Your SlideShare is downloading. ×

S oalan tugasan 2(sahsiah)

5,722
views

Published on


1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
5,722
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
141
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SOalan Tugasan 2Lecturer Che Anuar bin Che AbdullahDescription · Soalan tugasan 2 : ü Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda. · Sila hantar tugasan 2 SEBELUM 9 April 2012 (Isnin). · Sila hantar tugasan 2 dalam bentuk SATU fail sahaja (termasuk cover, isi tugasan dan senarai rujukan) secara online dengan uploadkannya dalam sistem MyGuru3. · Format tugasan : ü Tulisan Times New Roman bersaiz 12 ü Panjang tugasan antara 6-10 mukasurat ü Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai rujukan ü Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)
  • 2. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individuboleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkanpenampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterimaoleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra denganorang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakanmempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah lakudevian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengannorma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanyadalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri,kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataanlain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasiyang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial. Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan denganbidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya,ideaideaahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti puladengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesandaripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalahkosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkantingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkanperanannya. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberipendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaranmasing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahirankognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
  • 3. Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjahAplikasi pendekatan Kohler:-Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuansedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajarmenggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaransecara turutan untuk menyelesaikant ug as an ya ng di be ri . C on to h y an g n ya ta ia la hs em as a g ur u he nd ak me ng aj ar ka ra ng an bergambar dalam mata pelajaran BahasaMalaysia, sebagai langkah pertama pelajar perludidedahkan pertalian di antara satugambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapath u b u n g k a i t k a n p e n e r a n g a nt e n t a n g g a m b a r - g a m b a r t e r s e b u t s e c a r a u r u t a n d e n g a n pengetahuan sedia adadan secara tidak langsung pelajar dapat menghasikan satu karanganyang lengkap denganmenggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalamansedia ada denganpembelajaran baru mereka.Aplikasi Piaget:-Beliau menekankan bentuk pemikiran konkritkepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepadapengalaman baru,daripada kasar kepadahalus,mengikut perkembangan otot-ototindividu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dandigalakkan melibatkan secara aktif dalampembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasidan akomodasi.Contoh pembelajaran iniialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajukhttp://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitifhttp://dict.rewaz.org/search/browse/kognitif.re
  • 4. ObjektifSelepas menghadiri program latihan ini, peserta akan dapat:· pengetahuan tentang kepentingan pembangunan sahsiah untuk kecemerlangan organisasi· membina sikap dan imej ke arah kecemerlangan organisasi· meningkatkan hubungan dan bekerjasama dalam satu pasukanKandungan· Hubungan anda dan organisasi· ESQ dan hubungannya dengan pembangunan sahsiah· Sikap dan imej ke arah kecemerlangano Membina imej dirio Sikap cemerlang· Motivasi diri ke arah kecemerlangano Panduan ceria bekerjao Kemahiran meningkatkan dirio Muhasabah diri· Hubungan kemanusiaano Komunikasi berkesano Kerja sebagai satu pasukanPembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial danrohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunyaindividu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yangberamah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawalperasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala,individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin,tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah
  • 5. dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalamkontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiahyangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalammasyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Iamerupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelekdanemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerakutama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkanmodal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkandalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat,bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyaisahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid.PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAHelepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikitafahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am danjugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.Sahsiahadalah perkataan Bahasa Arab yangmembawa maksud keperibadian atau peribadi(KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat (kelakuan,sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia jugamenggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain(Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiahpengenalan Pembangunan Sahsiahmerujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dancara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995)mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuanmanusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumicaraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee AhMeng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individusecarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasidinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yangkhusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman,1995).Pembangunan sahsiahmerujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif ataunegatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengansegala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadidan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni danberdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah lakusecara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan oranglain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakuyang ditunjukkannya.
  • 6. CIRI-CIRI GURU BERKESAN Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara.Profesional Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah. Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang
  • 7. terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah. Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan. Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.Kreatif Menurut kamus Webster’s ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru.
  • 8. Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea- idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media- media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.Inovatif Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid- murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk
  • 9. memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan.Integriti Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness. Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada 6 September 2007, YB. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan
  • 10. Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.Semangat Berpasukan Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif. Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.
  • 11. Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat mereka.Berorientasikan pelanggan Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati. Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri- ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan
  • 12. perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini. Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggandari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRAsebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandungPiagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasukmenepati masa. Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan danmaklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagiurusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dansebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru jugadminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa danberurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yangmempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkanoleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga pentingselain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat. Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akanmementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dansuasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihandan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesipembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.0KESIMPULANGuru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan professionperguruan. Selain enam nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod EtikaPerguruan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlakumanusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan
  • 13. undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru dapat mematuhi etikaperguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini. Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikandan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihatkepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.