Haiwan yang hidup di darat sahaja

24,412 views
26,404 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
24,412
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
18,084
Actions
Shares
0
Downloads
76
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Haiwan yang hidup di darat sahaja

  1. 1. Haiwan yang hidup di darat sahajaBadak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan familiRhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyaisatu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu.Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros bicornis), BadakSumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau (Dicerorhinussumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya(Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidungyang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanyaspesis badak sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
  2. 2. Haiwan yang hidup di darat sahajaZirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamaliaberkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggidalam semua spesies daratan. Zirafah jantanmampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga900 kilogram. Zirafah bentina biasanya rendahsedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah,hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatandi kawasan padang rumput savana kering, tetapizirafah meragut jauh lebih tinggi berbandinghaiwan lain.. Zirafah pula membentuk gabunganciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah,tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok.Biasanya dahan kecil ditarik masuk ke dalam mulutzirafah dengan menggunakan lidahnya yangpanjang dan kemudiannya kepalanya ditariksementara daunnya disisir melalui giginya yangjarang seperti penggerat.
  3. 3. Haiwan yang hidup di darat sahajaUnta ialah mana-mana satu daripada duaspesies ungulat yang mempunyai bilanganjari kaki yang genap dalam genus Camelus,iaitu: Camelus dromedarius (ponoktunggal) yang terdapat di Afrika utara danAsia barat; Camelus bactrianus (ponokkembar) yang terdapat lebih jauh di utaradan timur Asia tengah.Kedua-dua jenis berasal dari gurun dankawasan kering Asia dan Afrika utara.Jangka hayat purata seekor unta antara 30hingga 50 tahun. Istilah unta jugadigunakan secara umum untuk merujukkepada mana-mana satu daripada enamhaiwan yang seakan-akan unta dalam familiCamelidae: dua jenis unta benar, dan empatjenis kamelid Amerika Selatan: Llama,Alpaka, Guanako dan Vikuna.
  4. 4. Haiwan yang hidup di darat sahajaHarimau bintang (Panthera pardus) ialah salahsatu kucing besar dalam genus Panthera. Iahidup di Afrika dan Asia. Harimau bintangbiasanya mempunyai bulu berwarna kuningdengan roset gelap dan bintik, dan warna lebihcerah di bahagian bawah. Harimau bintangsangat aktif pada waktu malam. Ia dapatmemanjat dengan sangat baik, dan banyakmasanya tinggal di atas pokok. Ia selalunyamakan mamalia sederhana besar, dan jugaburung, reptilia serta serangga. Harimau bintangmemburu pada waktu yang berbeza dalamsehari, dan mereka juga menggunakan caraberbeza untuk memburu.Harimau bintang biasanya hidup sendirian dancuba untuk tidak berjumpa dengan harimaubintang lain. Ia hanya bersama-sama apabilamengawan. Anak harimau bintangmeninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.
  5. 5. Haiwan yang hidup di darat sahajaPanda Gergasi, Ailuropoda melanoleuca("kaki-kucing hitam-dan-putih), merupakansejenis mamalia sekarang dikelaskan dalamkeluarga beruang (Ursidae), yang berasal dariChina tengah. Panda Gergasi hidup dikawasan pergunungan, seperti Sichuan danTibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Pandamenjadi lambang kebangsaan bagi RepublikRakyat China.Panda Gergasi merupakan spesies terancam,diancam oleh kehilangan habitat berterusandan kadar kelahiran yang rendah, kedua-duayang hidup liar atau dalam kurungan.Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup didalam hutan. Panda Gergasi mempunyaitapak tangan luar biasa, dengan “ibu jari” danlima jari; "ibu jari" merupakan tulangpergelangan tangan yang diubahsuai. iahidup hampir sepenuhnya memakan buluh.
  6. 6. Haiwan yang hidup di darat sahajaKangaroo ialah sejenis marsupial yangtergolong dalam famili Macropodidae.Dalam kegunaan am istilah inidigunakan untuk menghuraikan spesisterbesar dalam famili tersebut, iaituKanggaru Merah, Kanggaru Antelopdan Kanggaru Kelabu Timur dan Baratdalam genus Macropus. Famili tersebutjuga merangkumi banyak spesis yanglebih kecil termasuk walabi, kanggarupokok, walaroo, pademelon danQuokka, iaitu jumlahnya 63 spesis yanghidup. Kanggaru adalah endemikkepada benua Australia, manakalamakropod yang lebih kecil ditemui diAustralia dan New Guinea.
  7. 7. Haiwan yang hidup di darat sahajaTupai ialah sejenis rodensia daripadakeluarga Sciuridae yang kecil hinggasederhana saiznya. Di kawasan-kawasanyang bertuturan bahasa Inggeris, tupaibiasanya merujuk kepada spesies-spesiesSciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupaipokok yang berbulu lebat ekornya dan yangberasal dari Aisa, benua Amerika danEropah, kecuali Ireland. Genus-genus yangserupa boleh didapati di Afrika. KeluargaSciuridae juga merangkumi tupai terbangserta tupai di atas tanah seperti tupai tanah,anjing prairi, dan woodchuck. Tupaimerupakan haiwan mamalia dan berdarahpanas. Tupai menjaga anaknya danmerupakan haiwan yang memakantumbuh-tumbuhan secara amnya.

×