Andai Ku Bercinta Lagi

  • 332 views
Uploaded on

Mengisahkan kisah cinta remaja yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan seorang gadis yang bernama Dania Insyirah. Mana yang harus di pilih kenangan yang tidak atau masa hadapan yang sentiasa …

Mengisahkan kisah cinta remaja yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan seorang gadis yang bernama Dania Insyirah. Mana yang harus di pilih kenangan yang tidak atau masa hadapan yang sentiasa berada di sisinya

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
332
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. HAKCIPTA TERPELIHARA
  • 2. Segala informasi yang terdapat di dalam dokumen ini adalah kepunyaan pihak ART VALLEY ENTERPRISE. Tiada sebarang bahagian daripada dokumen ini yang boleh ditiru, dicetak semula atau dijual tanpa kebenaran bertulis dari pihak ART VALLEY ENTERPRISE. Sebarang cetakan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali dan akan didakwa mengikut undang-undang. Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang penjualan tanpa kebenaran atau cetakan tanpa kebenaran dari pihak ART VALLEY ENTERPRISE, sila maklumkan kepada pihak kami di; ART VALLEY ENTERPRISE 002201581-U
  • 3. CINTA 1 Minggu sesi suai kenal antara pelajar-pelajar baru akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Maklumlah, kumpulan pelajar sesi tahun 2001 adalah anak sulung bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah. Boleh dikatakan semua kemudahan di sini masih baru dah tidak lengkap lagi. Kata orang belajar di mana-mana pun sama sahaja, asalkan ada kemahuan di situ ada jalan. "Ermm… Kalau diikutkan tentatif dalam jadual yang aku dapat, pukul 8.30 pagi ini patutnya ada program ceramah dengan kaunselor di dewan besar" monolog Dania sendirian. Sepanjang minggu ni, tiap-tiap hari pun memang akan dipenuhi dengan sesi ceramah yang sememangnya menjadi teman setia dan halwa telinga Dania. "Tak boleh lewat ni. Kalau tidak, silap hari bulan nanti matilah aku kena gelak dengan budak-budak lelaki tu" bisik Dania sendirian. Itulah hadiah istimewa yang akan menanti pelajar yang hadir lewat ke program yang telah diaturkan. Benar-benar tidak diduga oleh Nur Dania Insyirah Mohd Affendy, dalam banyak- banyak negeri dalam Malaysia ni, tercampak juga dia di negeri jelapang padi ni untuk meneruskan cita-cita dan impiannya. Namun, demi hasrat yang murni ini Dania tetap bertahan bagi menjadi contoh sebagai kakak sulung kepada adik-adiknya yang lain. Di hadapan Dania saat ini, tersergam bangunan empat tingkat yang sebahagian besarnya dilitupi dengan cermin kaca. Bangunan tersebut boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah kaca gergasi. Apa yang membezakan ialah rumah kaca yang sebenar berfungsi untuk menanam tumbuhan yang sebenar tetapi rumah kaca di hadapan mata Dania ini adalah untuk memastikan jiwa-jiwa muda yang sedang membesar di dalamnya akan lahir menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. "Eh, aku ni patutnya duduk dalam kelas mana ek? Harap-harap janganlah tingkat atas sekali. Kalau tak... sah tak sampai tiga minggu dekat sini mesti berat aku turun 5 kg" bebel Dania sambil berjalan menghampiri bangunan kaca tersebut. Kalau tak silap kelas Dania sepatutnya di 1 Futuristik. Erm… Nama itu kalau hanya didengar saja pun dah mampu
  • 4. membuatkan Dania kecut perut. Tapi manalah duduknya kelas yang hebat sangat tu. Dania masih berkira-kira sendirian. Sedang Dania mengatur langkah perlahan-lahan di balkoni tingkat dua itu. Tiba-tiba satu suara yang lunak datang menyapa mesra Dania. "Hai, awak duduk kelas mana? Saya Alia Athirah kelas 1 Futuristik kat sana tu. Awak boleh panggil saya Atie" kata gadis itu sambil menghulurkan salam perkenalan dan menunjukkan arah kelas 1 Futuristik. "Cantik juga budak ini" gumam Dania sendirian di dalam hati. Dania terdiam sebentar cuba untuk mencari ayat yang sesuai. Sambil tersenyum, perlahan-lahan Dania menyambut salam perkenalannya. "Saya Dania, kelas 1 Futuristik juga. Selamat berkenalan" Akhirnya satu persahabatan antara Dania dan Atie mula terjalin. Bermulalah perjalanan hidup Dania di MRSM Pendang ini. Segala pengalaman yang akan mengajarnya erti sebuah kehidupan sedang menanti Dania dengan penuh debaran di masa hadapan. "Kring…………" loceng merah yang tergantung di dinding mula berbunyi. Menandakan waktu rehat telah tiba. Nasib baik waktu rehat dah sampai. Bolehlah juga Dania mengisi perutnya dengan dua biji kuih di dewan selera. Kalau ada rezeki lebih dapatlah lebih sikit. Lagi pun dari tadi lagi perutnya ni sibuk mengalunkan rentak irama daripada irama Etnik Malaysia sampailah irama Pop Rock. Maklumlah, sejak berada di tingkatan 2 banyak benar perkara yang perlu diuruskan oleh Dania. Selain daripada proses pembelajaran di dalam kelas, Dania turut memegang jawatan sebagai ketua kelas. Bebanan tanggungjawab tersebut membuatkan Dania memerlukan tenaga yang banyak. Kalau nak harapkan makanan kat kafetaria, memerlukan belanja yang agak besar bagi seseorang yang bertaraf pelajar seperti Dania. Jadi kenalah berjimat cermat sikit. Dania tak boleh selalu boros sebab poketnya ini sentiasa nipis saja. Maklumlah hidup sebagai pelajar ni cuma mengharapkan ehsan mama,
  • 5. abah dan biasiswa MARA setiap bulan. Lagi pula Dania sejak dari kecil lagi memang dah dididik supaya tidak membazir. "Bilalah nak sampai giliran aku ni" gumam Dania sendirian ketika berdiri dalam barisan selepas berlari-lari anak dari bilik guru menuju ke dewan makan. Memang bertuah badan Dania sebab ada kawan macam Atie. Temannya yang seorang ni memang cukup penyabar dan memahami. Kalau Atie tak menggantikan Dania untuk berbaris pasti dia dah jadi orang yang paling akhir sekali. Ini semua berpunca dari Cikgu Aina yang meminta tolong Dania untuk bawakan barang-barang ke bilik guru. "Tak baik merungut Dania. Itu tandanya Cikgu Aina tu sayang dan percaya pada kau. Tambahan lagi, kau pun dapat pahalakan. Betul tak?" kata Atie. Betul juga kata Atie. Tetapi Atie memang selalu macam tu. Kalau hendak dibandingkan Dania dengan Atie. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Tetapi sifat itulah saling melengkapi hidup di sini dan menyebabkan mereka menjadi sahabat. Tambah beruntung lagi, Atie juga turut menjadi teman sebilik Dania di asrama. Atie merupakan seorang yang feminin, lemah-lembut dan penyabar tetapi Dania pula mempunyai sifat yang bertentangan. "Eh, Dania. Kenapa ramai sangat orang kat papan kenyataan tu? Jom pergi tengok nak tak?" soal Atie cuba menarik perhatian Dania. Belum sempat Dania memberikan jawapan, Atie segera menarik tangannya menuju ke arah kumpulan pelajar di hadapan papan kenyataan. Dania cuba memanjangkan leher untuk melihat apa yang dipaparkan di papan kenyataan. Dania terjingkit-jingkit sambil mencari ruang untuk melihat benda yang dipaparkan di papan keyataan tersebut sehingga menyebabkan begitu ramai penonton yang berkumpul di situ. Begitu asyik mencuba, Dania terleka. Tiba-tiba Dania dikejutkan dengan satu suara. "Woi! Apa ni pijak kasut aku. Ketepilah. Kau ni tak nampak ke apa? Ada mata tak nak guna" jerit seorang pelajar lelaki yang berdiri di hadapan Dania.
  • 6. Dania terkejut sebentar dan segera melihat kearah lantai dan mendapati bahawa dia telah memijak kasut seorang budak lelaki yang dirasakan sebaya dengannya sehingga meninggalkan sedikit kesan kotor. Dania segera meminta maaf pada budak lelaki tersebut, sangkanya kemarahan budak lelaki itu akan reda. Tetapi sangkaan tersebut meleset kerana budak itu berterusan memarahi Dania di khalayak ramai seperti gunung berapi yang sedang memuntahkan larvanya. "Woi! Aku dah minta maaf tu sudahlah. Kau ni apsal kecoh sangat la. Habis, kau nak aku buat apa? Tak kan nak aku jilat kasut kau tu kot. Kau ingat kau tu bagus sangat ke?" Dania menghamburkan segala kemarahannya sambil menatap mata budak lelaki itu walaupun ada perasaan gementar di dalam hatinya. Budak lelaki tersebut terus terdiam saat melihat Dania mula bertindak balas dengan amukannya. Cuba untuk kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku, budak lelaki tersebut menarik nafas panjang sambil melihat ke arah sesuatu. "Erm…Nur Dania Insyirah. Nama yang sedap tapi tak sepadan dengan tuannya" balas budak tersebut dengan nada sinis sambil mencapai tag nama yang dipakai oleh Dania. "Apa kau cakap mamat sengal!" bidas Dania dengan suara yang tinggi. Disebabkan takut pergaduhan tersebut menjadi lebih hebat, Atie telah bertindak pantas dengan menarik Dania berlalu dari situ. Kalau diikutkan hati Dania, rasanya lagi teruk akan dia kerjakan budak yang perasan bagus tu. "Bengong betullah mamat tu. Kalau kau tak tarik aku tadi lama dah aku bagi penumbuk sulung kat mamat sengal tu. Kau tahu tak budak kelas mana tu Atie?" tanya Dania pada Atie. "Sabar Dania……kalau tak silap aku budak yang kau marah tadi tu nama dia Adam. Budak yang paling terkenal dan ahli kumpulan Devil Boy. Dia tu belajar di kelas 2 Amanah. Boleh dikatakan budak pandailah" balas Atie.
  • 7. "Erm……Memang dah ada ciri-ciri devil pun. Sesuai sangatlah nama tu dengan dia" mahu sahaja Dania menyumpah seranah apabila mengingatkan kembali kata-kata Adam sebentar tadi. Menyampah betul Dania dengan makhluk yang bernama Adam tu. CINTA 2 Setelah selesai solat Isyak berjemaah di surau, semua pelajar berpusu-pusu pulang ke bilik masing-masing. Begitulah rutin harian pelajar MRSM Pendang. Kelihatan Siti Fateha, Ain Azzah dan Atie Nazirah yang merupakan teman sebilik Dania di sini sedang sibuk bersiap-siap untuk keluar. Entah ke manalah arah tujuan mereka malam minggu begini. Tapi Dania lebih selesa bertindak sebagai pemerhati kerana penat akibat latihan silat petang tadi masih tak hilang lagi. "Wei, Dania! Kau nak ikut kita orang turun tengok tv tak? Malam ni ada cerita Charmed kat NTV7" kata Azzah merujuk kepada cerita 3 adik-beradik ahli sihir perempuan yang cukup popular di televisyen pada ketika itu. "Kalau nak , jomlah pergi awal sikit. Kalau lambat, nanti penuhlah" tingkah Teha. "Aku penat sangatlah. Korang jer la yang pergi tengok, lepas tu cerita kat aku nanti" balas Dania dengan nada malas.
  • 8. Dania menolak lembut pelawaan mereka yang setia menantinya dengan wajah sekupang itu secara terhormat kerana tak mahu mareka terasa hati. Maklumlah, hanya dengan mereka bertiga sahajalah Dania menumpang kasih sebagai anak rantau. Bagi Dania rehatnya itu lebih penting berbanding cerita televisyen kerana dia tidak mahu keletihan pada keesokan harinya ketika waktu sekolah kerana tidak cukup rehat. Melihat cadar katil yang masih tegang tanpa terusik seperti menarik Dania untuk berbaring merehatkan tubuhnya. Melihat kipas siling putih yang ligat berputar pada kelajuan maksimum membuatkan Dania terleka sebentar membilang saat yang berlalu. Tanpa disedari, entah sejak bila Dania terlena. Beberapa saat kemudian yang terdengar hanyalah hembusan lembut nafas Dania diiringi ombak dadanya yang memaparkan keletihan yang ditanggung. “DUMPP!!” Bunyi benda jatuh yang entah datangnya dari mana telah mengejutkan Dania dari tidurnya yang nyenyak. Saat matanya dibuka , Dania melihat biliknya masih lagi cerah bercahaya. Jam tangan yang terletak kemas di tepi bantal segera dicapai. Dia tertanya- tanya di mana agaknya Teha, Azzah dan Atie waktu-waktu begini sedangkan jam telah menunjukkan pukul 12.30 malam. Melihat tiga katil di dalam bilik tersebut masih kosong membuatkan Dania kebingungan. Perasaan panik mula menerjah. Tombol pintu yang masih berkunci rapat dipulas perlahan oleh Dania. Niat di hati untuk melihat barangkali ada sesiapa yang berada di luar. Puas melihat ruang kiri dan kanan tingkat 3 aspuri tersebut. Namun, tiada kelibat seorang pelajar pun yang kelihatan. Hanya Dania yang berdiri di situ sambil ditemani angin malam yang menumpang lalu untuk berhembus di lorong tengah tingkat tersebut. Mungkinkah Dania bermimpi? Tiba-tiba Dania terdengar bunyi satu suara halus dari luar tingkap biliknya. Dania yang masih dalam perasaan kebingungan segera pergi membuka tingkap dan melihat terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang berkumpul di hadapan dewan makan. Degupan jantungnya semakin kencang, rasanya kalau ditoreh pun semua kulit di badan Dania di saat ini pastinya tidak akan ada darah yang mengalir. Apa yang paling ditakuti akhirnya menjadi mimpi ngeri Dania malam itu. Masakan dia tak tahu sebarang maklumat pun berkaitan “roll-call” yang dibuat oleh ketua warden
  • 9. yang cukup terkenal dengan dan amat digeruni itu iaitu Cikgu Shukri atau lebih dikenali dengan nama Pak Sok. "Wargh! Matilah aku kali ni, mesti kena voodoo dengan Pak Sok ni" kata Dania memberi amaran pada diri sendiri. Saat ini Dania merasakan bahawa dia sedang menghadapi sumpahan yang maha dahsyat tahap dewa dalam hidupnya seperti ini adalah saat pengakhiran kehidupan. Tanpa menunggu dengan lebih lama lagi Dania segera mencapai tudungnya serta baju sejuk kerana dia hanya berbaju lengan pendek dan segera turun untuk menghadapi hukuman mandatori daripada Pak Sok. "Ya Allah, bantulah hambamu ini". Hanya itu yang mampu dia bisikkan ke dalam hatinya sebagai peniup semangat. Ketika Dania berjalan menghampiri tangga yang berdekatan dengan tempat pelajar lain berkumpul menyebabkan semua mata yang berada di situ tertumpu kepadanya. Pak Sok yang saat itu sedang memberikan syarahan keramatnya juga tiba-tiba terhenti dan melihat kearah Dania dengan penuh tanda tanya. Tanpa dipinta Dania yang masih lagi mengantuk bagai dipukau segera berjalan menuju kehadapan Cikgu Shukri untuk memberikan penjelasan. Tindakan Dania yang bagaikan banduan di dalam penjara datang memberikan laporan harian hanya diperhatikan oleh ketua warden tersebut melalui ekor matanya. "Minta maaf cikgu. Saya tertidur tadi , tak tahu pula yang cikgu ada buat roll- call malam-malam macam ni" terang Dania pada Pak Sok dengan wajah yang mengantuk. "Nama kau siapa? Buat apa kau tiba-tiba turun? Aku ingat makhluk asing mana pulak yang berjalan malam-malam buta ni" kata Pak Sok dengan nada yang serius. “"Ait... Dah buat buat roll-call mestilah aku turun. Takkan aku nak naik pula kot?" jawab Dania dalam hati. Dia sendiri tak pasti sama ada Pak Sok benar-benar serius atau sengaja berlakon serius di hadapannya. Tanpa dipinta Dania segera memberikan penjelasan.
  • 10. "Nama saya Nur Dania Insyirah Mohd Affendy. Tadi saya tertidur sebab penat sangat lepas balik dari latihan silat.Tapi, waktu saya bangun dari tidur, saya tengok semua roommate saya tak ada. Lepas tu saya tengok ada roll-call kat bawah ni sebab tu lah saya turun sebab saya takut roommate saya kena denda pula kalau tak cukup ahli dalam bilik" kata Dania cuba membela dirinya yang dirasakan tak bersalah. "Mana roommate kau pergi? Kena culik ke?" ucap Pak Sok sambil matanya dicerlungkan memandang Dania yang sedang tegak berdiri di hadapannya. "Manalah saya tahu, cikgu. Apa yang saya tahu roommate saya dah hilang" kata Dania yang tidak mahu mengaku kalah. Tiba-tiba sahaja semua pelajar yang ada di situ tergelak terbahak-bahak selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh Dania. Bingung. Dania merasakan tiada apa yang salah dalam jawapannya. Tetapi dia hairan mengapa semua pelajar yang berada di situ menghemburkan tawa yang bagai ditahan sekian lama. Mindanya pada waktu itu berada pada keadaan separa sedar. Namun, cuba di perah untuk mencari jawapan. "Roommate saya dah hilang" "Hilang?....Mungkin perkataan itu yang menyebabkan merekan tertawa kerana frasa perkataan tersebut memberikan tanggapan seperti Atie, Azzah dan Teha telah diculik" monolog Dania sendirian. Itulah bahana kerana perkataan yang digunakan oleh Dania terlebih hebat daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketika berbicara Dania sentiasa sahaja menggunakan frasa kata sesuka hati dalam ayat pertuturannya. Seharusnya perkataan tersebut perlu digantikan dengan perkataan yang lebih sesuai. Namun, siapa yang tak kenal dengan Dania. Setiap tutur kata yang dilontarkan oleh Dania kebanyakkan hanya mengikut sesedap lontaran lidahnya sahaja. Atie yang merupakan teman baik Dania juga mengambil masa untuk memahami maksud perkataan Dania dalam setiap ayat yang dituturkan. Tapi itulah uniknya Dania.
  • 11. Setelah selesai sesi gelak ketawa, akhirnya Dania pun mengambil tempat menyertai pelajar lain. Dia pun terpaksa mendengar sambungan syarahan Pak Sok. Beberapa minit kemudian mereka semua dibenarkan bersurai. "Ya Allah, banyak ni je syarahan Pak Sok. Buat penat je aku turun tadi,siap dapat malu yang berguni-guni pulak tu" omel Dania sendirian dalam hati. Mahu sahaja dia membuat plastic surgery pada mukanya saat ini. Malu yang teramat. Semenjak insiden tesebut Dania benar-benar telah dikenali bukan hanya di kalangan pelajar perempuan tingkatan 1 tetapi juga pelajar perempuan tingkatan 4 dengan gelaran „budak hilang‟. Populariti yang meningkat secara tiba-tiba telah membuatkan hidup Dania bertambah ceria. Tercipta satu sejarah hidupnya. Mungkin agak memalukan. Namun, Dania pasti masih mampu bercerita dengan senyuman pada anak-anak dan cucunya nanti. CINTA 3 Setiap malam minggu begini, merupakan satu ganjaran dan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu. Tapi walaupun bercuti study tetap kena buat. Kalau tak dapat khatam buku banyak kali pun, dah kira cukup bagus asalkan pegang buku sekejap. Orang kata ambil
  • 12. berkat. Disebabkan prinsip ini telah tertanam dalam diri semua pelajar MRSM Pendang, maka malam minggu pun akan ada juga pelajar yang akan pergi ke kelas sama ada untuk belajar atau menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Tetapi terdapat juga segelintir pelajar yang hanya datang ke kelas untuk mengambil buku dan kemudiannya pulang. Setelah itu, hala tuju mereka tidak dapat dikenal pasti, sama ada balik ke bilik untuk menyiapkan tugasan atau pun sebaliknya dengan agenda yang tersendiri. Janji nampak bayang yang muncul ke kelas. Di sebalik keindahan malam yang disinari cahaya sang purnama, malam minggu merupakan satu peluang untuk kebanyakan pasangan muda untuk menghabiskan masa bersama. Maklumlah pada saat ini merupakan waktu untuk belajar mengenal erti cinta dan perasaan sayang dalam kehidupan. Dari jauh, Dania yang lengkap bertudung hanya mengenakan kemeja hitam putih yang bercorak kotak-kotak kecil pemberian Mak Su serta seluar track-suit yang berwarna hitam. Dia hanya berjalan sendirian menyusuri laluan balkoni ke blok akademik menengah rendah itu. Walaupun, laluan tersebut kelihatan suram dan kelam, Dania meredah laluan tersebut hanya dengan membawa bekas pensil kesayangannya. Dania begitu terleka dengan dunianya sendiri di sebalik muzik-muzik yang menjadi teman setia. Kadang-kala tubuhnya turut menari bersama bagi menghayati muzik yang didengari menerusi walkman yang diterima daripada Cik Lin sebagai hadiah UPSR. Lenggok ke kirim, lenggok ke kanan. Dengan langkah yang bersahaja Dania mengaturkan langkahnya ke kelas 2 Efisyen yang terletak di bahagian paling hujung tingkat 2. "Eh, budak-budak lain tak datang kelas ke malam ni?" bicara Dania dalam hati dengan wajah yang sedikit berkerut. "Hehe…Bagus juga tak ada orang datang kelas malam ni. Aman sikit dunia aku" kata Dania perlahan sambil mengukir senyuman yang senget sebelah. "Dunia ini ana yang punya" bisik Dania
  • 13. Begitu asyik menghayati lagu yang berkumandang sambil turut sama menari mengikut rentak lagu December nyanyian Linking Park. Kalau orang yang tak kenal siapa Dania pasti akan menganggapnya pelik. Dania lebih senang begini kerana dia tidak akan merasakan masa yang berlalu ketika menghabiskan tugasan. Ketika sedang duduk di barisan hadapan berhampiran pintu masuk, Dania terlihat sesuatu yang paling dia benci. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki yang amat tidak disenangi oleh Dania. Mereka boleh dikira sebagai golongan pelajar lelaki yang terhangat di pasaran. Sentiasa sahaja menjadi rebutan gadis-gadis di sekolah. Apa yang menarik pada mereka pun Dania tak pasti. Ada sahaja yang mahu merapati mereka sama ada sebagai adik angkat, abang angkat atau yang lebih hebat lagi sebagai kekasih hati. Tetapi perasaan sebaliknya pula yang muncul dalam diri Dania saat dia terpandangkan wajah setiap seorang daripada mereka. Bukan perasaan kagum yang muncul dalam diri Dania tetapi dia seperti lebih layak untuk menjadi musuh ketat. Biarlah hanya Dania sebagai manusia terakhir atas muka bumi ini. Tak mungkin untuk Dania berbaik dengan musuh ketatnya itu. "Ya Allah, kenapalah malang sangat nasib aku malam ni. Terpaksa pulak aku bertembung dengan makhluk yang paling aku benci atas muka bumi ni" kata Dania pada dirinya sendiri. Tak berapa lama kemudian masuklah Nashriq, Shahir,Amirul, Aizat dan Hakim ke dalam kelas 2 Efisyen yang pada asalnya hanya dihuni oleh Dania seorang sebagai tetamunya pada malam itu. Dania cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran jejaka-jejaka yag perasan hangat itu. Bagi Dania mereka semua tidak ubah seperti ais beku di kawasan kutub utara dan tidak mungkin akan lebur untuk selama-lamanya. Dania tetap berusaha sepenuh kudaratnya untuk memberikan fokus yang sepatutnya diberikan sepenuhnya terhadap tugasan di depan mata. Akhirnya, lengkaplah ahli kumpulan Devil Group apabila muncul ketibaan ahli yang terakhir iaitu Adam yang hanya mengenakan jersi putih pasukan bola sepak Manchester United .Dia hanya tersenyum saat memasuki kelas tersebut.
  • 14. "Suka hati koranglah nak buat apa pun. Asal jangan mengganggu ketenteraman hidup aku sudah. Kalau tidak , matilah korang semua nanti" sumpah Dania perlahan di dalam hati. Nasib baiklah mereka semua hanya melakukan urusan masing-masing. Dania pula begitu khusyuk untuk menghabiskan tugasannya sehingga dia terleka dan tidak sedar bahawa terdapat sepasang mata yang memerhatikan dirinya dan hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak. Tiba-tiba, kerusi di sebelah Dania yang asalnya kosong, kini diduduki oleh insan yang menjadi musuh ketat Dania iaitu Adam. Adam tetap tersenyum memandang Dania. Senyuman yang mungkin cukup menawan bagi Adam. Namun, bagi Dania senyuman Adam itu tetap tiada maknanya dan paling menjengkelkan bagi Dania. Dania tidak membalas walau sedikit pun senyuman dari bibir Adam itu. Tetapi Adam kelihatannya begitu setia menanti sebarang reaksi yang akan diberikan oleh Dania. Teman Adam yang lain kelihatan hanya menyambung urusan masing- masing dan menutup mata seperti mereka tidak melihat tindakan pelik Adam yang cuba menghampiri Dania. "Mangkuk ni betul ke tidak? Ada litar pintas kot dalam otak mamat sengal ni. Lagi pun dia sendiri tahu yang aku memang tak pernah boleh nak berbaik dengan dia. Sejak daripada tingkatan 1 lagi" Dania mengomel dalam hati. "Arghhh!!!" Dania semakin tak boleh nak bertahan dengan renungan mata Adam. Annoying sangat. Walaupun Adam mungkin tidak mempunyai sebarang maksud terhadap Dania dengan renungannya itu. Tetapi Dania benci. Segala yang ada pada Adam membuatkan kebencian Dania membuak-buak. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia campakkan Adam keluar dari kelas tersebut. Memang hamba Allah yang satu ni sengaja nak mengganggu ketenteraman hidup Dania. "Wei, Adam! Kenapa dengan kau ni? Tengok aku macam tak pernah tengok pulak" soal Dania kepada Adam kerana dia tak selesa dengan pandangan mata Adam.
  • 15. "Tak ada apa, Adam cuma suka tengok Dania buat kerja sekolah je. Muka tu serius betul, siap berkerut-kerut. Macam fikir masalah dunia je. Comel" balas Adam sambil tersenyum bagaikan kerang busuk. "Dania? Comel? Betul ke telinga aku ni atau pun salah dengar. Tak pernah mamat ni panggil aku dengan nama Dania. Meremang bulu roma aku rasanya. Kena sampuk agaknya Si Adam ni" bicara Dania sendirian. "Kau ni sengal betul" balas Dania. Apalah agaknya agenda peminat pasukan Manchester United ini agaknya? Tapi Dania malas nak berfikir sebab sekarang ni pun otaknya macam dah tepu dengan pelbagai nombor dan formula. 'Sretttt.......' Tiba-tiba bunyi kerusi yang diseret kedengaran begitu hampir pada telinga Dania. Dania berpaling kekanan. Rupa-rupanya Adam telah merapatkan kerusi yang didudukinya menghampiri Dania. "Sah...! mamat ni memang dah kena sampuk jin ladang getah kot" omel Dania dalam hati. Tindakan Adam ini benar-benar membuatkan Dania rasa lain macam dan tidak selesa. Dania terpaksa menganjakkan kerusinya menjauhi Adam. Tetapi Adam tetap mengulangi tindakannya sehingga Dania rapat ke dinding. "Budak ni memang sah mereng malam ni. Kalau pun dia nak buang tabiat, kenapa aku pulak yang kena jadi mangsa dia. Silap hari bulan mahu dapat side-kick daripada aku nanti " ucap Dania cuba menahan sabar di dalam hatinya. Dania lebih rela mendiamkan diri. Bagi Dania, biarlah andai Adam sendiri memang merelakan dirinya menjadi batu tunggul untuk memerhati. Bukan Dania yang minta. Mamat Adam tu sendiri yang murah hati sangat nak datang bagi perkhidmatan percuma. ************************************************************************
  • 16. 5 minit...10 minit....15 minit telah berlalu. Namun, hanya sepi antara Dania dan Adam. Sesekali kedengaran bunyi musik dari walkman Dania yang dipasang agak kuat. Adam merasakan tindakannya tidak mendapat respon yang positif daripada Dania. Adam mula mencapai sebatang pen Kilometrico yang berwarna biru milik Dania dari dalam bekas pensil. Adam yang memang cukup suka menyakat sengaja mengetuk-ngetuk pen tersebut di atas meja sehingga bunyi yang terhasil cukup untuk meragut tumpuan Dania. "Eh, mamat ni. Datang tak dijemput, sengaja pulak nk cari pasal dengan aku. Nak kena penumbuk ke?" bicara Dania dalam hati. Dengan hati yang memang sedang panas membara, Dania telah menghadiahkan jelingan maut untuk Adam, musuh yang satu itu. "Amboi, Dania! Dahsyatnya jeling Adam. Tak apalah Adam anggap tu hadiah dari Dania untuk Adam" kata Adam tanpa rasa bersalah sedikit pun. Sangka Dania, Adam akan berputus asa. Tetapi rupanya sangkaan tersebut meleset kerana Adam yang masih tak puas mngusik, dengan beraninya telah mengalihkan kerusi yang asalnya berada di sisi ke hadapan meja Dania. Adam duduk bertentangan dengan Dania. Dia hanya menongkat dagunya sambil memerhatikan Dania. "Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini" rintih Dania dalam hati. “Adam, kau memang tak ada kerja lain ke apa? Kau ingat bila kau tengok aku macam tu aku boleh suka kat kau la ek macam budak-budak perempuan lain tu? Sorry sikit, aku lansung tak minat la dengan kau.” ucap Dania tanpa ragu-ragu. Adam terdiam. Terkejut dengan penyataan Dania "Yakin ke Dania tak akan terpikat lansung dengan Adam?" soal Adam bersahaja. Setiap gadis yang dia pikat pasti akan cair. Tapi mengapalah susah sangat untuk menundukkan ego Dania? Egonya tercabar. “Aku yakin” balas Dania, pendek.
  • 17. CINTA 4 Petang hari Ahad macam ni entah apa agaknya mimpi Azzah, tiba-tiba sahaja dia mengajak Dania bermain bola jarring. Katanya lagi ramai lagi meriah. Tambahan pula, kumpulan Azzah kekurangan pemain dan tidak mempunyai shooter. Oleh kerana Dania pernah memegang posisi sebagai shooter sewaktu mewakili sekolah rendah dahulu, maka menjadi satu markah bonus untuk Azzah mengajak Dania menyertai kumpulannya. Walau Dania masih belum sampai ke peringkat mewakili negara, tapi sekurang- kurangnya mungkin dia boleh menyumbangkan sesuatu. Dania masih berkira-kira sendirian tentang tawaran Azzah itu. Disebabkan terasa bosan sendirian di dalam bilik dan tak ada apa- apa rancangan maka Dania menerima tawaran Azzah yang dikira datang tepat pada masanya itu. Tepat pukul 5.15 petang selepas selesai solat Asar, Dania segera bersiap-siap untuk turun ke padang. Hanya dengan mengenakan t-shirt biru berlengan panjang yang mempunyai lambang ADIDAS, seluar sukan hitam berjenama Cheetah Jr. serta bertudung hitam. Cukup ringkas, cepat dan mudah. Tak perlu nak melihat cermin terlalu lama. Dania lebih selesa berpakaian gelap ketika bersukan kerana tidak mudah kelihatan kotor. Tidak dilupakan kasut sukan kesayangan Dania yang hampir usang itu. Kasut yang terletak kemas di atas rak kasut besi hitam di luar bilik. Kasut itulah yang telah menyebabkan mamanya berleter kerana Dania masih menyimpan kasut yang dah sememangnya uzur. Namun kasut itu tetap menjadi teman setiap setia setiap kali Dania melakukan beriadah. Tapi nampaknya Dania akan perlu membeli kasut yang baru kerana yang satu ini telah haus kerana selalu sangat diasah di atas laluan berturap.
  • 18. Alhamdulillah cuaca petang ini agak redup, sekurang-kurangnya Dania tak akan rentung dek panas mentari. Maklumlah, kulit Dania terlalu mudah terbakar. Kalau diletakkan tangannya di sebelah muka pasti kelihatan seperti tahi cicak. "Manalah Mak Cik Azzah ni? Tadi suruh aku tunggu kat bawah. Tapi masalahnya batang hidung dia pun aku tak nampak lagi ni. Silap hari bulan tak sempat main dah habis air satu botol aku minum nanti" Dania mengomel sendirian. 10 minit kemudian kelihatan Azzah berlari-lari anak manghampiri Dania yang berdiri macam tiang lampu di sebelah tangga aspuri. "Minta ampun, Tuanku. Patik terlewat sampai. Harap tuanku tidaklah murka pada patik" kata Azzah sambil mengangkat kedua tangannya dengan lagak gaya sebagai dayang istana yang ketakutan. "Banyaklah kau punya ampun. Jomlah jalan cepat. Nanti yang lain mengamuk pula sebab lama menunggu" ucap Dania tidak mahu terus bertangguh lagi. Di tempat yang dijanjikan, kelihatan yang lain tetap setia menunggu. Memang penyabar. Muka masing-masing dah macam udang kena panggang. Gelanggang bola jaring tersebut terletak bersebelahan dengan padang bola sepak yang dijadikan tempat latihan bola sepak bagi pelajar menengah rendah. Selesai sesi warming-up, semua pemain mula mengambil posisi masing-masing. Dania pula mengambil posisi sebagai penjaring. Walaupun jaringan Dania tidaklah setajam sepakan gol David Beckham. Tapi sekurang-kurangnya, peratus untuk menyumbangkan mata bagi kumpulannya masih tetap cerah. Terasa macam banggalah pulak. Masing-masing mula membuka langkah pencak silat dalam pertarungan. Macam nak putus nafas Dania dibuatnya, siap mandi peluh lagi. Tapi tak apa, pahlawan handalan sejati memang slealunya kena serang bertubi-tubi. Namun, Dania tetap bertahan sehingga ke akhirnya. "Yeah!". Memang bersemangat waja.
  • 19. "Wei, Intan! Baling bola tu kat aku" jerit Dania kepada penyerang sayap kanan. Nampaknya, balingan bola yang diberikan oleh Intan itu cukup cantik. Lengkungan sigmoid barangkali. Akhirnya, bola yang bakal menjadi penentu johan berada di tangan Dania kini. Posisi yang cukup cantik dalam lingkungan jaringan juga memberikan Dania peluang tambahan. Nampaknya, semua harapan bergantung kepada Dania sekarang. Tumpuan sepenuhnya diberikan saat melambungkan bola itu kearah mulut gol. Saat bola tersebut benar-benar berapa pada mulut gol. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang mampu membuatkan nafas Dania terhenti. "Dania!!! I love u !!!" ' 'Dupp!' Jeritan itu berlaku tepat pada saat bola yang dilontarkan memasuki jaring. Dania terus terduduk di atas lantai. Semua mata tertumpu ke arah datangnya suara itu, kemudian pandangan mereka dialihkan kepada Dania. Saat itu, badan Dania dah beku macam ais dari kutub utara. Mata Dania sibuk melilau mencari empunya suara. Tetapi disebabkan rabun maka penglihatannya kabur. Dania segera mencapai kaca matanya di bahagian tepi gelanggang. Penglihatan Dania terkunci pada satu batang tubuh yang cukup dikenali dan sedang berdiri di tengah-tengah padang sambil tersenyum kearahnya. "Adam!" jerit Dania di dalam hati. Biar betul, tak mungkin Adam yang menjerit nama aku sebentar tadi. "Gila betullah, mamat sengal ni" ucap Dania sendiri. Mahu sahaja Dania menumbuk Adam saat itu. Tapi Dania merasakan dia dah cukup malu untuk hari itu. Sejak peristiwa tersebut, ada sahaja perkara yang tak masuk akal telah
  • 20. dilakukan oleh Adam. Setiap perkara yang dilakukan oleh Adam sedikit sebanyak turut mampu menjentik tangkai hati Dania yang beku seperti ais kutub utara itu. CINTA 5 Keadaan ladang getah yang sedang menguning daunnya mula bertukar wanrna. Dania hanya berjalan-jalan menyusuri pohon-pohon getah sambil mengutip biji-biji getah yang berguguran. Situasi ini mengembalikan memoru Dania kepada filem Mohabbatein yang terkenal dengan simbol daun kuning yang berguguran. Dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan
  • 21. Aiswarya Rai. Untuk seketika Dania merasakan dirinya seperti menjadi sebahagian daripada filem tersebut. Setelah agak banyak biji getah yang dikumpulkan di dalam tin susu yang kosong, Dania berjalan menuju ke kolan ikan berhampiran pondok pengawal. Dia lebih tenang di situ sambil mencari ilham dan jalan penyelesaian untuk masalah yang melandanya. Kolam ikan itu telah menjadi tempat dia menghabiskan masa sejak dari tingkatan 1 lagi. Tempat itu telah menyimpan seribu kenangan dan menyaksikan jatuh dan bangun hidup Dania di MRSM Pendang. Begitu tenang sekali dirasakan ketika memandang kolam yang dilitupi oleh pokok teratai yang tumbuh meliar. Dania hanya memerhati kolam tersebut sambil mencampakkan satu per satu biji getah yang dikumpulkan tadi. Bagi Dania setiap satu biji getah yang dicampakkan itu melambang masalah yang mengganggu hidupnya. Bukan bererti dia ingin mengelakkan diri dari masalah tersebut tetapi cuba mencari sedikit kekuatan yang tersisa untuk menyelesaikannya. Mungkin ini akan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Dania. Sejak dari dulu lagi, Dania sememangnya cukup sukar untuk berkongsi masalah dan perasaan dengan orang. Bagi Dania terlalu sukar untuk dia mempercayai orang lain selain dirinya sendiri. Dania merasakan dia perlu menjadi teguh dan tabah kerana dia perlu menjadi contoh dan pelindung untuk adik-adiknya pada masa hadapan. Mengimbau kejadian beberapa hari yang lalu. Kejadian yang merentap hatinya. Terlalu sakit untuk dia terima. Pada hari itu, bekalan eletrik telah terputus untuk beberapa jam maka terpaksalah mereka bergelap. Kebetulan pada malam itu adalah hari lahir Zaf yang ke- 14. Zaf adalah jiran terbaik Dania di bilik hadapan. Untuk meraikan majlis tersebut Dania, Atie, Azzah dan Teha dijemput bertandang ke bilik hadapan sambil dihidangkan sebiji kek mini yang dibeli dari kafetaria untuk menyambut birthday Zaf. Teman sebilik Zaf yang lain juga turut memeriahkan susasana dengan jamuan ringkas yang telah mereka sediakan.
  • 22. Walaupun jamuan tersebut dilakukan dalam keadaan yang gelap-gelita. Namun, segalanya terasa begitu sempurna. Kebiasaannya, hari lahir untuk pelajar asrama seperti mereka akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang unik. Maklumlah, masing-masing jauh daripada keluarga. Maka, mereka perlu saling mengambil berat antara satu sama lain.Cuma pada malam tersebut mereka rasa tidak dapat untuk melakukan aktiviti yang agak 'ganas' kerana takut akan mendapat habuan istimewa daripada Pak Sok. Orang cakap tak ada masalah, jangan cari masalah. Selesai sesi makan kek mini Dania hanya duduk bersantai ditepi tangga asrama sambil menikmati angin malam. Ketiadaan elektrik menyebabkan kipas tak mampu berfungsi. Bahang di bilik makin terasa, walau pintu dah dibuka seluasnya. Mungkin tanda-tanda mahu hujan. Tiba-tiba Hani datang menghampiri Dania. Dania hanya diam sambil memerhati dalam senyap. Kesunyian menyelubungi mereka untuk beberapa ketika, Hani mula berbicara "Dania, aku nak cakap dengan kau sikit. Tapi aku harap kau jangan tekejut pula" ucap Hani seakan memberikan amaran awal. Bicara Hani membuatkan detak jantung Dania mula berubah perlahan seperti hampir berhenti. Sunyi. Ada kegusaran di situ. "Apa yang kau nak cakapkan pada aku?" soal Dania kepada Hani. Wajahnya masih tenang.Dania cuba ditunjukkan seperti tidak terkesan sedikit pun dengan amaran Hani tadi "Dua malam yang lepas, waktu prep aku ada dengar perbualan Adam dengan Nashriq. Perbualan mereka adalah berkaitan kau" kata Hani cuba mencari ayat yang lebih sesuai untuk menyambung bicaranya dengan Dania "Berkaitan dengan aku? Kau memang pandai buat aku rasa suspen jer" balas Dania pada Hani seakan cuba berseloroh. Tapi jantungnya mula berdetak laju. Macam rentak lagu rock underground. “Apa yang mereka bualkan tentang aku?” sambung Dania. "Mereka berbual tentang pertaruhan ke atas kau" kata Hani.
  • 23. "Pertaruhan? Atas aku? Tapi untuk apa mereka buat semua tu ke atas aku? Betul ke apa yang kau dengar Hani?" soal Dania pada Hani seperti lansung tak percaya. "Aku pasti. Aku dengar dengan telinga aku sendiri. Tak mungkin telinga aku menipu. Mereka bertaruh ke atas kau dengan ganjaran yang bernilai RM 100. Seandainya sesiapa di antara mereka yang mampu mencairkan hati kau maka mereka adalah pemenang pertaruhan tersebut" terang Hani kepada Dania. "Apa?... Mereka ingat aku ni barang mainan yang boleh dijadikan taruhan ke? Aku tak akan biarkan seorang pun daripada mereka akan menang dalam pertaruhan ni. Apa yang pasti, hanya aku yang akan mengawal permainan ini. My game with my rules" bidas Dania dengan tegas. Kegilaan itu harus dihentikan. Lansung Dania tak menyangka dia akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Dahulu dia pernah menonton situasi seperti ini di dalam cerita She’s All That. Tapi itu adalah di dalam rancangan televisyen. Apa yang dihadapi Dania kini adalah suatu realiti. Dia adalah realiti. Devil group juga adalah realiti. Andai mereka mahukan menjadikan Dania bahan permainan. Maka, itu tak mungkin berlaku. Tidak sama sekali. Dania sendiri yang akan mengawal permainan gila tersebut tanpa mereka sedari. "Jika ada Devil Group pastinya wujud Adam. Ini beerti Adam juga turut terlibat. Adam....kenapa harus kau lukakan hati aku dan permainkan maruah aku. Setelah aku mula mengagumi dirimu dalam diam" bisik Dania di dalam hati sendiri dengan sendu yang di tahan.