• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan
 

Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

on

  • 390 views

Anda boleh mendapatkan salinan digital e-novel Andai Ku Bercinta Lagi daripada http://ashikinangel.blogspot.com/2013/09/promosi-separuh-harga-e-novel.html

Anda boleh mendapatkan salinan digital e-novel Andai Ku Bercinta Lagi daripada http://ashikinangel.blogspot.com/2013/09/promosi-separuh-harga-e-novel.html

Statistics

Views

Total Views
390
Views on SlideShare
390
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan Document Transcript

    • CINTA 6 Kedatangan tahun 2003 ini telah membuatkan perjalanan hidup Dania semakin menarik dan mencabar. Pada tahun ini, Dania berada di tingkatan 3 dan perlu bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan yang agak besar dalam hidupnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bermula pada bulan Januari lagi, pelbagai program akademik dan jati diri telah dirancang untuk pelajar tingkatan 3. Program Kem Patriotik sedang menanti Dania. Semua pelajar tingkatan 3 perlu berkumpul di Dewan Besar bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh guru penyelaras PMR berkaitan Kem Patriotik. Pembahagian kumpulan juga akan dilakukan pada masa yang sama. Dania benar-benar berharap akan mendapat ahli kumpulan yang sememangnya satu kepala dengan dirinya. Pasti segalanya akan berjalan dengan baik dan mengembirakan. Dania hanya duduk dan memerhatikan sahaja kawasan dewan yang sesak dengan pelajar itu. Sudahlah sesak, panas pula. Tangan kanan Dania digerakkan seperti kipas. Ditambah lagi dengan keadaan yang berpeluh ini, kalau ikutkan hati lebih baik Dania duduk di dalam kelas sahaja. Sebelum taklimat dimulakan, semua pelajar akan dibahagikan mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan akan mempunyai ahli yang terdiri dari kelas 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Cekal, 3 Dedikasi, 3 Efisyen, 3 Futuristik dan 3 Harmoni. Arahan telah dikeluarkan oleh Cikgu Mat Isa yang cukup terkenal dengan kesungguhannya dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cikgu yang bertubuh agak besar itu merupakan seorang guru yang cukup istimewa. Walaupun dia mengajar mata pelajaran pendidikan seni, tetapi beliau juga mempunyai kemahiran psikologi. Di dalam dewan tersebut
    • telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada bahagian hadapan adalah untuk pelajar yang telah mempunyai kumpulan dan untuk bahagian belakang adalah untuk pelajar yang belum dibahagikan kumpulan. Dania hanya menanti dengan penuh sabar kerana dia merasakan namanya akan dipanggil paling lewat. Pada saat yang terluang itu, Dania hanya berdiri di suatu sudut dewan sambil menghabiskan masanya dengan memerhati rakan-rakan lain yang masih belum disebutkan nama. Akhirnya, pandangan Dania terhenti pada seraut wajah yang pernah meninggalkan luka yang dalam dihatinya. Adam, lelaki yang satu itu masih belum mempunyai kumpulan. Sedangkan pada saat itu bilangan pelajar yang masih belum mempunyai kumpulan telah tinggal sedikit sahaja. Tiba-tiba wujud satu perasaan yang resah dalam diri Dania. Saat itu, Dania hanya mampu berdoa. “Ya Allah, tolonglah aku. Janganlah kau satukan aku dan Adam dalam kumpulan yang sama. Sesungguhnya dia telah melukakan hati aku" doa hati Dania perlahan. "Mohd Adam Zachary Dato’ Shukri" "Nur Dania Insyirah Mohd Affendy" Betapa saat itu lutut Dania bagaikan begitu lemah dan seakan tak mampu untuk berdiri. Dalam doa yang masih bersisa itu. Akhirnya, telah tertulis dalam suratan takdir bahawa Dania dan Adam berada dalam kumpulan yang sama. Bagaikan tersungkur di hadapan takdirnya sendiri, Dania mengambil tempat untuk berbaris di belakang Adam. Saat itu bagaikan wujudnya satu ruang sepi di antara mereka berdua. "Kumpulan 6,7 dan 8 akan naik bas nombor 5" lantang suara Cikgu Zul memberikan arahan. Pemilik suara tersebut hanya memiliki tubuh yang tinggi lampai dan kurus tetapi tetap bersemangat waja. Perjalanan yang memakan masa selama hampir satu jam setengah itu
    • membuatkan Dania agak keletihan. Namun, pemandangan sawah bendang yang luas terbentang itu masih menjadi teman yang setia di sepanjang perjalanan. Setelah sampai ke destinasi, semua pelajar diarahkan turun dari bas. Dalam fikiran Dania berpendapat bahawa kawasan yang tanah lapang yang berhampiran bukit tinggi itu merupakan tapak perkhemahan mereka. Tetapi rupanya jangkaan Dania meleset kerana tapak perkhemahan mereka terletak di kawasan lain. Beg-beg milik semua pelajar telah diletakkan di dalam trak untuk diangkut ke kawasan tapak perkhemahan. Di kawasan berbukit yang tandus dan bertanah gersang itu, semua pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Tidak dapat Dania bayangkan bagaimana agaknya hidup dirinya untuk tiga hari itu sepanjang berada di bawah pengawasan tentera. Tiba-tiba di tepi Dania,meluncur laju sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh tentera. Kenderaan tersebut betul-betul berhenti di hadapan Dania dan seorang lelaki keluar dalam keadaan yang lengkap berpakaian tentera. Mengikut perkiraan Dania, usia lelaki tersebut dalam usia 35 tahun dan keatas. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kapten Salmi. Orang memiliki susuk tubuh yang tegap dan sasa. Pastinya pada zaman mudanya dahulu dia memiliki rupa paras yang kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis pinggitan. Geli hati Dania saat membayangkan keadaan tersebut. Program pertama akan bermula di kawasan tanah lapang tersebut. Kumpulan Dania akan dibimbing oleh Staff Mohammadiah dan Staff Rosli. Sebelum berlansungnya program abseiling, setiap kumpulan diberikan sehelai kain putih dan tiga marker pen yang berlainan warna. Kain putih tersebut perlu dijadikan sebagai bendera kumpulan dengan melukiskan haiwan yang mewakili kumpulan tersebut. Bendera yang bagi setiap kumpulan juga perlu dijaga dengan baik sepanjang Program Kem Patriotik berlansung. Kumpulan Dania telah memilih Jaguar sebagai simbol kekuatan kumpulan mereka. "Siapa yang sanggup nak jaga bendera ini sepanjang kem? Kalau boleh saya nak lelaki yang ambil tanggungjawb ini" soal salah seorang staff yang menjaga kumpulan Dania. Apabila Staff Mohammadiah bertanyakan soalan tersebut semua ahli kumpulan tersebut
    • hanya mendiamkan diri, termasuk Dania. Bagi Dania, untuk menjaga bendera tersebut pastinya memerlukan seorang yang benar-benar layak dan bertanggungjawab. "Saya sanggup mengambil tanggungjawab ini" balas satu suara yang tiba-tiba sahaja memecahkan kesunyian di antara mereka. Dania memandang kepada arah pemilik suara yang sedang tenang duduk bersandar pada sebatang pokok.. Kemudian pemilik jasad tersebut berdiri dengan yakinnya. Sungguh tidak Dania menyangka bahawa Adam telah menawarkan dirinya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Adam benar-benar memiliki satu daya tarikan yang kuat pada Dania. CINTA 7 Dengan kerjasama daripada pihak tentera dan bomba, program abseiling dijalankan dengan jayanya. Dania begitu teruja kerana pertama kali terlibat dengan aktiviti abseiling yang turun dari kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Walaupun Dania mempunyai acrophobia iaitu penyakit fobia terhadap tempat tinggi. Namun, apabila difikirkan kembali sampai bila agaknya dia perlu duduk dibawah hanya disebabkan ketakutan dirinya sendiri
    • kerana mungkin ada sesuatu yang lebih menarik yang dapat dilihat dari tempat yang lebih tinggi. Pada mulanya hanya pelajar lelaki yang mengambil bahagian. Tercabar juga kewibawaan Dania pada saat itu, kerana tiada lansung pelajar perempuan yang mengambil bahagian. Dania sangat pantang apabila terasa dirinya dicabar. Akhirnya, Dania mengambil keputusan yang dia seharusnya mengatasi ketakutan dalam diri sendiri. Dania telah bersiap sedia menunggu giliran yang seterusnya. "Woi! Aku yang pegang benda ini dulu la" tingkah Dania kepada Faris yang memegang kejap safety belt tersebut. Namun, kelihatan Faris seperti tidak mahu melepaskan tangannya. Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diri Dania, terus sahaja dia merentap tali pinggang tersebut daripada tangan Faris dan berjalan menuju ke puncak bukit tersebut. Faris hanya memandang sinis pada Dania. Setelah siap memakai safety belt dengan sempurna, Dania memandang kebawah bukit tersebut. "Hish…." Kecut perut dibuatnya. Dania merasakan macam hendak terburai semua isi perut .Tangan Dania pun dah jadi lemah longlai dan sejuk macam mayat hidup. "Safety man…On!" bergetar suara laungan Dania kepada pegawai bomba yang berada di bawah sambil menunjukkan ibu jarinya keatas . Aliran adrenaline semakin laju. Dania cuba melawan ketakutan. Dengan perlahan- lahan Dania meloncat ke bawah. Pada mulanya, agak kurang lancar tetapi setelah beberapa ketika segalanya berada dalam kawalan. Lebih kurang dalam enam kali loncatan, Dania telah sampai ke daratan. Dia sedar dalam diam Adam memerhatikan dirinya dari kejauhan. Setelah agak penat dan panas menanti di situ Dania mula bergerak menuju ke bawah pokok getah untuk berteduh sambil memerhatikan rakan-rakan yang lain. Kemudian Dania mengambil tempat di belakang Adam. Adam hanya diam membisu di situ. Dia bagaikan bukan Adam yang Dania kenali dulu atau mungkin kerana Dania sendiri yang telah mengelakkan diri dari Adam.
    • Setelah selesai program abseiling pada pukul 5.30 petang, semua pelajar perlu berjalan kaki sejauh 4 km untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak di Bukit Wang. Tapak perkhemahan tersebut benar-benar terletak di hujung kawasan taman rekreasi Bukit Wang. Apabila tiba di kawasan tapak perkhemahan, matahari telah beransur-ansur tenggelam di ufuk barat. Semua pelajar berkejar-kejar untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat asar dan menunggu aktiviti seterusnya. Waktu mandi merupakan saat yang paling menimbulkan masalah. Bagi pelajar lelaki pastilah segalanya akan berjalan lancar. Tetapi lain pula ceritanya bagi pelajar perempuan. Tambahan pula, tempat mandi yang disediakan untuk pelajar perempuan terletak betul-betul di tepi sungai. Apa yang membezakan ialah bagi pelajar lelaki disediakan kawasan mandi yang terbuka. Manakala untuk pelajar perempuan ialah kawasan separuh tertutup di bahagian yang bertakung. Bagi Dania, semua itu hanya masalah kecil sahaja kerana dia selalu mandi sambil mengenakan pakaian lengkap setiap kali melakukan aktiviti luar. Setelah selesai, mereka perlu berkumpul di kawasan tanah lapang yang dipenuhi dengan batu kerikil. Akibat kepenatan daripada aktiviti abseiling yang agak extreme ditambahkan lagi dengan jarak perjalanan yang agak jauh dari tempat aktiviti ke tapak perkhemahan menyebabkan ramai pelajar yang terlewat untuk berkumpul. Oleh kerana kelewatan yang berlaku, menyebabkan Dania serta kawan-kawannya yang lain terpaksa menyilangkan tangan di belakang leher seperti pendatang haram tanpa izin yang ditahan ketika operasi serbuan secara besar-besaran. Hendak atau tidak terpaksalah Dania berjalan seperti itik yang kena tahan. Tetapi seronok juga keadaan sebegitu, rasanya mungkin dia tidak akan mengalami lagi keadaan sebegitu bersama-sama teman-teman yang lain. Selesai makan malam, semua pelajar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Alif di bawah langit malam yang dipenuhi oleh bintang- bintang di langit utara. Tempoh di antara solat Magrib dan Isyak telah diisi dengan pengisian tazkirah daripada Tuan Haji Nazir yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengetua Hal
    • Ehwal Pelajar di MRSM Pendang. Selepas solat Isyak pula, Kapten Salmi yang bertindak selaku kem komander telah menyampaikan taklimat untuk program kedua yang akan berlansung pada malam itu. Sewaktu taklimat aktiviti disampaikan, telah membuatkan Dania mula terasa seram sejuk kerana segalanya disampaikan dalam keadaan separuh berbisik. Segala tindakan yang mereka lakukan dan katakan bagai ada sesuatu yang sedang melihat dan mendengar. Bulu roma Dania mula berdiri. Sejuk rasanya. Kapten Salmi juga turut memberikan kata laluan yang perlu mereka ingati sepanjang program tersebut berjalan. Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh Kapten Salmi, program Operasi Burung Hantu pun bermula. Setiap kumpulan yang diketuai oleh pegawai-pegawai telah bergerak ke lokasi yang ditetapkan. Sebelum bergerak ke kawasan yang hendak dituju Dania telah bersiap sedia dengan semua alatan wajib yang diperlukan seperti pisau, lighter dan surah Yassin. Saat itu Dania lihat jam tangannya telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Staff Mohammadiah dan Staff Rosli telah membawa kumpulan Dania menuju ke kawasan kaki bukit yang agak menyeramkan kerana dilitupi kawasan hutan yang tebal. Setelah berjalan selama setengah jam dan tiba di suatu kawasan, mereka telah diarahkan untuk menutup mata dan hanya mendengar segala arahan yang diberikan. Mereka dibawa berjalan dalam satu barisan lurus. Dania menjadi orang terakhir di dalam barisan tersebut. Manakala, Adam pula menjadi orang pertama kerana bertindak sebagai ketua dan memegang bendara kumpulan yang perlu dipertahankan. Dalam beberapa minit kemudian, seorang demi seorang daripada mereka dipisahkan dan diletakkan di tempat yang berlainan dalam jarak yang tertentu. "Semua boleh buka mata" satu arahan telah diberikan. Setelah membuka mata, Dania hanya melihat pemandangan gelap yang ditemani oleh cahaya bulan. Keadaan itu benar-benar membuatkan jantung Dania berdegup kencang selaju
    • kereta Ferrari. Tambahan pula, pada malam tersebut bulan purnama begitu terang dengan struktur keadaan hutan primer itu telah menyebabkan cahaya bulan benar-benar menyuluh tepat keatas wajah Dania. Entah berapa kali agaknya Dania mengulangi bacaan ayat Kursi sambil menggenggam pisau kecil yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. Malam itu Dania telah bertekad, seandainya ditimpa bahaya saat itu, Dania akan menggunakan pisau yang dibawa untuk mempertahankan dirinya walau dengan apa cara sekalipun. Aura askar komander mula menguasai Dania. Bagi Dania, penting untuk dirinya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang mungkin berada di luar jangkaan. Pokok di hadapan Dania tiba-tiba bergerak. Saat itu, Dania membayangkan pelbagai perkara imaginasi di dalam otaknya termasuklah ada bayangan toyol yang duduk di celah pokok- pokok tersebut.. Tetapi pada saat itu, Dania mula merasakan perasaan keseorangan. Perasaan itu membuatkan Dania merasa sesak dan kesedihan. Ketika itu Dania terkenangkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang hidupnya. Dia hanyalah insan yang lemah dan sentiasa lupa serta lalai. Hampir menitis air mata Dania. Namun, Dania tetap bertahan kerana dia perlu menjadi tabah dalam hidup ini. Tepat pada pukul 2.30 pagi Staff Mohammadiah dan Staff Rosli telah mengumpul kembali semua ahli kumpulan. Sebelum mereka bergerak kembali ke kawasan perkhemahan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut tidak ditemui. Diana....Hilang. Hampir sepuluh minit kemudian barulah Diana ditemui, rupa-rupanya Diana begitu nyenyak tidur berhampiran sungai tempat dia ditinggalkan. Hampir kelam-kabut semua orang dibuatnya. Namun, pada saat itu Dania benar-benar bersyukur kepada Allah s.w.t. Malam itu, semua pelajar mempunyai peristiwa masing-masing. Zaidi juga begitu ketakutan sehingga dia telah membacakan Asma’ul Husna dengan kuat dan hampir didengari seluruh penghuni rimba tersebut. Zaidi adalah antara manusia egoistik dan tinggi diri yang pernah dikenali oleh Dania.
    • CINTA 8 "Bangun!!...Bangun!!" Bunyi jeritan dari pembesar suara ditambah pula dengan jeritan askar-askar telah mengejutkan Dania dari lena yang indah. Rasanya bagaikan baru sahaja Dania melelapkan mata, maklumlah malam tadi Dania hanya tidur beralaskan plastik kanvas di atas lapisan batu-batu kerikil yang dirasakan bersaiz sebesar penumbuk. Kawasan tempat tidur yang telah digunakan itu meninggalkan acuan tersendiri akibat susunan batu kerikil yang mengalas tidur Dania. Corak yang ditinggalkan kelihatan seperti lakaran gambar mangsa jenayah yang dibunuh. "Aduh!...Sakitnya badan aku. Lebam-lebamlah agaknya lepas ni. Ish, betul-betul la askar-askar ni. Dengki betul tengok aku tidur nyenyak sikit. Tak sempat aku nak jumpa dengan putera Gunung Tahan dalam mimpi tadi." Dania hanya bermonolog sendirian. Selesai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Mohammad Alif, semua pelajar perlu bersiap-siap untuk melakukan senaman aerobik. Selalunya senaman aerobik di kaca televisyen akan diiringi oleh alunan muzik rancak. Istimewa senaman aerobik yang dilakukan pada kali ini adalah diiringi oleh suara-suara sumbang peserta kem serta jeritan lantang daripada staff-staff yang mengawasi. Paling istimewa dalam sesi senaman ini ialah terdapat tambahan gerakan versi baru yang dirasakan boleh dipraktikkan untuk mematahkan tulang rusuk pihak lawan dengan penuh efisyen. Selain itu, mungkin juga boleh digunakan dalam solekan special effect yang
    • pastinya akan memberikan kesan semula jadi warna biru pada badan iaitu berguling-guling secara berkala di atas lapisan batu-batu kerikil yang bersaiz sebesar penumbuk itu. "Baiklah, aku nak kau orang berguling 20 kali kekiri dan 20 kali kekanan dalam pusingan yang serentak dan seragam" ucap salah seorang pegawai. "Ya Allah, belum sempat pun aku nak bernafas dah kena guling 20 kali lagi. Mahu lebam teruk badan aku nanti. Agaknya beginilah namanya cara hidup seorang askar. Kalau beginilah keadaannya mesti aku akan surrender awal-awal" ucap Dania dalam nafas yang termengah-mengah. "1,2,3,4,5,...! Dum!" "Aduh!..."Kepala Dania begitu sakit bagai dihempas dengan batu dan terasa berpusing dua-dua biji mata Dania. "Siapalah agaknya manusia yang ada masalah mata ini? Sampaikan disepaknya kepala aku yang bersaiz sekian punya besar ini. Apa dia ingat tapak kaki dia tu saiz macam tapak kaki bayi ke" sungut Dania dalam hati. "Opss, sorry. Saya tak sengajalah" ucap satu suara. Dania perlahan-lahan memandang ke arah tuan empunya suara yang meminta kemaafan daripadanya. Saat itu, melihat Adam berdiri di hadapan Dania sambil meminta maaf dengan wajah yang kosong. Namun, disebabkan malas untuk mngambil pusing dengan apa yang telah berlaku maka Dania hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan sebagai tanda telah memaafkan insan tersebut. "Dalam 30 minit, aku nak semua orang berada dalam kumpulan" arah Staff Mohammadiah kepada semua peserta.
    • Selepas 30 minit, semua pelajar telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Staff Mohammadiah dan Staff Rosli kemudiannya membawa kumpulan Dania pergi mendaki bukit. Sepanjang perjalanan itu, Dania sentiasa mengambil peranan untuk membantu peserta perempuan dalam kumpulan tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Tetapi di sebalik itu, Dania juga turut mempelajari pelbagai perkara dan pengalaman baru yang mungkin tidak akan dipelajari dari buku-buku teks di sekolah. Dania begitu asyik menikmati panorama pemandangan hutan hijau yang dihiasi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang unik. Setelah melalui perjalanan yang mendatar di sepanjang laluan pendakian maka bermulalah ujian pendakian yang mencabar ketahanan fizikal peserta kem. Mereka terpaksa mendaki bukit yang curam dan menempuhi pelbagai halangan. Disebabkan perasaan bertanggungjawab yang bersarang di dalam diri maka Dania cuba untuk menyumbangkan bantuan dengan membantu teman-temannya yang memerlukan bantuan bagi mengharungi curam yang merbahaya itu. Selesai menghulurkan bantuan, barulah Dania menyedari bahawa dia telah ketinggalan di belakang. Mungkin rakan-rakan Dania yang lain tidak menyedari bahawa Dania telah tertinggal di belakang. Maka terpaksalah Dania berusaha sendirian untuk mendaki cerun yang agak curam itu. Ketika Dania sedang terkial-kial berusaha untuk mendaki curam tersebut dan pada saat dia hampir berjaya. Tiba-tiba Dania mula kehilangan keseimbangan dan hampir tergelincir jatuh ke dalam jurang. Namun, sebelum Dania sempat tergelincir jatuh ke dalam jurang. Tiba-tiba tangan Dania telah dicapai oleh seseorang yang menariknya daripada jatuh ke tepi jurang. Saat itu, Dania tercungap-cungap menarik nafas lega dengan debar yang masih mengganas di dalam hati. "Terima kasih sebab selamatkan saya" kata Dania. "Awak tak apa-apa ke?" tanya insan yang menjadi penyelamat Dania.
    • Mendengar suara tersebut telah menyebabkan degupan jantung Dania seakan-akan terhenti. Perlahan-lahan Dania memandang ke arah insan yang telah menyelamatkan nyawanya. Peluh dingin memercik di wajah Adam yang kelihatan begitu risau dengan keadaan Dania. Dania kehairanan. Bagaimana Adam boleh menyelamatkan dirinya, sedangkan Adam sepatutnya telah berada di barisan hadapan kerana dia merupakan pembawa bendera kumpulan. Dania benar-benar yakin bahawa hanya dia seorang sahaja yang tertinggal di belakang. Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga itu. Tiba-tiba Adam menghulurkan tangannya kepada Dania. Mungkin niatnya hanya sekadar ingin membantu Dania. Walaupun Dania tahu Adam tak patut berbuat demikian kerana dia bukan muhrim kepada Dania. Namun dengan keadaan Dania yang masih kurang berdaya dan terkejut membuatkan Dania memerlukan seseorang untuk membantu dia kembali berdiri. Saat Adam mencapai tangan tersebut, Dania dapat merasakan pegangan yang sangat kejap dari tangan Adam. Dania rasa selamat. CINTA 9 Tahun 2004 telah menjelang tiba. Pada tahun ini, bermulalah perjalanan hidup Dania ke dunia tingkatan 4 dan bakal menghadapi SPM. Dunia menengah atas ini tidak banyak bezanya dengan keadaan Dania sebelum ini ketika di menengah rendah. Namun, saat ini boleh dikatakan bahawa dunia yang bakal dihadapi nanti merupakan zaman untuk Dania
    • menginjak ke alam dewasa. Tetapi permasalahan yang membelenggu fikiran Dania adalah sama ada ingin terus kekal di MRSM Pendang atau pun bertukar ke MRSM Serting? "Nia....Nia nak pilih belajar kat mana ni? Mama dan abah akan setuju dengan apa sahaja pilihan Dania. Tapi kalau boleh biarlah dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa masalah senanglah mama dengan abah nak datang" bicara Puan Norish yang sememangnya lemah lembut. Itulah mama dan abah yang amat disayangi Dania. Mereka sentiasa akan mengutamakan pendapat Dania sebelum membuat sebarang keputusan. "Nantilah, Nia fikirkan dulu. Nia perlukan masa untuk berfikir. Esok atau lusa Nia akan berikan jawapannya pada mama dan abah" ucap Dania dalam keadaan fikiran yang kusut. Fikiran Dania yang sememangnya sedang berkecamuk telah menyebabkan segalanya mula berbelah bagi. Dua pilihan yang berada di dalam tangan Dania memerlukan dia untuk melakukan pertimbangan yang sewajarnya. Dua tempat yang berbeza, memberikan jalan kehidupan yang juga berlainan untuk Dania. MRSM Serting merupakan satu tempat yang baru bagi Dania. Tapi itulah permintaan mama dan abah dan mungkin membuatkan Dania memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. MRSM Pendang pula telah hampir menjadi sebahagian daripada hidup Dania. Dia benar- benar selesa berada di sana, pelbagai kenangan hidupnya tersimpan di sana. Dania hanya mampu bermonolog sendirian bagi mencari jawapan yang pasti. Berharap semoga Allah S.W.T akan membantu dirinya untuk memilih yang terbaik dalam hidup. Segalanya mula berperang di dalam diri Dania sendiri. Malam itu, Dania lebih senang bersendirian merenung bintang-bintang malam dari meja belajar yang terletak berhampiran tingkap. Tangannya mula membelek-belek simpanan buku-buku agama, doa-doa harian serta solat-solat sunat yang tersusun rapi di rak buku kayu. Akhirnya, mata Dania terpaku pada sesuatu yang cukup menarik perhatiannya. Tangan Dania mula berhenti menyelak pada satu muka surat yang tertulis perkataan 'Solat Istikharah'. Mungkin istikharah ialah jawapan bagi persoalan di fikiran Dania kini. Mungkin juga inilah jalan yang Allah s.w.t ingin tunjukkan kepadanya.
    • Usai solat Isyak Dania hanya duduk berteleku sebentar di atas sejadah. Dia benar- benar mengharapkan semoga doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t serta dapat memilih yang terbaik. Dania memulakan solat Istikharah dalam keadaan yang begitu tenang dan sunyi. Ketika setiap mata insan yang menghuni di dalam rumah kecil itu sedang nyenyak diulit mimpi indah. Hanya sesekali bunyi unggas cuba mencelah di balik keheningan malam yang dingin. Dalam doanya yang terakhir, Dania titipkan harapan semoga Allah s.w.t akan membantu dirinya. Saat itu, Dania benar-benar terasa dirinya begitu kerdil sekali. "Kembalilah kepada kekasih pertama" ucap suara di dalam mimpi. Kedengaran seperti suatu gurauan tetapi tngkapan tersebut benar-benar memberikan kesan mendalam kepada memori Dania semenjak bangkit dari tidur yang lena Dania kembali lagi ke tanah jelapang padi yang luas saujana mata memandang itu untuk meneruskan kembali perjuangan dalam kehidupan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi tingkatan 1 dan 4 akan bermula. Pelajar tingkatan 4 akan mendaftar lebih awal berbanding pelajar tingkatan 1. Pastinya bilangan mereka akan melebihi pelajar senior kerana ramai di antara pelajar senior telah berpindah ke MRSM lain. Tidak kurang juga ada telah tersingkir daripada sistem pendidikan MARA kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat minima yang dikehendaki. Pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlalu semenjak 2 minggu yang lepas. Bila sahaja bermula sesi pendaftaran yang baru, pasti pelbagai ragam dapat dilihat. Bagi adik-adik di tingkatan 1 sememangnya cukup terkenal dan akrab sekali dengan penyakit home-sick atau dengan nama lain ialah penyakit rindukan rumah. Biarpun begitu, kedatangan mereka sebagai ahli baru di dalam komuniti tetap disambut baik. Namun, keadaan yang berbeza dapat dilihat apabila kedatangan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang kurang disambut mesra. Barangkali memang beginilah keadaannya apabila pelajar MARA mula bergabung dengan pelajar-pelajar daripada kementerian. Kelihatannya umpama menerima saudara tiri yang ingin meragut kasih.
    • Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, tapi entah kenapa mata Dania masih juga tak mahu lena. Dania cuba berjalan-jalan dan mengambil angin malam di tepi beranda tingkat empat hostel yang duduki. Dania merasakan dirinya sudah cukup garang dan amat ditakuti oleh orang lain. Di rumah pun adik-adik Dania takut pada Dania. Tetapi entah kenapa adik-adik tingkatan 1 yang mulanya takutkan Dia tetapi kini ramai pula yang akan datang mengadu nasib kepada Dania sekiranya terdapat masalah. Dalam tiga minggu lagi peperiksaan semester 1 akan bermula. Kelihatan ramai pelajar yang mula bertungkus lumus untuk mengkhatamkan pembacaan bagi setiap subjek.Terutamanya pelajar tingkatan 5 kerana pada tahun ini mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Dania juga akan turut menduduki peperiksaan SPM. Perpustakaan pula sentiasa kelihatan penuh dengan pelajar-pelajar yang ingin mengulangkaji dalam keadaan yang aman dan tenang dengan kemudahan bagi mendapatkan buku-buku yang dikehendaki. "Dania... kau dah mula buat ulang kaji ke?" tanya Faziana yang merupakan teman sekelas Dania. "Belum lagilah Faz.....tak pe ada masa lagi kan. Hehehe..." balas Dania kepada pertanyaan Faz. Begitulah Dania, jarang benar mahu melakukan persediaan dengan awal. Namun, sukar untuk mengubah sesuatu yang sememangnya telah menjadi darah dagingnya. Bagi Dania tidak mengapa untuk melakukan begitu, asalkan segala perkara yang perlu diselesaikan itu dilakukan dengan sepenuh hati. Itulah kelemahan yang ada pada Dania.
    • CINTA 10 Seiring dengan jam dinding yang berdetik, kelihatan seorang pemuda yang tinggi lampai dan bertubuh sasa sedang mengemaskan beg pakaiannya. Begitu banyak pakaian yang dimasukkan ke dalam luggage miliknya seperti mahu pergi ke suatu tempat yang jauh untuk satu tempoh masa yang lama. Baru semalam majlis doa selamat telah diadakan bagi mendoakan kesejahteraan setiap ahli keluarga di dalam rumah tersebut. Kepenatan dan rasa lenguh di setiap sendi badannya masih lagi bersisa. Namun, Adam mengerti bahawa segalanya perlu dilakukan dengan segera kerana masa telah semakin suntuk. Sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya mungkin akan mengundang masalah yang tidak diingini. "Adam…." panggil Datin Marziah "Ya, mama. Masuklah, Adam tengah mengemas ni" ucap Adam pada insan yang berada di luar. Datin Marziah menjengah masuk apabila mendengar balasan suara Adam. "Adam dah siap mengemas semua barang ke? Flight Adam pukul 9.30 malam kan?" tanya Datin Marziah kepada anak terunanya. Datin Marziah mengambil tempat di sisi katil Adam sambil memerhatikan setiap perbuatan anaknya itu. "Haah.... flight Adam pukul 9.30 malam. Adam dah nak siap kemas semuanya ada sikit lagi je yang tinggal" ucap Adam.
    • "Baguslah kalau macam tu. Pastikan dokumen-dokumen penting dah simpan dengan baik. Nanti susah kalau ada yang kurang. Esok kita akan bertolak awal sebab takut jalan sesak sebab mungkin nanti bertembung dengan orang-orang yang baru balik kerja" terang Datin Marziah. "Baik, mama" balas Adam dalam nada yang menurut sahaja kata mamanya. Setelah itu, Datin Marziah berlalu pergi meninggalkan Adam untuk melakukan segala persiapan untuk perjalanan panjang itu. Setelah selesai mengemas, Adam hanya duduk di balkoni biliknya sambil melihat bintang-bintang yang bersinar. Bintang-bintang itu kelihatan seperti butiran beribu berlian yang terapung di langit malam. Segalanya begitu tenang dengan bertemankan angin malam yang bertiup sempoi-sempoi bahasa. Adam mencapai telefon Samsung Note II miliknya dan aplikasi mesej pesanan ringkas dibuka. Satu demi satu ucapan selamat yang diterima daripada teman-teman rapat dibaca oleh Adam dengan penuh perhatian. Namun, mesej pesanan ringkas yang diterima daripada Dania beberapa malam yang lalu masih berlegar di dalam kotak fikiran Adam. Pesanan yang ringkas tetapi begitu terkesan di hati Adam Buat Adam; Masa telah berlalu untuk bertahun-tahun lamanya dan keadaan sentiasa berubah. Namun, hati ini masih merasakan bahawa masih ada rasa sayang yang tersimpan untukmu. Moga kau akan sentiasa selamat dan berjaya di rantauan. Doaku akan sentiasa mengiringimu. Daripada Dania Setelah bertahun-tahun terputus hubungan semenjak tamat tingkatan 3, tiba-tiba gadis ini muncul kembali dalam hidupnya demi untuk meluahkan rahsia hati yang terpendam. Tindakan tersebut pastinya telah mengundang kejutan yang sangat dahsyat di dalam jiwa Adam. Dalam keadaan Adam terleka berfikir tanpa disedari dia terlena sehingga dinihari. Mungkinkah rasa hati yang sentiasa menafikan perasaan itu akan berubah suatu hari nanti. Adam sendiri sudah tidak begitu pasti dengan hati miliknya.
    • Lapangan Terbang KLIA kelihatan padat dengan kehadiran ribuan manusia yang pelbagai rupa dan warna kulit. Ditambah lagi kehadiran kumpulan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting yang akan berlepas ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan masing-masing. Masing-masing begitu segak mengenakan sepasang blazzer hitam dikenakan bersama pin bendera malaysia yang disematkan di dada mereka. "Adam, selepas sampai sana nanti kena pandai-pandai jaga diri. Belajar betul-betul. Solat jangan tinggal, jaga akhlak dan sentiasa ingat Allah s.w.t" pesan Dato’ Shukri kepada putera tunggalnya. “Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu mama dan papa” tambah Datin Marziah. "Baiklah mama, papa. InsyaAllah Adam akan sentiasa ingat pesanan tu. Mama dan papa pun perlu jaga diri elok-elok. Jangan selalu rindukan Adam. Adam akan selalu call rumah nanti" ucap Adam untuk menenangkan hati mama dan papanya. Sedih rasa hati mereka untuk melepaskan Adam pergi. Tetapi mereka harus merelakan pemergian Adam kerana anaknya itu pergi bagi menuntut ilmu di negara asing untuk dibawa pulang ke Malaysia demi membangunkan negara. Ketika mereka cuba menahan hiba di dalam jiwa masing-masing. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh pengumuman bagi penumpang penerbangan ke London. ‘ Perhatian kepada penumpang pesawat MAS 3401 penerbangan ke Lapangan Terbang Haethrow, London. Pesawat akan berlepas selepas setengah jam. Diharapkan semua penumpang telah berada di atas pesawat untuk penerbangan seterusya’ "Nampaknya flight Adam dah nak berlepas. Adam perlu masuk sekarang" ucap Adam.
    • Datin Marziah meleraikan pelukannya pada Adam. Adam mencapai beg sandang miliknya yang terletak di atas kerusi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke balai berlepas.Sambil melambaikan tangan dan menatap wajah setiap ahli keluarganya buat kali terakhir agar dapat disisipkan dalam memori ingatannya sebagai pemberi semangat untuk terus berjaya. Hazrina dan Halina yang merupakan kakak kepada Adam juga merasakan kesedihan di dalam hati mereka untuk berpisah dengan adik bongsu kesayangan itu. Mata Adam melilau mencari tempat duduknya yang bernombor 11A sambil kakinya melangkah perlahan menyusuri lorong kecil itu. Setelah beberapa minit, Adam bertemu dengan teman duduknya bagi sepanjang penerbangan itu. Adam duduk bersebelahan teman baikmya, Aizat. Aizat akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Manchester. Manakala Adam pula dalam bidang perniagaan di University College of London. Sebelum pesawat MAS 3401 berlepas, beberapa orang pramugara dan pramugari berdiri di lorong tengah untuk memberikan penerangan berkaitan keselamatan bagi sepanjang tempoh penerbangan. "Ladies and gantlemen, please fastern your seat belt. We will depart within 10 minutes. Thank you for choosing Malaysian Airlines. Your safety is our priority" ucap kapten melalui pembesar suara. Setelah pengumuman dibuat, isyarat lampu tali kalendar telah dipasang. Menandakan setiap penumpang harus berada di tempat duduk masing-masing. Selepas kapal terbang berada dalam keadaan yang stabil dan selamat, barulah isyarat tali pinggang kalendar dipadamkan. Adam mencapai sesuatu di dalam beg galasnya, sebuah novel yang bertajuk The Gold Blood hasil tulisan Heather Farway dikeluarkan untuk membunuh kebosanannya bagi sepanjang penerbangan. Dia lebih berminat membaca novel yang berunsurkan mistik dan penyiasatan. Entah berapa lama dia membaca novel tersebut tanpa sedar pandangan matanya semakin kabur. Beberapa minit kemudian Adam terlena dan hanya hembusan nafasnya sahaja yang kedengaran. Tubuhnya kini berbalut selimut berwarna hijau lumut yang diminta
    • daripada pramugari sebentar tadi bagi menangkis kesejukan penghawa dingin yang mula mencengkam. Ditambahkan pula dengan kesejukan malam di latitud yang tinggi, benar-benar mencengkam sehingga ke tulangnya. Pasti Kota London telah menanti dengan seribu satu kejutan buat Adam. Perjalanan selama 13 jam itu benar-benar membuatkan Adam terbuai dengan lena yang panjang.