Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

on

  • 1,649 views

Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

Statistics

Views

Total Views
1,649
Views on SlideShare
1,648
Embed Views
1

Actions

Likes
1
Downloads
29
Comments
0

1 Embed 1

http://www.slideee.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan Document Transcript

  • 1 Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baru 1. Pengenalan Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis.Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan. Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.(Lim, 2009) Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut.Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat.Namun, jika tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Diraikan.(Nazlyrahim, 2010)
  • 2 Kata alu-aluan1: Kata alu-aluan disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat kerana berjaya melaksanakan Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini dengan jayanya dalam satu pemuafakatan yang jitu bagi menzahirkan sebuah komuniti pengurusan sumber manusia yang berpengetahuan dan bersatu dalam menangani pelbagai isu semasa yang perlukan kerjasama yang erat untuk diselesaikan. Seminar Pengurusan dari masa kesemasa dijalankan bagi pelbagai sektor dalam perkhidmatan awam dan jugak sektor swasta bagi memantapkan lagi pelaksanaan pelbagai fungsi organisasi. Seminar kali ini memberi penekanan khusus kepada sektor sumber manusia sebagai salah satu bidang utama dalam pengurusan organisasi dan juga memberi penekanan kepada perkembangan terbaru dalam alaf baharu ini. Dengan memahami perkembangan dan pembaharuan yang berlaku dari segi perubahan sistem dan juga pengunaan aplikasi baru dalam pentadbiran secara amnya dan pengurusan sumber manusia secara khususnya pihak pentadbiran dapat memastikan pengurusan yang mantap dan tersusun. Kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan pihak pengurusan secara keseluruhan dan peranan pentadbir sumber manusia yang memastikan segala pelaksanaan dan pengurusan dijalakan secara tepat dan teratur. Akhir kata, saya berharap agar Seminar Pengurusan Sumber Manusia akan menjadi platform bagi pihak pentadbir mengenali dan memahami aplikasi dan cara pengurusan terbaru yang diperkenalkan serta menjayakan pengunaanya di peringkat masing-masing
  • 3 Kata alu-aluan2: Kata alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia Assalamualaikum wm. wbt.dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku cenderamata Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini.Saya dan semua warga Kementerian Sumber Manusia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan pihak penganjur dalam menyatukan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta dalam Seminar yang julung kali diadakan ini. Seminar ini pada dasarnya bertujuan memperkenalkan sistem pengurusan Sumber Manusia yang dipelopori dibawah inisiatif Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad. Program “Human Resource Information System” (HRMIS)atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia, yang ditandatangani pada tahun 1999 antara Kerajaan Malaysia dan MSC Malaysia. Selepas pelbagai proses percubaan dan penilaian yang terperinci, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, tetapai ada pelbagai lagi kegunaan dan isu isu berbangkit yang perlu diselesaikan, bagi tujuan tersebut Kementerian telah mendapat kerjasama pakar sumber manusia bersama dengan pakar IT dan sistem HRMIS dari MSC untuk bersama membincang dan membentangkan idea untuk kita bersama sama menambah baik dan menilai keberkesanan sistem HRMIS. Semoga daripada Seminar ini, kita dapat menambah baik bukan sahaja HRMIS tetapi jugak cara pengendalian Sumber Manusia di pihak kerajaan dan juga pengurusan sumber manusia pihak swasta.
  • 4 Kata alu-aluan 3: Kata alu-aluan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia (Operasi) Srategi pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam hari ini secara langsung memerlukan setiap penjawat awam terus melakukan perubahan minda dan cara bekerja yang lebih baik. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Penjawat awam telah menerima hakikat bahawa kemudahan teknologi maklumat merupakan keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Walau bagaimanapun mereka perlu melalui proses pembelajaran, latihan serta komitmen yang tinggi untuk menjayakan sistem yang disediakan. Saya dapat nyatakan dengan bangganya, bahawa aplikasi “Human Resource Management Information System” (HRMIS) atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia telah berjaya membawa sistem pengurusan sumber manusia sektor awam ke arah satu tahap yang lebih efisien dan sistematik. PelaksanaanProjek HRMIS telah menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang berterusan di kalangan warga perkhidmatan awam.Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah memastikan kejayaan aplikasi HRMIS selama ini.Sehubungan itu, adalah diharapkan agar Seminar HRMIS ini dapat menjadi pemankin kepada TransformasiPengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Malaysia Abad ke-21 Akhir kata, marilah kita terus menabur sumbangan dan usaha ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Sememangnya, saya menyimpan harapan yang tinggi kepada setiap anggota perkhidmatan awam untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menambah baik sistem perkhidmatan Kerajaan selaras dengan arus pembangunan negara.
  • 5 Kata alu-aluan 4: Kata alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Kementerian Sumber Manusia Bahagian Utara Assalamualakum w.b.t / salam sejahtera kepada pesrta-peserta Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu,setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah s.w.t. kerana menganugerahi saya ruang dan masa untuk menghulurkan sekalung ucapan tahniah dan selamat datang kepada anda semua ke seminar ini. Dengan komitmen dari pihak tuan puan dapat memberi input yang penting bagi menambah baik dan juga memahami aplikasi dan pelaksanaan sistem HRMIS. Semoga anda semua dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan ini untuk mengenali dan mendalami pelaksanaan sistem ini di sektor awam.Melalui seminar ini juga diharapkan dapat melibatkan sama pihak swasta dalam menentukan cara terbaik untuk melaksanakan sistem ini di organisasi swasta di Malaysia. Sepanjang seminar ini berlangsung semua usul serta cadangan yang dibentangkan akan dikumpul dan dibawa ke meja perundingan HRMIS yang bersedia membuat penambah baikan yang bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan sistem ini semamsa digunakan di pelbagai peringkat kerajaan dan organisasi organisasi lain yang terlibat. Akhir kata, saya mewakili semua warga kementerian dan badan penganjur sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang kepada peserta Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu. Saya percaya kerjasama berterusan antara pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pengurusan sumber manusia akan meningkatkan usaha ke arah kejayaan dan kecemerlangan pengurusan sumber manusia.Terima kasih. Wassalam.
  • 6 Kata alu-aluan 5: Kata alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Jawatakuasa Induk pelaksanaan projek HRMIS Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniaNya, Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu, yang julung kali dianjurkan dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia dapat dilaksanakan dengan jayanya.Jutaan tahniah dan syabas buat seisi warga jawatankuasa pelaksanaan HRMIS dan jawatankuasa kerja seminar ini. Ucapan terima kasih juga saya titipkan atas kerjasama berterusan yang diberikan oleh MSC Malaysia Bhd dalam meneliti dan menjayakan menzahirkan Visi mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad dalam mewujudkan satu sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang holistic dan mudah diurus dari semua peringkat. Usaha ini membolehkan sistem pengurusan kerajaan Malaysia yang luas di integrasikan di peringkat pusat dan memudahkan pemantauan. Selain memantau dan memastikan kualiti kerja di semua peringkat diselaraskan, HRMIS membantu Kerajaan memberi perhatian kepada setiap keperluan pekerja dalam perkhidmatan kerajaan dari segi latihan, pembangunan sumber manusia mahupun pemberian insentif kewangan. Mengakhiri ucapan disini, saya mewakili semua warga jawatankuasa Induk pelaksanaan Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu dan badan penganjur sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang kepada peserta seminar. Saya percaya kerjasama berterusan antara pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pengurusan sumber manusia akan meningkatkan usaha ke arah kejayaan dan kecemerlangan pengurusan sumber manusia.Terima kasih.Wassalam.