan seorang guru
  • 49. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 49 harus diberikan kepada pelajar-pelajar mereka. Terdapat tiga peringkat panduan dalam pengajaran: 1. Penemuan pelajar menerima masalah untuk diselesaikan dengan panduan guru secara minima (Mayer, 2003). 2. Penemuan terbimbing pelajar menerima masalah untuk diselesaikan, tetapi guru memberi petunjuk dan arahan tentang cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah agar pelajar berada di landasan yang betul (Mayer, 2003). 3. Pengajaran pendedahan - Jawapan terakhir atau hukum-hukum adalah pembentangan oleh pelajar (Mayer, 2003). 5.2.2 Implikasi Kaedah Penemuan 5.2.2.1 Penemuan (Pure Discovery) Kaedah penemuan sering memerlukan jumlah masa pembelajaran yang lebih, mengakibatkan tahap pembelajaran permulaan yang rendah, dan menghasilkan prestasi yang lebih rendah pada pemindahan dan pengekalan jangka panjang (Mayer, 1968). Apabila prinsip yang perlu dipelajari adalah jelas atau apabila kriteria yang ketat pengajian awal dikuatkuasakan, pelajar penemuan mungkin berkelakuan seperti pelajar penemuan terbimbing. Kaedah penemuan menggalakkan pelajar untuk mendapatkan kognitif yang terlibat tetapi gagal untuk memastikan bahawa mereka akan mengaitkan dengan peraturan atau prinsip yang dipelajari (Mayer, 1968). 5.2.2.2 Penemuan Terbimbing (Guided Discovery)
  • 50. (SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah) 50 Penemuan terbimbing diketahui mungkin memerlukan lebih atau kurang masa daripada kaedah pengajaran pendedahan, bergantung kepada tugas, tetapi kecenderungan menyebabkan pengekalan jangka panjang yang lebih baik dan pemindahan (Mayer, 1968). Kedua-dua kaedah ini menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat secara aktif untuk bagaimana membina kaedah dan memastikan bahawa pelajar mengaitkan dengan peraturan yang perlu dipelajari (Mayer, 1968). 5.2.2.3 Pengajaran Pendedahan (Expository Instruction) Kaedah ini memerlukan masa pembelajaran yang kurang berbanding kaedah-kaedah lain dan keputusannya sama dengan kaedah penemuan terbimbing (Mayer, 1969). Kaedah ini kurang berkesan berbanding kaedah penemuan terbimbing bagi matlamat pengajaran jangka panjang. Pengajaran pendedahan tidak menggalakkan pelajar berfikir secra aktif berfikir tentang peraturan tetapi peraturan dipelajari (Mayer, 1969).

×