Tugasan 3

2,592 views
2,346 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,592
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
70
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID S.K. DATUK KELANA SEMESTER 1 2013/2014 SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA M20121000557 PENSYARAH : PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  2. 2. 1.0 PENGENALAN Penggunaan telefon pintar ataupun smartphone pada masa kini menjadi semakin meluas di kalangan masyarakat tanpa mengira had umur. Pada masa dahulu, hanya golongan dewasa sahaja menggunakan telefon bimbit tetapi pada masa kini, murid – murid sekolah juga telah menggunakan telefon bimbit termasuklah telefon pintar. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas di kalangan murid – murid sekolah sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap murid seperti murid menjadi semakin pasif, menularnya gejala sosial seperti melayari laman web pornografi dan murid – murid membuang masa bermain permainan yang ada di dalam telefon pintar tersebut dan seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian murid di dalam pelajaran. 3.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan telefon pintar di kalangan murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini adalah untuk : i. Mengetahui tahap penggunaan telefon pintar dan tujuannya dikalangan murid – murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah 5.0 PERSOALAN KAJIAN Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menyenaraikan persoalan kajian iaitu : i. Adakah murid – murid pernah menggunakan telefon pintar dan tujuan penggunaannya. 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah pelajar menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan apakah tujuan mereka menggunakan telefon pintar tersebut supaya langkah – langkah pengawasan boleh diambil semasa pelajar menggunakan telefon pintar. 2
  3. 3. 7.0 BATASAN KAJIAN Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini hanya dilaksanakan hanya meliputi 30 orang murid – murid di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Mereka ini bukanlah perwakilan sampel sebenar untuk setiap murid sekolah rendah di Malaysia. 8.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid telah diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data. 8.1 Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan di mana borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. 8.2 Responden / Sampel Kajian Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Sampel dipilih dikalangan populasi dengan menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. 8.3 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Lokasi ini dipilih kerana murid – murid di sekolah ini banyak di dedahkan dengan kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isi pelajaran yang diajar oleh guru – guru di sekolah. 8.4 Instrumen Kajian Instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah : 8.4.1 Borang Soal Selidik Borang soal selidik yang dibina mengandungi 10 soalan yang memerlukan responden untuk memilih jawapan dengan jujur dan ikhlas. 3
  4. 4. 9.0 DAPATAN KAJIAN Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Daripada 30 orang pelajar yang disoal selidik, 21 orang ataupun 70 peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan telefon pintar manakala selebihnya tidak pernah menggunakan telefon pintar. Carta pie di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang pernah menggunakan telefon pintar dan pelajar yang tidak menggunakan telefon pintar. Penggunaan Telefon Pintar Ya Tidak Rajah 1 : Penggunaan Telefon Pintar Daripada 21 orang yang pernah menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus daripadanya menggunakan jenama Samsung manakala selebihnya menggunakan jenama Iphone seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah. Jenis Telefon Pintar Samsung Iphone Lain - lain Rajah 2 : Jenis Telefon Pintar 4
  5. 5. Kajian juga mendapati 9 orang daripada 21 orang tersebut menggunakan telefon pintar mereka sendiri, 10 orang menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka manakala 2 orang menggunakan telefon pintar guru mereka. 12 10 8 6 Bilangan 4 2 0 Telefon sendiri Telefon ibu Telefon rakan Telefon guru bapa Rajah 3 : Milik Telefon Pintar Rajah yang berikut pula menunjukkan melalui kajian yang dijalankan mendapati, 11 orang ataupun 52 peratus pelajar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan video yang terdiri daripada permainan Candy Crush Saga seramai 6 orang, Pou seramai 2 orang dan Angry Birds seramai 3 orang. 6 orang pula iaitu 29 peratus pelajar pula menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan mencari bahan pelajaran. Antara laman web yang mereka lawati adalah Zoom – A seramai 2 orang dan Frog VLE seramai 4 orang. Seramai 3 orang pelajar ataupun 14 peratus menggunakan telefon pintar untuk mengakses rangkaian sosial iaitu Facebook seramai 2 orang manakalan seorang lagi pelajar mengakses akaun Twitter. Seorang lagi pelajar menggunakan telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi lain iaitu Global Positioning System (GPS). 5
  6. 6. 12 GPS 10 Twitter 8 6 Facebook 4 Frog VLE 2 Zoom - A 0 Angry Birds Barmain Permainan Video Melayari Internet Rangkaian Sosial Aplikasi Lain Pou Candy Crush Rajah 4: Kegunaan Telefon Pintar Dalam kajian yang dijalankan juga, didapati 19 orang daripada 21 orang pelajar menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah manakala 2 orang lagi pelajar menggunakan telefon pintar semasa berada di sekolah. Kajian juga mendapati daripada 21 orang pelajar yang menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus memperuntukkan masa selama 1 hingga 3 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar manakala 4 orang pelajar ataupun 19 peratus memperuntukkan masa selama 3 hingga 6 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah. Kadar Peruntukan Masa Sehari Kadar Peruntukan Masa Sehari 3 - 6 Jam 1 - 3 Jam 0 5 10 15 20 Rajah 5 : Peruntukan Masa Menggunakan Telefon Pintar Sehari 6
  7. 7. Daripada 30 orang responden di dalam kajian ini, 25 orang ataupun 83 peratus bersetuju bahawa penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah di mana mereka menyatakan pendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran untuk masuk ke makmal komputer dan melayari internet. 5 orang pelajar ataupun 17 peratus tidak bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah dengan menyatakan alasan bahawa penggunaan telefon pintar akan menjejaskan tumpuan pelajar semasa di dalam bilik darjah. 25 orang pelajar yang bersetuju dengan penggunaan telefon pintar di sekolah juga menyatakan persetujuan bahawa pemberian rebat oleh kerajaan untuk membeli telefon pintar perlu diperluaskan kepada pelajar – pelajar sekolah manakala 5 orang pelajar tidak bersetuju pemberian rebat ini diberikan kepada pelajar – pelajar sekolah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. 60 50 40 30 Pemberian Rebat 20 Guna Telefon Pintar di Sekolah 10 0 Setuju Tidak Setuju Rajah 6 : Pendapat Penggunaan Telefon Pintar di Sekolah dan Pemberian Rebat Kajian yang dijalankan juga memerlukan pelajar – pelajar memberikan pendapat tentang penggunaan telefon pintar dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendapat yang diberikan oleh pelajar adalah pelajar dapat mencari maklumat dengan pantas, pelajar boleh menghubungi rakan untuk berkongsi ilmu dan pelajar dapat menggunakan aplikasi e – pembelajaran dengan mudah tanpa perlu menunggu giliran untuk memasuki makmal komputer untuk melayari internet. Kesemua 30 orang responden bersetuju bahawa pengawasan perlu diberikan kepada pelajar semasa menggunakan telefon pintar kerana ia memberikan kesan negatif seperti prestasi pelajaran merosot, menularnya gejala sosial seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan, pelajar menjadi semakin pasif dan membuang masa. Ibu bapa dan guru – guru 7
  8. 8. memainkan peranan yang penting untuk mengawasi pelajar yang menggunakan telefon pintar kerana kebebasan menggunakannya akan memberikan kesan kepada pelajar itu kelak. 10.0 RUMUSAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah, menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar semakin meluas di kalangan pelajar – pelajar sekolah. Penggunaan telefon pintar mempunyai kesan positif dan negatif. Penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar sekolah perlu diawasi dan dipantau oleh ibu bapa dan juga guru supaya tidak memberikan kesan negatif kepada pelajar. Penggunaan yang betul membolehkan pelajar berhubung dengan rakan sebaya dengan mudah dan dapat mencari maklumat tentang pelajaran yang dipelajari di sekolah. Namun penggunaan telefon pintar untuk bermain permainan video perlu dikawal dan diberikan perhatian yang serius kerana ia akan member kesan terhadap peribadi dan tingkahlaku pelajar di mana pelajar akan khayal dan membuang masa bermain permainan tersebut serta menjadikan pelajar semakin pasif. Kemahiran social pelajar juga akan berkurangan kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya. Penggunaan telefon pintar seharusnya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar kerana kecanggihan teknologi peranti tersebut menjadikan maklumat berada di hujung jari. 8
  9. 9. 11.0 RUJUKAN 12.0 Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/ Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian. Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar. Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyatmalaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D Roshidayanai Binti Rohim, S. E. (n.d.). KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA BERBANDING PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP, TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TINGKATAN 3. 1-6. Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok: UUM Press. Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media for Learning. Boston: Pearson Education Inc. 9
  10. 10. LAMPIRAN 10
  11. 11. BORANG SOAL SELIDIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan telefon pintar bagi murid – murid S.K Datuk Kelana. Arahan: Para pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Maklumat latar belakang responden Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai. 1. Umur: __________________________ 2. Jantina: _________________________ 3. Kaum: __________________________ 4. Agama: _________________________ 11
  12. 12. Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai. Soalan 1 Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ? a) Ya b) Tidak (Sekiranya jawapan anda a, teruskan ke soalan berikutnya. Sekiranya jawapan anda b, sila teruskan ke soalan 7) Soalan 2 Apakah jenama telefon pintar yang anda pernah gunakan? a) Samsung b) Iphone c) Nokia d) Lain – lain Soalan 3 Kepunyaan siapakah telefon pintar tersebut? a) Sendiri b) Ibu bapa c) Rakan d) Guru Soalan 4 Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut? a) b) c) d) Bermain permainan video (Sila ke soalan 4(i)) Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran (Sila ke soalan 4(ii)) Rangkaian sosial (Sila ke soalan 4(iii)) Aplikasi lain (Sila ke soalan 4(iv)) Soalan 4(i) Permainan video yang selalu anda main? a) b) c) d) Candy Crush Saga Pou Angry Bird Lain – lain (Sila nyatakan _________________________) Soalan 4(ii) Apakah nama laman web yang anda sering lawati? a) Zoom – A b) Frog VLE c) Lain – lain (Sila nyatakan _____________________________) Soalan 4(iii) Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati? 12
  13. 13. a) Facebook b) Twitter c) Myspace d) Friendster Soalan 4(iv) Apakah aplikasi lain yang anda gunakan? a) Whatsapp b) We Chat c) GPS d) e-Quran Soalan 5 Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut? a) Rumah b) Sekolah c) Rumah dan sekolah Soalan 6 Berapakah masa yang diperuntukkan untuk anda menggunakan telefon pintar dalam sehari? a) 1 jam hingga 3 jam b) 3 jam hingga 6 jam c) 6 jam hingga 8 jam d) 8 jam ke atas Soalan 7 Adakah anda bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan di sekolah? a) Ya (Nyatakan alasan anda ______________________________________________ ) b) Tidak (Nyatakan alasan anda ____________________________________________ ) Soalan 8 Perlukah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membeli telefon pintar diperluaskan kepada pelajar - pelajar sekolah? a) Ya b) Tidak Soalan 9 Nyatakan pendapat anda tentang penggunaan telefon pintar untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Soalan 10 Sila pilih kesan penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar jika tiada pengawasan diberikan terhadap penggunaan tersebut? I) Prestasi pelajaran merosot II) Menularnya gejala sosial III) Pelajar menjadi semakin pasif IV) Membuang masa a) I dan II sahaja b) I, II dan III sahaja c) II dan III sahaja d) Semua di atas 13
  14. 14. ~ SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA ~ 14

×