Sejarah Seni Visual Malaysia

33,931
-1

Published on

Hope can help u guys =)

Published in: Education
2 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
33,931
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
672
Comments
2
Likes
20
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah Seni Visual Malaysia

  1. 1. Perkembangan Seni Di Malaysia Sejarah pada tahun 30-40an  Seni halus Malaysia bermula pada sekitar 1930-an dengan terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, dan tokoh-tokoh lain.  Pada masa itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau aliran agung dari Barat.  Pendedahan hanya tertumpu pada karyawan di sekeliling mereka dan penghasilan rakan seperjuangan.  Disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat bimbingan, kebanyakan hasil karya mereka adalah mentah dan tidak halus.
  2. 2. Sejarah pada tahun 50-an Pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia dan tokoh-tokoh. Pelukis asing yang aktif ialah Chuah Thean Teng (China) dan Mohd. Hoessein Enas (Indonesia). Mereka kemudian menetap di Malaysia. Namun alam seni halus Malaysia masih dalam keadaan yang suram dan kurang memberangsangkan. Karya-karya seni dalam pameran jarang dibeli dan pameran yang diadakan sekali-sekala juga cepat dilupakan disebabkan kurangnya publisiti dan ulasan melalui media massa.
  3. 3.  Pada tahun 1952, Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari UK selepas mendapat pendedahan di luar negara telah memperkenalkan konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni halus tempatan, The Penang Art Teacher‟s Council telah ditubuhan di bawah bimbingan beliau. Dalam tahun 1950-an banyak penubuhan telah ditubuhkan antaranya: i. Wednesday Art Group ii. Selangor Art Society iii. Angkatan Pelukis Semenanjung iv. Thursday Art Group
  4. 4.  Kumpulan pelukis keluaran Akedemi Seni Nanyang seperti Lai Foong Moi, Khoo Sui-Ho, Cheah Yew Saik, dan lain-lain telah membawa balik gaya yang dipengaruhi oleh beraneka aliran catan Eropah dan juga catan Cina. Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia mula beubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf antarabangsa. Kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni lukis adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis disebabkan pelukis tanah air telah mendapat pendidikan seni secara formal di luar negara. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 sangat bermakna bagi para pelukis tanah air. Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif serta pengiktirafan, dan ini menambahkan keyakinan karyawan
  5. 5. Sejarah pada tahun 1960an Penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960 telah memberi peluang kepada guru-guru yang berpengalaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni melalui kursus sepenuh masa selama setahun. Penuntut yang berbakat besar akan diberi peluang untuk dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara. Usaha kerajaan ini telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan seni. Kakitangan akademik seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal , Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan tokoh-tokoh lain seperti Ismail Zain dan kumpulan telah memainkan peranan penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
  6. 6.  Tokoh-tokoh ini telah membuka jalan bagi deria baru sikap pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya cipta, dan membuka ruang bagi luahan pemikiran. Gaya catan beraneka daripada aliran realisme kepada impresionisme dan ekspresionisme kepada abstrak ekspresionisme mengikut pengaruh dan pendedahan setiap karyawan. Pandangan-pandangan yang kritikal turut dilahirkan terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa seperti perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Karya-karya yang bermutu tinggi dan matang muncul . Acara seni lukis diutamakan dan pameran seni kerap dirasmikan oleh para menteri atau orang kenamaan dengan meliputi pelbagai media massa. Semangat pelukis Malaysia bertambah baik kerana berpeluang menyertai pelbagai jemputan pameran yang besar di seberang laut. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada 1967 telah melahirkan sekumpulan pendidik seni serta usahawan Melayu dalam bidang seni di Malaysia. Antara pelukis terkenal daripada ITM adalah seperti : Ruzaika Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
  7. 7.  Seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia apabila menjelang kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia semenjak beliau menjadi setiausaha selama sepuluh tahun ini kerana beliau berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya pelukis tempatan seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
  8. 8. Sejarah pada tahun 1970an Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Catan “hard-edge” yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an telah meninggikan taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.
  9. 9. Pertubuhan-petubuhan Seni Sebelum Merdeka PENANG IMPRESIONALIST THE PENANG CHINESE ART CLUB THE PENANG ART TEACHER GROUP THURSDAY ART GROUP Majlis Kesenian (MK) THE WEDNESDAY ART GROUP
  10. 10. PENANG IMPRESIONALIST Ditubuhkan di pulau Pinang dalam tahun 1928 Ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai dagang Eropah, terutama suri-suri rumah berbangsa Inggeris Dua orang pelukis tempatan yang menjadi penggerak iaitu: Pn. Lim Cheng Kung (isteri seorang jutawan yang memberi sumbangan kewangan kepada kumpulan ini) dan Abdullah Ariff (guru lukis kapada ahli-ahli pertubuhan)
  11. 11. THE PENANG CHINESE ARTCLUB Ditubuhkan dalam tahun 1936 oleh Lee Cheng Yong, Yong Mun Sen, Tay Hooi Keat, Kuo Ju Ping dan lain-lain. Ahli-ahli kelab terpengaruh kuat dengan sikap dan konsep romantis Inggeris kesan pendedahan kepada lukisan-lukisan Penang Impressionist, Gaya catan ahli-ahli aliran realisme dan impressionisme melibatkan juga catan berus Cina. Pertubuhan dibubarkan pada tahun 1939
  12. 12. THE PENANG ART TEACHERGROUP Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Ahlinya Tay Hooi Keat merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk menuntut di luar negara dalam jurusan Seni Halus di Camberwell School of Art London
  13. 13. Majlis Kesenian (MK) Ditubuhkan pada tahun 1952 oleh mereka yang sedar akan kepentingan menjaga, menggiatkan dan meperbaharui seni dan pertukangan tempatan Objektif a. Bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti seni seperti muzik, drama, dan seni rupa b. Menjaga seni seni dan pertukangan tempatan c. Menggalak dan mengembangkan pengetahuan dan amalan seni yang lebih luas di Persekutuan tanah melayu Majlis ini menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan. Pengasas MK ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas. Sumbangan MK: a. mempromosi aktiviti kesenian di peringkat kebangsaan b. menaja pameran-pameran seni lukis Malaysia di negara-negara asing c. Pertubuhan awam yang pertama menggesa kerajaan mepertimbangkan keperluan penubuhan Balai seni Lukis Negara dan Sekolah Seni Negara
  14. 14. THURSDAY ART GROUP Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957 Diketuai oleh Tay Hooi Keat Ahli-ahlinya: Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain Objektif persatuan: memperkenalkan konsep-konsep seni lukis yang baru Aktiviti: mengadakan kelas-kelas lukisan pada setiap hari Khamis dan Sabtu bagi pelukis-pelukis muda serta mengadakan sesi perbincangan dan pameran-pameran. Corak organisasi hampir sama dengan Wednesday Art Group
  15. 15. THE WEDNESDAY ARTGROUP Ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur. Pengasasnya Perter Harris bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan Pelajaran Ahli-ahlinya : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeddar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Laiu Siat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat dan lain-lain. Tema kumpulan : „Seni sebagai wadah Ekpresi Diri „. Kumpulan ini memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kepada golongnan muda dan yang berminat terutamanya guru-guru seni lukis. Turut memperkenalkan “gouache” bahan yang lebih liut dari cat air serta penggunaan berus yang besar dan keras menggantikan berus yang halus dan lembut. Aktiviti Mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan figura, gubahan dan lakonan Gaya catan: aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri Asas Falsafah yang disemai oleh kumpulan ini menjadi tanaga pembimbing dalam bidang seni lukis hari ini.
  16. 16. MAJLIS KESENIAN MELAYUPERSATUAN PELUKISMALAYSIAKUMPULAN ANAK ALAM
  17. 17. MAJLIS KESENIANMELAYU Ditubuhkan pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung. Pada tahun 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) Pada tahun 1964 diubah: Angkatan Pelukis SeMalaysia. Ahli-ahli pada peringkat awalnya: Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Kemudiannya: Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal Objektif i. Menyatupadukan pelukis-pelukis dan peminat-peminat seni lukis di seluruh tanah air ii. Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan iii. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabanngasa. Ciri-ciri istimewa APS : catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak dan pastel. Mempunyai pengikut yang ramai daripada kalangan pelukis berpendidikan Melayu. Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur. Aktiviti-aktiviti: Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas Kelas Arca oleh Idris Salam Kelas grafik oleh Zakaria Noor Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang kebanyakannya pensyarah-pensyarah.
  18. 18. PERSATUAN PELUKISMALAYSIA Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-pelukis Nasional Bertukar nama ke Persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980. Objektif: -memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang mewakili pelukis -Memajukan perkembangan seni lukis di Malaysia -Menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting dalam perancangan pembangunan negara -Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan nadi negara Jawatankuasa peringkat awal PPM Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dll. Aktiviti: -mengadakan Pameran Perdana -Menngadakan khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran -Mengadakan ceramah, bengkel dan seminar tentang seni lukis -Menerbitkan majalah seni Persatuan ini tidak terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli berkarya mengikut gaya masing-masing PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis.
  19. 19. KUMPULAN ANAK ALAM Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS. Pengasasnya: Abdul Latiff Mohidin Aktiviti kumpulan meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater. Mereka mengenepikan realiti untuk membentuk sesuatu yang berterusan serta mengubah kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai alam semesta. Mereka bertindak dengan agrersif dan mahukan satu bentuk dan gaya baru dalam berkarya. Gaya catan banyak dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis dan mereka berani membuat eksprimen tanpa mempedulikan kritikan yang diterima. Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama, menekankan semangat kebebasan romantik, menitikberatkan peranan individu, kederiaan tetapi sentiasa menyedari ragam tan tempo estetika sezaman Ahli-ahli yang aktif: Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Rahamad, Siti Zainon dan lain-lain
  20. 20. Syed Ahmad JamalMohamad Hoessein EnasAbdul Latiff MohidinYong Mun SengRedza PiyadasaHarun MokhtarAwang Damit Ahmad
  21. 21. Syed Ahmad Jamal1. Beliau dilahirkan di Bandar Maharani (Muar) pada tahun 1929.2. Beliau telah meneruskan pelajaran peringkat tinggi di - Chelsea School of Art (1951-1955), - Institute of Education, London University (1955-1956) - School of Art Institute Chicago (1963-1964) - University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).3. Beliau juga merupakan pelopor aliran ekspressionisme abstrak di Malaysia pada tahun 1960-an.4. Dalam pandangan beliau terhadap seni, beliau mengatakan bahawa sesebuah karya perlulah dilihat sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendirinya.5. Beliau juga berpendapat bahawa seni yang terhasil daripada alam khayalan dalaman perlu diluahkan dengan kerelaan dan bermotif serta bersifat individualistik. Melalui kaedah ini, pemikiran pelukis dapat diluahkan secara langsung dan bebas.6. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan akhbar, kertas kerja, forum dan buku ilmiah berkaitan seni tampak.7. Penglibatan dan sumbangan beliau dalam seni tanah air telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan penganugerahan Anugerah Seniman Malaysia serta dianugerah sebagai Anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN)
  22. 22. Karya-karya Syed Ahmad Jamal Harapan 1962 Umpan 1959 Gunung Ledang 1978 Jendela Angkasa 1959Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Mandi Laut Sidang Roh Duel In The Snow Catch a Falling Star
  23. 23. Mohamad Hoessein Enas di Bogor (Jawa) Indonesia Beliau dilahirkan pada tahun 1924 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947. Beliau tidak pernah menerima kursus secara formal di mana-mana institusi seni. Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang bertemakan budaya tempatan. Hasil-hasil karya beliau menonjolkan wajah-wajah yang membawa mesej kebudayaan tempatan dengan melalui penampilan pakaian dan kegiataan sosial masyarakat Malaysia pada masa itu. Karya beliau banyak menggunakan media pastel dan minyak. Beliau turut mengasaskan Majlis Kesenian Melayu yang kemudian ditukar kepada Angkatan Pelukis Semenanjung yang bergerak dalam pelbagai bidang kesenian seperti tarian, muzik, seni tampak, seni sastera dan seni lakonan. Pada tahun 1990, lima tahun sebelum kematian beliau, Mohammed Hoessein Enas telah diperakui dengan gelaran „Royal Portrait Painter‟ (Pelukis Potret Diraja) oleh Sultan Selangor.
  24. 24. Karya-karya Mohamad HoesseinEnas Gadis Penumbuk Padi 1959 Gadis Melayu (1950) Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Morning Mist (1990) Pengantin Perempuan Iban (1963) Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak
  25. 25. Abdul Latiff Mohidin Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1941. Beliau mendapat pendidikan di - Hochschule fur Bidlende Kunste, Berlin(1960-1964) - Atelier La Courrier, Paris (1968), - Pratt Graphic Centre,New York (1970) Beliau dikenali sebagai artis dua dunia seni, iaitu: a. Seni Halus b. Puisi (puisi terkenalnya adalah “Sungai Mekong”) Hasil-hasil karya beliau jelas menggambarkan persamaan pemikirannya. Sajaknya pula digambarkan sebagaimana ia melukis, iaitu soal-soal seperti warna, ruang dan masa yang diluahkan dalam lukisan dan sajaknya. Beliau merupakan pengasas Kumpulan Anak Alam pada Mei 1974 Beliau memenangi pelbagai anugerah seperti - S.E.A Writer Award di Bangkok (1984) - Guest Artist Award, Anugerah Puisi Putra 1 (1980) - John D. Rockfeller 3rd Fund, New York (1970)
  26. 26. Karya-karya Abdul LatiffMohidin Pago-pago Two Standing Figure (1984) (1968) Media : Media : Cat Minyak Cat Minyak Rawa rawa 2 Twilight Imago (1998) (1968) Oil on Canvas Media : Cat Minyak
  27. 27. Yong MunSeng Beliau dilahirkan di Kuching Sarawak pada tahun 1896. Beliau mendapat pendidikan di Negara China dan terdedah dengan lukisan China Beliau menggunakan bahan media cat air dan cat minyak. Kebanyakan karya beliau adalah bertemakan bumi Malaysia. Beliau turut menjadi perintis seni lukis moden Malaysia bernama Abdullah Ariff
  28. 28. Karya-karya Yong MunSeaside Village (1950) Seng Down (1955) Rumah Atap Di Tepi Laut (1960) Media: Cat Air Media : Cat Air Self Portrait" 1941 Seaside Village 1950 Media : Cat Air Media : Cat Air
  29. 29. Redza Piyadasa Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939. Beliau merupakan seorang pengkritik seni halus yang terkenal. Beliau menerima pendidikan di - Malayan Teacher College - Brinsford Lodge - Wolverhampton, England(1958-1959) - Hornsey College of Art, London, England(1967) - University Of Hawaii,Honolulu, Hawaii (1975-1977) Menerusi karyanya, beliau banyak mengingatkan kita kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya contohnya, penghijrahan dan asimilasi budaya, sejarah politik dan sosial serta tradisi dan warisan tempatan. Terdapat beberapa karya beliau yang dipersembahkan secara gambar foto dengan imej menghadap ke depan.
  30. 30. Karya-karya Redza Piyadasa Haji Family (1986) Media : Campuran Baba Family (1986) Media:Campuran
  31. 31. Harun Mokhtar Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor pada tahun 1963. Beliau mendapatkan pedidikan di Institut Teknologi Mara(1983-1987) Hasil karya beliau banyak menggambarkan tentang manusia dan kebudayaan yang diwarisi melalui media catan. Beliau turut mengaplikasikan prinsip rekaan dalam catan. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni juga ditonjolkan melalui watak-watak dalam keluarga dan jiran tetangga juga terdapat dalam karya beliau. Catan beliau menggunaan teknik kecatan(painterly) dan menerapkan nilai-nilai dekorasi, terutamanya melalui latar belakang dalam bentuk seni bina. Beliau juga mendapat anugerah seperti - Anugerah Utama, Bakat Muda Sezaman, - Balai Seni Lukis Negara dan Anugerah Utama, - Art&Design Competition,Institut Teknologi Mara. - Saguhati Mekarcitra 50 Tahun Kemerdekaan (2007)
  32. 32. Karya-karya Harun MokhtarMedia: Cat Air Media : Cat Air Kerbau (2007) Media : Cat Air
  33. 33. AWANG DAMITAHMAD Beliau dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 1956. Beliau telah mengambil kursus seni halus di UITM (School of Art and Design of ITM) dan telah dipilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983. Selain itu, beliau meneruskan pelajarannya di Catholic University of America in Washington DC pada tahun 1988 dan berjaya memperoleh Masters Degree in Fine Art pada tahun 1990. Kini, beliau merupakan seorang pensyarah seni halus UITM. Beliau turut menyandang jawatan penting seperti Curator of the Art Gallery dan Ketua Jabatan Seni Halus sebelum menjadi Associate Professor pada tahun 2000.
  34. 34. Karya-karya Awang DamitAhmad IRAGA PERJALANAN UTARA YANG RAPUH DAN TERHAKIS IRAGA PERJALANAN Mixed On Canvas UTARA II/08 (2008) Mixed On Canvas (2008)
  35. 35. Institut Perguruan Sultan Idris (SITC)Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK)Akademi Seni NanyangInstitut Teknologi MaraInstitut-institut Swasta
  36. 36. Institut Perguruan Sultan Idris(SITC)  Ditubuhkan pada tahun 1922 bertempat di Tanjung Malim, Perak.  SITC = Sultan Idris Training College  Objektif i. Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar mata pelajaran seni di Sekolah Rendah Melayu bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1930- an dan 1940-an  Sukatan pelajaran merangkumi : Lukisan, Catan, Grafik, Kraf tangan.
  37. 37. Maktab Perguruan Ilmu Khas(MPIK) Ditubuhkan pada tahun 1960 di Kuala Lumpur. Ciri-ciri kursus i. Terbuka kepada guru terlatih yang berpengalaman. ii. Kursus sepenuh masa bertempoh 1 tahun ditawarkan Jabatan Pendidikan Seni diketuai oleh Peter Harris dan kakitangan terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Jolly Koh. Objektif : Melahirkan guru-guru seni berpengalaman luas tentang selok- belok aspek seni halus, seni grafik dan kraf tangan. Insentif seperti tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti luar negara ditawarkan kepada guru cemerlang. Pelukis terkenal daripada MPIK adalah seperti: Redza Piyadasa, Othman Mansor, Ahmad Khalid Yusof, Dr. Chew Teng Beng dan lain-lain
  38. 38. Akademi Seni Nanyang Ditubuhkan pada tahun 1937 di Singapura. Pengasasnya ialah Lim Hak Tai (pengetua 1937-1963) Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 14 pelajar dan 4 pensyarah sepenuh masa iaitu, Lim Hak Tai (cat air&cat minyak) Kao Fei Tse (asas lukisan) Chang Meng Tee (grafik) Chung Ting Wei (pensyarah sambilan) Pernah ditutup semasa Perang Dunia Kedua dan mengalami masalah kewangan pada 1946. Kursus yang ditawarkan adalah mengikut model akademi Beaux-arts (iaitu akademi seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai institut yang paling penting di dunia) Kursus diploma yang bertempoh 3 tahun diperkenalkan pada 1950-an Pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti : Cheah Yew Saik, Jehan Chan, Kuo Ju Ping, Lai Foong Moi, Tew Nai Tong dan lain-lain. Gaya catan dipengaruhi oleh catan Eropah seperti aliraan impresionis, post-impresionis, kiubisme, ekspresionisme dan juga gaya lukisan dan catan Cina
  39. 39. Institut Teknologi Mara Ditubuhkan pada tahun 1967 di Kuala Lumpur Objektif i. Memperkembangkan kecenderungaan dan bakat individu pelajar dalam bidang seni. ii. Menyediakan pelajar bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta. iii. Menyebarkan kesedaran bari perubahan terhadap alam sekitar, kebudayaan dan masyarakat. iv. Melahirkan usahawan Melayu dalam seni tertentu dengan mengadakan latihan kemahiran secara profesional hingga peringkat diploma. Kursus seperti : Seni halus, grafik, logam, foto, tekstil, reka fesyen, reka industri,tembikar dan pendidikan seni bagi diploma perguruan turut ditawarkan. Pelukis-pelukis terkenal seperti : Syarifah Fatimah Syed Zubir, Ruzaika Omar Basree, Dzulkifi Buyong,Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
  40. 40. Institut-institut Swasta Kini banyak institut ataupun universiti swasta telah banyak menawarkan kursus-kursus seni sama ada peringkat diploma dan sijil, atau Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam program berkembar dengan universiti luar negara. Kursus yang ditawarkan adalah seperti bidang seni halus, seni grafik, catan Cina, Arca, tembikar, muzik, fotografi, seni reka fesyen, seni reka hiasan dalaman, grafik komputer, multimedia dan lain-lain. Contoh institut swasta adalah seperti Kolej Seni Lukis Kuala Lumpur (KLCA), Institut Seni Lukis Malaysia(MIA), Saito Academy of Graphic Design, Limkokwing University, College of Creative Technology, The One Academy of Communication Design dan lain-lain
  41. 41. UIZ !!!
  42. 42. SOALAN 1 Berikut yang manakah 3 karya Syed Ahmad Jamal ??? I II III IVJAWAPAN : I, III dan IV
  43. 43. SOALAN 2 Yong Mun Seng berasal dari negeri mana??? JAWAPAN : KUCHING, SARAWAK
  44. 44. Soalan 3 Adakah pelukis terkenal Hoessein Enas dilahirkan di Malaysia? Kalau bukan, manakah negara asalnya??? JAWAPAN TIDAK. Beliau berasal daripada Bogor, Indonesia.
  45. 45. Buku1. Rahmat Salihon (2005). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.2. Kathleen Chee (2012). Fokus Sukses SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Internet1. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid- 326309.html2. http://senismkcs.blogspot.com/2011/03/tokoh- seni-malaysia.html
  46. 46. Sekian Terima Kasih
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×