Pismp 4 d 250612 (1)

854 views
810 views

Published on

PISMP

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
854
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
103
Actions
Shares
0
Downloads
46
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pismp 4 d 250612 (1)

  1. 1. ContentsREKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN......................................................................................... 1Model Assure ................................................................................................................................................ 5Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran ................................................................................................ 5Model ASSURE .............................................................................................................................................. 6 1. Analisis Pelajar ...................................................................................................................................... 6 2.Ciri-ciri umum pelajar ............................................................................................................................ 6 3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber ...................................................................................... 8 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber ..................................................................................................... 9 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran .................................................................................................. 9 6. Nilai dan Semak Semula ........................................................................................................................ 9MODEL ADDIE ......................................................................................................................................... 10Analisis ........................................................................................................................................................ 10Reka Bentuk Perisian .................................................................................................................................. 11REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALANDalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan olehpendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yangmempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat jugadi luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidikperlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaranyang berkesan dan bersesuaian.Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina danmerancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentukpengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. MenurutHunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran danpembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelummemasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaranbagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. REKA BENTUK PENGAJARAN 1
  2. 2. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasipengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yangboleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupikeseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskanpembelajaran.Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitudisplin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan prosespengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunanspesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001)menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajarbukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif(2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhihasil pembelajaran.Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:i. Menentukan pencapaian objektifii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapaiiii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajariv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajarv. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaranvi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses rekabentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut: i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2
  3. 3. Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantupengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakannpembentukanperisian. Secaraumumnya, model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraanperisian. Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnyaproses yangn dicadangkan hampir sama.Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, merekabentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:i. Model ADDIEii. Model ASSUREiii. Model Hanaffin and Peckiv. Model Robert Glaseav. Model Bransonvi. Model Resier and Dickvii. Model Van Pattenviii. Model Gentryix. Model Dick and Careyx. Model Air Terjunxi. Model Prototypingxii. Model Smith and Raganxiii. Model Jerold Kempxiv. Model Gerlach and Elyxv. Model DiamonModel reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu: i. Model berorentasikan bilik darjah ii. Model orentasi produk iii. Model orentasi system iv. iv. Model orentasi teknologi 3
  4. 4. Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajarandalam bilik darjahserta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dankemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah ModelASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produkpengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian,produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepadapercubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatukursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar.Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yangbanyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dickand Carey (1996).Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakandalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberitumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentukpengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping(1998) 4
  5. 5. Model AssurePerancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilaimedia pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa modelyang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlakusecara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yangberkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secaraberperingkat-peringkat.Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 8. Taksir pencapaian pelajar. 9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkanpenggunaan media.Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan mediadalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan mediadalam bilik darjah masing-masing. 5
  6. 6. Model ASSUREAplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. 1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)1. Analisis PelajarMenganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancangpengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. Ciri-ciri umum pelajar. 2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 3. Gaya belajarCiri-ciri umum pelajarCiri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan,budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenispelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantupembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.Pengetahuan sedia ada 6
  7. 7. Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sediaada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akandipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesisoaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalamanpelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumberpembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.Gaya Pembelajaran PelajarPelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujukkepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran danpembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan modelMutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gayapembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsimerupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.2. Nyatakan Objektif/Hasil PembelajaranObjektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tujupengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalaniproses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai.Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidakmungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) 2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) 3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) 4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar.Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama adasecara mental ataupun fizikal.Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakandalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukurpencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antaraperkataan yang sesuai digunakan ialah melakar menamakan meramal 7
  8. 8. membaca menjawab melukis menilai melabel menjelasSituasi dan Syarat PerlakuanApakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuksyarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaianobjektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaranBagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantuguru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualitiatau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuranpencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yangbelum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan jugaaktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberSetiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahansumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahansumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? 8
  9. 9. Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran danpembelajaran dapat menjimatkan masa.4. Gunakan Media dan Bahan SumberLangkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajarandapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media danbahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklahmenhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapatmembantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarmobjektif pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.5. Libatkan pelajar dalam pembelajaranSesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akanmenghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaranseperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapatmengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentukperbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terusmengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkanpengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapatmencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaianmasalah.6. Nilai dan Semak SemulaIni merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh duaaspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnyadibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif,media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. 9
  10. 10. MODEL ADDIE Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIERossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakilioleh aliran kerja di bawah:AnalisisDalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan caramenyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlumencari punca atau faktor yang menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga,aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajarandikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut: Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation) 10
  11. 11. i) Matlamat perisianii) Objektif perisianiii) Kumpulan sasaraniv) Kandungan perisianv) Pendekatan pedagogivi) Strategi penggunaan perisianKesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistemyangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.Reka Bentuk PerisianFasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satulakaranfizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalamproses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisianmultimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangkadalam fasaanalisis.ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaanperisian.iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian denganpengguna.iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategipembelajaran yang telah dirancang.Pembangunan PerisianPembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian denganmengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperludibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Prosesmembangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.Perlaksanaan PerisianFasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisianmultimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulahdigarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.Proses kerja dalam fasa ini ialah:i) Membangunkan perisianii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan 11
  12. 12. iii) Menguji kestabilan perisianiv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkanlagi kualiti perisian.Fasa PenilaianFasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagimemastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa inijuga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagimenjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan.Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif. 12

×