Your SlideShare is downloading. ×
Hsp pkjr
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Hsp pkjr

2,647
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,647
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
171
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KANDUNGAN KEMAHIRANPENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIA Tahun 1 - 6 Program bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapaiperpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memeliharasatu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmurannegara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjaminsatu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang akanmengunakan sains dan teknologi moden.MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga danusaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsipyang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 1
  • 3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia ialah suatu usaha ber ter usan ke arahmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat, dan Negara. PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYAPendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masapanjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasibaru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab,berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkangenerasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepadakeharmonian, kemakmuran dan pembangunan Negara. 2
  • 4. GARIS PANDUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIAPengenalanSejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mencapai pembangunansosioekonomi yang amat memberangsangkan. Mulai tahun 1996, dalamtempoh 10 tahun populasi penduduk Malaysia telah meningkat daripada 21.2juta kepada 26.4 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan sebanyak2.5 peratus setahun. Bilangan kenderaan berdaftar juga meningkat dari 7.7 jutapada tahun 1996 ke 14.8 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatansebanyak 9.3 peratus setahun. Peningkatan yang dinikmati dalam bidangsosioekonomi telah memperlihatkan pertambahan jumlah kes kemalanganjalan raya, iaitu daripada 189,109 kes pada tahun 1996 ke 328,268 kespada tahun 2005, iaitu peningkatan pada kadar 74 peratus. Oleh sebab itu,satu pelan tindakan telah dirangka khas untuk mengatasi masalah ini.Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 – 2010 telah dirangka khusus untukdijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan programkeselamatan jalan raya di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh denganpendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalanraya berdasarkan konsep 4 E iaitu kejuruteraan, pendidikan, penguatkuasaandan alam sekitar (engineering, education, enforcement and environment). Disamping koordinasi, peruntukan kewangan dan mekanisma lain yang terlibatdalam perlaksanaan strategi serta keutamaan dalam merealisasikan matlamatkerajaan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya hingga tahun 2010.Pendidikan keselamatan jalan raya ialah asas dan pemangkin bagi mendokongsegala program yang boleh membawa kepada perubahan yang diinginkanterhadap tingkah laku, kemahiran dan sikap pemandu. Tanpa program pendidikanKeselamatan jalan raya yang berkesan, langkah pencegahan yang lain akanmenjadi lebih sukar untuk dilaksanakan dalam mencapai matlamat dan sasaranyang diingini. 3
  • 5. Tujuan pendidikan keselamatan jalan raya adalah mendidik pemandu danpengguna jalan yang lain supaya mereka tidak mengambil risiko di jalan rayadan memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian.Dengan latihan yang sesuai dan efektif, risiko yang tidak diingini boleh dielakkan.Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti penunggangmotosikal, pemandu dan pejalan kaki perlu diberikan latihan pendidikanKeselamatan jalan raya secukupnya melalui program pendidikan yang direkakhas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah.Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjanghayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi programbagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendahhingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan rayamenjadi sebahagian daripada budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanakdi Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telahdiluluskan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kabinet Mengenai KeselamatanJalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteripada 15 Mei 2006.Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalanyang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.MatlamatPendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah bermatlamat untukmemberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan rayabagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, muriddapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memeliharakeselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. 4
  • 6. Objektif KhususPada akhir pembelajaran Tahap 1 murid akan dapat:- menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya- mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya- memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat- mampu untuk melintas di jalan raya dengan bantuan dan selamatPada akhir pembelajaran Tahap 2 murid akan dapat:- memahami konsep keselamatan jalan raya- mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya- mampu melintas di jalan raya dengan selamat secara bersendirian- memahami kegunaan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar, permantul cahaya) dan kepentingan penyelenggaraan basikalKanak-kanak dan Keselamatan Jalan RayaPunca utama kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak di jalanraya ialah mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenaikeselamatan di jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya perludibangunkan secara bersesuaian, berterusan dan berperingkat-peringkat daritahap prasekolah hingga tahap dua sekolah rendah.Kanak-kanak memerlukan penyeliaan aktif dan rapi apabila berada di jalanraya. Perkara ini melibatkan kanak-kanak berumur hingga 12 tahun. Kadarkemalangan yang tinggi dalam kalangan pejalan kaki yang melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun disebabkan oleh peningkatan mobilitikanak-kanak tersebut. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penyeliaan ataubelum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk berada dengan selamat dijalan raya sebagai pejalan kaki, pembonceng dan penunggang basikal. 5
  • 7. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhadmenyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada dijalan raya. Perkembangan yang terhad ini menyebabkan mereka:- tidak dapat mengenal pasti tempat melintas yang selamat tetapi mereka berpendapat bahawa mereka boleh melintas bersendirian- tidak dapat menentukan kelajuan dan jarak kenderaan dengan tepat- tidak dapat mengenal pasti arah bunyi- tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan lalu lintas di jalan raya- tidak dapat memahami perkara-perkara abstrak berkaitan keselamatan di jalan raya- lebih suka menumpukan perhatian kepada satu aspek pada satu masa mudah hilang tumpuan- berkelakuan tidak konsisten ketika di jalan raya- sukar dilihat oleh pemandu kenderaan disebabkan oleh saiz mereka yang kecilOrganisasi KandunganKandungan sukatan pelajaran keselamatan jalan raya sekolah rendah digubaldengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu diamalkanoleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan pengetahuan dan pemahaman,kemahiran, amalan serta sikap dan nilai. Hasil pembelajaran ini berdasarkankonsep “Cermat, Tiba Selamat” serta empat tema utama. 6
  • 8. TemaI. Sikap dan tanggungjawab Sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di jalan raya. Membolehkan murid mengetahui dan menyedari bahawa mereka bertanggungjawab untuk menentukan tahap Keselamatan mereka di jalan raya.II. Persekitaran Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan yang berlainan dalam memastikan keselamatan diri ketika berjalan. Murid harus memahami tahap penglihatan berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Murid mesti menggunakan pakaian yang sesuai agar sentiasa selamat.III. Kenal pasti bahaya Mengenal pasti keadaan berbahaya yang terdapat di jalan raya dan mempelajari cara-cara mengatasinya. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya.IV. Melintas dengan selamat Cara yang baik dan betul untuk melintasi jalan raya secara selamat dalam pelbagai keadaan lalu lintas. Murid harus memahami bahawa setiap keadaan lalu lintas adalah berlainan, cara berjalan dan melintas jalan tidak semestinya sama dalam semua keadaan.Berdasarkan tema di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran digubalagar merangkumi perkara seperti di bawah. Pada tahap satu, pelajar akandidedahkan dengan kemahiran asas keselamatan jalan raya. Pada tahap duapula, pelajar akan mula diajar dengan kemahiran keselamatan jalan raya yanglebih kompleks dan mendalam. 7
  • 9. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahap satu akan tertumpu kepada tajuksatu hingga lima, manakala aktiviti untuk tahap dua akan meliputi semua tajuktetapi pengajaran dan pembelajaran akan lebih tertumpu kepada tajuk enamdan tujuh. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan adalah seperti berikut:a. melintas dengan selamatb. gunakan tempat yang selamat untuk melintasc. melintas dengan orang dewasad. memahami persekitaran di jalan raya (termasuk bahagian jalan dan cara-cara perjalanan)e. kenal pasti bahayaf. keselamatan ketika menunggang basikal dan membonceng motosikalg. keselamatan penumpang bas dan keretaKata Kunci Keselamatan Jalan RayaSepanjang aktiviti pengajaran, murid akan diperkenalkan dengan pelbagaikata kunci yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Murid akandidedahkan dengan maksud dan penggunaan kata kunci tersebut dalamkehidupan seharian.• Pejalan kaki • Lampu isyarat• Penunggang basikal • Merah• Pemandu • Kuning• Kenderaan • Hijau• Lintasan pejalan kaki • Simpang• Jejantas • Bulatan• Lorong pejalan kaki • Perhentian bas• Bahaya • Berwaspada• Orang hijau • Peka• Orang merah • Halangan di hadapan• Bahu jalan • Letak kereta (parkir)• Penunggang motosikal • Klinik• Jalan raya • Laluan dua arah• Pengawal lalu lintas 8
  • 10. Tema atau Fokus Hasil PembelajaranTingkah laku Pada akhir pelajaran,Penggunaan pelajar sekolah rendah akan:Jalan Raya1. Persekitaran 1.1 Jenis-jenis 1.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalah tempatjalan raya jalan raya yang kompleks dan berbahaya. 1.1.2 Mendefinisikan lalu lintas dalam bahasa mereka sendiri. 1.1.3 Mengkasifikasikan jalan dalam istilah: • senyap • sibuk • lebar • sempit 1.1.4 Menerangkan bahawa terdapat hierarki jalan di Malaysia dan kenderaan bergerak pada kelajuan yang berbeza di setiap jenis jalan. 1.1.5 Mengenal pasti elemen persekitaran pengangkutan yang: • membantu kita menjadi lebih selamat • membahayakan kita apabila berjalan atau berbasikal 1.2 Bahagian- 1.2.1 Mengenal pasti bahagian tertentu jalan raya bahagian jalan yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai raya pejalan kaki atau penunggang basikal. 1.2.2 Mengenal pasti bahagian jalan raya yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai pejalan kaki atau penunggang basikal, seperti: • laluan kaki • bebendul jalan • lintasan pejalan kaki (contohnya: lintasan belang, lintasan undan, lintasan sekolah, lintasan di persimpangan) • jejambat • pelindung pejalan kaki • garis median • bonggol jalan • hentian bas • penghadang dan pagar jalan • lorong sikal 1.2.3 Menerangkan bagaimana bahagian tertentu jalan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal digunakan bagi meningkatkan keselamatan. 9
  • 11. 1.3 Perabot 1.3.1 Mendefinisikan apa yang dimaksudkan denganjalan raya perabot jalan raya. Contohnya, pagar, rel adang, lampu jalan, pasu bunga, batas kebun, dll. 1.3.2 Mengenal pasti perabot jalan yang berlainan jenis dan impaknya ke atas keselamatan mereka yang berjalan kaki dan berbasikal.1.4 Isyarat jalan 1.4.1 Memahami bahawa isyarat jalan raya, tandaraya, tanda jalan jalan dan isyarat trafik digunakan untuk mengawal laludan isyarat trafik lintas dan mesti dipatuhi untuk meningkat keselamatan. 1.4.2 Mengenal pasti isyarat jalan asas yang menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.3 Mengenal pasti tanda jalan asas yang menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.4 Menerangkan ciri-ciri isyarat trafik, seperti lampu isyarat. 1.4.5 Menerangkan urutan isyarat trafik dan tingkah laku yang diperlukan oleh pengguna jalan raya. 1.4.6 Mengklasifikasikan tanda jalan mengikut tujuan utamanya. 1.4.7 Mengenal pasti isyarat jalan asas dan menerangkan impak kepada keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.8 Membincangkan peraturan dan tingkah laku jalan raya yang berkenaan dengan isyarat jalan raya asas. 1.4.9 Mengenal pasti isyrat dan tanda jalan yang lebih kompleks, dan menerangkan impak ke atas keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.10 Menerangkan kemungkinan yang akan berlaku akibat mengingkari isyarat jalan raya, tanda jalan dan isyarat trafik. 10
  • 12. 1.5 Aliran lalu 1.5.1 Kenal pasti arah dari mana datangnya lalu lintas.lintas - Arah lalulintas 1.5.2 Memberikan penerangan ringkas tentang bagaimana isyarat dan tanda jalan yang berlainan mengawal aliran lalu lintas, termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.5.3 Menerangkan bagaimana waktu/masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik dan keselamatan pejalan kaki.1.6 Laluan kaki 1.6.1 Mentakrifkan kegunaan laluan kaki dan/ataudan laluan kongsi laluan kongsi (termasuk juga bahu jalan terbuka).untuk pejalankaki dan 1.6.2 Menerangkan sifat tipikal laluan kaki dan/ataupenunggang laluan kongsi di kawasan mereka serta bagaimanabasikal ia meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.6.3 Mengenal pasti pengguna jalan raya yang mana mungkin berkongsi laluan, secara sah atau tidak sah, serta kemungkinan bahayanya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.6.4 Membandingkan antara penggunaan dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa laluan kaki dan/atau laluan kongsi dengan kemungkinan berlakunya aktiviti berbahaya dan berisiko. 1.6.5 Membangunkan strategi untuk mengelakkan atau menguruskan risiko dan bahaya di laluan kaki dan/atau laluan kongsi.1.7 Pengguna 1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis pengguna jalan rayajalan raya yang berbeza, contohnya • pejalan kaki • penumpang • pembonceng • penumpang pengangkutan awam • pemandu • penunggang motosikal • penunggang basikal • pengguna kerusi roda – sama ada bermotor atau tidak • pengguna permainan beroda (Papan selaju, kasut roda) 1.7.2 Memahami bahawa semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dalam setiap perjalanan, dan kemahiran keselamat pejalan kaki adalah penting. 11
  • 13. 2. Kenderaan 2.1 Jenis dan 2.1.1 Mengenal pasti jenis kenderaan yang berbeza, ciri-ciri kenderaan contohnya: • kereta • LRT / kereta api • bas • kenderaan kecemasan • lori • ambulans • basikal • kereta polis • motosikal • kenderaan bomba 2.1.2 Mengenal pasti kenderaan sebagai: • laju • menghampiri • perlahan • menjauh • dekat • mengundur • jauh • membelok 2.1.3 Menyenaraikan bahaya oleh kenderaan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.1.4 Mengenali cirri-ciri keselamatan pada kenderaan untuk pejalan kaki, penunggan basikal, penumpang dan pemandu serta menerangkan fungsinya. 2.1.5 Menceritakan faktor yang menghalang pemandangan pemandu ke jalan dan pejalan kaki. 2.1.6 Memahami apa yang dimaksudkan dengan titik buta serta impaknya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.1.7 Membandingkan dan membezakan antara masa dengan jarak berhenti kenderaan yang berbeza.3. Peraturan 3.1 Mengetahui 3.1.1 Menerangkan mengapa peraturan dan undang-dan undang- tentang peraturan undang jalan raya itu perlu untuk keselamatan semuaundang jalan dan undang- pengguna jalan raya.raya undang jalan raya serta 3.1.2 Mengenal pasti perbezaan antara peraturan menggunakannya dengan undang-undang jalan raya. 3.1.3 Menghuraikan bagaimana dan mengapa peraturan dan undang-undang jalan raya diaplikasikan kepada: • pejalan kaki • penunggang basikal – terutama apabila • pemandu melintas jalan • penunggang motosikal • penumpang 3.1.4 Mengenal pasti peraturan jalan raya, undang- undang jalan raya, dan lain-lain prosedur keselamatan, paling relevan kepada mereka di persekitaran mereka. 12
  • 14. 3.1.5 Menceritakan kemungkinan akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya dilanggar atau tidak diendahkan. 3.1.6 Mereka dan menilai kod tingkah laku untuk: • pejalan kaki • penunggang basikal • pengguna pengangkutan awam4. Sebagai 4.1 Sokongan 4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya ataupejalan kaki daripada orang berdekatan jalan raya adalah lebih selamat apabila dewasa dan yang bersama orang dewasa atau yang lebih tua. lebih tua 4.2 Arah yang 4.2.1 Menerangkan kenapa berjalan menghadap lalu paling selamat lintas adalah lebih selamat daripada berjalan mengikut untuk berjalan arah yang sama dengan kenderaan. kaki 4.3 Darjah 4.3.1 Menunjukkan kesedaran kesan daripada saiz penglihatan badan mereka yang kecil terhadap keselamatan mereka. 4.3.2 Menunjukkan kefahaman keatas kaitan antara berada dalam keadaan selamat dan boleh dilihat. 4.3.3 Menerangkan bagaimana keadaan cuaca tertentu dan pencahayaan boleh memberi kesan terhadap keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 4.3.4 Menilai kebolehpantulan sesuatu benda atau pakaian dan alat tambahan kepada kasut dan beg yang dapat meningkatkan darjah penglihatan pejalan kaki.5. Sebagai 5.1 Berbasikal 5.1.1 Memahami bahawa menunggang basikal di jalanpenunggang dengan selamat raya di bawah umur 10 tahun adalah berbahaya.basikal 5.1.2 Menerangkan bagaimana topi keledar melindungi penunggang jika berlaku nahas, dan kenapa penting untuk memakainya dengan betul. 5.1.3 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan betul. 5.1.4 Melakukan penyelenggaraan mudah ke atas basikal dan topi keledar mereka. 5.1.5 Menunjukkan cara untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka sendiri apabila menunggang basikal. 13
  • 15. 5.1.6 Mengambarkan dan menerangkan pelbagai jenis pakaian yang boleh meningkatkan darjah penglihatan penunggang basikal dalam keadaan cuaca dan masa yang berbeza 5.1.7 Belajar dan menunjukkan kemahiran asas menunggang basikal. 5.1.8 Menunjukkan kebolehan untuk mengimbas apabila menunggang basikal untuk menilai dan menguruskan kebarangkalian risiko. 5.1.9 Menunjukkan kebolehan untuk menunggang dengan yakin di jalan raya, laluan kaki, laluan sikal dan laluan kongsi.6. Sebagai 6.1 Tingkat laku 6.1.1 Menerangkan kepentingan untuk menjadipenumpang yang selamat penumpang yang selamat dan bertanggungjawab. dan bertanggung- jawab seseorang 6.1.2 Menyenaraikan cara penumpang boleh penumpang menyumbang kepada keselamatan orang lain. 6.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat dalam kenderaan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun melakukan perjalanan. 6.2 Penggunaan 6.2.1 Mendefinisikan alat penahan alat penahan • tali pinggang keledar • tempat duduk kereta • tali pinggang riba • kapsul bayi • abah-abah kanak-kanak 6.2.2 Menyenaraikan dan membincangkan pelbagai jenis alat penahan untuk penumpang berlainan usia dan menerangkan kenapa setiap satunya bersesuaian. 6.2.3 Menunjukkan bagaimana alat penahan yang bersesuaian dikancingkan dan dilaraskan supaya muat kepada pemakainya. 6.2.4 Membincangkan tanggungjawab undang-undang oleh penumpang supaya memakai tali pinggang keledar dengan betul. 6.2.5 Membandingkan situasi sama ada alat penahan digunakan atau tidak serta membuat kesimpulan tentang alat penahan dan keselamatan. 6.2.6 Menerangkan akibat kepada penumpang dan objek di dalam kenderaan apabila kenderaan tersebut membelok dengan tajam atau melanggar objek. 6.3 Penggunaan 6.3.1 Membincangkan kepentingan pemakaian topi topi keledar keledar dengan betul. 14
  • 16. 6.3.2 Menerangkan kepentingan topi keledar melindungi penunggang jika berlaku kemalangan. 6.3.3 Membandingkan situasi dimana topi keledar digunakan atau tidan serta membuat kesimpulan tentang topi keledar dan keselamatan. 6.3.4 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan betul. 6.3.5 Menunjukkan kepekaan tentang kepentingan dan strategi untuk membuat orang lain peka tentang penggunaan topi keledar dengan betul. 6.4 Memasuki 6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang selamat dan keluar dari untuk memasuki dan keluar dari kenderaan. kenderaan dengan selamat 6.4.2 Menerangkan kenapa adalah lebih selamat – kereta dan untuk memasuki dan keluar dari kenderaan dari motorsikal sebelah bebendul jalan. 6.4.3 Menerangkan dan menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian untuk memasuki dan keluar dari kenderaan.7. Melintas 7.1 Memilih 7.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalahjalan dengan tempat yang berbahaya, melintas jalan adalah kompleks dan orangselamat selamat untuk dewasa boleh membantu kanak-kanak untuk melintas melintas jalan dengan selamat. 7.1.2 Mengenal pasti dan menerangkan bahagian- bahagian persekitaran jalan raya yang dapat meningkatkan keselamatan sewaktu melintas, contohnya: • lintasan pejalan kaki (sekolah, belang, undan, persimpangan) • jejambat • pelindung pejalan kaki • lampu isyarat (dengan pancaran orang merah/hijau) 7.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat untuk melintas jalan, contohnya: • tempat melintas yang ditentukan • tempat melintas atau persimpangan yang diselia atau dikawal • blok tengah apabila kelihatan pemandangan trafik yang jelas • jejambat pejalan kaki • di mana-mana apabila pemandangan trafik dari setiap arah kelihatan dengan jelas 15
  • 17. 7.1.4 Mengenal pasti tempat yang berbahaya untuk melintas. 7.1.5 Membincangkan kelebihan dan keburukan dari aspek keselamatan jika menggunakan atau tidak menggunakan tempat melintas yang ditentukan. 7.1.6 Mengenal pasti dan membincangkan pengaruh yang selamat dan tidak selamat dalam pemilihan tempat melintas. 7.1.7 Mengenal pasti faktor-faktor (manusia dan persekitaran) yang boleh membuatkan melintas jalan sukar. 7.1.8 Membangunkan dan melaksanakan strategi keselamatan untuk menguruskan lintasan yang susah atau rumit.7.2 Prosedur 7.2.1 Memahami bahawa melintas jalan adalah lebihyang selamat selamat apabila langkah tertentu diambil untukuntuk melintas menyempurnakan tugas tersebut.• Berhenti• Lihat 7.2.2 Mengetahui lima langkah untuk menyempurnakan• Dengar tugas melintas jalan dengan selamat.• Fikir• Berhati-hati 7.2.3 Menggambarkan Prosedur melintas dan menerangkan setiap langkah. 7.2.4 Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran (perkataan dan fizikal) lima langkah yang terlibat dalam melintas jalan dengan selamat – dalam situasi yang dikawal dan diselia. 7.2.5 Menerangkan bagaimana tingkah laku melintas jalan mereka menjejaskan keselamatan mereka dan orang lain. 7.2.6 Menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera mereka untuk mengumpl maklumat mengenai lalu lintas. Contohnya: • menggunakan kemahiran kinestesis untuk berhenti di kawasan yang selamat di pinggir jalan • menggunakan petunjuk visual untuk menentukan jalan tidak berhalang • menggunakan kemahiran auditori untuk menentukan arah dan kelajuan lalu lintas • menggunakan kemahiran kognitif untuk menentukan keselamatan peribadi dan komuniti berkaitan dengan melintas jalan 16
  • 18. 7.2.7 Menunjukkan Prosedur melintas jalan yang betul dalam pelbagai situasi. Contohnya: • di lampu isyarat • di lintasan sekolah • di lintasan belang atau undan • persimpangan yang tidak dikawal7.3 Pemilihan 7.3.1 Memahami apa yang dimaksudkan denganruang dan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko danpengimbasan bahaya. 7.3.2 Memahami apa yang dimaksudkan dengan pemilihan masa dan ruang serta impak ke atas keselamatan. 7.3.3 Di bawah seliaan orang dewasa, menunjukkan berbagai-bagai kemahiran berkaitan dengan melintas dengan selamat dalam situasi yang berbeza-beza, termasuk: • mendemonstrasikan teknik mengimbas untuk mengoptimumkan keselamatan semasa melintas • mempraktikkan anggaran masa ruang • menunjukkan kesedaran penglihatan periferal yang terbatas • menunjukkan kesedaran pembatasan berkaitan pengesanan bunyi lalu lintas • mengaitkan reaksi masa dengan keselamatan diri sendiri • mengagak masa dan jarak ketibaan dan berhenti kenderaan7.4 Lebih 7.4.1 Membincangkan factor/pengaruh yang melibatkanbanyak keputusan keputusan mengenai situasi melintas yang selamatmengenai dan tidak selamat.melintas denganselamat 7.4.2 Mengenal pasti keputusan pemandu dan penunggang motosikal yang boleh meletakkan pejalan kaki dan penunggang basikal dalam bahaya. 7.4.3 Menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan dan strategi untuk membuatkan orang lain sedar perlunya mengikut prosedur melintas jalan yang selamat.7.5 Memilih 7.5.1 Mengenal pasti jalan dan kawasan yang selamatjalan yang dan bahaya di persekitaran mereka.selamat 7.5.2 Membincangkan pertimbangan untuk memilih jalan yang selamat. Contohnya, mudah, masa, jarak. 17
  • 19. 7.5.3 Memetakan jalan selamat ke sekolah dan menjelaskan sebabnya. 7.5.4 Menilai jalan biasa yang diambil dan menerangkan kenapa dan di mana keadaan adalah selamat dan/atau berbahaya. 7.5.5 Menerangkan dan mengikut jalan yang mempunyai tanda arah.8. Bermain 8.1 Tempat yang 8.1.1 Menerangkan akibat yang bakal berlaku jika selamat untuk bermain di jalan raya atau berdekatan jalan raya. bermain 8.1.2 Mengenal pasti kawasan bermain yang selamat dan tidak. 8.2 Kenderaan 8.2.1 Menyenaraikan jenis permainan rekresi beroda rekreasi yang berbeza. Contohnya; • papan selaju • skuter • kasut beroda • skuter bermotor 8.2.2 Mengenal pasti peralatan perlindungan yang boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan mereka yang menggunakan kenderaan rekreasi. Contohnya, • topi keledar • pad siku • pad lutut 8.2.3 Menerangkan peraturan jalan raya yang terpakai kepada pengguna kenderaan rekreasi.9. Kenderaan 9.1 Bas, LRT 9.1.1 Mendefinisikan kenderaan awam danawam dan kereta api memberikan contoh. 9.1.2 Menyelidik pilihan pengangkutan awam di kawasan tempatan, dan kelebihan dan kekurangan menggunakannya. 9.1.3 Membincangkan dan membangunkan prosedur yang selamat untuk menunggu, menaiki, melakukan perjalanan, dan turun/keluar dari kenderaan awam. 9.1.4 Mengenal pasti tindakan yang menyumbang kepada budi bahasa dan tingkah laku penumpang yang selamat. 9.1.5 Menyelidik dan menilai penggunaan pengangkutan awam untuk perjalanan tertentu. 18
  • 20. 9.1.6 Di bawah pengawasan orang dewasa, rancang dan lakukan perjalanan dengan pengangkutan awam. 9.1.7 Mendemonstrasikan prosedur yang selamat apabila menggunakan pengangkutan awam.10. Tingkah 10.1 Kesan 10.1.1 Membincangkan bahaya ke atas keselamatanlaku yang daripada tingkah diri atau orang lain apabila bertindak mengikut gerakberisiko apabila laku yang hati atau perhatian teralih semasa atau berdekatanmelakukan berisiko jalan raya.perjalanan 10.1.2 Mengenal pasti bagaimana tingkah laku tidak terduga atau antisosial boleh mengkompromi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 10.1.3 Mengenal pasti tingkah laku pengguna jalan raya yang bertanggungjawab. 10.1.4 Menunjukkan kefahaman tangungjawab sebagai seorang model pegguna jalan raya yang selamat kepada rakan sebaya dan yang lebih muda. 10.1.5 Menunjukkan kesedaran tentang apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan. 10.1.6 Meramalkan apa yang perlu diketahui dan buat untuk menjadi seorang pengembara yang selamat dan bertanggungjawab pada masa hadapan. 10.1.7 Mengenal pasti kemungkinan sebab atau factor yang menyumbang kepada nahas jalan raya. 10.1.8 Membangunkan dan mendemonstrasikan kemahiran dan strategi untuk menangani pengaruh negatif dari rakan sebaya berkaitan keselamatan jalan raya. 10.1.9 Membincangkan pembabitan tingkah laku yang berisiko terhadap diri sendiri dan orang lain. 10.1.10 Mengenal pasti strategi untuk menguruskan tingkah laku yang berisiko orang lain.11. Pengaruh 11.1 Memikirkan 11.1.1 Mengenal pasti pesanan tersembunyi berkaitanmedia dan tentang keselamatan dan antikeselamatan dalam media.budaya populardalam 11.1.2 Menggambarkan beberapa teknik yangkeselamatan digunakan oleh pihak media untuk mempengaruhijalan raya pemikiran kita berkaitan keselamatan. 11.1.3 Membangunkan dan menggunakan konsep pengiklanan bagi mencipta kempen keselamatan jalan raya mereka sendiri. 19
  • 21. NOTA 20
  • 22. Disediakan olehKerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia